Tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 1,02 Mb.
səhifə12/34
tarix18.01.2019
ölçüsü1,02 Mb.
#101160
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   34


535. Dari 'Abbad bin Tamim r.a., dari pamannya, katanya: "Nabi saw. pernah keluar untuk solat istisqa' (solat minta hujan dengan memakai baju terbalik."

536. Anas bin Malik r.a. bercerita, katanya: "Pada suatu hari Jum'at seorang laki-laki masuk ke mesjid dari pintu yang berhadapan dengan mimbar, ketika Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Orang itu berdiri di hadapan Rasulullah saw. dan berkata: "Ya, Rasulullah! haiwan-haiwan ternak telah binasa dan jalan-jalan terputus. kerana itu mohonlah kepada Allah semoga Dia menurunkan hujan bagi kita." Kata Anas, Rasulullah saw. mengangkat tangan beliau, lalu beliau mendo'a: "Allahumma asqina! Allahumma asqina! . Allahumma asqina!" (Wahai Allah! Turunkan lah hujan kepada kami! Wahai, Allah! . Turunkankanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!). Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak melihat sedikit pun awan di langit, tidak pula ada sebuah rumah pun antara kami dan bukit Sala'." Anas menambahkan, "Tetapi sebentar antaranya, kami lihat awan naik di belakang bukit seperti perisai. Awan itu terus menyebar dan kemudian hujan pun turun." Kata Anas, "Demi Allah! Kami tidak dapat melihat matahari selama enam hari.Hari Jumaat berikutnya, seorang laki-laki masuk pula ke mesjid dari pintu yang sama, dan Rasulullah saw. sedang berkhutbah. Laki-laki itu datang menghadap kepada Rasulullah dan berkata: "Ya, Rasulullah! Telah binasa harta benda dan telah putus jalan-jalan. kerana itu mendo'alah kepada Allah swt. supaya Dia menghentikan hujan." Kata Anas, Rasulullah mengangkat kedua belah tangan beliau, kemudian mendo'a: "Allahumma hawaalainaa wala 'alainaa. Allahumma 'alal aakaami wal jibali wazh zhiraabi wal awdiyati wa manabitisy syaiari. (Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya sekitar kami dan jangan di atas kami. Wahai, Allah! Turunkanlah kiranya di bukit-bukit, di gunung-gunung, di belukar dan di tempat-tempat pengambilan air, lembah-lembah dan pokok-pokok kayu)." Kata Anas, "Maka berhentilah hujan, dan kami dapat keluar serta berjalan di bawah sinar matahari." Kata Syuraik, " Aku bertanya kepada Anas, apakah laki-laki itu orang yang dulu juga?" Jawab Anas, "Aku tidak tahu."537. Riwayat dari Anas r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. mengangkat kedua tangan beliau, lalu beliau mendo'a: "Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna! Allahumma aghitsna. (Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami! Wahai, Allah! Turunkanlah hujan kepada kami!! Wahai Allah! Turunkanlah hujan kepada kami."538. Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: "Nabi saw. pernah keluar untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, mendo 'a dan membalikkan cedarnya. Kemudian beliau solat dua raka'at, menjaharkan bacaan di kedua raka'at itu."539. Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: "Nabi saw. keluar rumah, pergi ke tempat sembahyang untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, lalu solat dua raka'at dan membalikkan cedarnya."540. Dari Anas bin Malik La., katanya: "Nabi saw. tidak pernah mengangkat kedua tangannya ketika mendo'a, melainkan ketika mendo'a minta hujan. Ketika minta hujan, beliau mengangkat kedua tangannya hingga kelihatan putih ketiaknya."541. Berita dari 'Aisyah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. apabila melihat hujan, beliau berkata: "Semoga hujan yang bermanfaat."542. Berita dari Ibnu Abbas r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Aku ditolong Allah dengan Angin Timur, dan kaum 'Ad dimusnahkan dengan Angin Barat." 543. Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Hari kiamat belum akan terjadi sehingga telah dihapuskan ilmu pengetahuan, banyak terjadi gempa bumi, masa (waktu) terasa pendek, timbul berbagai macam bencana, banyak terjadi peristiwa yang menggemparkan seperti pembunuhan, dan uang berlimpah-limpah di sekitarmu."544. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah. saw. pernah mendoa: "Wahai Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka (para sahabat), "Nejd,bagaimana ya, Rasulullah?" Jawab Nabi saw., "Wahai, Allah! Berilah kami berkat di negeri kami Syam dan Yaman!" Tanya mereka, "Nejd, bagaimana ya,Rasulullah?"

Jawab Nabi saw., "Di sana akan banyak terjadi gempa bumi dan berbagai macam bencana. Dan di sana akan timbul juga kurun syaitan."

545. Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Kunci yang ghaib ada lima; tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.:

1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi besok.

2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan.

3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya besok.

4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan

5. Tidak seorang pun tahu kapan hujan akan turun."

546. Dari Abu Bakrah r.a., katanya: "Kami berada dekat Rasulullah saw. ketika pada suatu hari terjadi gerhana matahari. Rasulullah saw. berdiri seraya menghela cedarnya sampai masuk mesjid. Kami pun masuk pula ke dalam mesjid. Beliau solat dengan kami dua raka'at sampai matahari terang kembali. Nabi saw. bersabda: "Terjadinya gerhana matahari dan bulan, bukanlah kerana seseorang meninggal dunia. Maka apabila kamu melihat keduanya, solatlah dan mendo'alah hingga segalanya terang kembali."547. Ibnu Umar r.a. mengabarkan dari Nabi saw., bahwa terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau lahirnya seseorang. Tetapi keduanya adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah. Maka apabila kamu melihat gerhana. solatlah!"548. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., terjadi gerhana matahari, iaitu bertepatan dengan hari meninggalnya Ibrahim (putera Rasulullah saw.). Kerana itu orang banyak berkata, "Terjadi gerhana matahari kerana meninggalnya Ibrahim." Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya, terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihatnya, maka solatlah dan mendoalah kepada Allah swt."549. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahwa beliau bercerita: "Pada masa Rasulullah saw. terjadi gerhana matahari. kerana itu beliau solat mengimami orang banyak. Nabi saw. berdiri dan lama berdirinya, kemudian rukuk dan lama rukuknya. Kemudian beliau berdiri dan lama berdirinya tapi tidak selama yang pertama. Sesudah itu rukuk dan lama rukuknya tetapi tidak selama rukuknya yang pertama. Kemudian beliau sujud dan lama sujudnya. Sesudah itu beliau perbuat raka'at yang kedua seperti apa yang telah beliau lakukan pada raka'at yang pertama, kemudian selesai. Setelah selesai solat, matahari telah jelas kelihatan. Nabi saw. memberikan khutbah untuk orang banyak. Sesudah memuji dan mengagungkan Allah swt., beliau bersabda: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara sekian banyak tanda-tanda kebesaran Allah swt. Keduanya tidak gerhana kerana mati atau lahirnya seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka mendo'alah kepada Allah, bacalah Takbir, solat dan bersedekahlah." Kemudian beliau meneruskan: "Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah terhadap hamba-Nya yang berzina, atau ummat-Nya yang berzina."

"Hai, ummat Muhammad! Demi Allah! Kalaulah kamu tahu apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit tertawa tetapi banyak menangis."

550. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Tatkala terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah saw., diadakan pemberitahuan solat berjama'ah: Innash shalaata Jaami'ah (marilah solat berjama'ah)."55l. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., bahwa seorang perempuan Yahudi datang kepadanya menanyakan sesuatu; Kemudian perempuan Yahudi itu berkata kepadanya, "Semoga Allah melindungi mu dari siksa kubur." kerana itu 'Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah manusia akan disiksa dalam kubur mereka?"

Jawab Rasulullah saw., "Berlindunglah dengan Allah dari siksa kubur itu!" Pada suatu pagi Rasulullah pergi berkenderaan. Tiba-tiba terjadi gerhana matahari. kerana itu, waktu dhuha (sebelum tengah hari) beliau telah kembali. Beliau berjalan melewati kamar-kamar (isteri beliau). Kemudian beliau berdiri hendak solat dan berdiri pulalah orang di belakang beliau. Rasulullah saw. berdiri lama, kemudian beliau rukuk lama, kemudian beliau bangkit lalu berdiri lama, tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama, tetapi tidak selama ruku yang pertama, kemudian beliau bangkit lalu sujud, kemudian beliau berdiri lama tetapi tidak selama yang mula-mula, kemudian beliau rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian berdiri lama tetapi tidak selama berdiri yang mula-mula, kemudian rukuk lama tetapi tidak selama rukuk yang mula-mula, kemudian beliau bangkit lalu sujud dan menyudahi solat beliau. Sesudah itu beliau menyabdakan apa yang diperintahkan Allah; dan memerintahkan orang banyak supaya berlindung dari siksa kubur."

552. Ibnu Abbas r.a. memberitakan, bahwa orang banyak berkata kepada Rasulullah saw.: "Kami melihat anda seolah-olah anda mengambil sesuatu di tempat anda, sesudah itu kami lihat pula anda mundur." Jawab Nabi saw., "Aku melihat syurga, lalu aku ingin memetik buah-buahannya. Kalaulah buah-buahan itu dapat ku petik, sesungguhnya dapat untuk makanmu seumur dunia. Dan diperlihatkan pula kepada ku neraka. Belum pernah aku menyaksikan pemandangan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Kulihat kebanyakan isinya kaum wanita." Tanya mereka, "Kenapa begitu ya, Rasulullah?" Jawab beliau., "Kerana kekafiran mereka!" Tanya mereka, "Apakah mereka kafir kepada Allah?" Jawab Nabi saw., "Mereka kafir terhadap teman hidup (suami) mereka dan terhadap kebaikan yang dia terima daripadanya. Sekalipun engkau telah berbuat baik kepada mereka sepanjang masa, kemudian dia melihat sesuatu kesalahan daripadamu, lantas ia berkata: "Saya tidak pernah sedikit pun melihat kebaikan daripadamu."

553. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. mengeraskan bacaannya ketika solat khusuf (gerhana bulan). Setelah beliau selesai membaca, beliau mengucapkan takbir, lalu rukuk. Dan apabila beliau bangkit dari rukuk, beliau mengucapkan: Sami 'allahu liman hamidah. Rabbana wa lakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan orang-orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami! Hanya untuk Mu lah segala pujian)." Kemudian beliau mengulangi bacaan. Dalam solat Kusuf, terdapat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua raka'at. "

554. Abdullah r.a. mengatakan, bahwa Nabi saw. membaca surat An Najm di Makkah, lalu beliau sujud dan orang banyak pun sujud pula mengikut beliau kecuali seorang orang tua. Dia hanya mengambil segenggam pasir atau tanah, kemudian mengangkat ke dahinya sambil berkata: "Ini sudah cukup bagiku." Tak lama kemudian, orang tua itu mati terbunuh dalam kekafiran."555. Abu Hurairah r.a. mengatakan, "Solat Subuh hari Jum'at, Nabi saw. membaca Alif Laam Miim Tanzil As Sajdah " (surat: 32) dan Hal ata 'alal insaani (surah: 76)."556. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. mengatakan, bahwa surat Shaad tidak termasuk surat yang mengharuskan sujud. Tetapi aku melihat beliau sujud ketika membaca surat itu."557. Dan Zaid bin Tsabit, katanya: "Aku membaca surat An Najm di hadapan Nabi saw., beliau tidak sujud."

558. Dan Ibnu Umar r.a., katanya: "Ketika Nabi saw. membacakan surat yang mengandung ayat sajdah di hadapan kami,beliau langsung sujud dan kami pun sujud pula sehingga ada sahabat yang tidak mendapat tempat untuk sujud."559. Dari Ibnu Abbas, katanya: "Nabi saw. pernah menetap selama sembilan belas hari dan beliau mengqasar solat. "

560. Dari Anas: "Kami pergi bersama Nabi saw. dari Madinah ke Mekkah. Beliau solat dua-dua raka'at hingga kami

kembali ke Madinah. Lalu ditanyakan orang kepada Anas, "Berapa harikah engkau menetap di Mekkah?"

Jawabnya, "Kami tinggal di Mekkah sepuluh hari."

561. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami pernah solat (qasar) dua raka'at di Mina bersama Nabi saw., Abu Bakar dan Umar dan Usman. Tetapi kemudian, ketika Usman baru mulai menjabat kepala pemerintahan, beliau solat sepenuhnya (tidak qasar)."562. Dari Haritsah bin Wahab, katanya: "Nabi saw. pernah solat dengan kami di Mina dalam keadaan aman, dua raka'at. "

563. Dari Ibnu Mas'ud r.a., ketika dia ditanya orang perihal solat Usman di Mina empat raka'at, dia membaca Istirja' kemudian berkata: "Aku solat bersama Nabi saw. di Mina dua raka'at. Kemudian bersama Abu Bakar r.a. dan Umar r.a., dua raka'at (yaitu, ketika keduanya telah menjabat khalifah). Wahai, kiranya aku untung, kerana dua raka'at sama nilainya dengan empat raka'at (di sisi Allah)."564. Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahwa Nabi saw. bersabda: "Tidak halal bagi wanita yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, berjalan sehari semalam tanpa ditemani muhrimnya." 565. Dari Anas r.a., katanya: "Aku pernah solat beserta Nabi saw. di Madinah empat raka'at dan di Dzulhulaifah dua raka'at."

566. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Aku pernah melihat Rasulullah saw. apabila beliau ingin cepat dalam perjalanan, dijama'kannya solat Maghrib dan Isya' dan dilakukannya di waktu Isya' (Jama' ta'khir).

567. Dari 'Amir r.a., katanya: "Saya melihat Nabi saw. solat di atas kenderaan beliau menghadap ke mana saja kenderaannya itu menghadap."

568. Dari Jabir bin AbdulJah r.a., katanya: "Rasulullah saw. biasa solat sunat ketika ia sedang di atas kenderaan tanpa menghadap ke kiblat."

569. Dari Jabir r.a., katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. pernah solat sunat di atas kenderaannya menghadap ke Timur. Apabila beliau hendak solat fardhu beliau turun lalu beliau solat menghadap kiblat."570. Dari Ibnu Umar, katanya: "Aku pernah menemani Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, tetapi aku tidak melihatnya melakukan solat sunat dalam perjalanan itu."

571. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Aku pernah menemani Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tidak lebih dari dua raka'at beliau solat selama dalam perjalanan itu. Begitu pula Abu Bakar, Umar dan Usman r.a."572. Dari' Amir bin Rabi'ah r.a., dia menceritakan bahwa dia melihat Nabi saw. solat Malam dalam perjalanan di atas kenderaannya.573. Dari Ibnu Abbas r.a.,katanya: "Rasulullah saw. menjama' solat Zuhur dengan 'Asar, dan Maghrib dengan Isya', apabila beliau dalam perjalanan."

574. Dari Anas r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berangkat sebelum matahari condong ke Barat (sebelum Zuhur), diundurnya melakukan solat Zuhur hingga 'Asar kemudian dijama'kannya keduanya. Dan apabila matahari telah condong, beliau solat Zuhur lebih dahulu, sesudah itu baru beliau menaiki kenderaannya."575. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat di rumah sambil duduk ketika beliau sakit, dan orang banyak solat di belakangnya sambil berdiri. Lalu beliau memberi isyarat kepada mereka supaya mereka duduk. Ketika telah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu dan apabila dia bangkit, maka bangkit pulalah kamu."576. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. jatuh dari kuda dan luka di sebelah kanan. kerana itu kami pergi mengunjungi beliau. Ketika waktu solat tiba, beliau solat sambil duduk, maka kami pun solat pula sambil duduk. Setelah selesai solat beliau bersabda: "Sesungguhnya imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, maka takbir pulalah kamu. Apabila dia rukuk, maka rukuk pulalah kamu. Dan apabila dia mengangkat kepala maka angkat pula kepalamu. Dan apabila dia membaca: Sami'allaahu liman hamidah, maka bacalah: Rabbana wa lakal hamdu."577. Dari 'Imran, katanya: "Aku bertanya kepada Nabi saw. perihal orang yang solat duduk." Jawab beliau, "Orang yang solat berdiri, itulah yang paling utama. Dan orang yang solat duduk, maka pahalanya seperdua pahala solat berdiri. Dan orang yang solat tidur, maka pahalanya seperdua pahala orang yang solat duduk."578. Dan 'Imran bin Hushain, katanya: "Aku sakit buasir. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., tentang bagaimana cara melakukan solat. Jawab beliau, "Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil berbaring."579. Diceritakan dari 'Aisyah, bahawasanya dia belum pernah melihat Nabi saw. solat malam sambil duduk sekali-kali tidak, sehingga beliau sampai ke usia tua beliau. Biasanya beliau membaca sambil duduk dan apabila beliau hendak rukuk beliau berdiri, kemudian beliau membaca sekitar tiga puluh atau empat puluh ayat, sesudah itu baru beliau rukuk." 580. Diceritakan dari 'Aisyah, bahwasanya Rasulullah saw. solat sambil duduk, maka beliau membaca sambil duduk. Apabila bacaannya tinggal kira-kira tiga puluh atau empat puluh ayat beliau berdiri dan meneruskan bacaannya sambil berdiri, kemudian beliau rukuk dan sesudah itu sujud. Pada raka'at kedua beliau melakukannya seperti itu juga. Apabila beliau telah selesai solat, beliau melihat kepadaku; jika aku masih bangun beliau bercakap cakap dengan ku, dan apabila aku telah tidur, beliau pun berbaring pula."

581. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw. bangun tengah malam hendak solat tahajjud, beliau membaca "Allahumma lakal hamdu anta qayyimus samaawaati wal ardhi waman fiihinna. walakal hamdu mulkus samaawaati wal ardhi waman fiihinna, walakal hamdu nurus samaawati wal ardhi. walakal hamdu antal haqqu wa wa'dukal haqqu wa liqaauka haqqun wa qawluka haqqun wal jannatu haqqun wan naaru haqqun wan nabiyyuna haqqun wa Muhammadun shallallaahu 'alaihi wa sallama haqqun, was saa'atu haqqun. "Allhumma laka aslamtu wa bika aamantu wa 'alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wa bika khaashamtu wa ifaika haa kamtu. faghfirli maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a'lantu antal muqaddimu wa antal muakh-khiru laa ilaaha illaa anta (atau: laa ilaaha ghairuka) wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah. " (Wahai, Allah! Untuk-Mulah segala puji. Engkau penanggung langit dan bumi beserta isinya. Untuk-Mulah segala puji. Penguasa langit dan bumi dan segala isinya. Untuk-Mulah segala puji Cahaya langit dan bumi. Untuk-Mulah segala puji. Engkau Maha Benar, janji-Mu maha benar, menemui Engkau (di akhirat) maha benar, firman-Mu maha benar, syurga maha benar, neraka maha benar, para Nabi maha benar, dan Muhammad; shallallaahu 'alaihi wasallam maha benar, dan hari kiamat maha benar.

Wahai, Allah! Saya pasrah kepadaMu, dan dengan Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerah, dan kepada Engkau aku kembali, dan kerana (mempertahankan agama) Engkau aku bermusuhan, dan kepada Engkau aku meminta hukum.kerana itu ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang terakhir, ampunilah apa yang ku rahsiakan

maupun yang kunyatakan. Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengemudiankan; tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau, dan tidak ada daya dan kekuatan melainkan di tangan Engkau).

582. Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Ada seorang laki-laki pada masa hidup Rasulullah saw., apabila dia bermimpi diceritakannya kepada Rasulullah. Maka saya mengharap-harap supaya saya bermimpi pula untuk saya ceritakan kepada Rasulullah saw. Ketika itu aku masih muda belia, dan aku tidur di mesjid waktu Rasulullah masih hidup. Pada suatu ketika aku bermimpi, aku melihat dalam mimpiku itu seolah-olah dua malaikat datang kepada ku lalu keduanya membawa ku ke neraka. Di situ ada bangunan seperti sumur, mempunyai dua cabang dan di dalamnya banyak manusia yang saya kenal. Kataku, "Semoga Allah melindungi ku dari neraka ini." Maka datang malaikat yang lain, lalu ia berkata kepada ku, "jangan takut!" Mimpiku itu aku ceritakan kepada Hafshah (isteri Rasulullah) lalu Hafshah menceritakannya pula kepada Rasulullah saw Sabda Rasulullah. "Abdullah Ibnu Umar itu adalah seorang anak yang baik. Saya berharap supaya dia melakukan solat malam. " Semenjak itu Abdullah selalu solat malam. Ia tidur hanya sebentar."

583. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. solat (malam) sebelas raka'at. Memang begitulah solat beliau. Lamanya sujud dalam solatnya itu untuk satu kali sujud, selama kamu membaca kira-kira lima puluh ayat sebelum dia mengangkat kepalanya. Kemudian dia solat dua raka'at sebelum fajar, kemudian dia berbaring di lambungnya yang kanan, hingga datang orang memberitahukannya untuk solat (Subuh). "584. Dari Jundab bin Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi saw. sakit dan beliau tidak dapat berdiri (untuk solat tahajjud) semalam atau dua malam."

585. Diceritakan dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahwa pada suatu malam Nabi saw. mengetuk pintu rumahnya bersama Fathimah binti Rasulullah saw. Sabda beliau saw.: ."Kenapa kalian , tidak solat?" Jawab Ali, "Ya, Rasulullah ! Diri kami tangan Allah. Apabila Dia menghendaki kami bangun, kami akan bangun." Mendengar jawaban itu beliau berpaling tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada ku. Tetapi kemudian aku mendengar beliau memukul pahanya sendiri, dan berkata: "Wa kaanal insaanu aktsara syar-in jadalaa." (Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah).

586. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Jika ada Rasulullah saw. meninggalkan sesuatu amal, sedangkan beliau sendiri suka untuk mengerjakan amal itu, hal itu adalah disebabkan, kerana beliau takut orang banyak akan mengamalkannya pula, lalu mereka menganggap amal itu wajib bagi mereka. Nabi saw. tidak pernah solat dhuha, tetapi aku melakukannya." 587. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahwa pada suatu malam Rasulullah saw. berada di mesjid. Beliau solat, maka orang banyak mengikuti pula beliau solat. Malam berikutnya Nabi saw. solat pula. Orang yang mengikutnya pun bertambah banyak. Pada malam ketiga atau mungkin malam keempat orang semakin banyak berkumpul, tetapi Nabi saw. tidak datang. Besok pagi Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya aku telah tahu apa yang kamu lakukan. Tidak sesuatu pun yang melarang ku untuk keluar untuk solat malam bersama-sama kamu sekalian. Hanya aku khuatir kalau-kalau perbuatan itu menjadi wajib atasmu." Peristiwa itu terjadi di bulan Ramadhan.

588. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Apabila Nabi saw. berdiri melakukan solat, beliau berdiri lama sekali sehingga bengkak tumit atau betis beliau. Lalu beliau ditanya orang mengenai hal itu. Jawab beliau, "Apakah aku tidak boleh menjadi seorang hamba yang banyak syukur?"589. Diceritakan dari Abdullah bin Umar Ibnu 'Ash, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud, dan puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud beliau tidur seperdua malam berdiri (solat) sepertiganya, dan tidur seperenamnya; beliau puasa satu hari dan berbuka satu hari. "590. Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a.: "Apakah amal yang paling disukai Nabi saw.?" Jawabnya, "Amal yang dilakukan secara terus menerus. "Lalu kutanyakan pula: "Bilakah beliau bangun tengah malam untuk solat?" Jawabnya, "Beliau bangun apabila telah kedengaran kokok ayam."591. Diceritakan dari Anas r.a. bahwasanya Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit, kedua-duanya makan sahur bersama-sama. Maka tatkala kedua-duanya telah sahur, Nabi saw. berdiri hendak solat dan beliau melakukannya. Ditanya orang Anas, "Berapa lamanya antara keduanya selesai sahur dengan solat?" Jawab Anas, "Kira-kira selama membaca lima puluh ayat."592. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Pada suatu malam aku solat bersama Nabi saw. Maka beliau berdiri lama sekali, sehingga aku ingin hendak melakukan suatu perbuatan buruk. Lalu ditanyakan orang, "Apa yang kamu inginkan?" Jawabnya, "Aku ingin duduk dan meninggalkan Nabi saw. (solat sendirian)."593. Diceritakan dari Hudzaifah r.a., bahwa Nabi saw. apabila berdiri hendak solat tahajjud tengah malam, lebih dahulu beliau membersihkan mulutnya dengan siwak (sikat gigi dari kayu).

594. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw., tanyanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya melakukan solat malam?" Jawab Rasulullah, "Dua-dua; apabila kamu khuatir Subuh datang, lakukanlah solat witir satu raka'at."595. Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Solat Nabi saw. banyaknya tiga belas raka'at. Yakni solat malam."

596. Dari Masruq r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Aisyah tentang solat malam Rasulullah saw." Jawabnya, "Adakalanya tujuh, atau sembilan, dan ada juga sebelas raka'at, belum termasuk dua raka'at fajar."

597. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Nabi saw. solat malam tiga belas raka'at satu raka'at daripadanya ialah solat witir dan dua raka'at solat sunat fajar."598. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. pernah tidak berpuasa selama sebulan, sehingga kami mengira Nabi saw. tidak dibolehkan puasa bulan itu. Begitu pula, beliau pernah berpuasa selama sebulan, hingga kami mengira bahwa Nabi tidak boleh berbuka bulan itu. Dan jika kamu ingin melihatnya solat tengah malam, kamu akan dapat melihatnya, dan jika kamu ingin melihatnya tidur, kamu juga bisa melihatnya."599. Diberitakan dari Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia mengatakan" 'Tidurlah engkau sepanjang malam.' Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika dia berwudhu', lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpul. Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas."600. Dari Samurah r.a., diceritakannya dari Nabi saw. perihal mimpi. Sabda Nabi saw.: "Barangsiapa bermimpi, seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu, ertinya, orang itu mempelajari Al Qur'an tetapi tidak diamalkannya dan solat wajib ditinggalkannya." 601. Dari Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika diperkatakan orang dekat Nabi saw. seorang laki-laki yang sentiasa tidur sampai subuh dan tidak pernah bangun solat malam. Sabda Nabi, "Kupingnya telah dikencingi syaitan."


Yüklə 1,02 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   34




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin