Tips menggaji Pembantu Rumah Indonesia


Bahasa Malaysia Indonesia



Yüklə 228,9 Kb.
səhifə4/4
tarix26.10.2017
ölçüsü228,9 Kb.
#14078
1   2   3   4
Bahasa Malaysia <=> Indonesia

tuala= anduk lari = kabur saya=awak

handphone=hape gastrik = mah nakal=jahat perempuan=cewek tandas= kamar mandi elektrik=listrik

mop = empel stor = gudang kereta=mobil

cerewet=judis tak bertimbangrasa=kejam besar = gedik

sudu= sendok tak tahan = tak kerasan motorsikal= kereta



tembikai=semangka degil = bandel lelaki=cowok
Tips / Panduan Untuk Pembantu



  1. Bangun pukul 5.00 am atau sebelum subuh. Tidur selepas jam 10.00 pm




  1. Pintu pagar rumah hendaklah sentiasa berkunci. Jaga kunci elok-elok jangan sampai kehilangan atau diambil orang. Jangan tinggalkan kunci di luar rumah.




  1. Jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran majikan samada orang yang dikenali atau tidak.




  1. Jangan selalu menghubungi saudara di Malaysia atau Indonesia kecuali jika perlu. Minta kebenaran daripada majikan jika menggunakan telefon majikan.




  1. Jangan banyak memikirkan hal keluarga dikampung. Banyakkan doa dan bertawakal, serta serahkan segalanya kepada Allah.




  1. Tidak boleh memiliki handphone kecuali di izinkan oleh majikan.




  1. Jika memiliki hand phone jangan sampai menggangu kerja dan tidak boleh menghubungi kenalan, saudara apatah lagi teman lelaki.




  1. Jika ada masalah dengan majikan, minta majikan menghubungi agen atau hubungi agen sendiri. Jangan buat keputusan sendiri seperti melarikan diri.




  1. Jika mengemaskan surat-surat dan dokumen, jangan dibuang kecuali dengan arahan majikan. Susun dengan rapi dan teratur.



  1. Sentiasa menghormati dan menjaga hati majikan selain menjaga harta benda majikan. Jika terjumpa barang berharga majikan harus diberikan kepada majikan.




  1. Lantai hendaklah sentiasa bersih dari habuk dan diempel (mop).




  1. Jangan mencampur kain lap dengan pakaian lain semasa membasuh.




  1. Asingkan pakaian sendiri dan pakaian majikan semasa membasuh.



  1. Semasa menjemur pakaian pastikan bahagian dalam dijemur keluar untuk mengelakkan pakaian cepat pudar, jemur secara teratur dan rapi.




  1. Jangan bertengkar dan jangan banyak menjawab teguran majikan. Hormati majikan sebagai tuan. Jika perlu beritahu masalah anda kepada majikan atau berikan cadangan di waktu yang sesuai.




  1. Pembantu mesti meminta maaf jika melakukan apa jua kesilapan semasa bekerja.




  1. Maklumkan kepada majikan jika anda ada menyebabkan kerosakan barang- barang majikan semasa bekerja. Berterus terang adalah lebih baik dalam apa keadaan sekalipun.Majikan biasanya tidak akan memarahi pembantu jika ianya berlaku tanpa disengajakan.




  1. Kemalangan yang berlaku kepada anak-anak seperti terjatuh, terluka atau sebagainya perlu dimaklumkan kepada majikan secepat mungkin.




  1. Jangan memukul anak-anak dan jangan ambil hati dengan kata-kata anak-anak.




  1. Jangan biarkan anda dipukul atau dicabul. Jika berlaku minta bantuan atau hubungi agen.




  1. Jangan mengamalkan jampi, tangkal atau ilmu hitam, mencampurkan sesuatu ke dalam makanan atau minuman untuk tujuan disayangi majikan .Majikan akan sayangkan pembantu yang rajin ,jujur dan amanah.



  1. Pembantu tidak boleh meninggalkan solat lima waktu walau sesibuk mana sekalipun.




  1. Jangan terlalu memaksa dalam bekerja. Rehat bila penat, makan bila lapar dan beritahu majikan jika sakit.




  1. Jangan segan untuk meminta barang keperluan peribadi jika sudah habis kerana itu adalah tanggungjawab majikan. Contohnya ubat gigi, sabun mandi, berus gigi, tuala, tuala wanita dan sebagainya.




  1. Jangan segan untuk memberitahu majikan sekiranya sakit atau memerlukan rawatan. Itu adalah tanggungjawab majikan.




  1. Kebanyakan rumah majikan dipasang dengan kamera yang dapat merakam semua perbuatan pembantu semasa bekerja tanpa dimaklumkan kepada pembantu.




  1. Ketuk pintu sebelum memasuki kamar majikan. Masuk setelah diizinkan masuk.




  1. Pembantu tidak boleh merokok secara diam-diam atau terang-terang.




  1. Jangan berbicara perkara buruk tentang majikan dengan tetangga, kenalan atau saudara mereka.Itu adalah sifat tercela.




  1. Jaga aurat dan pakai kerudung bila ada lelaki / tetamu di rumah atau bila keluar dari rumah.Tutup kepala semasa memasak di dapur.




  1. Berjimat dan berhemat dalam penggunaan air,listrik,sabun dan pencuci piring. Sifat membazir dilarang agama.Tutup lampu dan kipas jika tidak perlu.Jangan biarkan air melimpah semasa anda mencuci.




  1. Pastikan seterika sentiasa tertutup selepas guna. Pastikan dapur gas tertutup selepas guna. Berhati-hati menggunakan dapur gas. Jika tidak menyala tetapi gasnya keluar, rehat sekejap sebelum menyalakan balik. Ini untuk mengelakkan kemalangan, kebakaran dan kecederaan




  1. Sebelum tidur pastikan rumah dalam keadaan rapi,kemas dan tiada piring di sinki.



  1. Kesalahan berikut adalah kesalahan jenayah:

    • Lari dari rumah dengan meninggalkan anak-anak bersendirian.

    • Mencuri.

    • Mencederakan anak-anak.




  1. POTONGAN gaji biasanya 3 bulan dan tempoh kontrak kerja 2 tahun minima.




  1. Jangan benarkan majikan memegang gaji melebihi 3 bulan untuk mengelakkan kes tidak bayar gaji.

Tiada beda darjat pembantu dan majikan di sisi Allah. Orang yang lebih mulia adalah orang yang bertakwa di sisi Allah. Jadilah orang yang bertakwa.Jika anda mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan majikan, hubungi agen anda.







Yüklə 228,9 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin