Tips menggaji Pembantu Rumah Indonesia



Yüklə 228,9 Kb.
səhifə1/4
tarix26.10.2017
ölçüsü228,9 Kb.
#14078
  1   2   3   4

TIPS Menggaji Pembantu Rumah Indonesia 200717
Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persefahaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan. Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama.
"Ya Allah, jauhkan kami daripada majikan yang kejam kepada pembantu seperti menyisihkan pembantu kerana sombong, kikir dalam hal kebajikan dan makan minum, dan mengkhianati pembantu dalam apa jua bentuk. Jauhkan kami daripada pembantu yang berniat jahat dan tidak ikhlas untuk bekerja. Berikankan kepada kedua mereka keserasian dan keselesaan hidup. Hindarkan kami daripada mana-mana pihak yang khianat dan mengkhianati, bala dan kesusahan. Lapangkan dada semua pihak agar memudahkan segala urusan demi mencapai keredhaanMu. Amin"
Pembantu rumah Indonesia kebanyakkannya mempunyai hati yang sensitif dan cepat terguris. Mereka sudah biasa dengan budaya merendah diri dan suara terhadap orang lain. Sekiranya memberikan arahan majikan harus menggunakan tonasi suara yang sesuai agar arahan dapat diterima dengan baik tanpa ada perasaan benci dan dendam.
Pembantu rumah adalah golongan lemah yang perlu dibela dan dibimbing, bukan untuk ditengking, dihina dan ditindas.

1) Layanan Baik Terhadap Pembantu


  1. Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan Indonesia ialah 0062xxxxxx. Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 006281375869008 . Kawal pengunaan telefon dikhuatiri dia dihubungi dan dilarikan sindiket. Ambil balik selepas digunakan. Benarkan penggunaan dalam 2 kali seminggu sahaja.




  1. Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.




  1. Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.




  1. Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.




  1. Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik , balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .




  1. Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.




  1. Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita.




  1. Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Anak-anak mungkin dianggap majikan kecil. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.




  1. Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.




  1. Tunjukkan kasih sayang dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.



2) Menjaga Soal Makan Minum


  1. Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan.




  1. Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka lihat sahaja. Contohi Rasullulah SAW melayani pembantu baginda.




  1. Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.




  1. Boleh juga membenarkan pembantu mengasingkan hidangan untuk dia sendiri dan majikan supaya dia bebas memilih waktu makannya sendiri. Pembantu biasanya terbiasa dengan makan nasi putih di waktu pagi. Benarkan dia menyediakan sarapan cara dia sendiri. Ini untuk mengelakkan sakit mah (gastrik) kerana meninggalkan sarapan.




  1. Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.




  1. Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan.



3) Memahami Budaya Dan Sikap Pembantu


  1. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pembantu merantatu ke sini kerana kesempitan dan keperitan hidup yang memaksa. Fahami masalah mereka dan kasihani golongan yang lemah, nescaya kita dirahmati Allah. Nasihati mereka seperti anak2 atau orang lemah yang memerlukan ajaran.




  1. Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.




  1. Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadang-kadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar, nakal=jahat, tak bertimbangrasa=jahat. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.




  1. Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.




  1. Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca al-Quran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Quran dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.




  1. Setengah pembantu tidak boleh tahan dengan persekitaran yang sangat sunyi. Ini adalah kerana kebiasaan mereka tinggal dan bergaul dalam suasana masyarakat penduduk padat. Juga faktor kepercayaan karut dan hantu. Jika persekitaran kerja sebegitu, pilih personaliti yang pendiam dan kurang suka berkawan, atau cari alternatif seperti sibukkan dengan aktiviti masa lapang seperti membaca, komunikasi maya, TV, outing dan sebagainya.



4) Keselamatan


  1. Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.




  1. Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.




  1. Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda.




  1. Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak atau cleaner. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki atau kaum sebangsa. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.




  1. Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri.




  1. Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan syarak. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat dengan bukan muhrim.




  1. Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.




  1. Barang berharga seperti barang kemas dan wang harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim.




  1. Kita tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka. Namun kita tidak perlu risau akan sifat panjang tangan mereka selagi mereka masih berada di rumah kita. Namun kita perlu sentiasa mempastikan barang-barang berharga tersimpan baik. Kalau boleh jangan sampai mereka mengetahui tentang adanya barang kemas di rumah kita.




  1. Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.



5) Kerja


  1. Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.




  1. Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan.




  1. Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.




  1. Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.




  1. Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan.




  1. Kebanyakan pembantu adalah suatu golongan yang tidak suka berterus terang dengan majikan. Jika anda ingin mendapatkan penjelasan dalam sesuatu perkara contohnya keikhlasan beliau untuk bekerja, lebih baik bertanyakan orang yang rapat dengan beliau, contohnya pembantu jiran atau kenalan beliau.




  1. Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.




  1. Asuh anak2 anda menghormati dan mengasihi pembantu dan melakukan kerja2 berdikari untuk mengelakkan pergantungan kepada pembantu. Bantu urusan pembantu sebanyak mungkin dan kurangkan kerjanya seringan mungkin.




  1. Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.




  1. Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui.




  1. Sekiranya pembantu tiba-tiba membuat alasan sakit, anak sakit, emak sakit dan ingin pulang ke Indonesia, kemungkinan dia mengalami masalah penyesuaian dengan majikan. Hubungi agennya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan.




  1. Pembantu ibarat sebatang besi yang seharusnya ditempa dan dibentuk supaya ianya memberi mafaat kepada pengguna atau majikannya.



6) Bayaran, Gaji Dan Ganjaran


  1. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.




  1. Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam di tempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.




  1. Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.




  1. Rekod pembayaran gaji dalam rekod yang disediakan. Minta pembantu menandatangani penerimaan. Pembayaran gaji yang dihantar langsung ke akaun bank Indonesia boleh dibuat di remittance berdaftar seperti KL Remit Exchange atau CIMB Speed Send atau Merchantrade. Boleh Google lokasinya. Jika tiada rekening/akaun di Indonesia bolehlah menggunakan Western Union.




  1. Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).




  1. Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu. Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.




  1. Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang di luar dugaan.




  1. Pembantu kadang-kadang mengalami kegusaran luar biasa terhadap barang-barang peribadinya yang kehilangan, rosak atau kecurian. Jangan sampai kegusaran tersebut mengganggu emosinya untuk terus bekerja. Tolong selesaikan.




  1. Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga.

Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya.


Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud al-Hadith. ”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.
Jika mendapat kesenangan atau ditimpa kesusahan ingat maksud al-Hadith “Aku mengkagumi orang mukmin. Jika dikurniakan nikmat dia memuji Allah dan bersyukur. Jika dia ditimpa kesusahan, dia memuji Allah dan bersabar…..”
Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masing-masing.Wallahua’lam.


Sifat Sifat Yang Perlu Dijauhi oleh Majikan


Sikap

Indikasi

Implikasi

Cerewet yang keterlaluan

Majikan tidak menolong dan menunjuk ajar pembantu bahkan asyik memeriksa setiap gerakerja pembantu

Pembantu akan merasa stress dan tidak aman dengan kehadiran majikan.

Sombong yang melampau

Majikan tidak menghiraukan kebajikan dan makan minum pembantu

Pembantu kurang hormat kepada majikan terutamanya sewaktu ketidakhadiran majikan

Kikir Yang Berlebihan

Contohnya majikan mengira berapa biji telur yang digunakan setiap hari dan bertanya pembantu ke mana pergi telur-telur tersebut. Biasanya berkaitan dengan profesyen seperti akauntan, perbankan dan audit.

Pembantu akan merasakan tidak cukup diberikan makan kerana dikongkong keterlaluan.

Terlalu Berkira

Majikan akan memotong gaji untuk pembantu menelefon yang perlu, membeli jajan, kerosakan harta benda yang tidak sengaja dan sebagainya.

Pembantu tidak selesa dan bercakap dengan jiran tentang majikan yang pelit. Menghitung hari untuk tamat kontrak

Terlalu Garang

Pembantu selalu ditengking dengan suara yang tinggi

Pembantu akan membenci majikan

Menganiaya

Pembantu tidak dibayar gaji yang sepatutnya atau hak mereka diambil tanpa hak

Pembantu mendendami majikan

Mencabul

Pembantu dicabul sewaktu ketiadaan isteri

Boleh menjadi kes jenayah seksual

Masalah Pembantu Berkait Dari Segi Profesyen Majikan:




Pekerjaan Majikan

Masalah Pembantu

Doktor

Doktor mementingkan kebersihan (hygiene) dan cerewet dari segi tersebut, sedangkan pembantu datang daripada negara ketiga yang menilai tahap kebersihan pada tahap rendah. Latihan dan kesabaran diperlukan.

Guru

Guru biasanya bertegas dalam arahan, manakala pembantu menganngap teguran itu sebagai marah yang berpanjangan atau leteran. Perlu dibezakan pembantu yang sudah berusia dengan murid2 disekolah.

Akauntan

Akauntan biasanya berkira dalam setiap perbelanjaan, sedangkan pembantu tidak mengerti apa itu penjimatan dan kos dan menganggap majikan pelit dan berkira. Perlu melatih pembantu melihat segala dari aspek kos dan kerugian seperti penggunaan air, letrik, telur dan lain2.

Jurutera

Jurutera mementingkan fakta dan kebenaran, manakala pembantu suka menyembunyikan fakta dan melindungi angka. Perlu memahami pembantu adalah golongan yang tidak suka berterus-terang kerana takut dan sebaiknya mendapatkan sendiri fakta yang tepat.

Jururawat

Jururawat mementingkan prosedur yang ketat dalam melakukan sesuatu pekerjaan, manakala banyak pembantu yang hanya bersikap sambil lewa. Majikan perlu tahu membezakan cara menangani dan mengajari pembantu tidak sama dengan pesakit.

Polis

Selalu bertegas dan menggunakan amaran, menyebabkan pembantu merasa tertekan. Pembantu perlu dilayan sebagai keluarga dan tidak sama dengan pesalah.

Tentera

Bertegas dalam sesuatu keadaan kritikal tapi bertindak biasa dalam kekeluargaan

Datin / surirumah

Kehadiran surirumah yang sentiasa bersama pembantu menyebabkan pembantu merasa tertekan, terutama bila segan ingin makan sehingga akhirnya menganggap majikan tidak mengambil berat soal makan minum. Perlu mempastikan makan minum yang tertaur dan kurangkan interaksi dan kebersamaan pembantu, berikan lebih kebebesan supaya tidak terkongkong. Anggapkan sebagai sebahagian anggota keluarga.



Sikap Biasa Pada Pembantu Kritikal Bagi Majikan
Majikan mungkin sensistif dan serius bagi sikap-sikap berikut tetapi ianya adalah fenomena biasa di kalangan pembantu:

Mencuri, Berbohong, Mereka Cerita, Merokok, Mengamalkan Tahyul.... cuba bayangkan mereka berada di era majikan tahun 1960an atau 70an.


Doa Pelindung Sihir


Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya sesuatu pun di langit dan di bumi. Dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui





Sifat-Sifat Dan Sikap Pembantu
Sifat-sifat yang dimiliki pembantu yang perlu difahami oleh majikan. Pembantu biasanya tidak mempunyai kesemua sifat positif atau negatif, tetapi kombinasi kedua-duanya .

Sifat Positif

1-5

Sifat Negatif

1-5

Berinisiatif, kerja yang tidak perlu disuruh-suruh




Curi tulang




Menghormati majikan




Ego, merasakan diri lebih pandai




Jujur




Suka berbohong




Amanah




Panjang Tangan




Suka Di Rumah




Suka Merayau




Pandai dan cerdik




Agak lembab dan perlu diajar berulang kali




Teliti dan bersih dalam pekerjaan




Agak gelojoh dan kasar dalam pekerjaan




Menjaga pergaulan




Sosial dan bebas pergaulan




Baik tutur kata




Suka mengumpat




Jumlah




Jumlah



Perbezaan latarbelakang mungkin menyerlahkan kebaikan dan kelemahan yang berbeza:





Kebaikan

Kelemahan

Pembantu Muda

  • Senang diarah

  • Cergas

Pembantu Berusia



  • Tidak terpengaruh dengan lelaki

Pembantu Bujang



  • tidak sibuk dengan komitmen di Indonesia

Pembantu janda

  • Bekerja sungguh2 untuk anak2

  • Tidak sibuk dengan suami

Pembantu Bersuami



  • Tidak sibuk untuk kahwin

Pembantu berpengalaman / pandai



  • Cekap bekerja

  • Tidak rindu kampong

Pembantu tidak berpengalaman

- Tidak langkah panjang





  • Senang terpengaruh dengan lelaki

  • Terpengaruh dengan kawan2



  • Susah memahami arahan



  • Kemungkinan hendak kahwin



  • Mudah terpengaruh dengan lelaki


  • Sibuk dengan suami



  • Langkah panjang, ‘Demanding’

  • Tunjuk pandai




  • Tidak cekap bekerja perlu disuruh2

  • Rindu kampong di tahun pertama







Suku

Sifat Ketara

Sumatra

Bahasa, kebudayaan dan masakan menghampiri kaum Melayu Malaysia

Aceh / Padang

Golongan yang suka berniaga, tidak suka di arah-arah

Jawa / Sunda

Golongan yang rendah diri, menghormati majikan, rajin dan pembersih

Madura / Lombok / Batak

Biasanya sesuai untuk kerja-kerja keras seperti perladangan dan pembinaan.

Kebanyakan pembantu rumah Indonesia mempunyai tahap pendidikan yang rendah, berasal dari kampung yang mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. Mereka juga kurang mahami Bahasa Indonesia dan kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama.



Tanda-tanda pembantu ingin melarikan diri:


  1. Membuat pelbagai alasan seperti anak sakit, ibu atau bapa nazak, kenduri kahwin dan sebagainya. Pembantu mohon pulang sekejap dan mungkin tidak lagi kembali.




  1. Barang-barang yang tersusun kemas dalam beg, bersedia untuk meninggalkan rumah.




  1. Meminta pinjaman atau advanced salary berlebihan daripada majikan tanpa alasan yang manasabah.




  1. Pembantu yang menjumpai dan mengetahui dimana pasport disimpan berkecenderungan untuk melarikan diri jika beliau memegang pasport kononnya akan lebih selesa dengan peluang kerja di tempat lain.


Wallahu’alam


Yüklə 228,9 Kb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin