Siti nur humaira binti sakiman



Yüklə 18,68 Kb.
tarix26.10.2017
ölçüsü18,68 Kb.
#14029



REFLEKSI : HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN


SITI NUR HUMAIRA BINTI SAKIMAN

A144623

PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI /2
NAMA PENSYARAH : Dr. NOR FARAH BINTI MOHAMAD FAUZI



Refleksi : HHHC9501 Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah Dan Pendekatan
Berdasarkan kemahiran insaniah kemahiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan, saya telah memilih untuk menyertai program Hari Radiografi 2014 yang dianjurkam oleh Kelab Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi (PDR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kuala Lumpur. Program ini telah berlangsung selama satu hari pada 8 November 2014 di UKM Kampus Kuala Lumpur dan organisasi program ini terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun empat kursus PDR. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan para pelajar PDRdari semua tahun termasuk alumni PDR. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi mengenai kepentingan Sambutan Hari Radiografi Sedunia dan untuk mengetahui tentang peluang pekerjaan dan kriteria-kriteria untuk menjadi seorang radiografer yang berjaya pada masa hadapan.
Program ini diadakan bertujuan untuk menghargai radiografer- radiografer di Malaysia serta alumni pelajar PDR dari UKM Kuala Lumpur. Misi program ini adalah untuk mempromosikan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi di bawah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia kepada pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Program ini berjaya mengasah kemahiran insaniah saya seperti dapat melatih saya berfikir secara kritikal dan cara-cara untuk menghadapi serta menangani segala permasalahan dan kesulitan yang timbul. Selain itu, program ini juga dapat mengasah kemahiran insaniah seperti komunikasi secara efektif serta kepimpinan dan kebertanggungjawaban.
Misi program ini ialah agar dapat melahirkan mahasiswa/i yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan menjadi pemimpin untuk masa depan serta dapat berbakti kepada masyarakat. Manakala, objektif program ini ialah untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan masyarakat luar sebelum menempuh alam klinikal serta mempraktikkan ilmu yang dipelajari di ala pekerjaan yang lebih mencabar.
Tambahan lagi, objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk berinteraksi dengan mahasiswa/i dari institusi pengajian tinggi yang lain yang mengambil kursus Pengimejan Diagnostik serta berkongsi pengalaman dan ilmu yang dipelajari. Mempromosikan program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi UKM Kampus Kuala Lumpur kepada institusi pengajian tinggi yang lain adalah salah satu objektif program ini dijalankan. Program ini berjaya menyatukan pelajar Pengimejan Diagnostik dari beberapa buah universiti seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Vision Universiti, Kolej KPJ dan Kuala Lumpur Metropolitan Universiti Kolej (KLMU).
Saya telah menyertai organisasi dan memegang jawatan sebagai Exco Tugas-Tugas Khas (TTK) dan ini merupakan pengalaman baru buat saya disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan ini sebelum ini dan berjaya melatih diri saya untuk berfikir secara kritikal dan menangani masalah dengan baik. Saya telah berkomunikasi secara efektif agar segala maklumat dapat disampaikan dengan jelas bagi mengelakkan salah faham antara ahli organisasi serta pihak universiti yang terlibat. Kami telah berkhidmat sebagai sebuah organisasi di mana segala masalah atau isu berbangkit akan dibincangkan sesama ahli kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan.
Sebagai exco TTK, antara skop tugas saya ialah mereka baju untuk program ini. Walaupun tugas ini nampak seperti mudah, namun ianya adalah sesuatu yang merumitkan apabila saya harus memasukkan gambar-gambar atau kata-kata yang melambangkan program kami. Saya telah berfikir secara kritikal untuk memastikan baju yang saya reka dapat memasukkan aspek-aspek yang dikehendaki oleh semua ahli program. Saya juga telah memasukkan beberapa gambar yang melambangkan kami dari program Pengimejan Diagnostik Dan Radioterapi di mana salah sebuah program di bawah Fakulti Sains Kesihatan. Saya juga telah menggunakan pendekatan sains untuk memastikan gambar yang dimasukkan di dalam rekaan baju saya mempunyai unsur sains untuk membuktikan bahawa kursus kami ialah kursus professional. Selain itu, saya juga menggunakan jenis tulisan yang mudah difahami dan menggunakan warna yang bersesuaian untuk program ini. Selain itu, saya juga mengguanakan corak yang biasa dan tidak terlalu banyak supaya corak itu mudah difahamioleh orang ain. Berikut ialah baju yang telah saya reka untuk program Sambutan Hari Radiografi Seduia 2014.




Selain itu bidang tugas saya adalah untuk membuat lanyard untuk urusetia, surat jenputan untuk para pensyarah serta buku program. Saya telah berfikir secara kritikal dalam mereka lanyard, surat jemputan dan buku program untuk memastikan ianya menepati cita rasa semua orang dan dalam masa yang sama menunjukkan unsur-unsur profesionalisme dan menggambarkan kami program di bawah Fakulti Sains Kesihatan. Saya juga telah melatih diri saya untuk menyelesaikan masalah- masalah yang timbul seperti ada di antara AJK saya tidak berpuas hati dengan pengagihan tugas yang saya beri namun saya berjaya menyelesaikan masalah yang timbul dengan memberi tugasan secara adil kepada ajk – ajk TTK. Berikut ialah lanyard untuk urusetia, surat jemputan untuk para pensyarah dan buku program Hari Radiografi Sedunia 2014




Saya merasakan program ini sangat bermanfaat kerana dapat menyatukan semua pelajar Pengimejan Diagnostik di mana dalam masa yang sama dapat bertukar pendapat serta cadangan mengenai kursus Pengimejan Diagnostik. Kami juga mengadakan forum untuk membincangkan mengenai masa hadapan para graduan daripada kursus Pengimejan Diagnostik dan telah menjeput alumni UKM. Melalui program ini, kami dapat mengetahui peluang pekerjaan serta hospital-hospital atau klinik-klinik yang sesuai untuk kami bekerja setelah kami graduasi. Melalui program ini, kami berjaya menaikkan semangat kami untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam kursus ini untuk meastikan peluang pekerjaan kami lebih cerah dan dalam masa yang sama dapat menaikkan nama UKM dalam Penimejan Diagnostik atau Radioterapi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara negatif dalam melaksanakan program ini. Pada awal perancangan program ini terdapat beberapa ahli organisasi yang tidak memberikan kerjasama dengan tidak melibatkan diri dengan program ini serta tidak menghadiri mesyuarat yang diadakan. Mereka telah melepaskan tanggungjawab yang diberikan kepada ahli organisasi yang lain dan kami harus menggantikan mereka dalam melaksanakan tugas mereka untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Namun, kami berjaya menaikkan semangat ahli-ahli organisasi yang bersikap lepas tangan ini dengan menasihati mereka agar bertanggungjawab dengan tugasan yang diberikan dan tidak bersikap sabil lewa.

Selain itu, saya telah mempelajari pelbagai perkara baru melalui program ini. Saya berjaya meningkatkan keyakinan diri saya dan dalam masa yang sama saya berjaya mengasah kemahiran diri saya seperti mereka baju. Saya juga telah mebantu exco-exco lain ketika mereka melakukan tugasan mereka seperti membantu exco pemasaran untuk mencari serta menambah pendapatan program ini dengan menjual barang- barang seperti baju dan makanan. Saya merasakan program ini dapat memberikan saya pengalaman yang berharga yang dapat digunakan serta dipraktikkan untuk masa akan datang dan apabila berada di alam pekerjaan. Program ini berjaya mengeratkan sillaturrahim antara para pelajar Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi dari tahun satu hingga tahun empat apabila bekerja dalam sebuah organisasi yang sama dan berusaha sehabis mungkin untuk memastikan Hari Radiografi berjaya dijalankan dengan jayanya.


Sekiranya saya menjadi ahli organisasi di bawah program lain, saya akan berusaha untuk menjadikan ianya sebuah program yang berjaya dan mengamalkan sikap saling bantu-membantu tanpa mengira tugasan atau skop kerja yang diberikan. Selain itu, saya akan mengambil serius terhadap tugas dan jawatan yang diberikan dan tidak bersikap sambil lewa dan menyusahkan ahli organisasi yang lain. Saya akan bersikap lebih professional dan matang dalam melaksanakan tugas yang diberikan dan ketika menyelesaikan masalah yang diberikan. Selain itu, saya akan memastikan untuk membahagikan tugasan kepada ajk secara adil dan saksama agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Akhir sekali, saya akan berusha bersungguh-sungguh dan berkhidmat dalam satu pasukan dengan ahli organisasi yang lain untuk memastikan program yang dijalankan akan berjaya dengan jayanya dan dapat meninggalkan kesan yang positif sama ada kepada semua ahli organisasi atau pun para peserta yang hadir.
Secara keseluruhannya, program ini adalah salah sebuah program yang berjaya dan meninggalkan impak yang positif bukan sahaja kepada ahli organisasi malahan kepada para peserta yang menyertai pogram ini. Program ini juga dapat mengasah para peserta serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kepada para pelajar. Tambahan lagi, program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah para pelajar terutama sekali kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sains yang dapat diamalkan pada masa akan datang dan ketika berada di alam pekerjaan.
Yüklə 18,68 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin