Aisyah berderaian air mata dan meminta dari dua ibubapanya supaya menjawab bagi pihaknya, namun mereka berdua tidak tahu apa yang hendak dijawabnya, kata Aisyah lagi:
"Demi Allah aku mengetahui segala sesuatu yang telah kamu dengar itu sehingga ianya meresap di dalam diri kamu dan kamu mempercayai semuanya, di sini kalau ku kata: Daku ini bersih demi Allah Dia mengetahui yang aku ini tidak bersalah, namun demikian pasti kamu tidak mempercayainya dan kalau aku mengakui sedang Allah mengetahui aku ini tidak bersalah nescaya kamu mempercayai sebagai satu yang benar, apa lagi hendak ku buat selain dari berucap apa yang telah diucap oleh ayah Saidina Yusuf:
"Maka sabarlah yang lebih baik dan Allahlah tempat meminta pertolongan di atas segala apa yang kamu sebutkan itu".
(Yusuf: 18)
Setelah itu beliau beralih ke sebelah dan tidur mengiring, di saat itu wahyu pun turun ke atas Rasulullah menguasai seluruh badan Rasulullah, kemudian kelihatan Baginda tersenyum, lafaz yang pertama-pertama tercetus keluar dibibir Rasulullah dengan sabdanya: "Wahai Aisyah kini Allah telah pun mengisytiharkan kesucianmu dari segala noda". Maka berkata ibunya: "Ayuh bangun kepadanya". Sebagai membukti kesliciannya, di samping kepercayaan beliau dengan kesayangan Rasulullah terhadap dirinya, maka beliau berkata: "Demi Allah aku tak mahu bangun kepadanya dan tiada pujian selain kepada Allah".
Firman yang diturunkan mengenai fitnah ialah:
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dikalangan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu.Tiap seorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakan. Dan siapa di antara mereka mengambil sebahagian yang terbesar dalam penyiaran berita dusta itu, baginya azab yang besar.
Mengapa di masa kamu mendengar berita dusta itu.orang mukminin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap din mereka itu dan berkata: "Ini adalah berita dusta yang nyata ".
Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita dusta itu ? Oleh kerana mereka tidak berbuat demikian maka di sisi Allah mereka orang-orang yang dusta.
Sekiranya tidak ada kurniaan dan rahmat-Nya kepada kamu di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, kerana berita dusta itu.
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita dusta itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dari mulutmu apa yang kamu tidak ketahui sedikit pun dan kamu anggapnya ia adalah ringan pada hal di sisi Allah ia adalah amat berat.
Dan mengapa kamu tidak mengatakan di waktu mengengar berita dusta itu: "Sekali-kali tidak pantos bagi kamu memperkatakan itu. Maha suci Allah ini adalah dusta yang besar.
Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali melakukan semula selama-lamanyaJika kamu orang yang beriman.
Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu.Dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Sesungguhnya orang yang ingin bfrita dusta ini tersebar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak.
Dan sekiranya tidaklah kumia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, Allah Maha Penyantun dan Maha Penyayang (nescaya kamu ditimpa azab yang besar).
(An-Nuur: 11-20)
Hukuman sebat dikenakan ke atas orang-orang yang teriibat dengan fitnah, menuduh orang yang tidak berdosa, mereka ialah:Mistah bin Asasah, Hassan bin Thabit, Hamnah binti Jahsy, setiap mereka dirotan sebanyak lapan puluh rotan, namun Abdullah bin Ubai kepala membuat fitnah yang jahat, tidak pula dihukum, kerana boleh jadi hudud atau hukuman dera itu boleh mengurangkan penyiksaan seseorang di akhirat nanti, penyebar fitnah diugut oleh Allah dengan balasan azab yang berat di akhirat atau pun kerana kemaslahatan.
Beginilah halnya yang berlaku selepas sebulan dari tarikh kejadian, mendung keraguan dan kekacauan beredar pergi, dari bumi Madinah. Keburukan dan kejahatan kepala munafiqin luas terdedah kepada khalayak ramai, hingga tidak dapat mereka mengangkat kepalanya, kata Ibnu Ishak: Hinggalah kalau terjadi kejadian, kaum sebangsanya pun mengecam dan menuduh Ibnu Ubai. Di hari itu Rasulullah berkata kepada Umar: "Apa pendapat kau sekarang wahai Umar, demi Allah kalaulah kau bunuhnya di hari itu nescaya kau tertekan dan orang bersimpati dengannya, di hari ini kalau aku suruh kau membunuhnya nescaya kau bunuhnya". Jawab Umar: "Demi Allah sesungguhnya ku mengetahui urusan Rasulullah (s.a.w) itu lebih besar barakahnya dari urusan ku".
PENGHANTARAN TENTERA DAN PEPERANGAN SELEPAS GHAZWAH AL-MURAISI'
1. Sariyah Abd al-Rahman bin Auf ke daerah banu Kilab di Dawmah al-Jandal di bulan Sya'ban tahun ke enam (6) hijrah. Rasulullah mempersilakan Abd al-Rahman di hadapannya serta mengenakan serban ke kepalanya dan Baginda mewasiatkan beliau dengan sebaik-baik pengurusan di dalam peperangan dengan sabdanya: "Sekiranya mereka itu mentaati kau, maka hendaklah kau berkahwin dengan puteri rajanya. Abd al-Rahman tinggal di sana selama tiga hari menyeru mereka kepada Islam, akhirnya seluruh qabilah memeluk Islam dan Abdul al-Rahman pun berkahwinlah dengan Tamadhur binti al-Asbogh yang dikenali sebagai Ummu Abi Salamah, bapanya adalah pemimpin dan raja qabilahnya.
2. Sariyah Ali bin Abi Talib ke daerah bahu Saad bin Bakar di Fadak pada bulan Sya'ban tahun keenam (6) Hijrah. Mengapa Rasulullah (s.a.w) menghantar tentera ke sana ialah sebagaimana yang dilaporkan oleh risikan Rasulullah bahawa qabilah berkenaan hendak membantu kaum Yahudi untuk memerangi Rasulullah, sebagai tindakan sfc,_ Rasulullah menghantar Ali ke sana dengan kekuatan tenti. dua ratus (200) orang, beliau bergerak di malam hari dan bersembunyi di siang hari, hingga apabila tertangkap seorang pengintipnya maka disoal dan didapati memang benar perkhabaran itu, iaitu Banu Saad telah menghantar beliau untuk menawar bantuan mereka dengan syarat bahawa tamar Khaibar hams diberikan kepada mereka. Pengintip itu juga telah menunjuk tempat perkumpulan Banu Saad, dengan itu mereka menyerang Banu Saad di tempat mereka, dan dapat merampas lima ratus (500) ekor unta dan dua ratus (2,000) biri-biri, Banu Saad telah lari menyelamatkan diri bersama perempuan-perempuan mereka. Ketua mereka ialah Wabar bin Alim.
3. Sariyah Abu Bakr al-Siddiq atau Zaid bin Harithah, ke "Wadi al-Qura' di bulan Ramadhan tahun keenam (6) Hijrah. Qabilah Fazarah telah pun bercadang hendak membunuh Rasulullah, maka Baginda menghantar Abu Bakr al-Siddiq mengepalai tentera ke sana. Kata Salamah bin al-Akwa': "Ku telah keluar bersama-sama beliau apabila kami selesai solat subuh, kami diperintah untuk menyerang dan kami sampai keperairan mereka, Abu Bakr membunuh yang dapat beliau bunuh, ku telah melihat sekumpulan orang-orang Fazarah bersama-sama mereka kaum wanita, aku takut mereka akan mendahului ku ke bukit, ku pun kejar mereka dan memanah supaya ianya tercacak di antara mereka dan bukit, dan setelah mereka melihat anak panah itu mereka pun berhenti, di antara mereka terdapat seorang perempuan, beliau ialah Ummu Qarfah berselimut kulit binatang bersama-samanya anak perempuan yang paling cornel di kalangan bangsa Arab. Kesemua mereka ku tawan dan bawa ke hadapan Abu Bakr, anak perempuan tadi telah dijadikan bahagian sahamku, ku tidak lihat pun tubuhnya. Rasulullah meminta dari Abu Bakr anak perempuan Ummu Qarfah tadi, kemudian dihantar ke Makkah sebagai tebusan kepada tawanan-tawanan Islam di sana.
Ummu Qarfah adalah kepala durjana Banu Fazarah, beliau telah merancang untuk membunuh Rasulullah.Dia telah menyediakan sebanyak tiga puluh askar berkuda dari anggota keluarganya untuk tujuan berkenaan. Memnag patutlah dia menerima balasannya bersama-sama dengan tiga puluh orang tenteranya.
4. Sariyah Kurz bin Jabir al-Fihri ke qabilah al-'Arinah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Cerita bermula di mana sebilangan anggota qabilah, Arinah dan 'Akal menzahirkan kelslaman mereka, dan mereka ini tinggal dipinggiran al-Madinah, jadi Rasulullah (s.a.w) pun menghantar kepada mereka beberapa ekor unta bersama gembalanya untuk menternak di sekitur itu, dan Rasulullah berkata: "Kamu bolehlah meminum dari susunya dan air kecilnya". Di suatu pagi mereka serang dan bunuh pentemaknya dan bawa lari semua unta-unta tadi, ini bererti mereka kufur semula. Oleh itu maka Rasulullah mengutus Kurz al-Fihri bersama dengan dua puluh orang sahabat sambil Baginda berdoa ke atas mereka yang bermaksud:
"Ya Allah Ya Tuhanku! butakanlah mata mereka dari jalan, sempitkan laluan mereka "
Maka Allah halangkan perjalanan mereka, hingga tentera Islam sempat memberkas mereka, lalu dipotong kaki dan tangan mereka serta dibutakan mata mereka, balasan ke atas jenayah yang mereka lakukan, kemudian ditinggalkan mereka di situ kesudahannya mereka semua mati. Cerita mereka termuat di dalam hadith sahih riwayat Anas.
Selain itu ahli sirah menyebut juga sariyah Amru bin Umaiyah al-Dhamari bersama Salamah bin Abi Salamah di bulan Syawal tahun keenam (6) Hijrah. Beliau telah ke sana untuk membunuh Abu Sufian, kerana Abu Sufian telah mengutus dan mengupah seorang Arab Badwi untuk membunuh Rasulullah, namun kedua pihak tidak berjaya samada yang ke Makkah atau yang ke Madinah. Ahli sirah menyebut bahawa Amru dapat membawa pulang badan Khubaib yang mati syahid. Seperti yang diketahui, Khubaib syahid selepas peristiwa al-Raji' beberapa hari atau bulan, al-Raji' berlaku di bulan Safar tahun keempat (4) Hijrah. Saya tidak pasti apakah ahli sirah keliru di antara dua perjalanan? Atau apakah kedua kejadian (kejadian syahid Khubaib dan perjalanan Amru, berlaku dalam satu masa iaitu pada tahun empat (4) Hijrah. Al-Allamah al-Mansurfuri menolak pendapat yang mengatakan perjalanan Amru ini adalah sariyah peperangan atau serangan. Wa Allahu a'lam.
Inilah sariyah-sariyah dan ghazwah-ghazwah yang berlaku selepas peperangan al-Ahzab dan Banu Quraizah, namun kesemuanya tidak berlaku satu pertempuran yang sengit, cuma yang berlaku sekadar pertembungan-pertembungan ringan, malah penghantaran ini tidak lebih dari unit-unit pengawalan dan pengajaran buat mengugut Arab-arab Badwi dan seteru-seteru yang lain yang sering membawa kacau bilau. Apa yang dapat diperhatikan di dalam hari-hari yang akhir, keadaan sudah berubah selepas peperangan al-Ahzab, dan dapat dicerap juga semangat juang mereka yang semakin merosot malah mereka tidak berminat lagi untuk menghalang dakwah Islam. Perkembangan ini dapat dilihat dengan ketara sekali selepas perjanjian damai Hudaibiah. Malah perjanjian itu lebih merupakan pengakuan terhadap kekuatan Islam dan pengiktirafan atas penerusannya di seluruh pelusuk Semenanjung Arab.
PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH
Pada Bulan Zulkaedah Tahun Keenam (6) Hijrah
Dorongan Kepada Umrah al-Hudaibiah:
Dalam perkembangan seterusnya di Semenanjung Tanah Arab banyak hal memihak kepada kaum muslim, pemangkin kepada pembukaan agung dan kejayaan cemerlang kepada dakwah Islamiah semakin terserlah, persiapan ke arah menegakkan hak dan keistimewaan kaum muslimin untuk menunai ibadat mereka di masjid al-Haram kini sudah bermula, yang dahulunya mereka dihalang dan dinafikan hak mereka pada enam tahun yang silam.
Semasa di Madinah, Rasulullah s.a.w telah diperlihat di dalam mimpinya bahawa Baginda bersama-sama sahabatnya telah memasuki al-Masjid al-Haram, memegang anak kunci, bertawaf dan melaksanakan ibadat umrah, di antara mereka ada yang mencukurkan rambut manakala yang lain memendek rambutnya, Baginda mencerita semuanya ini kepada sahabat-sahabatnya.
Mereka semua amat gembira hingga menyangka yang mereka akan memasuki kota Makkah pada tahun itu juga. Serentak dengan itu Rasulullah pun memberitahu para sahabat bahawa Baginda akan keluar untuk berumrah, dan mereka semua pun bersiap untuk bersama-sama ke sana.
SERUAN MENYELURUH KEPADA KAUM MUSLIMIN
Rasulullah menyampaikan seruannya kepada seluruh orang Arab dan penduduk kampung di sekeliling Madinah untuk keluar bersama-sama Baginda, tapi ada juga Arab-arab Badwi yang melambat-lambatkan, namun Rasulullah terus mencuci pakaiannya, dan menaiki untanya yang bernama al-Qaswa', dengan melantik Ibnu Maktum atau Namilah al-Laithi sebagai khalifahnya. Baginda keluar pada hari Isnin, satu haribulan Zulkaedah tahun keenam Hijrah. Dalam perjalanan suci ini, Baginda membawa bersama isterinya Ummu Salamah berserta seribu empat ratus (1,400) orang. Ada pendapat mengatakan seribu lima ratus (1,500) orang tanpa membawa peralatan perang, selain senjata untuk bermusafir, iaitu pedang-pedang bersarung.
KAUM MUSLIMIN BERGERAK MENUJU KE MAKKAH
Jamaah Umrah ini bergerak ke arah Makkah, sehingga apabila sampai di Zu al-Halifah, Baginda menuntun sembelihan korban serta memulakan upacara umrah di tempatnya. Zu al-Halifah sebagai miqat makani (tempat permulaan ibadat) di sertai dengan pakaian ihram, sebagai memaklumkan kepada orang ramai ketibaannya bukan untuk berperang, walaupun demikian Baginda menghantar salah seorang dari qabilah Khuza'ah untuk mendapat berita mengenai Quraisy. Setibanya Baginda di Asafan perisikannya datang memberitahu dengan katanya: "Semasa saya kemari saya telah mendapati qabilah Kaab bin Lu'ai telah pun mengumpul orang-orang awam al-Ahabisy di mana mereka berhimpun untuk memerangi Rasulullah, serta menghalang Rasulullah dari memasuki Kaabah. Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat dengan sabdanya: "Apakah kamu rasa baik kita serang keluarga mereka yang menolong puak yang menghalang kita, kemudian kita tawan mereka? Sekiranya mereka berdiam, berdiam dengan keadaan marah dan berduka, kalau mereka terlepas lari maka yang ditawan itu Allah mencantas leher mereka, atau apakah sahabat sekalian berpendapat kita semua menuju ke Baitullah maka sesiapa halang kita, kita peranginya"? berkata Abu Bakar: "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui, kita datang pun memang untuk berumrah, dan bukannya untuk memerangi sesiapa, tapi kalau ada orang yang menghalang kita ke Baitullah al-Haram kita perangilah mereka", jawab Rasulullah (s.a.w): "Ayuh kita teruskan perjalanan. Maka mereka pun bergerak ke hadapan.
PERCUBAAN QURAISY MENGHALANG KAUM MUSLIMIN KE BAITULLAH
Sewaktu Quraisy mendengar berita perjalanan Rasulullah, mereka terus mengadakan majlis permesyuaratan. Mereka membuat keputusan untuk menghalang kaum muslimin dari memasuki Baitullah al-Haram dengan apa cara sekalipun, tetapi selepas Rasulullah berpaling dari sekatan golongan al-Ahabisy, satu berita telah diterima dari seorang Banu Kaab yang memaklumkan bahawa pihak Quraisy telah turun ke "Zi Tawa" beserta dua ratus askar berkuda di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid. Mereka menunggu dan bersedia di "Kara' al-Ghamim" jalan utama ke Makkah. Khalid cuba menghalang kaum muslimin, beliau telah mengatur tenteranya berhadapan dengan tentera muslimin. Kedua-dua askar tadi masing-masing dapat melihat lawannya, sebelum ini Khalid pernah melihat kaum muslimin bersembahyang zohor dengan ruku' dan sujud, maka beliau berkata: "Mereka ini boleh diserang secara mengejut, kiranya kalau diserang nescaya dapat dikalahkan". Jadi beliau telah membuat keputusan untuk menyerang mereka semasa sembahyang asar nanti, tetapi Allah telah menurunkan hukum solat khouf (solat dalam keadaan bahaya). Maka terlepaslah peluang yang dirancang oleh Khalid tadi.
TUKAR JALAN DAN USAHA MENGELAK PERTUMPAHAN DARAH
Rasulullah mengambil jalan yang sukar di celah lorong-lorong bukit bersama kaum muslimin melencong ke sebelah kanan di antara dua kemuncak bukit al-Hamasy menuju ke lereng "al-Marar" terus ke dataran al-Hudaibiah dari arah bawah ke Makkah, meninggalkan jalan utama ke Baitullah al-Haram dengan melalui al-Tanaim. Dari situ Baginda melencong ke sebelah kiri. Apabila Khalid melihat pasukan tentera Islam menyimpang dari jalan yang sedang beliau tunggu, segera beliau memacu kudanya menemui Quraisy untuk memberi ingatan.
Rasulullah meneruskan perjalanan hingga apabila sampai ke lereng di "al-Marar" unta tunggangan Baginda melabuhkan diri di situ, semua orang menyebut: "Ayuh, ayuh". Tapi ianya enggan bergerak, maka kata mereka semua. "Tak nak berjalan dah mula berdegillah". Jawab Rasulullah: "Al-Qaswa tidak berdegil, kerana ini bukan perangainya, tetapi ianya diberhentikan oleh kuasa yang memberhentikan gajah-gajah dahulu". Sambung Rasulullah s.a.w: "Demi jiwaku ditanganNya, tidak mereka meminta dariku satu cara buat mereka mengagungkan kawasan Haram Allah itu, kecuali ku jawab permintaan mereka itu". Kemudian Rasulullah s.a.w menghalau untanya dan ia pun segera bangun, dan berpusing menuju ke arah hujung Hudaibiah, berdekatan dengan sebuah kolam yang bertakung sedikit air, orang ramai pun mengambil airnya yang sedikit di situ. Tidak lama kemudian airnya pun putus. Mereka semua mengadu hal kepada Rasulullah s.a.w mengenai kehausan yang mereka alami, Baginda pun menarik keluar anak panah dari uncangnya, dan menyuruh mereka memacaknya di dalam kolam, demi Allah airnya terus keluar memenuhi keperluan mereka semua.
BUDAIL MENJADI ORANG TENGAH DI ANTARA RASULULLAH S.A.W DAN QURAISY
Setelah Rasulullah s.a.w menetap di tempatnya itu, Budail bin Warqa' al-Khuzai' bersama beberapa orang dari Banu Khuza'ah, mendatangi Rasulullah s.a.w, Khuza'ah adalah penyimpan rahsia-rahsia Rasulullah, mereka dari penduduk Tuhamah, kata Budail: "Sebenarnya daku ini baru sahaja datang dari Kaab bin Lu'ai, mereka sudahpun bersiap dengan kekuatan mereka dan singgah di perairan al-Hudaibiah, bersama-sama mereka anak isteri mereka yang bertekad memerangi dan menghalang kamu dari memasuki Baitullah al-Haram. Kata Rasulullah s.a.w: "Sebenarnya kami datang ini bukan untuk memerangi sesiapa. Tetapi kami datang untuk mengerjakan umrah, dan sesungguhnya Quraisy sudahpun keletihan dek peperangan demi peperangan, malah peperanganlah yang telah membinasakan mereka, sekiranya mereka mahu aku memohon penangguhan ku boleh lakukan hingga mereka boleh memberi laluan kepada ku, tapi kalau mereka suka menyertai perdamaian seperti orang lain, mereka boleh lakukan sehingga dengan itu mereka boleh berehat, tapi kalau mereka enggan dan hendak teruskan peperangan demi Tuhan yang jiwa ku ditanganNya akan ku perangi mereka habis-habisan hingga terlaksana urusan Allah".
Kata Budail: "Akan ku sampaikan kepada mereka seperti dikau sebutkan itu", maka beliau pun terus pergi menemui Quraisy dan berkata: "Sesungguhnya daku ini telah mendatangi orang itu, dan telah ku dengar darinya sendiri kata-katanya, sekiranya kamu rela, maka relalah ku menyampaikannya". Sampuk golongan singkat pemikiran dengan kata mereka: "Tak perlulah kamu menceritakannya kepada kami". Tapi kata yang waras pemikirannya: "Ceritakanlah kepada kami". Kata beliau: "Ku dengar darinya begini-begini", lalu Quraisy menghantar seorang utusan lain bernama Mikraz bin Hafs, Rasulullah melihatnya, dan Baginda berkata: "Orang ini jenis pengkhianat".
Sesampainya beliau di hadapan Rasulullah s.a.w, Baginda pun menyampaikan seperti mana yang disampaikan kepada Budail dan kawan-kawannya, dengan itu beliau pun pulang ke pangkuan Quraisy dan menceritakan segala-galanya.
UTUSAN-UTUSAN QURAISY
Diceritakan seorang lelaki dari Kinanah dikenali sebagai al-Hulais bin Alqamah telah berkata: "Berilah peluang kepadaku untuk menemui Muhammad", jawab mereka: "Ayuh pergilah". Sebaik sahaja beliau dilihat oleh Rasulullah, terus Baginda berkata: "Orang ini dari suku kaum yang memuliakan ibadat berkorban, ayuh perlihatkan kepadanya, maka diletakkan ternakan untuk sembelihan supaya beliau melihatnya, seluruh kaum muslimin mengalu-alu kedatangannya dengan suara talbiah, bila beliau melihat semuanya terns beliau berkata: "Subhanallah, tidak seharusnya mereka ini dihalang dari melakukan peribadatan di Baitullah al-Haram ini". Justeru itu beliau pun pulang semula menemui Quraisy dan berkata: "Di sana aku lihat binatang-binatang sembelihan sudah tertambat dan ditanda untuk qurban, pada pendapat ku, tidak wajar kita menghalang mereka. Maka berlaku perbalahan pendapat di antara beliau dan Quraisy.
Kata Urwah bin Mas'ud al-Thaqafi: "Orang ini telah pun menawarkan kepada kamu semua satu perancangan yang waras, terima sahajalah, biarkan aku pula yang pergi. Jawab mereka: "Pergilah". Beliau pun segera pergi menemui Baginda. Rasulullah pun menegaskan kepada beliau sebagaimana beliau nyatakan kepada Budail, maka kata Urwah: "Wahai Muhammad! Apa pandangan kau, kalaulah kamu berjaya menghapuskan bangsa kau ini, apa kau pernah dengar sebelum ini, ada seorang pribumi Arab memusuhi bangsanya sendiri. Seperti yang hendak kau lakukan ini? Kalau maksudmu bukan yang ini, Demi Allah muka-muka yang ku lihat ini adalah manusia awam lapisan biasa, mereka ini akan lari dan akan tinggalkan kau seorang.
Sampuk Abu Bakr r.a.: "Kamu ini jenis manusia yang menjilat air kecil berhala al-Lata, kami ini bukan jenis yang akan lari darinya!! Beliau bertanya: Siapa orang ini, jawab yang hadh: Itulah.Abu Bakr kata Urwah: Demi Allah, kalau tidak mengenang budi, pasti ku tidak membiarkannya, malah kujawabnya. Beliau terns bercakap lagi dengan Rasulullah, setiap kali beliau bersuara setiap kali itu pula beliau memegang janggut Baginda (s.a.w), di masa itu al-Mughirah bin Syu'bah sedang berada di belakang Rasulullah s.a.w memegang pedangnya, bila Urwah memegang janggut Rasulullah s.a.w beliau mengetuk tangannya dengan hulu pedangnya sambil berkata: "Jauh sedikit tangan mu itu", Urwah mengangkat kepala seraya bertanya: "Siapa orang ini?, jawab yang hadir: "Itulah al-Mughirah bin Syu'bah". Kata Urwah: "Wahai pengkhianat, tidakkah kelmarin aku yang membasuh kekotoran dirimu itu?" Semasa jahiliah al-Mughirah pernah berkawan dengan sekumpulan orang, kemudian beliau membunuh orang itu dan merampas harta mereka, kemudian beliau datang menemui Rasulullah, dan mengucap dua kalimah syahadah. Jawab Rasulullah: "Adapun Islamnya aku yang menerimanya, tapi harta yang dirampas itu aku tidak ada kena mengena". Al-Mughirah bin Syu'bah adalah anak saudara Urwah.
Seterusnyanya Urwah bertindak menempelak sahabat-sahabat Rasulullah dan hubungan-hubungan mereka yang silam. Setelah itu beliau pun pulang menemui kawannya, dan berkata: "Wahai kalian, demi Allah, aku ini pernah menemui raja-raja, Qaisar Roman dan Kisra Parsi dan Maharaja al-Najasyi dan tidak pernah pula ku melihat mereka disanjung sepertimana sahabat-sahabat Muhammad menyanjung diri Muhammad. Demi Allah, beliau meludah tidak sempat ludahannya itu jatuh ke tanah namun sudah ada tangan yang menadahnya dan disapunya ke badan dan muka mereka, dan bila Muhammad menyuruh semua mereka bersegera melakukannya, bila beliau berwudhu' seolah-olah berlaku pergaduhan, masing-masing hendak mengambil air wudhu'nya dan bila beliau bercakap semua orang merendah suaranya, mereka tidak merenung tajam ke mukanya kerana menghormatinya, beliau ini telah mengemukakan kepada kamu semua perancangannya, ianya suatu perancangan yang bijak dan matang, kuharap kamu semua dapat menerimanya.
DIALAH YANG MENGHALANG TANGAN MEREKA DARI BERTINDAK KE ATAS KAMU
Bila golongan muda Quraisy mendapati golongan tua yang merupakan barisan pimpinan berminat untuk berdamai, sedang mereka berminat untuk berperang, maka mereka merencana satu pakatan jahat yang boleh menghalang proses damai, mereka membuat keputusan untuk keluar di waktu malam memasuki ke dalam kawasan perkhemahan Islam dan melakukan kacau bilau yang boleh menyalakan api peperangan. Rancangan itu mereka lancarkan di tengah malam ketika sekumpulan pemuda Quraisy yang bersemangat seramai tujuh puluh (70) atau lapan puluh (80) orang turun melalui bukit al-Tanaim. Mereka cuba memasuki khemah Islam, tetapi mereka semua telah diberkas oleh Muhammad bin Salamah, ketua pengawal khemah Islam. Untuk tujuan perdamaian maka Rasulullah membebaskan semua mereka, sehubungan dengan kejadian ini turunlah ayat al-Quran bermaksud:
"Dan Dialah yang menahan tangan mereka dari membinasakan kamu dan menahan tangan kamu dari membinasakan mereka di tengah kota Madinah sesudah Allah memenangkan kamu ke atas mereka ".
(al-Fath: 24)
UTHMAN BIN AFFAN SEBAGAI DUTA MENEMUI QURAISY
Dostları ilə paylaş: |