Laporan untuk Kemahiran kepimpinan dan Kerja Berpasukan



Yüklə 8,53 Kb.
tarix18.01.2019
ölçüsü8,53 Kb.
#101178

Laporan untuk Kemahiran kepimpinan dan Kerja Berpasukan

Saya, Liew Shu Rou telah melibatkan diri dalam Projek Panggung Bodhi 2014 anjuran Perwakilan Agama Buddha UKM. Aktiviti ini telah dijalankan di Dewan Anuwar Mahmud pukul 7 malam pada 10 Mei 2014. Tarikh asal aktiviti ialah 3 Mei 2014 tetapi atas masalah tertentu tarikh ini telah dipinda ke 10 Mei. Projek ini telah mendapat kelulusan daripda JPpel. Aktiviti ini telah menggabungkan persembahan drama pentas, nyanyian , dan tarian yang berunsurkan moral dan kemanusiaan yang juga merupakan ajaran agama Buddha. Tujuan aktivti ini adalah untuk menyampaikan nilai-nilai yang baik kepada para penonton melalui persembahan pada malam itu. Tema malam Panggung Bodhi ialah “Light of Pure Heart” yang bermaksud hati yang suci. Selaku insan, kadang-kala kami akan mementingkan diri dan tidak mengambil hati tentang perasaan dan masalah orang lain. Tujuan kami menentukan tema ini adalah menyemarakkan hati yang suci insan dan mendorong mereka ke arah kelakuan yang baik.

Melalui aktiviti , saya telah mendapat pengalaman yang amat berguna dan telah mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Saya ,sebagai Pengarah program dalam Penggung Bodhi. Pada peringkat awal, tugas saya adalah mencari ajk untuk Bahagian Program dan membahagikan kerja kepada setiap ajk. Bahagian Program ada 4 ajk. 2 ajk bertanggungjawab membantu dalam drama dan 2 ajk dalam persembahan nyanyian dan tarian. Selepas itu, kami ,pengarah progran perlu merancangkan tugas kami yang seterusnya, seperti menulis skrip drama , memilih lagu persembahan dan tarian. Untuk melengkapkan persembahan, kami ada mengadakan sesi uji bakat untuk mencari pelakon, penyanyi dan penari. Semua perancangan kami telah dicatatkan dalam laporan aktiviti yang perlu dihantar setiap minggu sehingga akhir program ini.

Kami mula dengan menulis skrip drama. Oleh sebab kami telah mendapat tema , kami perlu mendapatkan ilham untuk menulis skrip dengan menonton movie. Antara masalah yang kami temui ialah susah untuk menulis jalan cerita yang logik dan dapat menyentuh perasaan penonton. Oleh itu, semasa menulis skrip , kami bukan sahaja melihat sendiri sebagai penonton, tetapi kami perlu meletakkan dan mengimaginasikan diri kami sebagai watak dalam drama itu. Sebenarnya, kami mula penulisan skrip bukan dengan penulisan cerita atau imaginasi background tetapi dengan imaginasi watak. Bagaimana watak yang jahat akan menjadi baik , dan apa perkara yang akan menjadikan dia bertukar kepada orang yang baik. Kami telah menggunakan masa 2 minggu untuk menyiapkan penulisan skrip.Selepas siap, kami telah memberi skrip kepada ajk dan ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah untuk tujuan semakan. Selepas itu, kami juga kena berinteraksi dengan Bahagian teknikal dan Bahagian AHP untuk menentukan background music dan alatan pentas.

Setelah tarikh sesi uji bakat ditentukan dan poster uji bakat dikeluarkan, kami telah mengadakan sesi uji bakat di bilik di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan pada hari 12-14 Mac 2014. Semasa sesi uji bakat , kami telah merakam uji bakat untuk setiap calon dan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Projek untuk memilih pelakon yang sesuai sambil merenung semula persembahan setiap calon. Selepas kami memilih pelakon, kami dan ajk telah mengadakan perjumpaan yang pertama selepas satu minggu dengan semua orang yang terpilih untuk persembahan. Dalam perjumpaan itu, kami telah menerangkan tema dan tujuan aktivit kami dan telah membimbing ahli jawatankuasa untuk membincangkan masa latihan drama dengan semua ahli.

Kami telah mengadakan latihan pada setiap hari minggu Selasa dan Rabu di FSSK. Sebelum latihan, Jika tidak ada masalah, saya mencetak dan mengedarkan skrip kepada setiap pelakon. Semasa latihan, kami akan memastikan ajk dan pelakon hadir. Semasa latihan , kami akan bertanggungjawab melihat lakonan pelakon dan ajk akan mencatat sebarang perubahan dalam skrip. Kami juga ada menjemput guru drama dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelakon.Untuk nyanyian dan tarian, selepas penyanyi dan penari yang berpotensi telah dicari, kami telah membuat satu copy lagu-lagu kepada mereka. Latihan nyanyian biasanya akan dibimbing oleh seorang senior dari UPM yang mahir dalam seni muzik. Latihan tarian akan diiring oleh seorang pengarah program lagi dan 2 ajk. Pengarah program dan ajk perlu berbincang dan mencipta gerakan tarian untuk penari.

Untuk persediaan raptai, Exco program juga perlu menyediakan tentatif aktiviti yang menerangkan aliran persembahan dan setiap bahagian perlu menyemak supaya tidak berlakunya perselisihan dari segi masa. Raptai dijalankan berdasarkan tentatif yang telah dibetulkan. Pada hari raptai, exco program akan menyemak kehadiran semua ahli persembahan dan AJK. Kami akan membahagikan tugas kepada AJK dan membimbing mereka unutk bekerjasama dengan bahagian teknikal dan alatan dan hiasan pentas(AHP). Ini penting unutk memastikan PA system dan muzik akan dikawalkan dengan baik dan alatan pentas akan diuruskan dengan baik semasa persembahan pentas. Manakala saya bertanggungjawab untuk meninjau persembahan di depan pentas dan mencatat semua kesalahan yang dilakukan semasa raptai.Selepas itu, saya dan exco program yang lain juga perlu menjalankan “postmortem” dengan ahli persembahan, bahagian teknikal dan AHP untuk berbincang tentang kesilapan mereka.

Pada malam persembahan, saya yang bertugas di sudut kiri DAM di depan pentas. Bersama sama ialah teknikal yang bertanggungjawab dalam muzik dan lampu pentas.Saya perlu memberi “signal” kepada mereka semasa muzik dan lampu perlu dibukan dan ditutup .Selain itu, saya juga perlu memberi “hint” kepada exco program yang lain dengan menggunakan “walkie-talkie” supaya mereka boleh suruh ahli persembahan bersedia dan tampil ke depan pentas.



Semasa melaksanakan aktiviti ini, sama ada dalam persediaan dan raptai, saya dan partner saya telah menghadapi banyak masalah, termasuk dari segi pengurusan masa dan membina hubungan dengan orang. Kadang-kala AJK juga akan merajuk dan mengadu bahawa kerja mereka amat berat.Pada masa ini, Saya ,sebagai ketua Program, perlu memberi dorongan kepada mereka dan berbincang dengan mereka. Saya juga perlu selalu menunjukkan teladan yang baik kepada AJK dengan membuat persediaan yang cukup sebelum perjumpaan. Dalam aktiviti ini, saya telah tahu bagaimana untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain termasuk guru drama, guru muzik ,ahli teknikal dan AHP .Selain itu, saya juga memimpin AJK , pelakon, penyanyi dan para penari untuk melakukan persembahan yang baik dengan sedaya upaya.Sekian, terima kasih.
Yüklə 8,53 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin