Kata ibnu Hajar: Abu Ma'syar telah menyebut tentang mereka yang telah diisytiharkan halal darah, mereka ialah al-Harith bin Talatil al-Khuzai'e beliau telah dibunuh oleh Ali. Al-Hakim menyebut bahawa di antara mereka yang dihalalkan darahnya ialah Kaab Zuhair, cerita mengenai beliau adalah cerita yang terkenal, akhirnya beliau memeluk Islam dan bermadah memuji Rasulullah.
Adapun perihal Wahsyi bin Harb dan Hind binti Utbah berakhir dengan memeluk Islam, manakala Arnab hamba perempuan Ibnu Khatal telah terbunuh, juga Ummu Saad sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishak, dengan itu maka genaplah bilangan mereka yang dibunuh semasa pembukaan Makkah itu lapan orang lelaki dan enam perempuan. Berkemungkinan Arnab dan Ummu Saad itu adalah dua orang penyanyi, berlaku ikhtilaf pendapat mengenai kedua-dua nama mereka atau nama keduanya itu sebenarnya nama timangan atau gelaran.
SAFWAN BIN UMAIYAH DAN FUDHALAH BIN UMAR MEMELUK ISLAM
Safwan bin Umaiyah tidaklah merupakan di antara tokoh yang dihalalkan darahnya, namun sifatnya sebagai pemimpin besar di dalam masyarakat, membawa beliau mencurigai keselamatan dirinya sendiri, maka sebab itu beliau melarikan diri, dan beliau dipohon keamanan dari Rasulullah oleh Umair bin Wahab al-Jumahi: Rasulullah pun menerima permintaan Umair itu, sebagai tanda, Baginda memberikan beliau serbannya yang dipakai semasa memasuki kota Makkah. Amir pun segera mendapatkan Safwan yang sedang hendak menaiki kapal layar yang akan bertolak ke negeri al-Yaman. Amir cepat-cepat memegang Safwan, dan memberi tahu kepadanya bahawa beliau telah meminta dari Rasulullah untuk memberi masa kepada beliau yakni Safwan selama dua bulan untuk beliau membuat keputusan, tetapi Rasulullah telah menjawab dengan sabdanya: "Aku beri empat bulan". Maka dengan itu Safwan pun memeluk Islam. Sebenarnya isterinya sudah pun memeluk Islam terlebih dahulu darinya sebelum ini, dan Rasulullah telahpun memperakui dengan akad pertama mereka dahulu.
Fudhalah adalah seorang wira yang berani, beliau telah datang menghampiri Rasulullah semasa bertawaf dengan tujuan untuk membunuh Baginda. Tetapi Rasulullah'semasa berseiringan dengan Fudhalah, Baginda memberi tahu beliau tentang rancangan jahat beliau yang terpendam di dalam hatinya, menyebabkan beliau terus memeluk Islam.
PENYAMPAIAN RASULULLAH DI HARI KEDUA PEMBUKAAN MAKKAH
Pada keesokan hari Rasulullah tampil ke hadapan membuat satu penyampaian kepada khalayak ramai Makkah, setelah memuji dan bertahmid kepada Allah, Baginda bersabda: "Wahai manusia kalian, sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi Makkah sejak langit dan bumi ini dijadikan, maka ianya menjadi haram dengan pengharaman Allah itu, hinggalah ke hari qiamat, tidak halal bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk menumpah darah, atau mematahkan pokok-pokok, kiranya ada orang mempersoalkan peperangan yang dilakukan oleh Rasulullah, makajawab kepada mereka: Sebenarnya Allah telah pun mengizinkan kepada RasulNya sahaja dan tidak kepada kamu, itu pun diharuskan untuk ketika tertentu sahaja, nah kini pengharaman kembali semula seperti di hari kelmarin, oleh itu yang hadir di antara kamu berkewajipan menyampaikan kepada yang tidak hadir".
Dalam satu riwayat yang lain: Tidak mematahkan sebarang durinya, tidak mengemparkan buruannya, tidak mengambil barangan tercicir kecuali orang yang mengenalinya, dan tanah lapangnya tidak boleh dibuang air (air kecil atau air besar). al-Abbas mencelah dengan katanya: "Wahai Rasulullah kecuali pokok al-Izkhir, kerana ianya untuk hamba-hamba dan rumah mereka". Jawab Rasulullah: "Ya kecuali pokok al-Izkhir".
Sebelum ini Khuza'ah telah membunuh seorang lelaki dari Banu Laith membalas dendam di atas pembunuhan seorang anggota qabilah mereka. Sehubungan dengan perkara ini maka Rasulullah bersabda: "Wahai kalian Khuza'ah, elaklah tangan kamu dari pembunuhan, sebenarnya pembunuhan terlalu banyak, walau pun itu boleh memberi manfaat, sebelum ini kamu telahpun membunuh mangsa kamu dan kini biarlah aku membayar pampasannya, tetapi sesiapa yang membunuh selepas pemberitahuan ku ini di sini, maka keluarganya di antara dua pilihan, sekiranya mereka mahu darah maka darah pembunuhannya, atau sekiranya mereka mahu tebusan maka pampasanlah hams dibayar".
Dalam satu riwayat yang lain; Maka bangunlah seorang berketurunan al-Yaman yang dikenali sebagai "Abu Syah" menyeru: "Wahai Rasulullah! Tuliskanlah itu untukku", maka kata Rasulullah: "Ayuh tuliskanlah untuk Abu Syah".
KECURIGAAN AL-ANSAR DENGAN PERMUKIMAN RASULULLAH DI MAKKAH
Setelah selesai semua urusan mengenai pembukaan Makkah yang merupakan tanah air dan tanah tumpah darah Baginda, maka al-Ansar mencurigai sesuatu, dan mereka berbisik-bisik sesama mereka: "Apakah kamu berpendapat bahawa setelah mereka membantu Rasulullah hingga terbuka tanah airnya ini akan Baginda terus bermaustautin di sini?". Sedang di ketika itu Baginda tengah menadah tangannya yang mulia itu berdoa restu di atas bukit al-Safa', setelah selesai dari doanya itu terus Baginda bertanya: "Apa yang kamu cakap-cakapkan tadi?". Jawab mereka: "Tidak ada apa-apa, wahai Rasulullah". Baginda terus mendesak mereka mengenai apa yang mereka bisik-bisikkan itu, hinggalah mereka mencerita yang sebenar, maka segera Rasulullah menjawab dengan penegasannya: "Aku berlindung dengan Allah, sebenarnya penghidupanku adalah dipenghidupan kamu dan kematian ku adalah dipersada kematian kamu".
AL-BAI'AH
Setelah berjayanya pembukaan Makkah dengan pertolongan Allah itu, maka tertampillah kebenaran Islam kepada penduduk Makkah dan mereka sudah pasti bahawa tiada jalan kepada kejayaan yang hakiki kecuali dengan al-I-slam, dengan itu maka mereka semua tunduk dan patuh kepada perintah-perintah Islam, mereka semua berkumpul untuk membuat pengakuan taat setie dalam satu program baiah di mana Rasulullah duduk di Bukit al-Safa dengan sekalian yang hadir manakala Umar Ibnu al-Khattab di bawah sedikit dari Rasulullah memerhati sesiapa yang hadir di situ, dengan itu semua yang datang ke situ masing-masing membuat baiah dengan Rasulullah sekadar yang terdaya mereka lakukan.
Di dalam kitab "Madarik al-Tafizil" menyebut seperti berikut: Diriwayatkan bahawa setelah Rasulullah selesai dari proses menerima baiah daripada kaum lelaki, Baginda meneruskan penerimaan baiah dari kaum wanita pula. Rasulullah duduk di bukit al-Safa' sedang Umar bin al-Khattab duduk di samping Rasulullah membaiah mereka dengan perintah Rasulullah, juga menyampaikan kepada mereka segala sesuatu dari Baginda. Dalam keadaan begitu, Hind bind Utbah, isteri Abu Sufian pun datang ke hadapan Rasulullah dengan cara menyamar diri kerana takutkan Rasulullah mengetahui beliau, kerana beliau masih mengingati tindakannya terhadap Hamzah. Maka Rasulullah berkata: "Aku membaiahkan kamu untuk tidak mensyirikkan Allah dengan barang sesuatu pun". Tugas ini dilakukan oleh Umar, dan kata Rasulullah: "Dan jangan kamu mencuri". Maka jawab Hind: "Sebenarnya Abu Sufian seorang yang bakhil, sekiranya aku ambil sedikit dari hartanya beliau akan terkilan", maka kata Abu Sufian: "Apa yang engkau ambil itu halal". Lalu Rasulullah (s.a.w) pun tersenyum kerana Baginda sudah mengenali beliau dengan katanya: "Engkau ini Hindun"?. Jawab beliau: "Ya wahai Rasulullah". Katanya lagi: "Maafkanlah daku wahai nabi Allah", maka Rasulullah pun memaafkan beliau. Kata Baginda: "Dan tidak berzina". Kata Hindun: "Apakah seorang wanita yang merdeka wajar berzina?". Jawab Rasulullah: "Dan tidak sekali-kali membunuh anak- anak mereka". Kata Hindun pula: "Kami yang memeliharakan mereka sejak kecil lagi, dan kamulah yang membunuh mereka apabila dewasa, dan merekalah yang lebih mengetahui hal ini". Kerana anaknya Hanzalah bin Abi Sufian telah terbunuh di dalam peperangan Badar, menyebabkan Umar ketawa hingga beliau terduduk, manakala Rasulullah tersenyum sahaja.
Kata Rasulullah lagi: "Dan tidak juga melakukan perkara-perkara sumbang". Jawab Hindun: "Demi Allah kerja sumbang itu suatu yang hodoh dan jelek, sebenarnya apa yang Rasulullah perintahkan itu adalah suruhan-suruhan yang wajar lagi matang di samping suruhannya kepada akhlak-akhlak mulia". Seterusnya kata Rasulullah (s.a.w): "Dan tidak sekali-kali membantah terhadap kerja-kerja makruf (kebaikan)". Kata Hindun: "Demi Allah kami menghadiri perhimpunan sedang dalam hati kami tidak ada sedikit pun cebisan-cebisan penderhakaan".
Semasa beliau pulang ke rumahnya terus beliau memecahkan berhala-halanya sambil berkata: "Kami tertipu dengan kau".
MARHALAH KE TIGA
Ini merupakan marhalah terakhir di dalam perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. yang mempamerkan pencapaian -pencapaian hasil usaha dakwahnya. Selepas melalui satu masa perjuangan jihad, kepenatan, tribulasi, peperangan dan pertarungan yang tidak kurangnya menumpahkan darah yang banyak kesemuanya ini Baginda harungi selama 20 tahun.
Pembukaan kota Mekah merupakan kemenangan yang kritikal yang dicapai oleh kaum muslmin di sepanjang tahun perjuangan mereka, kemenangan yang mengubah peta dan urusan perjalanan hidup seterusnya merubah suasana dan bi'ah bangsa arab itu sendiri. Pembukaan agung itu merupakan garis pemisah diantara era lama dan yang akan datang dimana sebelum ini bangsa arab yang menjadi ikutan mereka. Penundukkan kaum quraisy di bawah bendera islam dianggap sebagai penghapusan total kepada kuasa dan penyembahan berhala di semenanjung Arab. Marhalah ini dapat dibahagikan kepada dua fasa:
FASA PERTAMA: PERJUANGAN DAN PEPERANGAN
FASA KE DUA : BANGSA YANG BERBAGAI DAN QABILAH-QABILAH ARAB BERLUMBA LUMBA
MENGANUT ISLAM.
PEPERANGAN HUNAIN
Pembukaan kota Makkah berlaku dalam satu masa yang terlalu singkat. Selepas satu pukulan mengejut, membingungkan seluruh bangsa Arab dan menjadikan seluruh qabilah yang berhampiran dengannya terkejut, mereka tidak berdaya untuk menghalanginya, oleh yang demikian mereka tidak ada jalan selairi dari menerima sahaja hakikat yang berlaku, terkecuali beberapa qabilah yang gagah, ganas dan bongkak, terutamanya seperti suku Hawazin dan Thaqif, kemudian turut membuat sikap yang sama ialah qabilah Nasr, Jasyam, Saad bin Bakar dan beberapa individu dari Banu Hilal. Kesemua mereka ini dari kelompok Qais Ailan, qabilah-qabilah ini terasa berat untuk menerima kemenangan Islam. Oleh yang demikian maka seluruh mereka telah bersekutu dengan Malik bin Auf al-Nasri dan membuat keputusan untuk bergerak mara memerangi kaum muslimin.
PERGERAKAN MUSUH DAN PERSINGGAHAN DI AUTAS
Sebaik sahaja Malik bin Auf selaku turus agung pemimpin pergerakan musuh membuat keputusan untuk bergerak memerangi kaum muslimin, maka di antara keputusannya ialah membawa bersama mereka harta-harta, kaum wanita dan anak-anak mereka. Dengan itu mereka pun bergerak hingga sampai di Autas, lembah yang terletak di daerah perkampungan Hawazin berhampiran "Hunain". Namun demikian lembah Autas bukanlah lembah Hunain, lembah Hunain terletak berhampiran Zi al-Majaz. Dari lembah Autas ke Makkah adalah sepuluh batu lebih ke arah Arafah.
YANG BERPENGALAMAN DI DALAM PEPERANGAN (MEMATAHKAN) PENDAPAT PEMIMPIN
Semasa beliau turun bersama orang ramai di Autas, di antara mereka ialah Duraid bin al-Sammah, ianya seorang yang lanjut usia dan buta, berpengetahuan mengenai peperangan, berani dan berpengalaman. Tanya Duraid: "Di lembah mana kamu sekarang?" Jawab yang hadir: "Kita sekarang di Autas," maka kata beliau: "Ianya adalah sebaik tempat untuk kuda-kuda di sini", ku menelah bahawa tiada peristiwa yang mendukakan dan tanah lapang yang tidak diceroboh, tetapi apa itu? ku dengar suara-suara unta dan teriakan keldai, malah kedengaran tangisan anak-anak dan bebekan kambing" Jawab mereka: "Sebenarnya Malik bin Auf telah mengerah habis-habisan, bersama-sama askar ialah kaum wanita, harta-harta dan anak-anak mereka, kemudian beliau menjemput Malik dan bertanyakan kenapa dibawa kesemuanya ini. Jawab beliau: "Aku hendak letak semuanya ini di belakang setiap tentera supaya setiap mereka bersemangat untuk mempertahankan haknya". Jawab Duraid: "Demi Allah, ini adalah tindakan seorang gembala kambing, bukannya seorang pemimpin bangsa. Apakah orang kalah dapat membawa balik sesuatu?
Sebenarnya walaupun kesemuanya itu milik kau tetapi ianya tidak memberi sebarang faedah pun kepada seorang pahlawan selain dari pedang dan tombaknya. Seandai kau kalah bererti kau telah menempah padah buruk ke atas keluarga kau dan harta kau". Kemudian beliau bertanya kepada qabilah- qabilah lain dan pemimpin-pemimpinnya. Dan katanya lagi: "Wahai Malik, sebenarnya kau belum lagi menyediakan perisai "Huwazin" ke leher-leher kuda-kuda mereka, Ayuh letakkan mereka di dalam benteng-benteng negara mereka, dan status ketinggian bangsa mereka, kemudian berhadapanlah dengan pengikut Muhammad itu dengan kuda kamu, sekiranya kemenangan berpihak kepada kamu maka orang-orang kau akan menurut dari belakang, tapi sekiranya kau kalah maka keluarga kau dan harta kau masih selamat".
Namun Malik ketua agung itu enggan mematuh permintaan itu dengan menegaskan: "Demi Allah tidak akan ku lakukan, sebenarnya kau sudah lanjut usia, pemikiran kau pun sudah nyanyuk. Demi Allah, Hawazin mesti mengikut cakapku, atau pun aku boleh tusukkan pedang ku ini ke perut ku hingga terkeluar dari belakang ku". Sebenarnya beliau tidak suka Duraid memain sebarang peranan yang kelak akan disebut-sebut namanya. Maka jawab seluruh Hawazin: "Ya kami semua mengikut arahan mu". Sekali lagi Duraid berkata: "Inilah hari yang belum pernah lagi aku saksikan sepertinya, aku tidak mahu melepas peluang untuk melihat kesudahannya". Lantas beliau bermadah:
Kiranya ku masih belia
Di medan perang ku mara
Kancahnya ku nyala
Tentera ku terajui
Air mata ku usapi
Kini peperangan bagaikan bin-bin
Ke ruang persembelihan dituntuni
UNIT INTIPAN MUSUH
Beberapa orang risikan yang dihantar oleh Malik kini kembali kepadanya memberi laporan dalam keadaan mengeletar. Kata Malik: "Apa ceritanya?" Jawab mereka; "Kami dapati tentera serba putih di atas belakang kuda-kuda merah dan putih, kami ketakutan dan inilah hal kami".
UNIT INTIPAN RASULULLAH (S.A.W)
Rasulullah telah mendapat maklumat tentang pergerakan musuh, sebagai tindakan maka Rasulullah mengutus Abi Hadad al-Aslami menyuruh beliau menyusup masuk ke tengah-tengah musuh dan tinggal di sana untuk memperolehi maklumat lengkap mengenai mereka. Abu Hadad pun bergerak ke sana.
RASULULLAH BERGERAK MENINGGALKAN MAKKAH MENUJUKE HUNAIN
Tanggal enam (6) haribulan Syawal tahun kelapan (8)Hijrah bersamaan pada hari Sabtu, Rasulullah pun bergerak keluar dari Makkah. Hari itu genap sembilan belas hari Rasulullah memasuki Makkah, Baginda bergerak dengan kekuatan seramai dua belas ribu tentera Islam, sepuluh ribu adalah mereka yang keluar bersama-sama Baginda semasa pembukaan Makkah, selebihnya adalah penduduk Makkah, di mana kebanyakan mereka masih baru lagi menganut Islam. Rasulullah telah meminjamkan seratus pasang baju besi dengan kelengkapannya sekali, buat memikul tanggungjawab Makkah, Baginda telah meletak Utab bin Usaiyed sebagai amirnya.
Di sebelah petang seorang askar berkuda telah datang menemui Rasulullah dengan berkata: Ku telah naik ke bukit itu dan bukit ini, dan ku telah dapati qabilah Hawazin telah keluar seisi rumah mereka, wanita-wanitanya, unta-unta dan harta-hartanya. Rasulullah (s.a.w) senyu.m mendengar laporan berkenaannya sambil berkata: "Itu adalah harta rampasan kaum muslimin besok". Insya Allah, di malam itu secara sukarela Anas bin Abi Mirthad al-Ghanuwi telah menawar dirinya untuk mengawal Rasulullah (s.a.w).
Semasa di dalam perjalanan mereka ke "Hunain" tentera Islam telah melihat sepohon kayu besar menghijau dikenali sebagai "Zat Anwat". Sudah menjadi adat orang Arab untuk menyangkut peralatan senjata mereka di situ. Maka kata sesetengah tentera kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, buatkan untuk kita Zat Anwat juga seperti mereka mempunyai Zat Anwat mereka. Jawab Rasulullah (s.a.w): "Allahu Akbar, Maha Besar Allah, kamu sanggup berkata demikian. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, kata-kata kamu ini serupri dengan kata-kata kaum Musa kepadanya. Jadikanlah untuk kami Tuhan, seperti mana mereka itu mempunyai Tuhan mereka dan kata Musa: Sesungguhnya kamu ini satu kaum yang jahil, dan sebenarnya inilah ikutan, dan sebenarnya kamu akan mengikuti jalan- jalan orang yang terdahulu dari kamu ". Terdapat juga di antara mereka yang berkata setelah melihat bilangan tentera yang ramai: Di hari ini kita tidak boleh dikalahkan lagi. Kata-kata ini dianggap dan dipandang berat oleh Rasulullah.
TENTERA ISLAM DISERANG HENDAP DAN PENDIRIAN KAUM MUHAJIRIN
Tentera Islam telah sampai ke Hunain pada malam Selasa sepuluh hari terakhir bulan Syawal. Malik bin Auf telah sampai ke situ terlebih dahulu, beliau telah menyusun tenteranya di lembah Hunain, dengan meletakkan kelompok penyerang di sepanjang jalan dan pintu masuk malah di seluruh lereng-lereng bukit Hunain dan lorong-lorongnya, beliau memberi arahan supaya mereka memanah tentera Islam apabila mereka muncul di situ, kemudian menyerang serentak ke atas tentera Islam.
Di hujung malam Rasulullah menyusun tenteranya, Baginda membahagikan tenteranya kepada pasukan-pasukan dan unit-unit, di awal subuh mereka berjalan menuju ke lembah Hunain, semasa tentera Islam turun ke lembah berkenaan, tiba-tiba mereka dihujani dengan serang hendap oleh tentera Malik yang telah lama menunggu di situ, tentera Islam dihujani dengan panahan yang bertubi-tubi, serentak dengan itu unit-unit tentera musuh mengasak mereka, apa lagi tentera Islam pun berpatah balik ke belakang dalam keadaan berkecamuk dan huruhara. lanya adalah satu kekalahan yang parah, hinggakan Abu Sufian yang masih baru lagi dengan Islam pun berkata; "Kekalahan mereka ini tidak akan berhenti kecuali setelah mereka berundur hingga sampai Laut (yakni Laut Merah). Dalam keadaan kelam Kabul Jibillah atau Kildah bin al-Junaid meneriak dengan katanya: "Hari ini sihir sudah tidak menjadi lagi". Rasulullah (s.a.w) mengelak sebelah kanan sambil melaung: "Wahai kalian ayuh ke sini, aku adalah Rasulullah, aku Muhammad Ibni Abdullah". Yang kekal bersama Baginda dalam keadaan yang gawat ini hanya beberapa orang dari kaum Muhajirin dan keluarga Baginda. Di dalam situasi ini terserlah keberanian Rasulullah (s.a.w)yang tiada bandingannya. Rasulullah tampil ke hadapan kaum kafirin dengan memecut keldainya sambil melaung:
Aku adalah nabi sebenar tiada mendusta
Akulah putera Abdul al-Muttalib
Di masa itu Abu Sufian bin al-Harith terus memegang tali keldainya dan al-Abbaspun dengan tunggangannya kedua-dua mereka membantu Rasulullah (s.a.w) supaya keldai tidak memecut laju. Kemudian Rasulullah (s.a.w) turun dengan tangan memohon kepada Allah dengan katanya: Ya Allah Ya Tuhanku turunkanlah pertolongan Mu itu.
TENTERA ISLAM BERSATU SEMULA DAN MENERUSKAN PEPERANGAN
Rasulullah mengarah bapa saudaranya al-Abbas yang bersuara lantang untuk melaung kepada semua para sahabat. Kata al-Abbas: Aku melaung sehabis lantang suaraku: "Mana dia para sahabat setia?" Kata al-Abbas seterusnya: Demi Allah, semasa mereka mendengar laungan itu segera mereka berpatah balik bagaikan kembalinya seekor lembu ke hadapan anak kesayangannya. Jawab mereka semua: "Ya Rasulullah, Ya Rasulullah ada orang cuba hendak berpatah balik kepada Rasulullah dengan untanya, sudah tidak terdaya kerana kesesakan, maka ditinggalkannya sahaja tunggangan itu, dengan mengambil pedangnya, dan perisai, terus meluru ke arah suara yang melaung mereka". Setelah terkumpul seratus orang maka mulalah mereka menghadapi tentangan musuh dan terus berperang dengan lebih serius. Setelah itu laungan khusus ditujukan kepada golongan al-Ansar, lebih khusus lagi kepada golongan Banu al-Harith bin al-Khazraj, dengan itu kelompck-kelompok Islam mula bercantum semula satu demi satu hingga pulih dan kembali keadaannya seperti sebelum berlakurya peperangan, dan kini kedua-dua belah pihak saling asak m.sngasak pihak lawannya. Apabila Rasulullah melihat ke arah medan pertempuran, didapati begitu sengit dan setiap pihak bergelut, justeru itu Baginda bersabda: "Kini peperangan memuncak". Maka Baginda mengambil segenggam pasir dan melontarnya ke arah musuh sambil bersabda: "Buta mata kalian". Dengan izin Allah setiap mata musuh terkena pasir lontaran Rasulullah menyebabkan daya saingan mereka luntur dan keadaan mereka kucar kacir.
KEKUATAN MUSUH BERPECAH DIIKUTI DENGAN KEKALAHAN TERUK
Tidak berapa lama selepas Rasul mencampak pasir ke muka musuh, ketaralah kekalahan mereka, dari Thaqif sahaja tujuh puluh (70) orang terbunuh, dengan itu kaum muslimin segera mengondol harta dan peralatan senjata musuh termasuk kaum wanita menjadi tawanan. Perkembangan akhir ini telah pun Allah (s.w.t) menyebut di dalam firmanNya:
" Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kdmu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir ".
(al-Taubah: 25 - 26)
GERAKAN MEMBURU
Sebaik sahaja musuh merasai kekalahan mereka, maka sebahagian mereka segera melarikan diri ke Taif, sekumpulan yang lain lari ke Nakhlah, yang satu lagi ke Autas. Rasulullah segera menghantar satu unit pemburu dipimpin oleh Abu Amir al-Asya'ari, di sana berlaku satu pertempuran kecil di antara kem Islam dan kem musyrikin, berakhir dengan kekalahan puak musyrikin. dalam pertempuran ini Abu Amir al-Asya'ari jatuh syahid. Sekumpulan yang lain memburu kelompok musyrikin yaiig lari ke Nakhlah dan sempat mereka menghancurkan kelompok berkenaan. Bersama mereka Duraid bin al- Sammah, juga dibunuh oleh Rabiah bin Rafi'e. Manakala kelompok yang lari ke Taif, Rasulullah sendiri yang bertindak memburunya dan darinya terkumpul rampasan-rampasan perang yang banyak.
RAMPASAN-RAMPASAN
Rampasan yang dipungut oleh kaum muslimin terdiri dari: Enam ribu (6,000) orang tawanan, dua puluh empat ribu (24,000) ekor unta, lebih empat puluh ribu (40,000) ekor biri-biri dan empat ribu (4,000) awqiyah emas. Rasulullah menyuruh dihimpunkan kesemuanya itu, dan ditempatkan di "al-Ja'ranah", dengan melantik Mas'ud bin Amru al-Ghaffari sebagai penjaganya, tanpa membahagikannya, hinggalah selesai gerakan ghuzwah ke atas "al-Ta'if". Di antara orang yang menjadi tawanan perang ialah al- Syaima' binti al-Harith al-Saadiah saudara sepenyusuan nabi, semasa beliau di bawa ke hadapan Rasulullah serta memperkenalkan dirinya, lalu Rasulullah pun membebaskannya setelah memastikannya dengan suatu tanda yang Baginda mengecaminya. Rasulullah memuliakan beliau malah Rasulullah menghamparkan kainnya untuk beliau dan dipersilakan beliau duduk di situ. Akhirnya Rasulullah menganugerahkan kemerdekaannya dan memulangkannya ke pangkuan keluarganya.
GHAZWAH TABUK
Bulan Rejab Tahun Kesembilan Hijrah
Peperangan membuka kota Makkah merupakan peperangan yang menentukan di antara al-Haq dan al-Batil, kebenaran dan kepalsuan, hingga dengannya tiada ruang lagi untuk kesangsian dan keraguan tentang kebenaran risalah yang dibawa oleh Muhammad (s.a.w) di kalangan orang-orang Arab. Arus peristiwa berubah sama sekali, kini orang ramai memasuki agama Allah berduyun-duyun, hal ini dapat di jelaskan semasa pembicaraan dalam tajuk "Perwakilan" nanti dan juga bilangan peserta di dalam Hajjah al-Wada'. Dengannya selesai sudah bebanan dalam semenanjung Arab dan kaum muslimin boleh berehat sedikit sementara menunggu tugas lain, iaitu mengajar orang ramai syariat-syariat Islam dan kerja menyebar luas dakwah.
PENCETUS PEPERANGAN
Walau pun penyebaran dakwah Islam dapat berjalan dengan licin, namun satu lagi kuasa iaitu Rom, yang dianggap sebesar-besar kuasa ketenteraan pernah muncul di muka bumi ketika itu, di mana permulaan tentangan mereka ialah pembunuhan yang mereka lakukan ke atas duta Rasulullah (s.a.w) al-Harith bin Amir al-Uzdi oleh Syurahbil bin Amru al-Ghassani. Trajedi tersebut berlaku semasa beliau membawa risalah Rasulullah (s.a.w) untuk diserahkan kepada penguasa Basra. Sebagai tindakan pengajaran Rasulullah menghantar satu sariyah yang dipimpin oleh Zaid bin Harithah, di mana beriakunya satu pertempuran yang sengit di tempat bernama Mu'tah, tetapi sariyah ini tidak dapat menuntut bela terhadap penjenayah yang angkuh itu. Walau bagaimana pun ianya memberi kesan yang mendalam di jiwa bangsa Arab di sekitarnya mahu pun yang jauh.
Dostları ilə paylaş: |