Semantik dan peristilahan bahasa melayu institut pendidikan guru kementerian pelajaran malaysia



Yüklə 355,57 Kb.
səhifə4/5
tarix08.01.2019
ölçüsü355,57 Kb.
#92763
1   2   3   4   5

5.4 Peranan MABBIM
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.
Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.



Latihan 5.4.1

  1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah di laksanakan? Mengapa?




  1. Nyatakan dasar – dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia.

Latihan 5.4.2

  1. Dengan sokongan pengurusan grafik banding bezakan peranan DBP dengan MABBIM dalam perkembangan Bahasa Melayu.

Layari Internet

  1. Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.


5.5 Dasar Pembentukan Istilah Bahasa Melayu

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.


Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:


  1. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;



  1. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;



  1. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;



  1. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan



  1. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.


5.6 Prinsip Pembentukan Istilah
Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;



  1. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.

  2. Kata terbitan.

  3. Kata ganda.

  4. Kata gabungan.


5.6.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)
Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Contoh:


Kata nama: buruj constellation

rawan gristle

cahaya light
Kata kerja: pecut accelerate

Imbas scan

reka invent

Kata adjektif: kenyal elastic

Rawak random

Cemas anxious


Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :
Cerpen cereka

tabika kugiran

pawagam RISDA

MARA ADUN

BERNAMA PLUS

KOBENA BERNAS


5.6.2 Istilah Kata Terbitan
Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.
a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:
belajar pelajar pelajaran

bertapa pertapa pertapaan

bertani petani pertanian



b. Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh:
Menulis penulis penulisan tulisan

mengajar pengajar pengajaran ajaran

mengamal pengamal pengamalan amalan

membesar pembesar pembesaran -

mengubah pengubah pengubahan -

mengairi - pengairan -

c. Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:
memberhentikan - pemberhentian perhentian

- perkecualian

- - pembelajar pelajaran


d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:
Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan

Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan

mempelajari pelajar - pelajaran



e. Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:


saksi Kesaksian

bermakna Kebermaknaan

terbuka Keterbukaan

penduduk Kependudukan

sesuai kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:
Gigi gerigi

susu tenusu

tapak telapak

kuncup kemuncup

sambung sinambung


5.6.3. Istilah Kata Ganda
Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.
a. Ganda Penuh

Contoh:
langit-langit kanak-kanak

labi-labi paru-paru

buku-buku guru-guru



b. Ganda Suku Kata Awal

Contoh:
Tetikus rerongga

Cecair Rerambut

gegua jejari



c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan

Contoh:


dedaunan

pepohonan

jejarian

d. Kata Ganda Berentak

Contoh:
Warna-warni Batu-batan

Serta-merta Bengkang-bengkok

Bolak-balik Hingar-bingar

Dolak dalih Mudar mandir

Pupu poyang rempah ratus



5.6.4 Istilah Bentuk Gabungan
Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

i. Tanpa Imbuhan:
Contoh:
garis lintang atas aras laut

daftar masuk mesin atur huruf

mesin kira tangan segi empat tepat

ganda tiga kamera laut dalam



ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya
Contoh- contoh seperti :
saksi pendakwa pelarasan gaji

dalam talian atas talian

mengambil alih menerima pakai

penerima janji gelombang melintang



iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur
Contoh - contoh seperti:
Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

Perjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi





Latihan 5.4




  1. Berdasarkan contoh – contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan.





Itu sahaja yang perlu anda lakukan. Semoga berjaya.



Buku rujukan


Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.





TAJUK 6

SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU




  • SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk – bentuk istilah (ungkapan) asing yang tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.


6.1 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;


  • kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan.




  • kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

Contoh:

Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital

Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi


  • kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.


6.2 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun
Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:



  • gambut (daripada bahasa Banjar) – peat

  • nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain

  • engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut

  • dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf

  • dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

6.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal
Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.

Contoh – contoh seperti:




Istilah Bahasa Asal

Istilah Bahasa Melayu

  • Atom

  • Electron

  • Professional

  • Psychology

  • Structure

  • Radio

  • Television

  • Radiography




  • Atom

  • Elektron

  • Profesional

  • Psikologi

  • Struktur

  • Radio

  • Televisyen

  • Radiografi


6.4 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;



  • Sesuai maknanya;

  • Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;

  • Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.


6.4.1 Bentuk-Bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal ini bergantung pada:


  • Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;

  • Kemudahan belajar bahasa; dan

  • Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.
6.4.2 Istilah Asing yang sudah lazim
Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan kekeliruan.

Contoh – contoh seperti :



Istilah Asing

Istilah Bahasa Melayu

  • Campaign

  • Custom

  • Dengue

  • Grant

  • Pension




  • Kempen

  • Kastam

  • Denggi

  • Geran

  • Pencen

6.4.3 Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap
Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring.

Contoh:


  1. bona fide

  2. esprit de corps c. fait accompli

  3. weltanschauung

  4. cal de sac




Latihan 6.1


  1. Nyatakan dari mana sumber istilah Bahasa Melayu diperoleh?




  1. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat di perlukan dalam perkembangan peristilahan di Malaysia?



Rujukan


Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6.5 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang
Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

  1. Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Audioconferencing

Autosave


Broadcast

Client-server

Connection-oriented network

Data scrambler

Digital camera

Digital certificate

Digital purse

Digital signature



Sidang audio

Autosimpan

Siaran;siar

Pelanggan-pelayan

Rangkaian berorientasikan sambungan

Pengarau data

Kamera digital

Sijil digital

Dompet digital

Tandatangan digital





  1. Istilah Undang Undang

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Administrative order

Civil disorder

Civil rights

Double jeopardy

Diplomatic immunity

Extradiction

Fraud

Fugitive offender



Fundamental rights

Judicial review

Legitimacy

Mala fide

Mandatory procedure

Native


Natural justice

Perintah pentadbiran

Gangguan awam

Hak sivil

Pendakwaan dua kali

Kekebalan diplomatik

Ekstradisi

Fraud

Pesalah buruan



Hak asasi

Kajian semula kehakiman

Kesahan

Mala fide



Tatacara mandatory

Anak negeri

Keadilan asasi




  1. Istilah Komputer

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Access

Bench mark

Cursor

Data base



Download

End user


Font

Hardware


Integrated circuit

Local area network



Capaian

Tanda aras

Kursor

Pangkalan data



Muat turun

Pengguna akhir

Fon

Perkakasan



Litar bersepadu

Rangkaian kawasan setempat





  1. Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Balance sheet

Bridging loan

Buy out

Buy-back price



By-product

Capital gain

Cash flow

Certificate of authorization

Chief executive officer

Deed of trust

Investment climate

Long term debt

Short-term financing

Sole agent

Steering committee


Kunci kira-kira

Pinjaman penyambung

Beli habis

Harga beli balik

Keluaran sampingan

Laba modal / keuntungan modal

Aliran tunai

Perakuan kuasa

Ketua pegawai eksekutif

Surat ikatan amanah

Iklim pelaburan

Hutang jangka pendek

Pembiayaan jangka pendek

Ejen tunggal

Jawatankuasa pemandu




  1. Istilah Perhotelan

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Ballroom

Banquet


Budget hotel

Buffet


Business centre

Check-in


Check-out

Cocktail


Day use

Deluxe room

Double room

Function room

Luncheon

Twin bed


Waiter (L); waitress (P)

Dewan besar

Bankuet


Hotel jimat / hotel kelas ekonomi

Bufet


Pusat khidmat urusan

Daftar masuk

Daftar keluar

Koktel


Guna siang

Bilik mewah

Bilik kelamin

Bilik majlis

Jamuan tengah hari

Katil-kembar

Pramusaji





  1. Fotografi

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Abstract photography

Between-the-lens shutter

Camera angle

Daylight film

Effective aperture

Flash


Ground-angle view

Half-length portrait

Invisible light

Latitude of exposure

Main lighting

Out of focus

Periscopic lens

Quartz lens

Reflect camera


Fotografi abstrak

Pengatup antara kanta

Sudut kamera

Filem warna cahaya siang

Apertur berkesan

Dengar


Pandangan sudut bawah

Potret separuh

Cahaya halimunan

Latitude dedahan

Pencahayaan induk

Luar fokus

Periskop

Kanta kuarza

Kamera reflex





  1. Istilah Matematik dan Statistik




Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Aerial cable

Affine


Affine geometry

Affine variety

Aggregate

Aggregation

Aggregative

Aggregative index

Aggregative model


Kabel aerial

Afin


Geometri afin

Aneka afin

Agregat

Pengagregatan



Berdaya agregat; pengagregatan

Indeks pengagregatan



Model berdaya agregat

Yüklə 355,57 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin