Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə19/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   36

Di sinilah terpamernya kehandalan dan kebijaksanaan Baginda yang tiada bandingan, di sini Rasulullah melaung dengan suaranya yang lantang itu, walaupun Baginda meyakini bahawa kaum musyrikin akan menyedari dan mendengarnya terlebih dahulu, sebelum didengar oleh kaum muslimin, namun apakan daya inilah satu-satunya cara yang dapat dilakukan, di sini Baginda menjerit: "Wahai hamba Allah!" Memang benar, seruan Baginda itu telah diketahui oleh kaum musyrikin terlebih dahulu sebelum didengari oleh kaum muslimin.

 

TENTERA ISLAM BERKECAMUK DI TENGAH-TENGAH SUASANA YANG GAWAT



Setelah tentera Islam dikejut dengan serangan mendadak, mereka terperangkap di dalam kepungan musyrikin, kini mereka hilang perkiraan, tiap orang memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri masing-masing. Masing-masing mula melarikan diri dan meninggalkan medan peperangan tanpa mempedulikan apa di belakangnya, sebahagian dari kumpulan ini lari hingga sampai ke Madinah, yang lain lari bersembunyi di bukit-bukit, terjadi pula di mana sebahagian yang lari itu berpatah balik untuk berperang, hingga dengan itu berlaku kecelaruan bercampur baur dengan tentera musyrikin, di antaranya tidak dapat cam di antara satu sama lain malah hingga terjadi pembunuhan sesama tentera Islam.

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Aisyah (r.anha) katanya: "Di dalam peperangan Uhud, kaum musyrikin menerima kekalahan yang parah hingga dengan itu ibUs bertindak melaung dengan katanya: Wahai hamba-hamba Allah! Awas belakang kamu, maka dengan itu tentera Islam yang lari, berpatah balik menyebabkan tentera Islam berbunuhan sesama sendiri. Huzaifah tak semena-mena telah melihat bapanya dan terus melaung: Wahai hamba Allah! itu bapaku, itu bapaku. Kata Aisyah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya malah terus mereka membunuhnya. Kata Huzaifah: Demi Allah! mereka tidak membiarkannya, malah terus mereka bunuhnya. Kata Huzaifah: Allah memaafkan kamu. Kata Urwah: Demi Allah! pada Huzaifah masih tetap dengan ciri-ciri kebaikannya hinggalah beliau menemui Allah."

Kumpulan inilah yang menyebabkan kekacauan di dalam saf tentera Islam, membawa kepada huruhara, sebahagian darinya kebingungan tidak tahu arah mana hendak dituju, dalam keadaan begini tiba-tiba mereka mendengar pemanggil melaung: "Nabi Muhammad sudah terbunuh". Orang-orang Islam menjadi panik kebingungan, semangat juang kini berkecai, atau seakan-akan bercerai dari setiap individu, di antara mereka ada yang sudah tidak berperang lagi malah terus membuang senjata dan berdiam diri, yang lain pula ada yang memikirkan untuk berhubung dengan Abdullah bin Ubai kepala munafiqin bertujuan mendapat perlindungan dari serangan Abu Sufian.

Dalam keadaan begini maka Anas bin al-Nadhr berlalu di hadapan mereka yang telah lemah semangat lalu beliau menyeru kepada mereka: "Apa yang kamu tunggukan ini?" Jawab mereka: "Rasulullah sudah terbunuh". Jawab beliau:

"Kalau demikian, tak ada erti hidup selepas Baginda. Kalau demikian matilah kamu seperti mana Rasulullah mati.Ya Allah,Ya Tuhanku sesungguhnya daku memohon maaf akan tindakan golongan ini, yakni kaum muslimin. Dan daku menjauhkan diri dari angkara apa yang dilakukan oleh golongan musyrikin". Dengan itu beliau terus mara dengan perjuangannya. Di dalam kancah pertempuran, itu beliau bertemu dengan Saad bin Muaz. Maka bertanya Muaz: "Ke mana wahai Abu Umar?". Jawab Anas: "Aduh! selesanya daku menghidu udara Syurga wahai Saad, kini daku menciuminya di perkarangan Uhud ini". Beliau terus bertempur hingga jatuh sebagai Syahid. Tidak dikenali beliau di akhir peperangan, kecuali saudara perempuannya yang cam dengan jari-jari tangannya, kerana terdapat lebih lapan puluh tetakan di jasadnya, bekas tikaman tombak, tetakan pedang dan asakan anak panah.

Di sini, Thabit bin Dahdah menyeru kaumnya dengan berkata: "Wahai kalian Ansar, kiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesungguhnya Allah tetap hidup tidak mati. Ayuh! berperanglah kamu kerana agama kamu, sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu". Dengan itu, maka berkumpullah sebahagian dari orang-orang Ansar dan terus mereka menerkam ke kelompok tentera berkuda Khalid, bergelut habis-habisan hinggalah Khalid menikamnya dengan tombak dan membunuh sahabat-sahabatnya yang lain. Juga berlaku di mana seorang lelaki muhajirin menghampiri seorang Ansar yang berlumur darah, terus beliau bertanya: "Saudara! Kau sedar tak di mana Muhammad yang sudah pun terbunuh?" Jawab al-Ansar:

"Sekiranya Muhammad telahpun terbunuh maka Baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah berperang mempertahankan agama kamu ini.

Dengan semangat juang dan keberanian seperti ini, maka tekad perjuangan kembali memarak semula di kalangan seluruh tentera Islam, kembali menyedari hakikat diri mereka, menarik balik idea untuk menyerah atau berhubungan dengan Ibnu Ubai, terus masing-masing mengambil senjatanya memulakan serangan ke atas tentera musyrikin yang sedang berusaha membelah jalan ke markas pimpinan Islam. Kini tentera Islam sudah mengetahui bahawa berita kematian Rasulullah itu semata-mata dongeng dan cerita rekaan dan dusta, dengan itu mereka semakin kukuh dan bersemangat. Akhirnya mereka dapat memecah kepungan Quraisy dan berjaya berhimpun semula di sekeliling markas di samping meneruskan peperangan dengan lebih nekad dan menyerang lebih agresif lagi.

Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.

PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)

Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang sahaja. Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: "Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:

"Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga". Maka

Terdapat sekumpulan yang ketiga tugas mereka hanya dan sanya mengawal Rasulullah, kumpulan ini mempertahankan Rasulullah dan membenteng Baginda. Mereka terdiri terutamanya dari Abu Bakr, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib dan lain-lain. Sebelum ini mereka adalah penyerang di saf hadapan, namun setelah dirasai Baginda di dalam berbahaya, mereka berpatah ke markas pertahanan mempertahankan diri Rasulullah di saf hadapan.

 

PERTEMPURAN SENGIT DI SEKELILING RASULULLAH (S.A.W)



Ketika tentera Islam sedang dikepung dan tersepit dicelah asakan tentera musuh, pertempuran terus memuncak di sekitar Rasulullah, sebagaimana yahg kita sebutkan bahawa semasa kaum musyrikin memulakan kepungan, tentera Islam yang ada bersama-sama Rasulullah hanya sembilan orang sahaja. Tetapi apabila Rasulullah menyeru kaum muslimin: "Ayuh di sampingku! Aku Rasulullah! Seruan itu telah didengar terlebih dahulu oleh kaum musyrikin. Apa lagi, mereka pun terus menerkam ke arah Rasulullah beramai-ramai. Sebelum sempat tentera Islam berkumpul semula, maka berlakulah pertarungan hebat di antara mereka dan tentera Islam yang sembilan orang itu. Padanya terpamer satu segmen kepahlawanan, keberanian, dedikasi dan kecintaan terhadap diri Rasulullah.

Imam Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersendirian di dalam peristiwa Uhud bersama dengan tujuh orang Ansar dan dua orang Muhajirin Quraisy, setelah mereka hampir mengancam Rasulullah, Baginda pun merangsangkan mereka dengan sabdanya:

"Siapa yang dapat mengundurkan mereka Itu dari kita, maka balasannya Syurga. Atau ianya temanku di Syurga". Maka tampillah seorang pemuda Ansar,terus bertarung hingga beliau jatuh syahid. Musyrikin sekali lagi mengancam Baginda. Baginda menyeru sekali lagi. Beginilah berulang kali hingga ke tujuh mereka jatuh sebagai syahid semua. Kata Rasulullah lagi kepada dua orang muhajirin Quraisy: Kita belum bertindak adil dengan sahabat-sahabat kita itu.

Orang terakhir dari kumpulan tujuh orang itu ialah Ammarah bin Yazid bin al-Sakan, beliau berjuang hingga luka parah menyebabkan beliau jatuh dan tidak berdaya lagi untuk berperang.

 

DETIK CEMAS DI DALAM KEHIDUPAN RASULULLAH (S.A.W)



Setelah beberapa ketika selepas terjatuhnya Ibnu al-Sakan sebagai syahid, maka tinggallah di saat itu Baginda dengan dua orang Quraisy itu sahaja, mengikut al-Bukhari dan Muslim riwayat Abu Uthman: Tiada siapa pun bersama-sama Rasulullah di hari itu untuk berperang di sisinya, selain dari Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqqas, itulah saat yang tercemas di dalam hidup Baginda, dan peluang keemasan bagi pihak musyrikin. Peluang ini tidak dibiar berlalu tanpa dipergunanya, mereka telah mengasak tubi ke atas kedudukan Rasulullah, kesemua mereka sebulat pakat untuk menlenyapkan Rasulullah, Utbah bin Abi Waqqas telah melontar Rasulullah dengan seketui batu hingga terjatuh ke atas diri Baginda dan terluka di kepalanya, menyebabkan terpatah pula gigi depan sebelah kanan dan bibir bawah Baginda terluka. Abdullah bin Syihab meluru ke hadapan Rasulullah dan memukul menyebab dahi Baginda terluka, datang lagi penunggang ganas Abdullah bin Qamiah menetak Rasulullah ditengkoknya dengan pedang namun beliau tidak dapat melukakan kerana terdapat dua lapisan baju besi yang dipakai Baginda. Walau bagai manapun oleh kerana hentakan pukulan itu terlalu kencang menyebabkan Rasulullah mengadu .kesakitan beberapa bulan' selepas kejadian itu, sekali lagi Ibnu Qamiah memukul dahi Rasulullah sekencang yang pertama menyebabkan dua gelang baju besinya menikam masuk ke dahinya bersama jeritan bengisnya: Nah! terima ini, dan kenalilah aku ini Ibni Qamiah. Jawab Rasul sambil menyapu darah dari mukanya:

"Aqma'aka Allah" bertepatan dengan nama Ibni Qamiah yang membawa erti: "Allah mengkerdilkan/menghinakan kamu"

Di dalam hadith sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah terpatah, kepalanya terluka hingga darah pun mengalir, namun Rasulullah masih menyebut: "Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi mereka, mereka mematahkan giginya semasa Baginda menyeru mereka kepada Allah". Di sini Allah menurunkan firmanNya:

 

"Tidak ada sesuatu pun bagimu dari urusan mereka, sehingga Allah menerima taubah mereka, atau menyiksa mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang wlim"



(Ali-Imraan: 128)

Di dalam hadith riwayat al-Tabrani dengan katanya:

Bersangatan kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka RasulNya, setelah beberapa ketika Rasulullah berdoa: "Ya Allah ya Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui". Sedemikian juga tersebut di dalam sahih Muslim dengan katanya:

"Tuhanku ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui". Manakala di dalam kitab "al-Shifa"' oleh al-Qadhi Eyadh pun menyebut makna yang sama: " Ya Allah ya Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku lantaran mereka tidak mengetahui".

Sebenarnya tidak syak lagi tindakan kaum musyrikin ini bertujuan membunuh Rasulullah (s.a.w), namun dua orang Quraisy tadi iaitu Saad bin Ibi Waqqas dan Talhah bin Abi Ubaidillah telah bertindak penuh kepahlawanan Islam yang luar biasa itu dan bertempur tiada bandingan, hingga tidak memberi kesempatan langsung kepada musyrikin mengaut kemenangan atau mencapai matlamatnya, kerana mereka berdua adalah antara pemanah yang terhandal di kalangan bangsa Arab. Mereka bertempur dan berlawan hingga berjaya menggagalkan usaha unit khas Quraisy yang bertujuan membunuh Rasulullah itu.

Semasa Saad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah bertindak menghulurkan anak-anak panahnya kepada Saad sambil bersabda: "Panahkan mereka, bapaku dan ibuku jadi pembelamu". Ini menunjukkan kehandalan beliau memanah. Tidak pernah Rasulullab mengesa seseorang sebelum ini dengan melafazkan perkataan dua ibubapanya selain dari Saad ini.

Al-Nasai telah meriwayat hadith berkenaan dengan Talhah bin Ubaidillah, beliau meriwayatkan dari Jabir:

Kaum musyrikin telah sampai ke hadapan Rasulullah, di masa itu Rasulullah melaung: "Siapa sanggup mencabar askar-askar musyrik ini?". Jawab Talhah: "Daku Rasulullah!" Kemudian Jabir menceritakan kisah kemaraan orang-orang Ansar dan kematian mereka seorang demi seorang seperti yang kami sebutkan di dalam riwayat Muslim tadi. Setelah kesemua orang-orang di situ terbunuh maka tampillah Talhah ke hadapan. Samburig Jabir. dengan katanya: Talhah pun terus bertarung melawan sekumpulan seramai sembilan orang musyrik, hingga tertetak tangannya menyebabkan tercantas jarinya, maka kata Talhah; "Itu adalah baik". Jawab Rasulullah: "Sekiranya kau kata:

"Bismillah" nescaya para malaikat mengangkat kamu dan sekalian manusia akan memerhati kamu". Tambah Jabir:

Kemudian Allah mengundurkan orang-orang musyrikin.

Al-Hakim menyebut di dalam kitabnya: "al-Iklil":

Berlaku di dalam peperangan Uhud ini di mana beliau terkena tetakan sebanyak tiga puluh sembilan atau tiga puluh lima lubang dan terpotong jarinya, manakala al-Bukhari meriwayatkan dari Quis bin Abi Hazim katanya: Aku melihat tangan Talhah terpotong, ini berlaku kerana beliau mempertahankan diri Rasulullah di dalam peperangan Uhud.

Al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda di hari itu katanya: "Siapa ingin melihat seorang syahid sedang berjalan di muka bumi ini, tengoklah Talhah bin Abdullah. Manakala Abu Daud al-Tayalisi pula meriwayatkan dari Aisyah (r.a) yang berkata: Abu Bakar apabila disebut mengenai peperangan Badar beliau akan mengatakan! Hari itu semuanya milik Talhah. Padanya Abu Bakar bermadah dengan syairnya:

Duhai Talhah bin Abdullah Bertuahlah dikau dengan Syurga

Habuanmu termaktub sudah Binatang tunggangan nan mulia

Di saat-saat yang tersangat genting ini, Allah menurunkan pertolongan dari sebalik tabir ghaib, seperti yang tersebut di dalam kedua hadith sahih dari Saad, katanya: Ku lihat Rasulullah di dalam peperangan Uhud bersamanya dua lelaki yang serba putih mempertahankan Rasulullah, penuh ketangkasan, mereka berdua ini belum pernah ku lihat selama ini dan selepasnya. Di dalam satu riwayat yang lain menjelaskan dua lelaki yang serba putih itu ialah Jibril dan Mika'il.

 

PARA SAHABAT BERKUMPUL SEMULA DI SEKELILING RASULULLAH



Kesemuanya berlaku dalam masa yang terlalu singkat, sebaik sahaja golongan terpilih dari para sahabat yang berada di saf hadapan pertempuran mendapati situasi berubah dan mendengar laungan Rasulullah (s.a.w), terus mereka meluru ke sisi Rasulullah agar tidak sesuatu pun boleh mengancam diri Rasulullah. Namun agak terlewat mereka sampai ke sisi Rasulullah, kerana Baginda sudah pun luka-luka, enam orang Ansar sudah terkorban dan yang ketujuh sudah terlalu parah lukanya hingga sukar untuk bangun. Ketika Saad dan Talhah berjuang habis-habisan, para sahabat yang baru tiba dari saf depan terus memagari Rasulullah dengan jasad-jasad dan senjata-senjata mereka, mereka bersungguh-sungguh mempertahankan diri Rasulullah dari ancaman musuh dan menangkis setiap serangan.

Sebenarnya orang pertama sekali sampai ke sisi Rasulullah ialah teman semusafirnya di gua Thur iaitu Abu Bakr al-Siddiq, Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam hadith sahihnya dari Aisyah (r.a) dengan menyebut: "Berkata Abu Bakar:

Semasa di hari Uhud itu: Semua orang tidak ada di sisi Rasulullah dakulah orang pertama sampai ke hadapan Rasulullah, dan aku dapati seorang sahabat sedang bergelut mempertahankan Rasulullah, ku berkata; orang itu mesti Talhah. Demi bapa dan ibuku untuk kau wahai .Talhah, Demi bapa dan ibuku untuk kau wahai Talhah. Bila beliau terkena anak panah, Abu Ubaidah bin al-Jarrah pun mendapati daku, semasa itu beliau sudah terlalu parah, beliau pun memegang daku dan kami pun meletakkannya ke sisi Rasulullah di mana Talhah jatuh rebah, seru Rasulullah:

"Ke mari, saudaramu ini sudah tidak sedarkan diri", manakala Rasulullah telah pun dipanah di dahinya hingga terbenam dua utas rantaian baju besinya ke dalam dahi Baginda, dan ku cuba menarik keluar rantaian itu. Abu Ubaidah berkata: "Aku pintalah wahai Abu Bakr, hal ini tinggalkan untuk ku seorang menguruskannya". Cerita Abu Bakar selanjutnya: Abu Ubaidah cuba mencungkilnya sedikit demi sedikit untuk tidak menyakiti Rasulullah, Akhir sekali beliau menggigit hujung besi yang tertikam itu, hingga terserpih gigi Abu Ubaidah. Kemudian seru Rasulullah sekali lagi: "Tengoklah saudaramu itu beliau terlalu tenat". Kata Abu Bakr: "Kami semua menghadapi Talhah untuk merawat beliau, terdapat sepuluh tetakan di badan Talhah. Namun kesemuanya ini menampakkan kemampuan Talhah menghadapi perjuangan di peperangan Uhud yang bersejarah itu. Pada detik-detik yang segenting ini sudah berhimpun di sekeliling Rasulullah sebilangan pahlawan-pahlawan Islam, di antara mereka Abu Dujanah , Mus'ab bin Umair, Ali bin Abi Talib, Sahl bin Hanif, Malik bin Sinan bapa Abu Said al-Khudri, Nusaibah binti Kaab al-Mazaniyah yang bergelar Ummu 'Ammarah, Qutadah bin al-Nu'man, Umar bin al-Khattab, Hatib bin Abi Baltaah dan Abu Talhah.

 

TENTERA MUSYRIKIN SEMAKIN MENEKAN



Setiap saat berlalu semakin bertambah pula bilangan tentera musyrikin, ini membawa kepada semakin berat Rasulullah, hanya Abu Talhah, yang berada di hadapan Rasulullah menghadang baginda dengan perisai kulit yang dipegangnya. Beliau adalah pemanah yang paling, kencang, di hari itu sahaja dua atau tfiga musuhnya terpanah, ada orang melintasi hadapan Rasulullah dengan membawa uncang panah lalu Rasulullah menyeru dengan sabdanya:

"Cuba kamu hulurkan anak panah itu kepada Abu Talhah", sambung Anas ceritanya: Rasulullah terus memerhati pergerakan kaum musyrikin maka berkata Abu Talhah:

"Bapaku dan ibuku korban untuk Rasulullah, janganlah tuan hamba memerhati sedemikian nanti Rasulullah akan terkena panah Quraisy, nah biarlah leherku ini menjadi benteng kepada leher tuan hamba".

Kata Anas lagi: Di dalam peperangan Uhud Abu Talhah mempertahankan diri bersama Rasulullah dengan satu perisai sahaja, Abu Talhah adalah pemanah handalan, bila beliau memanah Rasulullah memerhati dan menengok pula sasaran yang terkena dengan panahnya tadi.

Abu Dujanah pula bertindak membentengi Rasulullah dengan belakangnya, gedang anak-anak panah musyrikin berpusu-pusu menikam belakangnya tanpa beliau menghiraukannya.

Hatib bin Abi Baltaah yang telah terpatah gigi depan memburu Utbah bin Abi Waqqas, sempat beliau memancung Utbah hingga tercerai kepala dari badannya terus beliau menawan dan merampas kuda dan pedangnya. Sebenarnya Saad bin Abi Waqqas begitu perihatin untuk membunuh saudaranya Utbah, tetapi tidak diizinkan Allah namun Hatib telah melaksanakan hasratnya itu.

Sahl bin Hanif salah seorang pemanah handalan, telah berbaiah dengan Rasulullah untuk berjuang hingga syahid, beliau ini telah memainkan peranan yang amat cemerlang dalam rangka mengundurkan tentera musyrikin.

Rasulullah menggunakan panah di hari Uhud itu, sebagaimana yang diceritakan oleh Qutadah bin al-Nukman, Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya, Qutabah pun mengambil yang itu, di dalam kegawatan itu Qutabah terkena panah di matanya, hingga terpelanting keluar biji matanya, Rasulullah mengambilnya memasukkan semula, hinggalah matanya menjadi lebih baik dari yang sebelah lagi.

Cerita Abdul al-Rahman bin Auf pula lain, di dalam kegawatan pertempuran telah beliau terkena pukulan seteru di mulutnya menyebabkan gigi hadapan tercabut. Di seluruh tubuhnya ke hadapan lebih dari dua puluh tetakan di antaranya terkena pada kakinya menyebabkan beliau hilang sebelah kaki.

Adapun Malik bin Sinan bapa kepada Abu Said al-Khudari bertindak menyedut buang darah beku dari dahi Rasulullah yang terkena pukulan Ibni Qami'ah, hingga dengan usahanya itu dapat dicucikan luka baginda itu, kata Rasulullah: "Luahkan darah itu", jawab Malik: "Tidak", sebaliknya beliau menelan darah luka Rasulullah yang mulia itu. Setelah itu, beliau beredar dari situ untuk meneruskan perjuangannya, Rasulullah bersabda: "Sesiapa ingin melihat seorang lelaki ahli syurga lihatlah Malik bin Sinan, akhirnya beliau gugur sebagai syahid.

Kisah Ummu 'Ammarah pula, beliau berperang, dan sempat beliau menentang Ibnu Qami'ah bersama beberapa orang kaum muslimin, Ibnu Qami'ah telah menetak tengkok Ummu 'Ammarah menyebabkan beliau luka parah namun sempat juga beliau memukul Ibnu Qami'ah tetapi oleh

kerana beliau memakai baju besi jadi tetakannya tidak berkesan dan beliau terlepas lari, namun demikian Ummu 'Ammarah terus berjuang, di hari itu beliau mengalami luka lebih dari dua belas tetakan.

Manakala Mus'ab bin Umair pula memperlihatkan kecekalannya yang luar biasa mempertahankan diri Rasulullah dari serangan Ibni Qami'ah dan kuncu-kuncunya, di hari itu panji Islam di tangan Mus'ab, beliau telah dicantas sebelah tangan kanannya, lantas tangan kirinya mengambil panji berkenaan, penuh ketabahan hati beliau menghadapi serangan musyrikin hingga terputus tangan kirinya, sekali lagi beliau mempertahankan bendera Islam itu dari terjatuh dengan mengepitkannya ke dada dengan lehernya, akhir sekali beliau dibunuh oleh kaum musyrikin, pembunuhnya ialah Ibnu Qami'ah yang menyangkanya Rasulullah, kerana beliau hampir menyerupai Baginda, hingga dengan itu Ibnu Qami'ah terus berlari menemui musyrikin yang lain berteriak: "Muhammad telah terbunuh".

 

BERITA KEMATIAN RASULULLAH DAN KESANNYA KEPADA PERJUANGAN



Tidak berapa lama selepas teriakan Ibnu Qami'ah itu, maka tersebar luas berita kematian Rasulullah di kalangan kaum muslimin dan kaum musyrikin, itulah saat di mana semangat juang di kalangan tentera Islam sudah merosot terutama para sahabat yang terkepung yang tidak bersama-sama Rasul, kini semangat juang telah hancur, malah hingga berlaku kekacauan di dalam saf Islam, suasana sudah tidak terurus dan huruhara, namun seruan Rasulullah tadi telah mengurangkan asakan kaum musyrikin, kerana mereka menyangka bahawa mereka sudah berjaya dan sudah mencapai matlamat, maka sebahagian dari mereka sudah mabuk darah kerana mereka tertumpu kepada mencerca dan memukul-mukul mayat syuhada' Islam.

 

RASULULLAH MENERUSKAN PERJUANGAN DAN MENYELAMATKAN KEADAAN



Setelah Mus'ab jatuh sebagai syahid, lantas ia menyerahkan panji Islam kepada Ali bin Abi Talib, meneruskan pertempuran sehabis tenaga dan usaha, dituruti oleh para sahabat yang lain yang berada di situ dalam satu epik kepahlawanan yang jarang-jarang disaksikan.

Di masa itu Rasulullah berjaya menembusi ke tengah-tengah tenteranya, yang terus terkepung, Baginda meluru ke arah mereka, Ka'ab bin Malik seawal-awal orang yang mengenali Rasulullah, beliau terus menarik selendang saudaranya, wahai kalian muslimin, berbahagialah kamu, ini dia Rasulullah, di masa itu Rasulullah memberi isyarat kepadanya supaya berdiam, untuk tidak dilihat kedudukannya oleh kaum musyrikin: Namun laungan beliau itu telah sampai ke pendengaran kaum muslimin, maka bersegeralah mereka ke Rasulullah, hingga terkumpul di sisi Baginda kurang lebih tiga puluh orang para sahabat.

Dari situ Rasulullah mengatur langkah berundur secara tersusun ke suatu lereng bukit, melalui celah-celah tentera musyrikin yang sedang membuat asakan, pihak musyrikin pun semakin hebat membuat serangan untuk menggagalkan unduran Rasulullah, namun mereka tidak berupaya semasa berhadapan dengan singa-singa Islam itu.


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   15   16   17   18   19   20   21   22   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin