Izzati sahira binti hasanuddin a145332 halimatun saadiah binti ali a145319 nurul shuhada binti rasid a145350 nurain binti zaidie a145348



Yüklə 41,6 Kb.
tarix07.04.2018
ölçüsü41,6 Kb.
#47415



LMCK1531 KEPIMPINAN DAN KREATIVITI &

HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

SEMESTER 1, SESI 2014/2015

KERTAS CADANGAN

GELANDANGAN

OLEH :


IZZATI SAHIRA BINTI HASANUDDIN A145332

HALIMATUN SAADIAH BINTI ALI A145319

NURUL SHUHADA BINTI RASID A145350

NURAIN BINTI ZAIDIE A145348

BAB I


PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Gelandangan bukanlah fenomena yang baru di negara ini. Namun, sejak akhir-akhir ini ia menjadi satu fanomena sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara ini kerana ia menimbulkkan kegusaran masyarakat sekeliling. Isu ini juga sering dibangkitkan oleh media massa terutamanya isu gelandangan yang berlaku di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur. Masalah gelandangan ini kebiasaannya terjadi akibat sukar untuk mendapatkan pekerjaan, kurang pendidikan, penghidap HIV, perniagaan merosot dan tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar, Kuala Lumpur. Golongan ini sering menjadikan kaki lima, bawah jambatan dan hentian bas sebagai tempat untuk mereka berteduh, berehat dan tidur. Golongan gelandangan ini terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina.

Pada masa ini, golongan gelandangan menjadi sebahagian daripada pemandangan biasa di sekitar ibu negara, khususnya pada waktu malam. Keadaan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak boleh lagi dianggap sebagai isu terpencil tetapi perlu diambil perhatian sebagai masalah sosial yang perlu ditangani dan diselesaikan dengan segera. Justeru, cara penyelasaian yang terbaik perlu dilakukan agar dapat membantu golongan gelandangan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik tanpa perlu tinggal di kaki-kaki lima, jambatan atau hentian bas lagi. Selain itu, kita perlu membantu mereka supaya lebih berkeyakinan dan bergaul dengan masyarakat agar tidak terus tercicir daripada arus pembangunan negara.

1.2 Definisi Gelandangan

Gelandangan merupakan orang-orang yang hidup dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma masyarakat setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yantetap di wilayah tertentu dan hidup di tempat umum. Gelandangan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) ialah orang yang tidak mempunyai tempat tinggal atau pekerjaan yang tetap. Menurut Hall (2009), istilah gelandangan atau homeless pada asalnya disebut sebagai vagrants dan digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu homeless. Menurut Sarlito W. Sarwono (1978), gelandangan adalah orang-orang miskin yang hidup di kota-kota yang tidak mempunyai tempat tinggal tertentu yang sah menurut hukum.Muthalib dan Sudjarwo (1990), memeberikan tiga gambaran umum gelandangan iaitu sekelompok orang miskin atau dimiskinkan oleh masyarakatnya, orang yang disigkirkan dari kehidupan khalayak ramai, dan orang yang berpola hidup agar mampu bertahan dalam keniskinan dan keterasingan.

Menurut Neo- Marxis dalam teori kebergantungan, di mana integrasi dalam kapitalis global semakin membatasi kemungkinan untuk mengembangkan cara hidup yang sesuai dengan struktur dan budaya negara-negara terbelakang sehingga tidak mampu mengejar negara-negara yang semakin maju, timbullah masalah sosial slah satunya adalah gelandangan. Manakala, Dr Dominic Mapstone, Social Worker and Director of Rebecca Comunity pula menyatakan gelandangan sebagai ‘... an inadequate experience of connectednessof family or comunity”. Melalui takrifan tersebut dapat kita fahamkan bahawa gelandangan merupakan individu atau sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal malah telah hilang peranannya dalam sesebuah keluarga ataupun masyarakat.

1.3 Objektif Kajian

Menurut Sutrisno Hadi (1973), sesuatu kajian atau penyelidikan khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan empiris, pada umumnya bertujuan menemukan, mengembangkan atau mengkaji kebenaran sesuatu pengetahuan. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian yang dilakukan bagi mengkaji maslah gelandangan yang berlaku di negara ini dan mencari cara penyelesaian masalah yang sesuai bagi menangani masalah ini. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan objektif yang berikut:

(a) mengenal pasti faktor- faktor berlakunya gelandangan di negara ini.

(b) mencari dan mengenal pasti cara penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi isu gelandangan.

BAB II

PERMASALAHAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Mengikut Akta pembantuan gelandangan Stewart B. McKinney 1987 (Stewart B.McKinney, Homeless Assistance Act of 1987), gelandangan atau “homeless” dikenali sebagai individu yang tiada tempat tinggal yang tetap, biasa dan tempat kediaman yang mencukupi pada waktu malam. Ia juga merujukkan kepada individu yang tinggal di tempat perlindungan sementara yang disedia dan dioperasi oleh organisasi awam atau swasta; tempat perlindungan sementara atau peralihan yang dibekal oleh pihak awam atau swasta yang yang bertujuan institusikan individu; tempat awam atau tempat swasta yang sebenarnya ya atau tidak membekalkan perkhidmatan penginapan untuk manusia.


2.2 FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA GELANDANGAN
Di zaman serba moden ini, dilihat masalah gelandangan semakin menular. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia di negara-negara maju seperti Kanada, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Menurut kajian “Homelessness in Malaysia: Policy Sheet”, 1/5 daripada gelandang bergelandang kerana pendapatan mereka yang rendah. Mereka tidak berupaya berbelanja untuk mengekalkan kehidupan mereka. Hal ini kerana, Dasar Gaji Minimum di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM900 sahaja. Kajian juga mendapati jumlah gendalangan di kawasan urban adalah jauh lebih banyak jika berbanding dengan kawasan rural, hal ini kerana kos hidup di kawasan bandar adalah lebih tinggi. Dengan pendapatan minimum iaitu RM900, adalah susah untuk memenuhi pembelanjaan keperluan. Pada masa yang sama, banyak pekerja tidak mendapat gaji yang ditetapkan dalam dasar gaji minimum tersebut.

Kajian “Homelessness in Malaysia: Policy Sheet” mendapati 50% gelandang menyatakan mereka bergelandang kerana mengganggur. Malaysia belum wujud sistem perundangan yang tertentu untuk membantu penganggur dan memastikan penganggur mendapat pampasan yang sepatutnya. Tambahan pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya menghulurkan bantuan kepada golongan-golongan kemiskinan yang tertentu sahaja misalnya: Orang Kelainan upaya, ibu tunggal dan orang tua .Mereka yang kehilangan kerja berisiko mengalami kemiskinan dan memerlukan bantuan dari pihak berkuasa juga.Sebanyak 15%-30% daripada golongan gelandangan menghidapi penyakit kronik.Selain itu, 1/5 daripada mereka juga didapati mempunyai masalah mental. Bagi mereka yang berpenyakit kronik misalnya: diabetes, asma, penyakit artritis tidakmendapat penjagaan yang sepatutnya dan kurang bersedar dengan penyakit merekasendiri. Bagi golongan gelandangan yang mempunyai masalah mental mudah diabaikan dan distigma. Golongan gelandangan juga terdiri daripada penagih dadah.


Mereka memerlukan bantuan institusi dan mendapatkan rawatan yang sesuai agar dapat membantu mereka untuk melaksanakan peranan sosial mereka sendiri. Selain itu, 1/5 individu dalam golongan gelandangan adalah orang tua, mereka berusia 60 tahun ke atas. Mereka menjadi gelandang kerana ditinggalkan oleh keluarga atauanak-anak. Mereka juga pernah bekerja semasa mereka muda tetapi dieksploitasi oleh majikan dan mereka tidak mendapat pembayaran pencen yang sepatutnya. Mereka juga terdiri daripada mangsa keganasan rumah tangga dan mereka melarikan diri dari rumah tersebut dan terpaksa tinggal di kawasan awam, misalnya ibu tunggal.
2.3 MASALAH YANG TIMBUL DARI FENOMENA GELANDANGAN
Fenomena gelandangan mendorong kepada pelbagai masalah dari segi individu, masyarakat mahupun negara. Antara faktor terbesar yang mendorong kepada masalah ini ialah kerena hampir kesemua gelandangan tidak mempunyai rumah untuk berteduh dan tidak mempunyai wang untuk menyara kehidupan. Bahagian ini akan menumpukan kepada masalah yang dihadapi di Malaysia yang berpunca dari fenomena gelandangan
A. INDIVIDU
Individu yang menggelandang akan terdedah kepada pelbagai masalah. Pertama, menggelandang menyukarkan mereka untuk memperoleh pekerjaan. Ini kerana, persepsi oleh sesetengah pihak yang melihat individu yang menggelandang sebagai seorang mempunyai masalah mental. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai seorang yang bermasalah dan malas. Maka, peluang untuk memperoleh pekerjaan juga adalah sukar. Kedua, individu yang menggelandang juga terdedah kepada pelbagai risiko penyakit merbahaya. Ini kerana, faktor persekitaran yang kurang bersih dan juga gaya hidup mereka. Ada juga yang menjadi mangsa penderaan dan ada juga yang mempunyai masalah ketagihan minuman keras. Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat ini akan menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit merbahaya. Seterusnya, keadaan mereka yang kekurangan wang menjadikannya sukar bagi mereka untuk merawat masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka lalu dibiarkan berlanjutan. Masalah yang dihadapi oleh mereka menyukarkan mereka untuk memperoleh bantuan dari kerajaan dan mendapatkan perkerjaan seterusnya meyukarkan mereka untuk keluar dari masalah gelandangan.
B. MASYARAKAT
Bagi masyarakat pula, masalah gelandangan menjadikan mereka takut untuk berjalan di kawasan yang diduduki oleh golongan gelandangan. Ini kerana, mereka bimbang sekiranya mereka akan dicederakan atau golongan ini datang merayu memohon pertolongan kepada mereka. Selain itu, keadaan persekitaran golongan gelandangan yang tidak terurus menjadikan mereka bimbang sekiranya dijangkiti penyakit yang dihadapi oleh golongan gelandangan. Seterusnya, golongan gelandangan yang berada di kawasan kota kadang-kala menyukarkan penduduk untuk ke tempat kerja oleh kerana sesetengah lorong atau kawasan di bawah jambatan telah didominasi oleh golongan ini, maka penduduk perlu mencari alternatif lain untuk berjalan ke tempat kerja. Faktor-faktor sebegini yang mendorong masyarakat berasa simpati terhadap golongan gelandangan dan pada masa yang sama, menimbulkan persepsi negatif terhadap golongan ini.
C. NEGARA
Dalam konteks negara pula, golongan gelandangan sedikit sebanyak akan mengganggu imej dan ekonomi negara. Oleh kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, maka golongan gelandangan ini kebiasaannya dapat dilihat di kawasan kaki lima dan di lorong-lorong jalan. Keadaan mereka yang tinggal dalam keadaan yang tidak tetap menjadikan pengunjung dari kawasan luar tidak selesa. Ia dilihat sebagai suatu perkara yang mengganggu imej negara biarpun bukan kehendak mereka untuk hidup sebegitu. Kadang-kala, golongan ini datang memohon bantuan di dalam kedai-kedai yang berada di sekitar mereka. Keadaan mereka yang tidak terurus menjadikan pelanggan tidak selesa dan meninggalkan kedai tersebut. Hal ini akan mengganggu perniagaan mereka yang berada di sekitar kawasan gelandangan. Terdapat pihak yang prihatin terhadap keadaan golongan gelandangan ini namun bantuan yang diberikan perlulah mengikut saluran yang betul agar masalah ini tidak semakin menular.

BAB III

PENYELESAIAN ISU GELANDANGAN

Fenomena gelandangan perlu ditangani di peringkat akar umbi dan tidak boleh di atasi hanya dengan mengharamkan mereka dari kawasan mewah di kota.Satu forum Bicara Bangi atas tajuk Gelandangan di Kota – Konflik Tanggungjawab? yang dianjurkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersetuju bahawa golongan gelandangan tidak boleh dilihat sebagai satu masalah bahkan pihak berkuasa perlu melihat apakah masalah yang mereka hadapi. Peserta forum itu di Persada Canselori di sini hari ini mengakui bahawa tidak akan ada penyelesaian untuk membantu memberi tempat berteduh atau perlindungan kepada mereka jika pandangan stereotaip mengenai penghuni jalanan masih berterusan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kata dua untuk mengharamkan dapur jalanan ​​dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menunjukkan kepada orang ramai wujudnya kaum gelandangan hidup yang di pinggir oleh masyarakat. Berita itu telah menimbulkan kesedaran ramai mengenai nasib rakyat jalanan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan mencetuskan simpati besar terhadap mereka. Munirah, mengasaskan PERTIWI empat tahun lalu, berkata pihak berkuasa harus mengelak dari mengambil tindakan ke atas orang jalanan tanpa mendapat maklum balas daripada mereka dan NGO mengenai cara terbaik untuk menangani isu ini supaya mereka tidak akan menghadapi keadaan yang lebih memudaratkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berpendapat bahawa langkah menangani isu gelandangan perlu agar pendekatan yang diambil adalah tepat dan mampu menyelesaikan isu berkenaan dengan baik tanpa menimbulkan isu berbangkit. Katanya, jika pendekatan yang dilakukan negara lain mampu mengatasi masalah gelandangan, kementeriannya akan mempertimbangkan langkah yang sama untuk dilaksanakan supaya isu tersebut dapat diselesaikan secara menyeluruh. Beliau juga mengatakan bahawa beliau difahamkan masalah gelandangan ini gagal diselesaikan dengan baik walaupun ada undang-undang.

"Soal cadangan yang mahu pemberi sedekah kepada gelandangan dikenakan tindakan, pada saya itu hanya lontaran idea manusia dan perkara itu masih boleh diubah dan dipertimbangkan mengikut keadaan agar dapat memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Cabaran Keusahawanan Sosial 2014 Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF).Persoalannya, benarkah pertolongan dari badan bukan kerajaan (NGO) mempengaruhi sikap malas gelandangan ataupun adakah usaha kerajaan masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah ini, yang setelah sekian lama menjadi sinonim dengan kota raya Kuala Lumpur.

Setelah kenyataan kontroversial yang dikeluarkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pelbagai pendapat diterima. Namun, rata-ratanya menyebelahi pihak gelandangan dan merasakan pertolongan terhadap golongan kurang bernasib baik ini harus diambil berat.Walaupun begitu, kita tidak perlu menuding jari menyatakan salah dan silap siapa yang menyebabkan perkara ini terjadi. Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita mempunyai sensitiviti terhadap perkara sebegini yang berlaku di sekeliling kita dan usaha tanpa bayaran yang dilakukan oleh NGO Soup Kitchen amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Benar atau tidak pertolongan daripada NGO ini meperngaruhi sikap malas gelandangan adalah sesuatu perkara yang tidak dapat kita ketahui. Ini kerana tidak semua golongan yang mendapatkan makanan itu tidak bekerja atau tidak mahu bekerja.

Ada di antara mereka yang tua dan menghadapi penyakit. Malahan ada juga ibu tunggal. Mereka mengharapkan pertolongan makanan ini kerana sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ada kerana duit hasil titik peluh mereka tidak mencukupi. Walaupun ada di antaranya yang ketagihan dadah, kita tidak seharusnya membuta-tuli menyalahkan mereka. Pasti ada sebab mengapa perkara ini terjadi dan walau dari mana mereka datang, kita sebagai rakyat Malaysia harus membantu saudara kita yang dalam kesusahan ini.

Kita tidak seharusnya memandang mereka dengan sebelah mata hanya kerana mereka tinggal di ceruk-ceruk kota dan kaki lima. Kerajaan harus membela nasib mereka kerana mereka juga rakyat Malaysia. Dengan itu, kerajaan haruslah berganding bahu dengan NGO dalam menyelesaikan masalah ini. Usaha ini menuju ke arah solusi yang diinginkan rakyat dan pelbagai pihak haruslah bekerjasama dalam memastikan bahawa nasib golongan ini terbela. Pelbagai inisiatif harus diambil oleh kerajaan dalam membendung masalah ini dan pembinaan rumah perlindungan adalah satu permulaan yang baik. Rakyat menginginkan kerajaan yang cenderung membantu dan membela nasib rakyat dan bukan bersifat zalim dan tidak ambil peduli terhadap rakyatnya sendiri.

Mereka harus merangka penyelesaian jangka panjang yang akan membantu nasib golongan ini, yang bukan sahaja bersifat membela tetapi juga membuka peluang bagi golongan ini untuk berdikari dan mampu menjadi sebahagian daripada masyarakat. Bahkan dengan cara yang betul, golongan ini sendiri mampu menjana ekonomi negara jika diberi latihan yang secukupnya.

   Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.  Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan.  Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari. 

         

Selain itu,menurut sebuah rencana akhbar pada awal tahun 2012, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat kajian profil bagi menangani isu gelandangan, pengemis dan warga tua, khususnya di ibu kota.Hasil kajian itu bertujuan mendapatkan gambaran sebenar isu gelandangan di Kuala Lumpur, mengenalpasti profil secara individu setiap golongan gelandangan terbabit,mengenalpasti faktor berlakunya masalah gelandangan,memudahkan pihak bertanggungjawab membuat perancangan bagi membantu golongan gelandangan.

          Data yang diperoleh merumuskan terdapat keperluan untuk mewujudkan One Stop Intervention Centre (OSIC) dalam menangani isu itu bagi tujuan menyediakan tempat berlindung sementara kepada golongan gelandangan (homeless) produktif bekerja yang tiada tempat tinggal ,memudahkan golongan gelandangan dikesan dan dihubungi serta mengumpul profil gelandangan bagi tujuan menawarkan pekerjaan serta merancang program pembangunan dan sebagainya,mengadakan intervensi awal kepada semua golongan gelandangan (penganggur, pesakit mental, penagih dadah, pengemis, kutu rayau dan lain-lain) melalui pendekatan multisektor, memudahkan bantuan dan perkhidmatan kepada golongan gelandangan disalur dan diselaraskan,membolehkan jalinan kerjasama antara agensi secara berpusat melalui jawatankuasa khas dalam merancang program pemulihan dan pengintegrasian semula golongan gelandangan ke dalam masyarakat.

           Kita semua memang berharap usaha pihak berwajib ini akan mendatangkan hasil jika tidakpun seratus peratus tetapi sekurang-kurangnya mengurangkan fenomena gelandangan di kota-kota besar. Apa yang pasti masalah kekeluargaan mungkin sukar dibendung kerana namapun manusia, tentulah banyak ragamnya. Saya yakin ramai rakyat di negara ini yang mahu membantu golongan ini tanpa mengharapkan bayaran atau pun penghargaan. Jika ada cara bagi mereka untuk membantu nescaya akan ada tangan-tangan yang sedia memberi pertolongan. Dengan itu, kita seharusnya berganding bahu dan saling bekerjasama dalam membantu nasib golongan kurang bernasib baik ini dan mencari jalan penyelesaian terbaik bukannya menuding jari ke arah setiap arah dan memanipulasikan isu gelandangan ini.



BAB IV

PENUTUP

4.1 KESIMPULAN

Ada berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan. Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (homeless) di sekitar Lembah Klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik. 

Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran Hentian Puduraya.  Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan.  Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari. Bermula dengan seorang Ibu Tunggal yang puas naik turun tangga menadah tangan memohon bantuan daripada orang disekeliling termasuk pemimpin setempat dan keluarga serta jiran untuk membiayai seorang anak beliau yang dapat memasuki IPTS.  Namun kesudahannya tiada siapa yang ingin membantu sehingga beliau menangis teresak-esak mengenang nasib di sebuah hentian bas yang kemudiannya dibantu oleh seseorang dengan membawanya ke gereja.  Di gereja ia dibantu sebanyak RM 2,000 tanpa banyak soal. Dan beberapa hari lepas kita dikejutkan lagi mengenai isu orang-orang merempat (gelandangan) di Kuala Lumpur yang mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 gelandangan tegar.  Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus adalah Melayu.

Yusuf Qardhawi (1980:25-34) mempunyai pandangan yang lebih keras. Bagi beliau, kemiskinan adalah satu hal yang sangat berbahaya terhadap individu, keluarga, bangsa, masyarakat, aqidah, kepercayaan, fikiran dan kebudayaan keseluruhnya. Kemiskinan baginya adalah merupakan masalah yang perlu diselesaikan, bahkan merupakan krisis yang merbahaya yang mesti diatasi dengan segera.

Islam telah diterjemahkan oleh Rasulullah SAW secara praktikal, kerana Rasulullah SAW juga seorang peniaga yang hebat dan seharusnya ini menjadi contoh dan tauladan kepada orang Islam dan Melayu khususnya untuk mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam membina ekonomi Islam / Melayu. Berbalik kepada ekonomi Melayu di Malaysia, sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1970 dengan harapan pada 20 tahun selepas itu (1991) ekuiti Bumiputera disasarkan mencapai 30 peratus. Sasaran itu, nampaknya berhasil menggerakkan ekuiti Bumiputera daripada 2.4 peratus ke 19.4 peratus pada tahun 1990 namun selepas itu (1990 - 2006) selama 16 tahun ekuiti Bumiputera terus tidak bergerak sehinggalah sekarang ekuiti tersebut tidak lagi mencecah 20 peratus.

Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena, namun kerajaan terus melaksanakannya tanpa melihat kesan dan pencapaian yang diperolehi daripada pelaburan yang berbilion bagi membangunkan usahawan dan seterusnya membangunkan ekonomi Bumiputera. Tanpa pencapaian tersebut, kerajaan harus melihat dan mengkaji semula program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini.  Rangcangan Malaysia Pertama (RMK 1) hingga ke Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK 10) kini, sudah hampir 50 tahun kita MASIH GAGAL menjadi pemain ekonomi berkesan, menyebabkan kekuatan ekonomi dimonopoli oleh kaum tertentu. Senario ini tidak mencerminkan keadilan sosial menyebabkan Melayu tidak merasa selesa dan berpuas hati bilamana kerajaan cuba memperkenal gagasan 1 Malaysia kerana mereka berpendapat, hak dan keistimewaan orang Melayu terhakis. Untuk menjadi bijak tidak perlu ada Phd, tidak perlu ada title Dr, Dato' atau Tan Sri.  Jika kita kenal siapa Goh Tong, Lim Bon Siew, Syer Mokhtar dan banyak lagi.  Mereka ini semua tidak perlu itu semua tetapi mereka berjaya kerana belajar daripada pengalaman serta logik. Jika kita semua berusaha ke arah itu, Insya-Allah tidak ada lagi orang-orang yang gelandangan di Kuala Lumpur, malah mereka yang tinggal di Kampung juga boleh menjadi berjaya tanpa perlu merantau menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Belia dan siswazah juga tidak harus menjadi penganggur kerana tiada kerja untuk mereka.  Kerajaan juga akan kembali stabil dan rakyat juga akan hidup sejahtera. 

Rujukan:


http://www.slideshare.net/wawanaliady/analisis-masalah-gelandangan

Muthalib dan Sudjarwo, dkk., (1990). Gelandangan di Kertasura, dalam Monografi 3 Lembaga Penelian Universitas Muhammadiyah.Surakarta



Sutrisno Hadi, 1973, Metodologi Research, Yogyakarta : Andi Offset

Sarwono, SW, Pengantar Umum Psikologi, Jakarta: Bulan Bintang, 1978-1986
Yüklə 41,6 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin