Manifesto gerakan dakwah islam : melihat masa lalu, membina masa depan



Yüklə 189,55 Kb.
səhifə2/4
tarix18.01.2019
ölçüsü189,55 Kb.
#100514
1   2   3   4
rahmatan li ’l ‘aalamiin ditengah-tengah arus globalisasi dan hegemoni Barat-Timur serta arus deras fahaman fasad Sekularisme-Liberalisme. Ini bukan sesuatu yang bersifat apologetik atau respons kepada penguasaan sistem kontra Syari‘ah seperti yang dituduh oleh golongan Sekular-Liberal, tetapi sebagai melaksanakan ‘ubudiyyah, amanah dan menunaikan janji serta fungsi khalifah Allah seperti terkandung dalam Syahadah dan ikrar dalam solat.
Suatu kesilapan sering berlaku dalam kumpulan dakwah ialah menyerah bulat-bulat huraian ‘ilmu Islam kepada elit berkuasa dalam kumpulan mereka, walau pun sesetengah mereka tidak memiliki apa-apa kualiti ‘ilmu Islam pun, walau yang paling basik.Fahaman Islam, dibiarkan dihurai dan dikuasai sepenuhnya oleh elit berkuasa yang tumpul ‘aqal dan rendah kefahaman , sehingga mematikan potensi berfikir dari kalangan bukan elit berkuasa, bahkan mematikan ‘ilmu yang ada dikalangan orang yang ada pengetahuan ‘ilmu Islam juga. ‘Ilmu mereka mati, kerana tidak berpeluang diketengahkan sebab terhalang oleh perasaan rendah diri bersangatan terhadap elit berkuasa itu. Sesetengah dari kalangan orang yang ada ‘ilmu Islam itu pula, tidak mempunyai kemampuan berhujjah dengan golongan yang dianggap professional, mungkin kerana tidak persediaan psikologi atau pun kemahiran berbincang atau pun terlalu hina diri atau pun kesemuanya sekali.Ini menatijahkan keputusan malang dalam usaha dakwah.
Elok disebut,dalam perubahan paradigma dikalangan sesetengah kumpulan Islam, keghairahan membahagikan kelompok dengan jenama ‘Ulama’ dan professional, adalah tidak relevan dan mempunyai kesan negatif. Pembahagian ini dibuat, kerana orang berjenama ‘Ulama’ dilihat sebahagian orang, gagal menonjolkan kepimpinan berkualiti dan berkesan dalam semua aspek kepemimpinan, terutama dalam era globalisasi dan arus pemikiran pasca modern serta himpitan fahaman HAM dan demokrasi. ‘Ulama’ pula berpendirian, mereka sahaja memiliki kepandaian serba boleh termasuk seni memimpin dan mempunyai otoriti mengenai Islam, sebagai pembimbing Ummah. Dalam cara pandang yang mencetuskan perbezaan sikap seperti ini, perlu ada kesejajaran serta rekonsiliasi dan tidak wajar ada dikatomi kekuasaan dan status. Apa yang elok dilakukan ialah membina rijal yang mempunyai dua kualiti tersebut dalam satu peribadi atau paling tidak menyuburkan sikap saling lengkap melengkapi bukan saling tolak menolak.Hal ini pernah terjadi dalam sejarah peradaban Islam, yang mana kualiti ‘ilmu Usul dan kualiti ‘ilmu furu‘ , berada pada dua peribadi berbeza tetapi saling lengkap melengkapi seperti yang terdapat di dalam teori politik Islam. Pemerintah-pemimpin yang kurang mahir di dalam sesuatu subjek ‘ilmu-‘ilmu Islam, dengan rendah hati, merujuk dan mendapat nasihat dari ahli ‘ilmu yang mahir dalam bidang-bidang yang diperlukan.
Dalam rangka kefahaman ‘ilmu dan epistemologi, perkara paling pokok bagi setiap individu ialah kefahaman mengenai konsep Tawhid dan Usuluddin. Hal ini sangat perlu ditekan kerana ternyata dalam era Global Theology,Globalisasi dan arus deras Liberalisme sekarang, ramai orang Islam, tidak terkecuali sesetengah aktivis dakwah, mengabaikan doktrin dan konsep Tawhid dan Usuluddin Islam seperti yang di Ijma‘. Mereka beranggapan ‘ilmu dan fahaman ‘Aqidah mereka sudah memadai dan selesai, pada hal mereka tidak sedar, ‘Aqidah mereka sudah tercemar oleh ‘aqidah Syi‘ah atau Pluralisme Agama atau ‘aqidah global theology dan ‘aqidah sesat yang lain.Maka disinilah peranan paling penting dan mendasar ‘ilmu Tawhid dan Usuluddin Islam sebagai neraca, seperti yang dihuraikan oleh Usuliyyin-teolog Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah, dalam spektrum pengertiannya yang sebenar dengan segala implikasinya, bukan sekadar mengakui keEsaan Allah SwT semata-mata seperti golongan Liberalisme-Pluralisme Agama itu.
Semua pendakwah bersetuju, Tawhid-‘Aqidah-Usuluddin, adalah asas kepada mesej dakwah,tetapi oleh kerana kepelbagiaan latar belakang, orientasi serta pengaruh dan persekitaran yang fasad, kefahaman berkenaan Tawhid-‘Aqidah- Usuluddin turut diwarnai oleh fahaman dan tafsiran fasad tersebut. Ini ternyata apabila mereka membenarkan ajaran Syi‘ah Khumayni dan tidak menganggapnya bercanggah dengan ‘Aqidah Islam.Begitu juga, sesetengahnya mengatakan, ajaran Muhammad ‘Abdul Wahhab selari dengan ajaran ‘Aqidah Islam pada hal mereka menganut fahaman Tajsim. Akhir-akhir ini pula terdapat fahaman Liberalisme-Pluralisme yang didakwa mereka, pun tidak bercanggah dengan ‘Aqidah Islam.
Elok diperturunkan secara ringkas, inti beberapa ajaran yang bercanggah dengan ‘Aqidah Islam, dalam catatan ini, untuk manfa‘at bersama. Antara lain, ‘aqidah Khumayni, menolak al-Qur’an yang ada di tangan Muslimin dewasa ini sebagai paling otentik, kerana baginya, al-Qur’an yang paling otentik ialah Mushaf Fatimah30. Ia juga mengkafirkan Sayyidina ‘Umar r‘a31 dan mengatakan Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina ‘Umar r‘ah jahil dan mereka-reka Hadith32. Ini amat bercanggah sama sekali dengan ajaran ‘Aqidah Islam kerana semua Sahabat adalah thiqah dan ‘adil33. Dia juga menunggu kemunculan Muhammad bin Hasan ‘Askari, sebagai Imam al-Mahdi, yang dikatakan ghayb di dalam doktrin ‘aqidah Syi‘ah Imamiyyah34 dan banyak lagi.35 Demikian juga dengan ajaran Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-Najdi yang menghukum Adam ‘a.s kafir dalam keta‘atan dan sesetengah Sahabat Nabi s‘aw dan Kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki36 pada hal pegangan sedemikian adalah salah. Demikian juga dengan ajaran Liberalisme-Pluralisme Agama dan ajaran keruhaniyan sesat37.
Dari kenyataan ini, para pendakwah Islam, perlu meneliti ulang secara cermat mengenai sesuatu ajaran yang berkaitan dengan ‘Aqidah-Usuluddin atau Agama. Perihal ‘Aqidah-Usuluddin, sejak zaman klasik lagi, menjadi isu penting, sehingga ‘Ulama’ ‘Aqidah-Usuluddin secara serious dan tekun, menulis ribuan kitab, untuk menerangkan ajaran ‘Aqidah-Usuluddin sebenar lagi sohih dan menolak ‘aqidah yang sesat dan bercanggah dengan Islam seperti ‘aqidah Murji’ah, Mu‘tazilah, Qadariyyah, Syi‘ah, Khawarij, Karramiyyah dsb dengan penditilan yang luar biasa, bertujuan untuk menyelamatkan ‘Aqidah Ummat Islam dari kesesatan.
Bagi pendakwah Islam, perlu sangat-sangat memahami secara benar lagi sohih ajaran Tawhid-‘Aqidah-Usuluddin Islam seperti yang telah di Ijma‘ dan dihuraikan dalam skima ajaran ‘Aqidah-Usuluddin Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah kerana ajaran ‘Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah baik dari aliran Tafwid mahu pun Takwil sahaja yang diterima Allah. Ringkasnya, Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah berbeza dengan mereka itu semua, baik dalam Usul mahu pun Furu‘38.
Pengaruh globalisasi dan pasaran bebas ‘Aqidah dan Syari‘ah dan fahaman liberalisme-rasionalisme agama, benar-benar mengesankan. Di Malaysia, nada memperjuangkan Islam untuk merealisasikannya sebagai cara hidup yang kaffah, syumul dan sebagai nizoom al-hayaah, al-diin wa al-dawlah yang sempurna, telah hilang kegairahannya.Ini disebabkan kualiti iltizam semakin merosot dan sesetengahnya hilang sama sekali dan beralih kepada memperjuangkan tertegaknya sistem demokrasi kaffah kerana pengaruh global theology. Mereka berhujah, dalam suasana landskap politik Malaysia, dengan beralasan kepada Siyasah Syar‘iyyah fahaman mereka, nizom Islam tidak wajar berlaku kerana mereka pengikut setia kelompok politik Sekular-Liberal Indonesia yang berfahaman tidak ada negara Islam, bahkan Negara Madinah zaman Nabi pun bukan negara Islam tetapi negara sekular, maka Indonesia tidak wajar melaksanakan hukum Islam39. Sebab itu, Liberalis-Pluralis Malaysia , bersungguh-sungguh menerbitkan semula buku ‘Aliy ‘Abdul Razik yang ditolak oleh seluruh ahli ‘ilmu dan aktivis Islam ke dalam Bahasa Melayu40 dan buku-buku lain yang memberi promosi serious kepada ‘aqidah dan falsafah serta sistem liberal.
Pendirian sebegini disebabkan oleh pelbagai faktor yang antaranya kerana asas perjuangan semata-mata dorongan semangat kebencian kepada lawan politik yang didakwa tidak Islamik; dan kedua, kerana keghairahan berpolitik mengatasi segala-galanya, sehingga menyampingkan kepentingan menuntut dan menambah ‘ilmu-‘ilmu Islam.

Berkata Imam as-Syafi‘i rahimahu’llah kepada murid kanannya,Rabi‘: Wahai Rabi‘!, redha manusia adalah matlamat yang tidak mampu dicapai,maka ke atas anda apa yang memberi maslahah kepada anda, lazimilah ia, kerana sesungguhnya, tiada jalan untuk mendapatkan redha mereka. Ketahuilah, sesungguhnya, barangsiapa mempelajari al-Quran, ia amat mulia di mata manusia; barangsiapa mempelajari Hadith, kuat hujjahnya; barangsiapa mempelajari bahasa- nahu, hebat ; barangsiapa mempelajari bahasa ‘Arab, halus pekertinya; barangsiapa mempelajari hisab, banyak pendapatnya; barangsiapa mempelajari Feqah, mulia kedudukannya; barangsiapa tidak menjaga dirinya, ‘ilmunya tidak memberi manfaat kepadanya. Asas terpenting bagi keseluruhan yang demikian itu adalah bertaqwa kepada Allah.



Kefahaman ‘ilmu yang mendalam akan dapat membantu membina kehidupan dan persekitaran soleh berpandukan al-Sunnah dan perjalanan para Solihin. Budaya maksiyat, lagho dan hedonisme, dibuang, seperti tarian dan nyanyian, apa lagi yang melibatkan wanita.Kerehatan, keseronokan, ketenangan dan hiburan, didendangkan oleh aktiviti membaca al-Qur’an, majlis zikir, na‘at, bersolawat dan Qasidah-Mawlid Nabiyy dsb.Ini MANIFESTO Solihin dalam dakwah mereka.
Memang diakui tidak semua orang mempunyai kesempatan untuk mempelajari ‘ilmu-‘ilmu yang banyak itu tetapi jama‘ah perlu menggarisbawahkan keperluan minima dalam setiap subjek teras.
Sebagai penutup bab ini, perlu perhatikan Hadith ini: …..di pagi hari sebagai seorang Mukmin ( tetapi ) di petang hari menjadi kafir, kecuali orang yang dihidupkan oleh Allah dengan ‘ilmu41.Demikian peranan dan kepentingan ‘ilmu.
6.PEMBINAAN ‘AQAL
MANIFESTO seterusnya ialah membina ‘aqal pendakwah supaya ia benar-benar memiliki ‘Aqal ‘Ubudiyyah Integrasi42 dan ‘aqal mazid-strategik, yang terpancar dari Cahaya Pencerahan Ilahiyyah43 bukan pencerahan diabolik Kuffar baik aliran Kant, Schuon atau seumpamanya. ‘Aqal ‘Ubudiyyah dan ‘aqal mazid ini, diasah dan diasuh supaya benar-benar menjadi tajam dan mahir berfikir untuk memahami ‘ilmu, persekitaran dan semua fenomena ‘alam dan dapat membezakan yang baik dari yang buruk, yang terbaik dari yang baik, dalam spektrum ‘ilmu dan epistemologinya dan akan bertindak secara aktif dan betul, sebagai pemikir dan perancang dakwah yang berkesan. Pemikir dan perancang gagasan ini, mengatasi kepentingan peribadi dan kelompok. Mereka berperanan menggaris pelan kerja dan pelan bertindak yang rapi, agar Risalah dan matlamat untuk merealisasikan ramatan li ’l-‘aalamiin ternyata secara utuh dan sempurna. Ummat tidak boleh membiarkan pemikir diabolik Liberalis, menentukan cara dan halatuju serta agenda dakwah Ummat, kerana da‘i ilallah yang sebenar sahaja, paling layak dan berhak menentukan itu semua. Mereka juga perlu diasuh supaya mempunyai kemahiran dan kemampuan berjidal menghadapi pemikir-pemikir diabolik dan sesat, dengan hujjah, dalil, burhan dan mantiq Islami seperti Mutakallimin Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah berdepan dengan Mutakallimin sesat di zaman dahulu.
7.PEMBINAAN HATI
Seperti yang disebut oleh tokoh besar dakwah abad ini, Syaikh Sa‘id Hawwa rh, melalui penelitian yang tajam setelah sekitar empat puluh tahun aktif dalam gerakan dakwah Islam,menyimpulkan, bahawa kekurangan besar pendakwah ialah perihal Ruhaniyyah atau dalam erti yang lebih khusus, Siddiqiyyah dan Rabbaniyyah44. Oleh sebab itu beliau menulis banyak buku mengenai Ruhaniyyah.Di Malaysia, tokoh dakwah istiqomah lagi gigih, intelektual dan pemikir Islam ASWJ, Ustaz ‘Uthman El-Muhammady45 telah menulis perkara berkaitan, sejak tahun 60an lagi dalam Bahasa Melayu.Penyakit Ruhaniyyah ini hanya dapat diubati dan dihilangkan melalui riyadah qalbiyyah yang intensif dan istiqomah dengan kaedah yang benar.
Dalam konteks dakwah era globalisasi dan hegemoni Kuffar seperti sekarang, satu sifat Ruhaniyy yang tinggi ialah sifat al-syaja‘ah. Ia kurang diberi perhatian sekarang. Justeru wajar sangat-sangat ditekankan semula. Sifat inilah yang menggerakkan pejalan kaki ayam, kurus kering tiada cukup makan radiyallahu ‘anhum mendaulatkan diinu ’l-Islam di tengah-tengah dua Emperium besar, Barat dan Timur, pemilik senjata yang banyak dan badan segar bugar kerana kekenyangan makan.
Sifat al-Syaja‘ah ini perlu difahami dengan baik dalam pengertiannya yang sebenar dari perspektif yang betul. Ia bermaksud sifat yang diantara sifat berani kerana benar dan yakin, dengan sifat berani membabi buta dan mengikut hawa nafsu jahat. Pada paras paling minima ialah berani mengenengahkan diinu ’l-lslam yang syumul dan murni, ditengah-tengah arus deras fahaman tegar Liberalisme –Pluralisme Agama dihadapan audiens bukan Islam, baik melalui wacana verbal atau tulisan. Lawan kepada sifat al-Syaja‘ah ini ialah sifat jubun atau pengecut. Penyakit jubun ini, seperti yang telah ditegas oleh Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam, akan menimpa Ummat Islam - dan sedang berlaku sekarang - bersama penyakit karaahatu ’l-mawt, takut mati, dalam menegakkan diinu ’ l-Islam.
Kedua-dua sifat-penyakit ini, berpunca dari kegelapan Ruhaniyy yang ada pada hati. Maka pengubatan kepada penyakit ini perlu menjadi MANIFESTO utama dakwah Islamiyyah.
8.MEMZOHIRKAN KEHIDUPAN BERAGAMA
Kumpulan Islam kontemporari, perlu menyatakan dengan tegas dalam MANIFESTO dakwah, bahawa mengembalikan kehidupan zohir yang sempurna atau dalam terminologi yang biasa dipakai ialah lasaanu ’l-haal pada diri dan juga kumpulan dalam semua aspek aktiviti, adalah agenda urgen. Pengrealisasian Syahadah dan iqrar iftitah solat, wajar dikonkritkan dalam praktis hidup harian, dari mula tidur hingga mula tidur kembali, bukan hanyut dalam rethorik dan sikap sekadar menceritakan prihal Islam dan kemudian menyerang balas para konspirator tersebut sehingga mengabaikan sebahagian kewajipan kehidupan menurut al-Sunnah. Justeru terkeluarlah ungkapan: tidak dapat dibezakan kehidupan dan sifat zohir seorang Muslim ( baca: aktivis dakwah ) itu, dari seorang penganut agama Sikh atau Majusi, di luar solat, sawm-puasa dan hajjnya. Dalam MANIFESTO tersebut, perlu ditekankan sangat-sangat , mekanisme dan cara mengurus kehidupan mengikut al-Sunnah. Diasuh adab Nabawiyy secara tertib dan diberi tarbiyah ruhaniyy dengan mantap, supaya mereka benar-benar memiliki rasa dan sifat malu yang mendalam dalam semua dimensi kehidupan. Mereka juga perlu disedarkan oleh rasa malu bersangatan kepada Allah, oleh kerana meninggalkan kehidupan menurut al-Sunnah yang di Ijma‘kan dan memilih mengikut kehidupan cara Kuffar, dalam cara berakhlaq, cara dan gaya hidup, cara berpolitik, cara bermesyuarat, cara berfikir, cara bertindak, cara bergaul, cara bersahabat, cara berorganisasi hatta cara berhibur dsb.
Budaya ma‘ruf dihidupkan dan budaya mungkar dihindari.
9.MENYEBARKAN KONSEP RAHMATAN LI ’L ‘AALAMIIN
Penyebaran wawasan dan konsep rahmatan li ’l ‘aalamiin dalam epistemologi ASWJ dewasa ini terasa malap, kerana ramai pendakwah tercemar oleh falsasah demokrasi, global theology dan global ethics, baik secara sedar atau tidak. Wawasan dan konsep ini, perlu segera dihidupkan semula dan wajar menjadi salah satu dari MANIFESTO penting abad ini. Abad ini sedang menyaksikan serangan hebat kepada ajaran Islam oleh falsafah demokrasi dan global ethics, yang bukan sahaja dari golongan Kuffar, tetapi juga oleh kelompok yang mendakwa berdakwah untuk Islam – dan sesetengahnya mendakwa sebagai juru bicara Islam - dari kalangan Liberalis-Pluralis.Gerakan ini perlu dihalang segera dengan keras, melalui hujjah ‘ilmiyyah: liyahlika man halaka ‘ambayyinatinn wa yahyaa man hayya ‘ambayyinatinn46 dan menyerlahkan semula superioriti rahmatan li ’l-‘aalamiin ini, dari segala perspektif – konsep, teori dan praktis - yang menyangkut politik, ekonomi, sosial, kebajikan dan pendidikan dsb. Ini bukan sekadar respons kepada ajaran palsu tersebut seperti yang dituduh oleh kelompok Liberalis, tetapi ia merupakan doktrin dan konsep paling benar, dan lagi pula, amat menepati kehendak fitrah semua manusia yakni menginginkan kesejahteraan dan keselamatan kehidupan fizikal, ekonomi dan diri-jiwa dan juga sifat-sifat yang non fizikal, seperti emosi dan psikologi; dan boleh mencerahkan dunia ini dari kegelapan doktrin dan konsep demokrasi dan global ethics itu.
Kelompok Liberal, oleh kerana masih mahu digolong ke dalam kelompok memperjuangkan Islam, terpaksa mencari beberapa nilai dalam Islam yang ada persamaan dengan nilai yang sedang diperjuangkan oleh Kuffar tersebut seperti keadilan dan persamaan, lalu dipadankan kepada dan dengan nilai yang sedang diperjuangkan oleh Kuffar tersebut. Mereka naïf, bahawa nilai yang sedang diperjuangkan oleh Kuffar itu; pertamanya, bukan nilai Islam sebenar dalam epistemologinya, dan kedua, adalah semata-mata umpan pemurtadan kepada penganut Islam yang naïf , kerana dalam realitinya, mereka, si Kuffar tersebut, tidak pernah langsung berlaku ‘adil kepada Ummat Islam, hatta kepada warganegara mereka yang Islam pun; ketiganya, mereka mahu mengujudkan huru hara di negeri-negeri Ummat Islam.Dalam epistemologi Kuffar, keadilan bermakna menindas Ummat Islam dan persaman bermakna superioriti Barat dan demokrasi bermakna mengikut kemahuan Yahudi.
Penonjolan beberapa nilai dari ajaran Islam yang dinamakan universal oleh kelompok Liberal itu,memberi implikasi ‘aqidah, kerana, seolah-olah dalam ajaran Islam, itulah sahaja ajaran yang bersifat universal dan yang lain tidak. Pada hakikatnya, mereka menafikan nilai-nilai lain yang terdapat dalam ajaran Islam itu, sebagai tidak universal. Seorang Muslim yang beriman kepada al-Qur’an dan al-Sunnah menyakini: semua ajaran dan nilai yang ada dalam ajaran Islam bersifat Universal. Kita tidak beremosi dalam hal ini dan kita dapat mempertahankan keyakinan ini dengan hujjah al-Qur’an, sejarah dan logik ‘aqal.
Termasuk dalam nilai universal secara ontology ialah ‘Aqidah Islam. Oleh kerana inilah, Allah memerintah Nabiy sollallahu ‘alayhi wa sallam mengajak Yahudi dan Nasrani supaya beriman dengan Zat Yang Paling Universal, melintasi ruang, tempat dan waktu dan Zat Yang Maha Meliputi Segala Sesuatu, berbanding dengan zat tuhan yang dalam konsepsi Yahudi dan Nasrani, terbatas kepada jisim duniawi dan ruang, masa dan tempat, dimana ‘anak-anak tuhan’ berada ( kerana mereka mendakwa Nabiyy ‘Uzaiyr dan Nabiyy ‘Isa anak tuhan. Maha Suci Allah dari dakwaan mereka !. ). Epistemologi ini yang tidak berani diketengahkan oleh kelompok Liberal itu, kerana mereka terikat kepada konsep ketuhanan Yahudi-Nasrani yang beranak pinak itu. Satu lagi hujjah kita ialah Nabiyy sollallahu ‘alayhi wa sallam diutus sebagai sayyidu ’l-kawnayni wa ’th-thaqolayn , kepada semesta ‘alam, yang merangkumi manusia dan jin, tidak terbatas kepada sesuatu bangsa dan wilayah seperti Nabiyy-Nabiyy Bani Israil ‘alayhimu ’s-solaatu wa ’s-salaam atau kelompok manusia di Lembah Indus atau Furat sahaja. Ini bermakna semua yang dibawa Baginda itu adalah bersifat paling universal.
Dari segi sejarah dan dalam perspektif sosiologi dan politik, ternyata Islam melewati batas ras, geografi dan budaya dan tidak memisahkan orang ‘Arab dari orang ‘ajam, yang ternyata sejak dari sejarah awal dakwahnya, diwakili oleh Sayyidina Bilal al-Habasyi, Salman al-Farisiy dan Suhayb al- Rumiy dll.Dari segi pelaksanaan hukum pula, orang bukan Islam selesa, dibawah naungan hukum Ilahiyy seperti ternyata dalam buku-buku sejarah tulisan orang bukan Islam sendiri, bila mana mereka menerima hukum jizyah yang menggantikan hukum cukai Byzantium dan hukum Qisra. Jizyah tidak dikenakan kepada rahib sepenuh masa di Gereja dan Sinagog. Bandingkan dengan cukai pendapatan sekarang !.
Dari segi logik pula, tanpa berpanjang kalam, agama Islam diterima sebagai agama fitrah dan semua manusia mempunyai fitrah. Jadi, semua nilai yang ada dalam agama Islam adalah nilai bersifat fitrah, justeru, ia bersifat universal. Oleh kerana manusia juga bersifat fitrah, maka tidak berhalangan untuk menerima semua ajaran yang ada dalam Islam kerana sesuai dengan fitrah yang ada dalam diri masing-masing. Ini amat mudah bagi keplompok Liberal untuk berdakwah kepada yang bukan Islam itu, jika mereka mahu.Tetapi, kelompok Liberalis terlalu naïf, amat tebal prajudis kepada Islam dan paling ketara kerana takut serta rasa hina yang bersangatan kepada Kuffar tersebut sehingga tidak berani mengenengahkan konsep ini.

Perbincangan mengenai corak dan kemampuan politik Islam memimpin dunia, timbul semula secara serious oleh kelompok Liberalisme Agama. Mereka lebih risau dari kelompok Kuffar sendiri. Premis mereka ialah menolak Islam Kaffah dan menerima falsafah sapere aude ajaran Kant dsb yang menolak agama sebagai pembimbing dunia.Bagi seorang Muslim murni, mereka yakin Islam Kaffah dan mereka berpegang kepada ‘Aqidah: ma ana ‘alayhi wa ashabi dan perjalanan hidup: syuhadaa’ wa ’s-soolihiin.



Barang diingat, dunia akan terus berada dalam kegelapan dan menerima petaka seperti sekarang, jika konsep dan doktrin demokrasi dan global ethics dibiarkan mendominasi dunia dengan menyingkirkan diinu ’ l-Islam.
10.MENONJOLKAN ISLAM
Penyakit besar yang menimpa kumpulan Islam ialah menonjol dan mempromosi pemimpin dan kumpulan melebihi dari menonjolkan Islam dan ketinggiannya. Dari segi psikologi, orang yang rendah dan kerdil dan tidak ada apa yang hendak ditawarkan, akan bercakap mengenai dirinya atau kumpulannya; ada pun orang besar dan memiliki himmah yang tinggi, akan bercakap mengenai ‘ilmu dan dasar serta falsafah perjuangan dan dalam konteks ini, ketinggian dan kesempurnaan Islam. Mereka akan menonjolkan Islam, kerana inilah MANIFESTO dakwah, melebihi kumpulan dan pemimpin, kerana yang hendak diperjuangkan itu ialah ketinggian Agama dan ajaran Islam, bukan kumpulan dan pemimpin dan lagi pun, qudwah paling unggul ialah para Solihin. Kadang-kadang, sanjungan dan pujian kepada pemimpin itu, sampai ke peringkat berlebihan, malah tidak kurang pula jatuh pada martabat berbohong seperti mengatakan yang pemimpin mereka adalah wali Allah atau mujaddid atau tokoh pencerahan atau murabbi ummah atau guru bangsa atau amat ‘alim atau wara ‘ dsb. Jenis pengikut bodoh, dungu dan taksub negatif seperti ini, perlu dihindar dengan memberi ‘ilmu, tarbiyyah dan kesedaran serta kemahiran berfikir kepada mereka. Sikap menonjol kumpulan dan mendewa pemimpin seperti kata ahli hikmah Islam adalah memiliki penyakit hati dan ghurur.
Satu peringatan penting kepada pendakwah, bahawa dalam keghairahan menonjolkan Islam, perlu hindari Islam yang diracuni fahaman modernisme dan pasca modernisme seperti Egalitarianisme, Hedonisme, Islam sapare aude atau Free Thinking, Liberalisme-Pluralisme, Islam Radikal, Islam fahaman peribadi pemimpin dan Islam ajaran keruhaniyan sesat dsb.
11.MARDHOTILLAH
Pendakwah dari awal-awal lagi perlu jelas tujuan dan matlamat dari usaha dakwah mereka yakni pasang niyat untuk mendapat mardhotillah47 mengatasi segala-galanya. MANIFESTO mardhotillah, sudah tidak dipedulikan lagi, kerana terhijab oleh hijab kejahilan dalam memahami tujuan dakwah sebenar dan terhijab oleh hawa nafsu kerana berdakwah dengan tujuan yang bercampur aduk bersama kehendak duniawi dan terhijab oleh ‘ujub kerana pencapaian diri dan kumpulan. Faktor-faktor inilah yang menghalang seseorang pendakwah dari memahami dan menyedari kepentingan dan ketinggian martabat mardhotillah.
Bergandingan dengan
Yüklə 189,55 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin