Tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 1,02 Mb.
səhifə9/34
tarix18.01.2019
ölçüsü1,02 Mb.
#101160
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   34

1. Orang mati kena tikam.

2. Orang mati kerana sakit perut (kolera?)

3. Orang mati tenggelam.

4. Orang mati ditimpa tanah longsor (runtuh).

5. Orang yang mati fi sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah).

Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan shaf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya. Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zuhur (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah mereka akan berlomba-lomba melaksanakannya. Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat 'Isya dan solat Subuh (dengan berjamaah), pastilah mereka akan memerlukan datang (ke mesjid), sekalipun mereka akan merangkak."

373, Berita dari Anas r.a. menceritakan, bahwa Bani Salamah bermaksud hendak pindah dari tempat kediaman mereka, supaya mereka dapat berdekatan dengan Nabi saw. Tetapi Nabi saw. tidak menyukai kepindahan mereka itu.kerana itu Nabi saw. bersabda kepada mereka, "Tidakkah anda hitung langkah-langkah anda (pulang-pergi ke mesjid)?"' 374. Berita dari Abu Hurairah La. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan 'Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjama'ah), nescaya mereka akan datang(ke mesjid), sekalipun dengan merangkak." Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjama'ah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu kubakar orang-orang yang tidak datang solat (berjama'ah)."

375, Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Para malaikat sentiasa mendoakan kamu selama kamu masih berada di tempatmu solat dan belum berhadas. Doanya, "Ya, Allah! Ampunilah kiranya dia dan limpahkan kasih sayang kepadanya!" Seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat, selama dia masih menunggu dan tidak ada yang menghalanginya untuk pulang ke rumahnya melainkan hanya kerana (menunggu) solat."

376, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah.

1. Imam (pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.)

2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah.

3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid.

4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah

5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat mesum oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah."

6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya.

7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."377, Berita dari Humaid r.a. menceritakan, bahwa Anas pernah ditanya orang, "Adakah Rasulullah saw. memakai cincin?" Jawab Anas, "Ada!" Pada suatu malam Rasulullah saw. menunda solat 'Isya hingga sampai tengah malam. Sesudah solat, Rasulullah menghadapkan muka beliau kepada kami sambil bersabda: "Orang-orang telah solat bahkan mereka telah tidur. Tetapi kamu semua dianggap seperti berada dalam solat, selama kamu menanti-nanti solat itu. Kemudian Anas menambahkan, "Seolah-olah tampak olehku kilat cincin Nabi ketika itu."

378, Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabda beliau: "Siapa yang segera pergi ke mesjid, pagi atau petang! nescaya disediakan Allah tempat baginya di syurga setiap dia pergi pagi atau petang."

379, Berita dari Malik bin Buhainah r.a., mengatakan. bahwa Rasulullah saw. pernah melihat seorang laki-Iaki solat dua rakaat sesudah qamat. Ketika Rasulullah saw. telah selesai solat, dan orang banyak memandang hairan kepada orang itu, maka Rasulullah saw. bersabda: "Subuh! Subuh! Subuh! Subuh!" (empat kali)."

380, Aswad r.a. bercerita: "Pada suatu kali kami berada dekat Aisyah r.a., lalu kami memperbincangkan masalah menetapi , solat berjamaah dan memuliakannya. Kata 'Aisyah, "Ketika Rasulullah saw. sedang solat keras menjelang akhir hayat beliau, waktu solat tiba dan orang pun telah azan; maka berkata beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia mengimami solat berjamaah dengan orang banyak." Dijawab orang, "Abu Bakar seorang penyedih hati. Kalaulah dia yang menggantikan anda, dia tidak akan sanggup solat menjadi imam bagi orang banyak." Rasulullah mengulangi perintahnya sampai tiga kali, tetapi orang itu mengulangi jawabnya pula hingga tiga kali. Akhirnya Rasulullah saw. bersabda: "Kamu semua (wanita) sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar solat dengan orang banyak!" Abu Bakar datang, dia solat menjadi imam bagi orang banyak. Ketika Nabi merasa agak ringan penyakitnya, beliau datang ke mesjid dengan dipapah oleh dua orang (Abbas dan Ali). Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana Nabi menghela kakinya kerana sakit. Dan Abu Bakar hendak undur ke belakang. Tetapi diisyaratkan oleh Nabi kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Kemudian beliau dipapah/didudukkan orang di dekat Abu Bakar."381, Abu Sa'id Al Khudri r.a. bercerita: "Awan gelap datang, hari pun hujan sehingga atap yang terbuat dari pelepah , korma itu jadi bocor. Dan qamat telah diucapkan. Kulihat Rasulullah saw. sujud di air dan tanah, sehingga saya melihat bekas-bekas tanah melekat di kening beliau."

382, Berita dari Ibnu Umar r.a. mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila makan malam telah dihidangkan, dan qamat untuk solat telah diucapkan, dahulukanlah makan malam dan jangan terburu-buru hingga kamu selesai makan. "

383. Aswad r.a. berkata bahwa ia bertanya kepada 'Aisyah, katanya: "Apakah yang diperbuat Nabi dalam rumah tangganya?" Jawab 'Aisyah, "Beliau juga melakukan pekerjaan rumah tangga, menolong isteri beliau. Dan apabila waktu solat telah tiba, beliau pergi solat."

384. Berita dari Abu Qalabah menceritakan, bahwa Malik bin Huairits r.a. datang kepadanya di mesjid, lalu berkata: "Saya akan solat di hadapanmu. Sesungguhnya aku tidak bermaksud hendak solat, tetapi aku sengaja hendak memperlihatkan bagaimana caranya Nabi saw. solat." Saya bertanya kepada Abu Qalabah, "Bagaimana caranya solat?" Jawabnya, "Seperti guru kita ini! Nah, lihatlah! Guru kita itu duduk sebentar sesudah mengangkat kepalanya dari sujud, sebelum terus berdiri daripada raka'at pertama (ke raka'at kedua)."

385. Berita dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a. menceritakan, bahwa ketika Rasulullah saw. sakit keras, beliau bersabda: "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat dengan orang banyak." Saya berkata kepada beliau, "Jika Abu Bakar yang menggantikan Tuan jadi imam, orang banyak tidak akan mendengar suaranya kerana ia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat orang banyak." Aisyah menambahkan, "Perkataanku itu ku sampaikan pula kepada Hafsah. Bahwa apabila Abu Bakar yang menggantikan Nabi menjadi imam solat, suaranya tidak akan terdengar oleh orang banyak kerana dia penangis. kerana itu suruhlah Umar yang menjadi imam solat bagi orang banyak. Hafsah melakukan apa yang kukatakan kepadanya itu. Maka jawab Rasullullah saw., "Tidak! . Kamu adalah teman-temannya Yusuf. Suruhlah Abu Bakar yang menjadi imam solat orang banyak." Maka berkata Hafsah kepada 'Aisyah, "Aku tidak lebih beruntung daripada kamu. "

386, Diceritakan oleh Anas bin Malik Al Anshari r.a., yang biasa mengikuti, melayani dan menemani Rasulullah saw. dan yang menyukakannya, katanya: "Abu Bakar menjadi imam solat bagi kami ketika Nabi saw. sakit menjelang akhir hayat beliau. Maka pada suatu hari, hari Isnin, mereka telah berbaris hendak solat. Tiba-tiba Nabi saw., menyingkapkan tabir kamarnya melihat kepada kami. Beliau berdiri dengan wajah seputih kertas (berkilauan), senyum dan tertawa. Sehingga kami hampir saja terfitnah kerana kegirangan melihat Nabi saw. (tersembuh).

Abu Bakar mundur ke belakang untuk masuk ke dalam shaf, kerana dia mengira bahwa Nabi saw. akan datang solat. Tetapi Nabi saw. memberi isyarat kepada kami supaya kami menyempurnakan solat kami, dan setelah itu beliau lepaskan tabir. Ternyata beliau wafat pada hari itu juga." 387, Cerita dari Sahl bin Sa'ad As Sa'idi r.a., katanya: "Bahwa Rasulullah saw. pergi kepada Bani 'Amr bin 'Auf untuk memperdamaikan mereka. Ketika waktu solat tiba, muadzin datang kepada Abu Bakar dan berkata: "Maukah anda menjadi imam solat bagi orang banyak? Saya akan membaca qamat untuk itu." Jawab Abu Bakar, "Baiklah." Maka solatlah Abu Bakar. Rasulullah pun datang ketika orang banyak sedang solat, dan beliau terus masuk ke dalam shaf pertama. Orang banyak menepukkan tangan mereka. Tetapi Abu Bakar tidak menoleh dalam solatnya. Ketika tepukan tangan tambah banyak , dia pun menoleh, dan melihat Rasulullah saw. Nabi memberi isyarat kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah sehubungan dengan perintah Rasulullah saw. itu. Setelah itu Abu Bakar mundur ke dalam shaf pertama dan Rasulullah saw. maju ke depan menjadi imam solat. Ketika telah selesai solat, Rasulullah saw. bertanya. "Hai, Abu Bakar! Kenapa anda enggan tetap di tempatmu semula, padahal telah kusuruh?" Jawab Abu Bakar, "Tidak pantas rasanya bagi anak Abi Quhafah untuk solat mengimami Rasulullah." Maka bersabda Rasulullah saw. (kepada jama'ah), "Mengapa tadi kamu banyak yang bertepuk tangan? Barangsiapa yang merasa ada apa-apa ketika solat, maka hendaklah dia tasbih (membaca subhanallah). kerana apabila dia tasbih, nescaya orang akan menoleh kepadanya. Dan isyarat dengan tepuk tangan adalah untuk wanita. "

389, Anas bin Malik r.a. menceritakan, bahwa Rasulullah saw. pada suatu kali mengendarai kuda. Rasulullah jatuh dari kuda itu sehingga luka rusuk beliau yang sebelah kanan. kerana itu Nabi solat sambil duduk dan kami pun solat di belakang beliau sambil duduk pula. Selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam diadakan untuk diikut. kerana itu apabila imam itu berdiri, maka berdiri pulalah kamu. Apabila dia ruku', ruku' pulalah, apabila dia bangkit, bangkit pulalah, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah, maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. Dan apabila dia solat berdiri, maka solat pulalah berdiri, dan apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sekalian sambil duduk. " Kata Abu Abdullah, Humaidi berkata, bahwa sabda Rasulullah saw., 'Apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk, ialah sabda beliau ketika dia sakit dahulu. Sesudah itu beliau (Nabi saw.) pernah solat sambil duduk, sedang orang banyak di belakangnya berdiri. Tetapi beliau tidak menyuruh mereka duduk. Dari kedua keterangan ini tentu diambil yang terakhir dari perbuatan Nabi itu."

389, Kata Al Barra' (bin 'Azib) r.a.: " Apabila Rasulullah saw. membaca 'Sami'allahu liman hamidah', maka kami , belum membungkukkan punggung sebelum Nabi saw. telah sujud dan sesudah itu barulah kami sujud."390, Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi katanya: "Tidakkah takut seseorang kamu apabila dia mengangkat kepalanya lebih dahulu dari imam, kepalanya akan dijadikan Allah seperti kepala himar, atau rupanya seperti rupa himar?"

391, Dari Ibnu Umar u. katanya: "Setelah orang-orang Muhajir yang pertama sampai di 'Usbah, suatu tempat di Quba, sebelum kedatangan Rasulullah saw., imam solat bagi mereka ialah Salim, maula Abu Hudzaifah, seorang yang paling banyak hafal Al Qur'an."

392, Diceritakan oleh Anas r.a. dari Nabi saw., bahwa beliau bersabda kepada Abu Dzar, sabdanya: "Dengarkan dan patuhilah pembesarmu, sekalipun yang diangkat jadi pembesar itu seorang Habsyi yang kepalanya seperti kismis (zabibah = anggur kering)." 393, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Mereka solat menjadi imam solat bagi mu. Maka jika mereka betul, dia dan kamu akan mendapat pahala. Tetapi jika ia salah, kamu tetap mendapat pahala, sedangkan mereka berdosa."

394, Diceritakan oleh Abu Tiyyah r.a., bahwa dia sesungguhnya mendengar dari Anas bin Malik, bahwa Nabi saw. bersabda kepada Abu Dzar, sabdanya: "Dengarkan dan patuhilah (perintah pemimpin-pemimpin) walaupun dia seorang Habsyi yang kepalanya seperti kismis." 395, Diceritakan oleh Abu Mas'ud, r.a., bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Nabi saw., katanya: "Demi Allah! Ya Rasulullah! Aku luput solat Subuh (berjama'ah) hanya disebabkan kerana si Anu (yang menjadi imam) terlalu memanjang-manjangkan (bacaan) solat dengan kami. " Belum pernah aku melihat Rasulullah saw. ketika beliau memberikan nasihat yang lebih marah daripada hari itu. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara kamu telah menyebabkan orang menjauhkan diri (dari agama ini). Maka. siapa saja solat menjadi imam bagi orang banyak, hendaklah dia meringkaskan solatnya, kerana di antara makmum itu ada orang yang lemah, ada orang tua, dan ada pula orang yang sedang mempunyai urusan.!

396, Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu solat (jadi imam), hendaklah meringkaskannya, kerana di antara makmum, ada orang yang lemah, orang sakit, dan orang tua. Dan apabila dia solat sendirian, panjangkanlah sekehendak hatinya."

397, Anas 'r.a. bercerita, katanya: "Nabi saw. pernah memendekkan solat beliau, tetapi beliau melakukannya dengan sempurna."

398, Berita dari Abu Qatadah r.a. yang diterimanya dari Nabi saw.; sabdanya: "Ketika aku berdiri hendak solat, aku bermaksud hendak memanjangkan solat ku itu. Tetapi tiba-tiba terdengar olehku tangis bayi, maka kuringkaskan solat itu, kerana aku tak ingin menyusahkan ibunya (yang ikut solat waktu itu)."



399, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. bertambah sakit, Bilal datang kepada beliau memberitahukan bahwa waktu solat telah tiba. Maka sabda beliau, "Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat bagi orang banyak. " Aku (' Aisyah) berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Abu Bakar seorang penyedih. Kalaulah dia yang menggantikan Tuan menjadi Imam, dia tidak akan kedengaran oleh orang banyak. Kenapa Tuan tidak menyuruh Umar saja?" Sabda beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia menjadi imam bagi orang banyak. " Kemudian kukatakan kepada Hafsah agar dia mengatakan kepada beliau: "Sesungguhnya Abu Bakar seorang penyedih. Kalau dia yang menjadi imam menggantikan Rasulullah, dia tidak akan kedengaran oleh orang banyak. Kenapa Tuan tidak menyuruh Umar saja." Jawab beliau, "Sesungguhnya kamu (para wanita) sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar menjadi imam solat bagi orang banyak. " Abu Bakar tampil menjadi imam. Sementara itu Rasulullah saw. merasakan badannya agak ringan. Beliau pergi ke mesjid dipapah dua orang laki-laki, sedangkan kedua kaki beliau terjuntai ke lantai hingga sampai ke mesjid. Ketika Abu Bakar mendengar bahwa Rasulullah saw. datang, dia mencuba hendak mundur ke belakang. Tetapi Rasulullah mengisyaratkan kepadanya supaya ia tetap di tempatnya, dan Nabi saw. duduk di sebelah kirinya.Abu Bakar solat dengan berdiri, sedang Rasulullah saw. solat sambil duduk. Abu Bakar mengikutkan solat Rasulullah saw., dan orang banyak mengikutkan Abu Bakar r.a."400, Berita dari Nu'man bin Basyir r.a. , mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Luruskan shaf (barisan)-mu! . Atau Allah akan mempertikaikan arah mukamu (berpecah belah) nanti?"401, Berita dari Anas r.a. mengatakan, bahwa pada suatu kali qamat untuk solat telah diucapkan orang. Rasulullah saw. menghadapkan mukanya kepada kami, lalu beliau bersabda: "Luruskan dan rapatkan shaf-mu! Sesungguhnya aku dapat melihatmu di belakangku."402, Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., bahwa beliau bersabda: "Imam itu ditetapkan untuk diikuti. kerana itu janganlah kamu menyalahinya. Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia membaca Sami'allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu. Dan apabila dia sujud, sujud pulalah kamu, apabila dia duduk, duduk pulalah semua-(nya. Dan luruskan shaf (barisan) dalam solat; sesungguhnya meluruskan shaf itu sebaik-baik solat."403, Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Saya melihat Nabi saw. memulai takbir solatnya: diangkatnya kedua tangannya sewaktu takbir itu hingga setentang dengan kedua bahunya. Apabila beliau takbir untuk ruku', beliau melakukan seperti itu pula. Dan apabila beliau mengucapkan Sami'allahu liman hamidahu dan mengucapkan Rabbana lakal hamd, beliau melakukannya seperti itu pula. Beliau tidak melakukan demikian ketika (hendak) sujud dan ketika mengangkat kepala dari sujud."404, Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Luruskan shaf! Aku dapat melihatmu di belakangku: Di antara kami ada yang bertemu bahu dengan bahu kawannya, dan tumit dengan tumit." 405, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku solat bersama-sama dengan Nabi saw. Aku berdiri sebelah kiri beliau. Maka dipegangnya kepala ku di ,belakang dan menyuruh ku ke sebelah kanan beliau. Kemudian beliau solat dan setelah itu tidur. Maka datanglah orang memberitahukan untuk solat. Lalu beliau berdiri dan terus solat tanpa mengulang wuduk kembali."

406, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Aku dan seorang anak yatim solat bersama-sama di rumah kami, di belakang Nabi saw. Sedangkan ibu ku, Ummu Sulaim, di belakang kami."

407, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat malam di kamarnya, padahal dinding kamar itu pendek, sehingga orang banyak dapat melihat Nabi saw. kerana itu mereka solat pula seperti Nabi. Setelah hari pagi, mereka mempercakapkan hal itu. Malam kedua Nabi solat pula. Orang banyak pun solat pula seperti beliau. Mereka lakukan hal seperti itu dua atau tiga malam, dan sesudah itu beliau solat sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari telah subuh, orang banyak menanyakan hal itu kepada beliau. Jawab beliau, " Aku takut, kalau kalau kamu mengira solat malam itu wajib." 408, Zaid bin Tsabit memberitakan bahwa Rasulullah saw. membuat sebuah kamar di bulan Ramadhan, dan beliau solat di situ beberapa malam. Lalu beberapa orang sahabat solat pula seperti solat Nabi. Setelah Nabi mengetahui akan hal itu maka beliau solat sambil duduk. Kemudian Nabi saw. datang kepada mereka dan bersabda: "Sesungguhnya aku tahu apa yang telah anda semua lakukan. solatlah anda semua di rumah masing-masing, kerana solat yang paling utama ialah solat seseorang di rumahnya, kecuali solat fardhu."

409, Anas bin Malik Al Anshari r.a. menceritakan, bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. naik kuda. (kerana jatuh), maka rusuk beliau yang sebelah kanan luka. Semenjak itu beliau solat sambil duduk untuk beberapa kali solat. Kami solat pula di belakang beliau (makmum) sambil duduk. Sesudah memberi salam, beliau bersabda, "Sesungguhnya imam itu ditetapkan untuk diikut. Maka apabila dia solat berdiri maka solat pulalah dengan berdiri. Apabila dia ruku', ruku' pulalah kamu. Apabila dia bangkit, bangkit pula, apabila dia sujud, sujud pula, dan apabila dia mengucapkan Sami'allahu liman hamidah maka ucapkanlah Rabbana lakal hamd. "410, Berita dari Salim bin Abdullah r.a., dari bapaknya, dia mengatakan, bahwa Rasulullah saw. mengangkat kedua belah tangan beliau hingga setentang dengan kedua lengannya, apabila dia takbir memulai solat,dan takbir untuk rukuk. Apabila beliau mengangkat kepalanya dari rukuk, beliau mengangkat pula keduanya seperti itu, sambil membaca Sami'allahu liman hamidah Rabbana walakwl hamdu. Tetapi beliau tidak melakukan perbuatan seperti itu ketika hendak sujud."411. Berita dari Anas r.a. mengatakan, bahwa Nabi saw., Abu Bakar dan Umar r.a., ketiga-tiganya memulai solat mereka dengan membaca Alhamdulillahi rabbil 'Alamin (surat al fatihah). 412, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. hening sebentar antara takbir dan bacaan fatihah. Aku bertanya, "Dengan nama bapa dan ibu ku, ya, Rasulullah! Selama anda hening antara takbir dan bacaan fatihah, apakah yang anda baca?" Jawab beliau, "Aku membaca: Allahuma baa'id baini wa baina khathayaya kamaa baa'adta bainal masyriqi wal maghribi. Allaahumma naqqini minal khathayaya kamaa yunaqqats tsaubul abyadhu minaddanas. Allaahummaghsil khathayaya bil maa-i wafs tsalji wal baradi." (Wahai, Allah! Jauhkanlah antaraku dan kesalahanku seperti jauhnya Timur dan Barat. Wahai, Allah! Sucikanlah aku dari segala kesalahanku, seperti halnya kain putih dibersihkan orang dari kotoran. Wahai, Allah! Bersihkanlah segala kesalahanku dengan air salji dan dengan air ais).

413, Asma binti Abu Bakar r.a. memberitakan, bahwa pada suatu ketika Nabi saw. melakukan solat kusuf (solat gerhana matahari). Beliau berdiri lama-lama, rukuk lama-lama, kemudian berdiri kembali lama-lama, kemudian rukuk lagi lama-lama, kemudian bangkit dari rukuk dan sesudah itu sujud lama-lama, kemudian bangkit lalu sujud lama-lama. Kemudian berdiri kembali lama-lama, kemudian rukuk lama-lama, kemudian bangkit dan berdiri lama-lama, kemudian bangkit lalu sujud kembali lama-lama. Sesudah itu beliau melengong memberi salam. Sabda beliau: "Sungguh dekat rasanya syurga kepada ku, sehingga andaikan aku berani, dapat kupetikkan untukmu setangkai buah dari buah-buahannya. Tetapi neraka terasa dekat pula kepada ku. Sehingga aku berucap, "O, Tuhan! Apakah aku bersama mereka?" Tiba-tiba aku melihat seorang wanita, yang kuduga dia itu dicakar kucing. Lantas aku bertanya, "Apa yang telah terjadi?" Jawab mereka, "Wanita itu telah mengurung kucing itu sampai mati kelaparan, tidak diberinya makan dan tidak pula dilepaskannya supaya kucing itu dapat mencari makan sendiri."

414, Dari Abi Ma'mar r.a., katanya: Kami bertanya kepada Khabbab, "Adakah Nabi saw. membaca (ayat) dalam solat Zuhur dan Asar?" Jawabnya, "Ada!" Tanya ku, "Bagaimana kamu dapat mengetahuinya?" Jawabnya, "Dari gerakan janggutnya. "

415, Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. Lalu beliau solat (kusuf)". Para sahabat bertanya, Ya, Rasulullah! Anda kami lihat seperti mengambil sesuatu di tempat anda berdiri, kemudian anda surut ke belakang. Mengapa ?" Jawab Nabi, "Diperlihatkan kepada ku syurga, lalu kupegang setangkai (buah) daripadanya. Kalau kupetikkan untukmu, nescaya dapat untuk kamu makan seumur dunia."

416, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi saw. solat bersama-sama dengan kami. Kemudian beliau naik ke mimbar dan menunjuk dengan tangannya ke arah kiblat mesjid. Kemudian beliau bersabda: "Sekarang saya sungguh-sungguh telah melihat syurga dan neraka. Yaitu semenjak aku solat tadi bersama-sama dengan kamu sekalian. Kedua-duanya bagaikan tergambar dalam penglihatanku di dinding sebelah kiblat itu. Belum pernah aku menyaksikan kebahagiaan dan kesengsaraan seperti yang ku saksikan hari ini." Ucapan beliau itu diucapkannya sampai tiga kali.417, Anas bin Malik bercerita, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Apakah gerangan yang terpikir oleh sementara orang yang melihat ke langit dalam solatnya?" Sangat keras ucapan beliau ketika mengucapkan kata-katanya itu. Sehingga akhirnya beliau bersabda: "Hentikanlah perbuatan seperti itu! Ataukah mereka ingin pandangan mereka dicabut?"418, Dari' Aisyah r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw. perihal menoleh atau berpaling di dalam solat. Jawab beliau, "Hal itu ialah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang."

419, Diberitakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika kaum Muslimin sedang solat Subuh, mereka terkejut kerana tiba-tiba Rasulullah membuka tabir kamar 'Aisyah (di mana beliau sedang terbaring sakit keras). Rasulullah senyum tertawa melihat mereka sedang solat dalam beberapa shaf. Abu Bakar r.a. (yang menjadi imam ketika itu) mundur sampai ke shaf di belakangnya, kerana mengira Rasulullah akan datang solat bersama-sama dengan mereka. Hampir saja kaum muslimin tergoda dalam solat mereka kerana peristiwa itu. Maka Nabi memberi isyarat kepada mereka supaya mereka meneruskan solat. Sesudah itu beliau menutupkan tabirnya kembali. Beliau wafat pada akhir hari itu juga."420, Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Tidak (sah) solat orang yang tidak membaca Surah Al Fatihah."

421, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Pada dua raka'at pertama solat Zuhur, Nabi saw. membaca Surah Al Fatihah dan dua surat, dipanjangkannya bacaan pada raka'at pertama dan dipendekkannya pada raka'at kedua. Kadang-kadang bacaan ayatnya itu kedengaran. Dalam solat 'Asar beliau membaca Fatihatul Kitab (Surah AI Fatihah) dan dua surat. Dan di dalam solat Subuh, beliau memanjangkan bacaan pada raka'at pertama dan memendekkan pada raka'at kedua. "422, Dan Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ummul Fadhal mendengarnya, dia membaca surat Wal Mursalaati'Urfa. Lalu Ummull Fadhal berkata, "Hai, Anak ku! Bacaanmu akan surat itu sungguh mengingatkan ku saat terakhir aku mendengar Rasulullah saw. membacanya dalam solat Maghrib."423, Diceritakan oleh Marwan bin Hakam r.a., bahwa Zaid bin Tsabit bertanya kepadanya: "Apa sebabnya anda di dalam solat Maghrib membaca surat-surat yang pendek saja? Padahal aku pernah mendengar Rasulullah saw. membaca salah satu dua surat yang panjang-panjang."424, Dari Jubair bin Muth'im r.a., dari bapaknya, katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. membaca surat Ath Thur dalam solat Maghrib." 425, Diceritakan oleh Abu Rafi' ra., katanya: "Aku solat 'Isya bersama-sama dengan Abu Hurairah r.a. Dia membaca surat Al Insyiqaq, sesudah itu dia sujud. Menjawab pertanyaanku dia berkata: "Saya sujud di belakang Abu Qasim (Nabi saw.) ketika dia membaca surat tersebut, dan akan sentiasa sujud, sampai saya dapat bertemu dengannya (kalau sudah meninggal)."


Yüklə 1,02 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   34




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin