Dadah dan arak mengancam keselamatan ummah



Yüklə 439,49 Kb.
səhifə21/25
tarix03.01.2019
ölçüsü439,49 Kb.
#89053
1   ...   17   18   19   20   21   22   23   24   25

Doa meniti 40an


“ Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai EMPAT PULUH TAHUN ia berdoa:

Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni’mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai; berikanlah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.’” (Surah Al Ahqaaf:15)

(Doa ini ditunjukkan oleh seorang akhawat kepada ana melalui Tafsir Al Azhar semasa memberi ceramah untuk mereka di Pulau Pinang baru-baru ini. Semoga Allah menyinari lagi cahaya di dadanya dan menjadi pelita untuknya dan ahlinya).

Peringatan dari Allah ini ditujukan kepada kita agar berkewajiban menghormati, menjaga dan melayan kedua ibu bapa kita apabila tiba masanya mereka pula memerlukan penjagaan dari kita.

Umur 40an inilah kita menghadapi tuntutan tarik tali dari dua pihak yang wajib kita layaninya. Satu dari keluarga sendiri (belaian dari isteri dan anak-anak) dan satu lagi dari ibu dan bapa yang telah tua. Kita lelaki berkewajipan menjaga ibu bapa kita sedangkan zaujah kita apabila telah berkahwin dengan kita, ketaatan dia hanya kepada kita. Walau bagaimanapun jika isteri kita ini tiada abang atau adik lelaki yang dapat menjaga ibu dan bapanya, maka kitalah bersama-sama dengannya memikul tanggungjawab ini.

Rungutan dari isteri yang mengatakan “Isy dia asyik ikut cakap emaknya aje” boleh kita hindarkan (if any) dengan menerangkan kewajipan kita dan penuhilah keperluan keluarga sendiri, kemudian keperluan emak dan ayah, kemudian kehendak keluarga sendiri dan kemudian kehendak amak dan ayah.

Contoh yang dimaksudkan keperluan ialah anak isteri hendak makan sebab lapar tetapi kehendak mereka pada pagi itu ialah roti canai, nasi lemak Keperluan tidak boleh kompromi tetapi kehendak boleh dibawa berbincang agar sesuai mengikut selera, masa dan keupayaan.

Maka bergitulah juga kita menjaga kedua ibu bapa dan keluarga sendiri. Penuhilah keperluan mereka dahulu dan ajak berbincanglah mengenai kehendak kedua institusi ini agar kita boleh memberikan ruang secukupnya untuk kerja-kerja dakwah yang juga kewajipan kita. Gunakanlah strategi ini untuk mengimbangi titian kita yang pemberatnya ada di kedua-dua penghujung titi 40an ini.

Jika kita dapat imbangi dengan baik, pastinya kita terpelihara dari peringatan Allah dalam mencintai kedua institusi ini yang terdapat di dalam Surah At Taubah;

“Katakanlah ‘Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga kamu,............... adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ‘”. (At Taubah: 24)

Allah akan menimpa “midlife crisis” dan tidak diberinya petunjuk untuk menghadapi krisis ini jika kita tidak mengimbangi cinta di antara jihad, keluarga sendiri dan orang tua kita.

Oleh itu JIM perlulah juga menerima keuzuran ahlinya yang sedang menjaga kedua ibu bapa atau mertua dan mengiktiraf mereka untuk dikecualikan terlibat dalam beberapa aktiviti. Tetapi jangan sampai terlajak melanggari peringatan Allah seperti ayat di atas tadi. Jawapan yang terbaik sekali ialah sebagaimana ditunjukkan oleh Pak Abu dengan membawa ayahnya terlibat menjadi ahli JIM dan bersama-sama berkempen malah mengail bersama-sama sambil mengimbau kembali peristewa silam bersamanya. Allahu Akbar!.



Title: Tips Doa Untuk Kekasih Dari Wanita

Description:

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang

Ya Allah...

Seandainya telah engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku?

Satukanlah hatinya dengan hatiku?

Titipkanlah kebahagiaan antara kami?

Agar kemesraan itu abadi?

Ya Allah?

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi?

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..

Ketepian yang sejahtera dan abadi?

Maka jodohkanlah kami?

Tetapi ya Allah?

Seandainya telah Engkau takdirkan?

Dia bukan milikku?

Bawalah dia jauh dari pandanganku?

Luputkanlah dia dari ingatanku?

Dan peliharalah aku dari kekecewaan?

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti?

Berikanlah aku kekuatan?

Menolak bayangannya jauh ke dada langit?

Hilang bersama senja yang merah?

Agarku sentiasa tenang?

Walaupun tanpa beresama dengannya?

Ya Allah yang tercinta?

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu?

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan?

Adalah yang terbaik untukku?

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui?

Segala yang terbaik buat hambaMu ini?

Ya Allah?


Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku?


Di dunia dan akhirat?

Dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini?

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian?

Di dunia ini mahu pun di akhirat?

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran?

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman?

Agar aku dan dia sama-sama dapat

Membina kesejahteraan hidup?

Ke jalan yang Engkau redhai?

Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah?

Ya Allah?

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat?

Dan peliharalah kami dari azab api neraka?

Amin..amin..Ya rabbal ´aalamin


DOKTOR SUJUD

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya.

Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masa kini.



Yüklə 439,49 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   17   18   19   20   21   22   23   24   25




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin