Qanaah bukan bererti menerima penghinaan dan kelemahan, kerana ia bercanggah dengan fitrah manusia.
Imanlah yang mengendali keinginan fitrah manusia yang tidak kenal batas.
7. Reda Sumber Kekuatan.
Reda dan berpada dengan yang sedikit bukan bererti lemah, tetapi ia sumber kekuatan bagi manusia yang berperinsip.
* Mereka melihat kekayaan kecil, seperti penumpang kapal terbang melihat istana di bumi seperti kotak dan manusia seperti semut.
8. Reda Bukan Bererti Bisu.
Reda bukan bererti bisu berdepan dengan kebatilan dalam pentas hidup, sama dengan kerelaan manusia menaiki kereta, ia tidak bererti mereka rela denagn kemalangan yang disebabkan kereta.
Mukmin reda menerima sunnah alam, tetapi tidak reda melihat penyelewengan yang berlaku dalam alam dan terhadap alam.
KEAMANAN DAN KEDAMAIAN JIWA
1. Kedamaian Jiwa Penting Untuk Dapat Kebahagiaan Dan Ketenangan.
Mukmin tidak menyesali masa lalu, tidak benci keadaan yang ada dan tidak takut menghadapi masa depan.
Mukmin hidup dalam jiwa yang damai, seolah-olah dia berada disyurga.
3. Iman Lahirkan Harapan. * Iman dapat melahirkan cita-cita dan harapan. * Mukmin paling tinggi cita-cita dan harapan.
Mukmin paling optimis bukan pesimis, kerana dia tahu di seabalik alam ini ada Allah yang mentadbir dan menentukan, tugasnya hanyalah berusaha menjana maslahat dan menolak mudarat.
4. Harapan Dan Cita-cita Penting Bagi Kehidupan
Cita-cita penting untuk maju, ilmu tidak akan berkembang jika ilmuan tidak bercita-cita tinggi dan membuat penyelidikan
* Cita-cita penting untuk kebangkitan satu perjuangan.
Jika mujaddid tidak bercita-cita tinggi dan tidak menaruh harapan besar perjuangan tajdid akan berkubur.
Bila ada cita-cita dan harapan semua perkara menjadi murah dan mudah.
Nyawa dan harta murah dan mudah bagi para sahabat Rasulullah saw kerana mereka bercita-cita tinggi dan menaruh harapan besar kejayaan perjuangan mereka.
IMAN DAN CINTA
1. Nilai Dan Kepentingan Cinta Untuk Capai Kebahagiaan.