Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə38/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   ...   107

kiranya Jibril. Dia memanggil ku. katanya, "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla mendengar ucapan kaum mu kepada mu dan penolakan mereka terhadap ajakan mu. Dan Allah mengirimkan malaikat penjaga bukit kepada mu untuk kamu suruh-suruh sekehendak hati mu." Lalu malaikat penjaga bukit memanggil ku dan memberi salam kepada ku. Kemudian dia berkata. "Ya Muhammad! Allah telah mendengar ucapan kaum mu terhadap mu. Aku adalah malaikat penjaga bukit. Tuhan mu mengutus ku kepada mu untuk melayani setiap perintah apa saja yang

kamu kehendaki. Bahkan jika engkau kehendaki, akan ku pertemukan kedua bukit ini (Jabal Qubais dan bukit yang di hadapannya) untuk ditimpakan kepada mereka." Jawab Rasulullah saw., "Bahkan yang ku harapkan semoga Allah mengeluarkan dari tulang-tulang sulbi mereka orang-orang yang menyembah kepada Allah satu-satunya, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua pun.

"1766. Dari Jundub bin Sufyan r.a., katanya: "Jari Rasulullah saw. berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah saw.: "Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fi sabilillah."

1767. Dari Jundub r.a., katanya: "Jibril terlambat datang kepada Rasulullah saw., lalu orang-orang musyrik berkata, "Muhammad telah ditinggalkannya." Maka diturunkan Allah ayat: "Demi waktu Dhuha; dan demi malam apabila telah sunyi; Tuhan mu tiada meninggalkanmu dan tiada pula benci kepada mu." (Adh Dhuha,93: 1-3).

1768. Dari Jundub bin Sufyan r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. sakit, kerana itu beliau tidak kuat bangun untuk solat malam, selama dua atau tiga malam. Maka datang kepada beliau seorang perempuan, lalu dia berkata. "Ya, Muhammad! Aku berharap mudah-mudahan syaitan mu betul-betul telah meninggalkan mu. Telah dua malam aku tidak melihatnya menghampiri mu. Maka diturunkan Allah ayat: "Demi waktu Dhuha; dan demi malam apabila telah sunyi; Tuhan mu tiada meninggalkan mu dan tiada pula benci kepada mu." (Ad Dhuha, 93 : 1-3).

1769. Dari 'Urwah r.a., katanya Usamah bin Zaid menceritakan kepadanya, bahwa pada suatu ketika Nabi saw. pernah mengendarai seekor keldai berpelana, yang dialas dengan sulaman buatan Fadak. Sedangkan di belakang beliau membonceng Usamah. Ketika itu beliau bepergian hendak menengok Sa'ad bin 'Ubadah di perkampungan Bani Harits bin Khazraj, sebelum terjadi perang Badar. Beliau melewati suatu majlis, di mana orang-orang muslim dan orang-orang musyrik penyembah berhala serta orang-orang Yahudi kedapatan bercampur-baur di situ. Antara lain terdapat 'Abdullah bin Ubay dan' Abdullah bin Rawahah. Tatkala mereka diselubungi debu ketika kendaraan kami lewat, maka Abdullah bin Ubay menutup hidungnya dengan cedar sambil berkata, "Janganlah kami diberi abu!" Maka

Nabi saw. memberi salam kepada mereka, kemudian berhenti, lalu tUrUn. Kemudian beliau ajak mereka kepada Allah, dan beliau bacakan kepada mereka Al-Qur'an. Maka berkata 'Abdullah bin Ubay, "Hai, Buyung! Tidak adakah yang lebih baik dari ini? Jika apa yang engkau katakan itu benar, maka kami jangan diganggu dalam majlis kami. Pulanglah kamu ke rumahmu! Siapa yang datang kepada mu, boleh engkau cerita kepadanya." Maka berkata 'Abdullah bin Rawahah. "Datanglah ke majlis kami! Kami suka itu!" Kata Usamah, "Maka terjadilah perang mulut antara orang-orang muslim dengan orang-orang musyrik dan Yahudi, sehingga hampir mereka berkelahi. Tetapi Nabi saw. dapat menenangkan mereka, kemudian beliau naiki kenderaannya, lalu pergi ke rumah Sa'ad bin 'Ubadah. Maka bersabda Rasulullah saw., "Hai, Sa'ad! Tahukah kamu apa yang telah diucapkan oleh Abu Hubab ('Abdullah bin Ubay)? Dia mengatakan begini-begini." Kata 'Abdullah bin Rawahah, "Maafkan sajalah dia ya Rasulullah! Demi Allah, sesungguhnya Allah telah memberi Anda apa yang diberi-Nya. Sebelum kedatangan Anda, penduduk negeri ini telah sepakat hendak memakaikan mahkota dan melilitkan serban kepadanya. Tetapi Allah menggagalkannya dengan kebenaran yang diberikan-Nya kepada Anda. Kerana itu dia merasa iri terhadap Anda. Itulah sebabnya dia banyak membuat ulah seperti yang Anda saksikan." Lalu Nabi saw. memaafkannya.

1770. Dari Anas bin Malik r.a., katanya ada orang mengusulkan kepada Nabi saw., "Alangkah baiknya seandainya Anda datang menjenguk Abdullah bin Ubay." Kata Anas, "Nabi saw. pergi menjenguknya dengan mengendarai seekor keldai, bersama-sama beberapa orang muslim. Dia tinggal di tanah gersang. Ketika Nabi saw. mendatanginya dia berkata, "Jauh-jauhlah engkau dari ku! Demi Allah! Bau keldaimu sungguh menyakiti ku." Menyahut seorang lelaki Anshar, "Demi Allah! Bau keldai Rasulullah saw.lebih harum daripada bau mu sendiri." Kata Anas, "Seorang lelaki dari kaum 'Abdullah bin Ubay marah, untuk membela Abdullah. Akhirnya masing-masing pihak sama-sama marah, sehingga terjadilah perkelahian antara mereka, pukul memukul dengan pelepah kurma, dengan tangan dan dengan sepatu atau sandal, sehingga turun kepada mereka ayat: "Jika dua golongan orang-orang mukmin berkelahi, maka, damaikanlah mereka..." (Al Hujurat, 49:9).

1771. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang sanggup mencari berita mengenai kegiatan Abu Jahil?" Maka berangkatlah Ibnu Mas'ud. Didapatinya Abu Jahil telah dipukul rubuh oleh dua orang anak 'Afra (orang Anshar, anak petani kurma), sehingga dia tidak berdaya. Lalu ku pegang janggutnya, sambil berkata, "Engkaukah Abu Jahil?" Jawabnya, "Tidaklah menjadi kehinaan bagi ku jika engkau yang membunuh ku, atau dibunuh oleh kaum ku sendiri." Kata Abu Mijlaz, "Abu Jahil mengatakan: Asal aku jangan dibunuh anak petani." 1772. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah saw. berangkat dengan tujuan menyerang Khaibar. Lalu kami solat Subuh sudah dekat ke kota itu, dan hari masih gelap. Sesudah solat, Nabi saw. menaiki kenderaannya, kemudian diikuti oleh Abu Thalhah, dan aku sendiri membonceng dengan Abu Thalhah. Nabi saw. terus berjalan memasuki jalan-jalan kecil di Khaibar, sehingga lutut ku bersentuhan dengan paha Nabi. Bahkan pernah kain beliau tersingkap, sehingga kelihatan olehku putih paha Nabi saw. Ketika memasuki kampung, beliau berkata, "Allahu Akbar! Kharibat Khaibar! Inna idza nazalna bi sahati qaumin. fasaa-a shabahul mundzarin." Beliau mengulang kata-katanya itu sampai tiga kali. Kata Anas, "Ketika orang-orang kampung keluar menuju tempat-tempat pekerjaan mereka, lalu mereka berteriak, "Muhammad!" Kata Abdul 'Aziz dan sebagian sahabat kami, "Muhammad dan tenteranya!" Kata Anas, "Khaibar kami rebut dengan kekerasan."

1773. Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya, "Kami pergi berperang ke Khaibar bersama-sama dengan Rasulullah saw, Kami berjalan di waktu malam. Seorang anggota pasukan berkata kepada 'Amir bin Akwa', "Bacakanlah kepada kami sajak-sajakmu, hai 'Amir!" 'Amir memang seorang penyair. Maka turunlah dia menghalau unta

sambil bersyair. Katanya: "Wahai Allah! Kalau bukanlah kerana pimpinan Engkau, tidaklah kami terpimpin, tidak kami bersedekah, dan tidaklah kami solat. Kerana itu ampunilah kami, selaku tebusan bagi Engkau atas kesalahan kami. Dan teguhkanlah pendirian kami jika bertemu dengan musuh. Tanamkanlah ketenangan di hati ksmi, apabila diteriaki kami datang. Dan dengan teriakan mereka menangis kepada kami. Maka bertanya Rasulullah saw.. "Siapa yang menghalau unta sambil berdendang itu?" Jawab mereka, " 'Amid." Kata beliau, "Semoga Allah memberinya rahmat." Lalu bertanya seorang anggota pasukan, "Betulkah begitu ya Rasulullah? Alangkah baiknya kalau Anda suruh saja dia supaya menghibur kami terus?" Kiranya kami telah sampai di Khaibar. Lalu kami kepung mereka, sehingga perut kami terasa kempis kerana kami merasa sangat lapar. Maka bersabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah menaklukkan negeri itu kepada kalian." Kata Salamah, "Setelah hari petang di hari penaklukan Khaibar itu, mereka banyak menyalakan api. Maka bertanya Rasulullah saw., "Nyala api,

apa itu? Untuk apa mereka nyalakan?" Jawab mereka, "Untuk membakar daging." Tanya beliau, "Daging apa?" Jawab mereka, "Daging keldai jinak." Maka bersabda Rasulullah saw., "Tumpahkan dan pecahkan!" Tanya seorang lelaki, "Atau ditumpahkan, lalu dicuci?" Jawab beliau, "Ya, atau begitu." Tatkala dua pasukan telah berhadap-hadapan, ternyata 'Amir hanya mempunyai pedang pendek. Dengan pedang itu ditetaknya betis orang Yahudi. Tetapi malang baginya, hujung pedang itu terus meluncur sehingga berbalik mengenai lutut 'Amir, dan 'Amir tewas kerananya. Kata Salamah. "Tatkala mereka telah pulang kembali, Rasulullah saw. memegang tangan ku ketika beliau melihat aku diam." Tanya beliau, "Mengapa engkau?" Jawab ku. "Bapa dan ibu ku menjadi tebusan Anda. Mereka mengatakan, "Pahala amal si 'Amir lupus." Tanya beliau. "Siapa yang mengatakannya?" Jawab. ku, "Si Fulan, si Fulan, dan si Usaid bin Hudhair Al Anshari." Sabda beliau, "Dusta orang yang mengatakannya. sesungguhnya dia memperoleh pahala ganda; sambil beliau memberi isyarat dengan anak jarinya - Dialah pejuang yang sesungguhnya. Tidak seberapa orang Arab yang pergi berperang seperti dia."

1774. Dari Abu Ishaq r.a., katanya dia mendengar Al Bani' berkata: "Di hari-hari terjadinya perang Ahzab, Rasulullah saw. turut bersama-sama dengan kami mengangkut tanah, sehingga

perut beliau yang putih itu kotor bergelimang tanah. Beliau bersenandung : "Wahai Allah, seandainya bukanlah kerana Engkau, tidaklah kami dapat bimbingan, tidaklah kami bersedekah, dan tidaklah kami solat. Tanamkan ketenangan di hati kami, kerana sesungguhnya para pemuka tidak menyukai kami." Kata Al Bara', beliau sering pula bersajak: "Sesungguhnya para pemuka tidak menyukai kami, namun bila mereka hendak membencanai kami, kami tidak mau. Dan beliau mengeraskan suaranya membaca senandung itu.1775. Dari Sahal bin Sa'ad r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendatangi kami ketika kami sedang menggali parit dan mengangkut tanah di bahu kami. Maka mendoa beliau, "Wahai Allah! Tidak ada kehidupan yang abadi, melainkan hanya kehidupan akhirat. Kerana itu ampunilah kaum Muhajirin dan kaum Anshar."

1776. Dari Anas bin Malik r.a., katanya mereka bersenandung bersama-sama dengan Rasulullah saw., katanya: "Wahai Allah, tidak ada kebaikan yang abadi melainkan kebaikan akhirat. Kerana itu menangkanlah kaum Anshar dan kaum Muhajirin." 1777. Dari Anas r.a., katanya: "Ketika perang Hunain, Ummu Sulaim selalu membawa sebuah parang (khanjar), lalu tampak oleh Abu Thalhah. Abu Thalhah mengadu kepada Rasulullah saw., katanya: "Ya, Rasulullah! Ummu Sulaim selalu membawa parang." Beliau bertanya kepada Ummu Sulaim, "Hai, Ummu Sulaim! Untuk apa anda membawa parang?" Jawab Ummu Sulaim, "Aku membawanya, kerana jika ada orang musyrik (musuh) yang mendekat kepada ku, akan kubelah perutnya." Rasulullah saw. tertawa mendengar ucapan Ummu Sulaim. Kata Ummu Sulaim, "Ya, Rasulullah! Bunuhlah orang-orang yang anda bebaskan di hari penaklukan Makkah. Kini mereka telah lari meninggalkan Anda." Jawab Rasulullah saw., "Ya, Ummu Sulaim! Sesungguhnya Allah telah mencukupi dan memperbaiki."

1778. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah pergi berperang bersama-sama dengan Ummu Sulaim dan beberapa wanita Anshar. Dalam peperangan mereka bertugas memberi minum tentara yang bertempur dan mengubati yang luka-luka." 1779. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Ketika terjadi perang Uhud, beberapa orang dari pasukan Islam lari meninggalkan Nabi saw. Sedangkan Abu Thalhah tetap bertahan di samping beliau, mengawalnya dengan perisai. Dan Abu Thalhah adalah seorang pemanah tepat yang terampil. Pada hari itu dia mematahkan dua atau tiga busur panah. Ketika itu lewat di hadapannya seorang laki-laki membawa panah. Katanya, "Berikanlah itu kepada Abu Thalhah." Kata Anas, "Nabi saw. berdiri tegak memperhatikan seluruh pasukan. "Maka berkata Abu Thalhah, "Ya, Nabiyallah! Kumohon atas nama bapa dan ibu ku, semoga Anda tidak berdiri supaya jangan kena panah musuh. Biarlah leher ku yang kena, asal jangan leher Anda."

Kata Anas selanjutnya. "Sungguh, aku melihat 'Aisyah binti Abu Bakar dan Ummu Sulaim, keduanya menyingsingkan baju, sehingga aku menampak gelang kaki mereka; keduanya membawa ghirbah di punggung mereka, kemudian dituangkannya ke mulut pasukan kaum muslimin. Sesudah itu mereka pergi lagi mengisi ghirbah mereka dan datang lagi menuangkannya ke mulut anggota pasukan. Seusai pertempuran, pedang terjatuh dari tangan Abu Thalhah dua atau tiga kali kerana sangat mengantuknya."

1780. Dari Yazid bin Hurmuz r.a., katanya Najdah pernah menulis surat kepada Ibnu 'Abbas, menanyakan lima masalah. Kata Ibnu 'Abbas, "Kalaulah aku tidak khawatir akan dianggap menyembunyikan ilmu, tidak kubalas suratnya." Surat Najdah itu begini, "Aroma ba'du (kemudian daripada itu), tolonglah kabarkan kepada ku, adakah kaum perempuan yang pergi berperang bersama-sama Rasulullah saw.? Adakah mereka diberi pembagian rampasan perang? Adakah beliau membunuh anak-anak? Bilakah habisnya masa keyatiman seorang anak yatim? Dan untuk siapakah diberikan seperlima pembagian rampasan perang?" Ibnu 'Abbas membalas surat

tersebut sebagai berikut: Anda menanyakan kepadaku,adakah perempuan pergi berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. "Memang, sesungguhnya lah beliau pergi berperang bersama-sama dengan kaum perempuan. Mereka bertugas mengubati yang luka-luka, dan mereka menerima pemberian (ala kadarnya) dari harta rampasan perang, tetapi tidak diberi pembagian jumlah tertentu. Dan sesungguhnya beliau tidak pernah membunuh anak-anak, kerana itu janganlah kamu bunuh anak-anak. Engkau menanyakan kepada ku bilakah habis masa keyatiman seorang anak yatim? Maka demi seumur hidupku, ada orang yang telah tumbuh janggutnya, tetapi dia masih lemah mengurus dirinya sendiri, mengambil atau memberi. Maka apabila dia telah sanggup mengurus dirinya sendiri, mengambil apa yang baik untuk dirinya seperti halnya orang-orang lain. Maka ketika itu dia telah habis masa keyatimannya. Dan Anda menanyakan pula tentang seperlima harta rampasan untuk siapa? Sesungguhnya kami pernah mengatakan itu untuk kami; tetapi keluarga kami keberatan terhadap kami!"

1781. Dari Ummu Athiyah Al Anshali r.a.. katanya: "Aku pergi berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. tujuh kali peperangan. Aku tinggal di kendaraan mereka, memasak makanan untuk mereka, mengubati yang luka-luka dan merawat orang-orang sakit."

1782. Dari Abu Ishaq r.a., katanya 'Abdullah bin Yazid melakukan solat Istisqa (solat minta hujan) bersama-sama dengan orang ramai. Mula-mula dia solat dua raka'at, sesudah itu dia mendo'a minta hujan. Kata Abu Ishaq, "Hari ini aku bertemu dengan Zaid bin Arqam, di mana tidak ada orang lain di samping kami, selain seorang lelaki. Lalu aku bertanya kepadanya, "Berapa kali Rasulullah saw. berperang?" Jawabnya, "Sembilan belas kali." Tanya ku, "Berapa kali anda ikut berperang bersama-sama dengan beliau?" Jawabnya, "Tujuh belas kali peperangan." Tanya ku, "Dalam perang apa anda ikut berperang pertama kali? Jawabnya, "Dalam peperangan Dzatul 'Usairi atau 'Usyairi."

1783. Dari Zaid bin Arqam r.a., katanya: "Rasulullah saw. berperang sembilan belas kali peperangan, dan beliau naik haji sesudah hijrah satu kali, di mana beliau tidak pergi haji lagi sesudah itu, selain haji Wada'."

1784. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku ikut berperang bersama Rasulullah saw. sembilan belas kali peperangan." Kata Jabir, "Aku tidak ikut dalam perang Badar dan perang Uhud, kerana bapa ku melarang ku. Maka ketika Abdullah (bapa ku) terbunuh di Uhud, aku tidak pernah lagi ketinggalan ikut berperang bersama Rasulullah saw."1785. Dari Salamah r.a., katanya: "Aku ikut berperang bersama Rasulullah saw., tujuh kali peperangan. Kemudian aku ikut dalam pasukan yang dikirim Rasulullah saw., sembilan kali peperangan; satu kali dipimpin Abu Bakar, dan satu kali di bawah pimpinan Usamah bin Zaid."

1786. Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw., katanya: "Ketika Rasulullah saw. pergi ke Badar, maka tatkala beliau sampai di Harratil Wabarah, beliau ditemui oleh seorang lelakii yang terkenal gagah berani. Para sahabat Rasulullah saw. merasa gembira ketika melihat kedatangannya. Dia berkata kepada Rasulullah saw., "Aku sengaja mengikuti Anda, kerana ingin berperang di pihak Anda dan bersama-sama dengan Anda." Tanya Rasulullah saw., "Apakah Anda sudah iman dengan Allah dan Rasul-Nya?" Jawab orang itu, "Tidak!" Sabda Nabi saW., "Kembalilah Anda! Aku sekali-kali tidak membutuhkan pertolongan orang musyrik." Kata 'Aisyah, "Maka pergilah orang itu." Tetapi setelah kami sampai dekat sebatang pohon, orang

itu datang kembali menemui Rasulullah saw., lalu dia berkata pula seperti semula. Maka bertanya pula Rasulullah saw. kepadanya seperti semula. Sabda beliau, "Pergilah Anda! Aku sekali-kali tidak membutuhkan pertolongan orang musyrik." Maka pergilah dia. Kemudian, tatkala kami sampai di Baida', dia datang kembali. Rasulullah bertanya pula kepadanya seperti semula, "Apakah anda sudah beriman dengan Allah dan Rasul-Nya?" Jawab orang itu, "Ya, aku beriman!" Maka bersabda Rasulullah saw., "Mari, Teruslah jalan!"

1787. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Aku datang bersama

bapaku ke rumah Nabi saw., lalu kudengar beliau bersabda: "Pemerintahan ini tidak akan roboh hingga selesai memerintah dua belas orang khalifah." Kemudian beliau mengucapkan kata-kata yang kurang jelas bagi ku, lalu kutanyakan kepada bapaku apa yang diucapkan beliau. Jawab bapaku, "Semuanya dari bangsa Quraisy."

1788. Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Islam sentiasa kuat dan berkuasa sampai dua belas khalifah." Kemudian beliau mengucapkan sebuah kalimat yang aku tidak mengerti, lalu kutanyakan kepada bapaku, "Apa kata beliau?" Jawab bapa, "Khalifah yang dua belas itu semuanya dari bangsa Quraisy."

1789. Dari 'Amir bin Sa'ad bin Abi Waqqash r.a., katanya: "Aku berkirim surat kepada Jabir bin Samurah melalui pelayan ku Nafi', meminta kepadanya supaya dia dapat mengabarkan kepada ku hadis yang pernah didengarnya dari Rasulullah saw. Dia membalas surat ku sebagai berikut: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda pada hari Juma'at petang, iaitu ketika seorang suku Aslam direjam, sabdanya: Agama ini (Islam) akan sentiasa tegak hingga hari kiamat, atau sampai habis dua belas orang khalifah memerintah, yang kesemuanya dari Quraisy. Aku mendengarnya pula bersabda, "Satu kelompok kaum muslimin akan menaklukkan Istana Putih Kisra (Raja Persia)." Dan aku mendengar pula beliau bersabda, "Sebelum terjadi hari kiamat akan muncul para pembohong besar (Dajjal), maka waspadalah terhadap mereka. "Aku mendengar pula beliau bersabda, "Jika Allah mengurniai kamu suatu kebaikan (kekayaan), pertama-tama manfaatkanlah untuk diri mu sendiri, dan untuk keluarga mu." Aku mendengar juga beliau bersabda, "Aku lebih dahulu dan menunggu di telaga."

1790. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku hadir ketika bapaku ('Umar bin Khaththab) kena musibah ditikam orang. Para sahabat beliau yang hadir ketika itu memujinya. Kata mereka, "Semoga Allah membalasi Anda dengan balasan yang baik." Jawab 'Umar, "Aku penuh harap dan juga merasa cemas." Kata mereka, "Tunjuklah pengganti Anda (untuk menjadi khalifah)!" Jawab 'Umar, "Apakah aku arus memikul urusan pemerintahan waktu hidup dan matiku? Aku ingin tugasku sudah selesai, tidak kurang dan tidak lebih. Jika aku menunjuk penggantiku, memang orang yang lebih baik daripada ku yakni Abu Bakar Shiddiq - pernah menunjuk penggantinya. Tetapi jika aku membiarkan kamu memilih sendiri siapa yang akan menjadi khalifah, maka orang yang paling baik daripada ku, yakni Rasulullah saw. pernah membiarkan kamu memilih sendiri penggantinya menjadi khalifah." Kata Abdullah. "Dengan ucapannya itu tahulah aku bahwa beliau tidak akan menunjuk penggantinya untuk menjadi khalifah."

1791. Dari 'Abdurrahman bin Samurah r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Hai, 'Abdurrahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara. Kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaan, tanggung jawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau di angkat tanpa permintaan, engkau akan ditolong orang dalam tugasmu."

1792. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Aku datang menemui Nabi bersama-sama dua orang lelaki anak paman ku. Yang seorang berkata, "Ya, Rasulullah! Angkatlah aku jadi Amir (pembesar) di salah satu daerah yang telah dikuasakan Allah kepada Anda." Dan yang seorang lagi berkata pula seperti itu. Jawab Rasulullah saw.,"Demi Allah! Aku tidak akan mengangkat seseorang untuk memangku suatu jabatan, orang yang meminta-minta supaya dia diangkat, bahkan tidak pula orang yang mengharap-harap (berambisi) untuk itu."

1793. Dari Abu Dzar r.a., katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Apakah Anda tidak hendak mengangkat ku untuk memegang suatu jabatan pemerintahan?" Lalu beliau menepuk bahu ku dengan tangan beliau seraya berkata, "Hai, Abu Dzar! Engkau ini lemah. Sedangkan pekerjaan itu adalah amanah, yang pada hari kiamat kelak dipertanggung-jawabkan dengan risiko penuh kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang memenuhi syarat dan dapat melaksanakan tugas yang dibebankan kepadanya dengan baik."1794. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil akan berada di atas panggung cahaya di sebelah kanan Allah 'Azza wa Jalla - kedua sisi tersebut sesungguhnya baik keadaannya dan tinggi darjatnya - iaitu orang-orang yang berlaku adil dalam hukum, adil terhadap keluarga, dan adil dalam melaksanakan tugas yang dikuasakan kepada mereka."

1795. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. mendoa di rumahku, katanya: "Wahai, Allah! Siapa yang menjabat suatu jabatan dalam pemerintahan umat ku, lalu dia mempersulit urusan mereka, maka persulit pulalah dia, dan siapa yang menjabat suatu jabatan dalam pemerintahan umat ku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia."

1796. Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Ketahuilah! Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin), dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepemimpinan mu). Seorang Amir (raja, penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan di tanya tentang kepemimpinannya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepemimpinannya. Ketahuilah setiap kamu adalah

pemimpin, dan setiap kamu akan tanya tentang kepemimpinannya."

1797. Dari Al Hasan r.a., katanya: "Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar Al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma'qil kepada 'Ubaidullah, "Aku hendak menyampaikan kepada mu sebuah hadis yang kudengar sendiri dari Rasulullah saw., yang kalau aku yakin bahawa usiaku akan panjang, hadis ini belum akan ku sampaikan kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda. "Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia (masih) menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya."

1798. Dari Abul Malih r.a., katanya: "Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar ketika dia sakit. Kata Ma'qil kepada 'Ubaidullah, "Aku hendak menyampaikan sebuah hadis kepada mu, seandainya aku tidak hampir mati, nescaya hadis ini belum akan ku sampaikan kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang pun Amir (pembesar, penguasa, atau pemimpin) yang menguasai atau memerintah kaum muslimin, tetapi dia tidak berjuang dengan sungguh-sungguh dan tidak memberikan pengarahan untuk kemakmuran mereka, nescaya Allah tidak membolehkannya masuk syurga bersama-sama dengan mereka."

1799. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. berpidato di hadapan kamu tentang penggelapan (pencurian atau korupsi). Beliau mengatakan, penggelapan itu suatu perkara besar dan mempunyai akibat yang besar pula. Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu (yang menggelapkan atau korup) datang memikul di kuduknya unta yang sedang melenguh-lenguh. Lalu dia berkata, "Ya Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, " Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah kukatakan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu yang menggelapkan atau korup) memikul di kuduknya kuda yang meringik-ringik. Lalu dia berkata. "Ya, Rasulullah! tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tak kuasa sedikit jua pun menolong kamu. Bukankah dahulu telah kukatakan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu memikul di kuduknya kambing yang mengembek-ngembek. Lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah kukatakan kepadamu!" Kelak di hari kiamat janganlah ku dapati salah seorang kamu memikul orang berteriak-teriak di kuduknya. Lalu katanya, '"Ya, Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak dapat sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah kukatakan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu datang kepada ku membawa selembar kain berkibar-kibar di kuduknya, lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak dapat sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah ku sampaikan kepadamu?" Kelak di hari kiamat, janganlah ku dapati salah seorang kamu memikul harta kekayaan berupa emas dan perak di kuduknya, lalu dia berkata, "Ya Rasulullah! Tolonglah aku!" Lalu jawab ku, "Aku tidak dapat sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dahulu telah kukatakan kepadamu?"


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   34   35   36   37   38   39   40   41   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin