MANIFESTO GERAKAN DAKWAH ISLAM :
MELIHAT MASA LALU, MEMBINA MASA DEPAN
Iqra’ kitaabaka kafaa binafsika ’l-yawma ‘alayka hasiiba - al-Qur’an, Surah al-Isra’:14
tidak akan menjadi baik Ummat yang akhir ini, melainkan dengan mengikut cara memperbaikinya seperti ( cara ) yang dilakukan oleh (Ummat) yang awal – Imam Malik.
Ismail Mina Ahmad1
1.PENDAHULUAN
Dari awal-awal lagi, usaha Dakwah Islamiyyah perlu meletak dan menegaskan, bahawa dakwah ilallah yang sebenar, hanya dalam spektrum ajaran Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah (ASWJ), yang merangkumi konsep, kosmologi, epistemologi dan weltanschauung. Perlu dijelaskan juga matlamat yang hendak dicapai bersekali dengan mekanisme untuk mencapainya serta falsafah dakwah itu.Untuk memastikan perjalanan usaha dakwah ini berjalan lancar, tidak menyimpang dan tergendala, memerlukan keberanian muhasabah2 yang merujuk dan berpandukan kepada doktrin dan konsep ASWJ tersebut, sebagai neraca. Melalui muhasabah yang sungguh-sungguh, cermat,ikhlas,teliti,‘adil,jujur dan amanah, insya Allah akan berupaya menilai mutu dan tahap pencapaian dan dengan itu dapat dijadikan asas untuk memperkasakan lagi usaha yang sudah perkasa dan boleh meluruskan yang bengkok dan akan bertambah kukuh apa yang sudah thabit, justeru mendapat limpahan kebaikan yang tidak terhingga dari Allah Yang Maha Pemberi.
2.TUJUAN DAKWAH
Seperti termaklum, secara ringkas, tujuan usaha dakwah Islamiyyah, baik secara perseorangan mahu pun jama‘ah3, seperti jelas di dalam al-Qur’an ialah mengajak dan mendakwah kepada Tawhid dan sekaligus mengajarkannya yakni Tawhid yang khalis dengan segala implikasinya dan menghindarkan kesyirikan dalam semua bentuk, sifat dan manifestasi.Ia juga bertujuan memperbaiki kualiti zohir dan batin, hati dan ‘aqal, serta membebaskannya dari pengaruh-pengaruh kejahatan dan kesesatan dan menghidupkannya dengan kehidupan yang sebenar-benar, sehingga memiliki arbaab al-quluub.Dakwah juga bertujuan mengajak manusia kepada Daaru ’s-salaam dan menghindari dari abwaabi jahannam dengan melaksanakan segala awaamir dan meninggalkan segala nawaahiy.Juga ia sebagai usaha mengajar dan mengenali kebenaran dan kepalsuan dan segala tipu daya kehidupan dunia,pada paras dan bahagian-bahagian berkaitan dalam perkara ‘ibadah,hukum,kehidupan-budaya dan akhlaq.Maka usaha dakwah Islam ialah memimpin seseorang agar dapat membebaskan ‘aqliyyah dan ruhaniyyah dari terikat kepada selain Allah kepada tunduk patuh sepenuhya kepada Iradah Allah sehingga seluruh hidupnya, zohir dan batin adalah Islam4.Juga usaha dakwah bertujuan membina peribadi yang kukuh yang memiliki kefahaman dan keyakinan yang mendalam mengenai ajaran Islam dalam segala hal – duniawi dan ukhrowi - dan dengannya akan lahirlah rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah .Peribadi seperti mereka inilah sahaja yang dapat memikul Risalah Dakwah dalam rangka menyerlahkan rahmatan li ’l-‘aalamiin atas dasar amanah yang murni dan rasa tanggung jawab Ilahiyyah yang tinggi serta kasih sayang yang mendalam sesama manusia dan ‘alam,berteraskan pesanan Allah: wa tawa sawbi ’l-haqqi wa tawa sawbi ’l-marhamah, yang tercurah dari Hadrat Rahiimiyyah-Nya.Mereka inilah rantaian emas dalam usaha dakwah dan berkemampuan membina seluruh anggota masyarakat menjadi rijal-rijal seperti mereka.
Usaha dakwah adalah paksi terbesar atau al-qutbu ’l-a‘zam dalam Agama ini. Tanpa ada usaha dakwah, kelangsungan Ummah sebagai pewaris Agama, akan pupus dan jika masih wujud, ia hanya sebagai agama bersifat adat semata-mata yakni sebagai kelangsungan cara hidup yang diwarisi dari nenek moyang terdahulu tanpa tujuan yang quddus seperti sekumpulan haiwan yang sekadar meragut di padang ragut.Usaha dakwah bermakna,mengarah masyarakat ke suatu arah tertinggi dan mulia melalui mekanisme yang terdapat dalam doktrin dan konsep yang berpaksikan al-amru bi ’l-ma‘ruf wa ’n-nahyu ‘ani ’l-munkar. Maka usaha dakwah bertujuan membina masyarakat menjadi mulia dengan ‘izzah Muslimin dan perkasa, kuat jasmani5 dan ruhaniyy, sehingga mendapat nusrah dan barakah dari Langit Yang Tinggi6.
Maka, tujuan keseluruhannya boleh disimpul dengan ringkas sebagai menyampaikan ajaran Islam yang syumul-kaffah kepada orang yang belum sampai seruan dakwah dan memperbaiki kualiti beragama-islah kepada orang yang sudah beragama (Islam), yang merangkumi perkara yang berkaitan dengan kesohihan dan kemurniannya, dalam semua aspek kehidupan, supaya benar-benar serasi dengan ajaran Islam yang murni dan mengelak dari segala macam bid‘ah dan menurut kehendak Iblis dan hawa nafsu manusia yang sesat, demi untuk mendapat Rahmat di dunia dan keselamatan serta nikmat di Akhirat.Ini bererti membebaskan dari kesesatan ‘Aqidah kepada Tawhidullah yang khalis dan yang berkaitan dengan Usul al-Din yang telah di Ijma‘7; dan dari kesesatan dan bid‘ah dalam ‘ibadah, kepada semata-mata ikhlas kepada Allah; dan dari kesesatan ‘ilmu dan falsafah, kepada makrifah dan tahqiq; serta dari cara hidup dan akhlaq rendah yang penuh lagho dan ghaflah kepada kehidupan yang serious,bermakna dan memandang kehidupan Akhirat melebihi segala-galanya8.
Dalam melaksanakan MANIFESTO ini, mestilah berpegang kepada falsafah berdakwah kerana Allah,atas dasar dan rasa kasih sayang,secara aman damai,berakhlaq mulia,berhikmah,jidal yang baik,berlapang dada dalam perkara perbezaan furu‘ Agama tetapi tegas dalam perkara Usul,rakan dalam pembangunan Negara dan masyarakat,bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh membawa kepada ketaqwaan dan kebaikan,tidak bersifat konfrontasi,tidak mengujudkan suasana tegang dan huruhara,tidak menjadi agitator,tidak anarkis,tidak membuat fasad,tidak menjadi alat kepada mana-mana individu, organisasi politik dan agen Yahudi,Kuffar dan mana-mana musuh Islam.
3.PEMBINAAN RIJAL
MANIFESTO paling penting serta teras dalam usaha dakwah ialah membina pribadi yang mampu menggalas tugas dakwah melalui pembinaan rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah dengan segala kualiti yang tinggi,mempunyai wawasan yang jelas dan lengkap mengenai Islam, yang mencintai Akhirat mengatasi segala-galanya dan satu-satunya destinasi.
Sebaik diangkat menjadi Rasul, Baginda sollallahu ‘alayhi wa sallam terus melaksanakan usaha membina rijal dari kalangan Sahabat-Sahabatnya di Makkah, yang kemudian diteruskan di Madinah, dalam semua aspek.
Kelangsungan Risalah Muhammadiyyah, adalah kerana faktor peranan rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah ini. Mereka dibina oleh pemikiran dan perancangan strategik, pada peringkat paling awal, oleh Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam, secara tersusun dan sistematik, dan kemudian diteruskan dari generasi ke genarasi, melalui proses pembelajaran dan pembinaan ‘ilmu kasbi bersekali dengan penggarapan ‘ilmu qalbi, dan berseiringan pula dengan ‘amalan, yang zohir dan ‘amalan batin, secara berdisiplin dan intensif. Hasilnya, rijal-rijal ini berjaya memiliki kualiti kepimpinan,‘ilmu,‘amal,‘aqal,hati,akhlaq dsb,dan dapat memikul tanggung jawab dakwah membawa ke mercunya.
Selepas kewafatan Baginda sollallahu ‘alayhi wa sallam, rijal-rijal inilah yang menjadi amir-pemimpin yang berkualiti dalam semua bidang dan urusan dunya dan Agama: umuuru ’d-dunya wa ’d-diin.
Mereka adalah qutub Ummah.
4.RIJAL DALAM KEPEMIMPINAN
Dalam program membina rijal, antara yang urgen ialah melahirkan rijal dalam kepimpinan dunya dan Agama.Ummat memerlukan pemimpin yang berpegang kepada ‘Aqidah dan Syari‘ah ASWJ (baca: Islam paling benar) dengan jazam dan iltizam yang kukuh kepadanya, serta memiliki wawasan yang jelas dan mantap,dengan ‘aqal yang salim lagi sempurna dan ‘azam yang kuat untuk mendaulatkannya serta memiliki kasih sayang kepada Ummat9.
Dalam suasana Ummat Islam dan Agama Islam dicabar dan diserang dari dalam dan luar, Ummat memerlukan pemimpin yang bersikap keras dan bersifat tegas, dalam memelihara dan melindungi Agama-‘Aqaid-Usul al-Diin, demi keselamatan Ummah. Pemimpin wajib menjaganya dari diubah dan diseleweng, serta mencegahnya dari berlaku seperti yang terjadi kepada Agama Samawi terdahulu. Jika terdapat bid‘ah, kesesatan dan penyelewengan dalam ‘Aqidah, mereka berkewajipan segera mencegah, membenteras dan meluruskannya, hatta kepada al-akaabir dan jika perlu, menggunakan segala hak-hak dan hukuman, agar Agama terpelihara dari kerosakan dan masyarakat terhindar dari penyelewengan.
Dalam urusan dunya pula, mereka berperanan menguruskan ahwal siyasah al-dunya dengan melaksanakan segala peraturan dan hukum-hakam yang berkaitan, melalui mekanisme pentadbiran untuk tujuan kesejahteraan kehidupan manusia.
Selain dari itu, peranan pemimpin, lebih-lebih lagi di zaman yang penuh fitnah ini ialah menjaga dan melindungi kehormatan wanita bukan sahaja wanita Islam bahkan semua wanita. Kelompok Liberalis atas nama HAM, menyerang konsepsi Islam terhadap wanita. Mereka berandai, Islam menindas wanita dan justeru mengambil cara Kuffar mengurus ahwal Muslimah dan wanita. Al-Maawardiyy rh dan lain-lain pemikir politik Islam, jelas menegaskan, pemimpin berkewajiban mengurus ahwal wanita. Tujuannya bukan sahaja memelihara maruah diri wanita tersebut tetapi juga supaya masyarakat dapat mengendalikan kehidupan harian dengan selesa dan harmoni tanpa terganggu dari sebarang ancaman emosi dan psikologi terhadap diri, maruah dan harta ( kalau sudah terkena penyakit gila wanita, harta habis dibelanja ). Cuba perhatikan sebab terjadi Peperangan Bani Qaynuqa’. Peperangan ini terjadi kerana Yahudi Madinah cuba menjatuhkan maruah hanya seorang sahaja Sahabiyah-Muslimah.Nabiyy yang mulia sollallahu ‘alayhi wa sallam pun dengan sifat ghirah seorang Muslim, segera bangun menentang mereka. Oleh kerana kedegilan mahu mempertahankan pendirian fasad mereka, terjadilah Peperangan Bani Qaynuqa’ yang termasyhur itu.Tiada satu pun doktrin agama dan politik di muka bumi ini, begitu ‘adil, jelas dan tegas memelihara hak dan maruah wanita selain Islam. Adakah dengan membiarkan pelacuran dan beranggapan ia urusan pribadi, bermakna mempertahan hak dan memelihara maruah wanita?. Atau pun membakar wanita selepas kematian suaminya sebagai mempertahankan hak wanita atau melakukan kahwin batin dengan isteri orang, sebagai memelihara maruah wanita? dan seterusnya.
Pemimpin juga bertanggung jawab menegak keadilan dan membendung para penzalim bermaharajalela dalam wilayah kekuasaannya, baik dalam kelompok kecil atau besar, di semua paras dan keadaan, dan membela golongan yang teraniaya. Selain dari itu, mereka juga berkewajipan dan bertanggung jawab, melaksanakan hukum-hukum dan menjaga hudud Allah, demi melindungi kehormatan Agama Allah dari tercemar dan melindungi hak masyarakat dari rosak dan musnah.
Peranan lain mereka lagi ialah berjihad10 dan memimpin Ummah menentang musuh Islam selepas menjalankan dakwah dengan syarat-syarat seperti terkandung dalam kitab-kitab Fiqh. Mereka berkewajiban menegakkan hak Allah dan menonjolkan ketinggian Agama Islam ke atas segala agama11 hingga ke Hari Qiyamat12. Secara fizikal dan teritorial, mereka berkewajiban menjaga negara Umat Islam dari diceroboh13 dan jika berkemampuan dan cukup syarat, membebaskan watan Islam yang dirampas. Teori politik Islam menjelaskan, ketika Islam menghadapi musuh, al-syaja‘ah wa al-najdah yakni berani dan kuat, menjadi pilihan dalam memilih pemimpin mendahului sifat ‘alim14.
Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam mengaku, para rijal yang diasuh Baginda itu yang terdiri dari kalangan Sahabat-Sahabatnya, bagai bintang-bintang15. Sesiapa yang mengikut salah seorang daripada mereka, pasti tidak akan sesat, bahkan akan selamat. Mereka ini semua disebut paling thiqah dalam semua aspek dengan segala kualiti sifat terpuji yang antara lain ialah amanah; syajaa‘ah wa al-najdah-berani dan kuat; ber‘ilmu dan memiliki hikmah-bijaksana; memiliki ‘aqal yang cerdas dan tinggi, penuh dengan ilham yang solih sebagai sumber segala keutamaan dan tidak memiliki ‘aqal ahmaq kerana ‘aqal ahmaq adalah sesat dan menyesatkan; al-‘adaalah; berhati lembut bak sutera, menangis mengenangkan ahwal Akhirat; keras terhadap kekufuran; cinta kepada Allah dan Rasul dengan cinta paling dalam; kuat azam untuk berjihad, sehingga menangis kerana bimbang tidak dapat menyertai jihad dan kerana tidak ada harta untuk diinfaq16; kasih sayang sesama Muslim dan pelbagai sifat yang lain. Rijal-rijal yang memiliki kualiti seperti inilah yang mampu dan berjaya memikul usaha dakwah dan jihad serta melaksanakan siyasah dunya dan urusan Ummah dengan teratur dan baik. Ada sebahagian mereka terlibat dalam imamah-kepimpinan mengurus Ummat dan Negara dan sebahagian pula tidak, mengikut pilihan masing-masing.
Dewasa ini, terasa benar kekurangan rijal-rijal berkualiti seperti itu,hatta pada peringkat dan dalam lingkungan kumpulan dakwah yang kecil, sehingga tokoh besar dakwah dan pemikir ulung dari al-Ikhwan al-Muslimin, Syaikh Sa‘id Hawwa rh ( 1935-1989 M ) menulis puluhan buku, merangkumi semua aspek dalam rangka membina rijal.Tidak dinafikan, memang terdapat usaha gigih dari kalangan pelbagai kumpulan dakwah Islam berusaha mengujudkan peribadi Muslim yang baik, tetapi seperti yang disebut Sa‘id Hawwa rh, masih terdapat beberapa kekurangan fundamental dan jika dibiarkan kekurangan ini berlarutan, akan memberi kesan destruktif kepada dakwah bahkan kepada Ummat seluruhnya.
Seperti dilakukan Nabi sollallahu ‘alayhi wa sallam, pembinaan rijaalu ’d-diin wa ’d-dakwah, diawali dengan penekanan kepada ‘ilmu bersekali ‘amal ‘ibadat, yang bagi Syaikh Sa‘id Hawwa rh, terutamanya ‘ilmu berkaitan dengan ‘Aqidah dan Ruhaniyyah-Siddiqiyyah serta Rabbaniyyah17 serta kehidupan yang memenuhi dan penyerahan yang sempurna kepada Kehendak Syari‘at Allah secara kaffah, dalam semua aspek, seperti yang di sepakati ‘Ulama Ahli al-Sunnah wa al-Jama‘ah mengenainya.
Kekurangan yang dikhuatiri Sa‘id Hawaa rh ini, memang telah disedari tokoh ASWJ lain puluhan tahun dahulu seperti Muhammad ‘Aliyy al-Sanusi, di Afrika Utara; ‘Uthman dan Fodio di Nigeria,Sokoto dan sekitar; al-Hassan al-Banna, Asia Barat; , Nahdah al-‘Ulama ( kini NU diserapi fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama) di Indonesia; Manzur Nu‘mani,Mawlana Ilyas, Abu al-Hassan ‘Aliy an-Nadvi, Mawdudiy, Indo-Pakistan; Sa‘id Nursi di Turkey; Ahmad Fuad (PAS), ‘Uthman El-Muhammady (al-Rahmaniah) dan ramai lagi, bangun menyedarkan Ummah melalui program kesedaran dengan mengajar, berceramah dan menulis mengenainya dan cara penyelesaian masalah ini. Tokoh-tokoh Islam yang ikhlas dan mempunyai himmah yang tinggi dan prihatin kepada amanah Nabiyy sollalallahu ‘alyhi wa sallam menjelang wafatnya dan juga prihatin kepada kesejahtreraan Ummat dalam semua perspektif, amat sangat menginginkan kelahiran rijal yang mempunyai kualiti tinggi yang jitu, yang dapat mengurus Ummat dan negara secara Islam, hatta boleh memecahkan hegemoni Yahudi dan musuh Islam serta memimpin dunia ini18. Saya tidak berkhayal dalam hal ini, kerana sebagai orang Islam, kita wajib yakin bahawa rahmatan li ’l-‘aalamiin, hanyasanya akan tercapai melalui diinu ’l-Islam sahaja, yang mana orang Islam menjadi pemimpin19. Orang Islam wajib menanam niyat dan keazaman seperti mereka menanam niyat untuk berjihad20, untuk memimpin dunia, walaupun pada mata kasar sekarang ini, perkara ini nampak sukar terjadi, tetapi tidak mustahil!21. Sikap dan pendirian negatif, sakastik dan bacul seperti kelompok Sekularis-Liberalis, adalah kerana mereka digomol erat oleh Yahudi-Kristian, yang menyebabkan mereka terkena penyakit rasa hina diri yang kronik terhadap kekuasaan dan peradaban ( baca: kebiadaban ) Kuffar itu, sementelah pula kerana keimanan kepada diinu ’l-Islam terhakis bahkan sesetengahnya sudah hilang sama sekali22. Islam memerlukan rijal-rijal dalam semua bidang kepemimpinan, untuk memimpin Umat menentang pencerobohan berterusan Yahudi dan Kuffar ke dalam diri, kumpulan dan watan Islam, melalui penjajahan pemikiran dan imperialisme ekonomi, ketenteraan, diplomasi dan politik. Mereka tidak akan berhenti menjajah sehingga setiap individu, kumpulan dan watan Islam di kuasai mereka.
Sejarah memberitau,ketika Ummat Islam diserang fahaman Mu‘tazilah, Syi‘ah, Mujassimah dan aliran-aliran yang bercanggah dengan ‘Aqidah Islam, bangunlah rijal Ummat seperti Sayyiduna al-Imam al-Syafi ‘i, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad, Imam Muhasibi, Abu al-Hasan al-Asy‘ariyy, al-Baqillaniy, Ibn Furak, dan kemudiannya al-Sanusi,dsb, menentang mereka hingga tidak angkat muka. Ketika serangan falsafah sesat menyerang Ummat, bangun pula rijal seperti al-Ghazzaliy, Fakhruddin al-Razi dll menentang. Ketika Ummah diserang tentera Salib dari Eropah, bangun Solahu ’d-Din menghalau tentera Salib itu dan mengembalikan Palestin kepada berhak. Ketika imperialis Kristian Eropah menjajah watan Islam di Afrika, bangun rijal Ummah seperti al-Sanusi, Sehu ‘Uthman dan Fodio, Sidi ‘Umar al-Mukhtar, al-Mahdi, ‘Abdul Qadir al-Jazairiy, Sidi Abu Hasan al-Syaziliy dll, membimbing Ummat menentang Kuffar tersebut - mereka ini semua, tokoh besar Sufi. Di Nusantara,Ummat Islam Ternate-Maluku dan beberapa daerah lain, memberi tentangan hebat kepada Kuffar Eropah melalui Perang Sabil; di Pattani Daru ’s-Salam, rijal seperti Syaikh ‘Abdul Somad Palimbang,Haji Sulong dll, memberi tentangan keras kepada penjajah Buddha sehingga syahid; dan di Tanah Melayu, Haji ‘Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Janggut, sekadar menyebut beberapa nama, bangun menentang penguasaan dan campur tangan Inggeris dengan sengit. Mereka tidak menjadi peribadi seperti Mirza Ghulam Ahmad Qadyani atau Kamal Attatuk atau kelompok Sekular-Liberal Utan Kayu-IKD dan yang sepertinya di Malaysia.
Ringkasnya, usaha membina rijal-rijal , seperti kata Sa‘id Hawwa rh, mesti bertolak dari permulaan yang betul dan berada di atas siraat al-mustaqiim, diiringi dengan tarbiyyah ruhaniyyah, menjadi mantap dan kukuh, moga-moga nantinya, tidak akan terlencung dari niat asal dan tidak akan gugur dari jalan dakwah dan bahkan tidak akan menjadi musuh dakwah pula23 dan menyebarkan Islam tanpa bersifat munafiq24 dan mempertahankan Agamanya dengan apa sahaja kos dan risiko.
Sayyidina ‘Umar al-Khattab r‘a, menyuruh memiliki ‘ilmu-‘ilmu Islam sebelum menjadi pemimpin!.
5.PEMBINAAN RIJAL ‘ILMU
Perjalanan sejarah dakwah Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam menerangkan, sejak detik pertama dakwah Baginda di Makkah, Baginda membina rijaalu ’l-‘ilmi melalui pembinaan ‘ilmu Fardhu ‘Ayn25 dikalangan Sahabatnya, yang kemudian berperanan sebagai rijaalu’d-diin wa ’d-dakwah.Ketandusan rijaalu ’l-‘ilmi dalam komuniti dakwah Islam dewasa ini, amat ketara. Ia boleh memberi impak negatif malah destruktif kepada usaha dakwah kerana mereka tidak akan dapat membentuk masyarakat Islam sejati kerana tidak ada apa-apa yang positif dan konstruktif, yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam untuk tujuan pengislahan. Apa yang lebih malang lagi, jika kepimpinan ‘ilmu jatuh ke tangan kelompok rijaalu ’s-syayatiin atau kelompok yang berfahaman Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme Agama atau singkatnya Sepilis.
Dalam MANIFESTO dakwah, seperti yang dilakukan Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam, dilihat dari segi awlawiyatnya, dalam bingkai ‘ilmu, paling awal mesti dipelajari ialah ‘ilmu Fardhu ‘Ayn26 bersekali dengan kepelbagaian ‘ilmu Fardhu Kifayah yang bermanfaat , mengikut keperluan, secara tekun, berdisiplin dan sistematik seperti pendahulu kita itu27. ‘Ilmu-‘ilmu ini tidak dibiar mentah dan kering di otak dan dibuai khayalan tetapi diproses menjadi benar-benar difahami dalam epistemologinya secara ontologi dan aksiologi dan sebati serta mantap dalam diri pada paras tahqiq, berserta dengan perlaksanaan ‘amalan secara bertahap tetapi intensif.
Kita berpanjang kalam sedikit mengenai bab ‘ilmu ini, kerana ‘ilmu penyuluh dan punca segala kebaikan dan kesahihan diin28. ‘Ilmu teras yang diperlukan, antara lain ialah: ‘Ilmu Usul al-Thalathah; al-Kitab dan ‘Ulum al-Qur’an; as-Sunnah dan ‘Ulum al-Hadith; ‘Ilmu Fiqh; Usul al-Fiqh; ‘Ilmu ‘Aqaid dan Usul ‘Aqidah; Akhlaq dan ‘Ilmu Pembersihan Hati; ‘Ilmu Sirah, Sejarah dan Tamaddun; ‘Ilmu yang membincangkan hal-hal konspirasi terhadap Agama Islam dan Ummat Islam; Kajian Islam kontemporari dan aliran Pemikiran modern dan pasca modernisme seperti Liberalisme, Pluralisme dsb; dan juga ‘Ilmu Dakwah. Ada pun ‘Ilmu Bahasa ‘Arab dengan segala cabangnya yang seni-seni hanya perlu kepada sebahagian orang sahaja.
Keperluan mengaji ‘Ilmu Usul al-Thalathah iaitu ‘Ilmu tentang Allah, tentang Rasul dan tentang Islam dan Iman, wajar hingga ke peringkat dzaaqa tho‘mu ’l-iimaan, merasa manisnya iman29. ‘Ilmu-‘ilmu ini perlu diintegralkan menjadi padu untuk melahirkan individu kuat,tegar dan tahan, selain untuk menghadapi provokasi dan konfrontasi non Muslim yang keras dan berterusan, melalui kefasihan berhujjah.
Ada pun berkaitan dengan al-Qur’an, pendakwah wajib menekuni al-Qur’an dan mendapatkan sebanyak-banyak ‘ilmu darinya untuk menyelamatkan diri dari kubang dosa, kesesatan, syirik dan kemunafikan dan juga sebagai hujjah dalam mendepani segala macam persoalan yang wujud. Pendakwah wajar mempelajari ‘ilmu tilawah yang merangkumi ‘ilmu tajwid dan adab membaca dengan betul.Kepada yang berminat, boleh mempelajari ‘ilmu qira-at yang menarik itu.Yang termasuk dalamnya juga ialah ‘ilmu nasikh-mansukh, asbab al-Nuzul dan amkinah Nuzul, ‘ilmu ghara-ib al-Qur’an, Rusum ‘Uthmani,‘Ilmu Tafsir dan Ta’wil, mengikut kaedah ‘ilmu ASWJ.Mengingatkan kepada fahaman Liberalisme-Pluralisme Agama mula memasuki wilayah dakwah dengan membawa tafsiran diabolik dalam menghuraikan ayat-ayat al-Qur’an, adalah amat wajib dhoruriyy kepada para pendakwah ilallah, mempelajari ‘ilmu Tafsir dan Ta’wil secara serious, sistematik dan berdisiplin dari teks-teks yang muktabar yang diperakui secara Ijma‘ akan kebenaran dan kesohihannya.
Pasangan kepada ‘Ulum al- Qur’an ialah ‘Ilmu mengenai al-Sunnah. Ia penting kerana tidak dapat memahami al-Qur’an melainkan dengan memahami al-Sunnah, dalam segala dimensi, yang merangkumi dan menyangkut bahagian-bahagian kehidupan dengan segala peraturan hukum dan akhlaq, pada paras yang pelbagai.
Pendakwah juga wajib menekuni ‘ilmu Fiqh dan rubu‘-rubu‘nya yang pelbagai , terutama berkaitan ‘ibadah fardi. Dalam kaitan dengan Fiqh, wajar juga difahami perkara-perkara yang sudah di Ijma‘ oleh ‘Ulama’ – kerana salah satu dari sumber hukum Islam ialah Ijma‘ ‘Ulama’. Juga pendakwah perlu memahami perkara-perkara yang sudah disepakati oleh ahli ‘ilmu yang pakar lagi amanah dalam isu-isu semasa dalam segala bidang. Selain dari itu perlu juga dipelajari ‘Ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa’id al-Fiqh dan perkara berkaitan Siyasah al-Syar‘iyyah.
Aspek penting dari ‘ilmu, ialah cara faham dan ketinggian fahaman kepadanya. Ini perlu kepada kualiti ketajaman ‘aqal dalam konteks dan bingkainya yang sebenar. ‘Aqal perlu diasah dan diasuh, supaya benar-benar sensatif dan responsif kepada kebenaran ‘ilmu dan terikat kepadanya, yang pada paras minimanya, ialah mengenali dan membezakan yang toyyib dari yang khabith, yang haram dan yang halal, yang sah dan yang batal, dalam semua bidang epistemologinya.
Selain dari itu, harus berani dan mampu mengenengahkan doktrin Islam sejati sebagai
Dostları ilə paylaş: |