Kalian gerombolan mereka mengelilingi daku
Kalian qabilah mereka sepakati menghantam daku Seluruh anak dan isteri mereka dekati
Keseorangan daku di pepohon tinggi diikati Hanya pada Allah ku mengadu nan sengsara
Kesepakatan mereka membunuh daku Tuhan perkasa berikan daku kesabaran
Buat menghadapi akibat angkara, Dagingku mereka kerjakan
Harapan ku berkecai musnah Mereka menawar kekufuran dan mati padaku
Tiada air mata ku menangis Peduli tiada, yang pasti biar mati ku muslim
Pada Allah ku pasrah penuh yakin
Anggota ku pasti Allah memberkati Biar terputus ke mana pergi
Sebelum beliau dibunuh Abu Sufian telah menyoal beliau: "Suka tak kamu kami memenggal leher Muhammad di sini dan kau dibebaskan"? Jawab beliau: "Demi Allah! Tidak sekali-kali akan^senang bagiku kiranya aku bebas dipangkuan keluarga sedang Muhammad ditempatnya walaupun dengan hanya Baginda tertikam sebatang duri".
Setelah itu mereka pun terus mensalibkan beliau, dan diperintah orang tertentu mengawal jenazahnya, namun di malam hari Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah datang dengan cara bersembunyi, dengan helah, telah membawa jenazah beliau keluar dari situ untuk dikebumikan. Orang yang dipertanggungjawab membunuh Khubaib ialah Uqbah bin al-Harith, sebenarnya Khubaib ini telah membunuh bapanya yang kafir di dalam peperangan Badar.
Mengikut hadith sahih bahawa Khubaiblah orang yang memulakan sembahyang sunat dua rakaat sebelum pembunuhan, yang ganjilnya, para hadirin di hari pembunuhannya telah melihat beliau sedang memakan setangkai buah anggur sedangkan di Makkah masa itu buah tamar pun tak ada. Adapun Zaid al-Duthnah telah diburu oleh Safwan bin Umaiyah dan dibunuhnya sebagai menuntut bela di atas pembunuhan ayahnya.
Pihak Quraisy telah mengirim orang-orangnya untuk mengambil sebahagian dari anggota badan Asim untuk dikenalpasti, kerana Asim sebelum ini telah membunuh salah seorang pembesar Quraisy di dalam peperangan Badar, tetapi Allah telah menghantar sekumpulan tebuan yang menjaganya, hingga dengan itu mereka tidak dapat melakukan tugas kotor mereka terhadap mayat syahid itu, sebelum ini Asim telah memohon dari Allah supaya badan beliau tidak disentuhi oleh musyrikin dan tidak pula beliau mahu menyentuh musyrikin, setelah berita itu didengar oleh Amru maka beliau berkata:
Allah akan memelihara seorang mukmin sebagaimana Allah memeliharanya semasa hidup
TRAGEDI BI'R MA'UNAH
Di bulan yang sama di mana berlakunya peristiwa al-Raji' yang trajis itu, berlaku pula tragedi Bi'r Ma'unah yang lebih dahsyat dan menyayati hati.
Ringkasan ceritanya, di mana Abu Bara' Amir bin Malik yang dikenali sebagai "Malaib al-Asinnah" telah tiba menemui Rasulullah di Madinah, Baginda menyeru Abu Bara' kepada Islam, dan beliau tidak menganut Islam, namun pada sangkaan Baginda, tidak lama lagi mungkin beliau akan menganut Islam. Di sini beliau telah meminta dari Rasulullah dengan katanya: "Wahai Rasulullah kalaulah tuan hamba dapat mengutus sahabat-sahabat tuan hamba kepada penduduk Najdi untuk mengajak mereka kepada agama tuan hamba ini, ku mengharapkan mereka akan menyahut seruan". Jawab Rasulullah: "Sebenarnya daku curiga dengan penduduk Najdi itu", kata Abu Bara': " Daku akan melindungi mereka". Dengan itu, Baginda pun terus mengirim para sahabatnya seramai empat puluh orang. Ini adalah pendapat Ibnu Ishak, tetapi hadith sahih menyebut tujuh puluh orang yang sebenarnya. Rombongan tujuh puluh orang ini diketuai oleh al-Munzir bin Amru dari Banu Sa'idah yang bergelar: "al-Mu'tiq li-Yamut". Rombongan tujuh puluh orang ini adalah dipilih dari kaum muslimin, golongan pemimpin, qari, dan kenamaan. Di siang hari
mereka berjalan mengumpul kayu api untuk dijual, dengan harganya dibelinya makanan untuk ahli al-Suffah, mereka ini gemar mempelajari al-Quran dan melakukan qiamulail. Setibanya mereka ke suatu tempat yang dikenali sebagai Bi'r al-Ma'unah yang terletak di antara perkanipungan Banu Amir dan Banu Salim, mereka singggah di situ. Dari situ mereka menghantar Hiram bin Milhan saudara Ummu Salim dengan sepucok risalah dari Rasulullah kepada musuh Allah yang bernamaAmir bin Tufail. Apabila beliau menerima risalah berkenaan, langsung tidak dilihat kandungan surat itu, malah beliau memerintah orangnya supaya membunuh utusan yang membawa risalah dari Rasulullah dengan menikam dari belakangnya> Apabila Haram melihat darahnya mengalir, terus beliau meneriak: "Allahu Akbar, demi Tuhan Ka'abah! Daku telah berjaya".
Kemudian Amir bin Tufail telah menyeru kaumnya untuk membunuh kaum muslimin yang masih hidup. Mereka tidak menyetujui beliau kerana kaum muslirnin tersebut di bawah perlindungan Abu Bara', dengan itu beliau meminta Banu Salim membantunya, maka puak Usaiyah, Ra'al dan Zakwan datang melingkungi sahabat Rasulullah. Mereka menentang serangan Amir itu hingga seluruh mereka terbunuh, kecuali Ka'ab bin Zaid bin al-Najjar tersembunyi di bawah jenazah-jenazah sahabatnya, beliau ini hidup hingga ke hari peperangan al-Khandak.
Adapun Amru bin Umaiyah al-Dhamri dan al-Munzir bin Uqbah bin Amir bersama orang-orang Islam telah mendapati burung-burung terbang mengelilingi tempat kejadian. al-Munzir pun turun ke tempat berkenaan dan melawan kaum musyrikin di sana hingga beliau dan orang-orang lain terbunuh, manakala Amru bin Umaiyah al-Dhamri telah ditawan. Setelah diberitahu yang beliau ini dari qabilah Mudhar, maka beliau pun dibebaskan.
Sesampainya Amru bin Umaiyah ke hadapa.. Rasulullah terus beliau melaporkan kejadian ngeri itu kepada Baginda, di mana terkorbannya tujuh puluh orang pilihan para sahabat terbilang. Peristiwa ini bagaikan mengulangi peristiwa Uhud, yang bezanya, di Uhud mereka pergi dengan niat berperang, manakala di Bir' al-Ma'unah ini pembunuhan mereka lantaran pengkhianatan yang jahat.
Semasa Amru bin Umaiyah dalam perjalanan pulang ke Madinah di pertengahan jalan "al-Qarqarah" dari "Sadru al-Qanah" beliau telah berehat di bawah sepohon kayu, kemudian dua orang lelaki dari Banu Kilab telah turut tumpang berteduh bersama Amru di bawah pohon kayu itu, setelah dua lelaki ini sedang nyenyak lena Amru pun terus membunuh mereka, sebagai menuntut beta di atas pembunuhan sahabatnya di dalam peristiwa Bir'al-Ma'unah itu, sedang mereka berdua ini adalah di dalam perjanjian damai dengan Rasulullah, di mana beliau tidak menyedari perkara ini, sebaik sahaja beliau tiba di Madinah beliau menceritakan peristiwa ini; dan Rasulullah pun bersabda: "Sesungguhnya engkau telah membunuh dua orang di mana ku berkewajipan membayar pampasannya, dengan itu Baginda pun sibuk mengumpul pampasan itu dari kaum muslimin dan sekutu-sekutu Yahudi". Inilah yang membangkitkan perlanggaran dan serangan ke atas Banu al-Nadhr seperti yang akan dikisahkan sebentar lagi.
Rasulullah amat bersedih dengan peristiwa yang menyayatkan hati ini selepas peristiwa al-Raji'. Kedua-duanya berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja, Rasulullah amat berdukacita. Hal ini telah membawa Baginda merasa tidak tenteram kerana sedih dan pilu, menyebabkan Baginda terus mendoakan kemusnahan ke atas qabilah-qabilah yang mengkhianati sahabat-sahabat itu. Riwayat ini di dalam hadith sahih dari Anas (r.a) katanya: Rasulullah mendoakan kemusnahan mereka yang merobunuh sahabat-sahabatnya di Bi'r al-Ma'unah selama tiga puluh pagi, Baginda mendoakan kemusnahan ke atas qabilah Raal, di Zakwan Lahyan dan Usaiyah dengan sabdanya: "Usaiyah memaksiati Allah dan RasulNya, dengan itu Allah menurunkan ke atas NabiNya ayat-ayat al-Quran mengenainya yang kami membacanya, namun ianya dinasakhkan . Setelah itu Rasulullah pun meninggalkan Qunut itu.
PEPERANGAN BANU AL-NADIR
Seperti yang telah dijelaskan di mana kaum Yahudi amatlah membenci dan berhasad kesumat terhadap Islam dan kaum muslimin. Mereka ini bukanlah ahli peperangan, tetapi mereka ini ahli tipu muslihat dan konspirasi, justeru itu mereka selalu menonjolkan sikap hasad dengki dan permusuhan secara teraog-terangan, mereka memperlihatkan usaha jahat dan tipu muslihat mereka dengan perbagai cara, dengan tujuan memerangkap dan menyakiti kaum muslimin, tanpa berani memulakan peperangan, meskipun di antara mereka dan kaum muslimin ada perjanjian. Apa yang terjadi kepada mereka selepas peristiwa banu Qainuqa' dan pembunuhan Ka'ab bin al-Asyraf mereka hidup dalam ketakutan, justeru itu mereka berdiam dan bertenang sahaja.
Namun selepas peristiwa Uhud, mereka mula memberanikan diri, memperlihat semula perseteruan dan pengkhianatan mereka, dengan itu mereka cuba membuat hubungan dengan kaum munafiqin dan musyrikin penduduk Makkah secara sulit, dan merencana sesuatu yang member! manfaat untuk diri mereka, dimasa yang sama boleh menjejaskan kestabilan kaum muslimin. Dalam semua keadaan Rasulullah tetap bersabar, justeru itu maka kaum Yahudi nampaknya semakin melampau dan semakin berani, terutamanya selepas peristiwa al-Raji' dan Bi'r Ma'unah, hingga mereka berani merencana untuk membunuh Rasulullah.
Ceritanya: Semasa Rasulullah keluar bersama beberapa orang sahabat Baginda untuk menemui kaum Yahudi bagi memperolehi sebahagian dari pampasan yang hendak dibayar kepada keluarga dua orang keturunan Kilab yang dibunuh oleh Amru bin Umaiyah al-Dhamri, kerana mengikut perjanjian Madinah kaum Yahudi Madinah harus menanggung bersama pampasan yang seperti ini, beberapa Yahudi telah menjanjikan Rasulullah dan meminta Rasul tunggu seketika berhampiran dinding rumah mereka. Maka Baginda pun bersama beberapa orang sahabat menunggu di situ sementara kaum Yahudi membawa bahagian pampasan yang dijanjikan oleh mereka. Adapun mereka yang mengikuti Rasulullah di masa itu ialah Abu Bakar, Umar, Ali dan sebilangan para sahabat yang lain.
Di masa itu kaum Yahudi telah berbincang sesama mereka, di mana syaitan pun turut menghasut mereka, yang akhirnya membawa padah buruk kepada mereka selama-lamanya, mereka telah membuat pakatan jahat sesama mereka untuk membunuh Rasulullah, dengan kata mereka: Siapa di antara kamu yang berupaya membawa lesung batu ini ke atas bumbung rumah, kemudian humbankan ke atas kepalanya hingga berkecai?. Maka jawab yang terkenal di antara mereka iaitu Amru bin Jahsy: Aku!. Kemudian mereka telah dinasihati oleh Salam bin Misykam: "Jangan buat pekerjaan itu, demi Allah ia akan diberitahu oleh Allah dengan niat kamu itu, dan ini merupakan pencabulan ke atas perjanjian kita dengannya". Namun mereka semua tetap berazam untuk melaksanakan konspirasi itu.
Di masa itu Jibrail (a.s) turun dari sisi Allah Rab al-Alamin memberitahu RasulNya di bumi tentang niat buruk Yahudi itu, dengan segera Rasulullah beredar dari tempat itu dan terus pulang ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya yang lain, dengan kata mereka:" Tuan hamba bangun di mana kami langsung tidak sedar". Kemudian Baginda menceritakan mengenai niat jahat Yahudi tadi.
Selepas itu Rasulullah menghantai perutusannya Muhammad bin Maslamah kepada Banu al-Nadhir dengan sabdanya: "Keluarlah kamu dari al-Madinah ini dan jangan lagi kamu hidup bersama ku di Madinah. Ku beri tempoh sepuluh hari, sesiapa di antara kamu yang ku dapati selepas tempoh ini ku pancung lehernya". Bagi kaum Yahudi tiada jalan lain melainkan keluar dalam tempoh itu, mereka pun bersiap untuk keluar dari Madinah, dicelah itu ketua munafiqin Abdullah bin Ubai pun menghantar orangnya meminta Yahudi Banu al-Nadhr supaya jangan keluar dan pertahankan diri dalam benteng mereka, kononnya dua ribu orang penyokong akan masuk ke dalam perkampungan Yahudi, untuk menyertai pertahanan mereka malah mereka akan sehidup semati dengan banu al-Nadhr. Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 11 yang bermaksud:
"Jika kamu dikeluarkan, maka kami akan keluar bersama kamu, dan kami tiada akan mengikut seseorang selama-lamanya, untuk memerangi kamu, danjika kamu diperangi kami akan menolong kamu ".
Kata Abdullah lagi sebagai menegas, bukan kamu seorang sahaja malah kamu akan dibantu oleh Banu Quraidhah dan sekutu-sekutu dari Banu Ghatafan.
Rangsangan Abdullah bin Ubai itu mengembalikan kepercayaan kaum Yahudi untuk mencabar amaran Rasulullah, Huyai bin Akhtab ketua Yahudi Banu al-Nadhir pun berdegil lantaran hasutan kepala munafiqin tadi, dengan itu mereka mengirim kepada Rasulullah dengan katanya: "Kami tidak akan keluar dari kampung kami ini, buatlah apa yang kamu nak buat".
Tidak syak lagi suasana seperti ini merupakan saat genting dan cemas bagi kaum muslimin, kerana pertempuran dengan seteru mereka di saat seumpama ini boleh mendatangkan akibat yang buruk, terutamanya bangsa Arab seluruhnya sudah sebulat hati menentang mereka. Bagaimana berani mereka membunuh utusan-utusan yang dikirim kepada mereka, tambahan pula Banu al-Nadhir memiliki kekuatan pada tahap yang tidak mudah mereka menyerah kalah, peperangan dengan mereka menghadapi berbagai halangan yang sukar diatasi. Namun peristiwa-peristiwa yang berlaku di tragedi Bi'r Ma'unah dan yang sebelumnya amat menekan perasaan dan sensitiviti kaum muslimin terutamanya percubaan untuk membunuh Rasulullah dan pengkhianatan-pengkhianatan yang menimpa kaum muslimim satu demi satu secara jamaah, mahu pun individu. Kemarahan mereka semakin bertambah terhadap pengkhianat-perkhianat itu, oleh yang demikian mereka telah mengambil keputusan muktamad untuk memerangi Banu al-Nadhir tanpa mempedulikan apakah akibat yang akan terjadi nanti.
Setelah jawapan Huyai Ibnu Akhtab sampai ke pangkuan Rasulullah (s.a.w), Baginda terus bertakbir dan dijawab oleh para sahabat dengan laungan takbir yang sama, dengan itu Baginda pun bangun segera untuk bertindak terhadap Banu al-Nadhir, maka dilantiknya Ibnu Ummu Maktum sebagai orang yang bertanggungjawab semasa ketiadaan Baginda di Madinah. Bendera kaum muslimim dibawa oleh Ali bin Abi Talib, sesampai Baginda di sana, terus dikepungnya perkampungan Banu al-Nadhir.
Banu al-Nadhir pun lari menyelamatkan diri ke dalam benteng, mereka bertahan di dalamnya dengan melontar batu-batu dan melancarkan tombak-tombak dan lembing-lembing dari atas. Pada mereka, dusun-dusun dan tamar-tamar itulah yang menjadi sokongan, justeru itu Rasulullah memerintah supaya memotong pohon-pohon tamar dan membakarnya, di sini Hassan bin Thabit bermadah dengan syair:
Tugasan mudah ke atas Banu Luai Kebakaran meluas al-Buwairah
Al-Buwairah adalah nama kebun tamar Banu al-Nadhir, tindakan Rasulullah ini tersebut di dalam firman Allah:
"Apa-apa yang kamu potong di antara pohon kurma atau kamu biarkannya tegak maka itu adalah dengan izifi Allah".
(al-Hasyr: 5)
Yahudi Banu Quraizah menyendiri, tidak berani memberi sebarang pertolongan, apatah lagi Abdullah bin Ubai kepala munafiqin langsung tidak berani berbuat apa-apa pun malah beliau dengan sifat nifaq dan taqiahnya terus mengkhianati janjinya bersama-sama dengan sekutunya Banu Ghatafan, tak seorang pun membawa kebaikan kepada Banu al-Nadhir atau menolak kemalangannya itu, sikap mereka tak ubah seperti yang digambarkan oleh Allah seperti di dalam firmanNya:
"Seperti syaitan, ketika ia berkata kepada manusia: Kafirlah kamu, maka setelah manusia itu kafir, berkatalah syaitan, aku bebas dari kamu".
(al-Hasyr: 16)
Kepungan Rasulullah ke atas Banu al-Nadhir tidak berlarutan, hanya enam malam sahaja. Ada pendapat mengatakan lima belas malam. Di dalam tempoh ini Allah mecampakkan kegerunan, mereka menjadi gelisah, gerun dan ketakutan, lantas bersedia untuk menyerah diri dan meletak senjata. Mereka menghantar utusan menemui Rasulullah membawa ikrar: Kami bersedia untuk keluar dari al-Madinah. Rasulullah (s.a.w) pun menerima permintaan tersebut di mana mereka mesti keluar membawa diri, keluarga dan harta sekadar yang boleh dibawa oleh unta-unta tanpa senjata.
Hukuman itu terpaksa diterima dan sebelum keluar mereka meroboh-robohkan rumah kediaman, menanggal jendela dan pintu-pintu untuk dibawa bersama-sama, malah ada di antara mereka yang membawa tumang dan alang-alang rumah, setelah itu barulah mereka membawa anak isteri dengan menggunakan sembilan ratus ekor unta. Kebanyakan mereka dan pembesar-pembesarnya seperti Huyai bin Akhtab dan Salam bin Abi al-Haqiq berpindah ke kawasan seperti Khaibar, dan sebahagiannya yang lain keluar hingga sampai ke negeri Syam. Cuma dua orang sahaja yang memeluk Islam iaitu Yamin bin Amru dan Abu Saad bin Wahb, mereka berdua dikembalikan hartanya. Rasulullah merampas semua senjata Banu al-Nadhir, tanah rumah kediaman dan harta-harta lain ditawan, senjata-senjata yang didapati sebanyak lima puluh baju besi, lima puluh topi besi, dan tiga ratus empat puluh bilah pedang.
Harta-harta Banu al-Nadhir, tanah mereka dan rumahnya adalah khusus untuk Rasulullah sahaja. Baginda mengagihkan mengikut kehendaknya, dan tidak pula Baginda mengeluarkan seperlima darinya, kerana Allah yang merampasnya, tanpa berlaku serangan kaum muslimin dengan tunggangan mereka, Baginda membahagikannya di kalangan kaum Muhajirin yang awal sahaja, namun Rasulullah beri juga kepada Abu Dujanah dan Sahal bin Hanif dari Ansar kerana kefakiran mereka. Harta-harta itu dibelanjakan untuk ahli rumahnya untuk tempoh setahun, manakala senjata dan peralatan lain digunakan untuk jihad fi sabilillah.
Peristiwa Banu al-Nadhir ini berlaku di bulan Rabiulawal tahun keempat Hijrah bersamaan Ogos 635 Masihi, sempena peristiwa ini Allah menurunkan surah al-Hasyr sepenuhnya, padanya Allah menceritakan penyingkiran kaum Yahudi, pendedahan sikap kaum munafiqin, hukum rampasan al-Fay (harta rampasan yang diperolehi tanpa berperang), pujian ke atas Muhajirin dan Ansar, hukuman keharusan memotong dan membakar tumbuhan di bumi musuh untuk strategi peperangan dan itu bukan kerosakan di bumi Allah. Disurah ini juga pesanan kepada kaum mukmin supaya iltizam dengan taqwa dan persiapan untuk akhirat, diselesaikan surah ini dengan kepujian ke &tas zat Allah di samping menjelaskan nama-nama dan sifat-sifatNya. Ibnu Abbas menamakan surah al-Hasyr ini dengan surah al-Nadhir.
PEPERANGAN NAJD
Dengan kemenangan yang dicapai oleh umat Islam di dalam peperangan Banu al-Nadhir ini, tanpa pengorbanan yang banyak, kini kedaulatan pemerintahan mereka di Madinah kembali kukuh. Kaum munafiqin mula menabirkan diri untuk tidak berterang-terangan memusuhi dan menipu helah terhadap kaum muslimin. Kini Rasulullah boleh menumpu sepenuh tenaga untuk membendung Arab-arab Badwi yang cuba melanggar kaum muslimin terutamanya selepas peristiwa Uhud seperti serangan mereka ke atas golongan pendakwah dengan cara terkutuk dan kotor, malah mereka ini sampai ke peringkat berani hendak melanggar Madinah.
Sebelum Rasulullah bergerak di dalam operasi-operasi pengajaran ke atas mereka yang mencabuli dan mengkhianati kaum muslimin, telah sampai ke pengetahuan Rasulullah, di mana kabilah-kabilah Arab Badwi dan kabilah-kabilah Banu Muharib dan Banu Tha'labah dari suku Ghatafan telah mengerah tenaganya, maka dengan segera Rasulullah keluar terlebih dahulu memburu mereka di pendalaman Najd, di dalam rangka menakut-nakutkan kabilah-kabilah berkenaan yang degil, supaya tidak mengulangi perbuatan mereka yang terkutuk itu.
Dengan itu Arab Badwi di pendalaman yang bermaharajalela dengan mencuri dan menyamun, kini bila sahaja mendengar kedatangan kaum muslimin di daerah mereka terpaksa berhati-hati dan ada yang lari ke kemuncak gunung, demikian cara umat Islam menimbulkan ketakutan dan kegerunan di kalangan kabilah-kabilah yang biasa membuat serangan, kini Madinah kembali kepada keadaan sejahtera.
Ahli sirah dan peperangan telah menyebut sehubungan dengan ini satu peperangan tertentu telah dilakukan oleh kaum muslimin di bumi Najd di dalam bulan Rabiulakhir atau permulaan Jamadilawal di tahun 4 hijrah, ahli sirah menamakan peristiwa -ini dengan Ghazwah Zat al-Riqa' kejadiannya tidak syak lagi memang di dalam lingkungan masa ini, kerana inilah suasana yang meminta Madinah bertindak sedemikian, terutamanya musim perang Badar Dua sudah hampir tiba. Seperti yang dijanji-janjikan atau lebih tepat yang diugut oleh Abu Sufian semasa beliau beredar diri dari kancah Uhud. Jadi membiarkan Madinah terdedah kepada suku-suku Arab Badwi dan pedalaman dengan penderhakaan dan kemaharajalelaan mereka, bukanlah satu strategi peperangan yang baik. Malah harus dipatah-patahkan kekuatan mereka, dan dicegah kenakalan serta penderhakaan mereka itu terlebih dahulu, sebelum menghadapi peperangan besar yang mereka menduga kepastiannya.
Peperangan yang dikatakan dipimpin sendiri oleh Rasulullah di dalam bulan Rabiulakhir atau Jamadilawal tahun 4 Hijrah sebagai peperangan Zat al-Riqa' tidak benar, kerana peperangan Zat al-Riqa adalah peperangan yang turut dihadiri bersama oleh Abu Hurairah dan Abu Musa al-Asy'ari (r.a), sedang Abu Hurairah memeluk Islam beberapa hari sebelum peperangan Khaibar, sama halnya dengan Abu Musa yang bersama dengan Rasulullah hanya baru di dalam peperangan Khaibar sahaja. Oleh itu peperangan Zat al-Riqa' ini adalah selepas peperangan Khaibar, bukti kejadiannya lewat dari tahun keempat hijrah, ialah peristiwa Rasulullah melakukan "solat al-khauf". kerana pertama kali disyarakkan solat al-khauf, ialah di dalam peperangan Asafan. Satu hakikat yang tidak dipertikaikan ialah peperangan Asafan berlaku selepas peperangan al-Khandak, dan peperangan 41-Khandak adalah dipenghujung tahun kelima.
PEPERANGAN BADAR KEDUA
Setelah kaum muslimin berjaya mematahkan kekuatan Arab-arab Badwi dan membendung pencerobohan-pencerobohan mereka, kini orang Islam membuat persiapan untuk berhadapan dengan seteru mereka yang lebih besar. Hari ini genap sudah setahun hari yang dijanjikan Quraisy -iaitu janji sewaktu peperangan Uhud dahulu. Memang tugas Muhammad (s.a.w) dan para sahabatnya untuk keluar di hari ini, untuk menghadapi Abu Sufian dan kaumnya, di sana akan dicorakkan kancah peperangan buat kali kedua, bagi menentukan mana satu kumpulan yang lebih benar dan lebih mampu untuk terus hidup.
Di bulan Sya'ban tahun 4 Hijrah bersamaan Januari 626 Masihi Rasulullah pun keluar, sebagai menepati janji Abu Sufian dengan Baginda, dengan kekuatan seramai seribu lima ratus (1,500) askar, manakala kuda tunggangan sebanyak sepuluh ekor kuda, benderanya dibawa oleh Alt bin Talib manakala Abdullah bin Rawahah memikul tanggungjawab mentadbir Madinah semasa ketiadaan Rasulullah. Sesampainya di Badar Baginda pun berhenti dan tinggal di situ sementara menunggu ketibaan musyrikin Quraisy.
Adapun Abu Sufian telah keluar dari Makkah dengan kekuatan seramai dua ribu musyrikin Makkah dan kuda tunggangan mereka sebanyak lima puluh ekor kuda, hingga apabila mereka sampai ke Mar al-Zahran hanya satu marhalah dari Makkah maka mereka pun singgah di tempat berair yang bernama Mijannah.
Sebenarnya Abu Sufian semasa hendak keluar pun sudah terasa keberatan, beliau memikir panjang tentang padah berperang dengan kaum muslimin, beliau terasa takut dan gerun, perasaannya dikuasai kehebatan kaum muslimin, sesampainya beliau di Mar al-Zahran jiwanya semakin lemah, oleh yang demikian beliau pun mencari helah untuk pulang semula ke Makkah, di sini beliau berkata kepada pengikutnya: Wahai kalian Quraisy sebenarnya untuk berperang tahun ini tidak sesuai, seeloknya di tahun yang subur, di musim menjaga tanaman dan ternakan, hinga dapat kamu meminum susu, tapi tahun ini tahun kemarau, aku hendak pulanglah semula, Ayuh pulang kamu semua.
Nampaknya kegerunan dan ketakutan mencengkam perasaan-perasaan tentera Quraisy, dengan itu mereka semua berundur pulang hingga tidak berlaku sebarang perlanggaran pun, malah kesungguhan dari pihak Quraisy untuk berhadapan dengan kaum muslimin langsung tak ada.
Manakala kaum muslimin berkhemah di situ selama lapan hari menunggu ketibaan Quraisy seperti yang dijanjikan dahulu, di sana mereka menjualkan barang perniagaan yang membawa keuntungan, barang-barang yang satu dirham dijual dengan dua dirham, lepas itu mereka kembali semula ke Madinah setelah teraju serangan mengejut yang dahulunya didominasikan oleh pihak musyrikin kini kembali ke tangan kaum Muslimin dan kehebatan bertapak semula di kalangan mereka. Peristiwa ini dikenali sebagai Badar al-Mau'id, Badar kedua, Badar terakhir atau Badar kecil.
PEPERANGAN DAUMAH AL-JANDAL
Dostları ilə paylaş: |