Tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 1,02 Mb.
səhifə1/34
tarix18.01.2019
ölçüsü1,02 Mb.
#101160
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   34



www.Allah.com www.Muhammad.com www.Mosque.com



جودة منهج "مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ" صلى الله عليه وآله وسلم

بالإندونيسية والعربية والإنجليزية

Kualitas Kurikulum "Muhammad adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan beliau"

dalam bahasa Indonesia, bahasa Inggris dan bahasa Arab



قال الإمام على بن أبي طالب – الحبيب الثاني - رضي الله عنه:

"لا خير في عبادة لا علم فيها، ولا خير في علم لا فهم فيه" (الطبقات الكبرى للشعراني رحمه الله)

Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: "Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya

(1) دعاء راتب رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وآله وسلم

(1) Doa rotib Rosululloh Sholawat serta salam yang tercurahkan kepada beliau serta keluarganya

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab oleh Siti Nadriyah

(2) عقيدة أهل السنة والجماعة: الطحاوية

(2) Aqidah Ahlussunnah Wal Jama’ah: Thohaawiyah

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab oleh Siti Nadriyah

(3) تفهيم كل كلمات القرآن وحفظ القرآن الكريم

(3) Memahami semua kalimat- kalimat Al-qur’an dan menghafal al qur’an Al karim


Men download dalam Bahasa Indonesia dan bahasa Arab mulai juz pertama 600 kata dan 60 ayat oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab Al-qur’anul karim

Men download dalam bahasa Arab Al-qur’anul karim

(4) تفهيم تفسير النبي للقرآن بالحديث الصحيح

(4) Memahami tafsir Nabi untuk Al-qur’an dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab Tafsir surat Al-fatihah oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia dan bahasa Arab Tafsir surat Al-baqoroh

(5) تفهيم سيرة النبي بالحديث الصحيح

(5) Memahami Biografi Nabi dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia 1000 hadist di antaranya shahih syifa oleh Qodhi ‘Iyad kitab yang terbaik dalam biografi, sejarah dan kisah sejak 900 tahun yang lalu oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia 711 hadist Asli menerangkan tentang Sejarah dan kisah Rosululloh melalui ucapan beliau

(6) تفهيم خصائص النبي بالحديث الصحيح

(6) Memahami karakteristik Nabi dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia 694 hadist di antaranya karakteristik Nabi oleh Jalaluddin suyuti


(7) تفهيم مناقب النبي بالحديث الصحيح

(7) Memahami manaqib Nabi dengan hadist asli

Men download dalam bahasa Indonesia 200 hadist Asli dan manaqib Nabi

(8) تفهيم 1000 سؤال وجواب في الفقه الشافعي مع الدليل من القرآن والحديث الصحيح والآثار

(8) Memahami 1000 soal dan jawab dalam fiqih Syafi'i dengan bukti dalil dari Al-Qur'an dan Hadis asli dan perkataan para shohabah

Men download dalam bahasa Indonesia 195 soal dan jawab dalam fiqih Syafi’i oleh Siti Nadriyah

Men download dalam bahasa Indonesia sisa 1000 soal dan jawab dalam fiqih Syafi’i segera Insya Alloh

Men download dalam bahasa Arab 4347 dalil imam Syafi’i dari Al-qur’an dan hadist dan perkataan para shohabah oleh Ahmad bin Darwish


(9) أحاديث صحيحة بالإندونيسية في مواضيع كثيرة: فضائل النبي وفضل علم القرآن والحديث، وفضل طالب العلم والمعلم، والإعتصام بالكتاب والسنة، والإيمان والإسلام، والقضاء والقدر، وفضائل رسول الله ومناقب الصحابة، عليهم رضوان الله تعالى، وفتن آخر الزمان، وعلامات يوم القيامة .. وقصص للأطفال ... الخ

(9) Men download dalam bahasa Indonesia hadist asli banyak di antaranya: keutaman Nabi, keutamaan ilmu qur'an dan hadist, keutamaan orang yang mencari ilmu dan orang yang mengajarinya, berpegang teguh dalam kitab dan hadist, Iman dan Islam, takdir yang di tentukan, keutamaan Rosululloh, manaqib para shohabat, fitnah fitnah akhir zaman, dan tanda hari qiyamat, dan cerita anak anak … dll





وقف لله تعالى للمدارس المجانية والمساجد والمصليات والبيوت لا يباع ولا يشترى فوتوكوبي ووزع مجانا ولا تغير

Wakaf lillah untuk sekolah (gratis) yang tidak mengambil uang SPP dari muridnya, untuk masjid, mushollah dan di rumah-rumah, tidak di perjual belikan: hanya foto copy, lalu menyebarkan secara gratis, dan tanpa merubah isi di dalamnya.



وغيرها من المدارس والمعاهد والكليات بترخيص كتابة من خادم الحديث أحمد بن الدرويش وورثته بإندونسيا

Selain yang ter cantum di atas untuk sekolah, ma'had atau pesantren dan perguruan tinggi, harus minta izin tertulis dari khadim Hadist Ahmad bin Darwish dan pewarisnya.



Copyright © 1984-2013 Allah.com Muhammad.com off-shore. All rights reserved.



Ambil Wakaf lillah CD

www.Imamshafie.com

1715 Hadist Sahih Bukari without duplication
1, Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".2, Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya Harits bin Hisyam r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: "Bagaimanakah caranya wahyu turun kepada Anda?" Jawab Rasulullah saw., "Kadang-kadang wahyu itu datang kepada ku (kedengaran) seperti bunyi loceng. Itulah yang sangat berat bagi ku. Setelah bunyi itu berhenti, lantas aku mengerti apa yang dikatakannya.Kadang-kadang malaikat menjelma , seperti seorang laki-laki datang kepada ku. Dia berbicara kepada ku dan aku mengerti apa yang dikatakannya".

Kata 'Aisyah r.a., "Aku pernah melihat Nabi, ketika wahyu turun kepada beliau pada suatu hari yang amat dingin. Setelah wahyu itu berhenti turun,kelihatan dahi Nabi bersimbah peluh.

3, Dari 'Aisyah, Ummul Mu'minin r.a., katanya: "Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw., ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu), iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu."Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, "Bacalah!" Jawab Nabi, "Aku tidak pandai membaca." Kata Nabi selanjutnya menceritakan, "Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah !" katanya. Jawab ku, "Aku tidak pandai membaca. "Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. "Bacalah!" katanya. Ku jawab, "Aku tidak pandai membaca." Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: "Iqra' bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min 'alaq. Iqra'! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhan mu , yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhan mu Yang Maha Mulia.) Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, "Selimuti aku! Selimuti aku!" Lantas diselimuti oleh Khadijah,

hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw. kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), "Sesungguhnya aku cemas atas diri ku (akan binasa)." Kata Khadijah, "Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran. Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak paman . Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Kristian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya. Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, "Hai anak paman ku ! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda (Muhammad) ini". Kata Waraqah kepada Nabi, ''Wahai Anak Saudara ku! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?" Lalu Rasulullah saw. menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialaminya.

Berkata Waraqah. "Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda." Maka bertanya Rasulullah saw. "Apakah mereka akan mengusir ku?"

Jawab Waraqah. "Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong anda sekuat kuatnya." Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadanya, bahawa Jabir bin Abdullah Al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw. berkata dalam hadisnya ''Pada suatu waktu ketika aku sedang berjalan jalan tiba-tiba kedengaran oleh ku suatu suara dari langit. Maka ku angkat pandangan ku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan oleh ku malaikat yang pernah datang kepada ku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang.

Aku berkata kepada Khadijah, "Selimuti aku!". Lalu Allah swt. menurunkan ayat: "Ya, ayyuhal muddatstsir! Qum, fa andzir! Wa rabbaka fa kabbir! Wa tsiyaabaka fa thahhir! War rujza fahjur!" (Hai, orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berilah peringatan! Dan besarkanlah Tuhanmu!Dan bersihkanlah pakaianmu! Dan jauhilah berhala!) Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

4, Dan Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. adalah seorang yang amat pemurah, dan lebih pemurah lagi selama bulan Ramadhan, iaitu ketika Jibril datang menemuinya. Biasanya Jibril datang kepada Nabi saw. tiap-tiap malam Ramadhan dan beliau kedua-duanya membaca Qur'an berganti-ganti. Sesungguhnya Rasulullah saw. lebih pemurah berbuat kebaikan daripada murahnya angin berhembus."

5, Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Abu Sufyan bin Harb bercerita kepadanya, bahawa Heraclius berkirim surat kepada Abu Sufyan menyuruh ia datang ke Syam bersama khalifah saudagar Quraisy. Waktu itu Rasulullah saw. sedang dalam perjanjian damai dengan Abu Sufyan dan dengan orang-orang kafir Quraisy. Mereka datang menghadap Heraclius di Ilia terus masuk ke dalam majlisnya, dihadapi oleh pembesar-pembesar Rumawi. Kemudian Heraclius memanggil orang-orang Quraisy itu beserta Jurubahasanya.

Heraclius berkata, Siapa di antara Anda yang paling dekat hubungan kekeluargaannya dengan laki-laki yang mengaku dirinya Nabi itu?"

Jawab Abu Sufyan. "Saya ! Saya keluarga terdekat dengannya."

Berkata Heraclius (kepada jurubahasanya), "Suruh dekat dekatlah dia kepada ku. Dan suruh pula para sahabatnya duduk di belakangnya."

Kemudian berkata Heraclius kepada Jurubahasanya, "Katakan kepada mereka bahawa saya akan bertanya kepada orang ini (Abu Sufyan). Jika dia berdusta, suruhlah mereka mengatakan bahawa dia dusta."

Kata Abu Sufyan, "Demi Allah! Jika tidaklah aku takut akan mendapat malu, kerana aku dikatakan dusta, nescaya maulah aku berdusta "

Pertanyaannya yang pertama, "Bagaimanakah turunannya di kalanganmu?"

Aku jawab, "Dia turunan bangsawan di kalangan kami."

Heraclius, "Pernahkah orang lain sebelumnya mengumandangkan apa yang telah dikumandangkannya?"

Jawab ku, "Tidak pernah."

Heraclius, "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja?"

Jawab ku, "Tidak!"

Heraclius, "Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah orang-orang biasa?"

Jawab ku, "Hanya terdiri dari orang-orang biasa."

Heraclius, "Apakah pengikutnya semakin bertambah atau berkurang?"

Jawab ku, "Bahkan selalu bertambah. "

Heraclius, "Adakah di antara mereka yang murtad, kerana mereka benci kepada agama yang dipeluknya itu?"

Jawab ku, "Tidak!"

Heraclius, "Apakah kamu menaruh curiga kepadanya dia berdusta sebelum dia mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang?

Jawab ku, "Tidak!"

Heraclius, "Pernahkah dia melanggar janji?"

Jawab ku, "Tidak! Dan sekarang, kami sedang dalam perjanjian damai dengan dia. Kami tidak tahu apa yang akan diperbuatnya dengan perjanjian itu."

Kata Abu Sufyan menambahkan, "Tidak dapat aku menambahkan kalimat lain agak sedikit pun selain kalimat itu."

Heraclius, "Pernahkah kamu berperang dengannya?"

Jawab ku, "Pernah."

Heraclius, "Bagaimana peperanganmu itu?"

Jawab ku, "Kami kalah dan menang silih berganti. Dikalahkannya kami dan kami kalahkan pula dia."

Heraclius, "Apakah yang diperintahkannya kepada kamu sekalian?"

Jawab ku, "Dia menyuruh kami menyembah Allah semata-mata, dan jangan mempersekutukan-Nya. Tinggalkan apa yang diajarkan nenek moyangmu! Disuruhnya kami menegakkan solat, berlaku jujur, sopan (teguh hati) dan mempererat persaudaraan. "

Kata Heraclius kepada jurubahasanya, "Katakan kepadanya (Abu Sufyan), saya tanyakan kepada mu tentang turunannya (Muhammad), kamu jawab dia bangsawan tinggi. Begitulah Rasul-rasul yang terdahulu, diutus dari kalangan bangsawan tinggi kaumnya."

Saya tanyakan, "Adakah salah seorang di antara kamu yang pernah mengumandangkan ucapan sebagai yang diucapkannya sekarang?"

Jawabmu, "Tidak!"

Kalau ada seseorang yang pernah, mengumandangkan ucapan yang diucapkannya sekarang, nescaya aku katakan, "Dia meniru-niru ucapan yang diucapkan orang dahulu itu."

Saya tanyakan, "Adakah di antara nenek moyangnya yang jadi raja?"

Jawabmu, "Tidak ada!" Kalau ada di antara nenek moyangnya yang menjadi raja, nescaya kukatakan, "Dia hendak menuntut kembali kerajaan nenek moyangnya."

Saya tanyakan, "Adakah kamu menaruh curiga kepadanya bahawa ia dusta, sebelum ia mengucapkan apa yang diucapkannya sekarang?"

Jawabmu, "Tidak!" Saya yakin, dia tidak akan berdusta, terhadap manusia apalagi kepada Allah.

Saya tanyakan, "Apakah pengikutnya terdiri dari orang-orang mulia ataukah orang-orang biasa?"

Jawabmu, "Orang-orang biasa." Memang, mereka jualah yang menjadi pengikut Rasul-rasul. Saya tanyakan, "Apakah pengikutnya makin bertambah banyak atau semakin kurang?"

Jawabmu, "Mereka bertambah banyak." Begitulah halnya iman hingga sempurna.

Saya tanyakan, "Adakah di antara mereka yang murtad kerana benci kepada agama yang dipeluknya, setelah mereka masuk ke dalamnya?"

Kamu jawab, "Tidak." Begitulah iman, apabila ia telah berdarah daging sampai ke jantung hati.

Saya tanyakan, "Adakah ia melanggar janji?"

Kamu jawab, "Tidak." Begitu jugalah segala Rasul-rasul yang terdahulu, mereka tidak suka melanggar janji.

Saya tanyakan, "Apakah yang disuruhkannya kepada kamu sekalian?"

Kamu jawab, "Ia menyuruh menyembah Allah semata-mata, dan melarang mempersekutukan-Nya. Dilarangnya pula menyembah berhala, disuruhnya menegakkan solat, berlaku jujur dan sopan (teguh hati)."

Jika yang kamu terangkan itu betul , semuanya, nescaya dia akan memerintah sampai ke tempat aku berpijak di kedua telapak kaki ku ini. Sesungguhnya aku telah tahu bahawa ia akan lahir. Tetapi aku tidak mengira bahawa dia akan lahir di antara kamu sekalian. Sekiranya aku yakin akan dapat bertemu dengannya, walaupun dengan susah payah aku akan berusaha datang menemuinya. Kalau aku telah berada di dekatnya, akan kucuci kedua telapak kakinya.

Kemudian Heraclius meminta surat Rasulullah saw. yang diantarkan oleh Dihyah kepada pembesar negeri Bushra, yang kemudian diteruskannya kepada Heraclius. Lalu dibacanya surat itu, yang isinya sebagai berikut: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya. Kepada Heraclius, Kaisar Rumawi. Kesejahteraan kiranya untuk orang yang mengikut petunjuk. Kemudian, sesungguhnya saya mengajak Anda memenuhi panggilan Islam. Islamlah! Pasti Anda selamat. Dan Allah akan memberi pahala Anda dua kali lipat. Tetapi jika anda enggan, nescaya anda menanggung dosa seluruh rakyat. Hai, Ahli Kitab! Marilah kita dalam satu kalimah prinsip sama antara kita, iaitu supaya tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah, dan jangan mempersekutukan-Nya dengan suatu apa pun. Dan janganlah sebagian kita menjadikan sebagian yang lain menjadi Tuhan selain daripada Allah. Apabila Anda enggan menuruti ajakan ini, akuilah bahawa kami ini Muslim!

Kata Abu Sufyan, "Selesai ia mengucapkan perkataannya dan membaca surat itu, ruangan menjadi heboh dan hiruk pikuk; kami pun disuruh orang keluar. Sampai di luar, aku berkata kepada kawan. "Sungguh menjadi masalah besar urusan Anak Abu Kabsyah. Sehingga raja bangsa kulit kuning itu pun takut kepadanya. Aku yakin, Muhammad pasti menang hingga oleh kerananya Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku."

Ibnu Nathur, pembesar negeri Ilia, sahabat Heraclius dan Uskup(kepala pendeta) Nasrani di Syam, dia menceritakan, "Ketika Heraclius datang ke Ilia, ternyata fikirannya sedang kacau. Oleh sebab itu banyak di antara para pendeta yang berkata: "Kami sangat hairan melihat sikap Anda."

Selanjutnya kata Ibnu Nathur, "Heraclius adalah seorang ahli nujum yang selalu memperhatikan perjalanan bintang- bintang. Dia pernah menjawab pertanyaan para pendeta yang bertanya kepadanya. Pada suatu malam ketika saya mengamati perjalanan bintang-bintang, saya melihat Raja Khithan telah lahir. Siapakah di antara umat ini yang telah dikhitan?"

Jawab para pendeta itu. "Yang berkhitan hanyalah orang Yahudi. Janganlah Anda risau kerana orang Yahudi itu. Perintahkan saja ke seluruh negeri dalam kerajaan Anda, supaya orang-orang Yahudi di negeri itu dibunuh."

Ketika itu dihadapkan kepada Heraclius seorang utusan Raja Bani Ghassan untuk menceritakan perihal Rasulullah saw. Setelah orang itu selesai bercerita, lalu Heraclius memerintahkan agar dia diperiksa, apakah dia berkhitan atau tidak. Setelah diperiksa, ternyata memang dia berkhitan. Lalu diberitahukan orang kepada Heraclius.

Heraclius bertanya kepada orang itu tentang orang-orang Arab lainnya, "Dikhitankah mereka atau tidak?"

Jawabnya, "Orang-orang Arab itu dikhitan semuanya."

Heraclius berkata, "Inilah raja umat. Sesungguhnya dia telah lahir."

Kemudian Heraclius berkirim surat kepada seorang sahabatnya di Rome, yang ilmunya setaraf dengan Heraclius (menceritakan tentang kelahiran Nabi Muhammad saw.). Dan sementara itu ia meneruskan perjalanannya ke negeri Hims. Tetapi sebelum dia sampai di Hims, balasan surat dari sahabatnya itu telah tiba lebih dahulu. Sahabatnya itu menyetujui pendapat Heraclius bahawa Muhammad telah lahir dan beliau memang seorang Nabi.

Heraclius mengundang para pembesar Rome supaya datang ke tempatnya di Hims. Setelah semuanya hadir dalam majlisnya, Heraclius memerintahkan supaya mengunci setiap pintu.

Kemudian dia berkata, "Wahai, bangsa Rome! Maukah Anda semua beroleh kemenangan dan kemajuan yang gilang gemilang, sedangkan kerajaan tetap utuh di tangan kita? Kalau mau, akuilah Muhammad itu sebagai Nabi!"

Mendengar ucapan itu mereka lari bagaikan keledai melihat keadaan demikian, padahal semua pintu telah terkunci. Heraclius jadi putus harapan yang mereka akan iman (percaya kepada Nabi Muhammad saw.). Lalu diperitahkannya supaya mereka kembali ke tempat mereka masing-masing seraya berkata, "Sesungguhnya saya mengucapkan perkataan saya tadi, hanya sekedar menguji keteguhan hati Anda semua. Kini saya telah melihat keteguhan itu.

Lalu mereka sujud di hadapan Heraclius dan mereka senang kepadanya. Demikianlah akhir kisah Heraclius.

6, Dari Ibnu Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dasar (pokok-pokok) Islam itu ada lima perkara: (1) Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan mengakui bahawa Muhammad itu Rasullullah. (2) Menegakkan solat (sembahyang) (3) Membayar zakat (4) Menunaikan ibadah haji, dan (5) Puasa bulan Ramadhan."

7, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad saw., sabdanya: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari iman."8, Dari Abdullah bin Umar r.a., dari Nabi Muhammad saw., sabdanya: "Orang muslim itu ialah orang yang sentosa semua orang Islam dari bencana lidah dan tangannya. Dan orang muhajirin ialah orang yang pindah (meninggalkan) segala larangan Allah.9, Dari Abdullah bin Umar r.a, katanya seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw, katanya: "Islam yang bagaimanakah lebih utama?" Jawab Nabi saw, "Memberi makan (orang-orang miskin), mengucapkan salam kepada orang yang engkau kenal dan orang yang tidak engkau kenal."

10, Dari Anas r.a , dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu , sebelum ia menyukai untuk saudaranya (sesama Islam) apa yang disukainya untuk diri sendiri."11, Dari Anas r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapaknya, anaknya dan manusia umumnya."12, Dari Anas r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Tanda-tanda iman ialah mencintai kaum Ansar dan tanda-tanda munafik ialah membenci kaum Ansar."13, Dari 'Ubbadah bin Shamit r.a., salah seorang sahabat Nabi yang turut ambil bahagian dalam perang Badar, dan ikut dalam pertemuan pada malam Aqabah, katanya: "Pada suatu waktu, ketika Rasulullah saw. sedang di kelilingi oleh sekelompok para sahabat, beliau bersabda: "Bai'atlah (berjanjilah) Anda semua dengan ku: (1) Tidak mempersekutukan dengan sesuatu apa pun, (2) Tidak mencuri, (3) Tidak berzina, (4) Tidak membunuh anak-anakmu, (5) Tidak membuat fitnah antara sesama kamu, (6) Tidak durhaka terhadap perintah kebaikan. Barangsiapa menepati perjanjian itu, nescaya ia diberi pahala oleh Allah, dan siapa melanggar salah satu daripadanya, maka dia akan dihukum di dunia ini. Hukuman itu menjadi Kaffarah (denda) baginya. Dan barangsiapa melanggar salah satu daripadanya, kemudian ditutup oleh Allah (tidak diketahui orang, sehingga ia bebas dari hukuman dunia), maka perkaranya terserah kepada Allah. Kalau Allah suka mengampuni, diampuni-Nya-lah, dan kalau Allah hendak menyiksa, disiksa-Nya-lah. Maka kami semua (para sahabat yang hadir mengelilingi Nabi waktu itu) berjanji kepada beliau atas hal-hal tersebut."



Yüklə 1,02 Mb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   34




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2022
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə