Psikologi pendidikan institut pendidikan guru malaysia kementerian pendidikan malaysia



Yüklə 228,55 Kb.
səhifə2/4
tarix03.11.2017
ölçüsü228,55 Kb.
#29105
1   2   3   4

rectangle 2

PANDUAN PELAJAR
PENGENALAN
Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.
PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
SASARAN KURSUS
Pelajar PDPLI SM yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM).
JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)
Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada jumlah jam pembelajaran mod sepenuh masa adalah JPP bersemuka dan 40% adalah JPP pembelajaran kendiri.


SUSUNAN TAJUK MODUL
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi kuliah dan tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga perbincangan
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

PENGENALAN

Kursus EDUP2023 iaitu Psikologi Pendidikan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami psikologi murid murid di sekolah untuk membantu mereka membangunkan diri. Pelajar diajar dan dibimbing untuk menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai dalam perancangan dengan menggunakan idea-idea yang terdapat dalam topik-topik yang akan dipelajari kelak

Modul ini merangkumi konsep, prinsip dan faktor-faktor mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan. Juga dibincangkan berkenaan dengan peringkat-peringkat perkembangan individu dan teori-teori berkaitan. Dalam modul ini juga dibincangkan tentang perbezaan individu selain itu personaliti dan juga konsep kendiri dan akhir sekali berkenaan dengan motivasi dalam pembelajaran.

Tajuk pertama dalam modul ialah Psikologi dan Psikologi Pendidikan. Tajuk ini membincangkan tentang konsep asas pendidikan, konsep psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Tajuk kedua dalam modul ini ialah Pertumbuhan dan Perkembangan. Tajuk ini membincangkan berkenaan dengan konsep asas, prinsip dan faktor perkembangan kanak-kanak.

Tajuk yang ketiga berkenaan dengan Peringkat Perkembangan Individu Hingga Remaja yang mana membincangkan tentang perkembangan fivikal dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Tajuk 4, 5 dan 6 dalam modul ini adalah tentang Peringkat Perkembangan Kognitif, Moral dan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori. Teori-teori yang dibincangkan adalah teori Piaget & Vygotsky, teori Lawrence Kohlberg dan teori Erik Erikson.

Tajuk 7 membincangkan tentang Perbezaan Individu dan Pembelajaran, dalam modul ini aspek-aspek perbezaan individu diberi perhatian selain itu, juga dibincangkan berkenaan dengan teori-teori kecerdasan iaitu teori kecerdasan Sternberg, teori kecerdasan Howard Gardner dan teori emosi Goleman. Dibincangkan juga berkenaan implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Topik 8 juga membincangkan Perbezaan Individu dan Pembelajaran. Aspek yang dibincangkan adalah berkenaan dengan gaya kognitif, konsep pemikiran dan juga gaya pembelajaran. Setiap satu aspek akan dibincangkan secara detail dan terperinci.

Topik 9 ada dua tajuk iaitu berkenaan dengan personaliti dan konsep kendiri, dalam personaliti akan dibincangkan tentang konsep personaliti, jenis dan ciri personaliti dan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti. Manakala dalak konsep kendiri pula membincangkan tentang pengertian dan jenis-jenis konsep kendiri. Selain itu dibincangkan juga tentang faktor-faktor yang mempengaruhi konsep kendiri.

Tajuk yang terakhir akan membincangkan tentang Motivasi dan Pembelajaran. Perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini adalah tentang perspektif behaviorisme, perspektif kognitivisme dan juga perspektif humanistik.



AGIHAN TAJUK: Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk dalam kursus ini.



Topik


Kandungan

Jam Interaksi

Bersemuka

Jam

Modul

Jum

Masa


K

T

A

1

Psikologi dan Psikologi Pendidikan

  • Konsep Asas Psikologi

  • Konsep Psikologi Pendidikan

  • Tujuan Psikologi Pendidikan

  • Implikasi Psikologi Pendidikan Kepada Guru

2


1










2

Pertumbuhan dan Perkembangan

  • Konsep Asas Perkembangan Kanak-Kanak

  • Prinsip-Prinsip Asas Perkembangan Kanak-Kanak

  • Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

  • Baka dan Persekitaran (Nature and Nurture)

2

1










3

Peringkat Perkembangan Fazikal Individu Hingga Remaja

  • Perkembangan Fizikal

  • Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1

2










4

Peringkat Perkembangan Kognitif Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

  • Perkembangan Kognitif

  • Teori Piaget & Vygotsky

  • Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1













5

Peringkat Perkembangan Moral Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

  • Perkembangan Moral

  • Teori Lawrence Kohlberg

  • Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1













6

Peringkat Perkembangan Sosio Emosi Individu Hingga Remaja Berdasarkan Perspektif Teori

  • Perkembangan Sosio Emosi

  • Teori Erik Erikson

  • Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

1













7

Perbezaan Individu Dan Pembelajaran

  • Aspek-Aspek Perbezaan Individu

  • Fizikal

  • Kognitif

  • Afektif

  • Sosio Budaya Pelajar

  • Kecerdasan

  • Teori Kecerdasan Sternberg

  • Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

  • Teori Kecerdasan Emosi Goleman

  • Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

3

11/2











8

Perbezaan Individu dan Pembelajaran

  • Gaya Kognitif

  • Bersandar/ Tidak Bersandar (Field Dependent/ Field Independent

  • Konsep Pemikiran

  • Jenis-Jenis Pemikiran

  • Gaya Pembelajaran

  • Model Dunn & Dunn

  • Model Kolb

  • Model Honey & Mumford

  • Implikasi Perbezaan Individu Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

3

11/2










9

Personaliti

  • Personaliti

  • Konsep Personaliti

  • Jenis dan Ciri-Ciri Personaliti

  • Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Personaliti

  • Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Konsep Kendiri

  • Konsep Kendiri

  • Pengertian Konsep Kendiri

  • Jenis dan Ciri-Ciri Konsep Kendiri

  • Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri

  • Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

2

1










10

Motivasi dan Pembelajaran

  • Perspektif Behavioris

  • Teori Peneguhan Skinner

  • Perspektif Kognitivis

  • Teori Pencapaian Mc Clelland

  • Teori Atribusi Weiner

  • Teori Expectancy x Value Vroom

  • Perspektif Humanistik

  • Carl Rogers

  • Abraham Maslow

  • Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

2

1













Jumlah

18

9




18

45



TAJUK 1

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN


1.1 SINOPSIS

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep psikologi pendidikan, tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi kepentingan psikologi dan psikologi pendidikan terutama sekali yang berkaitan dengan profesion perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan juga mereka yang berkecimpung dalam bidng pendidikan memahami dengan lebih baik profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


1.2 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat:



  1. Mendefinisikan psikologi dan psikologi pendidikan.

  2. Menjelaskan sejarah perkembangan psikologi.

  3. Menghuraikan kepentingan psikologi pendidikan kepada guru.


1.3 KERANGKA TAJUK
organization chart 5

1.4 KANDUNGAN

PENGENALAN

Tugas guru sebagai pendidik bukan sekadar menyampaikan maklumat berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarnya tetapi juga bermatlamat membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan dalam usaha membangunkan murid secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu (2013-2025).


1.4.1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Istilah psikologi berasas gabungan dua perkataan Greek iaitu psyche dan logos. Perkataan ‘psyche’ bermaksud ‘jiwa’ manakala perkataan ‘logos’ bermaksud ‘kajian mengenai sesuatu’. Jadi perkataan psikologi boleh diertikan sebagai suatu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Aristotle menggunakan istilah ‘psyche’ untuk jiwa (mind), tetapi ia berkaitan rapat dengan jiwa atau roh (beath). Istilah ‘logos’ pula bermakna ‘kajian mengenai sesuatu’. Ahli-ahli psikologi moden juga berminat dengan perkara-perkara seperti Aristotle iaitu tentang pemikiran, perasaan, persepsi, sikap dan motivasi (Ramlah Jantan dan Mahani Razak, 2004).

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, psikologi didefinikan sebagai:



"Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.”

Merujuk kepada Cambridge Internasional Dictionary of English m.s 383 pula, psikologi didefinikan sebagai



"Psikologi merupkan satu kajian sainstifik untuk mengkaji pemikiran manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkahlaku atau mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku.”

Maka, secara keseluruhan, kepentingan psikologi adalah penyelidikan saintifik yang engkaji prinsip-prinsip asas menegenai pembelajaran dan tingkah laku dalam kalangan manusia. Oleh itu, dengan mempelajari psikologi seseorang itu akan menjadi manusia yang lebih baik dan juga dapat memahami manusia lain dengan lebih tepat.

Psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara sainstifik tingkahlaku manusia atau haiwan khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap ransangan persekitaran sosial. Pendidikan merupakan proses perkembangan potensi dan kemahiran individu dalam bidang-bidang tertentu. Aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Menurut beberapa tokoh adalah:


Sila rujuk laman web berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut sejarah psikologi

http://ukm.academia.edu/MohdMernanEdjie

www.ship.edu/historyfpsych.html



1.4.3 TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

Matlamat psikologi pendidikan ialah untuk memahami (memerihal dan menerangkan) tingkah laku pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seterusnya meramalkan tingkah laku gantian yang mungkin berlaku dan mengawal tingkah laku tersebut.


Sebagai contoh, dengan merujuk kepada cara penyelesaian masalah pelajar seperti di bawah, tingkah laku dapat dikawal di mana tingkah laku yang negative boleh diganti dengan tingkah laku positif dengan cara menggalakkan pelajar melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah.


Perbincangan

Lengkapkan jadual dibawah tentang tujuan psikologi pendidikan kepada guru.




1.4.4 IMPLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN KEPADA GURU

Psikologi adalah suatu ilmu yang sangat penting kepada guru. Pengetahuan psikologi pendidikan menjadi asas pemahaman kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan psikologi pendidikan maka guru-guru akan menghadapi masalah yang besar ketika memahami perlakuan pelajar-pelajar mereka. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak memberi kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau kepentingannya ialah :


Tutorial

Terdapat beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan.

  1. Apakah kepentingan psikologi pendidikan kepada guru dan juga pelajar?

  2. Berikan contoh-contoh bagaimanakah tujuan psikologi pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?




RUMUSAN

Bab ini telah memperkenalkan bidang psikologi dan memberi definisi psikologi. Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari zaman Greek Purba sehingga kini. Beberapa pendekatan penting dalam psikologi seterusnya diperkenalkan. Akhir sekali, kepentingan bidang kepada pendidik turut dibincangkan.




TAJUK 2

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN


2.1 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan beberapa topik berkaitan konsep asas perkembangan kanak-kanak, prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak berdasarkan aspek baka dan persekitaran (Nature and Nurture). Oleh itu, ahli pengkaji psikologi mengkaji kedua-dua aspek iaitu baka dan persekitaran yang lebih berpengaruh ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia serta ciri-cirinya.


2.2 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:



  1. Mengetahui dengan jelas tentang konsep asas pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

  2. Menjelaskan dengan terperinci berkaitan prinsip-prinsip asas perkembangan kanak-kanak.

  3. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari aspek baka dan perspektif (Nature and Nuture).


2.3 KERANGKA TAJUK

group 48straight connector 1
2.4.1 KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan kurikulum dan mencipta teknik mengajar kepada semua pelajar di dalam pelbagai peringkat perkembangan. Pertumbuhan dan perkembangan merupakan dua proses yang saling berkait. Pengetahuan mengenai psikologi pertumbuhan dan perkembangan membolehkan guru memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak berbagai umur akan membolehkan guru merancang serta memilih bahan bacaan pada peringkat kesukaran yang paling sesuai. Guru perlu mengetahui jenis minat yang mungkin dibentuk oleh kanak-kanak berbagai peringkat umur untuk memberi dorongan agar penyertaan pelajar yang berkesan dapat dijayakan di dalam bilik darjah.



Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011). Mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.

Menurut Karl E. Garrison pula dalam Azlia Abu Bakar. (2005), perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan itu sama ada berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku ataupun sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. Selain itu, Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005) pula berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Secara ringkasnya, Mok Soon Sang (2008) menjelaskan bahawa perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada peringkat lebih awal



Yüklə 228,55 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin