Rahsia pemilihan semenanjung 'arab sebagai tapak pancaran agama islam



Yüklə 1,2 Mb.
səhifə25/36
tarix17.01.2019
ölçüsü1,2 Mb.
#99555
1   ...   21   22   23   24   25   26   27   28   ...   36


Kini Rasulullah hendak mengirim seorang duta kepada Quraisy untuk meyakinkan mereka mengenai pendirian dan tujuan kedatangan mereka, Baginda memanggil Umar bin al-Khattab untuk dihantar tetapi Umar meminta pengecualian dengan katanya: "Wahai Rasululllah, kecualikanlah daku, tiada siapa dari kalangan Banu Kaab yang bersimpati dengan ku sekiranya ku disakiti. Hantarlah Uthman bin Affan, keluarganya ada di sana, dan beliau berupaya menyampaikan apa yang Rasulullah kehendaki". Maka Rasulullah menjemput Uthman dan dihantarnya beliau untuk berbicara dengan Quraisy. Kata Rasulullah: "Beritahu mereka bahawa kita datang ke mari bukan untuk berperang tapi datang untuk mengerjakan umrah serta serukan mereka kepada Islam". Baginda juga menyuruh beliau bertemu dengan kaum lelaki mukmin dan wanita mukmin, memberitahu mereka perkhabaran yang mengembirakan bahawa Allah akan tampilkan agamanya di Makkah hingga tiada siapa pun yang akan merahsiakan imannya.

Saidina Uthman pun bergerak ke sana melalui orang-orang Quraisy yang sedang berada di Baldah. Kata mereka: "Hendak ke mana ni?" Jawab beliau: "Aku ini telah diutuskan oleh Rasulullah untuk tujuan begini-begini", kata mereka: "Kami fahamlah apa yang kau kata itu, teruskan sahaja tujuanmu itu". Di situ Abban bin Said bin al-A'as bangun dan mengalu-alukan beliau dan mengenakan pelana ke atas kudanya dan membawa Uthman dengan kudanya itu., beliau memberi perlindungan dan mengiringinya hingga sampai ke Makkah dan terus disampaikan perutusan kepada Quraisy. Setelah itu beliau ditawar untuk bertawaf mengelilingi al-Kaabah, tapi beliau tolak tawaran itu dan enggan untuk bertawaf kecuali setelah dilakukan oleh Rasulullah terlebih dahulu.

 

KHABAR ANGIN MENGENAI PEMBUNUHAN UTHMAN DAN BAI'AH AL-RIDWAN



Quraisy telah menahan Uthman agak lama juga, kerana mereka hendak bermesyuarat sesama mereka untuk membuat keputusan yang muktamad, untuk mereka berikan kepada Uthman sebagai jawapan kepada perutusan yang akan dibawa oleh Uthman kepada Rasulullah, oleh itu maka tersebar luas berita yang mengatakan Uthman telah dibunuh oleh pihak Quraisy, sehingga Rasulullah sendiri telah menegaskan dengan katanya: "Kita tidak akan beredar dari sini hinggalah kita memerangi mereka". Untuk itu Baginda meminta para sahabatnya berikrar dengan satu bai'ah (sumpah setia), berduyun-duyun mereka ke hadapan Rasulullah memberi bai'ah untuk tidak akan bergerak dan berundur, berbai'ah secara jamaie untuk mati bersama.

Diceritakan orang-orang yang mula meletakkan tangannya ialah Abu Sinan al-Usdi, kemudian Salamah bin al-Akwa' untuk mati bersama, tiga kali di permulaan di pertengahan dan penyudah, malah Rasulullah memegang tangannya sendiri dengan berkata: "Tangan ini mewakili Uthman". Setelah selesai bai'ah, Uthman pun datang, maka beliau pun turut berbai'ah, tiada seorang pun yang melarikan diri kecuali seorang munafiq sahaja yang bernama Jad bin Qais. Upacara bai'ah ini Rasulullah langsungkan di bawah sepohon kayu, Umar memegang tangan Rasulullah manakala Ma'qal bin Yasar memegang ranting pokok berkenaan bagi pihak Rasulullah, inilah bai'ah al-Ridwan yang diturunkan padanya ayat al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah telah meredhai terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berbai'ah kepada engkau di bawah sepohon pokok".

(al-fath: 18)

 

PEMETERAIAN PERJANJIAN DAMAI DAN AGENDA-AGENDANYA



Pihak Quraisy mengetahui situasi yang cemas itu, sehubungan dengan itu, mereka segera menghantar Suhail bin Amru untuk menerima perjanjian berkenaan, melalui perjanjian pihak Quraisy menyatakan supaya Rasulullah dan para sahabatnya harus pulang ke Madinah tanpa peribadatan Umrah pada tahun ini, supaya tidak menjadi buah mulut bangsa Arab, bahawa mereka memasuki Makkah secara kekerasan. Maka Suhail bin Amru pun datang menemui Rasulullah: Apabila Rasul melihat Suhail, Baginda pun menyebut: "Allah mempermudahkan urusan kamu". Quraisy bermaksud untuk berdamai, kerana itu diutusnya orang ini. Suhail tiba dan bercakap dengan panjang lebar, mereka berdua bersetuju dengan asas-asas perdamaian seperti berikut:

1. Rasulullah harus pulang sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.

2. Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.

3. Sesiapa yang ingin berikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kern ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.

4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.

Rasulullah memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda merencana kepada beliau dengan katanya: "Bismillah al-Rahman al-Rahim" Kata Suhail: "Ada pun lafaz al-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: "Bismika Allahumma". Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi "Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah" kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah pasti kami tidak menghalang kau atau memerangi kau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja. Kata Rasulullah: "Sesungguhnya daku ini Rasulullah, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku". Baginda pun menyuruh Ali menulis "Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz "Rasulullah', tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian. Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza'ah pun segera menyertai kem Rasulullah, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu banu Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yang kita sebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih merupakan penegasan dan pengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu. Manakala Banu Bakr menyertai kem Quraisy.

 

PENOLAKAN ABU JANDAL



Semasa jurutulis sedang sibuk untuk menyiapkan format perjanjian, tiba-tiba Abu Jandal bin Suhail berjalan mengheret rantai belenggu, menghempaskan dirinya dihadapan kaum muslimin, beliau lari keluar dari selatan Makkah, Suhail yang berada di situ meminta Rasulullah rnembuat keputusan supaya memulangkan Abu Jandal ke pangkuan masyarakat musyrikin Quraisy, kata Rasulullah: "Kita belum sempat mehyelesaikan format perjanjian lagi". KataSuhail: "Demi Allah! Inilah perkara pertama yang aku meminta kau membuat keputusan mengenainya". Kata Rasulullah s.a.w: ' Berilah kesempatan kepada ku". Jawab Suhail: "Aku tak akan beri". Jawab Rasulullah: "Bahkan, kau mesti berikan". KataSuhail: "Aku tidak akan beri". Seterusnya Suhail menumbuk muka Abu Jandal, sambil memegang leher bajunya dan menyeret-nyeret untuk di bawa ke dalam masyarakat musyrikin Makkah, apa lagi Abu Jandal meneriak sekuat suaranya: "Wahai kaum muslimin apakah kamu mahu aku diseret kembali ke dalam masyarakat musyrikin untuk difitnahkan ke atas agamaku?" Kata Rasulullah s.a.w: "Bersabarlah dan bertahanlah wahai Abu Jandal, sesungguhnya Allah sedang memberi kepada kau dan orang-orang lain kalangan musthadfin yang bersama kau jalan keluar dan kelepasannya. Sebenarnya kami ini sedang mematerai perjanjian perdamaian dengan mereka, telahpun kami berikan perjanjian kami kepada mereka dan sebaliknya mereka juga telah memberi janji iqrar mereka, tak seharusnya kita mengkhianatinya.

Umar segera bangun dan berjalan dengan Abu Jandal sebelah menyebelah seraya berkata: "Sabar sahajalah wahai Abu Jandal, kaum musyrikin darah mereka sama seperti darah anjing, dan beliau mendekatkan hulu pedangnya kepada Abu Jandal, dengan berkata di dalam hatinya: Aku mengharapkan beliau merampas pedang itu dariku, supaya dengannya sempat beliau membunuh bapanya, tapi beliau ini terasa berat untuk bertindak, berakhir dengan termaterainya perdamai ini.

 

MENYEMBELIH DAN BERCUKUR UNTUK BERTAHALLUL DARI UMRAH



Selepas Rasulullah selesai soal perjanjian perdamaian, Baginda pun menyeru kepada sidang muslimin dengan sabdanya: "Ayuh sekarang kamu boleh bersembelih". Demi Allah tak seorang pun bertindak, hingga terpaksa Baginda menyeru tiga kali, namun masih tiada siapa pun yang menyahut. Dengan keadaan berduka Rasulullah bangun dan masuk ke dalam khemah, menemui isterinya Ummu Salamah. Baginda menceritakan kepadanya, hal kaum muslimin yang tidak memberi respon kepada seruannya, maka jawab Ummu Salamah: "Apakah tuan hamba mahu mereka semua lakukan itu?" Ayuh Rasulullah, sembelihkan qurban itu tanpa menyebut apa-apa suruhan pun, kemudianjemput tukang cukur mencukur rambut tuan hamba".

Rasulullah pun keluar dari situ tanpa bercakap sepatah pun, Baginda terus menyembelih korban dan menyuruh dicukur rambutnya. Bila sekalian yang menyertai umrah itu melihat Rasulullah menyembelih dan bercukur maka masing-masing bergegas menyembelih ternakan dan cukur mencukur. Hampir berlaku perbalahan, unta disembelih untuk tujuh bahagian, lembu untuk tujuh bahagian dan Rasulullah menyembelih unta rampasan Abu Jahal dahulu yang hidungnya bersubang perak untuk membangkitkan kemarahan kaum musyrikin. Di situ Rasulullah s.a.w berdoa kepada sekalian yang mencukur kepala mereka dengan memohon keampunan khusus untuk mereka yang mencukur rambut sebanyak tiga kali, dan sekali untuk mereka yang hanya memendekkannya. Di dalam perjalanan umrah ini terturun firman Allah mengenai mereka yang bercukur kepala kerana berpenyakit iaitu diganti atau difidyahkan dengan berpuasa atau mengeluar sedekah atau korban. Sebab nuzul (turun) ayat ini ialah mengenai Ka'ab bin 'Ajarah yang berkudis di kepalanya hingga terdapat ulat-ulat yang luruh dari kudisnya. (Penterjemah).

 

RASULULLAH ENGGAN MENGHANTAR PULANG WANITA MUKMIN YANG BERHIJRAH



Sekumpulan wanita mukmin telah berhijrah, para wali mereka telah datang menemui Rasulullah supaya dipulangkan mereka ini kepangkuan keluarga di Makkah bagi menepati perjanjian al-Hudaibiah yang dipersetujui dahulu, tetapi Rasulullah enggan melayan permintaan mereka atas alasan nas perjanjian yang bermaksud: "Bahawa tiada seorang lelaki pun dari sebelah Quraisy yang harus menyertai kau walaupun beliau itu di atas agamamu, kalau tidak, mestilah dihantar balik". Nas perjanjian ini tidak merangkumt kaum wanita sama sekali, mengenai kejadian ini Allah telah menurunkan ayatNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang berhijrah padamu perempuan-perempuan yang beriman, maka hendaklah kamu uji mereka. Allah lebih mengetahui tentang keimanan mereka, maka jika kamu telah mengetahui bahawa mereka benar-benar beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir, mereka tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal pula bagi mereka. Dan berikanlah kepada suami-suami mereka mahar yang telah mereka bayar. Dan tiada dosa atas mu mengahwini mereka apabila kamu bayar kepada mereka maharnya. Dan janganlah kamu berpegang pada tali (perkahwinan) dengan perempuan-perempuan kafir "

(al-Mumtahanah: 10)

Biasanya Rasulullah menguji kaum wanita, berdasarkan firman Allah yang bermaksud:

"Apabila datang kepada mu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatu pun dengan Allah, tiada akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anak, tidak akan berbuat dosa yang mereka ada-adakan di antara tangan dan kaki mereka, dan tidak akan menderhakai mu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan memohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengampun lagi Maha Penyayang".

(al-Mumtahanah: 12)

Sesiapa dari mereka akur dengan syarat-syarat ini maka Rasul akan mengucap yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku berbaiah dengan kau dan mereka ini tidak dipulangkan ".

Kaum muslimin, menceraikan isteri-isteri mereka yang kafir berdasarkan hukum ini, Umar ibni al-Khattab menceraikan dua orang isterinya yang kafir. Seorang darinya Muawiyah yang dikahwini olehnya dan seorang lagi oleh Sofwan bin Umaiyah.

 

FAEDAH-FAEDAH DARI SYARAT PERJANJIAN



Inilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang cuba memahami lebih mendalam terhadap butiran perjanjian di samping suasana yang melatarbelakangkannya, pasti menyakini yang ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksi kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan seluruh isi kandungannya memperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia, kerana sudah tidak peduli selain dirinya sahaja. Adapun orang lain dan semenanjung Arab semuanya, kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan campur tangan langsung, yang penting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianya satu kemenangan yang cemerlang bagi Islam. Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta benda, meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya memeluk Islam, bukan tujuan pertama dan utama dari peperangan tadi, sebaliknya ialah mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruh untuk manusia sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka.

"Siapa mahu, dia boleh beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur".

(al-kahfi:29)

Hingga tidak berlaku satu penghalang di antara manusia dan kehendaknya, kini matlamat sudah pun tercapai dengan segala anasir dan ciri-cirinya. Boleh jadi dengan pencapaian dan kemenangan agung ini tidak berlaku lagi peperangan. Melalui perjanjian damai ini umat Islam telah memperolehi kebebasan besar di dalam dakwah, sebelum perjanjian, tentera Islam tidak lebih tiga ribu (3,000) orang sahaja, tetapi bilangan ini bertambah hingga sebelum pembukaan kota Makkah dalam tempoh dua tahun menjadi sepuluh ribu (10,000) orang.

Adapun syarat yang kedua yang merupakan bahagian kedua di dalam faktor kemenangan agung Islam, kerana kaum muslimin tidak merupakan pihak yang memulakan peperangan, tetapi Quraisylah pihak yang memulakan pergaduhan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan merekalah yang memulakan terhadap kamu pada kali pertama".

(al-Taubah: 13)

Sedangkan maksud kaum muslimin dengan rondaan ketenteraan mereka, tidak lebih dari menyedar dan mengingatkan Quraisy tentang kesombongan dan halangannya terhadap usaha ke jalan Allah, supaya Quraisy jujur dan bertindak saksama terhadap kaum muslimin. Semua ini bertujuan agar setiap kem boleh beusaha dalam suasana yang selesa. Syarat menangguhkan peperangan untuk tempoh sepuluh tahun merupakan pembatasan terhadap kesombongan dan halangan Quraisy tadi dan sebagai tanda kegagalan orang yang mula menyalakan api peperangan, dan sebagai petanda kedhaifan dan keruntuhan mereka.

Manakala syarat perdamaian pertama mentafsirkan pembatasan kuasa Quraisy yang biasa menghalang peribadatan di masjid al-Haram, ianyajuga pertanda kekalahan Quraisy malah tiada suatu pun dari syarat-syarat perjanjian yang memberi kepuasan kepadanya selain dari sekadar menghalang pada tahun itu sahaja. Quraisy telah menghadiahkan percuma syarat-syaratnya yang tiga di atas kepada kaum muslimin, ianya menikmati syarat yang keempat, itu pun syarat yang tidak berfaedah sangat, yang tidak ada apa-apa erti pun, tidak pula membahayakan kaum muslimin, seperti yang diketahui bahawa selagi mana seorang muslim itu tetap muslim, beliau tidak akan lari dari Allah dan RasulNya, atau dari bandaraya Islam "al-Madinah" kecualilah kalau ianya murtad secara nyata atau rahsia, dan kalau ianya murtad maka Islam tidak memerlukannya lagi malah berpisahnya beliau dari masyarakat Islam lebih baik dari beliau tinggal di dalamnya, inilah apa yang diisyaratkan oleli Rasulullah di dalam sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang lari dari kita kepada mereka semoga dijauhkannya oleh Allah".

Adapun orang yang memeluk Islam dari penduduk Makkah dan tidak berpeluang untuk mendapat perlindungan di Madinah, namun bumi Allah masih luas, tidakkah al-Habsyah merupakan bumi luas untuk kaum muslimin mendapati perlindungan di sana? Terutama semasa penduduk al-Madinah belum menganut Islam. Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah di dalam sabdanya yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang mendatangi kita dari kem mereka, Allah akan menjadikan kepadanya kelapangan dan jalan keluar "

Perkiraan dan kewaspadaan pihak Quraisy seperti ini, meskipun seolah-olah memperlihatkan usaha dan mempertahankan keagungan maruahnya, tetapi sekaligus menunjukkan kepanikan, keresahan, dan kelemahan mereka. lanya juga menunjukkan ketakutan mereka yang amat sangat tentang masa depan entiti berhala. Perjanjian ini bagaikan mereka sudah menduga dan merasa institusi dan kayanya sedang menunggu saat dan masa keruntuhan. Oleh itu wajarlah mereka membuat perhitungan seperti ini. Keterbukaan Rasulullah untuk tidak dipulangkan mana-mana individu yang lari dari Islam untuk menyertai Quraisy, sebenarnya adalah bukti bahawa Rasulullah bergantung dengan usaha-usaha pengukuhan sahsiah umat Islam sepenuhnya. Oleh itu Baginda tidak langsung curiga atau takut dengan syarat ini.

 

KAUM MUSLIMIN BERDUKACITA DAN UMAR BERBINCANG DENGAN NABI (S.A.W)



Apa yang kita bicarakan ialah intipati syarat-syarat perjanjian. Namun demikian terdapat dua fenomena yang membawa kaum muslimin seluruhnya berdukacita amat sangat.

Pertama: Sebelum ini Baginda telah memaklumkan sekalian masyarakat Islam bahawa mereka akan menziarahi Baitullah seterusnya bertawaf disekelilingnnya, tapi mengapa pula kini harus mereka pulang tanpa melaksanakan peribadatan tawaf itu?

Kedua: Sesungguhnya Rasulullah berada di atas kebenaran, dan Allah pula telah menjanjikan penampilan agamanya, tapi kini mengapa pula Rasulullah menerima tekanan Quraisy dan membiarkan Quraisy menjadi superior dalam proses damai ini? Dua gejala inilah yang menjadi titik pertanyaan, keraguan, kesangsian dan waham. Perasaan umat Islam tercabar kerananya, ianya telah mempengaruhi kewarasan untuk berfikir tentang natijah-natijah baik dari syarat-syarat perjanjian ini.

Boleh jadi Saidina Umarlah di antara orang yang paling bersedih, hingga dengannya beliau telah datang menemui Rasulullah untuk bertanya: "Wahai Rasulullah, tidakkah kita ini diatas kebenaran dan mereka di atas kebatilan". Jawab Rasulullah: "Bahkan". Kata Umar lagi: "Tidakkah syahid-syahid kita di dalam syurga dan yang mati dikalangan mereka di dalam neraka?" Jawab Rasulullah: "Bahkan". Kata Umar: "Kalaulah demikian mengapa kita membenarkan kerendahan kepada agama kita, kita hendak pulang pula, kenapa Allah menghukum di antara kita dan mereka sebegini rupa?" Jawab Rasulullah: "Wahai anak al-Khattab! Aku ini Rasulullah, utusan Allah, masakan harus ku menderhakaiNya, Dialah Pembantuku, Dia tidak akan membiarkanku dan mengabaikan daku sama sekali". Kata Umar: "Tidakkah tuan hamba menceritakan kepada kita semua bahawa kita akan menziarahi Baitullah al-Haram dan bertawaf di sekelilingnnya?" Jawab Rasulullah: "Bahkan! Apakah ku katakan ditahun ini? Jawab Umar: "Tidak". Kata Rasulullah: "Tetapi kau akan menziarahinya dan bertawaf di sekelilingnya".

Umar beredar dari situ dengan hati membawa kemarahan untuk menemui Abu Bakr, bila bertemu seraya bersoal-jawab seperti apa yang beliau lakukan dengun Rasulullah dan menegaskan lagi. Jawab Abu Bakr: "Umar! Kau mestilah berpegang dengannya hingga ke akhir hayatmu, demi Allah sesungguhnya Baginda adalah Rasulullah yang berada di atas kebenaran. Kemudian turunlah firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya kami menangkan engkau dengan satu kemenangan yang nyata "

(al-Fath: 1)

Rasulullah menyampaikan ayat ini kepada Umar, maka beliau bertanya: "Wahai Rasulullah apakah ianya kemenangan?" kata Rasulullah: "Ya". Dengan itu jiwa Umar kembali tenang. Selepas itu Umar menyesal dan berdukacita di atas sikapnya itu, maka kata beliau: Untuk itu maka aku lakukan kerja-kerja amal, terus ku bersedekah, berpuasa, sembahyang, dan memerdekakan hamba-hamba sahaya bagi menggantikan tindakan ku di hari itu, kerana ku takut di atas keceluparan percakapan ku itu, dengan harapan semoga semuanya itu hanyalah untuk kebaikan semata-mata.

 

MAKA SELESAILAH KRISIS GOLONGAN MUSTADHAFIN



Sekembalinya Rasulullah ke Madinah, Baginda terasa aman seketika suasananya, tiba-tiba salah seorang Islam, yang teraniaya di Makkah dan disiksa terlepas lari dari kurungan Quraisy, beliau dikenali sebagai Abu Basir dari Banu Thaqif sekutu Quraisy, pihak Quraisy segera menghantar dua orang utusannya buat menemui Rasulullah, maka kata utusan itu kepada Rasulullah: "Kami datang ini kerana perjanjian yang kami meteraikan itu", Rasulullah pun segera menyerahkan Abu Basir kepada dua orang utusan tadi, kedua mereka membawa pulang Abu Basir ke Makkah hingga apabila mereka sampai ke tempat bernama "ZulHulaifah" mereka pun berhenti dan memakan bekalan mereka iaitu buah tamar, kata Abu Basir: "Aku tengok pedang kamu itu istimewa juga". Beliau pun mencabut pedangnya, dengan berkata: "Memang benar, Demi Allah ianya benar-benar istimewa, aku telah cubanya berulang kali" Kata Abu Basir: "Cuba aku tengoknya".

Sebaik sahaja beliau memegangnya terus beliau membunuh tuannya. Yang seorang lagi lari hingga sampai ke Madinah, beliau berlari hingga ke dalam masjid, apabila Rasulullah melihatnya Baginda berkata: "Orang ini mendapati sesuatu yang menakutkan beliau". Apabila sampai di hadapan Rasulullah terus beliau berkata: "Kawanku telah pun dibunuh, dan aku pun hampir-hampir dibunuhnya juga". Setelah itu Abu Basir pula menyusul tiba lantas berkata: "Wahai nabi Allah, demi Allah kini Allah sudah pun menunai tanggungjawabmu, kerana kau kembalikan ku ke pangkuanmu, nah! sekarang Allah membebaskan daku". Jawab Rasul: "Duhai ibuku, ini satu angkara pula, inilah pencetus peperangan, seandainya ada seorang lagi...., bila beliau mendengar kata-katanya ini beliau yakin yang Baginda akan menghantar beliau semula kepada pihak Quraisy, dengan itu terus beliau lari dari situ hingga sampai ke kawasan bernama "Saiful Bahri". Di masa yang sama Abu Jandal bin Suhail terlepas lari dari Makkah, malah terus beliau menyertai Abu Basir hingga terkumpul di sana sebilangan orang Islam yang terlepas lari dari Quraisy semua mereka menyertai Abu Basir. Demi Allah apabila mereka mengetahui ada kafilah Quraisy yang keluar untuk ke negeri Syam terus mereka memintasnya, membunuh orangnya menawan hartanya, akhirnya Quraisy terpaksa mengutus utusan, meminta kasihan belas Rasulullah; iaitu sesiapa yang lari dari Makkah menyertai Baginda, adalah bebas, dengan itu nabi pun memberitahu mereka supaya masuk Madinah.

 

SATRIA-SATRIA QURAISY MEMELUK ISLAM



Dipermulaan tahun ke tujuh (7) Hijrah, selepas perjanjian al-Hudaibiah, Amru bin al-A'as, Khalid bin al-Walid dan Uthman bin Talhah mendapat hidayah memeluk Islam. Setibanya mereka di hadapan Rasulullah, Baginda bersabda: "Ini dia Makkah telah mencampak kepada kita buah hati kesayangannya".

MARHALAH KEDUA:

SATU PERKEMBANGAN BARU

Sesungguhnya perjanjian al-Hudaibiah adalah satu era baru kepada perkembangan Islam dan perjuangan umatnya. Sebelum ini, Quraisy merupakan kuasa terkuat terangkuh, sombong dan bongkak memusuhi Islam. Dengan penarikan diri dari kancah peperangan kepada meja perdamaian dan keamanan bererti salah satu dari tiga sayap kuat barisan bersekutu telah patah (Quraisy, Ghatafan dan Yahudi). Quraisy mewakili kuasa penganut-penganut berhala, dan pimpinannya di bumi Arab; kini perasaan golongan penyembah berhala (al-Wathani) menurun, sikap permusuhan mengurang, sebab itu kita melihat pelanggaran Ghatafan terhadap Islam tidak sebesar sebelum perjanjian, itu pun kerana rangsangan golongan Yahudi.


Yüklə 1,2 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   21   22   23   24   25   26   27   28   ...   36




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin