Tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 1,02 Mb.
səhifə13/34
tarix18.01.2019
ölçüsü1,02 Mb.
#101160
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   34

602. Diberitakan oleh Abu Hurairah, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Allah tabaaraka wa ta'aala (Allah Yang Maha Suci lagi Agung) turun ke langit dunia pada (sepertiga yang akhir di setiap malam.) Dia berfirman: "Barangsiapa mendoa kepada Ku akan Ku perkenankan do'anya. Barangsiapa meminta kepada Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun akan Ku ampuni dia."603. Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahwa dia ditanya orang mengenai solat Rasulullah saw. di waktu malam. Jawab 'Aisyah, "Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya, lalu beliau solat. Kemudian beliau kembali pula ke tempat tidurnya. Maka apabila muadzin telah azan (untuk solat Subuh), beliau bangun. Kalau memang perlu, beliau mandi lebih dahulu, jika tidak, beliau mengambil wudhu' saja, kemudian beliau pergi solat ke mesjid."

604. Dari Abu Salamah bin Abdurrahman r.a., ia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang bagaimana caranya Nabi saw. solat pada bulan Ramadhan. Jawab 'Aisyah, "Rasulullah tidak pernah menambah solatnya di bulan Ramadhan dan tidak pula di bulan lainnya, atas sebelas raka'at. Mula-mula beliau solat empat rakaat, tetapi janganlah ditanya tentang kebagusan panjangnya solat beliau itu. Kemudian beliau solat empat raka'at lagi, dan janganlah ditanya pula bagaimana bagus dan lamanya. Kemudian beliau solat tiga raka'at. Kata 'Aisyah, aku bertanya kepada Rasulullah, "Ya, Rasulullah! Apakah Tuan tidur sebelum solat Witir?" Jawab Nabi saw., "Wahai, 'Aisyah! Hanya mata ku saja yang tidur, tetapi hatiku tidak."

605. Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a., bahwa Nabi saw. pernah bersabda kepada Bilal pada waktu Subuh, sabdanya: "Hai, Bilal! Cuba ceritakan kepada ku amal apa yang paling kamu sukai dalam Islam. Kerana aku mendengar bunyi terompahmu di hadapanku nanti di syurga." Jawab Bilal, "Tidak ada amal yang paling kusukai melainkan apabila aku telah berwudhu' siang ataupun malam, maka aku solat dengan wudhu' itu, seperti telah ditetapkan untukku."

606. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu kali Nabi saw. masuk ke mesjid, kebetulan di situ ada tali terbentang antara dua tiang. Nabi bertanya: "Tali apa ini?" Jawab mereka (para sahabat): "Itu tali kepunyaan Zainab. Apabila ia merasa lelah ia berpegang di tali itu." Sabda Nabi, "Jangan! Itu tidak boleh! Bukalah tali itu! Solatlah kamu sesuai dengan kesanggupanmu. Apabila kamu telah lelah maka duduklah." 607. Dari Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku. "Wahai, Abdullah! Janganlah kamu seperti si Fulan, ia bangun solat malam dan setelah itu dia berhenti."

608. Dari Abdullah bin 'Amru r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepadanya: "Diceritakan orang kepada ku, bahwa engkau selalu bangun solat malam dan berpuasa terus setiap hari." Jawab ku, "Benar, ya Rasulullah! Aku melakukannya." Sabda Nabi, "Kalau memang begitu, matamu akan cekung dan diri mu akan lemah. Sesungguhnya diri mu mempunyai hak dan keluargamu mempunyai hak. Kerana itu puasalah dan berbukalah, bangunlah untuk solat dan tidurlah."

609. Diberitakan oleh 'Ubbadah bin Shamit, bahwa Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa bangun tengah malam, lalu dia membaca: "Laa Illaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Lahul mulku walahul hamdu wa hu wa 'alaa kulli syai-in qadiir. Alhamdu lillaah, wa subhaanallaah. walaa ilaaha illallaah, wallaahu akbar. Walaa hawla walaa quwwata illaa billaah, kemudian dilanjutkannya: Allaahummaghfirli. (Tidak ada Tuhan yang patut disembah melainkan hanya Allah satu-satu-Nya, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya sajalah kekuasaan, dan milik-Nya sajalah segala puji, dan Dia berkuasa atas segala-galanya. Segala puji hanya milik Allah, Maha Suci Allah, Tidak ada Tuhan melainkan hanya Allah; dan Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya, tiada pula kekuatan melainkan hanya milik Allah. Kemudian dia melanjutkan: "Wahai Allah! Ampunilah kiranya aku!")

Jika dia mendo'a, diperkenankan do'anya. Jika dia mengambil wudhu', lalu dia solat, diterima Allah solatnya.

610. Abu Hurairah r,a. di dalam salah satu riwayatnya mengatakan, bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya saudara mu, Abdullah bin Rawahah tidak pernah berkata kotor (mengulangi ucapannya): "Di samping kita Rasulullah membaca Kitab. Di kala fajar yang dikenal terbit bersinar. Kita lihat petunjuk sesudah buta. Kita yakin perkataannya benar. Pada malam hari beliau tidur hanya sebentar. Ketika orang musyrik tidur nyenyak."

611. Dari 'Aisyah r.a, katanya: "Rasulullah saw. melakukan solat 'Isya. Sesudah itu beliau solat delapan raka'at setelah itu dua raka'at sambil duduk. Kemudian beliau solat lagi dua raka'at antara azan dan iqamat dan beliau tidak pernah meninggalkan yang dua raka'at belakangan itu." 612. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Qur'an; Sabda beliau: "Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua raka'at yang bukan fardhu, kemudian membaca do'a: "Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri ('ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii ('ajili amri wa aajilihi) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini." (Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurnia-Mu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. Dan jika menurut pengetahuan-Mu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."

613. Dari Abu Qatadah bin Rib'i Al Anshari r.a., ia mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu masuk ke dalam mesjid, janganlah duduk lebih dahulu sebelum solat dua raka'at."

614. Diceritakan oleh Abdullah bin Umar, katanya: "Aku solat bersama Rasulullah saw., dua raka'at sebelum solat Zuhur, dua raka'at sesudah Zuhur, dua raka'at sesudah Jum'at, dua raka'at sesudah Maghrib, dua raka'at sesudah 'Isya.

615. Dari Jahir r.a., dia mengatakan bahwa Rasulullah saw. pernah Sabda ketika ia sedang berkhutbah, katanya: "Apabila seseorang kamu masuk mesjid dan imam sedang berkhutbah, atau dia telah datang untuk itu, solatlah kamu lebih dahulu dua raka'at (sebelum duduk)." 616. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Nabi saw. berpesan kepada ku supaya aku melakukan solat dhuha dua raka'at."

617. Dari 'Aisyah r.a., katanya: Tidak ada solat Nawafil (sunat) yang lebih diutamakan oleh Nabi saw. dari solat sunat lainnya selain daripada dua raka'at sunat fajar."618. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melakukan dua raka'at solat sunat sebelum Subuh dengan cara yang ringan, sehingga aku bertanya-tanya dalam hatiku, adakah Nabi saw. membaca Al Fatihah (atau tidak)." 619. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Temanku (Nabi saw.) menasihatkan kepada ku tiga perkara, yang tidak akan kutinggalkan selama hidupku. Pertama, puasa tiga hari setiap bulan. Kedua, solat Dhuha. Ketiga, tidur sesudah solat witir."

620. Dari 'Aisyah r.a., dia mengatakan: "Sesungguhnya Nabi saw. tidak pernah meninggalkan solat sunat, empat raka'at sebelum Zuhur, dan dua raka'at sebelum Subuh. "

621. Dari Abdullah Al Muzanni, katanya Nabi saw. bersabda: "solatlah kamu sebelum solat Maghrib." Diucapkannya sampai tiga kali, dan pada kali yang ketiga beliau menambahkan: "Bagi siapa yang ingin melakukannya." Beliau tambahkan kata-kata tambahan itu kerana beliau takut orang banyak akan menganggapnya menjadi sunnah."

622. Dari Ibn Umar r.a., dia mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Kerjakanlah beberapa di antara solatmu

di rumah mu, dan jangan kamu jadikan rumah mu itu menjadi kuburan."

623. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Tidak disiapkan perangkat kenderaan melainkan untuk perjalanan ke tiga buah mesjid.

Pertama, ke Masjidil Haram di Mekah. Kedua, ke Masjidir Rasul di Madinah. Ketiga, ke Masjidil Aqsha di Jerusalem."624. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Satu kali solat di mesjid ku ini, lebih baik daripada seribu kali solat di tempat lain, melainkan di Mesjidil Haram."625. Diceritakan oleh Nafi', bahwa sesungguhnya Ibnu Umar r.a. tidak pernah melakukan solat dhuha, melainkan hanya dua kali. Yaitu: 1. Ketika beliau tiba di Mekkah, kerana beliau tiba pada waktu dhuha. Lalu beliau thawaf, kemudian solat dua raka'at di belakang Maqam (Ibrahim). 2. Pada hari beliau mengunjungi Mesjid Quba. Biasanya beliau berkunjung ke sana setiap hari Sabtu. Setiba di situ beliau terus masuk ke mesjid dan solat dua raka'at sesudah itu beliau keluar. Nafi' menambahkan, bahwa Ibnu Umar bercerita: "Sesungguhnya Nabi saw. mengunjungi mesjid Quba itu kadang-kadang dengan menunggang kuda dan kadang-kadang berjalan kaki. Kata "Nafi pula meneruskan, Ibnu Umar berkata. "Sesungguhnya aku hanya berbuat sebagaimana yang pernah kulihat sahabat-sahabatku memperbuatnya. Dan aku tidak melarang orang untuk mengerjakan solat kapan saja ia kehendaki. malam atau pun siang, asal saja jangan disengaja melakukannya pada waktu matahari terbit atau terbenam."

626. Dari Abu Hurairah, dia mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda: "Antara rumahku dan mimbarku adalah sebuah kebun dari kebun syurga; dan mimbarku berada di atas telagaku." 627. Qaza'ah Maula Ziyad berkata: "Aku mendengar Abu Sa'id Al Khudri mengatakan empat macam ajaran dari Nabi saw., yang sangat aku kagumi dan ku nilai tinggi. Yaitu:

1. Seorang wanita tidak boleh bepergian seorang diri selama dua hari, melainkan dengan suami atau dengan muhrimnya. 2. Tidak boleh puasa pada dua hari. Yaitu, pada hari raya Idul Fitri, dan pada hari raya Idul Adh-ha. 3. Tidak boleh solat sesudah dua solat. Yaitu, sesudah solat Subuh hingga terbit matahari, dan sesudah solat 'Ashar hingga Maghrib. 4. Tidak boleh disediakan perangkat kendaraan kecuali hanya untuk perjalanan ke tiga buah mesjid. Yaitu, ke Mesjidil Haram, ke Mesjid Aqsha, dan ke Mesjid ku."

628. Dari Abdullah r.a., katanya: "Kami memberi salam kepada Nabi saw. ketika beliau sedang shalat, dan beliau menjawab salam kami itu. Tatkala kami kembali dari Najasyi (penguasa Ethiopia), kami pun memberi salam kepada beliau tetapi beliau tidak menjawab." Kemudian beliau bersabda, "Sesungguhnya orang yang sedang solat itu sedang melakukan sesuatu yang penting."

629. Dari Abu Amr Asy Syaibani, katanya: "Zaid bin Arqam mengatakan kepada ku, 'Pada masa Rasulullah saw. kami pernah bercakap-cakap ketika sedang solat; sehingga seseorang di antara kami mengatakan kepentingannya kepada yang lain. Maka turunlah ayat: Haafizhuu 'alash shalawaati washshaatil wusthaa (Peliharalah semua solat mu, dan peliharalah solat wusthaa ) hingga akhirnya. Sesudah itu kami diperintahkan diam (tidak boleh bicara) ketika sedang solat."

630. Dari Sahal r.a., katanya: "Pada suatu kali, Nabi saw. keluar untuk mendamaikan Bani 'Amr bin Auf, kebetulan waktu solat telah tiba. Maka datanglah Bilal kepada Abu Bakar mengatakan, 'Nabi saw. terlambat datang,. Tuanlah yang menjadi imam." Jawab Abu Bakar, "Baiklah! Kalau engkau setuju." Setelah Bilal qamat Abu Bakar maju ke muka lalu solat. Kemudian Nabi tiba, lalu dibelahnya shaf perlahan-lahan supaya dia dapat lewat sampai ke muka. Orang banyak bertasfih. Kata Sahal, tahukah kamu, apa itu tasfih? Yaitu, bertepuk tangan. Abu Bakar tidak menoleh. Setelah orang semakin ramai bertepuk: maka barulah dia menoleh ke belakang. Nabi saw. telah berada di dalam shaf. Beliau memberi isyarat kepada Abu Bakar supaya dia tetap di tempatnya. Lalu Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah. Kemudian dia mundur ke belakang dan Nabi saw. maju ke muka meneruskan sembahyang."

631. Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: "Kami pernah mengucapkan salam ketika shalat, menyebut nama dan salam satu sama lain. Hal itu terdengar oleh Nabi saw., lalu beliau bersabda, bacalah: "At tahiyyaatu lillaah, wash shalawaatu wat thayyibaatu. Assalaamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullhi wabarakaatuhu. Assalaamu 'alaina wa 'ala 'ibaadillaahish shaalihin. Asyhadu an laa ilaaha illallaah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuuluh. " (Segala kehormatan untuk Allah, segala keberkatan dan segala kebaikan. Salam untukmu wahai Nabi, rahmat Allah dan berkatNya. Selamat kiranya untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang salih. Aku mengaku bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu hamba-Nya dan Rasul-Nya). Apabila kamu baca bacaan itu, bererti kamu telah memberi salam kepada seluruh hamba Allah yang salih di mana saja pun mereka berada, di langit maupun di bumi. "

632. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Tasbih untuk kaum pria, dan bertepuk tangan untuk kaum wanita."

633. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. menceritakan seorang ibu memanggil anaknya yang sedang solat. Kata ibu itu, "Hai, Juraij!" Lalu Juraij mohon kepada Allah, "Wahai, Allah! Ibu ku (memanggil ku), dan aku (sedang menunaikan) solat ku. (Apakah yang harus ku perbuat?)" Ibu itu memanggil pula, "Ya.Juraij!" Kata Juraij, "Wahai, Allah! Ibu ku kah atau solat ku kah?" Kata si Ibu pula, "Wahai, Allah! Semoga Juraij tidak mati sebelum dia melihat muka perempuan lacur lebih dahulu."

Pada suatu ketika datang seorang wanita lacur penggembala ke tempat peribadatannya, lalu ia melahirkan. Ketika ditanya, "Anak siapa ini?" Wanita itu menjawab, "Anak si Ju- , raij, dan dia keluar dari tempat peribadatannya. " Kata Juraij, "Mana itu wanita yang mengatakan anaknya adalah dari ku?" (Sementara itu bayi wanita tadi dibawa orang kepada Juraij). Kata Juraij, "Hai Bayi! Siapa bapa mu ?" Jawabnya, "Seorang gembala kambing."

634. Dari Mu'aiqib r.a., katanya Nabi saw. bersabda kepada seorang laki-laki yang bekerja meratakan tanah tempat sujud sabdanya: "Jika sudah kamu perbuat, cukuplah satu kali saja." 635. Dari Anas r.a., katanya: "Kami pernah solat bersama-sama dengan Nabi saw. di musim panas. Maka siapa yang tidak bisa meletakkan dahinya ke bumi, dibentangkannya kain, lalu ia sujud di atasnya. "

636. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku pernah melonjorkan kaki ku ke hadapan Nabi saw. waktu beliau sedang solat. Ketika beliau akan sujud dicubitnya kaki ku, lalu kuangkat, dan setelah beliau berdiri saya lonjorkan pula kembali."

637. Dari Ibnu Umar r.a. katanya: "Bahwasanya Nabi saw. pernah melihat dahak di kiblat mesjid. Nabi marah kepada orang-orang yang ada di dalam mesjid. Sabda beliau: "Sesungguhnya Allah berada di hadapan mu masing-masing. Maka apabila kamu sedang solat, janganlah meludah atau mendahak ke hadapan mu." Kemudian beliau menunduk membersihkan sendiri dahak itu."638. Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. bersabda: Apabila seseorang kamu sedang solat, maka sesungguhnya ia sedang berbisik dengan Tuhannya. Maka kerana itu janganlah meludah ke hadapan atau ke kanan, tetapi ke kiri di bawah telapak kakinya. " 639. Dari Jabir r.a.. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengutus ku untuk suatu keperluan, lalu saya pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada beliau. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi beliau tidak menjawab. Oleh kerana itu timbul dugaan di hatiku, Allah sajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diri ku, "Barangkali Rasulullah saw. marah kepada ku kerana aku datang terlambat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun beliau tidak menjawab juga. Prasangka di hatiku bertambah dari semula. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu beliau menjawab salamku itu. Sabda beliau, "Aku terhalang menjawab salammu, kerana aku sedang solat." Waktu itu beliau solat di atas kenderaan, tidak menghadap kiblat."

640. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang seseorang solat bertolak pinggang."

641. Dari 'Uqbah bin Harits r.a., katanya: "Saya solat 'Asar beserta Nabi saw. Sesudah memberi salam, beliau segera berdiri dan terus masuk ke rumah isteri beliau. Tidak lama kemudian beliau keluar kembali dan dilihatnya muka orang banyak seperti hairan kerana beliau cepat saya pergi dan kembali. Beliau bersabda: "Aku teringat sesudah solat tadi akan sepotong emas yang ada pada kami. Aku tidak ingin emas itu akan berada pada kami sampai petang atau malam nanti. Oleh kerana itu aku perintahkan supaya membagi-bagikannya;" 642. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: " Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehinga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula, apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa raka'at dia solat."

643. Dari Abdullah bin Buhainah r.a., dia mengatakan bahwa pada suatu ketika Rasulullah saw. mengimaminya dalam salah satu solat. Beliau solat dua raka'at lalu berdiri (untuk raka'at ketiga) tanpa duduk (sesudah raka'at kedua). Jama'ah pun berdiri pula mengikuti beliau. Ketika solat hampir selesai, kami menunggu-nunggu beliau akan membaca salam, ternyata membaca takbir; lalu beliau sujud dua kali sedang duduk itu, kemudian membaca salam tanda selesai.644. Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a., bahwa Rasulullah saw. sesudah dua rakaat Zuhur langsung berdiri tanpa duduk (antara rakaat kedua dengan ketiga). Tatkala beliau telah selesai sembahyang, beliau sujud (sahwi) dua kali, dan sesudah itu membaca salam (tanda selesai)."645. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Kami solat Zuhur (atau mungkin 'Asar) bersama-sama dengan Nabi saw. Setelah selesai solat, Dzulyadain bertanya kepada beliau, "Kurangkah solat ya, Rasulullah?" Beliau pun bertanya pula kepada jama'ah, "Betulkah apa yang ditanyakannya itu?" Jawab Jama'ah, "Benar!" Lalu Nabi saw. solat lagi dua raka'at, sesudah itu sujud (sahwi) dua kali."646. Dan Abu Hurairah r.a., dia mengatakan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya waktu seseorang kamu sedang solat, syaitan datang menggodanya, sehingga tidak diketahuinya telah berapa raka'at dia solat. Maka apabila kejadian seperti itu terjadi pada kamu, sujudlah dua kali waktu duduk." 647. Abu Dzar mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang datang kepada ku dari Tuhan ku membawa berita (mungkin katanya: membawa berita gembira): "Sesungguhnya, barangsiapa di antara umat ku yang mati, sedangkan dia tidak mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, orang itu masuk syurga." Aku bertanya: "Sekalipun orang itu berzina dan mencuri?" Jawab Nabi, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri."

648. Abdullah r.a. mengatakan, bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mati, padahal ia mempersekutukan Allah, orang itu masuk neraka." Dan kataku, "Siapa yang mati tidak mempersekutukan Allah, orang itu masuk syurga." 649. Dari Al Barra' r.a., katanya: "Nabi saw. memerintahkan kami dengan tujuh macam perintah, dan melarang kami dengan tujuh macam larangan. Beliau memerintah kami:

1. mengiringkan jenazah,

2. mengunjungi orang sakit,

3. memenuhi undangan,

4. menolong orang yang teraniaya,

5. membaikkan sumpah,

6. menjawab salam, dan

7. mendo'akan orang yang bersin,

Beliau melarang kami memakai bejana perak, memakai cincin emas dan memakai berbagai macam sutera.

650. Kharijah bin Zaid bin Tsabit bercerita, bahwasanya Ummul 'Ala, seorang wanita Anabar yang pernah baiah dengan Nabi saw. menceritakan kepadanya, bahwa orang Muhajirin mengadakan undian, kebetulan jatuh pada kami Usman bin Maz'un, lalu kami beri tempat di rumah kami. Tidak lama kemudian Usman sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia. Mayatnya kami mandikan dan kami kafani, setelah itu Rasulullah pun tiba. Kata ku, "Semoga rahmat Allah tercurah kepada mu hai, Bapak Saib (Usman). Aku menjadi saksi bagi mu, sesungguhnya Allah memuliakanmu." Nabi saw. bertanya: "Bagaimana engkau tahu bahwa Al1ah telah memuliakannya?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Biarlah Bapa ku jadi tebusanmu. Siapakah kiranya yang dimuliakan Allah?"

Jawab Nabi saw., "Dia telah mati. Demi Allah, aku hanya mengharapkan, semoga dia mendapat kebaikan. Demi Allah, biarpun aku seorang Rasul Allah, namun aku tidak tahu apa yang akan diperbuat terhadap ku. " Kata Ummul A'la, "Demi Allah! Sesudah itu saya tak pernah lagi menyatakan seseorang itu saleh."

651. Dari Jabir r.a., katanya: Ketika Bapak saya meninggal, saya tutup mukanya dengan kain, lalu saya menangis. Orang banyak melarang saya menangis, sedangkan Rasulullah tidak melarang. Fatimah (saudara bapa saya) juga turut menangis. Sementara itu Rasulullah saw. bersabda: "Biarpun kamu menangis atau tidak, namun malaikat sentiasa melindunginya dengan sayapnya sampai kamu membawanya ke kubur."

652. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memberitahukan kepada jama'ah tentang kematian Raja Najasyi (Ethiopia) pada hari kematiannya. Sesudah itu beliau pergi ke tempat sembahyang, lalu solat bersaf bersama-sama dengan mereka. Nabi saw. takbir empat kali."653. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mula-mula bendera dipegang oleh Zaid, lantas ia gugur. Kemudian dipegang oleh Jaafar, ia gugur pula. Sesudah itu dipegang oleh Abdullah bin Rawahah, ia pun gugur pula. Waktu itu air mata Rasulullah berlinang. Terakhir bendera dipegang oleh Khalid bin Walid tanpa di angkat, sampai menang." 654. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Ada seseorang meninggal, yang Rasulullah saw. pernah mengunjunginya waktu dia sakit. Dia meninggal malam hari, dikuburkan malam itu juga. Tatkala hari telah Subuh, mereka (para sahabat) mengabarkannya kepada Rasulullah saw. Rasulullah bertanya, "Mengapa tidak diberitahukan kepada ku (sebelum ini?)" Jawab mereka, "Kami tidak suka memberitahukannya, kerana hari sudah malam dan gelap. Kami khuatir akan menyulitkan Tuan." Lalu beliau pergi ke kuburnya dan sesudah itu beliau solat (ghaib) atas orang yang meninggal itu."

655. Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang Muslim yang kematian tiga orang anak yang belum baligh, dimasukkan Allah ke dalam syurga, kerana limpahan rahmat dari Allah terhadap mereka."656. Diberitakan dari Abu Sa'id r.a., beberapa orang wanita bermohon kepada Nabi saw.: "Sudilah Tuan sediakan satu hari untuk (pengajian bagi) kami. (Rasulullah saw. memenuhi permintaan mereka). Lalu Nabi memberi pelajaran kepada mereka, sabdanya: "Wanita yang mana pun yang kematian tiga orang anaknya, maka anak-anaknya itu menjadi dinding baginya dari api neraka." Bertanya seorang wanita, "Kalau dua?" Jawab beliau, "Ya, dua juga."657. Dari Ummu 'Athiyyah Al Anshariyah r.a., katanya pada hari puteri Rasulullah saw. meninggal dunia, beliau datang kepada mereka dan bersabda: "Mandikanlah dia dengan air bercampur sidr (semacam tumbuh-tumbuhan yang harum) tiga sampai lima kali, atau pun lebih dari itu jika memang baik menurut pendapatmu. Terakhir, campurlah dengan kafur (semacam tumbuh-tumbuhan yang harum juga). Jika telah selesai beri tahulah aku." Tatkala kami telah selesai, kami beritahukan kepada beliau. Maka diberikannya kepada kami cedarnya sambil berkata: "Pakaikanlah ini kepada jenazah."658. Dari Ummu 'Athiyyah r.a., katanya: "Mereka membuat rambut puteri Rasulullah saw. menjadi tiga lepih. Semuanya mereka buka, kemudian jenazahnya mereka mandikan, sesudah itu rambutnya mereka lepih kembali menjadi tiga lepih."659. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. dikafani dengan tiga helai kain putih halus, tenunan negeri Yaman, tidak termasuk baju dan serban."


Yüklə 1,02 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   34




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin