Sesungguhnya aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan menerima perintahNya itu, setelah berjauhan Baginda diseru: Sesungguhnya Daku menguatkuasa solah fardu dan Ku ringankan ke atas hamba-hambaKu.
Ibnu al-Qaiyim juga telah mengemukakan pendapat yang berlainan mengenai penglihatan Rasulullah akan Tuhannya Tabaraka wa Ta'ala, yang kemudian beliau perturunkan pembicaraan Ibnu Taimiyah mengenai tajuk berkenaan, hasil kajian mendapati bahawa penglihatan Rasulullah dengan mata kepala tidak thabit sejak asal lagi, sebenarnya, pendapat ini tidak pernah disebut oleh mana-mana sahabat pun. Pendapat yang dinaqalkan dan dipetik dari Ibnu Abbas:
"Penglihatan Rasulullah adalah secara mutlak dan melalui hati naluri, namun penglihatan mutlak tidak menafikan penglihatan dengan hati".
Seterusnya beliau menyebut lagi: Adapun firman Allah di dalam surah al-Najm menghampiri di sini bukannya seperti yang diertikan di dalam kisah Isra' dan Mi' raj, menghampiri dalam surah al-Najm, ialah Jibril yang menghampiri dan mendekati, sebagaimana yang ditegaskan oleh 'A'isyah dan Ibnu Mas'ud, gaya bahasa menunjukkan demikian, manakala penghampiran dan pendekatan di dalam hadith al-Isra', adalah terang danjelas dinisbahkan kepada Tuhan Rubuljalil, ini bererti tidak berlaku apa-apa pertentangan di dalam surah al-Najm, malah Baginda melihatNya dikali kedua di Sidrah al-Muntaha. Ini adalah Jibril, Muhammad (s.a.w) melihatnya dalam bentuk asal dua kali, sekali di bumi dan kali kedua di Sidrah al-Muntaha. Waalahhu a'laam.
Peristiwa pembedahan dada Rasulullah pun berlaku juga dikali ini. Dan di dalam peristiwa Isra' Mi'raj ini Baginda menyaksi berbagai-bagai perkara:
Telah dipersembahkan kepada Baginda susu dan khamar, namun Baginda memilih susu, maka disebutkan kepada Baginda: Kau telah tertunjuk kepada fitrah atau kau telah menepati fitrah, tapi sekiranya kau mengambil khamar nescaya sesat seluruh umat kau.
Baginda telah melihat empat sungai di dalam syurga, dua sungai zahir dan dua sungai batin. Dua sungai yang zahir ialah sungai al-Nil dan al-Furat ini bermakna agama dan risalah yang dibawanya akan bertapak di lembah-lembah subur di al-Nil dan al-Furat, penduduknya merupakan pendokong-pendokong agama Islam dari generasi ke generasi yang lain, bukanlah bererti yang airnya yang mengalir dari syurga.
Juga Baginda melihat Malik penjaga neraka, yang tidak pernah senyum, malah di mukanya tiada sedikit pun mesra atau lembut, Baginda melihat syurga dan neraka.
Baginda menyaksi pemakan harta-harta anak-anak yatim secara aniaya, mulut-mulut mereka bak mulut-mulut unta, dilontar ke dalam rahang mulut mereka ketulan-ketulan api neraka bak harimau meluru keluar dari dasar neraka keluar melalui dubur mereka.
Baginda menyaksi pemakan-pemakan riba dengan perut-perut yang besar, kerananya mereka tidak berupaya bergerak dari tempat-tempat mereka, keluarga Firaun melalui di hadapan mereka dan melanyak mereka dengan tapak kaki.
Penzina-penzina diletakkan di hadapan mereka daging-daging elok dan segar di samping daging-daging buruk lagi busuk, namun mereka memilih dan memakan yang busuk ditinggalnya yang segar-segar.
Baginda menyaksi sekumpulan wanita yang memasuki di dalam majlis lelaki bukan anak-anak mereka, mereka digantung dari payudara-payudara mereka,
Juga Baginda melihat sekumpulan unta penduduk Makkah dalam perjalanannya. Pada masa itu Baginda telah menunjukkan mereka unta yang kehilangan itu, dan Baginda telah meminum air dari bekas mereka yang tertutup kemas sedang mereka nyenyak tidur selepas diminum habis Baginda menutup kembali tudungnya, kejadian ini menjadi bukti kebenaran kepada peristiwa Isra' dan mi'raj yang diceritakan oleh Rasulullah.
Ibnu al-Qayyim berkata: Setelah Rasulullah berada di Subuh pagi bersama-sama kaumnya dan menceritakan kepada mereka tanda-tanda agung (al-Ayat al-Kubra) yang diperlihatkan Allah kepada RasulNya, maka semakin engkar kafir Quraisy dengan risalah Muhammad, semakin bengis lagi mereka menyiksa kaum muslimin. Namun demikian mahu juga mereka bertanya Rasulullah supaya mengambarkan rupa bentuk Baitui Maqdis, maka Allah membuka penglihatan Rasulullah hingga ternampak Baitui Maqdis itu di hadapan matanya, dengan itu Rasulullah pun menceritakan segala sesuatu mengenai dengannya hingga mereka semua tidak berkesempatan untuk menolak atau mendustainya dan menceritakan juga mengenai kumpulan-kumpulan unta mereka, semasa pemergian dan kepulangan Baginda, juga Baginda menceritakan unta-unta yang akan tiba dan menyifatkan unta yang akan mendahului kafilahnya, dan benar sebagai yang diceritakan oleh Rasulullah, namun mereka semakin angkuh dan engkar, memang sesungguhnya orang yang zaiim itu semakin kufurlah mereka.
Adapun Abu Bakr digelarkan dengan gelaran al-Siddiq kerana pembenaran dan kepercayaan beliau dengan peristiwa Isra' dan Mi'raj, sedang manusia ramai mendustainya. Paling padat dan agong faktor perjalanan mulia ini diaturkan oleh Allah ialah sebagaimana firmanNya yang bermaksud:
...untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.
(al-Israa': 1)
Ini adalah sunnah dan qanun Allah kepada para anbiya'nya, sebagaimana penegasan Allah kepada Ibrahim (a.s) yang bermaksud:
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
(al-An'aam: 75)
Dan penegasan Allah kepada Musa (a.s) yang bermaksud:
"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu, sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar."
(Thaahaa: 23)
Penyusunan program Isra' dan mi'raj ini bertujuan memberi keyakinan:
dan supaya menjadilah ia dari orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
(al-An'aam: 75)
Setelah ilmu dan makrifat para anbiya' ini didasarkan kepada penyaksian tanda-tanda agung (al-Ayaat al-Kubra) tadi, darinya mereka memperolehi 'Ain al-Yakin (yakin hakiki), yang tidak dapat dinilai kadarnya, kerana berita perkhabaran itu tidak boleh disamakan dengan penyaksian dengan mata kepala, hasilnya mereka lebih mampu untuk menanggung risiko dakwah yang bakal mereka garap, seluruh tenaga dunia yang menentang mereka hanya seberat sayap nyamuk sahaja, untuk itu mereka tidak menghiraukan pancaroba dan ancaman terhadap mereka.
Adapun hikmat dan rahsia-rahsia di sebalik perjalanan agung ini, secara perincian merupakan topik pembicaraan hikmah-hikmah syariat, namun di sana beberapa fakta ringkas terpancar dari buana 'perjalanan mulia ini, yang kesemuanya membekalkan siraman subur kepada sirah Rasulullah (s.a.w), saya kira patut dirakamkan sebahagian darinya sini:
Pembaca mendapati di dalam surah Isra' ini, bahawa Allah telah menceritakan kisah al-Isra' hanya dalam satu ayat yang tunggal, seterusnya Allah mendedah tembelang kaum Yahudi dan jenayah-jenayah mereka, kemudian Allah memperingatkan mereka bahawa al-Quran ini hanya memberi hidayat kepada sesuatu yang lebih tulus, boleh jadi nanti pembaca menyangka tiada sebarang ikatan di antara dua ayat ini, hakikatnya tidak sedemikian, kerana Allah (s.w.t) dengan cara ini menunjukkan bahawa peristiwa Isra' itu sesungguhnya telah berlaku di bumi Bait al-Maqdis, kerana kaum Yahudi sudah pun dipecat dari pimpinan umat manusia, lantaran kesalahan-kesalahan dan jenayah-jenayah yang mereka lakukan, sehingga tiada peluang lagi untuk membenarkan mereka menyandang tugas itu, dan sesungguhnya Allah tetap akan memindahkan tugas itu kepada RasulNya (s.a.w) dan mencantumkan kedua-dua pusat dakwah Saidina Ibrahim kepangkuan Baginda.
Memang sudah sampai masanya untuk perpisahan pemimpin kerohanian dari satu umat kepada satu umat yang lain, dari satu umat di mana sejarahnya penuh dengan penipuan, pengkhianatan dosa dan perseteruan, kepada suatu umat yang penuh dengan kebaikan dan budi, di mana RasulNya pun terus menerima wahyu al-Quran yang membimbing ke arah ketulusan dan kebenaran. Tetapi bagaimana proses pemindahan ini boleh berlaku sedang Rasulnya diburu di bukit-bukit Makkah? Persoalan ini menyingkap suatu hakikat yang lain pula, iaitu tugas dan peranan dakwah Islamiah ini hampir berakhir, dan lengkap, dan akan bermula satu peranan yang lain yang amat berlainan dari yang pertama, untuk itu kita melihat sesetengah ayat-ayat al-Quran mengandungi peringatan yang keras dan ugutan yang berat terhadap kaum musyirikin yang bermaksud:
Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan. lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya. Dan berapa banyak umat-umat yang Kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Niih; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hamba-Nya.
(al-Israa': 16-17)
Di samping ayat-ayat ini terdapat ayat-ayat lain yang menerangkan kepada kaum muslimin akan asas dan tunggak tamadun serta prinsip dan rukun-rukunnya di mana masyarakat Islam ditegakkan di atasnya, seolah-olah mereka telah bennustautin di bumi ini dengan menguasai semua aspek di dalam pengumsan mereka, di mana mereka membentuk satu kesatuan yang kemas berpadu sebagai paksi kepada perjalanan masyarakat lain, ini merupakan isyarat bahawa Rasulullah akan memperolehi perlindungan dan pemeliharaan hingga urusan dan kerja-kerja
Baginda bertapak, kelak ianya akan jadi sebagai markas penyebaran dakwah Baginda, inilah rahsia perjalanan yang mulia lagi berkat itu. Pembicaraan sebenarnya ada kaitan dengan topik kajian kami, untuk itu maka kami bicara di sini, sebagai hukum, maka sebab itu kami dapati Isra' ini berlalcu sebelum baiah al-Aqabah atau di antara dua baiah al-Aqabah. Waallahu a'lam.
BAI'AH AL-AQABAH PERTAMA
Telah pun kita katakan enam orang dari penduduk Yathrib telah memeluk Islam di musim haji tahun kesebelas kebangkitan Rasulullah dan menjanjikan Rasulullah untuk menyebarkan risalahnya di sana, di kalangan kaumnya.
Sebagai hasil kepada usaha-usaha mereka di sana, di musim haji berikut, iaitu di tahun kedua belas kebangkitan Rasulullah, bersamaan Julai 621 Masihi telah tiba ke Makkah dua belas orang lelaki termasuk lima orang yang telah bertemu Rasulullah di tahun lepas, dan tidak termasuk Jabir bin Abdullah bin Riab dan yang tujuh lagi ialah:
1. Muaz bin al-Harith Ibn 'Afa Banu al-Najar al-Khazraj
2. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraj
3. Ubbadah bin al-Samit Banu Ghanam al-Khazraj
4. Yazid bin Tha'labah sekutu Banu Ghanam al-Khazaraj
5. al-Abbas bin Ubbadah bin Nadhlah Banu Salim al-Khazaraj
6. Abu al-Haitham bin Banu Abd al-Tihan al-Asyhal. al-Aws
7. Uwaim bin Sa'idah Banu Amru bin Auf al-Aws
Dua yang akhir adalah dari qabilah al-Aws manakala yang lainnya dari al-Khazraj.
Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di Muna, terus berbaiah dengan Rasulullah berdasarkan Baiah al-Nisa' (wanita), iaitu corak baiah yang dimentraikan dengan.kaum wanita semasa pembukaan Makkah.
Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah telah berkata kepada mereka: "Ayuh mari berbaiah denganku, untuk kamu tidak menyengutu dengan Allah sebarang sesuatu, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka pungut dijalan sebagai anak sendiri, tidak memaksiati daku pada kebaikan, sesiapa di antara kamu yang menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah, dan sesiapa yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi kalau Allah lindunginya maka itu terserah- kepada Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka7 itu adalah habuannya". Kata Ubbadah:
Dengan itu daku pun berbaiahlah dengannya. Dalam naskah lain menyebut: "Maka kami pun berbaiah dengannya di atas dasar itu"
DUTA ISLAM KE MADINAH
Setelah selesai pemeteraian baiah dan janji setia serta berakhirnya musim haji, Rasulullah bertindak mengutus bersama-sama dengan mereka yang berbaiah, seorang utusan ke bumi Yathrib dalam rangka mengajar kaum muslimin di sana syariat-syariat Islam serta mendalamkan masalah agama ( al-Tafaqquh fi al-din ), dan supaya mereka bertugas menyebarkan Islam di kalangan masyarakat yang masih syirik. Rasulullah memilih tokoh duta ke sana dari kalangan orang muda yang paling awal memeluk Islam, iaitu Mus'ab bin Umair (r.a).
KEJAYAAN YANG CEMERLANG
Semasa di Madinah, Mus'ab bin Umair menumpang bersama As'ad bin Zurarah, malah kedua-dua mereka giat menyebar Islam di kalangan penduduk Yathrib dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh. Mus'ab dikenali sebagai al-Muqri (pembaca).
Di antara kisah-kisah gemilang dalam usaha dakwah mereka ceritanya disuatu hari As'ad bin Zurarah telah keluar bersama Mus'ab bin Umair ke perkampungan Bani Abd al-Asyhal dan Bani Zafar, mereka berdua memasuki perkarangan tempat tinggal Bani Zafar, dan mereka duduk dekat perigi yang dikenali sebagai perigi Maraq, di mana mereka telah dilingkungi oleh orang-orang Islam, di masa itu Sa'd bin Muaz dan Usaiyid bin Hadhir, dua tokoh pemuka Banu Abd al-Asyhal, yang pertama telah meminta kepada yang kedua dengan katanya: Ayuh cuba kamu pergi tengok dua orang pemuda itu yang telah cuba mempengaruhi orang-orang bawahan kita, tengkingkan dan halaukan mereka supaya tidak memasuki perkampungan kita, As'ad bin Zurarah itu anak saudaraku, kalau tidak, biar aku yang bereskan.
Usaiyid pun mengambil tombaknya dan menuju ke arah Mus'ab dan As'ad, sebaik sahaja As'ad melihatnya, As'ad pun memberitahu kepada Mus'ab katanya: Usaiyid itu adalah ketua qabilahnya, dia itu datang kemari, ku harap kau dapat jelaskar kebenaran Allah kepadanya, kata Mus'ab: Insyaallah sekiranya beliau duduk sahaja di sini, akan ku cuba berbual dengannya, Usaiyid pun tiba ke hadapan mereka berdua dengan memaki-maki katanya lagi: "Apa yang membawa kamu datang ke mari kamu cuba memperbodohkan golongan yang lemah di antara kami Ayuh beredarlah kamu dari sini, sekiranya kamu masih sayang lagi kepada diri kamu". Kata Mus'ab: "Boleh tak tuan duduk dan cuba dengar dari kami barang sepatah kata, sekiranya kai senang dengan kata-kata ku itu boleh kau dengarnya, kalau tidak kau boleh perintah aku berhenti. Kata Usaiyid: "Itu adalah yang terbaik dan saksama. Dengan itu beliau memacak tombaknya ke tanah, maka dengan itu Mus'ab pun menyampaika'n kepadanya pengenalan Islam di samping membaca al-Quran, seterusnya Mus'ab menceritakan: Demi Allah kami sudah dapat melihat cahaya penerimaan beliau dengan ajaran Islam, sebelum beliau menyatakan isi kandungan hatinya dengan katanya: Betapa indahnya Islam itu dan alangkah cantik ayat-ayat tadi? Apa yang biasa kamu lakukan bila kamu hendak memeluk Islam?
Kata Mus'ab dan As'ad kepadanya: "Pertama-tamanya kamu harus bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah, kemudian kamu bersembahyang dua rakaat". Dengan itu Usaiyid terus bangun dan bersuci, membersihkan pakaian, mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan sembahyang dua rakaat, seterusnya beliau menegaskan:
"Sebenarnya di belakang ku ini ada seorang lelaki, sekiranya beliau ini mengikuti kamu berdua, pasti tidak seorang pun akan tertinggal tanpa mengikuti kamu dan aku akan tunjukkan di mana beliau berada sekarang ini, dengan itu segera beliau mengangkat tombaknya dan menuju ke hadapan Sa'd bin Mu'az yang sedang berada bersama kaumnya di kelab mereka, kata Sa'd: Demi Allah Aku bersumpah itu dia Usaiyid, telah datang dengan air muka lain, lain dari semasa beliau pergi.Bila Usaiyid berdiri di hadapan kelab terus Sa'd berkata:Apa yang telah kau lakukan? kata Usaiyid: "Aku telah pun bercakap dengan dua orang muda itu dan aku dapati kedua-dua mereka itu tidak merbahaya, juga telah ku larang mereka, dan mereka berdua telah memberijawapan, dengan kata mereka: Kami menurut sahaja, apa yang kamu senang dengannya".
Apa yang terjadi seterusnya, di mana Banu Harithah telah keluar beramai-ramai untuk membunuh As'ad bin Zurarah, iaitu setelah mana mereka mengetahui beliau adalah anak saudara Sa'd bin Mu'az, dengan tujuan untuk melanggar perjanjian. Sa'd bin Mu'az pun bangun dari tempatnya, untuk ke tempat kaum muslimin berkumpul bersama As'ad, beliau membawa tombaknya terus menuju ke tempat Mus'ab dan As'ad, setelah didapati mereka berdua tenang tak ada apa-apa pun berlaku, beliau pun sedar di mana Usaiyid membiarkan begitu, dengan maksud supaya beliau dapat mengikuti pembicaraan dari mereka berdua, namun sesampainya beliau di hadapan Mus'ab dan As'ad dengan keadaan memarahi mereka, lantas beliau berkata kepada As'ad: "Demi Allah wahai Abu Umamah, kalau tidak kerana hubungan kekerabatan di antara kita berdua, kamu tidak dapat berbuat sedemikian, lantaran kamu berdua telah memasuki daerah kami ini dalam keadaan kami tidak suka".
Sebelum ini As'ad sudahpun memberitahu kepada Mus'ab:Itu dia ketua qabilah ini, telah pun datang di belakangnya ramai pengikut, sekiranya beliau ini mengikuti kamu, nescaya tidak ada seorang pun akan tertinggal. Dengan itu Mus'ab pun berkata kepada Sa'd: Boleh tak tuan hamba duduk seketika dan dengarkan dahulu barang sesuatu dari kami, sekiranya yang kami sampaikan itu menyenangkan tuan, bolehlah tuan terimanya, tetapi sekiranya yang kami sampaikan itu memberatkan tuan, maka kami elakkannya dan hindarkan yang tuan bencikan ini. Kata Sa'd: Itu adalah waras dan saksama, kemudian beliau memacak tombaknya dan duduk. kepadanya diperkenalkan Islam, dibacakan ayat-ayat al-Quran semasa itujuga mukanya berubah, tanda terima kebenaran Islam sebelum beliau berkata sesuatu, mukanya berseri penul kepercayaan dan beliau bertanya: Apa yang kamu buat semasa kamu memeluk Islam? JawabMusab dan As'ad: pertama-tama kamu bersuci, bersih pakaian kemudian mengucap dua kalimah syahadah dan bersembahyang dua rakaat, dengan itu beliau teru bertindak seperti yang dijelaskan.
Setelah beliau mencabut tombaknya dan terns pergi ke kelab perhimpunan qabilahnya, bila dilihat oleh kaumnya, mereka mendapati wajah Sa'd telah berubah dari sebelum beliau menemui Mus'ab.
Bila beliau sampai di hadapan kaumnya, beliau terus bertanya: Wahai Bani Abd al-Asyhal, kamu kenal tak diriku di kalangan kamu? Jawab mereka: "Tuan adalah ketua kami dan orang yang terwaras di antara kami dan sebaik-baik pemimpin. Jawab Sa'd: Demi sesungguhnya, apa-apa perkataan yang diungkapkan oleh kaum lelaki atau perempuan di kalangan kamu adalah tidak wajar bagiku untuk ku mendengarnya, selagi mana kau tidak beriman dengan Allah dan RasulNya". Dengan ucapannya itu, tidak sampai sekerat hari seluruh Banu al-Asyhal menganut Islam, kecuali seorang sahaja iaitu al-Usayram yang telah menangguh penerimaannya, hingga ke hari peperangan Uhud, namun pada hari itu beliau terus mengucap dua kalimah syahadah dan terus ke medan jihad dan berjuang bersama kaum muslimin yang lain, namun Allah tetap mengurniakan kepadanya al-Syahadah. Beliau gugur sebagai pahlawan yang syahid meskipun tidak sempat sujud bersembahyang kepada Allah, justeru itu Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Beramal sedikit tetapi diberi ganjaran yang banyak.
Mus'ab bin Umair tinggal di rumah As'ad bin Zurarah menyeru masyarakat di sana kepada Islam, menyebabkan tiada sebuah rumah pun dari golongan Ansar yang tidak dikunjungi Islam, kecuali rumah Banu Umaiyah bin Zaid, I[hatmah dan Wail, kerana terdapat seorang penyair yang disegani di mana cakapnya didengari iaitu Qais bin al-Aslat, mereka tertangguh memeluk Islam, hinggalah pada tahun peperangan Khandak iaitu tahun kelima hijrah barulah mereka mendapat hidayah. Sebelum ketibaan musim haji berikut iaitu tahun ketiga belas kebangkitan Rasulullah, Mus'ab telah membawa bersama beliau satu jemaah ke Makkah, dengan berita yang mengembirakan iaitu berita kemenangan, beliau memperihalkan kepada Rasulullah segala sesuatu mengenai qabilah yang menetap di Yathrib, dilapornya segala kebaikan yang sedang menanti di sana dikisahkannya seluruh kekuatan dan potensi yang sedang menunggu di sana.
PERJANJIAN AL-'AQABAH KEDUA
Pada musim haji tahun ketiga belas kebangkitan Baginda, bersamaan Jun 622 Masihi, telah datang ke Makkah rombongan seramai tujuh puluh orang lebih, kaum muslimin penduduk Yathrib bersama-sama kumpulan haji musyrikin dalam program penunaian rukun haji. Kendatipun kaum muslimin yang sedang dalam perjalanan mereka itu, tetap tertanya-tanya sampai bila agaknya mereka akan membiarkan Rasulullah di Makkah menjadi buruan kafir Quraisy dan diugut keselamatannya.
Sebaik sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit dengan Rasulullah, berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari tasyriq, di persimpangan berhampiran al-'Aqabah di mana upacara Jamrah pertama dilakukan di sana. Pertemuan itu juga di dalam suasana rahsia di tengah malah gelap gelita.
Di sini kita beri kesempatan kepada salah seorang pemimpin Ansar untuk memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi barakah itu, yang telah merubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik al-Ansari (r.a) telah menceritakan begini:
Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya telah pun kami membuat janji dengan Rasulullah untuk bertemu di al-'Aqabah di pertengahan hari-hari tasyriq, malam yang kami janjikan itu telah turut serta ialah Abdullah bin Amru bin Hiram salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, perjumpaan kami itu sengaja kami rahsiakan dari kaum sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turun bersama untuk mengerja haji. Di malam itu kami telah berbicara dengan Abdullah bin Amru, kata kami: Wahai Abu Jabir tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru kepada Islam, seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan Rasulullah di al-'Aqabah. Kata Kaab: Tanpa berlengah, beliau mengucap dua kalimah syahadah, dan beliau turut serta dipertemuan al-'Aqabah, di mana beliau menjadi naqib dan ketua.
Kata Kaab: Di malam itu kami segera tidur bersama-sama kaum kami di samping peralatan perjalanan, hatta apabila berlalu sepertiga malam, kami pun keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah, kami keluar bersembunyi bak burung puyuh melalui denainya, hinggalah kami semua bertemu dan berkumpul di persimpangan al-'Aqabah, kami semua tujuh puluh tiga lelaki dan dua wanita iaitu Nusaibah binti Kaab yang dikenali sebagai Ummu 'Ammarah dari qabilah Bani Mazin bin al-Najar yang kedua ialah Asma' binti Amru dikenali sebagai Ummu Mani' dari qabilah Bani Salamah.
Kami semua berkumpul di persimpangan yang dijanjikan, menunggu ketibaan Rasulullah, tepat pada masanya, Rasulullah pun datang, turut serta mengiringi Rasulullah ialah al-Abbas bin Abd al-Muttalib, beliau masih lagi dengan agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu.
PERBINCANGAN AWAL DAN PENJELASAN TANGGUNGJAWAB YANG AMAT PE NTING OLEHAL-ABBAS '
Setelah bilangan mereka untuk menghadiri perjumpaan itu genap, maka perbincangan pun dimulakan buat mempersetujui perjanjian agama dan ketenteraan, orang pertama yang bercakap di dalam majlis itu ialah al-Abbas bin Abd al-Muttalib bapa saudara Rasulullah, dalam ucapan itu beliau menjelaskan peri beratnya bebanan tanggungjawab yang hams mereka pikul nanti, sebaik sahaja perjanjian itu dipersetujui dengan katanya: "Wahai kalian al-Khazraj, sebenarnya sepertimana yang kamu ketahui, Muhammad ini adalah darah daging kami, hingga kini kami masih mempertahankannya dari kemarahan kaum kami, hingga kini beliau masih tetap kesayangan kami dan terpelihara di dalam tanah airnya, tetapi beliau ini tetap berkeras untuk menyertai kamu dan bersama kamu, kiranya kamu yakin dapat mengotakan janji kamu itu dan sanggup pula memberi keamanan kepadanya maka itu adalah hak kamu untuk mengambil Muhammad bersama-sama kamu, tetapi sekiranya kamu merasakan tidak berkesanggupan atau akan membiarkan beliau keseorangan maka lebih baik dari sekarang lagi kamu tinggalkannya, kerana di sini beliau masih mulia dan dijaga oleh kalangan kaumnya."
Dostları ilə paylaş: |