Semantik dan peristilahan bahasa melayu institut pendidikan guru kementerian pelajaran malaysia


Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah



Yüklə 355,57 Kb.
səhifə5/5
tarix08.01.2019
ölçüsü355,57 Kb.
#92763
1   2   3   4   5

6.6 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah
Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau bagaimanapun, bagi orang bahasa, linguis dan pendidik, mereka amat memahami keputusan yang telah dibuat; mereka akur pada istilah yang telah dibentuk dan menerimanya dengan hati terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya, tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu kepada dua kriteria umum:
Kepesatan ilmu :

  1. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.

  2. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :

  1. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.

  2. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman)




Latihan 6.2

  1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-media massa di Malaysia. Beri pendapat anda tentang kualiti peristilahan yang di gunakan. Adakah anda setuju bahasa yang digunakan itu tepat dengan apa yang hendak dinyatakan?


Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda.



Buku rujukan



Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Grace, H. (1975).Syntax ang semantics 3: Speech acts. New York: Seminar Press.
Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Nathesan, S. (2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).
Nik Safiah Karim dan rakan(2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Palmer,F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lu,pur (Terjemahan oleh Abdullah Hassan)
Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
O, Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman.





TAJUK 7

ISTILAH SINGKATAN DAN LAMBANG BAHASA MELAYU




  • SINOPSIS

Topik ini akan menerangkan dan menjelaskan tentang singkatan dan lambang bahasa. Selain itu, cuba menerangkan perbezaan antara singkatan dengan lambang.



Menjelaskan tentang konsep singkatan, akronim dan lambang

dalam bahasa Melayu.

7.1 Konsep dan definisi singkatan dan Lambang
7.1.1 Definisi Singkatan
Menurut Kamus Dewan (2007: 1501) menyatakan singkatan ialah kependekan, ringkasan , merupakan gejala umum dalam pemakaian bahasa. Manakala Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2008: 66) Akronim adalah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan utuh. Beliau menyatakan ada tiga cara pembentukan akronim. Manakala Asmah Hj. Omar (2009:27) akronim adalah kata selapis yang dibentuk dengan menggunakan suku kata pada kata-kata unsur. Menurut Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu KPM (1992:15) singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan :


  1. Menggugurkan satu bahagian atau lebih bahagian daripada dasarnya. Misalnya :

lab ( laboratory)


  1. Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Misalnya:

sin - sinus

cm - sentimeter

cos - konsinus

hab - habitat





  1. Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Misalnya:

Mara - Majlis Amanah Rakyat

Perkim - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

Bernama - Berita Nasional Malaysia

Tadika - taman didikan kanak – kanak

Cerpen - cerita pendek

Kugiran - kumpulan gita rancah

Berdikari - berdiri dengan kaki sendiri

Pawagam - Panggung wayang gambar

Perkeso - Pertubunhan Keselamatan Sosial





  1. Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Misalnya:

JKR - Jabatan Kerja Raya

TLDM - Tentera Laut DiRaja Malaysia

IPGKTAR - Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak

LUTH - Lembaga Urusan Tabung Haji

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN - Ahli Dewan Undangan Negeri

IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia




7.1.2 Definisi Lambang
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat ( 2007: 876) Lambang ialah tanda yang mewakili entiti linguistik seperti bunyi, fonem,suku kata, morfem dan kata yang diterima dalam transkripsi fonetik atau sistem tulisan.
Lambang huruf ialah singkatan khusus berdasarkan kebiasaan yang terdiri daripada satu huruf atau lebih tanpa titik di belakangnya, dan digunakan untuk menandai sesuatu konsep. Contoh :
meter - meter - m

kilogram - kilogram - kg

second - saat - s

ampere - ampere - A

degree - darjah - K

candela - kandela - cd

radian - radian - rad

steradian - steradian - st

mole - mol - mol

hecto - hekto - h

centi - senti - c

mega - mega - M

giga - giga - G



Latihan 7.1




  1. Penggunaan lambang – lambang istilah belum dikuasai dengan sepenuhnya oleh pelajar atau masyarakat di Malaysia. Beri pendapat anda?




Layari internet


Sila layari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.





Tamat. Semoga anda berjaya.



TAJUK 8

EJAAN DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU




  • SINOPSIS



  • HASIL PEMBELAJARAN

Topik ini akan menerangkan tentang transliterasi dan transkripsi. Berdasarkan transkripsi dan transliterasi istilah atau perkataan tersebut digunakan dalam bahasa Melayu tanpa mengubah sebutan dan makna asal atau sumber perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak perkataan diperoleh dan dikenal pasti dalam bahasa sumber yang lain. Bahasa – bahasa bereknaan seperti bahasa Arab, bahasa Yunani, bahasa Sankrit dan bahasa – bahasa lain.


8.1 Ejaan Transliterasi Dalam Bahasa Melayu
Kamus Dewan (2007:1712) menyata transliterasi ada penukaran huruf 9perkataan dsb)daripada abjad sesuatu tulisan (misalantulisan Arab kepada huruf yang selaras bunyinya dsb dalam abjad system tulisan lain (spt Rumi). Ejaan Transliterasi atau alih huruf boleh mengikut perakuan ISO untuk huruf Arab (Perakuan ISO-R233) atau Perakuan ISO-R315 huruf Yunani. Contoh transliterasi Arab. Contoh :
Bismillahirrahmanirrahim

muslimin


mslimat

untaz


ustazah

haji


hajah

fikir


hadith

gaib


zakat

akad


lafaz

solat


iman

imam


talak

lian


sujud

kiam


8.2 Ejaan Transkripsi Dalam Bahasa Melayu
Transkripsi ialah penulisan sebutan yang menunjukkan sebutan dalam bahasa yang bersangkutan.
Istilah asing yang diserapkan ke dalam bahasa Melayu tanpa diterjemahkan, pada umumnya ditranskripsikan lebih dahulu. Misalnya:
bureau - biro

police - polis

ambulance - ambulans
Ejaan nama khas, yang dalam bahasa sumber ditulis dengan huruf Latin, tidak diubah. Sekiranya nama khas itu ditulis dengan huruf lain, maka diambil ejaannya yang dalam bahasa Inggeris dan kemudian disesuaikan dengan bahasa Melayu. Misalnya:
Baekelund

Cannizzaro

Aquadag

Dacron


Keops

Dmitri Ivanovic Mendeleev

Anton Chekhov

Mao Tze Tung





Latihan 8.1




  1. Bezakan antara ejaan transliterasi dengan ejaan transkripsi dalam Bahasa Melayu.




  1. Dengan merujuk buku dan internet, senaraikan contoh – contoh lain ejaan transkripsi yang berkaitan.




  1. Merujuk buku atau bahan internet , senaraikan cotoh – contoh ejaan transkripsi yang banyak digunakan oleh media massa terutama media cetak di Malaysia.







Tamat. Semoga anda terus berjaya.


Rujukan


Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teuku Iskandar.2008. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Yüklə 355,57 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin