Pertumbuhan
Pertumbuhan dan perkembangan manusia atau penyuburan manusia adalah fokus kajian bidang psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba melihat kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya iaitu baka dan persekitaran. Mereka sering cuba menentukan secara empirikal sama ada baka atau persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia. Perdebatan ini masih berterusan hingga ke hari ini.
Pertumbuhan dan perkembangan merupakan satu proses yang penting kepada individu. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma biasanya sudah sedia terancang di dalam gen-gen yang diwarisi oleh sesuatu keturunan.
Perkembangan
P
Perbincangan
Lengkapkan ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan
erkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal, contohnya, perubahan pada rambut manusia daripada berwarna hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa. Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami oleh individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Contohnya, semasa berumur 4 tahun. Fatin belum boleh melukis seekor kucing tetapi pada usia 7 tahun, dia dapat membuat perkara tersebut. Pembelajaran boleh berlaku sebab Fatin telah mengalami perkembangan dari segi kognitif (mencapai peringkat kesediaan yang sesuai) dan terdapat kesediaan otot tangan (perkembangan psikomotor).
http://www.academia.edu/5089731/TEORI_PERKEMBANGAN
2.4.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi (2008), terdapat lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip pertama, proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Proses perkembangan bayi adalah sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak terutamanya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.
Prinsip kedua, perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Contohnya, seorang bayi boleh menggenggam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.
Seterusnya, mereka menyatakan bahawa pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dengan kata lain, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Dalam proses perkembangan, seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Pada setiap peringkat, kanak-kanak akan mendapat kemahiran yang tertentu. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak.
Prinsip yang keempat pula ialah corak dan aturan perkembangan adalah hampir samat tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sebagai contoh, sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Perkara ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan antara manusia seperti yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah.
Prinsip perkembangan yang seterusnya adalah perkembangan adalah hasil interaksi diantara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sediaada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Iadi pengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha.
Selain itu, mereka menyatakan bahawa proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.
2.4.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-
KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada limaa spek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab utama ketidaksamaan kadar perkembangan seseorang individu.
Perbincangan
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari aspek baka dan persekitaran
Tutorial
Berdasarkan faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan yang dapat anda lihar pada kanak-kanak berumur 5 tahun, bincangkan perkaitan faktor baka dan persekitaran dan berikan buktinya bagi menyokong pendapat anda.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, aspek-aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap individu memang tidak dapat dinafikan mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
TAJUK 3
|
PERINGKAT PERKEMBANGAN FIZIKAL INDIVIDU HINGGA REMAJA
|
3.1 SINOPSIS
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi perkembangan fizikal dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi aspek fizikal, sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang guru perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.
3.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
-
Menerangkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal serta ciri-ciri utama dari kanak-kanak hingga remaja.
-
Dapat menghuraikan pertumbuhan dan perkembangan fizikal individu hingga remaja.
-
Menjelaskan implikasi pertumbuhan dan perkembangan fizikal terhadap pengajaran dan pembelajaran.
3.3 KERANGKA TAJUK
Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat awal remaja ini pula adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.
3.4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL
|
Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam pekembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya.
Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan atau fizikal. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.
Perbincangan
Berikan konsep perkembangan fizikal kanak-kanak hingga remaja serta apakah perubahan yang dapat anda perhatikan dari segi fizikal dari kecil hingga remaja
3.4.2 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Perkembangan fizikal kanak-kanak haruslah dititikberatkan dan difahami oleh golongan pendidik supaya perkembangan fizikal kanak-kanak dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat ditingkatkan lagi dalam diri kanak-kanak tersebut sekaligus membolehkankan para pendidik memahami mengapa pelajar mereka bertingkahlaku sedemikian.
Guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri.
Tutorial
Berikan justifikasi anda, sejauhmanakah seorang guru mengaplikasikan perkembangan fizikal dalam bilik darjah
|
RUMUSAN
Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan fizikal individu hingga remaja manusia . Perkembangan fizikal dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
TAJUK 4
|
PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF INDIVIDU HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI
|
4.1 SINOPSIS
Perkembangan kognitif adalah fokus topik yang dibincangkan dalam tajuk 4. Ahli psikologi perkembangan kognitif mengkaji aspek ini dan cuba mencari kaitan dengan teori-teori perkembangan dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
4.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
-
Menerangkan pengertian perkembangan kognitif dan ciri-ciri utama perkembangam kognitif individu hingga remaja.
-
Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja serta kaitakan dengan teori.
-
Menganalisis implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
4.3 KERANGKA TAJUK
4.4 KANDUNGAN
Teori-teori Piaget dan Vygotsky ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak
4.4.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF
Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
4.4.2 TEORI PIAGET DAN TEORI VYGOTSKY
Teori Piaget (1896-1980)
Jeans Piaget merupakan seorang ahli psikologi yang terkenal dalam bidang pendidikan, beliau menumpukanperhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Berdasarkan kajian Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak terdapat peringkat ini sebagai peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-7 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun)
http://www.academia.edu/4935771/PERKEMBANGAN_KOGNITIF_TEORI_PIAGET
Teori Vygotsky
Lev Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahwa perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Vygotsky adalah pengagum Piaget. Walaupun setuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berpikir yang berbeda-beda, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya sendiri dan membentuk gambaran realitas batinnya sendiri. Teori Vygotsky menawarkan suatu potret perkembangan manusia sebagai sesuatu yang tidak terpisahkan dari kegiatan-kegiatan sosial dan budaya. Vygotsky menekankan bagaimana proses-proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian, dan penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan fungsi mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian. Namun, anak-anak tidak banyak memiliki fungsi mental yang lebih tinggi seperti ingatan, berfikir dan menyelesaikan masalah.
http://www.academia.edu/6260463/PENERAPAN_TEORI_BELAJAR_VYGOTSKY_DALAM_PEMBELAJARAN_BAB_1_1_PENDAHULUAN
4.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori perkembangan kognitif akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajaran yang efektif. Mengikut Vygotsky, guru perlulah menggalakkan murid yang lebih pandai untuk memberi bimbingan kepada rakan-rakan yang kurang pandai.
Di samping itu, implikasi bagi teori ini juga ialah guru haruslah menyediakan lebih banyak contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka. Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.
Tutorial
Berikan justifikasi bagaimana anda sebagai seorang guru mengaplikasikan teori perkembangan kognitif berdasarkan teori Vygotsky.
RUMUSAN
Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan kognitif individu hingga remaja manusia. Perkembangan kognitif dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
TAJUK 5
|
PERINGKAT PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI
|
5.1 SINOPSIS
Perkembangan moral adalah fokus topik yang dibincangkan dalam tajuk 4. Ahli psikologi perkembangan kognitif mengkaji aspek ini dan cuba mencari kaitan dengan teori-teori perkembangan dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
-
Menerangkan pengertian perkembangan dan ciri-ciri utama perkembangam kognitif individu hingga remaja.
-
Dapat menghuraikan perkembangan kognitif individu hingga remaja serta kaitakan dengan teori.
-
Menilai implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
5.3 KERANGKA TAJUK
5.4 KANDUNGAN
Seseorang individu biasanya mengalami tiga tahap perkembangan moral yang utama, setiap tahap mengandungi dua peringkat. Berdasarkan teori Lawrwnce Kohlberg (1984) menghuraikan perkembangan moral adalah ditentukan oleh perkembangan kognitif.
5.4.1 PERKEMBANGAN MORAL
Tiga peringkat perkembangan moral utama, setiap tahap mengandungi dua peringkat.
Buku rujukan
Mok Soon Sang (2009): Psikologi pendidikan Untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd. Puchong
5.4.2 TEORI LAWRENCE KOHLBERG
Lawrence Kohlberg membahagikan perkembangan moral kepada tiga tahap, iaitu tahap prekonvensional, tahap konvensional, dan tahap postkonvensional (Slavin, 2006:54). Menurut pandangan Kohlberg dari tiga tingkatan tersebut, anak harus melewati enam tahap dalam dirinya iaitu:
-
Peringkat Perkembangan Moral
|
Huraian
|
Tahap 1 : Moral Prakonvensional: Awal Kanak-kanak
|
Peringkat 1
|
|
Peringkat 2
|
|
Peringkat Perkembangan Moral
|
Huraian
|
Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak
|
Peringkat 1
|
|
Peringkat 2
|
|
Peringkat Perkembangan Moral
|
Huraian
|
Tahap 2 : Moral Prakonvensional: Masa Kanak-kanak
|
Peringkat 1
|
|
Peringkat 2
|
|
Perbincangan
Lengkapkan peringkat-peringkat perkembangan moral di atas
5.4.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tutorial
Berdasarkan perkembangan moral pelajar pada era yang penuh cabaran, bincangkan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar setelah berlaku transformasi pendidikan berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
RUMUSAN
Bab ini telah membincangkan ciri-ciri perkembangan moral individu hingga remaja manusia . Perkembangan moral dijelaskan serta dibincangkan, akhir sekali implikasi ke atas guru turut dijelaskan terhadap pengajaran dan pembelajaran. kita sebagai guruharus memperkaya ilmu kita demi anak didik kita salah satunya adalah dengan menanamlan nilai-nilai moral dan perkembangan moral agar anak bergerak ke arah yang baik.
TAJUK 6
|
PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI INDIVIDU HINGGA REMAJA BERDASARKAN PERSPEKTIF TEORI
|
6.1 SINOPSIS
Topik ini telah membincangkan perkembangan sosio emosi serta perkaitan dengan teori Erik Erikson dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran. Teori ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam menerangkan perkembangan manusia.
6.2 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:
-
Menerangkan pengertian perkembangan sosio emosi individu hingga remaja.
-
Dapat menghuraikan perkembangan sosio emosi individu hingga remaja serta kaitakan dengan teori.
-
Menilai implikasi perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran.
6.3 KERANGKA TAJUK
Dostları ilə paylaş: |