Tips menggaji Pembantu Rumah Indonesia



Yüklə 228,9 Kb.
səhifə2/4
tarix26.10.2017
ölçüsü228,9 Kb.
#14078
1   2   3   4

kisah tembikaiSuatu hari, Syaqiq al-Balkhi, seorang sufi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya dan ini membuatkan isterinya begitu gembira. Tetapi apabila buah tembikai itu dibelah, isinya tidak elok. Kerana itu marah-marahlah si isteri tadi kerana kecewa mendapati isi buah tembikai itu tidak seperti yang diharapkannya.


Kepada siapa engkau tujukan marah kamu itu? Adakah kepada penjual, atau pembeli atau penanam ataupun kepada Pencipta buah tembikai itu?” tanya Syaqiq kepada isterinya.

Kemudian dengan lembut dia berkata lagi; “Wahai isteriku. Ketahuilah, si penjual itu tentu ingin agar jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Si pembeli pula, tentu ingin membeli yang terbaik sahaja. Manakala si penanam, kalau mampu sudah tentu dia ingin agar hasil tanamannya yang terbaik juga. Nyatalah, bahawa marahmu itu ditujukan kepada Pencipta buah tembikai itu!! Bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuannya.”

Menilai Jurang Pembantu-Majikan

PEMBANTU MAJIKAN

1)

Ingin Kebebasan Ingin Mengawal



1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

∆ ↑

2)

Kesediaan Mendengar Ingin Ketaatan



1

2

3

4


5

6

7

8

9




∆ ↑

3)

Tahap Kebersihan/Kerja Sensitif kepada Kebersihan/Kerja



1

2

3




4

5


6

7



9


1

∆ ↑

4)

Pegangan Agama Sensitif Urusan Agama



1

2


3

4




5

6


7

8




9

10


∆ ↑

5)

Bebanan Kerja Inisiatif/Motivasi



1




2

3


4

5

6

7

8

9

10

∆ ↑
Tahap Jurang Perbezaan = (6-4)+(6-5)+(9-2)+(9-2)+(7-3) = 26

Peratusan = 21/50 X 100% = 42%



Jurang Perbezaan (%)




0 – 25%Akibat


Amat bagus. Ikatan boleh bertahan lama dan boleh dianggap sebahagian keluarga. Biasanya pembantu tidak pernah dimarahi atau ditengking

26% - 50%

Kadang-kadang berlaku perselisihan tetapi boleh di atasi dengan pertimbangan kedua pihak. Pembantu kadang2 ditegur kesilapannya dan pembantu tidak mengulangi kesilapan.

51% - 75%

Keadaan agak tegang. Majikan tidak gembira dan pembantu tidak senang. Hampir setiap minggu pembantu dimarahi dan ditegur

75% - 100%

Amat sukar untuk penyesuaian. Tindakan segera perlu diambil. Pembantu ditengking dan dimarahi hampir setiap hari

Semua di atas hanyalah ilustrusi dan gambaran sahaja. Apapun yang penting adalah toleransi kerana jurang persefahaman boleh diubah oleh masing-masing melalui latihan dan persefahaman.



Jika anda ingin mencari pembantu yang ideal, mungkin anda perlu banyak mengorbankan masa, wang dan emosi. Jika anda asyik memikirkan masalah pembantu, anda menambah beban dalam hidup. Jika anda berpada dengan apa yang ada, insya Allah akan dipermudahkan Allah dalam banyak urusan. Jangan berlawan dengan pembantu, banyakkan berkawan nescaya rumahtangga kita lebih selesa.




Nilai Sebuah Kerjaya

( Kepuasan Kerja ) = ( Ganjaran / Bebanan )

Dalam setiap keadaan, cuba sedaya upaya untuk tingkatkan nilai ganjaran setingginya dan kurangkan bebanan kerja serendahnya. Ini memberikan kepuasan kerjaya kepada pembantu untuk berkerja dengan lebih selesa dan lama.

Berikut adalah kemungkinan faktor-faktor pembantu rumah melarikan diri:


Faktor Majikan

Faktor Pembantu




  1. Selalu dimarahi tanpa berhikmah oleh majikan atau penghuni rumah yang lain seperti ibu bapa dan mertua.

  2. Pembantu selalu ditengking dan diarah dengan suara yang tinggi.

  3. Keadaan kerja yang memenatkan dan majikan tidak pernah bertanya dan mengambil hirau keadaan tersebut.

  4. Keadaan persekitaran kerja yang tertekan atau kehidupan seumpama tahanan di rumah.

  5. Pembantu merasakan majikan tidak memberikan cukup makanan ruji untuk mereka melakukan kerja. Majikan tidak pernah menjemput pembantu makan dan tidak pernah mengambil berat tentangnya. Biasanya akibat pembantu merasakan kekok untuk makan lebih lagi dengan kehadiran majikan.

  6. Tidak tahan dengan kerenah anak-anak atau ahli rumah yang selalu menghina pembantu.

  7. Majikan kurang berkomunikasi dengan pembantu menyebabkan pembantu merasa tersisih, terkongkong atau kesunyian.

  8. Keadaan kerja yang terlalu terkongkong dan kadang-kadang tidak ada peluang langsung untuk bersosial.

  9. Pembantu didera secara fizikal







  1. Dipengaruhi oleh pembantu jiran-jiran.

  2. Pengaruh kenalan lelaki atau perempuan

  3. Ditawarkan gaji dan kerja yang lumayan oleh kenalan atau sindiket.

  4. Mengikut suami atau teman lelaki

  5. Pengaruh dari keluarga di Indonesia.

  6. Pembantu merasa tidak selamat akibat diancam atau khuatir tidak dibayar gaji.

  7. Pembantu risau akan hilang kebolehan bercakap akibat terlalu jarang berkomunikasi.

  8. Memang berniat untuk lari. Biasanya akan lari dalam tempoh beberapa hari dari ketibaan.

  9. Pembantu menemui barang-barang berharga yang nilainya melebihi gaji mereka jika berkerja sehingga tamat kontrak.

  10. Pembantu melakukan kesilapan besar dan takut berhadapan dengan majikan, contohnya merosakkan barang berharga.

  11. Pembantu menemui passport merupakan peluang untuk membebaskan diri.



Adalah dianjurkan majikan membenarkan pembantu menghubungi agen jika mengkhuatiri pembantu mempunyai masalah penyesuaian di tempat kerja. Ini membolehkan kaunseling dibuat kepada pembantu bagi mengelakkan kes-kes lari.



Dipetik dari buku Koleksi Doa Salafus Soleh Terbitan Surau Madrasatul Falahiyah Subang, Shah Alam. Apa pun yang berlaku semoga kita redha dengan ketentuan Allah. Betapa besarnya pahala membebaskan seorang hamba, semoga dengan keikhlasan dan kesabaran, kita juga akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.


Kaedah doa ini tidak disertakan dengan nas yang sohih dan hanya merupakan anjuran penulisnya.

Suatu Renungan Tentang Pembantu Rumah Tangga
''Mereka adalah saudara kalian, Allah menjadikannya di bawah kendali kalian, maka berikanlah kepada mereka makanan sebagaimana yang kalian makan. Berikanlah mereka pakaian seperti yang kalian pakai. Dan jangan kalian sekali-kali menyuruh sesuatu di luar batas kemampuannya. Dan bila kalian menyuruh sesuatu, bantulah pekerjaannya semampu kalian.'' (HR Muslim).
Di dalam media cetak maupun elektronik, sering kita dapatkan berita tentang perlakuan yang tidak manusiawi terhadap pembantu rumah tangga. Apakah itu berupa perintah di luar kewajaran, diberi hukuman fisik karena kesalahan tidak berarti, atau tidak diberikan hak-hak mereka secara layak seperti gaji, istirahat, dan makan. Suatu tindakan zalim yang tidak disukai oleh Allah SWT.
Hadis di atas memberikan peringatan, hak-hak pembantu rumah tangga harus diperhatikan. Sedangkan tugas yang diberikan harus wajar sesuai dengan kemampuan mereka.
Harus disadari, di hadapan Allah SWT, posisi kita dan pembantu rumah tangga adalah sama, yaitu sesama hamba-Nya yang mencari keridhaan-Nya. Mereka telah memberikan manfaat cukup banyak dalam penanganan beban pekerjaan rumah tangga. Sehingga, sepantasnya mereka diperlakukan secara baik. ''Sesungguhnya Allah itu Mahalembut, dan menyukai kelembutan dalam segala perkara.'' (HR Muttafaq 'alaih).
Rasulullah SAW, memberi contoh bagaimana berperilaku terhadap pembantu rumah tangga. Anas bin Malik menceritakan, selama sepuluh tahun menjadi pembantu di rumah Rasulullah SAW belum pernah dikasari. Apakah itu dengan perkataan ataupun tindakan. Bahkan, ia belum pernah mendengar Rasulullah SAW menegurnya, ''Mengapa kamu melakukan ini?'' (HR Muslim).
Bahkan Rasulullah SAW mendoakan Anas bin Malik saat diantar ibunya menjadi pembantu di rumah beliau. ''Rasulullah, Anas ini pembantumu, doakanlah dia,'' kata ibunya. Kemudian beliau berdoa untuk Anas bin Malik. ''Wahai Allah, berilah dia harta dan anak yang banyak serta berkatilah apa yang Engkau berikan.'' (HR Bukhari).
Kita wajib menempatkan pembantu rumah tangga pada posisi yang layak, dan tidak menganggap mereka pada status yang rendah. Semoga kita diberi kemampuan oleh Allah SWT untuk dapat memperlakukan mereka dengan baik.

Contoh Rasulullah memahami kelemahan budaya sesuatu kaum
Hadis Anas r.a:


Seorang arab kampung kencing di dalam masjid menyebabkan orang ramai segera mengerumuninya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia, jangan kamu halanginya. Anas berkata: Sebaik sahaja orang tersebut berlalu, Nabi s.a.w meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:


Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba perempuan milik salah seorang di antara kamu melakukan perbuatan zina dan telah terbukti, maka hukumlah dia dengan merotannya dan janganlah kamu memakinya. Jika dia mengulanginya lagi perbuatan zina itu, maka rotanlah dia dan janganlah kamu memakinya. Dan jika dia mengulanginya lagi buat kali ketiganya dan terbukti, maka juallah dia walaupun dengan harga sehelai rambut.
Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila khadam (pelayan) salah seorang di antara kamu telah selesai memasak kemudian menghidangkannya, sesungguh dia adalah orang yang telah menangani panas serta asap hidangan itu. Oleh itu kamu hendaklah mempelawanya menikmati masakan itu bersama-sama. Jika makanan itu sedikit maka hendaklah kamu memberikannya kepada pelayan itu satu atau dua suapan. (Riwayat Muslim #3142)



Yüklə 228,9 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin