Ingin bertanya pada hati, bibir berat berbicara siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia



Yüklə 116,32 Kb.
səhifə4/4
tarix21.08.2018
ölçüsü116,32 Kb.
1   2   3   4

BAB 13

PUKUL sebelas pagi baru aku
muncul di pejabat kerana
terpaksa singgah di beberapa
buah hotel untuk menemui pegawai yang bertugas bagi
mendapatkan quotation untuk majlis jamuan tahunan. Aku
lebih suka melihat sendiri tempatnya daripada mendapatkan
semua maklumat dari laman webnya. Ketika aku meletakkan
helmet di bilik, suasana agak kecoh di bahagian belakang
pejabat. Entah apa agaknya yang berlaku. Kelihatan Wati
berlari mendapatkan aku bila menyedari akan kehadiranku.
"Kenapa Wati? Apa yang kecoh-kecoh sangat kat
belakang tu?" soalku.
"Cik Miera, tolong tengokkan Shikin! Dari tadi
berkurung dalam tandas. Dah puas kami pujuk, tapi dia tak
mahu keluar!" Tercungap-cungap Wati menerangkan perkara
yang berlaku.
"Dia buat apa kat dalam tu?" tanyaku hairan.
Setahuku, Shikin bukan jenis yang suka menghadap cermin.
"Tadi saya cari dia, ada hal sikit nak tanya kat dia.

Tapi tak jumpa. Kemudian bila saya ke tandas, saya dengar orang menangis. Dari bunyi suara tu saya tahu Shikin yang menangis dan bila saya pujuk suruh dia buka pintu, dia tak mahu. Lagi kuat dia menangis. Kami semua dah cuba pujuk dia, tapi tak berjaya. Tolonglah Cik Miera. Saya risau kalau dia cuba buat sesuatu yang buruk kat dalam tu," rayu Wati.


"Encik Safuan tahu ke hal ni?" Aku takut kalau hal ini sampai ke pengetahuan pihak atasan.
"Semua dah tahu sebab masa kelam-kabut tadi Encik Safuan turun dengan Tuan Megat!" terang Wati.
Aduh! Bagaimana aku hendak buat ni kalau Tuan Megat sendiri sudah mengetahui masalah ini? Aku segera berlalu ke bahagian belakang pejabat. Ketika melangkah masuk ke tandas, kulihat sudah ramai pekerja yang berkerumun di sana. Nasib baik kelibat Encik Safuan dan Tuan Megat tidak kelihatan.
Aku mengetuk pintu tandas yang menempatkan tubuh Shikin di dalamnya. Aku cuba berlembut dengannya, menasihati agar dia segera keluar dari situ tetapi tidak diendahkan.
"Minta maaf semua... boleh tak kawan-kawan tinggalkan saya dengan Shikin di sini?"
Aku meminta kerjasama daripada teman-teman sepejabat. Nasib baiklah mereka memahaminya dan segera meninggalkan kami berdua.
"Shikin, ini Miera. Kenapa awak menangis? Kalau awak ada masalah, kita masih boleh berbincang. Jangan turutkan hati. Ia tak menguntungkan sesiapa." Aku cuba berlembut dengannya.
"Badrul tinggalkan saya...." Sedih kedengaran suara Shikin dari dalam itu dan kemudian dia menangis lagi.
"Habis tu, yang awak nak menangis teruk-teruk ni kenapa?" Aku paling benci bila perempuan menangis bagai orang gila hanya kerana seorang lelaki.
"Kenapa dia tinggalkan saya?"
Memanglah budak ini tengah gila. Ada ke tanya aku tentang kekasihnya? Manalah aku tahu semua itu!
"Shikin, saya ni tak pandai nak memujuk. Tapi saya paling benci perempuan menangis hanya kerana ditinggalkan lelaki. Awak ada maruah, kenapa nak letak maruah awak di kaki seorang lelaki? Awak ingat kalau menangis macam ni boleh selesaikan masalah? Entah-entah dia tengah gelakkan awak bila tahu keadaan awak sekarang ni. Saya tak suka kawan saya berperangai macam ni. Shikin... apa yang awak nak takutkan? Itu semua dugaan untuk awak. Satu hari nanti awak akan temui lelaki yang boleh menjadi kekasih awak dunia dan akhirat. Sekurang-kurangnya sekarang awak tahu Badrul tu tak sesuai dengan awak. Sekarang saya nak awak keluar! Kalau tak, saya pecahkan pintu ni!!!"
Aku luahkan apa yang terpendam dan sekali gus rasa marah pada Haikal kuhamburkan keluar. Aku tidak mahu kalah hanya kerana seorang lelaki.
Pintu tandas dibuka perlahan-lahan dari dalam dan muka sembap Shikin kelihatan. "Maafkan saya, Cik Miera."
Aku menarik Shikin ke dalam pelukanku dan dia terus menangis lagi.
"Sudahlah, mari kita keluar," pujukku.
Aku menarik tangan Shikin dan menggenggamnya untuk memberikan dia kekuatan. Aku harus bawa Shikin ke tempat yang tiada orang untuk memberi dia ketenangan kerana dia hanya sebatang kara di dunia ini. Ayah dan ibunya sudah lama meninggal dunia dan dia hanya tinggal menyewa
dengan teman-temannya. Ketika aku hendak keluar dari bahagian itu, aku bertembung dengan Tuan Megat. Beberapa pasang mata juga memerhatikan aku dan Shikin.
"Saya nak hantar Shikin balik." Aku memohon kebenaran daripadanya. Yalah... dia sudah berada di depan mataku, jadi lebih baik aku terus beritahu dengannya.
"Miera nak naik apa?"
Pertanyaannya membuat aku terdiam. Yalah, takkan aku hendak bawa Shikin naik motosikal! Memanglah aku tidak kisah, tetapi bagaimana Shikin?
"Saya bawa kereta Shikinlah."
Baru aku teringat Shikin baru sahaja membeli kereta Kancil dua minggu lepas.
"Baiklah, nanti nak balik telefon saya," katanya yang membuatkan aku tertanya-tanya kenapa pula aku kena menelefon lelaki ini.
Aku cuba berlagak selamba tetapi mulutku mendahului hatiku. "Kenapa pula nak telefon Shah… ops… Tuan Megat?"
Tersenyum lelaki ini mendengar aku tersasul memanggil namanya. Aku segera memerhati keadaan sekeliling dan mata-mata itu masih memerhatikan kami. Aku berharap Tuan Megat tidak membuat perangai di hadapan para pekerjanya.
"Nanti saya ambil Miera di rumah Shikin," balasnya.
"Tak perlulah Tuan Megat, tahulah saya bagaimana nak balik nanti." Aku cuba memberi alasan.
"Kenapa degil sangat ni?" bisik Tuan Megat, tidak mahu sesiapa mendengar apa yang kami perkatakan.
"Baiklah, insya-Allah...." janjiku. Malas hendak bertegang urat dengannya di tika dan saat ini. Tambahan pula ramai yang sedang memasang telinga. Kalau didengar orang lain, apa pula anggapan mereka padaku? Bukankah dia the most eligible bachelor in the office?
"Okey. Kalau ada apa-apa hal, telefon Shah." Dia pula membahasakan dirinya begitu padaku.
Aku hanya mengangguk dan melangkah pergi bersama Shikin.
SAMPAI di rumah Shikin, aku cuba mengajak Shikin meluahkan segala apa yang terpendam di hatinya untuk mengurangkan tekanan di fikirannya. Dengan susah payah dan bersama sedu-sedannya, baru aku ketahui Badrul meninggalkan Shikin hanya kerana terpaut pada seorang pekerja baru di tempat kerjanya. Patutlah sejak kebelakangan ini kulihat Shikin lebih banyak mendiamkan diri daripada berbual dengan teman-teman yang lain. Wajahnya juga sudah kehilangan ceria sejak akhir-akhir ini seolah-olah seluruh kebahagiaannya telah dirampas terus darinya
Tepat jam enam petang aku memohon diri pulang ke pejabat untuk mengambil motosikalku. Itu pun dia kutinggalkan setelah banyak nasihat kucurahkan ke telinganya. Aku sangat berharap agar dia tidak mengambil sebarang tindakan bodoh yang hanya akan memudaratkan dirinya sendiri kelak.
Baru sahaja aku hendak melangkah keluar dari rumah Shikin, telefon bimbitku berbunyi irama yang telah kusetkan hanya untuk si pemanggil ini.
"Miera kat mana ni?"
"Saya di rumah Shikin. Baru nak keluar," terangku.
"Tunggu di sana, sekejap lagi saya sampai."
Lelaki ini tidak faham agaknya yang aku akan balik sendiri!
"Saya balik sendiri."
"Saya kata tunggu di sana, tunggu sajalah!"
Memanglah dia ini tidak faham apa yang aku cakapkan tadi.
"Shahhh…."
Aku sudah letih melayan fiil lelaki ini.
"Iye sayang."
Memang dia ni tak reti bahasa langsung!
"Awak nikan…."
Aku rasa entah berapa kali aku ulang ayat yang sama apabila berhadapan dengan lelaki ini.
"Beri alamat Shikin!" arahnya tegas.
"Ingatkan dah tahu tadi!" Aku cuba menyindir.
"Kalau tak mahu bagi pun saya akan cari jugak...."
"Tahu sangat dah perangai awak," ujarku, geram.
"Tahu takpe. Cepatlah sayang, saya dah ada kat car park ni."
Amboi... tak sabar-sabar betullah lelaki ni!
"Iyelah-iyelah." Lepasku, kian geram.
"Awak tahu di mana Desa Pandankan?" tanyaku sambil masuk semula dan mengangkat cawan kopi lantas membawa ke sinki. Untuk menenangkan Shikin, aku sempat menyiapkan air untuk melepaskan lelah.
"Of couse my dear. Di mana sayang berada, pasti saya tahu." Suara garau Tuan Megat masih ingin mengusikku.
Aku bertanya Shikin akan alamat rumahnya dan setelah itu memberikannya kepada lelaki itu. Setengah jam kemudian, kelihatan Toyota Harriernya perlahan-lahan menghampiri rumah Shikin. Cepatnya lelaki ni sampai, terbang agaknya! Perjalanan dari Bangunan AIA ke sini agak sesak dalam waktu begini. Aku harap Tuan Megat tidak keluar dari keretanya kerana takut Shikin akan bertanya bermacam-macam soalan denganku.
"Eh… itu Tuan Megat, kan?"
Betul pun seperti yang kuduga, Shikin sudah pun bertanya.
Tuan Megat dengan muka selamba tersenyum menghampiri kami.
Memang tidak tahu duduk diam agaknya dia ni! Hatiku kembali dibungai rasa geram dan marah yang bersatu.
"Bagaimana Shikin? Dia dah okey ke?"
Pertanyaannya kujawab dengan jelingan.
"Alhamdulillah, saya dah okey. Saya minta maaf kerana menyusahkan tuan dan saya harap tuan tak memandang serong pada saya."
Kasihan Shikin. Tentu dia malu dengan Tuan Megat di atas peristiwa yang berlaku di pejabat, tengah hari tadi.
"Tak mengapa, asalkan awak tahu bahawa tindakan awak tadi tak elok dilakukan dan saya harap awak banyakkan bersabar. Emmm... saya datang ni sebab nak jemput Miera," terang Tuan Megat sambil tersenyum memandangku.
Tuan Megat kemudian melangkah mendahuluiku
dan Shikin menarik tanganku agar aku melambatkan langkah.
"Cik Miera ada apa-apa ke dengan Tuan Megat?"
Apa alasan yang hendak kuberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan ini? "Awak jangan ingat yang bukan-bukan, Shikin. Saya tak ada apa-apa dengan dia. Dia datang ambil saya sebab saya nak ambil motor saya di pejabat."
Tidak susah hendak menerangkan sesuatu kepada gadis yang lurus macam Shikin.
"Oh…." Hanya itu yang keluar dari mulut Shikin.
"Awak jangan buat gosip pula nanti." Aku berharap sangat agar Sikin tidak menceritakan dengan sesiapa tentang hal ini.
Tuan Megat membuka pintu untukku di sebelah pemandu dan sebelum kereta bergerak, aku melambai-lambai pada Shikin.
"Kita pergi makan dulu."
Sedap aje mulut lelaki ini memberi arahan padaku.
Sepanjang perjalanan aku hanya diam membisu. Cuma apabila sesekali Tuan Megat bertanya itu dan ini, barulah aku bersuara.
"Kenapa diam aje ni?"
Aku tidak memberi sebarang respons.
"Mieeeraaa…." Lembut suaranya menuturkan namaku.
"Saya tak apa-apa," dalihku.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa diam aje dari tadi? Cuba cerita, Shah nak dengar."
Aku bungkam. Hati dan perasaanku berperang
sesama sendiri. Entahlah... Haruskah aku luahkan pada lelaki yang tidak berapa kukenali ini?
"Mieeerrraaa…."
Aduh! Boleh cair rasanya bila berada di sisi lelaki ini. Aku sebenarnya pelik dengan diri ini. Entah apa ilmu yang dia gunakan, tiap tutur katanya membuatkan aku senang sekali walaupun ia menyakitkan.
"Kenapa kaum lelaki senang-senang aje campakkan kepercayaan yang perempuan berikan?" Aku bertanya dengan lelaki ini memandangkan hanya dia sahaja lelaki yang paling dekat denganku sekarang ini.
"Kenapa Miera beranggapan begitu? Tak semua lelaki macam tu...."
Alasan yang selalu kudengar.
"Lelaki selalu kata macam tukan?" sindirku.
Wajahnya masih bersahaja apabila aku berkata demikian. Karisma lelaki ini memang tiada bandingannya. Tetap tenang walaupun aku sering mengganggu-gugat kepala dan hatinya dengan pelbagai persoalan. Yalah, bukan salah aku. Dia yang selalu mempermainkan aku dengan telatahnya yang suka mengusik tanpa mengira masa.
"Kenapa Miera cakap macam tu? Macam pernah kecewa je bunyinya?" usiknya sambil tersenyum.
"Ke situ pulak!"
Aku tidak tahu di mana hendak kuletakkan muka ini. Perasaan malu menyapaku. Yalah, pasal orang lain... aku yang sibuk-sibuk. Tak pasal-pasal terkena batang hidung sendiri!
"Miera jangan fikir macam tu... Masih ada lelaki sejati di muka bumi ni. Jangan hanya kerana sorang lelaki
buat hal, Miera dah anggap semuanya sama. Bagaimana pula kalau perempuan buat macam tu, jadi saya kena buat anggapan macam Miera ke? Kalau semua orang buat macam tu, tak berkembang umat nabi Muhammad ni sayang oi...."
Amboi! Dah jadi ustaz pula lelaki ni. Eee! Malas aku nak layan lelaki ini lagi.
"Saya dah lama nak tanya soalan ni, harap Miera tak kisah."
Mata Tuan Megat memandangku sekilas dan pandangannya jatuh kembali ke arah jalan yang penuh dengan deretan kenderaan yang semakin sesak.
"Apanya?" tanyaku sepatah.
Pandanganku tetap ke hadapan. Hati masih berbuku dengan apa yang dilakukan oleh Badrul terhadap Shikin. Semua lelaki sama sahaja. Lembutnya lidah bila nak menggoda, kerasnya gigi bila sudah tidak berguna.
"Apa yang terjadi hari tu?" Lembut Tuan Megat bertanya.
"Hari tu, hari apa?" Pertanyaannya kuajukan semula dengan soalan.
"Masa dekat lif tu?"
"Oh... tak ada apa-apa. Cuma salah faham saja. Kenapa? Shah kenal dengan budak perempuan tu ke?" Sengaja aku bertanya lagi. Entah mengapa, tiba-tiba dada terasa sesak kembali. Kenapa ek?
"Oh... Saya ingat ada apa-apa, takut juga kut ada apa-apa terjadi pada Miera."
"Tak adalah. Shah kenal ke dengan perempuan tu?" Hatiku bagaikan tidak boleh tenang bila jawapan yang kutagihkan masih tidak terhurai.
"Taklah, tak tahu tingkat berapa tapi biasa nampak." Ikhlas Tuan Megat menjawab.
"Hmmm...." Hanya itu yang mampu keluar dari bibir ini.
"Pagi esok saya ambil Miera, ya?"
Ya Allah! Dia mula dah....
"Tak apalah Shah, saya boleh pergi sendiri."
Janganlah dia paksa aku buat benda yang aku tidak suka. Kalau dia datang pagi esok, mesti bergegar rumah aku dengan pertanyaan daripada mama dan abang.
"Motor Miera ada kat pejabat lagi, kan? Jadi esok saya datang ambil Miera, kemudian kita pergi breakfast dulu. Lepas tu baru kita ke pejabat."
Kenapalah lelaki ni suka buat macam ni pada aku?
"Janganlah macam ni, Shah. Saya tak mahu nanti gosip timbul di ofis bila orang lain tau kita datang bersama," luahku dengan berhati-hati. Aku benar-benar bimbang jika lelaki ini akan tersinggung dengan luahanku itu.
"Biarlah mereka nak bergosip! Apa salahnya lelaki sejati ni nak bersama dengan Miera?"
Matanya dikerling bersama senyuman di bibirnya telah mematikan segala kebimbanganku yang sama sekali tidak berasas sebentar tadi. Sebaliknya kini angin kemarahan sudah mula bertiup sepoi-sepoi bahasa di hatiku.
Perasan punya lelaki! Rasa nak aje aku cekik batang lehernya.
"Shahhh…!" Geram sungguh aku dengan perangai selambanya itu.
"Iye sayang…."
Bahasa apa yang hendak kuutarakan lagi, aku sendiri tidak tahu. Akhirnya aku hanya mendiamkan diri. Jika terus berlawan kata, aku bimbang aku juga yang akan terperangkap nanti.
"Kalau esok Miera nak datang sendiri, saya tak kisah. Tapi Miera kena berjanji dengan saya."
Aku memandang padanya yang masih tenang memandu.
"Janji apa?" tanyaku tanpa sabar.
"Boleh percaya ke janji Miera ni?" Dia pula yang main tarik tali denganku.
"Miera janji…." ikrarku.
Lelaki itu tersenyum dengan telatahku yang bagaikan anak kecil. Patuh pada arahan. Baru aku perasan yang aku membahasakan namaku dengannya. Lantaklah…!
"Kalau begitu, Miera janji kena keluar dengan saya hari minggu ni!"
Aduh!!! Aku sudah terjerat dan lelaki itu tertawa melihat mukaku yang terkulat-kulat….


BAB 14

KERANA perjanjian itulah
kini aku berada di sini, di sisi
lelaki ini. Ketika lelaki itu
mengambil aku di rumah, mama yang menyambutnya. Ayah
dan abang hanya tersenyum memandangku. Aku terpaksa
memaniskan muka bila berada di hadapan mereka. Iyelah,
takkan aku hendak buat muka masam, nanti apa pula
anggapan mereka tentang kami.
"Mieeeraaa…."
Lemasnya aku bila dia menyebut namaku.
"Mieeeraaa…."
Sekali lagi dia menuturkan namaku, rasa hendak
terjun dari tingkap kereta ini.
"Saya," kujawab sepatah.
"Kenapa ni? Macam tak ikhlas saja?"
"Mana ada."
"Betul ke atau kerana terpaksa?"
"Shahhh…!"

Lelaki ini sudah mula hendak menaikkan darahku.


"Iye sayang."
"Saya nak cakap sikit, boleh tak Shah jangan panggil saya sayang?" protesku sambil menarik-narik tali pinggang keselamatan.
"Dah saya sayang Miera, nak buat macam mana?"
Lelaki itu boleh bercakap begitu denganku bersama wajah yang tenang dan bersahaja. Seolah-olah perkataan ‘sayang’ itu tidak mempunyai nilai di hatinya. Agaknya kalau aku ni dalam cerita kartun, mesti dah nampak api di atas kepalaku.
"Shah, kenapalah awak macam ni?"
"Kenapa dengan saya?"
"Dahlah! Malas saya nak layan awak." Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri.
"Kalau marahkan saya pun, janganlah sampai tarik safety belt tu macam nak terputus pula...."
Aku terasa tersindir dengan kata-katanya.
"Habis, awak tak puas hati?" Nada suaraku mula meninggi. Aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat mengawal amarahku.
"Miera, kalau awak tak mahu keluar dengan saya, cakap sajalah. Tak payah tengking-tengking macam ni!"
Angin dia pula yang naik. Serta-merta dia memberhentikan keretanya di tepi jalan tanpa memberi signal. Bertalu-talu hon dibunyikan oleh pemandu di belakang.
Kukerling wajahnya menerusi ekor mata. Nampak tegang. Takut juga aku. Buatnya dia campak aku ke gaung di
bawah itu, alamatnya arwahlah aku dalam usia yang muda remaja ni.
"Dahlah. Kita balik aje," putusnya.
Ada sedikit sesal di dadaku. Aku tahu aku yang bersalah. "Shahhh… saya minta maaf."
Aku cuba berlembut tetapi dia masih membisu sambil matanya tunak memandu.
"Shahhh…." rayuku tetapi dia tetap begitu. Keras. Kaku. Beku.
"Shahhh… dengar tak saya minta maaf ni?" Terasa berat dadaku bila suaranya masih tidak kedengaran.
"Shahhh… pleassseee…."
Terasa air mataku bagaikan hendak gugur tetapi kutahan. Bumbung rumahku sudah kelihatan tetapi lelaki ini masih membisu.
Ketika dia memberhentikan keretanya, wajahnya tetap tenang tanpa sepatah kata.
"Shahhh… jangan buat Miera macam ni...."
Terasa air mataku mengalir di pipi. Entah kenapa aku boleh menangis kerana lelaki ini.
Bila dia masih membekukan diri, aku mengambil keputusan untuk keluar dari perut kereta dan dia langsung tidak memandangku. Dia terus memecut keretanya tanpa mengucapkan apa-apa padaku. Aku hanya membatu di situ dan ketika aku hendak melangkah, kulihat ada tin Coca-Cola kosong di atas rumput. Aku terus menendangnya untuk melepaskan kemarahanku tetapi kutahu itu adalah tangisanku.
MAMA terperanjat melihat kelibatku yang tidak sampai setengah jam sudah berada di hadapan matanya semula.
"Cepat Miera balik?"
Sudah kuduga, mama pasti akan bertanya.
"Shah ada kerja penting yang nak diselesaikan," bohongku.
"Iye ke?"
Aku tahu mama mesti tidak puas hati.
"Iyelah ma. Okeylah, Miera nak naik dulu." Aku terus berlalu ke bilikku di tingkat atas tanpa memandang mama. Aku takut mama dapat mengesan kekeruhan di wajahku.
"Kenapa dengan anak awak tu Maz?" Ayah bersuara apabila terpandang wajah keruh anak daranya.
"Entahlah bang, Maz pun tak tahu. Tak sampai setengah jam keluar dengan Si Shah, dah balik. Ni mesti ada apa-apa...." getus mama.
"Hmmm... entahlah," keluh ayah.
Lama mama dah ayah berdiam diri, memikirkan perihal satu-satunya anak gadis mereka.
"Abang, macam mana kalau Maz telefon Min?" Mama meminta kebenaran ayah.
"Kalau untuk benda yang baik, abang tak kisah."
Tersenyum mama apabila mendengar keizinan yang terlafaz dari bibir ayah. Mama terus mencapai telefon dan mendail nombor yang memang sudah tersemat di fikirannya.
"Assalamualaikum Min." Mama berbicara dengan suara di hujung talian.
"Waalaikumussalam Maz. Aku baru nak telefon
kau." Memang terbukti ada keserasian di antara dua wanita ini.
"Apa hal kau nak telefon aku, Min?" tanya mama.
"Ni pasal anak teruna aku... Yang kau pulak pasal apa telefon aku?" Suara di sebelah sana pula bertanya.
"Pasal anak dara akulah! Muka monyok semacam.... Baru setengah jam keluar dah balik," cerita mama.
"Hai… sama je bunyinya dengan anak teruna aku. Dua-dua monyok ni... mesti ada kes." Suara di hujung sana pula meneka.
"Apa kata kita buat rancangan untuk mereka berdua ni...." Suara di sebelah sana menambah.
"Aku tak kisah, lampu hijau pun dah on."
Tak sangka rancangan mama sama dengan suara di hujung sebelah sana.
Maka dengan semangat berkobar-kobar, kedua-dua wanita itu pun mengatur rancangan mereka tanpa pengetahuan anak dara dan anak teruna mereka.

BAB 15

SEMANGATKU semakin
menghilang apabila melihat
kebisuan Tuan Megat. Hampir
dua hari tanpa bicara, tanpa senda, aku dibiarkan terkapaikapai
keseorangan.
"Hai, senang hati kau pagi ni Ida? Selalunya pagi
Isnin muka kau susah nak nampak di bawah ni.”
Aku menegur Ida bila melihat dia berjalan-jalan
santai di tingkat ini. Senang sungguh hatinya. Cemburu aku
melihat keceriaannya.
"Tuan Megat out-station dua minggu,” terang Ida.
Tiba-tiba rasa bersalah mengganggu fikiranku
tentang hal tempoh hari.
"Iye ke? Seronoklah kau!”
Aku cuba bersandiwara sedangkan hatiku dipagut
rasa bersalah yang begitu menunda-nunda.
"Bagaimana dengan majlis jamuan tahunan ni?”
tanya Ida.
"Segalanya beres. Minggu depan kita akan adakan mesyuarat dan aku akan bentangkannya,” terangku.
"Alah, kau bagi tahulah kat aku....” Ida cuba membeliku.
"Kau tunggu ajelah... Masa tu nanti aku akan buat pengumuman.”
Rahsia tetap rahsia, bisik hati kecilku sambil mengorak sejuring senyuman kepada temanku itu.
Terasa masa berlalu begitu lambat. Dulu aku tidak kisah sangat pasal masa, tetapi sekarang aku seakan membilang waktu. Rasa hendak kuputar sahaja jarum jam ini agar bisa menunjukkan masa yang kuinginkan.
Aku mula menjadi penunggu setia pada deringan telefonku. Setiap pesanan yang masuk hanya satu harapanku, agar ianya daripada lelaki itu. Mungkin dia merajuk sungguh dengan sikapku tetapi sudah beberapa kali aku meminta maaf, hanya kebisuan yang diberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang tidak kunjung berkesudahan
Kataloq: 2009

Yüklə 116,32 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2020
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə