Dadah dan arak mengancam keselamatan ummah


Hadis: Nafsu, kedekut, riak boleh binasakan diri manusia



Yüklə 439,49 Kb.
səhifə8/25
tarix03.01.2019
ölçüsü439,49 Kb.
#89053
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   25

Hadis: Nafsu, kedekut, riak boleh binasakan diri manusia


RASULULLAH bersabda maksudnya: “Tiga perkara yang menyelamatkan, iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang serta dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.”

Pengajaran hadis: -

Ada tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu:

 Sentiasa menjaga tingkah laku kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya.

Bahkan setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.

 Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk saja, malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.

Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.

 Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.

Rasulullah berpesan pula bahawa ada tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu:

 Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.

 Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.

 Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya.

Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lembah kebinasaan.


Rasulullah benci orang suka marah


MARAH adalah sifat yang pasti wujud dalam diri seseorang. Namun, sifat ini boleh dikurang atau dibendung. Ada orang yang mudah marah walaupun di atas perkara kecil atau remeh.

Dalam hatinya, ada saja yang tidak kena dan pasti akan menimbulkan kemarahannya. Marah adalah antara sifat yang perlu dijauhkan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad, berilah wasiat kepadaku, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah engkau mudah marah.” Maka, diulangi oleh orang itu beberapa kali dan sabdanya: “Janganlah engkau mudah marah.”

Rasulullah mengingatkan orang yang sedang marah supaya segera membuang jauh kemarahannya. Ini kerana jika dibiarkan dengan kemarahan itu, boleh mendatangkan perbuatan yang diharamkan oleh syariat seperti bergaduh, mencederakan, membunuh dan, menceraikan isteri.

Mukmin diwajibkan agar sentiasa bertakwa kepada Allah. Rasulullah tidak pernah marah dan dendam. Baginda hanya akan marah sekiranya peraturan Allah dilanggar oleh umatnya.

Rasulullah tidak pernah memukul isterinya, orang gajinya dan orang lain, kecuali ketika berjuang di jalan Allah. Dalam peperangan, seorang sahabat, Anas Malik berkata: “Aku pernah berkhidmat dengan Rasulullah selama 10 tahun, tetapi tidak pernah Rasulullah memaki atau membentak aku.”

Begitu juga Saidatina Aisyah pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah, jawabnya : “Sesungguhnya akhlak Rasulullah ialah al-Quran. Dengan erti kata lain akhlak Baginda adalah sebagaimana yang disuruh dalam al-Quran. Baginda reda kerana Allah dan Baginda marah juga kerana Allah (kerana peraturan-Nya dilanggar).”

Apa perlu dibuat jika marah. Dalam hadis lain ada disebutkan, orang yang sedang marah hendaklah berlindung daripada syaitan atau membaca Auzubillahi Minasyaitanirrajim.

Hendaklah berwuduk kerana marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api, maka api akan padam dengan air. Sekiranya seseorang yang sedang marah itu berdiri, maka hendaklah dia duduk dan sekiranya sedang duduk, maka hendaklah dia berbaring.

Nabi pernah bersabda bermaksud: "Yang paling kuat antara kamu ialah orang yang sanggup menahan nafsunya ketika marah."

Mengenai perkara sama Allah berfirman bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal yang baik untuk mendapat pengampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang lebarnya seluas segala langit bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, iaitu orang yang menahan kemarahannya dan orang yang memaafkan kesalahan orang lain dan ingatlah Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik ." (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Musyawarah cara terbaik atasi masalah


Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

ALLAH sentiasa menyeru manusia, terutama pemimpin supaya mengambil kira kepentingan dan maslahat masyarakat apabila mengambil sebarang tindakan.


Firman-Nya bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu) dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari daripada kamu. Oleh itu, maafkan mereka (mengenai kesalahan mereka terhadap kamu) dan pohonkan keampunan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau berazam (sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu) maka bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran, ayat 159)

Melalui mafhum ayat itu, Allah memberi petunjuk kepada seluruh hamba-Nya supaya menggunakan kewarasan akal dan fikiran dengan mengambil kira kepentingan orang ramai apabila mengambil sebarang tindakan.

Salah satu kaedahnya ialah melalui syura atau musyawarah. Kalimah syura ini diambil daripada kalimah bahasa Arab yang membawa makna sesuatu yang dibincang bersama antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan resolusi yang tepat, sempurna, adil dan saksama, maka syura atau musyawarah atau dalam bahasa Melayunya disebut mesyuarat harus menjadi agenda utama bagi mengekalkan permuafakatan insan dalam banyak hal.

Dalam mesyuarat, sudah tentu akan berkumpul beberapa pihak dan individu yang berkepentingan dalam isu tertentu bagi mencari kata sepakat dan keputusan yang terbaik untuk diguna pakai dalam tindakan lanjut yang akan diambil kemudian.

Dalam sesuatu mesyuarat, pasti akan ada orang yang akan mengeluarkan pendapat dan saranan tertentu yang berbeza antara satu sama lain. Ahli mesyuarat yang lain akan mengambil kesempatan untuk mendengar, membuat pertimbangan dan kemudian membuat penyelidikan, bantahan dan saranan tambahan bagi melengkapkan keputusan yang bakal diambil.

Syura atau mesyuarat adalah kaedah terbaik yang disarankan al-Quran. Kepentingannya kepada manusia ialah syura dapat menjaga keharmonian antara satu sama lain pada semua peringkat kehidupan tanpa mengira status. Tanpa mesyuarat sudah tentu akan timbul pertelingkahan, pergaduhan, penderitaan, kemusnahan dan pelbagai lagi akibat rasa tidak puas hati apabila sesuatu isu itu tidak ditangani dengan cara yang terbaik.

Melihat kepada peri pentingnya, maka Allah Taala menamakan satu surah al-Quran dengan nama al-Syura. Justeru, apabila timbul saja sesuatu pertikaman lidah dan pertentangan pendapat, syura atau mesyuarat adalah kaedah terbaik yang harus dipraktikkan untuk menjamin keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik) bagi orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna, dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka, dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepadanya." (Surah al-Syura, ayat 38).

Biarpun ayat itu ditujukan khusus kepada umat Islam Makkah pada zaman Rasulullah supaya mereka sentiasa berhati-hati mengambil tindakan dalam pentadbiran kerajaan, ia juga bertepatan dengan mukjizat al-Quran yang sesuatu untuk semua zaman.

Maka, seluruh umat Islam di dunia perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada kepentingan syura kerana kebaikan dan hikmah di sebalik perintah melakukannya adalah meliputi kepentingan hidup manusia sejagat.

Oleh kerana syura yang disebut dalam al-Quran bersifat umum, maka berdasarkan perintah Allah itu, ia bermakna apa saja bentuk tindakan yang harus diambil yang membabitkan kepentingan maslahat umum, sama ada ia merangkumi bidang politik, ekonomi dan sosial. Maka syura memainkan fungsi yang penting bagi meleraikan sebarang kekusutan yang mungkin timbul daripada percanggahan fahaman dan pendapat di kalangan manusia keseluruhannya.

Beberapa contoh syura Rasulullah dengan sahabatnya ialah Rasulullah bermesyuarat dengan mereka untuk keluar menemui musuh mereka di Badar, iaitu Abu Sufian dan rombongannya yang sedang dalam perjalanan pulang dari Syam.

Contoh lain ialah perbincangan antara Rasulullah dan sahabatnya selepas Baginda menerima berita pertembungan dalam rombongan orang Islam Makkah dengan Abu Sufian hingga menimbulkan peperangan.

Syura lain ialah perbincangan dengan sahabat untuk menentukan tempat di mana mereka akan berhenti dan berehat dalam perjalanan. Salah seorang daripada mereka mencadangkan supaya berhenti di tempat yang berdekatan dengan sumber air.

Perbincangan lain yang turut dibuat oleh Rasulullah dengan sahabatnya ialah mengenai orang kafir yang ditawan di dalam Perang Badar.

Jelas dalam banyak keadaan yang mendesak dan memerlukan tindakan yang tepat dan drastik, Rasulullah mengadakan perbincangan melalui medan syura bagi mendapatkan pandangan sahabat untuk mencari keputusan terbaik sebelum mengambil tindakan.

Justeru, wajiblah ke atas setiap mukmin supaya sentiasa mengingatkan sesama mereka supaya sentiasa mementingkan syura atau musyawarah dalam sebarang tindakan dan permasalahan yang timbul. Ini kerana hanya melalui syura saja keharmonian sebenar dapat dicapai.


Yüklə 439,49 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   25




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin