Dr wan zawiah wan zin



Yüklə 15,46 Kb.
tarix12.09.2018
ölçüsü15,46 Kb.
#81410

LMCK 1621 :

SET 6

ETIKA & PROFESIONAL



TUGASAN INDIVIDU BAHAGIAN ( 1 )

Pensyarah :



DR WAN ZAWIAH WAN ZIN

Disediakan oleh :



NURUL ASHIKIN ABDUL RAHMAN

A149171

1. Apakah perbezaan antara adab dan etika?

Adab merupakan istilah bahasa Arab yang merujuk kepada kesenian,kehalusan dan kesopanan. Kamus Dewan Edisi ke-3 dan Edisi ke-4 mendifinasikan adab sebagai tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia. Menurut Faisal Ahmad Shah & Nor Saleha Mohd Salleh adab juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samada dari sudut perkataan atau perbuatan.

Etika berasal daripada Yunani Kuno iaitu “ethikos” bermaksud timbul dari kebiasaan. Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4 menjelaskan etika ialah ilmu berkaitan prinsip-prinsip akhlak, prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu. Gluck (1986) mentakrifkan etika sebagai kajian yang bersifat falsafah terhadap moral. Terdapat pelbagai teori etika , antaranya adalah deskriptif iaitu memberitahu dan menerangkan tingkahlaku manusia atau masyarakat serta peraturan etika mereka. Selain itu teori normatif, memberitahu tindakan yang sepatutnya dilakukan manusia, tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Ibn Abd-Rabbih ( Rosenthal, 1992) menegaskan bahawa keseluruhan adab mengandungi semua aspek tingkah laku manusia. Konsep adab dikaitkan dengan keseluruhan tindak tanduk ,perbuatan dan perlakuan manusia . Manakala tujuan adab adalah untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada nikmat fizikal dan material . Dr. Haji Abdullah Siddik (1980) telah mengaitkan adab sebagai satu dasar garis panduan yang sangat penting dalam kehidupan manusia dimana yang digunakan oleh masyarakat dan individu sendiri dalam mencorakkan warna hidup seseorang insan.

Etika merupakan cabang falsafah yang menetukan salah atau benar dalam moral, mengkaji perbuatan manusia. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan tingkah laku yang betul. Antara aspek utama etika adalah “ kehidupan baik” , iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan .Matlamat etika menurut Islam adalah supaya manusia mempunyai perilaku yang baik mengikut ajaran Islam bagi mencapai keredhaan-Nya .

2. Senaraikan 5 etika dan adab yang bersesuaian ketika:

a) Menghadiri kuliah

Etika :


  1. Duduk ditempat duduk yang disediakan dan duduk yang baik

  2. Sampai ke dewan kuliah lebih awal

  3. Membuat persediaan awal untuk ke kuliah seperti nota,buku dan alatan tulis

  4. Pakaian yang sesuai bagi mahasiswa bersifat formal atau semi formal

  5. Meletakkan telefon dalam mod senyap agar tidak menganggu pembelajaran

Adab :

  1. Fokus kepada pembelajaran

  2. Tidak membuat bising di dalam kuliah

  3. Menghormati pensyarah yang sedang mengajar di hadapan kelas

  4. Ketika belajar, pelajar harus mencatat nota pelajaran dan isi-isi yang penting

  5. Tidak bermain gadget semasa pembelajaran




b) Menjadi pengerusi sesebuah mesyuarat

Etika :


  1. Membuat perancangan awal

  2. Menghormati keputusan ahli yang lain

  3. Pembahagian tugas dengan adil

  4. Bersikap jujur dalam membuat keputusan

  5. Bersikap amanah dalam setiap tugasan

Adab :

  1. Sampai pada masa yang ditetapkan

  2. Berpakaian sopan yang bersesuaian

  3. Penggunaan bahasa yang betul samada majlis formal atan tidak formal

  4. Menghormati ahli yang lain

  5. Mengetahui etika sosial dan protokol mesyuarat

c) Ketika berhubungan melalui mel-e, rangkaian social

Etika :


  1. Mengelakkan penggunaan bahasa pasar

  2. Gunakan font tulisan yang terang, kemas seperti Arial, Century atau Times New Roman

  3. Tidak menyebarkan maklumat palsu selagi berita tersebut tidak sahih

  4. Dalam penghantaran mel-e, letakkan objektif yang jelas

  5. Jangan menghantar mel-e kosong

Adab:

  1. Menggunakan salam/ucap selamat

  2. Elakkan penggunaan perkataan singkatan

  3. Penggunaan kata ganti nama yang betul

  4. Letakkan nama pengirim ketika berhubung melalui mel-e

  5. Penggunaan bahasa dalam konteks formal dan tidak formal

d) Ketika menggunakan telefon bimbit

Etika :


  1. Aktifkan sistem pesanan peti suara apabila perlu

  2. Meletakkan telefon bimbit dalam keadaan mod senyap ketika mesyuarat

  3. Jawab panggilan pada kadar yang sesuai iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.

  4. Memberi perhatian yang penuh semasa bercakap di telefon.

  5. Tidak mengaktifkan pembesar suara tanpa pengetahuan pihak yang sedang bercakap di telefon

Adab :

  1. Sentiasa pastikan apabila bertutur menggunakan telefon anda mengawal nada suara agar tidak terlalu rendah atau terlalu tinggi.

  2. Mengawal tempo suara dengan memastikan yang tempo pertuturan tidak terlalu perlahan atau terlalu laju

  3. Apabila bercakap di telefon pastikan menyebut setiap perkataan itu dengan betul dan jelas

  4. Apabila menelefon pihak lain samada di pejabat ataupun kediaman pastikan membuat panggilan pada waktu yang sesuai.

  5. Penggunaan kata ganti nama yang betul

Yüklə 15,46 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin