Pn. Hjh. Elina hj. Mohd abd. Kahar


ANALISIS BERDASARKAN JENIS/ FORMAT KARANGAN



Yüklə 269,76 Kb.
səhifə2/7
tarix03.11.2017
ölçüsü269,76 Kb.
#29114
1   2   3   4   5   6   7

6.0 ANALISIS BERDASARKAN JENIS/ FORMAT KARANGAN

JENIS KARANGAN

TAHUN

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

Keperihalan




























Surat Kiriman Tidak Rasmi




























Surat Kiriman Rasmi




























Fakta

























Pendapat



















Dialog




























Temu Ramah/Wawancara




























Syarahan

























Ceramah



























Perbahasan




























Laporan


























Rencana
























Huraian/Perbincangan



















Penerangan



























Peribahasa

























Ulasan

























Cerita/Drama



























Jumlah

6

5

5

5

5

5

5

5

5

(Catatan: Mulai tahun 2004, hanya lima soalan karangan umum sahaja dikemukakan)

7.0 ISU SEMASA SEPANJANG TAHUN 2008 – 2010 (FOKUS SPM 2010/11)

...SPM 2012, Fikir-fikirkanlah!

ISU 1 : INDIVIDU

  1. Setiap anak, permata negara

  2. Pelajar ialah aset negara paling berharga

  3. Satu murid, satu sukan

  4. Kerjaya pilihan

  5. Fenomena ‘facebook’ dalam kalangan remaja

  6. Memperkukuh jati diri remaja – Remaja makin luntur jati diri

  7. Pengaruh media baharu terhadap remaja

  8. Melahirkan usahawan remaja

  9. Remaja dan hiburan – muzik, hidup bebas, dan boros

  10. Semangat patriotik remaja semakin luntur

  11. Golongan belia merupakan golongan pemikir inovatif yang harus dibantu dan tidak diketepikan pandangannya

ISU 2 : KELUARGA (IBU BAPA)

  1. Kebanyakan ibu bapa di negara ini amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka

  2. Kanak-kanak ibarat kain putih - Ibu bapalah yang mencorakkannya

  3. Satu keluarga, satu rumah

  4. Modal insan cemerlang bermula dari rumah

  5. Keperibadian ibu bapa menjadi modal atau suri teladan kepada anak-anak – Bagaimana acuan begitulah kuihnya

  6. Masa depan anak-anak tanggungjawab ibu bapa

  7. Guru dan Ibu bapa berkongsi satu Impian

  8. Ibu bapa hendaklah menanam kesedaran dalam jiwa anak-anak tentang kepentingan memulihara alam sekitar

  9. Peranan keluarga dan masyarakat menangani kemelut remaja

  10. Membudayakan Hari Ibu Bapa sebagai pemangkin masyarakat madani dengan nilai-nilai murni

ISU 3 : MASYARAKAT (SOSIAL)

  1. Isu pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga

  2. Pelbagai jenayah yang menghantui masyarakat

  3. Masyarakat terus dihimpit kepayahan hidup dengan kekurangan makanan

  4. Gejala soaial semakin bobrok

  5. Tekanan hidup dan tekanan perasaan

  6. Nilai murni dalam masyarakat

  7. Peranan pengguna membendung kenaikan harga barang

  8. Keadilan sosial – semua rakyat tidak dipinggirkan

  9. Masyarakat sihat dan berkualiti serta berinovasi

  10. Sukan mampu menyatupadukan masyarakat

ISU 4 : NEGARA (DOMESTIK/SETEMPAT)

  1. Polemik isu pelupusan sampah dan beg plastik

  2. Negara bebas dadah dan rasuah

  3. Menghapuskan sistem subsidi

  4. Isu pekerja dan pendatang asing dan penyeludupan

  5. Membawa pulang tenaga mahir

  6. Sistem pengangkutan awam yang masih tidak terurus

  7. Merangsang pertumbuhan ekonomi – modal insan berkualiti

  8. Modal Ekonomi Baru – Negara Berpendapatan Tinggi – RMK10

  9. Perpaduan Nasional – Merealisasikan Wawasan 2020

  10. NKRA – Transformasi negara – Integriti – Negara Maju

ISU 5 : ANTARABANGSA (GLOBAL/SEJAGAT)

  1. Bencana alam sekitar – Pencemaran terus berleluasa

  2. Malapetaka alam

  3. Kempen ‘Earth Hour’ masih di takuk lama

  4. Dunia masih tidak aman – peranan Malaysia mengamankan dunia

  5. Pemerdagangan manusia

  6. Bekalan air bersih

  7. Kesan kemelesetan ekonomi global – Ekonomi dunia masih tidak menentu

  8. Isu nuklear – mengancam atau memakmurkan

  9. Dunia kelaparan – krisis makanan rugi dunia

  10. Perang siber – Bahaya dunia siber

8.0 ANALISIS PUNCA KELEMAHAN DAN KESALAHAN KARANGAN CALON SPM

  • Pelbagai faktor telah dikenal pasti menjadi punca calon kehilangan markah dalam Kertas Bahasa Malaysia 1103/1 SPM

  • Antara faktor tersebut termasuklah:

(a) Tersasar daripada kehendak soalan sebenar

(b) Tidak menguasai format karangan

(c) Pendahuluan yang tidak mencakupi keseluruhan isu

(d) Tidak membuat kesimpulan kecil bagi setiap perenggan isi

(e) Tidak cukup lima isi

(f) Fakta tidak mencukupi

(g) Perenggan yang tidak seimbang

(h) Tidak menjawab soalan apa, mengapa, siapa, bila, di mana, dan bagaimana (5W 1H)

dalam perenggan isi
(i) Kesalahan dalam penggunaan bahasa

(j) Kesalahan dalam penggunaan tanda baca





  • Yang berikut merupakan analisis terperinci tentang perkara-perkara di atas:

Sila kenal pasti punca kekurangan markah Bahasa Melayu anda!



Tersasar daripada Kehendak Soalan Sebenar

  • Tidak betul-betul teliti ketika membaca soalan

  • Gagal mengenal pasti dan menggarisi kehendak soalan

terutama frasa yang mengelirukan

  • Gagal menyediakan rangka karangan

Tidak Menguasai Format Karangan

  • Calon lupa akan format sebenar karangan




Pendahuluan yang Tidak Mencakupi Keseluruhan Isu

  • Gagal berfikir tentang pendahuluan yang menyeluruh

  • Hal ini berpunca daripada pembacaan yang terhad

Tidak Membuat Kesimpulan Kecil bagi setiap Perenggan Isi

  • Calon lupa membuat kesimpulan kecil yang menyebabkan isi tersebut tiada pengukuhan

  • Calon mungkin terburu-buru untuk mengarang isi lain hingga terabai kesimpulan kecil tersebut

Tidak Cukup lima Isi

  • Karangan yang layak berada dalam kategori cemerlang mesti mempunyai lima isi yang dihuraikan secara matang

  • Calon kurang membaca

Fakta Tidak Mencukupi

  • Calon memasukkan hujah berdasarkan andaian semata-mata dan tidak berasaskan fakta

Perenggan yang Tidak Seimbang

  • Hal ini mungkin disebabkan calon kekurangan idea bagi

sesetengah isi

  • Calon juga tidak memahami teknik mengarang yang sebenar

Tidak Menggunakan Kaedah 5W 1H

  • Hal ini berpunca daripada kurangnya latihan mengarang

  • Calon terlupa disebabkan tekanan di dalam dewan

peperiksaan

Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa

Kesalahan dalam Penggunaan Tanda Baca

  • Meletakkan tanda baca pada tempat yang salah

  • Tidak berhati-hati ketika mengedit/menyemak karangan



9.0 BAHAN TERPILIH (1 – 14) : KARANGAN SPM
BAHAN 1 : KARANGAN JENIS SURAT RASMI
Anda merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Kebelakangan ini gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan anda.

Tulis sepucuk surat kepada Pengerusi Taman Perumahan bersebelahan sekolah untuk berkongsi idea tentang cara-cara mengurangkan gejala ponteng sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sik,

08200 Sik,

Kedah Darul Aman.


Pengerusi Taman Pelangi,

Jalan Melati,

08200 Sik,

Kedah Darul Aman. 6 SEPTEMBER 2011
Tuan,
Inisiatif untuk Mengurangkan Gejala Ponteng Sekolah
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Nor Farhanis Bt. Ahmad Tajuddin, pengerusi PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sik ingin mengutarakan beberapa pendapat tentang langkah mengenai gejala ponteng sekolah yang semakin berleluasa kini. Gejala ponteng sekolah ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Sehubungan itu, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa, bak kata bidalan “sediakan payung sebelum hujan”.
2. Berdasarkan pendapat hasil diskusi yang telah pihak kami lakukan, gejala ponteng sekolah ini dapat dibendung dengan adanya kesedaran dalam diri remaja itu sendiri. Remaja tersebut sebenarnya perlu mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang impak gejala negatif ini terhadap diri mereka. Remaja perlu juga menyedari bahawa mereka ialah pemimpin negara pada masa depan, sebagai mana slogan yang selalu kita dengar “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Jika remaja kita musnah sebagai akibat keseronokan yang sementara ini, siapakah yang akan terus memperjuangkan nasib negara kita?

Renung-renungkanlah. Oleh sebab itu, kita perlu mengadakan sesi ceramah yang berkualiti serta menganjurkan kempen kesedaran. Di samping itu, kita boleh menubuhkan suatu bengkel untuk remaja. Pengisian dalam bengkel tersebut adalah dengan menyelami jiwa remaja itu sendiri di samping memberikan keinsafan kepada mereka. Dengan cara ini, remaja akan berasa dihargai.


3. Ibu bapa merupakan orang yang paling akrab dengan anak-anak mereka. Oleh itu, mudahlah bagi ibu bapa membentuk anak-anak mereka dengan acuan mereka sendiri. Sekiranya ibu bapa tersebut memberikan penekanan terhadap kepentingan ilmu sejak anak mereka masih kecil lagi, tidak mustahil apabila seseorang anak itu dewasa, mereka akan terus mengamalkan budaya hidup yang cinta akan ilmu sepanjang masa seperti kata bidalan “melentur buluh biarlah ketika rebung”. Ibu bapa perlulah juga mengambil tindakan yang proaktif dalam usaha mengatasi masalah ponteng ini dengan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka. Di samping itu, ibu bapa perlu juga menggunakan pendekatan yang bijak, iaitu memikirkan pelbagai cara untuk menarik minat anak-anak mereka terhadap dunia persekolahan. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyediakan alatan persekolahan yang mencukupi dan kemudahan pengangkutan yang kondusif untuk sekolah. Hal ini membuktikan bahawa ibu bapa aset singnifikan dalam membantu mengurangkan gejala ponteng sekolah.
4. Masyarakat di sekeliling sewajarnya tidak boleh memandang enteng apabila melihat remaja yang berpeleseran di pusat beli belah, pusat permainan video, dan sebagainya dengan berpakaian seragam sekolah. Mereka sepatutnya mengambil tindakan yang wajar dengan memberikan teguran secara berhikmah agar segala nasihat yang diberikan tidak disia-siakan begitu sahaja, “bagai mencurahkan air ke daun keladi”. Masyarakat janganlah mementingkan diri sendiri seperti kata pepatah “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Media cetak dan media elektronik perlu juga memaparkan maklumat yang berguna serta bersesuaian dengan remaja. Rancangan televisyen yang menyiarkan drama-drama bersiri yang menarik perhatian remaja terus mengikuti perkembangannya disiarkan pada waktu yang tidak sesuai. Oleh hal demikian, timbullah pelbagai alasan yang diberikan oleh remaja untuk ponteng sekolah semata-mata mahu menonton drama tersebut. Oleh sebab itu, pihak media elektronik perlu menyiarkan rancangan yang memberikan informasi berguna dan sesuai pada waktunya.
5. Sekolah atau alma mater merupakan tempat untuk kita menimba ilmu pengetahuan. Di sinilah penentu haluan masa depan setiap individu. Sejajar itu, sekolah perlu menjadi rumah kedua pelajar selepas rumah mereka sendiri. Persoalannya, apakah inisiatif kita dalam usaha menarik minat remaja untuk berasa seronok di sekolah? Untuk menjadikan sekolah sebagai suatu mekanisma yang menarik minat remaja, sekolah tersebut perlulah menyediakan infrastruktur yang secukupnya dan kondusif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan ceria untuk menghilangkan rasa bosan pelajar. Oleh itu, masalah ponteng sekolah dapat disekat daripada terus menular. Pihak sekolah janganlah terlalu mengongkong pelajar dengan undang-undang yang ketat serta mengenakan hukuman yang setimpal agar pelajar tidak memberontak apabila dikenakan hukuman yang menjatuhkan maruah mereka. Saranan seterusnya ialah jadual waktu yang padat perlulah dilonggarkan untuk memberikan ruang kepada pelajar merehatkan minda setelah seharian memerah otak. Oleh hal demikian, pelajar berasa gembira dan tiada alasan untuk mereka ponteng sekolah lagi.
6. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya tidak perlu mengenal erti penat dan jemu memberikan ajaran yang secukupnya kepada anak bangsanya. Tanpa mereka siapalah kita. Guru turut memainkan peranan yang signifikan dalam menangani gejala ponteng sekolah ini. Sehubungan itu, kita perlu menyediakan guru berkualiti serta profesional kerana cara penyampaian ilmu yang interaktif dapat menarik minat pelajar untuk datang sekolah. Guru haruslah bersifat adil kepada semua pelajar mereka dengan tidak bersikap pilih kasih dan memberikan kasih sayang serta layanan yang sama rata. Terdapat juga segelintir guru yang suka menghina dan mencerca pelajar mereka yang miskin atas sebab kelewatan membayar yuran dan sebagainya. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut mengambil jalan singkat dengan tidak hadir ke sekolah kerana berasa malu. Justeru, inisiatif perlu diambil dengan melahirkan guru yang mempunyai budi pekerti yang tinggi serta berakhlak mulia.
7. Konklusinya, inisiatif untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah agar tidak menular dapat dibendung dengan kerjasama semua pihak. Masalah ponteng sekolah ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana memberikan impak yang negatif kepada individu, masyarakat dan negara yang kian membangun kini. Semoga cadangan dan harapan yang diutarakan ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai demi kepentingan bersama.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
NOOR FARHANIS

...................................................................

(NOOR FARHANIS BT. AHMAD TAJUDDIN)

Pengerusi PIBG,

Sekolah Menengah Kebangsaan Sik,

Sik, Kedah Darul Aman.



BAHAN 2 : KARANGAN JENIS SURAT TIDAK RASMI
Rakan anda merupakan anak sulung dalam keluarga. Dia telah ditawarkan ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan selama enam tahun. Namun, rakan anda telah menolak tawaran tersebut dengan alasan tidak mahu berpisah dengan ibu bapa serta adik-adiknya. Sebagai sahabat, anda perlu menyatakan rasional kepada rakan anda agar dia menarik balik keputusan tersebut.

Tulis surat ini selengkapnya.
Kampung Tok Jembal,

22800, Kuala Terengganu,

Terengganu Darul Iman.
29 MAC 2011.
Ke hadapan sahabatku yang dirindui selalu, saudari Haslinda yang berada di Kuala Perlis. Semoga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya.
Saudari,

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudari kerana sudi mengutus surat bersama-sama dengan sekeping gambar yang menjadi kenangan kita bersama semasa berada di Sabah dahulu. Untuk pengetahuan saudari, saya akan abadikan segala kenangan kita bersama-sama dalam sanubari saya hingga akhir hayat. Namun, saya amat terkilan apabila mendapat berita bahawa saudari telah memutuskan untuk menolak melanjutkan pelajaran ke luar negara selama enam tahun dalam bidang perubatan. Berita tersebut telah saya peroleh beberapa hari yang lalu. Walaupun kita berada dalam jarak yang jauh, namun dapat saya rasakan kerunsingan yang saudari hadapi bagi membuat keputusan tersebut. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil inisiatif untuk mengutus sepucuk surat kepada saudari bagi menyatakan pendapat saya tentang keputusan yang telah saudari putuskan itu. Kendatipun, adakah saudari rasa tindakan saudari itu wajar?

Sebenarnya sebagai sahabat yang paling akrab dengan saudari, saya tidak bersetuju dengan keputusan yang telah saudari putuskan. Hal ini disebabkan kemungkinan saudari akan menyesal pada masa akan datang kerana saudari telah melepaskan peluang keemasan yang telah saudari peroleh itu. Selain itu, saya rasa saudari tidak berfikir secara rasional sebelum membuat keputusan tersebut. Walau bagaimanapun, saudari haruslah membuat pertimbangan secara efektif dengan menyenaraikan semua implikasi yang baik dan buruk terlebih dahulu. Oleh hal demikian, saudari akan lebih berkeyakinan dan tidak akan ragu-ragu lagi dalam membuat sesuatu keputusan. Untuk pengetahuan saudari, kita hendaklah sanggup berkorban demi kejayaan pada masa akan datang. Pengorbanan yang kita lakukan itu akan dibayar dengan kejayaan dan kebahagiaan kita pada masa akan datang. Sebagaimana yang saudari ketahui, terdapat hadis Rasulullulah SAW yang berbunyi, “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China” hadis ini menerangkan kepada kita tentang tuntutan menuntut ilmu pengetahuan.
Saudari yang saya kasihi,

Selain itu, hidup di mancanegara ini dapat juga mengajar kita erti kehidupan sebenar. Di samping itu, kita juga tidak akan diibaratkan seperti katak di bawah tempurung yang tidak bergaul dengan orang lain dan seperti rusa masuk ke kampung apabila kita memulakan kehidupan kita di bumi metropolitan ini. Hal ini demikian kerana kehidupan tersebut akan lebih mematangkan kita dari segi mentaliti mahupun cara hidup kita. Selain itu, kita akan dapat menimba ilmu yang tidak akan diperoleh daripada mana-mana buku, iaitu “pengalaman mematangkan kita” yang amat sesuai untuk saudari hayati. Terus terang saya katakan kepada saudari, sekiranya saya diberi peluang tersebut, sudah pasti akan saya terima dengan hati yang terbuka. Keadaan ini bak kata orang tua-tua “tak kenal maka tak cinta”. Di samping itu, kehidupan di negara asing juga dapat menguji kekuatan dan keutuhan jati diri kita sebagai anak timur.

Kendatipun, sekiranya saudari telah memutuskan untuk tidak melanjutkan pelajaran saudari itu atas alasan tidak mahu berpisah dengan keluarga, ini adalah suatu keputusan yang tidak wajar sekali. Hal ini demikian kerana, saudari seharusnya berfikiran positif malah saudari hendaklah menjadikan perpisahan tersebut sebagai suatu cabaran dalam kehidupan. Sebagaimana yang telah kita semua ketahui, menjelang zaman supremasi yang penuh dengan kecanggihan teknologi dapat membantu kita yang berada dalam kejauhan untuk berhubung antara satu sama lain. Contohnya, sekiranya saudari rindu akan keluarga, kampung halaman dan sanak-saudara di tanah air, saudari boleh berhubung dengan mereka melalui internet. Selain itu, saudari dapat juga berbual-bual dengan mereka tidak kira waktu mahupun lokasi saudari berada. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi yang dicapai di seluruh negara telah memudahkan segala urusan kita dari segi pentadbiran, perdagangan, mahupun perhubungan. Oleh itu, saudari seharusnya berusaha dan meredah cabaran tersebut dengan penuh kesungguhan sebagai mana pepatah Melayu mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Sebagaimana yang saya ketahui, saudari merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Berbeza pula dengan saya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik. Oleh hal demikian, saudari hendaklah menjadi suri teladan kepada adik-adik saudari yang lain. Hal ini disebabkan setiap kejayaan yang saudari peroleh akan membakar semangat adik-adik saudari untuk menuntut ilmu. Pepatah Melayu berbunyi “kemanakah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Yang menunjukkan bahawa kejayaan adik-adik saudari yang lain berpunca daripada suntikan semangat kejayaan saudari juga. Oleh itu, usahlah saudari risau akan kesihatan mereka mahupun kehidupan mereka di sini, sebaliknya saudari harus sentiasa menadah tangan memohon kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga saudari. Untuk pengetahuan saudari, kejayaan adik-adik saya yang lain telah menyuntik semangat yang kental dalam diri saya untuk meneruskan pengajian ke institusi yang lebih tinggi. Sebagai seorang sahabat, saya amat memahami perasaan saudari yang amat menyayangi ahli keluarga yang tercinta. Walau bagaimanapun, saudari haruslah melakukan lonjakan saujana bagi mengubah mentaliti yang telah menyebabkan saudari telah memutuskan keputusan sebegitu.

Selain itu juga, saudari tidak perlu bimbang akan perbelanjaan pengajian saudari sepanjang berada di sana. Hal ini tidak akan membebankan dan menyusahkan saudari sekeluarga kerana segala perbelanjaan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Di samping itu, bayangkanlah keadaan diri saudari yang berkarisma menjalankan tugas sebagai seorang doktor di negara kita. Wah, mesti saudari akan kelihatan segak dan bergaya! Walau bagaimanapun, saya sebenarnya akan berbangga mempunyai teman seperti saudari yang berkhidmat untuk masyarakat. Malah menurut kajian yang dijalankan, negara kita Malaysia masih mengalami kekurangan tenaga kerja mahir termasuklah doktor. Oleh itu, saudari haruslah merebut peluang yang ada untuk menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan di negara asing, malahan saudari dapat juga berkongsi pengetahuan dengan warga lain apabila saudari melanjutkan pelajaran di sana. Keadaan ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu yang menyatakan jauh perjalanan luas pemandangan.

Akhir sekali, sebelum saya menamatkan coretan saya pada kali ini, saya berharap segala isi kandungan yang terdapat dalam warkah ini akan dijadikan panduan agar saudari dapat berfikir secara rasional tentang keputusan yang telah saudari putuskan itu. Ingin saya bisikkan kepada saudari betapa hati ini ingin sekali melihat saudari melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan tersebut. Selain itu, saya juga dapat rasakan kejayaan yang akan saudari bawah pulang ke tanah air setelah menghabiskan waktu di sana nanti. Kejayaan saudari ialah kejayaan saya juga dan seluruh pemuda-pemudi di Malaysia. Oleh itu, segala nasihat dan pandangan yang telah saya berikan ini dapat dijadikan panduan kepada saudari. Untuk pengetahuan saudari juga, saya kini telah melanjutkan pelajaran ke Darul Quran, Selangor. Saya di sini akan sentiasa mendoakan kejayaan kita dan umat Islam yang lain agar gah pada mata dunia. Oleh itu, sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Semoga kita berada dalam ketenangan dan mendapat petunjuk daripada Ilahi.


Yang benar,

Farhana


Yüklə 269,76 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin