Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam


KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANG



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə4/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   36

KE PANGKUAN IBUNYA YANG PENYAYANG


Halimah al-Sa'diah terasa takut dengan peristiwa tersebut, dengan itu beliau memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya, Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib menziarahi kubur suaminya, sebagai mengenang dan mengingati kematian itu. Untuk itu beliau keluar dari Makkah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang keyatiman itu, di iringi khadamnya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib, di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau berpatah balik, semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama "al-Abwa' " yang terletak di antara Makkah dan Madinah.

KE PANGKUAN DATUK PEMBELAS KASIHAN


Abdul Mutalib membawa Baginda pulang ke Makkah, dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini yatim piatu, duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya melebihi kasih sayangnya ke atas anak-anak cucunya yang lain. Beliau tidak pernah tinggalkan Baginda keseorangan, meskipun yang dalam keadaan terpaksa, sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan Baginda lebih dari cucunya yang lain. Ibnu Hashim menceritakan: Biasanya dihampar di lindungan Kaabah sebidang tikar khusus untuk Abdul Mutalib, anak-anak dan cucunya akan bersila di sekeliling tikar itu, tak seorang pun akan duduk di atas tikar itu hanya Abdul Mutalib seorang, kerana menghormati beliau, namun bila Rasulullah datang ketika itu Baginda masih kanak-kanak, Baginda akan duduk di atas hamparan itu, di masa itu bapa-bapa saudaranya akan menarik Rasulullah ke tepi untuk memberi tempat kepada Abdul Mutalib, bila beliau melihat Rasulullah di situ Abdul Mutalib pun menyeru: Biarkan anakku itu demi Allah dia mempunyai kedudukannya, kemudian beliau duduk disampingnya di atas hamparan itu, dengan menyapu-nyapu di belakang Baginda dan beliau sentiasa senang dengan segala peri laku Baginda.

Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari Datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.



Ke Pangkuan Bapa Saudara Yang Mengasihani


Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya, beliau meletakkan Baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan ke atas anak-anaknya dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan, dalam tempoh empat puluh tahun beliau menyokong Baginda, melindungi, membenarkan Baginda malah sanggup berkelahi untuk Baginda.

Bertemu Pendeta Buhaira


Setelah usia Rasulullah meningkat dua belas tahun, ada yang mengatakan dua belas tahun dua bulan sepuluh hari, Baginda keluar belayar bersama Abu Talib untuk berniaga di negeri Syam, sehingga apabila sampai ke Basrah, yang merupakan sebahagian dari Syam di dalam daerah Hawran, namun pada ketika itu Basrah adalah salah sebuah negeri, di daerah negeri Arab di bawah taklukan Rom, di sana terdapat seorang paderi bernama Jarjis yang dikenali sebagai Buhaira.

Setibanya rombongan ke sana,"Buhaira" keluar untuk menemui mereka, dan memuliakan mereka sebagai tetamu, tapi ini bukan satu kebiasaannya, kerana sebelum ini beliau tidak pernah keluar untuk menemui sesiapa, beliau mengenali Rasulullah dengan segala sifat-sifatnya. Semasa beliau memegang tangan Baginda, terus beliau berkata: Inilah penghulu dunia sejagat, inilah orang yang diutuskan Allah sebagai rahmat untuk sekelian alam. Kata Abu Talib: Dari mana maklumat ini tuan perolehi? Jawab beliau: Tahukah kamu, bahawa semasa kamu mendekati "al-Aqabah" tidak ada batu dan pokok-pokok pun yang tidak tunduk sujud kepadanya, sujud seperti ini hanya berlaku kepada seorang nabi sahaja, dan aku kenali pada Baginda "Khatam al-Nubuwah" penutup kenabian, ianya terletak di belakang Baginda di bawah tulang dayung bentuknya seperti epal, semua sifat-sifat Baginda tersebut di dalam kitab-kitab kami, seterusnya beliau meminta supaya Abu Talib membawa Muhammad (s.a.w) pulang ke Makkah, dan jangan dibawanya ke negeri Syam kerana ditakuti tindakan jahat Yahudi, oleh itu Abu Talib mengirim Rasulullah untuk berpatah balik ke Makkah bersama-sama dengan beberapa orang suruhannya.


PEPERANGAN AL-FUJJAR


Semasa usia Baginda lima belas tahun, berlaku satu peperangan, terkenal sebagai peperangan al-Fujjar, (peperangan penjahat) kerana jenayah perlanggaran di bulan-bulan haram. Pihak pertama ialah Quraisy dan Kinanah, yang kedua ialah Qais bin Ilan. Tuan agong bagi Quraisy dan Kinanah ialah Harb bin Umaiyah kerana status beliau di kalangan masyarakat, Quraisy di samping faktor umur. Di awal hari kemenangan berpihak kepada Qais namun bila hari beralih ketengah hari Kinanah sudahpun menguasai medan pertempuran, di ceritakan bahawa Rasulullah telah turut serta di dalam peperangan ini, di mana Baginda menyediakan anak-anak panah untuk bapa saudaranya.

 

PERJANJIAN AL-FUDUL


Ekoran kepada peperangan al-Fujjar, telah diadakan satu perjanjian di dalam bulan Zulkaedah. Salah satu bulan Haram, padanya dijemput qabilah-qabilah Quraisy seperti Banu Hashim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul al-Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah. Kesemua mereka berlaimpul di kediaman Abdullah bin Jadaan al-Taiyimi kerana faktor kedudukan yang disanjung dan juga faktor umur, memandangkan beliau tertua di antara.

Di dalam perjanjian ini semua mereka bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai, dan bertindak terhadap penganiaya, hingga dapat dikembalikan hak kepada tuannya, Rasulullah telah turut serta di dalam perjanjian ini setelah Baginda diutuskan dan memuji perjanjian berkenaan, dengan sabdanya: Daku telah menyertai satu perjanjian yang dilangsungkan di rumah Abdullah bin al-Jadaan. Perjanjian yang menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta-unta gemuk, sekiranya aku dijemput semasa di dalam Islam nescaya daku beri persetujuan segera.

Perjanjian ini menafikan semangat kefanatikan Jahiliah yang biasanya dimarakkan oleh perasaan asabiah kebangsaan atau perkabilahan, dikatakan bahawa dorongan yang mengarahkan kepada termeterainya perjanjian ini, ialah lantaran seorang lelaki dari Zubaid memasuki Kota Makkah dengan barangan perniagaannya, barangan itu telah dibeli oleh al-As ibnu Wail al-Sahmi, namun harganya tidak diselesaikan. Sebagai tindakbalas darinya, beliau telah meminta pertolongan dari sekutunya Abdul al-Dar, Makhzum, Jumah, 'Adi, malangnya pihak sekutunya tidak memenuhi permintaannya itu, untuk selanjutnya beliau mendaki bukit Abi Qubis dengan menyuarakan peri penganiayaan terhadapnya, disuarakan di dalam madah syairnya, al-Zubair bin Abdul Mutalib bangun bertindak dengan katanya: Apa cerita ini semua membisu belaka? Dengan itu mereka yang telah mengikat janji al-fudhul tadi menyokongnya, mereka semua segera menemui al-A'as bin Wail dan mengambil barangan lelaki Zubaid tadi dan dipulangkan kepadanya, setelah mereka memeterai perjanjian al-Fudhul itu.

 


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin