Ehwal umat islam masakini – nasional dan internasional



Yüklə 143,17 Kb.
səhifə4/4
tarix08.01.2019
ölçüsü143,17 Kb.
#92755
1   2   3   4

a.Somalia ( 8.6 juta penduduk , 100% MASlim) adalah negara termiskin Afrika yang kini sedang bergolak dengan perang saudara sejak 1991 . Sejak Presiden Muhammad Siat Barres diturunkan pada 1991 itu , 300,000-500,000 orang terbunuh.Konflik yang berlaku kini ialah antara Syariah Council (SC) dan Alliance for the Reconcialition of Peace and Counter Terrorism (ARPCT). Mahakim As-Syar’iyah ( SC ) didirikan pada 2004 mahu menegakkan undang-undang Syariah tetapi dituduh Amerika sebagai kelompok fundamentalis dan teroris dan dikaitkan dengan AlQaeda . ARPCT didukung oleh Amerika yang tidak mahu syariah diterapkan di negara itu. Kebanyakan pimpinan ARPCT adalah bekas tentera perang.Kini Perdana Menteri Somalia , Mohammad Ali Gedi cuba menolak intervensi tentera Amerika dalam konflik ini kerana mengetahui hubungan rapat Amerika dengan ARPCT.

b.Tanduk Afrika ( Eritrea , Djibouti , Somalia , Ethiopia)

Ethiopia , Somalia adalah negara Muslim yang juga sangat runcing akibat dari kubuluran yang menimpa warganya. Kemarau paling dahsyat pada 1984-85 telah mengorbankan 1 juta orang. Bukan sahaja ia berhadapan dengan masalah kebuluran akan tetapi sekaligus penyakit dan peperangan. Di Somalia perang saudara meletus sejak 1991 bila kerajaan pusat jatuh. Lapan lagi negara berdekatan termasuk Kenya , Sudan dan Eritrea terjejas dalam peperangan saudara yang terpanjang didunia. Ketika kemarau panjang yang dihadapi Ethiopia tahun 2000 ia berperang pula dengan Eritrea. Jutaan peruntukkan terpaksa dibelanja untuk membeli senjata sedangkan rakyat kebuluran. Pada hal perjuangan rakyat negara tersebut telah berjaya menurunkan kerajaan diktator komunis Mengistu Haile Mariam pada 1991 dan Eritrea ( yang pernah dijajah Itali) dibenar berpisah dari Ethiopia tanpa masalah. Kini kedua negara itu berperang. Sebuah gerakan Islam iaitu Mahkamah Islam di Somalia kini telah cuba dilemahkan bila ia dilihat mengancam kepentingan kuasa Barat. AS telah membiayai Eriteria untuk melancarkan perang ke atas Somalia dan membuka semula ketegangan antara Somali dan Eriteria yang telah berjaya dikendurkan oleh Mahkamah Islam.


Asia Tenggara

Negara majoriti umat Islam adalah Brunei ( 268,000 Muslim , 67% dari 400,000) , Indonesia ( 195.27 juta Muslim , 88% dari 221.9 juta) , Malaysia ( 15.4 juta Muslim , 59% dari 26.1 juta)


.

1.Indonesia

Sebagai negara Islam terbesar di dunia , Indonesia sememangnya menjadi perhatian kuasa Barat. Sejarah perjuangan umat Islam untuk memperbaikki dan mengukuh kedudukan umat dan Islam sendiri telah memberi pengajaran kepada pelbagai kelompok di Indonesia. Sejak Piagam Jakarta ( Ketuhanan dengan kewajipan melaksanakan agama Islam bagi pengganutnya) gagal diterapkan dalam UUD ketika Indonesia diistihar merdeka pada 1945 , perjuangan untuk mengarusperdanakan Islam menjadi isu yang tidak berkesudahan.


Sementara sosio-ekonomi umat tidak kuat serta politik umat juga terpecah kepada pelbagai fraksi , pihak Barat dan bangsa asing dari tanah besar China dan Singapore mengambil kesempatan untuk meraih sumber dari Indonesia. Kini walaupun keadaan nampak semakin membaik akan tetapi maseh penuh cabaran terutama dalam soal liberalisasi masyarakat yang memperlihatkan kesan sosial dan faham Islam yang terpesong.
Sementara ujud kelompok Islam yang bekerja keras menangani isu ini secara intelektual seperti INSIST, pertembungan dengan agenda Kristian juga semakin rancak. Isu gerakan Kristianisasi di Indonesia juga amat serius. Gerakan pemurtadan diketahui sangat rancak dalam pelbagai pendekatan iatu dari cara lembut seperti membantu fakir miskin, mendirikan gereja dikawasan Muslim sehingga mengguna cara ganas seperti perkosaan termasuk mengguna ilmu sihir. Pelbagai kelompok NGO Islam bekerja keras seperti FAKTA memantau dan mendedahkan isu ini.
Indonesia sememangnya menjadi sasaran gerakan Salibiyyah yang melihat potensi besar untuk menguasai umat Islam di rantau ini. Jika gerakan missionari berjaya di Indonesia negara lain dianggap mudah. Lantaran itu upaya mempersoalkan usaha untuk melaksana syariah dalam kehidupan umat sedang giat dilakukan oleh golongan salibi yang bersekongkol dengan kumpulan liberal sekular seperti Jaringan Islam Liberal.
Mereka berkonspirasi dengan alikan Pancasila sebagai “common ideology” yang dianggap strategik dalam menyekat sosialisasi syariah di Indonesia. Dengan versi Pancasila yang menekankan pluralisme seperti yang didokong oleh PDI-P dan Golkar juga Partai Kristian iaitu Parti Damai Sejahtera akan memungkin pengembangan dan penyebaran Kristian dikalangan umat Islam menjadi lebih lancar.

Indonesia juga sedang melalui proses yang sangat sukar untuk menghilangkan imej antara negara yang tinggi amalan korupsi. Akibat dari birokrasi yang sudah sedemikian lama dijangkiti dengan KKN ( Kolusi , Korupsi dan Nepotisme ) Indonesia maseh belum mampu mengatasi eskploitasi sumber alam yang tidak terkawal disamping membenarkan pengelompokan kekayaan dikalangan golongan elit politik dan angkatan tentera di zaman Order Lama dan Order Baru. Walauun usaha membenteras rasuah cuba ditonjolkan namun gejala “tebang pileh” iaitu mensasarkan orang Islam tertentu untuk didakwa menjadi tandatanya apakah ada rencana untuk mengkambing-hitamkan orang Islam dalam operasi memburu yang korup.


Angkatan tentera TNI juga maseh belum keluar dari imej korupsi yang berleluasa sejak Order Lama (Sukarno) mahupun Order Baru (Suharto). Pada 2005 pemerintah menaikkan bajet TNI sebanyak USD 538 juta ( Rp 5 trilion) . Laporan mengenai pembabitan TNI dalam pembalakan haram dan penyeludupan balak diketahui umum. Pegawai TNI ada yang dibayar Rp 50 juta hingga Rp500 juta oleh syarikat balak di kawasan seperti Papua. Kritikan terhadap penambahan bajet tentera dianggap akan menjejaskan demokrasi Indonesia kerana rekod tentera yang campur tangan dalam urusan sivil sudah lama.
Fraksi parti-parti Islam yang begitu banyak di Indonesia tidak melambangkan gerakan yang tulin untuk mengeluarkan Indosnesia dari penyakit KKN. Sementara itu juga kaum etnik Cina yang hanya sekitar 3% itu telah dapat menguasai lebih 80% kekayaan ekonomi Indonesia. Pada krisis ekonomi 1997/98 , dilaporkan lebih USD 80 bilion di pindahkan ke Singapura oleh konglomerat Cina Indonesia.
Indosat dijual kepada syarikat luar di zaman Megawati , manakala blok minyak Cepu terjual kepada Exonmobil oleh zaman SBY. Ternyata Indonesia terus terpuruk dan berlegar disekitar berfilosofi sekular dan liberal , manakala kekayaan negara berpindah kepada tangan orang luar. Isu yang cuba diperhangatkan untuk dijadi tumpuan massa ialah membenteras terorism dan sektorionisme mengikut yang digagas oleh PDI-P. Parti ini menggangap dirinya sebagai rumah besar nasionalisme untuk mempertahankan Pancasila dan aliran pluralisme. Sebab itu PDI-P boleh bersekongkol dengan Golkar dan AS. Partai PDI-P sangat resah dengan tren kelompok Islam mengujudkan daerah Syariah (Perda Syariat). Sementara itu ujudnya gerakan separatis iaitu di Maluku dan Irian yang kedua-dua daerah itu kini bergovenorkan oleh PDI-P dan Golkar . Ini menunjukkan ideology plurialisme yang cuba didokong oleh dua partai ini bertujuan untuk menghadang gerakan agama. Pada hakikatnya juga aliran sekular liberal dan plural ini didokong juga oleh kuasa luar seperti Singapore yang curiga ke atas gerakan Islam.
Hambatan umat Islam Indonesia untuk bangkit juga ternyata diakibatkan oleh terlalu banyak pecahan dan wadah umat sehingga tidak mampu disalurkan sebagai suatu kekuatan yang ampuh. Sekurangnya ada 12 parti politik utama yang merebut kuasa iaitu PDPI-P , Partai Demokrat , Golkar , PAN , PKB , PBB , PKS , PPP , Partai Bintang Reformasi , Partai Bintang Pelopor Demokrasi , Partai Matahari Bangsa , Partai Damai Sejahtera.
Manakala organisasi masyarakat yang berasas massa Muslim juga pelbagai seperti Muhammadiah , Majlis Ulama Indonesia . Dewan Dakwah , NU , HTI , FPI , Majlis Mujaddin Indonesia dan Hidayatullah , PPI dan HMI. Yang demikian aliran yang sangat rencam itu menyukar sumber yang ada digembleng untuk membangkitkan martabat umat secara sepadu. Ditambah lagi umat maseh tidak mampu megenengahkan kepimpinan alternatif yang Islami untuk memandu umat ke arah kegemilangan.
Kini isu untuk kembali semula kepada Astung iaitu Asas Tunggal Pancasila didebat hangat. Sedangkan Indonesia menyaksikan 30 juta rakyat yang menggangur , gejala rosak akhlaq seperti , pornografi ( majalah “playboy” versi Indonesia diterbit ) berleluasa , amalan mega korupsi , kemiskinan yang tinggi dan puluhan juta rakyatnya menjadi pekerja immigran diluar negara ( yang menghadapi pelbagai pelanggaran hak asasi manusia dan eskploitasi)..
Sementara itu eskploitasi sumber alam oleh pengusha asing , peningkatan jenayah , pelbagai masalah sosial terus menghantui Indonesia. Luka rakyat dalam isu Tanjong Periok , Lampung dan Wolya maseh tidak dilupakan.
Indonesia dikenali sangat akrab dengan AS sehingga apa saja upaya untuk mengenengahkan syariah akan dihadang. Upaya Perda Syariah atau Perda Anti Maksiat AS dan Australia menjadi negara yang sering mengasak Indonesia untuk patuh kehendak mereka termasuk isu penangkapan Ust Abu Bakar Ba’syir yang cuba dikaitkan dengan Al Qaeda.
Mengikut analisis beberapa pemikir Indonesia , Indonesia sedang menghadapi sendi-sendinya yang sangat rapuh. Munculnya Konflik SARA ( sosial , agama dan ras) , ujudnya gerakan separatis (pemisah) ,meraknya pemesongan agama , rancaknya pemikiran liberal-sekular .
Ditambahlagi sejumlah jutaan wang sedang disuntik ke Indonesia oleh organisasi Kristian misionari . Ini adalah gerakan strategik untuk mengoncong kestabilan rantau ini , yang sangat terdedah dengan korupsi.

2.Malaysia
Mengikut statistik terakhir populasi Malaysia sedang mencecah 27 juta orang. Jika komposisi penduduk maseh 59% Muslim dan usia kemerdekaan negara sudah menjangkau 50 tahun sepatutnya masyarakat Islam mampu mengangkat harkat dirinya dalam semua bidang. Mengambilkira pelbagai institusi Melayu-Islam yang yang ada iaitu , Raja-raja dan Governor Melayu , ahli parlimen dan ADUN Melayu Islam , Perdana Menteri dan lebih separuh Menteri adalah Melayu Islam , lebih 80% kakitangan awam pelbagai agensi adalah Melayu Islam , kewujudan pelbagai peringkat institusi Islam iaitu Majlis Islam Negeri , Jabatan Islam Negeri-negeri JAKIM , Majlis Fatwa Kebangsaan , Majlis Perundingan Islam Kebangsaan , Mahkamah Syariah , Jabatan Zakat dan Baitul Mal , Lembaga Tabung Haji , YPEIM , IKIM , YADIM , Maktab dan Kolej Islam , UIA , Fakulti-fakulti Pengajian Islam IPT , ribuan Sekolah-sekolah agama Islam kerajaan , swasta dan rakyat , ribuan Masjid dan surau , ratusan NGO Islam ...seharusnya kedudukan umat sepatutnya sangat baik dan cemerlang.
Akan tetapi hakikat yang ada nampaknya umat Islam memenuhi ciri-ciri umat yang dhaif , umat yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai umat yang sedang dimamah oleh umat lain bagaikan sebuah hidangan.
Malaysia kini sedang menghadapi pelbagai cabaran yang berkaitan dengan kedudukan Islam. Penghakisan nilai Islam , keterkebelakang dari segi ekonomi , cabaran terhadap undang-undang syariah , pemikiran sekular-liberal , murtad , perpecahan umat dan hak umat Islam untuk melaksana hukum syariah ternafi , pencemaran budaya dan kelunturan akhlaq sedang berkembang di kalangan kaum Muslim di negara ini.
Gambaran umat Melayu Islam sedang menunjukkan kelunturan akhlaq jelas terbukti dengan berbagai angka dan fakta berkaitan dengan dadah , arak , judi , zina , HIV Aids , keruntuhan institusi keluarga ,hiburan melampau , budaya pakaian melampau , pelacuran , pornografi , lumbah haram , lepak , sumbang mahram , gejala black metal , buang anak , lari dari rumah , pecah amanah , salahlaku di sekolah , ponteng , gangsterism , jenayah .
Dari sudut ekonomi juga kaum muslim terkait dengan masalah seperti bankrupsi , along , budaya berhutang , berbelanja mewah dan membazir , penjualan aset serta aset tergadai , pengangguran dan pergantungan kepada bekalan harian kepada bukan Islam .
Dari sudut politik , umat Islam di negara ini tidak menunjukkan kematangan yang mencukupi untuk menampilkan politik yang mantap dan berintegriti. Konstituansi Islam semakin banyak telepas kepada ahli politik bukan Islam. Kesatuan dan kesepaduan dalam berpolitik untuk menjaga maruah Islam tidak dapat dizahirkan untuk umat Islam. Gejala politik kembiri , politik wang , politik penting diri menjadi ciri dominan dalam barisan politikus umat Islam. Banyak hak umat Islam tergadai akibat perhitungan politik dangkal yang diamalkan oleh ahli politik Melayu di negara ini . Hak demokrasi untuk mendapat pilihanraya yang bersih maseh belum tercapai sehingga ini walupun negara telah melalui 12 pilihanraya umum.
Rasuah dan salahguna kuasa kini mengejala dalam pengurusan negara. Berbilion wang rakyat disalahguna untuk projek membazir dan wang yang disalur untuk ganjaran pihak yang berkepentingan. Pembelian dan pembekalan dalam sektor wang menyebabkan rakyat kerugian berbilion ringgit akibat amalan kronisme dan nepotisme. Ketelusan dalam perbelanjaan wang awam maseh menjadi isu besar di negara ini.

Sementara pelbagai jaminan diberi oleh pihak pemerintah bahawa Islam akan dilindungi , namun penghakisan status Islam dalam kehidupan masyarakat semakin ketara. Pelbagai NGO Muslim kini sedang bergerak untuk mengembalikan proses Islamisasi yang terbantut akibat gelombang globalisasi yang melanda mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.. Akan tetapi pemerintah yang sering mengujudkan keadaan yang sangat liberal dari segi polisi telah mengakibatkan penghakisan nilai Islam lebih pantas berbanding upaya untuk mengukuhkan akhlaq Islam. Malah sistem pendidikan yang tidak berpaksikan kepaduan ilmu mengikut Islam telah mempercepatkan proses kacaubilau sahsiah umat Islam .


Umat Islam melalui pelbagai senario yang tidak memberangsangkan.. Secara rengkas kami senaraikan senario tersebut :


  1. Berkembang dan semakin mendalam pemikiran sekular-liberal terutama dikalangan golongan kelas menengah elit.

  2. Ujudnya sistem pendidikan yang belum menyepadukan antara ilmu akademik dan ilmu agama mengikut falsafah ilmu dalam Islam.

  3. Institusi Islam yang belum cukup berkesan berperanan untuk mengatur urASan umat Islam.

  4. Rempuhan budaya global dan budaya barat telah meruntuh dan melemahkan benteng ketahanan umat Islam sehingga mengejala dengan pelbagai kebejatan sosial.

  5. Sistem pemerintahan yang tidak menjiwai tuntutan Islam sehingga pemerintahan yang bersifat sekular – liberal mendominasi citra kerajaan yang ada.

  6. Kelemahan pelbagai organisasi umat Islam diperingkat masyarakat untuk melakukan perubahan dan pelawanan terhadap jenis-jenis kerosakan sosial.

  7. Aset ekonomi umat Islam maseh kecil berbanding bukan Islam , malah aset orang Islam yang terlepas kepada bukan Islam sangat banyak termasuk tanah , perumahan , premis perniagaan , pegangan saham dalam perniagaan.

  8. Pergantungan umat Islam kepada bantuan kerajaan maseh sangat tinggi sehingga kemandirian ekonomi belum tercapai sepenuhnya dikalangan umat Islam.

Sebagai Pengerusi OIC , Malaysia maseh tidak memperlihatkan keupayaannya untuk berperanan memperbaikki kedudukan umat Islam . Sementara itu AS terus meneliti Malaysia sebagai negara Islam moderat yang berpotensi untuk menjayakan agenda yang dikehendakki AS terutama dalam isu terrorisme.


Apa yang perlu kita lakukan?

Ubat untuk memulihkan penyakit yang sedang menimpa masyarakat Islam ini terletak kepada memperkasakan masyarakat Islam. Matlamat Ini perlu kepada suatu transformasi budaya dan nilai berdasarkan ajaran Islam, merubah sistem politik Negara-negara umat Islam supaya lebih demokratik dan bertanggungjawab kepada rakyat, mengukuhkan autonomi dan intergriti institusi awam. NGO-NGO Islam perlu berperanan mendidik dan memobilisasi masyarakat untuk menyegarkan semula serta memberi kekuatan semula kepada umat Islam.

Kepentingan sempit berdasarkan sempadan perlu diketepikan untuk memberi keutamaan kepada kepentingan umat Islam global dan membela  mereka yang ditindas. Dinding yang memisah umat Islam secara fizikal dan mental perlu diruntuhkan. Perlu ada program dan gerakan yang menghubungkan umat Islam yang merentas sempadan dan membina perpaduan yang kuat.

 
Orang Islam hidup dalam dunia pelbagai kepercayaan budaya, bahasa dan tradisi. Kita harus menghubung dan bekerjasama dengan umat bukan Islam dan tidak mengambil sikap mengasingkan diri dari mereka. Kita berkongsi perjuangan dengan mereka dalam hal keadilan sosial, kebebasan, memulihara alam sekitar dan kebebasan beragama namun tidak berkompromi dalam hal prinsip. Oleh itu kita perlu berkerjasama dengan mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeda dalam isu-isu kepentingan bersama. Belajarlah untuk membina perhubungan dan bukan pengasingan.


 
 
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah 27 :

Dan di antara manASia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah dan Allah Maha Penyantun terhadap hamba-hambaNya”.







Yüklə 143,17 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin