Semantik dan peristilahan bahasa melayu institut pendidikan guru kementerian pelajaran malaysia



Yüklə 355,57 Kb.
səhifə2/5
tarix08.01.2019
ölçüsü355,57 Kb.
#92763
1   2   3   4   5
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.


Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.


  1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.




  1. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.




  1. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.




  1. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.




  1. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.




  1. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.




  1. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.


P

ENGENALAN
Kursus BMM3111 (Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu) terdiri daripada 15 tajuk. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi 8 tajuk terpilih daripada 15 tajuk keseluruhan.
Lapan tajuk yang terlibat dalam modul ini ialah Tajuk 1 - Semantik dalam Bahasa Melayu,Tajuk 2 - Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu, Tajuk 3 - Makna Ayat dalam Bahasa Melayu, Tajuk 4 - Perubahan Semantik, Tajuk 5 - Peristilahan Bahasa Melayu, Tajuk 6 - Sumber Istilah Bahasa Melayu, Tajuk 7- Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu, Tajuk 8 - Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu
Secara umumnya ringkasan tajuk-tajuk tersebut adalah seperti yang berikut:
Tajuk 1 mengenai konsep Semantik dan Makna , Semantik dan Linguistik, dan Semantik dan Sejarah
Tajuk 2 mengenai Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada pecahan tajuk Sinonim, Antonim,Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon) dan Polisem
Tajuk 3 membincangkan Makna Ayat dalam Bahasa Melayu dengan melihat konsep Makna Ayat dan Kerangka Generatif Chomsky
Tajuk 4 adalah khusus menyentuh aspek Perubahan Semantik daripada aspek Pengembangan Makna, Penyempitan Makna dan Anjakan Makna
Tajuk 5 membincangkan Peristilahan Bahasa Melayu yang merangkumi Konsep Dasar Peristilahan (Definisi, Tataistilah dan Tatanama), Istilah Khusus dan Umum, Morfem Peristilahan, Kata Dasar dan Kata Akar, Imbuhan, Kata, Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, serta Paradigma Kata
Tajuk 6 berkaitan Sumber Istilah Bahasa Melayu yang terdiri daripada Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu, Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun, Perbendaharaan Kata Bahasa Asing
Tajuk 7 membincangkan Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu yang terdiri daripada istilah Singkatan,Akronim, Lambang dan Huruf Bilangan, dan Lambang Gambar
Tajuk 8 terdiri daripada Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayuyang merangkumi Ejaan Fonemik dan Etimologi dan Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan dan Imbuhan Asing
Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah yang mengajar melalui e-mel atau secara bersemuka. Sebagai memantapkan kefahaman terhadap setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihati membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari dan topik-topik lain yang berkaitan.






AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.




Bil.

Kandungan

Interaksi

Bersemuka

(jam)

Modul

(jam)

Jum.

Jam


1

Semantik dalam Bahasa Melayu

  • Semantik dan Makna

  • Semantik dan Linguistik

  • Semantik dan Sejarah




-


2

2


2

Fitur Makna dalam Bahasa Melayu

  • Sifat Makna

  • Kelas Makna

  • Lewah dalam Makna



2



-


2


3

Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu

  • Sinonim, Antonim

  • Hiponim, Homonim (Homograf, Homofon)

  • Polisem




-


2


2


4

Makna Ayat dalam Bahasa Melayu

  • Makna Ayat

  • Kerangka Generatif Chomsky



-


2

2


5

Perubahan Semantik

  • Pengembangan Makna

  • Penyempitan Makna

  • Anjakan Makna




-



2


2


6

Semantik Teori Pembuktian

  • Keharmonian dan Pembuktian



2


-

2


7

Taksa dan Ketaksaan Makna dalam Tatabahasa

  • Permasalahan dalam Pengajaran Makna

  • Kepersisan Makna, Ketaksaan Leksikal dan Struktur

  • Kekaburan Makna

2


-

2


8

Peribahasa Bahasa Melayu

  • Makna dalam Peribahasa

  • Asal Makna dalam Peribahasa




2


-

2


9

Peristilahan Bahasa Melayu

  • Beberapa Konsep Dasar Peristilahan: Definisi, Tataistilah & Tatanama,

  • Istilah Khusus & Umum, Morfem Peristilahan,

  • Kata Dasar & Kata Akar, Imbuhan, Kata,

  • Kata Berimbuhan, Gabungan Kata, Bentuk Prototaip, Paradigma Kata




-


2


2

10

Sumber Istilah Bahasa Melayu

  • Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

  • Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

  • Perbendaharaan Kata Bahasa Asing




-


2


2


11

Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

  • Konsep dan Langkah

  • Syarat-syarat

  • Pembentukan Istilah Baru



2



-

2


12

Mengaplikasi Pembentukan Istilah menggunakan Skema Tatacara Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

  • Kata Bahasa Melayu yang Lazim & Tidak Lazim

  • Kata Bahasa Serumpun yang Lazim & Tidak Lazim

  • Kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Asing Lain

2


-

2


13

Aspek Tatabahasa dan Semantik Peristilahan Bahasa Melayu

  • Penggunaan Kata Dasar, Proses Pengimbuhan, Reduplikasi, Penggabungan,

  • Peleburan Fonem & Suku Kata, Proses Analogi

  • Penterjemahan, Paradigma Istilah, Sinonim, Homonim, Hiponim, Kepoliseman

2

-

2

14

Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu

  • Singkatan

  • Akronim

  • Lambang & Huruf Bilangan

  • Lambang Gambar




-


2


2


15

Ejaan dan Peristilahan Bahasa Melayu

  • Ejaan Fonemik & Etimologi

  • Transliterasi dan Transkripsi

  • Ejaan Nama, Penyesuaian Ejaan & Imbuhan Asing

  • Gugus Konsonan



1


1



2



JUMLAH



15


15


30



TAJUK 1

SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU




  • SINOPSIS

Komponen ini tertumpu kepada kajian semantik yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan kepada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Untuk memahami bahasa, kita kita perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya kita perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.




  • HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan tentang semantik , fitur makna, makna leksikal, dan makna ayat.

2. Menghubungkaitkan antara bidang semantik dengan ilmu linguistik.


  • Kerangka Tajuk-tajuk

1.1    Semantik dan Makna

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting terutama sekali istilah semantik dan makna.
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah semantik? Menurut Palmer (1992), istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik.
Istilah ini sebenarnya berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantikos, yang bermaksud penting atau bererti. Istilah semantik mula-mula diperkenalkan oleh M.Breal daripada kata Perancis semantique. Kini istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Kata semantik juga diertikan sebagain”ilmu tentang makna atau erti”.
Kini makna menjadi sebahagian daripada ilmu linguistik.Manakala makna pula secara umumnya membawa erti ‘maksud’ atau ‘erti’. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberikan bermacam-macam pengertian yang lain. Kamus Linguistik (1997) memasukkan dua entri bagi kata makna, iaitu:

(i) Erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata, atau

(ii) Pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata

atau frasa bertulis oleh pembaca.


Ogden dan Richard (1956) pernah memberikan tidak kurang 16 pengertian bagi perkataan makna dalam buku mereka yang berjudul The Meaning of Meanings. Antara pengertian yang diberikan termasuk makna seperti ‘suatu sifat intrinsic, konotasi sesuatu kata, suatu inti, pokok, suatu kemahuan’, dan ‘emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu’. Jadi, berdasarkan pengertian oleh Ogden dan Richard, kita fahami bahawa erti makna cukup menarik tetapi rumit sekali untuk memahami maksud kata makna.

1.2  Semantik dan Linguistik


Kita sudah jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik. Kini semantik sudah boleh diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistic seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Ahli-ahli bahasa meletakkan bidang semantik pada sebelah hujung, manakala fonetik pula pada sebelah hujung yang lain, dan tatabahasa atau nahu terletak di tengah-tengah deretan ini.
Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna. Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa, dan tanpanya, kita mungkin dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “Kerusi itu sedang menyampaikan ucapan di Dewan Gemilang”, sebagai ayat yang betul, walaupun ayat ini menepati aturan bahasa, iaitu menurut susunan subjek dan predikat (S + P) di dalamnya. Hal ini kerana maknanya adalah taksa. Tegasnya, maklumat semantik amat penting dalam linguistik.

1.3  Semantik dan Sejarah
Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah member focus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah membawa trend baharu dalam bidang semantik.
Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi member perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.


Aktiviti Kendiri 1.3.1



  1. Apakah maksud istilah semantik?




  1. Berikan dua definisi tentang bidang semantik


Aktiviti Kendiri 1.3.2

Bidang semantik boleh dibahagikan kepada beberapa subbidang, seperti

semantik linguistik dan semantik falsafah. Bolehkan anda menyenaraikan

tiga lagi subbidang semantik serta fokus kajiannya bagi setiap subbidang

tersebut?




TAJUK 2

MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU




  • SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang leksikal. Dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata bukanlah tersusun dalam satu senarai yang panjang dan mendatar. Ia juga bukan menegak secara homogen iaitu mengandungi semua perkataan dalam sesuatu bahasa itu, seperti tersusunya dalam bentuk kamus. Sebaliknya, susunannya adalah secara berlapis dalam bentuk strata yang banyak serta nmempunyai hubungan konsepsi antara satu sama lain. Susunan perkataan juga mempunyai perkaitan dari segi penggunaannya. Hal ini bermakna sesuatu perkataan yang digunakan mestilah bersesuaian serta berselarasan dengan sesuatu situasi atau keadaan. Perkaitan tersebut lazimnya mempunyai hubungan dengan kebudayaan.




  • HASIL PEMBELAJARAN

1. Membezakan antara sinonim dan antonim.



2.Men jelaskan tentang fitur makna dan makna leksikal dalam bahasa Melayu.


  • Tajuk-tajuk

2.1 Sinonim dan Antonim
2.1.1 Sinonim
Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yng mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Secara umumnya, sinonim disebut sebagai perkataan seerti , misalnya perkataan ‘kereta’ dan ‘motokar’, ‘sejuk’ dan ‘dingin’, ‘suka’ dan ‘gemar’, ‘ganggu’ dan ‘kacau’, ‘lupus’ dan ‘luput’, ‘loncat’ dan ‘lompat’ dan sebagainya. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu.
Dalam kehidupan kita seharian kita biasa bersua dengan penggunaan sinonim di sekeliling kita. Sebagai contoh, di kawasan zoo kita akan melihat papan tanda yang tertulis ‘Tolong jangan usik, kacau atau ganggu binatang-binatang di kawasan ini’. Di perpustakaan pula, terdapat kata-kata yang berbunyi ‘Dilarang membuat bising, bercakap dan berbual-bual’. Perkataan-perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama. Walau bagaimanapun tidak terdapat perkataan yang bersinonim atau mempunyai makna yang benar-benar sama secara tepat.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi.
2.1.1.1 Sinonim Pinjaman
‘Belalang’ bermakna pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, ‘belalang’ bermakna ‘cakcibau’.
Dalam dialek Kedah, ‘batas’ ialah ‘jalan raya’, yang maksud konvensionalnya ialah ‘timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah’.
2.1.1.2 Sinonim Konteks
Perkataan ‘jemput’ dan ‘udang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya, ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
2.1.1.3 Sinonim Laras Sosial
Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.
2.1.1.4 Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.”
“Perkataan ‘banyak’ boleh digunakan sama ada bagi ‘manusia’, ‘tumbuh-tumbuhan’, ‘haiwan’ dan ‘benda’ tetapi pastikan perkataan tersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.
Jika anda menyebut “Banyak pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut” akan menunjukkan makna yang salah. Alasannnya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

2.1.2 Antonim
Antonim ialah pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, misalnya sejuk lawannya panas, baik lawannya jahat, cantik lawannya hodoh, tinggi lawannya rendah, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Namun demikian, tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh tersebut. Oleh itu kata nafi ‘tidak’ kadang kala digunakan bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan ‘lena’ lawannya ‘tidak lena’ ataupun ‘mati’ bermaksud ‘tidak hidup’.
Terdapat beberapa jenis antonim seperti:
(a) Antonim pasangan komplemen

(b) Antonim hubungan darjah



(c) Antonim hubungan bertentangan

Yüklə 355,57 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin