NO KOD / CODE NO.
|
A05 100
|
Muka: Drp:
|
JABATAN PENDIDIKAN UMUM
UNIT KEMANUSIAAN
KOLEJ VOKASIONAL SHAS
KM 13 JALAN LIPIS- BENTA
27200 KUALA LIPIS, PAHANG
KERTAS PENERANGAN
|
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME
|
A05 100 SEJARAH
|
SEMESTER
|
1 /2015
|
NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE
|
MODUL 1 : ZAMAN KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
1.5. Kegemilangan Melaka Dalam Penyebaran Islam
- Perkembangan Islam
- Melaka sebagai pusat penyebaran Islam
- Kesan perkembangan agama Islam di Melaka
1.6 Kegemilangan Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Intelektual
- Peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual
- Peranan pemerintah
|
OBJEKTIF MODUL /MODULE OBJECTIVES
|
1.5.1 Menjelaskan teori-teori kedatangan Islam ke Melaka
1.5.2 Menyenaraikan faktor-faktor perkembangan agama Islam di Melaka
1.5.3 Menceritakan peranan Melaka dalam proses penyebaran Islam di Asia Tenggara
1.5.4 Menyatakan kesan perkembangan agama Islam di Melaka
N.1.5.5 Menjelaskan kepentingan mematuhi ajaran agama
1.6.1 Menjelaskan peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual
1.6.2 Menerangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
1.6.3 Menamakan hasil kesusasteraan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
1.6.4 Menghuraikan peranan pemerintah dalam usaha memperkembangkan kegiatan intelektual
1.6.5 Menerangkan kepentingan bahasa Melayu pada masa kini
N.1.6.6 Menyatakan kepentingan ilmu untuk pembangunan negara
|
NAMA PELAJAR
|
|
KURSUS
|
|
NO. KAD PENGENALAN
|
|
ANGKA GILIRAN
|
|
NO KOD / CODE NO
|
|
Muka : 2 Drp:4
|
NAMA PENSYARAH
|
|
TARIKH :
|
MODUL 1: KESULTANAN MELAYU MELAKA
KEGEMILANGAN MELAKA
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
Pentadbiran
yang
sistematik
Pusat
perdagangan
Kematangan
Hubungan Luar
Pusat Pengembangan
Agama Islam
Perluasan Kuasa
Pusat Kegiatan Ilmu
Sistem
Pembesar Empat Lipatan
Kedudukan
geografi
Hubungan Serantau
Kedatangan agama Islam
ke Melaka
Peranan Istana
Cara-cara perluasan kuasa
Kebijaksanaan pemimpin
Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam
Hubungan Antarabangsa
Pemangkin kemajuan perdagangan di Melaka
Kegigihan Melaka menyebarkan agama Islam ke Asia Tenggara
Sinar Islam di Melaka
1.5 KEGEMILANGAN MELAKA DALAM PENYEBARAN ISLAM
-Kedah (penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris) dan Trengganu (Batu Bersurat di Kuala Berang) adalah
kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima agama Islam.
-Islam bertapak di Melaka pada abad ke-15 apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam.
i) Cara kedatangan Islam:
a)Perkahwinan – Sultan Megat Iskandar Shah berkahwin dengan puteri raja Pasai yang beragama Islam.
b)Peranan Pedagang – Pedagang Arab dan India membawa Islam ke Melaka dan ada yang berkahwin dengan gadis
tempatan.
c)Peranan Mubaligh – Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Sulatin,Islam disebarkan di Melaka oleh
mubaligh Arab (Sheikh Abdul Aziz) dari Makkah.Beliau mengislamkan Raja Seri Maharaja,
pembesar dan rakyat Melaka.
d)Sifat Agama Islam-toleransi,adil,meliputi seluruh aspek kehidupan menarik minat golongan istana memeluk Islam.
ii) Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam:
-Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian agama Islam pada abad ke-15.
-Melaka menjadi tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
-Ulama ajar ilmu Islam kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka.
-Pemerintah Melaka sediakan tempat tinggal kepada pendakwah.
-Sultan sambut baik kedatangan Islam (Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal
agama)
-Sultan sokong dan terlibat dalam usaha mengembangkan Islam (Sultan Muzaffar Shah tubuhkan masjid,madrasah,
surau sebagai tempat belajar agama)
-Melaka sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf (muncul ahli tasawuf terkenal – Abdul Karim al-Jili yang mengarang
kitab Insan al-Kamil)
-Istana menjadi tempat menterjemah,menyadur dan menyimpan kitab agama Islam (Hikayat Amir Hamzah).
-Sultan Melaka serapkan nilai Islam dalam pentadbiran (unsur musyawarah)
iii) Cara Melaka menyebarkan Islam:
-
CARA
|
HURAIAN
|
Perdagangan
|
-Melaka pusat perdagangan antarabangsa dan tumpuan pedagang asing.
-sambil berdagang, pedagang sebarkan Islam
|
Tentera upahan
|
-Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa.
-Ada yang memeluk Islam semasa berkhidmat di Melaka dan sebarkan Islam apabila
kembali ke Jawa.
|
Penaklukan
|
-Melaka punya jajahan takluk yang luas.
-Semasa Sultan Mansor Shah-jajahan Melaka meliputi Pahang,Trengganu,Kelantan,Rokan
dan Inderagiri.
-Raja negeri taklukan memeluk Islam sebagai lambang taat setia kepada Melaka.
|
Pemerintahan
|
-Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari
Pahang,Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.
-Pemerintah Melaka memberi galakan kepada pendakwah.
|
Perkahwinan
|
-Perkahwinan politik/siasah antara putera atau puteri sultan Melaka dengan putera puteri raja
kerajaan lain.(Puteri Sultan Mansor Shah berkahwin dengan Putera raja Siak)
|
Peranan mubaligh/
ulama/ahli sufi
|
-Pendakwah Melaka sebarkan Islam hingga ke Pulau Jawa, Kalimantan dan beberapa
bahagian di selatan Filipina
|
1.6 KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT INTELEKTUAL
-Istana sebagai pusat perkembangan ilmu,tempat terkumpul golongan ulama dan cerdik pandai serta tempat
menyimpan buku-buku tulisan penulis tempatan.
-Istana tempat perbincangan dan perdebatan mengenai hal agama (perbahasan tentang Kitab Darul Manzum).
-Wujud kegiatan menterjemah karya sastera dari Arab dan Parsi
-Terhasil Hikayat Melayu (Hikayat Hang Tuah, Hikayat Bayan Budiman)
-Terdapat karya undang-undang (Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka)
-Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan diguna sebagai persuratan dan bahasa perantaraan dalam
kegiatan dakwah.
-Penggunaan tulisan jawi berasaskan huruf Arab.
-
Pedagang Arab membawa hasil kesusasteraan mereka
-
Golongan cerdik pandai ( juru tulis, pengarang dan ulama ) akan menyalin, menterjemah dan menyadur karya ini
-
Jurutulis – mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, menjadi guru kepada anak-anak raja
-
Pengarang – mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana
-
Ulama – menulis dan menterjemah kitab agama Islam
-
Istana sebagai pusat perkembangan ilmu,tempat terkumpul golongan cerdik pandai serta tempat menyimpan buku-buku tulisan penulis tempatan.
-
Istana tempat perbincangan dan perdebatan mengenai hal agama (perbahasan tentang Kitab Darul Manzum).
-
Wujud kegiatan menterjemah karya sastera dari Arab dan Parsi
-
Terhasil Hikayat Melayu (Hikayat Hang Tuah, Hikayat Bayan Budiman) yang member pengajaran dan digunakan sebagai perantara untuk menyebarkan Islam
-
Terdapat karya undang-undang (Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka)
-
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan diguna sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah.
-
Penggunaan tulisan jawi berasaskan huruf Arab.
-
Karya Sastera Terjemahan
|
Karya Sastera Saduran
|
Hikayat Amir Hamzah
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
Hikayat Iskandar Zulkarnain
|
Hikayat Bulan Belah
Hikayat Nabi Bercukur
Hikayat Bakhtiar
Hikayat Nabi Wafat
Hikayat Nabi Yusof
|
Dostları ilə paylaş: |