Tips menggaji Pembantu Rumah Indonesia



Yüklə 228,9 Kb.
səhifə3/4
tarix26.10.2017
ölçüsü228,9 Kb.
#14078
1   2   3   4

Cerita Sedih


Subject: Fwd: FW: Cerita sedih dari Malaysia.doc
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya,ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya.
Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen tempat mobil ayahnya diparkirkan tetapi kerana lantainya terbuat dari marmer, coretan tidak kelihatan. Dicobanya pada mobil baru ayahnya.Ya... kerana mobil itu bewarna gelap, oretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitasnya.
Hari itu bapak dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana macet ada perayaan Thaipusam. Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri mobil. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disadari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran. Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerjaan siapa ini?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar.

Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !" "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari kamarnya. Dengan penuh manja dia berkata "Ita yang membuat itu abahhh.. cantik kan!" katanya sambil memeluk abahnya ingin bermanja seperti biasa.
Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya di depannya, terus dipukulkannya berkali2 ke telapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah terbengong, tidak tahu hrs berbuat apa?.
Si bapak cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah Menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar.
Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si bapak sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah mengadu. "Oleskan obat saja!" jawab tuannya, bapak si anak.Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang Menghabiskan waktu di kamar pembantu. Si bapak konon mau mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu kamar pembantunya.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu badan Ita terlalu panas. "Sore nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di rawat inap doktor memanggil bapak dan ibu anak itu.

"Tidak ada pilihan.." katanya yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu parah. "Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.


Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapak terketar-ketar manandatangani surat persetujuan pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang suntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga heran2 melihat kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tidak akan melakukannya lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeris. "Abah.. kembalikan tangan Ita. Untuk apa ambil.. Ita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain nanti? Ita janji tidak akan mencoret2 mobil lagi," katanya berulang-ulang. Serasa copot jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs….

Masalah dan Penyelesaian

                                                                                                      



MASALAH

PENYELESAIAN

Permohonan ditolak kerana majikan mempunyai pembantu yang masih aktif.

 

Ini disebabkan majikan tidak membuat check out memo semasa menghantar pembantu pulang. Laporan lari perlu dibuat kepada imigresen.

Denda sebanyak RM250 perlu dibayar kepada imigresen semasa membuat permohonan baru.

 

 



Selepas siap calling visa pembantu tidak boleh masuk kerana kematian atau sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan

 

Agen di Indonesia akan mendapat surat pembatalan dari konsulat Malaysia di Indonesia dan pembatalan perlu dibuat di imigresen bersama permohonan pembantu baru.

 


Permohonan ditolak kerana pembantu aktif dengan majikan lain.

 

Agen akan mendapatkan majikan asal untuk membatalkan permit pembantu tersebut atau tukar dengan biodata baru.

 


 

Pembantu Gagal FOMEA

 


 

Untuk kes penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis, rayuan boleh dibuat kepada FOMEMA. Untuk kes penyakit berjangkit seperti Hepatitis pembantu perlu dihantar pulang segera. Levi lama masih boleh digunapakai dan gantian akan menggunakan levi yang sama. Pembantu akan dikira sebagai pembantu sementara.

 


 

 

 



Sembang-Sembang

 

Majikan: Kenapa banyak agen2 dikaitan dengan penipu?...



Agen: tidak dinafikan banyak sindiket yang menggunakan peluang untuk menipu, tapi keadaan tertekan dan dirisiko yang ditanggung agen juga sebahagiannya... 

 

Majikan: keadaan bagaimana...



Agen: kedaan timbul bila maid yang dibekalkan bermasalah, lari atau dipulangkan... Agen telah membayar penuh kepada pihak Indonesia untuk urusan kemasukan dahulu... Agen Indonesia menjanjikan jaminan tetapi lambat mendapatkan gantian atau tidak membekalkan gantian... risikonya agen terpaksa berdepan secara terus dengan majikan....

 

Majikan: kenapa tidak dibayarkan dahulu duit majikan sedangkan agen berniaga mestilah ada modal....



Agen: dalam satu2 transaksi agen mendapat fee dalam RM2000 sedangkan fee yang dibayar ke Indonesia dalam RM4500. Jika berlaku satu kes, agen terpaksa mendapat tiga lagi transaksi yang berjaya untuk mengganti satu kes yang bermasalah. Satu dua kes cukup untuk membuatkan agen jem...

 

Majikan: itu masalah agen...

 

Agen:  kita hidup bermasyarakat... masalah itulah juga yang akan menghantui majikan... lebih2 lagi dalam kedaan sekarang, maid susah dicari dan perjalanannya agak kurang lancar....

 

jika tiada masalah biasanya tiadalah isu agen menipu... majikan yang agak2 tidak berani menghadapi risiko, atau yang agak2 merasa berdepan dengan masalah, elakkan daripada berurusan dengan agen2, boleh terus mendapatkannya daripada Indonesia...



 

Majikan: ya lah... hidup ini dijadikan sebahagiannya kesenangan dan sebahagiannya kesusahan kerana Allah ingin menguji manusia siapakah yang lebih baik akhlaqnya... sesungguhnya di sebalik kesusahan itu kesenangan.... semoga Allah mengganjarinya di dunia dan akhirat....

 

Agen: agen adalah konsultan dan pemudahcara juga manusia biasa... bertawakkal dan berdoalah kepada Allah mudah2an maid serasi, tiada masalah dan dipermudahkan segala urusan...

 
Jaminan – Kebenaran atau Gimik
Jaminan adalah perlu dalam urusan pembantu rumah kerana untuk mengelakkan gharar dalam muamalat.
Sekitar tahun 90an dahulu kos mengambil pembantu rumah kurang daripada RM1,000 dan jaminan adalah selama dua tahun. Sekiranya pembantu tidak menamatkan kontrak selama dua tahun tersebut agen akan mengganti dengan pembantu baru.
Oleh kerana banyak kes2 tidak menamatkan kontrak berlaku, jaminan seterusnya telah dikurangkan hingga 3 bulan sahaja. Ini berlaku di dalam era tahun 2000 ke 2010. Untuk jangkamasa tersebut jaminan boleh dikatakan tidak ada masalah besar kerana calon untuk pembantu rumah adalah ramai manakala tidak ramai majikan yang menggunakan pembantu rumah asing.
Dalam era 2010 sehingga sekarang, masalah kesukaran mendapatkan pembantu rumah sudah menjadi isu kedua2 negara Malaysia dan Indonesia kerana permodenan dan perubahan gaya hidup golongan remaja yang lebih berminat dengan kerja2 industri dan perkhidmatan.
Dalam kesukaran sebegini, ada majikan yang berani mencari sendiri pembantu rumah dengan menjelajah kampung2 di Indonesia. Mereka sanggup membelanjakan kos perjalanan ke Indonesia RM1,000; kos penginapan dan makan minum RM1,000; kos upah penduduk tempatan RM1,500; kos membuat dokumentasi dan passport RM2,000; dan kos logistic kemasukan pembantu sebanyak RM1,000. Kos yang dibelanjakan sebanyak RM6,500 mungkin masih sedikit jimat dibandingkan dengan pengambilan melalui agensi.
Majikan tidak mengetahui mereka mengambil beberapa risiko yang agak kritikal:


  1. Kemungkinan ditangkap oleh penguasa Indonesia dengan alasan pemerdagangan manusia.

  2. Kemungkinan penipuan oleh egen di Indonesia.

  3. Ketidaksesuaian dengan majikan kerana interview dibuat hanya di Indonesia. Apabila datang ke Malaysia selain daripada risiko ketidaksesuai majikan ada risiko kegagalan berangkat atau ditolak di imigresen Indonesia atau Malaysia.

Dalam kesukaran sebegini untuk mendapatkan pembantu rumah, walaupun agen di Indonesia atau Malaysia menjanjian gantian dalam tempoh jaminan, boleh dikatakan ia hanya gimik pemasaran semata2, kerana bukan sahaja pembantu yang baru sukar didapati, inikan pula mengharapkan gantian daripada agen di Indonesia. Jangan terlalu percaya dengan jaminan untuk urusan pembantu rumah.


Di samping itu, boleh menjadi gharar pula dalam tuntutan gantian kerana boleh jadi pembantu hanya disembunyikan bagi mendapatkan pembantu tambahan dalam kos yang lebih rendah. Persoalan ‘lari’ atau ‘dilarikan’ menjadi perbahasan kedua-dua pihak.
Gantian hanya mungkin jika agen di Malaysia dapat menguruskan tukar ganti majikan kerana kosnya akan berkisar di kalangan majikan dan agensi tersebut. Boleh dikatakan agen hanya mampu bertindak sebagai konsultan dan pemudahcara dan bukan sebagai pembekal pembantu rumah.

Adalah tidak adil jika semua risiko lari diletakkan ke atas agen Malaysia semata-mata. Agen Indonesia sudah menangung risiko jika pembantu lari selepas kos sponsor dan passport dibayar. Agen Malaysia sudah menanggung risiko sekiranya pembantu lari dalam transit sebelum diambil majikan. Sekiranya pembantu lari di rumah majikan dan risiko tersebut masih diletakkan pada agen Malaysia, ia adalah suatu yang tidak patut dan tidak masuk akal.



Suatu Renungan

 

Suatu ketika saya ditimpakan dengan pelbagai masalah pembantu sehingga menyedihkan hati dan membuntukan fikiran saya. Saya membuka al-Quran dan sekali buka tepat terus pada lebaran pada ayat-ayat di bawah, saya membacanya dan terjemahannya, ayat-ayat dibawah menguatkan hati dan jiwa saya untuk terus berusaha dan tidak putus asa:



 Petikan dari surah 42 As-Syura Juz 25

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ


[30] Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.

وَمَا أَنتُم بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ


[31] Dan kamu tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah (daripada menimpakan kamu dengan bala bencana, walaupun kamu melarikan diri di mana sahaja) di muka bumi (atau di langit); dan kamu juga tidak akan beroleh sesiapapun yang lain dari Allah. - sebagai pelindung atau pemberi pertolongan.

فَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى لِلَّذِينَ آمَنُوا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ


[36] Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya;

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ


[37] Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ


[38] Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

وَالَّذِينَ إِذَا أَصَابَهُمُ الْبَغْيُ هُمْ يَنتَصِرُونَ


[39] Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas).

وَجَزَاء سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَا فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ


[40] Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

وَلَمَنِ انتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُوْلَئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ


[41] Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ أُوْلَئِكَ لَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ


[42] Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.

وَلَمَن صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ


[43] Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

SodaqoLlahulAzim


Jauhi sifat kikir kepada pembantu dan dalam berurusan supaya berkat perjalanan kehidupan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا


Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya berdoa: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.' Dan satu lagi memohon: 'Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil.'" (HR Muslim No: 1678) Status: Hadis Sahih
وَاللَّـهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ ۚ فَمَا الَّذِينَ فُضِّلُوا بِرَادِّي رِزْقِهِمْ عَلَىٰ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَهُمْ فِيهِ سَوَاءٌ ۚ أَفَبِنِعْمَةِ اللَّـهِ يَجْحَدُونَ
QS AnNahl 16:71 bermaksud:
“Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu”

TAHUKAH ANDA?

 

Anda membelanjakan sekurang2nya RM50 sehari untuk pembantu rumah bagi tahun pertama:



  1. RM30 sehari (gaji RM900 sebulan)

  2. RM20 sehari kos agen (RM600 sebulan selama 10 bulan atau RM6,000 sekali bayar)

Kos hanya berkurang selepas bayaran agen telah langsai atau di tahun kedua anda menggaji pembantu yang sama.

Suatu ingatan:

حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ مَرْحُومٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ ثَلَاثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ رَجُلٌ أَعْطَى بِي ثُمَّ غَدَرَ وَرَجُلٌ بَاعَ حُرًّا فَأَكَلَ ثَمَنَهُ وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ

(HR Bukhari,hadith Qudsi, no.2075, lidwa) : Telah menceritakan kepada saya Bisyir bin Marhum telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaim dari Isma'il bin Umayyah dari Sa'id bin Abi Sa'id dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


"Allah Ta'ala berfirman: Ada tiga jenis orang yang Aku menjadi musuh mereka pada hari qiyamat,
seseorang yang bersumpah atas namaku lalu mengingkarinya,
seseorang yang menjual orang yang telah merdeka lalu memakan (uang dari) harganya dan
seseorang yang memperkerjakan pekerja kemudian pekerja itu menyelesaikan pekerjaannya namun tidak dibayar upahnya"


PANDUAN JADUAL KERJA HARIAN PEMBANTU RUMAH
Ini adalah cadangan jadual kerja harian pembantu. Walaubagaimanapun majikan mungkin mempunyai jadual kerja yang lebih bersesuaian dengan keluarga masing-masing..


Waktu

Aktiviti Harian / tugasan

5.00am

Bangun tidur, gosok gigi, mandi, kemas diri, solat subuh.

6.00am

Masak Air, Sediakan sarapan untuk majikan sekeluarga. Bersarapan dahulu di awal pagi sebelum bekerja.

6.30am

Lap perabut ,Sapu dan mop lantai

7.00am

Uruskan anak ke sekolah

7.30am

Basuh dan sidai pakaian

9- 10 am

Berkemas

10.00am

Tidurkan anak

11.00 am

Masak tengahari

12.00 pm

Makan tengahari bersama anak2, kemas

1.00 pm

Rehat, mandi jika perlu, solat zohor

2.00 pm

Lipat kain, gosok pakaian,kemas

5.00pm

Solat Asar, sapu halaman rumah ,siram bunga

6.30pm

Siapkan anak-anak mandi dan untuk tidur. Mandi, Solat Maghrib

8.00pm

Sediakan tempat tidur majikan dan anak-anak, spray ubat nyamuk jika perlu. Solat Isya

9.00pm

Kemas rumah, Mop dapur, Basuh semua pinggan dalam sinki

10.00pm

Masuk Tidur

Kerja mingguan /bulanan Pembantu :

1. Mencuci tandas – 2 hari sekali

2. Menyusun pakaian di almari – 1 kali seminggu

3. Mencuci kereta ( jika perlu) – 1 kali seminggu

4. Mengemas rak buku – 1 kali seminggu

5. Kemaskan stor/ merumput – 1 kali seminggu

6. Menyapu sawang – sebulan sekali

7. Mengelap kipas – Sebulan sekali

8. Kerja-kerja lain yang perlu – mengikut keperluan




Yüklə 228,9 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin