Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera pada warga rj



Yüklə 4,64 Kb.
tarix29.10.2017
ölçüsü4,64 Kb.
#20253

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera pada warga RJ

Celoteh masih berkisar pada kursus pelajar bermasalah


tahun 5 sekolah rendah.

Dalam mengendalikan mereka ini, jangan sekali-kali kita bayangkan mereka ini bermasalah. Mereka ini dianggap pelajar yang berpotensi. Kerana ramai pelajar nakal kerana masyarakat kata dia nakal – ibu bapa kata dia nakal dan guru kata dia nakal.


Saya telah sediakan kupon yang tercatit angka 10 yang agak banyak. Setiap sumbangan dari kanak-kanak ini saya berikan satu kupon. Masya Allah, mereka berebut-rebut mengangkat tangan ingin menjawab soalan yang diajukan. Sampai satu ketika saya akan “offer” 50 markah kepada sesiapa yang belum bercakap lagi. Masya Allah kesannya amat positif. Di akhir kursus hampir kesemua 60 orang peserta telah bercakap. Peluang dapat bercakap di depan khalayak ramai dapat menambahkan keyakinan diri – ini penting dalam proses pemulihan ini.  Setiap pelajar ada name tag yang besar agar dapat saya panggil mereka. Panggilan nama ini menambahkan lagi kemesraan. Kemesraan ini penting dalam proses pemulihan dari negatif ke positif.
Semua sessi dijalankan secara multimedia – kerana saya dapati ia amat baik untuk merangsang otak kanan. Kerana biasanya untuk memulihkan proses pembelajaran sesaorang itu perlu dirangsang kedua-dua bahagian otaknya – yang kanan dan yang kiri. Bahagian kanan ini biasa dinamakan otak sastera – sensitif kepada warna, gambar dan perkara-perkara yang abstrak. Otak kiri pula lebih sensitif kepada rasional, kira-kira dan seumpamanya.
Aturan program amat mudah – Pengenalan Diri (kisah hidup saya); Tak kenal maka tak cinta – soal selidik multimedia yang menggali latar belakang pelajar dan Aku insan cemerlang. Sessi terakhir ini menyatakan untuk cemerlang kita kena jaga dua jenis hubungan – hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
Pihak sekolah amat bergembira dengan kursus yang telah dijalankan dan meminta modul penerusan. Saya telah sarankan modul kedua yang membawa tajuk Al-Quran dan Sains berasaskan pada CD yang saya keluarkan. Insya Allah saya akan sesuaikan pengisiannya untuk pelajar tersebut yang mendalami aspek hubungan dengan Allah. Insya Allah modul terakhir akan menekan berkenaan dengan tips untuk belajar dengan cemerlang. Hubungan dengan ibu bapa telah saya sentuh secara mendalam pada Modul I. Insya Allah saya juga akan menghantar surat atau kad “personal” pada setiap pelajar. Pihak sekolah telah sanggup untuk memberi feedback pelajaran mereka.  Mungkin sessi dengan ibu bapa akan dijalan kemudian Insya Allah.
Moga Allah berkati usaha saya yang tak seberapa ini. Sesungguhnya apa yang kita lakukan ini jauh lebih mudah dan kerdil dari apa yang telah disumbangkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah saw – dan juga para ulamak silam dalam menyebarluaskan Islam.
Wassalam

Dr Hishamuddin Alham
Yüklə 4,64 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin