Dadah dan arak mengancam keselamatan ummah


YANG LELAKI SUKA DAN TAK SUKA



Yüklə 439,49 Kb.
səhifə17/25
tarix03.01.2019
ölçüsü439,49 Kb.
#89053
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   25

YANG LELAKI SUKA DAN TAK SUKA


Lelaki suka:

Sikap kelakar


Budi pekerti dan kesopanan
Murah hati
Senyuman manja
Pandai memasak

Pandai dalam mengenakan pakaian


Penampilan/imej yg sesuai dengan citarasanya
Tak mudah naik angin
Seorang wanita yg sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
Tak terlalu seksi dalam berpakaian
"Tak apalah,tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang"
Wanita yg dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
Berwawasan atau bercita-cita tinggi
Mempunyai keyakinan diri yg tinggi
Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yg tertekan.
Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
Wanita yg mengambil berat tentang lelaki
Sikap keibuan
Sukakan kanak-kanak
Suara lembut tanpa dibuat2
Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
memberi sokongan moral dlm apa jua usaha yg dilakukan lelaki
tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
tahu bersyukur
pandai berjimat-cermat
tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Lelaki Tak Suka

Wanita yg suka mengumpat


sombong dan bongkak
menunjukkan sikap yg terlalu memiliki
hisap rokok
"Kau ni macam orang tiga suku!"Mengutuklah tu...
Wanita yg melayan lelaki seperti alas kaki
wanita yg suka menunjuk2 utk dapatkan perhatian
"Tak bolehkah U lakukan sesuatu yg betul!"
"Jgn cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yg tak patut I lakukan.."
wanita yg hipokrit
pembohong dan suka mencari alasan
terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
pengotor dan pemalas
tak bertanggungjawab langsung
tak pandai mengemas
terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
kuat berleter walau hal remeh temeh
boros berbelanja
tak tahu memasak
sikap manja yg terlalu menyakitkan hati
"Queen Control" atau suka mengarah2
tak pandai bergaya atau selekeh
suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
suka mengungkit2 hal-hal lalu
panas- baran
kuat merajuk dan sukar dipujuk
terlalu pendiam sehingga susah utk berkomunikasi
tak mahu mengakui kesilapan dan ego

SHAM


CINTA ATAU SAYANG


Telah ku baca hampir semua artikel yg menyerupai masalah diri...namun tiada satu pun yg mampu melenyap dan menjawab persoalan di hati....
Dia yg ku kenal....
seorang yg tegas, bersikap terbuka yakni boleh menerima apa saja kritikan dan teguran yg membina, malah memintanya pula...
Kerana katanya x mahu menganggap diri serba sempurna...
Keupayaannya memimpin telah terbukti, apatah lagi hubungannya dgn anak2 pimpinannya cukup disenangi.
Tak tahu sejak bila diri ini semakin hampir dgnnya... jika dulu krn ketegasan dan sikap terbukanya... tapi kini seolah2 ada sesuatu dlm jiwanya!
Hubungan pd awalnya berjalan biasa, walaupun ada kala hati ini tercuit jua.
Lantas, ku lontar jauh2 ke lubuk jiwa kerna bimbang dapat dihidu dan dirasakannya.
Apa yg ku takuti seandainya rahsia ini terbongkar nanti, sedangkan di hatinya x pernah merasai apa yg aku rasai....
Yg lebih menghairankan, kami mampu berkongsi rasa, meluahkan masalah di hati, dan sama2 memahami dan mengetahui ciri2 pilihan di hati!
Dan... mmg tepat dia menepati ciri2 ini...
Dalam masa yg sama, aku cuba berkias, namun bila hampir jelas kiasanku, lekas2 ku tepis kerana mahkota malu tetap ku jaga rapi.... walaupun di hati ini seakan2 meronta agar dia tahu siapakah yg berjaya mencuri hati...
Pernah dihulurkan bantuan utk membantu mencari 'si peneman diri' tapi.... adakah benar dirinya masih tidak tahu dirinyalah pilihan di hati!
kepada teman2 ku curahkan rasa, pelbagai nasihat dan panduan yg telah ku terima...
"Tanyalah pd diri adakah benar cinta atau sayang semata?"
"Biarkan dirinya menyedarinya dgn sendiri...",
"Jika benar dia turut merasakannya, maka dia akan menuju ke arahmu...",
"Fikirkanlah perkara yg lebih utama dan berkepentingan dahulu..", dan pelbagai lagi saranan, pesanan mahupun nasihat tersemat di dalam hatiku....
Terjadinya satu peristiwa lantaran kesilapan diri menyebabkan aku semakin jauh daripadanya.... Kadang kala ingin aku putarkan kembali masa2 yg lalu agar segala2nya berjalan spt dahulu... tapi ia tidak mungkin terjadi kerana aku kini tahu dan faham itu bukanlah cara terbaik sbg seorg muslimah yg benar2 ingin menghayati ajaran Islam.....
Apakah yg wajar ku lakukan?
Yg paling utama.... tindak-tandukku nanti masih lagi di atas landasan Islam yg sebenar, tidak terpesong dan tidak tersasar!
Bantulah diri ini dlm menguraikan gelora di hati....
Kerna yg paling ditakuti bukanlah diri ini ditolak nanti tetapi kemurkaan Allah kerana mengganggu hambaNya yg sejati!...

"YA ALLAH, KURNIAKANLAH KEPADAKU CINTAMU DAN CINTA ORG YG MENCINTAIMU...."


SHAN



SURAT ADAM UNTUK HAWA


Ohh Adam...

Adam... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu..

Ohh Adam...

Adam.. Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Akam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada masa satu waktu.

Adam...Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi.. aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.

Namun...terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam...Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi..realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam...Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku kemuka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam...Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selau berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam...Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akan manakala aku kelebihan nafsu.

Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam...pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad di dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam...Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu....


SHAN




Yüklə 439,49 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   13   14   15   16   17   18   19   20   ...   25




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin