Cerita Jataka



Yüklə 355,93 Kb.
səhifə1/11
tarix08.01.2019
ölçüsü355,93 Kb.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11


Cerita-Cerita Jataka

 

Oleh Ven.Piyasilo

 

KANDUNGAN

 


  1. TEMIYA YANG PEKAK DAN BISU 1

  2. MAHA JANAKA SEORANG SAMI 4

  3. SAMA ANAK YANG BERTANGGUNG JAWAB 8

  4. NIMI, KESAYANGAN DEWA-DEWA 12

  5. MAHOSADHA YANG PINTAR 15

  6. BHURIDATTA. SEEKOR NAGA 38

  7. CANDA KUMARA 48

  8. BRAHMA NARADA 51

  9. VIDHURA YANG BIJAK 46

  10. VESSANTARA YANG MURAH HATI 50

 

 
 


BAB 1

TEMlYA YANG PEKAK DAN BISU


 

Mengapa Temiya Tidak Bercakap

 

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang memerintah kerajaan Kasi di India. Baginda sangat kaya serta mempunyai beberapa orang isteri, tetapi tidak mempunyai anak. Pada suatu hari, raja memerintahkan permaisuri-permaisuri baginda berdoa supaya dikurniakan anak. Tetapi walaupun mereka sudah menyembah bulan dan dewa-dewa yang lain, mereka masih tidak mendapat anak. Permaisuri pertama baginda yang bernama Canda Devi merupakan seorang yang sangat mulia. Pada hari bulan purnama, Canda Devi mematuhi 'Lapan Sila' dan berkata kepada dirinya, "Beta tidak pernah melanggar “ Sila-Sila ”, semoga dengan kebajikan ini, beta dikurniakan seorang putera."



 

Permaisuri Canda Devi adalah seorang perempuan yang alim. Apabila baginda mengeluarkan kata-kata tadi, takhta Raja Sakka di kayangan iaitu raja .kepada dewa-dewi menjadi panas. Biasanya apabila seseorang melakukan seuatu perbuatan yang sangat baik, takhta Raja Sakka akan menjadi panas. Raja Sakka memenuhi permintaan Canda Devi dengan menghantar turun salah satu daripada malaikat-malaikat untuk menjadi puteranya. Anak ini tidaklah lain melainkan Bodhisatta kita. Raja Sakka juga menghantar lima ratus lagi malaikat melalui isteri-isteri orang bangsawan supaya mereka menjadi pelayan kepada Bodhisatta nanti.

 

Apabila Canda Devi melahirkan seorang putera, raja sungguh gembira. Pada ketika yang sama, lima ratus isteri orang-orang bangsawan tadi melahirkan anak yang akan membesar bersama-sama dan menjadi pembantu Bodhisatta. Bodhisatta diberi susu manis oleh empat puluh empat orang pengasuh yang cantik-cantik. Selepas menyerahkan pengasuh-pengasuh Bodhisatta kepada permaisuri, raja memberitahu permaisuri, baginda akan menunaikan apa saja permintaan permaisuri. Walau bagaimanapun, permaisuri belum lagi hendak meminta sesuatu, tetapi hanya menyimpan hasratnya di dalam hati.



 

Pada hari penamaan puteranya, raja mengundang beberapa orang sami (pendeta Brahmin) ke istana. Para Brahmin itu mengatakan putera raja mempunyai semua tanda yang baik. Raja menamakan putera itu Putera Temiya; yang bermaksud "putera yang basah" kerana pada hari kelahirannya hujan telah turun di seluruh Kasi.

 

Semasa berumur baru satu bulan, Temiya telah dipakai dengan pakaian yang cantik-cantik dan dibawa ke hadapan orang ramai. Dia dibawa naik ke singgahsana dewan orang ramai dan duduk di lutut ayahandanya. Ramai pembesar istana yang meminati kecantikannya. Ketika itu empat orang penyamun dibawa masuk untuk diadili oleh raja. Temiya melihat ayahandanya menghukum salah seorang daripada mereka dengan menyebat seribu kali dengan tali yang berduri, yang seorang lagi dirantai, manakala yang ketiga dibunuh dengan lembing dan yang keempat pula disula dengan kayu yang panjang.



 

Bodhisatta sungguh gerun dengan perbuatan ayahandanya, lalu berfikir, "Ya, selaku raja, ayahanda terpaksa melakukan kekejaman semua ini yang akan membawanya ke neraka!" Pada keesokan harinya, apabila Temiya bangun, dia memandang ke atas payung diraja yang berwarna putih, dan mula berfikir bagaimana keadaannya apabila menjadi seorang raja nanti. Fikiran ini sungguh menakutkannya. Dia teringat pada suatu masa dalam kelahirannya yang lampau, dia telah menjadi seorang raja selama dua puluh tahun. Akibat daripada kekejamannya, dia terpaksa menderita selama lapan puluh ribu tahun di dalam neraka.

 

Apabila Temiya memikirkan bahawa dia akan menjadi raja sekali lagi, dan akan menderita lagi di dalam .neraka, dia menjadi takut. Badannya yang berwarna keemasan itu menggeletar dan menjadi pucat. Dia berbaring sambil memikirkan bagaimana dia boleh terselamat daripada menjadi raja. Kemudian datang dewi penghuni payung putih di atasnya; yang mana pernah menjadi ibunya dalam kelahirannya yang lampau, sambil berkata kepadanya :



 

Temiya Menjadi Pertapa

"Janganlah takut, anakku Temiya; kalau anakanda betul-betul ingin membebaskan diri, berolok-oloklah menjadi lumpuh, pekak dan bisu. Dengan tiga cara ini, berpura-puralah menjadi bodoh." Putera T'emiya mendengarnya dan mengikuti nasihat dewi itu. Dia berpura-pura menjadi lumpuh, pekak dan bisu.

 

Putera Temiya mengikut nasihat dewi itu dan berpura-pura menjadi lumpuh, pekak dan bisu. Dia berbeza daripada lima ratus orang anak bangsawan yang lain itu. Mereka menangis meminta susu, sementara Temiya pula membisu. Dalam tahun pertama, bonda dan pengasuh-pengasuh Temiya sangat risau kerana dia tidak menangis; tidak tidur dan tidak bergerak atau pun mendengar. Mereka cuba membuatkan dia berasa. lapar. Mereka berhenti menyusunya supaya dia bersuara. Kadang-kala, sehari suntuk mereka tidak menyusuinya; namun Temiya masih berkelakuan begitu.



 

Bila umurnya dua tahun, mereka cuba membuatnya supaya bergerak dan bercakap. Mereka meletak beraneka jenis kuih dan manis-manisan di hadapannya. Kanak-kanak lain berebut-rebut mendapatkan makanan itu, tetapi Temiya berkata pada dirinya, "0 Temiya, makanlah kuih-kuih dan manisan itu kalau hendak ke neraka I "

 

Dalam tahun ketiga, berbagai-bagai jenis buah-buahan dibawa kepadanya. Dalam tahun keempat, bermacam-macam alat permainan diletakkan di hadapannya. Mereka cuba memberinya berjenis-jenis makanan. Kanak-kanak lain menerkam dengan tamaknya apabila melihat semua itu; tetapi Temiya masih juga tidak bergerak.



 

Masuk tahun kelima, mereka cuba menakut-nakutkannya supaya dia bercakap. Dia diletakkan di tengah-tengah sebuah rumah besar yang mempunyai banyak pintu dan ditutupi dengan daun-daun palma. Lima ratus kanak-kanak diletakkan di sekelilingnya. Lepas itu seorang penyuruh diarahkan membakar rumah itu. Kanak-kanak lain lari bertempiaran, tetapi Temiya duduk berdiam diri walaupun api sudah menghampirinya, sehinggalah dia diselamatkan oleh pengasuhnya.

 

Ketika berumur enam tahun, gajah dilepaskan berhampiran dengannya. Ketika berumur tujuh tahun, ular pula dililit pada tubuhnya. Namun dia tetap membisu. Pada tahun-tahun berikutnya, mereka membiarkan dia menonton beberapa pertunjukan. Kanak-kanak lain bergembira dan ketawa berdekah-dekah, hanya Temiya seorang yang tidak bersuara. Kemudian mereka menyuruh orang menakut-nakutkannya dengan pedang, narnun Temiya tetap membisu.



 

Apabila umurnya mencapai sepuluh tahun, mereka cuba menguji sama ada Temiya betul-betul pekak. Lubang-lubang dibuat pada keempat-empat bahagian langsir di sekeliling katilnya dan trompet ditiup dengan sekuat-kuatnya melalui lubang itu. Kemudian mereka cuba menakutkannya dengan dram dan cahaya lampu yang cerah di waktu malam. Namun begitu, semuanya gagal untuk membuatkan Temiya bergerak atau bercakap.

 

Mereka cuba lagi, kali ini dengan menyapu badannya dengan sirap dan membiarkan serangga mengerumuninya. Dia masih juga tidak bergerak-gerak. Mereka membiarkan badannya kotor dan tidak bermandi, tetapi Temiya tidak juga peduli. Periuk-periuk yang berisi bara api diletak di bawah katilnya, menyebabkan kulitnya melepuh; tetapi dia. berkata kepada dirinya, "Api neraka seribu kali lebih dahsyat daripada api ini." Kedua-dua ayahanda dan bondanya merayu agar dia bercakap, bergerak dan mendengar; tetapi dia tidak berani melakukannya.



 

Umurnya telah meningkat enam belas tahun. Dia dibawa ke bilik yang dibubuh bau-bauan di mana terdapat gadis-gadis yang cantik-cantik. Tetapi dia menahan nafas supaya tidak tergoda oleh bau-bauan itu.

 

Akhirnya raja memerintah supaya sami-sami Brahmin mengadap baginda. Baginda ingin tahu mengapa mereka tidak memberitahu tentang kelakuan Temiya yang pelik itu. Sami Brahmin tidak mahu menunjukkan kebodohan mereka, lalu menjawab bahawa mereka tidak mahu membuat raja susah hati. Tetapi sekarang, kata mereka lagi, sekiranya Temiya menjadi raja, negeri itu akan musnah. Mereka menasihati raja begini, "Tuanku hendaklah menghantar keluar istana putera tuanku melalui pintu pagar sebelah barat dengan kereta kuda yang ditarik oleh. seekor kuda yang malang. Setibanya di tanah perkuburan, di sana dia mesti ditanam."



 

Permaisuri Canda Devi menyuruh raja menyerahkan kerajaan kepada Temiya selama tujuh hari. Hari ketujuh telah tiba, tetapi Temiya masih tidak bercakap sepatah pun. Apabila Sunanda, pemandu kereta kuda itu membawanya melalui Pintu Pagar Timur, bukannya melalui Pintu Pagar Barat, Temiya mengetahui bawa akhirnya dia sudah terlepas daripada nazarnya. Tatkala Sunanda sedang menggali kubur, Temiya menguji kekuatan dirinya dengan mengangkat kereta kuda itu. Lepas itu dia bercakap dengan Sunanda. Sunanda terkejut dan berlutut di kakinya sambil merayu supaya dia pulang ke istana; tetapi Temiya berkata, dia hendak menjadi seorang pertapa. Apabila raja dan permaisuri mendapat tahu peristiwa tersebut, baginda berdua pergi ke hutan untuk membawa Temiya pulang. Temiya menjelaskan kepada mereka kenapa selama enam belas tahun dia berkelakuan sedemikian. Selepas itu kedua-dua ayahanda bondanya ikut sama menjadi pertapa.

 

Di mana-mana juga pun,



seseorang itu tidak dapat melarikan diri

daripada pembalasan akibat perbuatan jahatnya,

tidak juga di langit, tidak juga di tengah lautan atau di gua gunung.

 

(Dhammapada, ayat 127)



 

 

  



BAB 2


Yüklə 355,93 Kb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2020
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə