1. Abu Talhah al-Ansari, apabila mendengar ayat 41 Taubah lantas berkata: “Allah tidak uzurkan siapapun dan meminta anak-anaknya membuat persiapan beliau berperang, anaknya memujuk dengan mengatakan dia telah berperang dengan Rasulullah hingga Baginda wafat, dia enggan dan pergi berperang di laut dan mati, hanya selepas 7 hari baru dapat pulau untuk dia kebumikan di situ.
2. Said bin Musaiyib, tempang, walaupun dijelaskan dia diuzurkan, dia berkata: kalau aku tak mampu perang aku ramaikan bilangan atau aku dapat jaga barangan
3. Kesah dua beranak cabut undi untuk perang, anak dapat, ayah merayu supaya diberikan peluang kepadanya, anak jawab, ini kes syurga, kalau kes lain saya mungkin utamakan ayah.
4. Kesah pengorbanan kekayaan, Mus`ab bin Umair.
5. Kesah Pengorbanan Abu al-Dahdah, serahkan dua kebunnya kepada Rasulullah, Baginda minta dia tinggalkan satu untuk keluarganya, dia berikan kebun yang paling subur dan banyak hasil………
Kekuatan
Individu dan masyarakat perlu kekuatan
Manusia punya cita-cita dan matlamat, jauh atau dekat, jalan mancapainya penuh ranjau dan liku, halangan sunnah atau buatan manusia.
* Akidah jadikan manusia kuat sekalipun tanpa senjata canngih, jadi kaya sekalipun tanpa timbunan harta.
Kekuatan individu menjadi kekuatan masyarakat.
Masyarakat tenang jika anggotanya kuat, masyarakat malang jika anggotanya lemah.
Sumber kekuatan.
1. Beriman Kepada Allah
Yang beriman kepada Allah kuat, dia mendapat kekuatannya dari Allah, dia tahu Allah pasti akan menolongnya kerana dia bertawakkal kepada Allah.
Bertawakkal bukan bererti menyerah tanpa usaha, tetapi berserah selepas beruhasa
2. Percaya Kepada Kebenaran.
Mukmin dapat kekuatan dari kebenaran yang dianut dan diperjuangkan
* Dia bekerja bukan kerana nafsu, kepentingan, asabiyah,menzalimi sesiapa, dia bekerja untuk menegak kebenaran, kebenaran berhak menang.
Dengan mempercayai kebenaran mukmin berdiri tegak tidak goyah, kerana dia berpegang pada dahan yang kukuh.
Dia bukan makhluk terbiar, tetapi khalifah Allah.
Iman seperti ini buatkan ramai anak-anak muda mampu berdepan dengan raja mereka yang zalim
3. Beriman Dengan Hidup Kekal Diakhirat.
Mukmin mendapat kekuatan dari imannya kepada hari akhirat yang kekal, hidupnya bukan terbatas pada kehidupan dunia, tetapi ada hidup lain yang kekal di akhirat.
4. Beriman Kepada Takdir Allah. * Mukmin mendapat kekuatan dari imannya kepada takdir Allah.
Dia tahu apa yang ditakdirkan Allah pasti akan berlaku dan yang tidak ditakdirkan Allah pasti tidak berlaku.
Dia tahu segala apa mengenai dirinya telah ditakdirkan Allah, siapa pun tidak boleh merobahnya.
5. Percaya Kepada Paesaudaraan Islam.
Mukmin mendapat kekuatan dari saudara-saudara mukminnya yang lain, dia yakin mereka untuknya dan dia untuk mereka, mereka akan saling membantu dan sanggup mengutamakan orang lain dari dirinya sendiri.
Kesan kekuatan batin kepada akhlak dan jiwa mukmin
1. Iltizam dengan hak smua orang
Kekuatan batin membuatkan mukmin jujur dan adil dalam semua perkara, mengaku kesalahan, tidak buat alasan, berkata benar, menjadi saksi adil terhadap diri dan keluarga, adil terhadap kawan dan lawan. Banyak contoh dalam sejarah.
2. Tidak pandang kekuatan kebendaan
Kekuatan batin ini jadikan mukmin tidak jadi hamba material, berani, tetap pendirian, tidak takut kepada manusia, tidak peduli siapa musuh.
Dia hanya takut dosa dan murka Allah
3. Ikhlas percakapan dan perbuatan. * Dia melakukan kebaikan, memrangi kjahatan sekalipun bukan untuk manfaat dirinya.
Dia menyembunyikan amal, bukan mengiklankannya, kerana dia takut ria.
Hadirnya tidak dirasa, hilangnya tidak dicari.
Dia istiqamah tidak mudah digugat sesuatu.
4. Bebas dari perasaan takut dan kepentingan diri.
Manusia akan takut jika dia tidak mahu mati dan sayang dunia, mengimani 5 perkara di atas buatkan mukmin pandang murah pada benda dan mati.
5. Tidak takut menentang kuasa zalim luar dan dalam.
Rahmat
Manusia tanpa ruh sama seperti batu, hakikat manusia bukan daging dan tulang, tetapi hati nurani yang dapat merasa, terkesan, belas, rahmat dan lainnya.
Yang membezakan manusia ialah sifat rahmat yang membolehkannya berintraksi dengan alam dan insan, dia kasihan, belas dan tidak sanggup lakukan kezaliman.
Dia menjadi sumber kebaikan.
Iman Dan Prouduktiviti
Ada orang beranggapan berpegang kepada agama, percaya akhirat, kada kadar membawa kemunduran ummat, pandangan ini tidak benar kerana pada hakikatnya iman mendo-rong amal dan amal adalah punca kemajuan.
1. Iman adalah amal, ulamak sepakat bahawa amal adalah sebahagian dari iman, tidak berpisah.
2. Ransangan kerja mukmin bersifat kendiri, dia bekerja didorong kekutan dalaman, bukan dorongan luaran, mukmin jadi rajin.
3. Kejayaan akhirat dengan kerja bukan angan- angan, kerana itu mukmin gigih bekerja, gigih menjamin prouduk.
4. Dalam melakukan kerjanya mukmin takut kepada Allah sebab itu dia melakukan kerja dengan itqan dan ehsan, itqan dan ehsan punca kualiti prouduk.
5. Mukmin peka masa dan menghargainya, menghargai masa faktur penting prouduktiviti.
Ibadat dan prouduktiviti.
Ada orng beranggapan menunaikan ibadat-ibadat Islam mengambil masa pekerja, ini akan mengurangkan prouduk, tetapi hakikatnya ibadat hanya mengambil sedikit masa, masa yang sedikit itu bukan sia-sia jika dibandingkan dengan tenaga dan kecergasan bekerja yang dikembalikannya selepas itu.
Mukmin makmurkan dunia dengan amal.
Bagi Islam mukmin adalah orang yang gigih dan ddikasi bekerja, dia bekerja 7 hari seminggu.
* Dalam Islam tiada hari cuti kerja kerana ibadat.
Percaya akhirat tidak ganggu kerja dunia.
Bagi sesetengah orang bila manusia beratkan akhirat daia akan abaikan dunia.
Pandangan ini mungkin benar bagi mereka yang jadikan dunia sebagai metlat, tidak benar bagi mukmin yang menjadikan dunia alat mencapai matlamat, syurga di akhirat.
Bagi mukmin banyak kerja di dunia banyak pahala di akhirat, jadi kenapa dia abaikan dunia.
Mukmin bertawakkal bukan bertawakul * Bagi mukmin langit tidak hujankan emas, oleh itu dia gigih berusaha dan berikhtiar.
Namun dia yakin hasil usahanya bergantung kepada kehendak Allah.
Mukmin yakin jika dia berusaha dan berikhtiar sungguh-sungguh bertawakkal Allah akan membantunya.
Iman Dan Islah.
Gerakan reformasi ke atas ummah tidak akan berjaya kecuali dengan perubahan dalaman manusia: konsep, nilai dan neraca.
Perubahan dalaman akan merobah realiti manusia: إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بانفسهم
Perubahan dalaman manusia sukar dilakukan, tidak semudah melakukan perubahan zahir, membina sebuah banglo lebih mudan dari membina seorang manusia.
* Iman mampu melakukannya dengan mudah, ia mampu membuat hati manusia menerima perinsip, sekalipun menuntut pengorbanan.
Iman mampu merubah dalaman manusia 100%, peribadinya semasa kufir lain 100% dari peribadinya selepas beriman.
Ia boleh berlaku dengan mudah, pada anak muda, orang dewasa dan tua, kesah seorang lelaki jadi tetamu rasulullah, minum susu perahan 7 ekor kambing, esoknya, setelah beriman dia tidak mempu habiskan susu perahan dua ekor.
Rasulullah bersabda: kafir minu 7 perut, mukmin minum 2 perut.
Iman kunci kehidupan
Kembali beriman kepada Allah dan hari kiamat satu cara menyalamat manusia dari kehancuran yang boleh menghapuskan wibawanya untuk jadi khalifah.
Iman penyelesaian kepada masalah manusia yang tidak mampu diselesaikan cendikiawan dan failasuf.
Tetapi risalah Muhammad membawa cahaya kehidupan baru kepada dunia, ia adalah kunci yang telah membuka pintu kehidupan baru, ia membukanya dengan kunci iman.
Refomer dan penggubal undang-undang gagal membuka pintu ini kerana anak kuncinya telah hilang
Tetapi di gurun sahara di Makkah, bukan di bandar bertamadun dan madrasah ternama, Muhammad telah dapat membukanya dengan kunci iman kepad Allah, rasul dan hari kiamat
Kunci ini telah membuka akal, hati nurani, perasaan, daya, bakat, madrasah, mahkamah, rumahtangga dan lainnya, lantas kesemuanya berubah 100% menjadi positif dan aktif.
Dakwah Rasulullah telah melahirkan mukmin soleh dan musleh yang memiliki sifat tersendiri yang menukarnya 100% berbeza dari yang dahulu.
Dengan perubahan ini masyarakat juga turut berubah, seterusnya membawa perubahan kepada dunia
Sekarang banyak mangga-mangga baru yang mengunci kehidupan manusia, adakah terdapat anak kunci yang boleh membukanya
Pada hakikatnya mangga baru ini adalah mangga lama yang dicat baru, kerana itu masalah manusia sama sahaja dahulu dan sekarang, cuma ia dalam bentuk baru.
Puncanya ialah individu, apabila individu dkuasai kebendaan lahirlah masyarakat, negara dan dunia yang kebendaan.
Oleh itu kunci yang dapat membukanya ialah kunci yang dahulu telah membukanya; kunci iman.
Ada yang menganggap manusia tidak perlu agama, boleh hidup bebas dari tanggungjawab agama, apa lagi di zaman ilmu yang mempu menguasai alam dan memanfaatkannya
Laba Yang Disangka Disebalik Berpada Dengan Ilmu
Manusia menganggap ilmu sudah cukup untuk mengatur kehidupan, tidak perlu terlibat dengan agama dan iman.
Dengan tidak beragama manusia dapat mengecap banyak perkara:
Kesihatan akal dan jiwa, kerana beriman kepada yang ghaib menyekat kebebasan akal, perkara ghaib tiada hujjah saintifik
Kebebasan peribadi, kerana beragama adalah sekatan dalam bentuk larangan halal haram
Bekerja untuk dunia dan memajukannya, kerana beragama ada zuhud dan kehidupan akhirat yang menyekat kemajuan.
Medan ilmu ialah kebendaan, hanya kebendaan yang boleh diujikaji di makmal.
Medan iman metafizika, tidak boleh diujikaji.
Orang yang mengatakan tiada bukti saintifik kewujudan malikat dsb telah meletakkan ilmu bukan pada medannya
2.Natijah ilmu hampir tepat bukan yakin.
Natijah ilmu bukan hakikat, kerana ilmu bergantung kepada percubaan, percubaan hanya kepada mahsus, mahsus selalu menipu, ini telah diakui para ilmuan, sila rujuk teks.
3. Kemantapan ilmu membawa kepada iman
- Ilmu bukan musuh iman, tetapi dalil membawa kepada iman.
- Ramai para ilmuan menemui kuasa yang maha agung disebalik penciptaan alam.
- Contuh banyak dikemukakan dalam buku teks, sila rujuk.
Adakah Di sebalik Mulhid Terdapat Laba Hakiki
Laba yang dianggap sebagai natijah tidak beriman dan berpada dengan ilmu sebenarnya laba yang samar-samar atau laba yang diada-adakan atau memang kerugian hakiki yang dilihat sebagai laba.
Dakwaan Sihat Jiwa Dan Mental
Dakwaan bebas dari agama menjana kesihatan jiwa dan mental satu pendustaan.
Ini telah dibuktikan dunia ilmu di barat yang mengalami paling ramai pesakit jiwa dan mental
Hakikat ini telah diakui para ilmuan barat seperti Arnol.
Ia juga dibuktikan stastik berkaitan sakit jiwa, mental dan gila di hospital-hospitak Amerika:
8 kali ganda tenaga hospital diguna merawat pesakit mental
86,000 pesakit mental masuk hospital setiap tahun, jika keadaan ini berterusan kurang lebih satu juta akan dirawat di hospital mental
Tahun 1932, 340,000 orang gila dirawat di hospital kerajaan
10,930 pelaku jenayah dibebaskan atas alasan sakit mental.
500,000 orang gila dalam negara Amerika.
400,000 kanak-kanak lembam
Genarasi Ini Tanpa Sempadan Tampa Ikatan Tanpa Harapan
Ini adalah natijah dari tidak berpegang kepada agama dan iman.
Keadaan ini telah digambarkan ilmuan di timur, barat dan eropah.
Banyak contoh-contoh diberikan dalam buku teks, sila rujuk
Kebebasab Peribadi Dan Kesannya
Kebebasan peribadi dianggap menjana laba, namun perlu jelas apa maksud kebebasan peribadi itu.
Kalau yang dimaksudkan ialah kebebasan nafsu serakah tanpa batas, mengecap segala nikmat tanpa rasa malu, bebas daripada nilai akhlak mulia; ia bukanlah kebebasa yang perlu dicari, malah ia adalah kerugian yang besar kepada manusia
Ia adalah keruntuhan yang dahsyat kepada nilai manusiawi.
Sekatan agama yang dikenakan keatas manusia bukan bertujuan menyeksa, tetapi mengangkat insaniah insan supaya lebih
tinggi daripada haiwan.
Dengan itu akal dan iradah dapat menguasai nafsu kebinatangan yang buas.
Dengan itu manusia dapat mengecap nikmat hakiki yang berpanjangan
Sekatan itu juga merupakan keperluan untuk mengendalikan pertembungan kehendak dan kuasa dalam masyarakat, sama seperti peraturan dan sekatan lalu-lintas, ia bertujuan mengawal dan menjaga pengguna jalanraya
Dakwaan yang mengatakan bekerja dan mengeluarkan hasil untuk kehidupan, berusaha menjana kesenangan dan kemewahan di dunia dan agama adalah penghalangnya adalah dakwaan salah.
Bagi menjawabnya sila rujuk tajuk ‘iman dan prouduktiviti’ dan tajuk ‘iman dan kerja’ dalam nota ini.
Ilmu Jiwa Tidak Lepas Dari Iman
Ada orang beranggapan ilmu jiwa dengan peralatan canggihnya dapat mengubati penyakit jiwa, tetapi tanggapan ini salah.
Penulisan-penulisan pakar bidang ini telah membuktikan hakikat ini
Contoh-contoh banyak dikemukakan dalam buku teks, sila rujuk.
Perubatan Jiwa Seiring Dengan Iman
Ramai pakar ilmu jiwa mengakui bahawa beriman kepada Allah dan hari akhirat mempunyai kesan positif dalam merawat jiwa manusia
Hakikat ini telah mereka rakamkan dalam tulisan-tulisan mereka, sila lihat contoh-contohnya dalam buku teks.
PENUTUP
Penulisan al-Qaradawi telah menjelaskan dengan terperinci kesan iman keatas kehidupan manusia.
Iman kepada Allah, para rasul dan hari kiamat merupakan asas kepada semua hal berkaitan iman.
Imanlah yang mengubah kehidupan individu yang seterusnya mengubah kehidupan masyarakat dan dunia.
Iman telah merubah manusia dahulu, iman jugalah yang mampu merubah manusia kini.