Ehwal umat islam masakini – nasional dan internasional



Yüklə 143,17 Kb.
səhifə1/4
tarix08.01.2019
ölçüsü143,17 Kb.
#92755
  1   2   3   4

www.terasmelayu.wordpress.com


SENARIO UMAT DAN CABARAN SEMASA – PERSPEKTIF NASIOANL DAN SERANTAU*




Dibentangkan oleh
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

AJK Persatuan Ulama Kedah

Setiausaha Agung Sekretariat himpunan Ulama rantau Asia (SHURA)

Pengerusi Sekretariat Kongress Umat Islam seMalaysia



* Kertas di bentang di Persidangan Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia di Kota Bharu , Kelantan pada 27-28 hb Oktober 2007

Pengenalan

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." Ar.Raad: 11”



ANALISIS KEADAAN UMAT YANG MENYELURUH 

Disaat ini kita sedang menyaksikan sebuah tamadun yang pernah unggul dan gemilang, kini sedang dilanda awan mendung. Kemalapan umat Islam sangat terasa dalam hampir pelbagai aspek. Kelemahan ekonomi, perpecahan politik, kelunturan daya intelektual dan kekacauan akhlaq sudah menjadi wajah umat yang sangat meruncing. Jika dianalisis keadaan umat masa kini akan terdedah pelbagai punca yang mengakibatkan umat Islam berada dalam keadaan yang amat lemah.

Punca kepada kelemahan ekonomi dan pembangunan manusia di majoriti negara-negara Islam ialah ketiadaan pemerintahan demokratik berasaskan ajaran Islam. Tidak ada ruang dalam negara-negara ini untuk berkembang dan berfungsinya masyarakat sivil. Hak asasi manusia dinafikan, kebebasan bersuara dan berkumpul serta hak asasi disekat dengan keras.
 
Pilihanraya hanya tinggal amalan ritual untuk mengabsahkan kuasa pemimpin autoritarian. Penentang regim yang menindas telah dipaksa menghadapi tahanan tanpa bicara, dipenjara dan diseksa. Budaya takut dan patuh kepada pihak berkuasa telah ditanam melalui undang-undang yang menekan, pendidikan dan media massa.

Institusi awam yang autonomus tidak dibenarkan berkembang. Sistem kehakiman, keselamatandan tentera serta khidmat awam telah dijadikan alat untuk melindungi kepentingan segelintir  golongan pemerintah dan penyokong-penyokongnya.

Setelah menjalankan bancian di dunia Arab, Laporan Pembangunan Manusia Negara Arab 2002 AHDR, telah merumuskan “Terdapat kemunduran yang ketara antara negara-negara Arab dan kawasan yang lain dari segi pemerintahan  partisipatif. Dalam banyak hal corak pemerintah berciri eksukutif yang sangat berkuasa yang menguasai bahagian-bahagian lain dalam negara, dalam kes-kes tertentu tidak disemak dan   diimbangi secara institusional. Demokrasi berasaskan sistem  perwakilan tidak selalunya berjalan secara bersih dan kadangkala tidak wujud. Kebebasan bersuara dan berorganisasi seringkali disekat. Sistem kuasa mutlaq yang sudah lapuk masih terus     diamalkan”. Rumusan dalam AHDR ini boleh juga diaplikasikan pada kebanyakan negara Islam yang lain.
 
Golongan elit pemerintah dibanyak negara-negara umat Islam telah gagal membawa pembangunan sosio-ekonomi yang dapat memenuhi keperluan asas rakyatnya untuk Makanan, Perumahan, Pendidikan, Kesihatan dan Kemudahan Sosial. Terdapat jurang yang luas dalam hal pemilikan kekayaan dan akses kepada sumber dan peluang ekonomi.
 
Rasuah dan salahguna kuasa sangat berleluasa yang memberi kesan kepada seluruh perkhidmatan awam. Perbendaharaan hampir kosong kerana kekayaan nasional telah diselewengkan ketika membeli pelbagai alat senjata yang canggih yang tidak akan digunakan langsung, melaksanakan projek-projek mega yang membazir atau dengan menyalurkan wang  kepada sanak keluarga dan kroni dikalangan golongan elit  pemerintah.

Golongan elit pemerintah dibanyak negara-negara umat Islam telah gagal membawa pembangunan sosio-ekonomi yang dapat memenuhi keperluan asas rakyatnya untuk Makanan, Perumahan, Pendidikan, Kesihatan dan Kemudahan Sosial. Terdapat jurang yang luas dalam hal pemilikan kekayaan dan akses kepada sumber dan peluang ekonomi.

Rasuah dan salahguna kuasa sangat berleluasa yang memberi kesan kepada seluruh perkhidmatan awam. Perbendaharaan hampir kosong kerana kekayaan nasional telah diselewengkan ketika membeli pelbagai alat senjata yang canggih yang tidak akan digunakan langsung, melaksanakan projek-projek mega yang membazir atau dengan menyalurkan wang  kepada sanak keluarga dan kroni dikalangan golongan elit  pemerintah.

Rasuah dan salahguna kuasa sangat berleluasa yang memberi kesan kepada seluruh perkhidmatan awam. Perbendaharaan hampir kosong kerana kekayaan nasional telah diselewengkan ketika membeli pelbagai alat senjata yang canggih yang tidak akan digunakan langsung, melaksanakan projek-projek mega yang membazir atau dengan menyalurkan wang kepada sanak keluarga dan kroni dikalangan golongan elit  pemerintah.


 
Pemerintahan kuku besi dan pelanggaran hak asasi manusia  bukan sahaja masalah yang dihadapi golongan kaum Muslimin, malah masalah sektorianisme (berpuak-puak), ekstremisme, amalan adat yang melampau dan tiada tolak ansur adalah antara   masalah utama kepada perpaduan, kemajuan dan pembangunan umat Islam.
 
Sangat menyedihkan dan memalukan melihat golongan Sunni dan Syiah saling membunuh antara satu sama lain atas nama agama hatta dalam masjid. Musuh-musuh Islam mengambil kesempatan untuk mengujudkan perpisahan dan perpecahan serta mengeksploitasi ajaran-ajaran salah ini untuk memburukkan kaum Muslim dan Islam dan mengekalkan kita dalam keadaan berpecah.

Golongan Muslim Yang Diceroboh

Golongan Zionis telah menguasai Palestin secara haram sejak berdekad-dekad Jutaan Palestin, yang diusir oleh Zionis telah   hilang tempat tinggal dan kebun mereka dan hidup sebagai pelarian dalam keadaan yang sangat sulit. Setiap hari hak asasi manusia dilanggari, kanak-kanak yang membaling batu ditembak mati secara zalim, rumah dimusnahkan, hukuman secara beramai-ramai dipaksa ke atas orang awam, kebun dimusnahkan serta bekalan makanan dan ubatan dinafikan.

 
Israel dengan sokongan AS telah secara biadab menolak resolusi PBB yang mengecam pelanggaran hak asasi manusia dan memutuskan supaya ia patuh kepada undang-undang antarabangsa serta memberhentikan pencerobohan haramnya ke atas  kawasan-kawasan yang dikuasainya dalam wilayah Palestin

 
Begitu juga tragedi kemanusiaan sedang berlaku di Chechnya, Kashmir, Afghanistan, Gujarat dan tempat-tempat lain. Pada 2003, AS secara haram menceroboh dan menguasai Iraq, sebuah Negara berdaulat yang menjadi anggota PBB. Pencerobohan itu telah mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, ubatan dan keperluan asas. Lebih dari 100,000 rakyat Iraq telah mati sejak pencerobohan haram AS.


 
Di Thailand Selatan , iaitu wilayah kaum Muslimin, eskploitasi dan penindasan ke atas orang Islam berterusan tanpa henti. Ratusan orang awam hilang disebabkan oleh penangkapan dan pembunuhan oleh pihak keselamatan. Pada Oktober 2004, 78 orang telah ditahan ketika berdemonstrasi dan terbunuh ketika dalam tahanan pihak askar namun mereka yang bertanggungjawab tidak didakwa dan dihukum. Pembunuh Somchai Neelaphaijit sehingga hari ini masih belum dibawa ke pengadilan.
Di Mindanao, perjuangan pembebasan berdekad-dekad golongan Muslimin untuk mendapat hak memerintah sendiri masih belum tercapai untuk menuntut kebebasan dan kemerdekaan untuk rakyatnya. Disebabkan ketiadaan atau sangat sedikit  pembangunan yang dapat diujudkan , terdapat kemiskinan yang sangat meruncing di Mindanao. Penindasan dan kemiskinan telah memaksa ribuan untuk lari meninggalkan kampong mereka dan mencari perlindungan di Sabah.
Minoriti Muslim

Pasca 9/11 yang mencetuskan “peperangan ke atas teroris” yang dilancarkan oleh Administrasi Bush telah menyebabkan berlakuya perlanggaran hak asasi manusia yang serius ke atas orang Islam dan memburukkan Islam sebagai sebuah agama yang dituduh mengajar keganasan.


Ribuan kaum Muslimin telah ditahan dibawah Akta Patriot AS secara sewenang-wenangnya tanpa bicara. Dalam banyak kes akses kepada peguam dan ahli keluarga dinafikan. Ramai yang dikenakan penyeksaan fizikal dan psikologikal.


 
Badan-badan kebajikan yang menyumbang untuk Program bantuan kebajikan dan pendidikan di Palestin dan negara lain telah ditutup. Penyeksaan, salahguna kuasa dan layanan yang buruk ke atas orang Islam yang ditahan di Guantanamo, Iraq, dan Afghanistan oleh tentera AS terus berjalan tanpa henti. Aktivis Muslim diculik oleh CIA, dibawa ke tempat yang tidak diketahui, diseksa dan dalam kes-kes tertentu dibunuh.

Mouin Rabbani, seorang editor penyumbang kepada Middle East Report yang berpejabat di Washington menerangkan : “Pada pengamatan saya, sementara prasangka kepada orang Muslim telah meningkat, permusuhan kepada Islam sebagai suatu agama juga meningkat dengan kadar yang sama….Kesan utama 9/11 adalah untuk menjadikan Islmophobia lebih merebak dan menjadikannya sebagai sikap arus perdana dan pandangan yang dihormati – ia telah melepaskan jin dari botolnya”.


 
Daripada bertindak untuk menyekat merebaknya Islamophobia ini, kerajaan AS telah melancarkan “missi suci”nya untuk menjalankan “reformasi ke atas Islam”.  Baru-baru ini US News and World Report telah melaporkan “Dari pasukan operasi psikologi tentera dan operasi CIA untuk membiayai secara terbuka media dan badan-badan pemikir, Washington sedang menyalurkan jutaan dolar untuk suatu kempen bagi “membentuk semula” kefahaman bukan sahaja masyarakat Muslim tetapi ajaran Islam itu sendiri.”
 
Rakan-rakannya dalam projek untuk menjalankan gerakan subversif terhadap Islam ini ialah  “golongan negara-negara Muslim yang “moderat”, yayasan-yayasan dan kumpulan-kumpulan yang membawa agenda “perubahan Islam”. Indonesia adalah salah satu sasaran untuk melancarkan projek subversif terhadap Islam. USAID (sebuah projek pembiaya AS) secara rahsia membiayai 30 organisasi Islam dalam Negara itu, termasuk badan dan pemikir yang menyebarkan faham “Islam liberal”.
Dengan segala masalah penafian hak asasi manusia yang dihadapi oleh jutaan umat Islam dan kezaliman serta penghinaan yang dialami mereka, malangnya tiada respon yang berkesan dari pemerintah-pemerintah Muslim dan OIC untuk menyelamatkan keadaan.
 

SEJARAH YANG PANJANG
Catatan perjuangan Islam bermula secara sistematis sejak para penulis seerah perjuangan Rasulullah s.a.w dipena dalam pelbagai tulisan. Hasilnya kita dapat memahami episod-episod perjuangan Baginda menghadapi segala mehnah dan fitnah yang panjang bukan sahaja dari setiap langkah Baginda tetapi juga dari gambaran persekitaran dan kondisi yang mendepani Baginda.
Baginda menghadapi kelompok musyrikin dari pelbagai aliran sembahan , kelompok simpatisan yang menghormati misi dan kemuliaan akhlaq baginda , kumpulan munafiqin yang berkonspirasi , anggota murtaddin yang terpedaya , penguasa empayar dan golongan elit konglomerat yang berkepentingan . Namun pada saat dan keadaan serba mencabar itu Baginda membina kekuatan dalam tekad untuk membangun sebuah tatakehidupan berupa tamadun yang unggul berpaksikan kalimah syahadah . Sementara itu Baginda tercatat sebagai insan paling berjaya membangun sebuah komuniti dan walayah serba manusiawi yang terpandu oleh sebuah sistem hidup Illahi yang paling murni. Bukti keberhasilan da’wah dan jihad Baginda terlihat dalam catatan perkembangan Islam diseluruh pelusuk dunia.
Namun perseteruan terhadap Islam oleh golongan musyrikun dan munafiqun dari kalangan kelompok Nasaro dan Yahudi adalah abadi. Makar untuk meruntuhkan sendi dan benteng kekuatan umat Islam semada ekonomi , politik , ketenteraan , sosial , kebudayaan , pendidikan , dilancarkan tanpa henti , lewat gerakan sekularisasi , kristianisasi , imperialisasi , al ghazwatul fikr dan zionisme dari abad ke abad.
Natijahnya, umat Islam tidak henti-henti terpedaya , terperangkap , terheret dan ternoda akibat pelbagai serangan dari pelbagai sudut. Kekuatan umat Islam luntur sehingga menjadi mangsa kepada keserakahan golongan imperialis Barat-Kristian-Yahudi. Titik kelenturan mulai jelas terzohir pada abad ke 20 apabila pada 1924 pemerintahan Kekhalifahan Usmaniyy dileburkan oleh gerakan Salibi-Yahudi yang memperkudakan Mustafa Kemal Pashe untuk menghapuskan Kesultanan Hamid ke II di Instanbul , Turki yang menanda berakhirnya sistem Kekhalifahan Islam dalam sejarah umat pada abad ke 20. Ditambah tenat lagi Mustaffa Kamal benar-benar menuruti kehendak Barat dengan melancarkan pelbagai perubahan drastik dalam tempuh yang singkat iaitu menghapuskan identiti Islam (bahasa, pakaian), menghapuskan undang-undang keluarga Islam, menggugurkan peruntukan perlembagaan bahawa Islam adalah agama resmi negara, menutup sekolah-sekolah Islam, menukarkan kalender Hijrah kepada kalender Gregorian, menukar tulisan Arab kepada Rumi, menukar azan dan bacaan Quran kepada bahasa Turki.

Maka realiti yang sedang dilihatkan sekarang dikalangan umat Islam yang serba lemah, mundur, tertindas dan sedang dimanipulasi di mana-mana adalah buah dari sebuah sejarah keruntuhan umat Islam yang panjang. Kelesuan dan ketinggalan dalam banyak bidang disamping keserakahan musuh Islam untuk membaham apa sahaja yang terbaki dikalangan umat kini sedang menjadi sebuah wajah yang tidak boleh disembunyi lagi.


Walaupun begitu keadaan tidak serba gelap semuanya kerana sudah berputik suatu intifadhah dan inqilab yang menunjukkan cahaya harapan. Kita harus bekerja menangkap kesempatan ini untuk membina semula sebuah keunggulan umat disetiap penjuru alam. Kebuasan tamadun moden terserlah kekacauannya dan sedang mencari arah untuk menyelamatkan manusia. Fitrah insan sedang mula menggamit manusia untuk balik kepada kebenaran Illahi.
RUMUSAN YANG MERUNSINGKAN.
Sebagai rentetan dari sejarah sistem pemerintahan Islam yang telah diruntuhkan hasil dari konspirasi yang panjang, kegemilangan Islam dan keunggulan umatnya menghadapi zaman mendung. Bukan sahaja umat menjadi makanan mentah yang dilapah oleh musuh Islam dikalangan kuasa Kristian-Yahudi Barat, akan tetapi Negara-negara umat Islam satu-persatu dijajah. Ketika keadaan terjajah itulah seluruh kesan agenda imperialisme Barat beroperasi penuh yang mengakibatkan jatidiri dan kemandirian warga Muslim di negara-negara umat Islam mulai terhakis. Lebih parah dari pencerobohan melalui kekuatan ketenteraan, Negara-negara penjajah menguasai wilayah umat Islam, umat Islam juga telah melalui penjajahan budaya dan pemikiran yang sangat parah.
Walhasil warga Muslim telah melalui proses penghakisan keyakinan diri terhadap Islam sedikit demi sedikit. Saluran yang paling berkesan untuk meninggalkan bekas penjajah yang berpanjangan terhadap orang Islam, walaupun mereka dijangka akan dimerdekakan pada satu masa, ialah melalui sistem pendidkan penjajah atas nama membawa kemodenan.. Pemikiran dan keyakinan umat terhadap Islam telah dihapuskan melalui sebuah sistem pendidikan yang sangat menekankan persoalan ilmu keduniaan yang terpisah dari asas agama. Dalam ertikata lain umat Islam telah melalui suatu proses “pencucian otak” yang memberi kesan yang lama kepada cara berfikir dan bersikap dalam hal kehidupan seharian umat.
Sementara itu politik umat juga telah melalui perubahan yang besar. Kepentingan dan amanah rakyat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab utama telah diabaikan oleh pemerintah di negara umat Islam sendiri. Keadilan dan kesaksamaan menjadi asing dari pemerintah yang berkuasa. Kewajipan menegakkan sistem Islam bagi umat Islam ternyata telah digugurkan oleh pemerintah Islam sendiri. Sebagai akibat, Umat Islam diperintah oleh pemimipin-pemimpin yang diktator dan sekular. Natijah yang lebih parah ialah umat Islam menghadapi penindasan ekonomi-politik dari pemerintah mereka sendiri. Bukan sahaja status ekonomi dan sosial umat Islam banyak terjejas kerana pemimpin-pemimpin yang telah menjalankan sistem pemerintahan yang bersifat kuku besi, mengamalkan pendekatan kronisme dan nepotisme, membolot kekayaan Negara , merestui rasuah dan kolusi, malah hak umat Islam untuk menuntut agar syariat Islam ditegakkan juga ternafi.

KEADAAN MUSLIMIN SELURUH DUNIA
Umat Islam kini sudah mencecah ke jumlah 1,565.28 juta (23.52%) berbanding jumlah penduduk dunia seramai 6,313.78 juta (sehingga 2005). Kadar pertumbuhan kaum Muslimin di anggar 2.9% setiap tahun namun jika kita mengambil kadar pertumbuhan 2% setahun, umat Islam akan mencecah ke jumlah 1,596.59 bilion pada 2006. Secara pecahan populasi umat Islam mengikut benua adalah seperti berikut:

POPULASI MUSLIMIN DUNIA (2005)

Sumber Umum

Benua Populasi Muslim % Muslim

(juta) (juta)

Afrika 906 461.77 48.10 %

Asia 3921 1043.71 26.39 %

Eropah 727.40 51.19 7.04 %

Amerika Utara 329 6.62 2.05 %

Amerika Selatan 559 1.64 0.30 %

Oceania 33 0.35 1.09 %

Jumlah 6313.78 1565.28 23.52 %
Menganalisa keadaan umat Islam seluruh dunia perlu dilihat dari dua kategori iaitu : umat Islam di Negara yang majoriti Islam dan umat Islam minoriti di Negara bukan Islam
DI NEGARA UMAT ISLAM MINORITI

Antara negara dimana umat Islam hidup sebagai masyarakat minoriti adalah seperti USA, Kanada, UK, Perancis, German, Belgium, Russia, China, India, Jepun, Israel, Singapura, Thailand, Sri Langka, Mynmmar, Cambodia, Australia. Adalah penting untuk kita mengambil perhatian mengenai nasib umat Islam minoriti di Negara bukan Islam.


Pertama, kerana bilangan umat Islam minoriti adalah besar.
Kedua, kerana mereka sering menghadapi konfrontasi politik yang brutal dengan pemerintah. Ketidakadilan selalu menjadi isu yang utama dalam pertembungan itu.
Ketiga, kerana kaum Muslimin sepatutnya merasakan diri mereka sebagai satu ummah, jadi apa yang berlaku kepada suadara mereka di mana negara sekalipun, mereka perlu ambil berat. Perjuangan Muslimin di Kashmir dan Palestin di Timur Tengah telah menarik ramai kaum Muslimin dari negara lain untuk membantu komuniti minoriti di kawasan-kawasan seperti ini.
Kempat, kerana perhubungan antara bukan Islam dan Islam sering dilihat sebagai konfrontal. Oleh itu dalam situasi tersebut pendapat semada kaum Muslimin harus berhijrah atau jihad atau memperkukuhkan kedudukan mereka di tempat dimana mereka bermastautin perlu diteliti..
Umat Islam sebagai komuniti minoriti di Negara-negara bukan Islam sejak lama sudah terhempit. Walaupun statistik menunjukkan bahawa kaum Muslimin adalah kaum minoriti yang terbesar di dunia namun nasib mereka benar-benar tertindas malah tidak sedikit yang mengalami tekanan brutal sehingga ke peringkat penghapusan etnik seperti yang berlaku di Bosnia.
Pada hakikatnya tidak sukar untuk memahami kenapa minoriti Muslimin sering dilihat sebagai bermasalah jika kita lihat keadaan mereka di Negara seperti India atau Israel. Diskriminasi adalah isu yang lazim yang dihadapi. Walaupun faktor sejarah dan politik sering menyebabkan penindasan ke atas orang Islam , tetapi faktor media juga yang menggambarkan Muslimin sebagai ganas dan suka memberontak turut menyumbang kepada prejudis yang berpanjangan terhadap orang Islam.
Seperkara lagi , kaum Muslimin umumnya tidak dapat menerima cara hidup sekular dan kerana itu sering berlaga dengan kerajaan . Di Bosnia iaitu bekas negara Yusgolavia , kelompok Serbia malah memghalau dan membunuh kaum Muslimin dalam operasi “ethnic cleansing”. Hal yang sama berlaku kepada umat Islam di Chechnya , yang ditindas dan dibunuh oleh kerajaan Russia.
Berikut kami bentangkan beberapa penelitian terhadap Negara-negara bukan Islam terpilih yang membayangkan nasib umat Islam minoriti yang tertekan :
Eropah

Semenjak September 11 , umat Islam menjadi sasaran pencurigaan di negara-negara Eropah. Bukan sahaja masyarakat non Muslim yang mula bersikap pra sangka terhadap komuniti Islam , malah pihak pemerintah telah melancarkan pelbagai tindakan ke atas orang Islam melalui tuduhan teroris dan tindakan undang-undang. Undang-undang keselamatan untuk memantau orang Islam diperketatkan atas alasan ancaman terorisme.


Kedatangan imigran Muslim dari negara utara Afrika ke Eropah yang berlaku sejak tahun 1960an lagi telah dilihat mengancam masyarakat Eropah. Rasa tidak selesa jelas ditunjukkan dalam kehidupan harian mereka walupun ekonomi Eropah terdesak untuk mendapat tenaga kerja . Namun pengangguran kaum Muslim di Eropah adalah 2 kali ganda berbanding masyarakat tempatan seperti di Belanda , Sweden , Denmark , dan Perancis. Malah seseorang yang bernama KeAraban akan berkemungkinan besar ditolak untuk ditawar kerja berbanding nama orang tempatan.
1.Eropah Utara :
Statistik 2005 menunjukkan Norway (5,000 Muslim – 1.04 % dari 4.6 juta) , Denmark ( 160,000 – 3.02% dari 5.4 juta), Sweden ( 280,000 – 3.1% dari 9 juta) , Estonia , Iceland , Latvia , Lithunia , Finland dan UK ( 1.48 juta – 2.5% dari 60.1 juta) yang terkenal dengan sikap toleran juga tidak sunyi dengan sikap prejudis terhadap umat Islam. Statistik 2005 menunjukkan sejumlah 1.9 juta umat Islam berada di Eropah Utara iaitu 1.9 % dari jumlah 95.70 juta populasinya .
Di Sweden ( 300,000 Muslimin – 3 %) , walaupun mengamalkan dasar multibudaya dan menerima masyarakat imigran namun kaum Muslimin sering dituduh sebagai penyebab pelbagai masalah sosial.
Manakala di Denmark ada 270,000 Muslimin ( 5% ) yang kebanyakkannya adalah pelarian dan asylum politik dari Iran , Iraq , Somalia dan Bosnia. Ketiadaan tempat tinggal dan pengganguran adalah antara masalah besar yang dihadapi oleh umat Islam. Namun rasa benci terhadap Islam ternyata tercetus dalam isu karikatur Nabi oleh akhbar tempatan , Lyland Posten pada 9 Februari 2006.Turut menyiarkan kartun itu adalah media di Itali , Norway , Bulgaria , Sweden , UK , Perancis , German dan Sepanyol Keangkuhan pemerintahan dan kerajaan Denmark terserlah bila Perdana Menteri dan Ratu Permaisuri Margarethe II enggan meminta maaf kepada umat Islam mengenai penghinaan terhadap Rasulullah. Malah dalam satu bancian 79% warga Denmark berpendapat Fogh Rasmussen tidak perlu menyatakan maaf dan 62% mengatakan surat khabar itu hendaknya tidak minta maaf.
United Kingdom mempunyai jumlah Muslimin yang terbesar di Eropah Utara iaitu 1.6 juta (2.8%) dari jumlah 60.1 juta populasinya. Dalam bancian 2001 , satu pertiga kaum Muslimin di UK adalah dibawah 16 tahun , yang tertinggi dibanding dengan yang bukan Islam. Namun situasi mereka tidak menyenangkan : pengganguran dikalangan Muslim adalah tinggi , kelayakan akedemik yang rendah dan pemilikkan rumah yang juga rendah. Kerajaan parti Buruh di bawah PM Tony Blair kini sangat dibenci oleh umat Islam kerana bersekongkol dan menjadi budak suruhan Amerika dalam isu Palestin , Iraq , dan Afghanistan.. Peristiwa bom di London pada 2005 telah meningkatkan kecurigaan pemerintahan terhadap umat Islam. Pihak keselamatan telah melaksanakan pelbagai tindakan yang melanggar Hak Asasi Manusia bila menangkap tanpa bukti sesiapa yang mereka anggap terlibat dengan terroris.

2. Eropah Barat:
Austria , Belgium , Perancis , German , Leichtenstein , Luxemburg , Monaco , Netherlands dan Switzerland mempunyai jumlah 10.5 juta umat Islam (5.67 %) dari jumlah populasi 185.13 juta orang.
Austria yang mempunyai populasi 8.2 juta , terdapat 339,000 Muslim (4.1%). Agama Islam diiktiraf sebagai agama resmi untuk beberapa tahun yang lama ketika Kerajaan Usmaniyyah memerintah. Vienna dianggap titik paling Barat yang ditakluki oleh dunia Islam dalam peperangan yang paling kritikal di Austria pada abad 16 yang menjadi titik mula jatuhnya kerajaan Usmaniyy.
Manakala di German kaum imigran Muslim ( 3 juta – 3.6%) dari jumlah 82.5 juta adalah antara sasaran golongan fanatik Nazi yang menyimpan sikap keras terhadap komuniti Muslim. Kebanyakkan Muslim di German berketurunan Turki dan yang lain adalah pelarian dari Bosnia dan Kosovo ketika peperangan Balkan tercetus. Umat Islam disikapi sebagai “pekerja jemputan” (guest workers) yang dianggap satu hari akan meninggalkan German. Keganasan perkauman (ras) adalah sangat sensitif dan semakin kerap berlaku yang menyebabkan orang Islam hidup dalam kebimbangan.
Di Belanda (Netherlands) yang mempunyai 945,000 umat Islam (5.8%) dari 16.3 juta populasi , berhadapan dengan diskriminasi. Setelah seorang pembikin filem yang menghina Islam dibunuh pada 2004 oleh kononnya kelompok Islam radikal , kaum Muslimin sering di kaitkan dengan keganasan. Kalangan anak muda Islam didakwa terlibat dengan jenayah kerana pengganguran yang tinggi. Orang Islam ramai yang datang dari Surinam dan Indonesia pada tahun 1950an
Di Belgium terdapat 400,000 umat Islam (4%) dari jumlah 10.3 juta populasi. Islam adalah salah satu dari 7 agama yang diiktiraf di Belgium.Berlaku aduan mengenai diskriminasi , pengganguran , tiada tempat tinggal yang menegangkan keadaan. Terdapat juga insiden diskriminasi terhadap pakaian Islam dikalangan Muslimah.
Manakala di Switzerland terdapat 310,800 umat Islam (4.2%) . Switzerland ada 7.4 juta rakyat. Data resmi mengatakan bilangan Muslimin telah menjadi dua kali ganda dalam beberapa tahun ini tetapi ada sumber mengatakan ada 150,000 Muslim yang tinggal secara haram. Hanya segelintir yang mendapat kerakyatan. Muslim datang sebagai pekerja pada 1960an kebanyakan dari Turki dan negeri bekas Yugoslavia dan Albania.Keluarga mereka datang pada 1970an diakhir-akhir ini sebagai pemohon suaka politik.

Yüklə 143,17 Kb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin