Tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 1,02 Mb.
səhifə29/34
tarix18.01.2019
ölçüsü1,02 Mb.
#101160
1   ...   26   27   28   29   30   31   32   33   34

1399, Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Ketika Rasulullah s.a.w. membagi rampasan di Ji'ranah, tiba-tiba seorang laki-laki berkata kepada beliau: "Berlaku adillah!" Lalu beliau bersabda kepadanya: "Saya celaka, kalau saya tidak adil." 1400, Dari Abdur Rahman bin 'Auf r.a., katanya: Ketika saya berdiri dalam barisan pada hari peperangan Badr, saya memandang ke kanan dan ke kiri, tiba-tiba dekat saya ada dua orang pemuda Ansar yang masih muda umurnya. Saya ingin supaya saya berada di dekat orang yang lebih kuat di antara keduanya. Salah seorang dari mereka mencubit saya, katanya: "Hai paman! Adakah engkau tahu Abu Jahil?" Jawab saya: "Ada! Apa keperluan engkau kepadanya, hai anak saudaraku? "Jawabnya: "Saya mendapat khabar, bahwa ia memaki Rasulullah s.a.w.! Demi Tuhan, yang diri ku di tanganNya, jika saya melihatnya badanku dan badannya tidak akan berpisah sebelum lebih dahulu mati salah seorang di antara kami. "Saya tertarik mendengar katanya. Lalu yang seorang lagi mencubit saya. Ia berkata kepada saya seperti itu pula. Tidak lama antaranya, saya melihat Abu Jahil mundar-mandir di tengah orang banyak. Saya berkata: "Hai! Inilah orang yang kamu tanyakan kepada saya." Lalu keduanya melompatinya dengan pedang terus ditetaknya sampai mati.

Kemudian, keduanya pergi kepada Rasulullah s.a.w. lalu diceritakannya kepada beliau. Beliau bertanya: "Siapa di antara kamu yang membunuhnya?" Masing-masingnya berkata:" "Saya yang membunuhnya." Beliau bertanya: "Telah kamu bersihkan pedangmu?" Keduanya menjawab: "Belum." Beliau lalu melihat kedua pedang itu. Lalu bersabda: "Kamu keduanya yang membunuhnya! Barangnya untuk Muaz bin Amr bin Jamuh". Kedua pemuda itu ialah Muaz bin 'Afrak dan Muaz bin Amr bin Jamuh.

1401, Dari Abu Qatadah r.a., katanya: Kami ke luar bersama Rasulullah s.a.w. pada tahun peperangan Hunain. Ketika kami bertempur, maka adalah giliran kemenangan bagi orang Islam. Saya lihat seorang musyrik mengalahkan seorang Islam, lalu saya kelilingi sehingga saya datang dari belakangnya dan saya penggal lehernya dengan pedang. Lalu ia menghadapi saya dan terus memagut saya. Saya dapati padanya bau kematian (hampir mati). Kemudian ia pun mati, barulah saya dilepaskannya. Saya temui Umar bin Khattab, lalu saya bertanya: "Bagaimana keadaan orang banyak?" Katanya: "Urusan Tuhan!" Kemudian orang banyak kembali dan Nabi s.a.w. duduk, lalu beliau bersabda: "Barangsiapa yang membunuh, dan ia dapat mengemukakan saksi maka untuknya pakaian orang itu". Lantas saya berdiri lalu berkata: "Siapakah yang mahu jadi saksi bagi saya?" Kemudian saya duduk. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang membunuh, dan ia dapat mengemukakan saksi, maka untuknya pakaian orang itu!" Saya berdiri lalu berkata: Siapakah yang mahu jadi saksi untuk saya?". Kemudian beliau bersabda yang ketiga kalinya seperti itu juga. Seorang laki-laki lalu berkata: "Benar ia, hai Rasulullah! Dan pakaian itu pada saya. Maka sukalah kiranya ia merelakan untuk saya!" Lalu Abu Bakar Siddik r.a. berkata: "Tidak! Demi Allah! Ketika itu ia menghadapi singa (musuh) di antara musuh-musuh Allah. Ia berperang karena Allah dan RasulNya s.a.w. masakan diberikannya pada engkau rampasannya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Benar!" Lalu beliau berikan rampasan itu kepada orang yang memenggal leher musuh tadi.



1402, Lalu Abu Bakar Siddik r.a. berkata: "Tidak! Demi Allah! Ketika itu ia menghadapi singa (musuh) di antara musuh-musuh Allah. Ia berperang karena Allah dan RasulNya s.a. w. masakan diberikannya pada engkau rampasannya?" Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Benar!" Lalu beliau berikan rampasan itu kepada orang yang memenggal leher musuh tadi. 1403, Dari Anas bin Malik r.a.: Beberapa orang di antara orang Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w. ketika Tuhan memberikan harta rampasan orang Hawazin kepada Rasulullah s.a.w. Beliau memberi orang-orang Qureisy seratus ekor unta. Orang Ansar berkata: "Diampuni Tuhan kiranya Rasulullah s.a.w.! Beliau beri orang Qureisy dan kami beliau tinggalkan, pada hal pedang kami turut meneteskan darah mereka (Hawazin)". Kata Anas: Lalu diceritakan orang kepada Rasulullah s.a.w. perkataan mereka itu. Beliau lalu mengirim utusan kepada orang Ansar, lalu beliau kumpulkan mereka di sebuah kemah kulit dan tiada beliau panggil bersama mereka seorang pun selain mereka. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah s.a.w. datang kepada mereka, lalu beliau bersabda: "Berita apakah yang telah sampai kepada ku dari kamu"?" Para cerdik-pandai mereka berkata kepada beliau: "Adapun orang-orang yang cerdas di antara kami, ya Rasulullah, tiada berkata suatu apa jua pun, hanya orang banyak diantara kami yang masih muda umurnya berkata: "Diampuni Tuhan kiranya Rasulullah s.a.w.! Beliau beri orang Qureisy dan beliau tinggalkan orang Ansar, pada hal pedang kami menitikkan darah mereka (musuh)".Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya beri orang-orang yang masih dekat dengan masa kekafiran. Adakah kamu suka, orang banyak itu pergi membawa harta dan kamu kembali kepada perlengkapan perjalanan kamu bersama Rasulullah s.a.w.? Demi Allah! Kamu kembali bersama Rasulullah itu lebih baik dari kembali dengan harta rampasan itu!" Mereka itu menjawab: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami suka!" Lalu beliau bersabda: "Kamu akan melihat sesudahku orang yang sangat mementingkan diri sendiri. Sebab itu hendaklah sabar, sehingga kamu menemui Tuhan dan RasulNya s.a.w. di telaga pada hari kiamat!"

1404, Dari Jubair bin Muth'im r.a., Ketika ia bersama Rasulullah s.a.w. dan orang banyak berangkat dari Hunain, orang Arab dusun memegang Rasulullah s.a.w. Mereka meminta kepada beliau, sehingga beliau terpaksa menghindar ke pohon Samurah, lalu disangkutkannya cadar beliau. Rasulullah s.a.w. lalu berdiri (berhenti), kemudian bersabda: "Jikalau sekiranya binatang ternak sejumlah pohon berduri ini, akan saya bagi-bagikan antaramu, kamu tiada mendapati saya seorang yang bakhil, pendusta dan penakut".1405, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Saya berjalan bersama Nabi s.a.w. Beliau memakai pakaian buatan Najran, tebal tepinya. Seorang Arab dusun datang kepada beliau aulu dibelanya pakaian beliau itu dengan keras, sehingga saya lihat kuduk Nabi s.a.w. berbekas oleh cadar itu disebabkan keras helaannya. Kemudian orang Arab dusun tadi berkata: "Berilah saya harta Allah yang ada pada tuan!" Beliau lalu melengong kepadanya, sambil tertawa. Kemudian beliau suruh beri!1406, Dari Abdullah r.a., katanya: Di hari peperangan Hunain, Nabi s.a.w. mengutamakan beberapa orang tentang pembahagian. Beliau beri Aqra' bin Habis seratus ekor unta dan beliau beri Uyainah sebanyak itu pula. Beliau beri pula di antara pemuka-pemuka bangsa Arab, dan beliau mengutamakan mereka pada hari itu dalam pembahagian. Seorang laki-laki berkata: "Demi Allah! Nantilah saya khabarkan kepada Nabi s.a.w." Lalu saya datang menemui beliau dan saya khabarkan hal itu. Beliau bersabda: "Siapakah lagi yang adil kalau Allah dan RasulNya tiada adil? Tuhan memberi rahmat kepada Nabi Musa! Sesungguhnya ia telah disakiti lebih banyak dari ini, dan ia pun sabar".1407, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Pernah kami mendapat rampasan dalam peperangan berupa madu lebah dan buah anggur, lalu kami makan dan tiada kami bawa.1408, Dari Amr bin 'Auf orang Ansar r.a., sekutu Bani Amir bin Luai dan ia pernah turut menghadiri peperangan Badr, Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut pajak. Rasulullah s.a.w. sendiri yang mengadakan perdamaian dengan penduduk Bahrain, dan beliau angkat 'Ala bin Hadrami menjadi Amir (pembesar) mereka. Maka datanglah Abu Ubaidah membawa harta dari Bahrain. Orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, kebetulan waktu sembahyang subuh bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Setelah beliau selesai sembahyang subuh bersama-sama, lalu mereka datang menghadap beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika melihat mereka. Beliau bersabda: "Saya kira kamu telah mendengar bahwa Abu Ubaidah datang membawa sesuatu". Mereka berkata: "Sebenarnya, ya Rasulullah!" Beliau bersabda: "Bergembiralah dan harapkanlah apa yang menyenangkan kamu! Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang lebih saya takutkan terhadap kamu, melainkan yang lebih saya takuti terhadap kamu ialah jika kamu diberi sebanyak-banyaknya harta dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada orang yang ada sebelum kamu, lalu kamu merebutkannya sebagaimana mereka merebutkan, dan kamu dibinasakannya sebagaimana mereka telah dibinasakannya".1409, Dari Jubair bin Haiyah r.a., katanya: Umar mengutus orang banyak kepada beberapa negeri orang musyrik, dan Hurmuzan telah masuk Islam. Maka berkatalah Umar: "Saya minta petunjuk (pertimbangan) engkau dalam peperanganku ini". Kata Hurmuzan: "Baik! Perumpamaan negeri-negeri dan orang-orang yang berada di dalamnya di antara orang banyak yang menjadi musuh orang Islam, seumpama burung yang mempunyai kepala, dua sayap dan dua kaki. Jikalau salah satu di antara dua sayapnya dipotong, tegaklah dua kaki dengan satu sayap dan kepala. Kalau dipotong sayap yang satu lagi, tegaklah dua kaki dan kepala. Kalau dipecah kepalanya, matilah dua kaki, dua sayap , dan kepala. Kepala itu ialah Kisra, dan satu sayap ialah Kaisar dan sayap yang satu lagi ialah orang Parsi. Maka perintahkanlah kepada orang-orang Islam supaya mereka selekasnya berangkat melawan Kirsa!" Berkata Jubair bin Haiyah: Umar lalu mengirim kami dan dijadikannya Nu'man bin Muqarrin untuk memimpin kami. Ketika kami berada di negeri musuh, keluarlah kepada kami pasukan Kisra dengan empat puluh ribu orang. Maka berdirilah seorang jurubahasa, lalu berkata: "Hendaklah seseorang di antara kamu berbicara dengan saya!" Lalu Mughirah berkata: "Tanyakanlah apa yang engkau kehendaki!" Katanya: "Siapakah kamu?" Jawab Mughirah: "Kami orang-orang dari bangsa Arab. Pernah kami dalam kesengsaraan dan dan cubaan yang sangat pahit, pernah mengisap kulit dan biji kurma karena lapar, memakai pakaian bulu dan rambut, menyembah kayu dan batu! Di kala kami dalam keadaan yang demikian, Tuhan Penguasa langit dan bumi, Maha Tinggi sebutanNya dan Maha Besar keagunganNya, mengutus kepada kami seorang Nabi di antara kami. Ayah bundanya kami kenal. Lalu kami disuruh oleh Nabi s.a.w. utusan Tuhan itu supaya kami memerangi kamu sehingga kamu menyembah Tuhan Yang Maha Esa atau kamu bayar jizyah (upeti). Dan dikhabarkan oleh Nabi kami, Pesuruh Tuhan itu, bahwa barangsiapa yang terbunuh di antara kami, ia masuk ke dalam surga, dalam kesenangan yang belum pernah sama sekali dirasakan sebelumnya. Barangsiapa yang tinggal di antara kami, mereka akan berkuasa terhadap kamu". Kata Nu'man: Kerap kali engkau dihadirkan Tuhan dalam peperangan yang serupa itu bersama Nabi s.a.w. sehingga engkau tiada menaruh kekecewaan dan penyesalan. Akan tetapi saya juga pernah turut menghadiri peperangan bersama Rasulullah s.a.w. beliau menanti hingga angin bertiup dan tiba waktu sembahyang (condong matahari).1410 Dari Abdullah bin Amr r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Barangsiapa yang membunuh Mu'ahid), ia tiada akan mencium bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium sejauh empat puluh tahun perjalanan".1411, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Ketika kami dalam masjid, Nabi s.a.w. datang kepada kami, lalu beliau bersabda: "Marilah kita pergi kepada orang Yahudi!" Lalu kami pergi, sehingga ketika kami tiba di rumah perguruan orang Yahudi, beliau bersabda: "Islam lah kamu, supaya kamu selamat! Ketahuilah bahwa bumi ini kepunyaan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya saya hendak mengusir kamu dari negeri ini. Siapa yang mempunyai sesuatu miliknya sendiri, hendaklah dijualnya! Kalau tidak, ketahuilah bahwa bumi ini kepunyaan Allah dan RasulNya". 1412, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Setelah Khaibar diduduki, ada orang yang menghadiahkan daging kambing yang beracun kepada Nabi s.a.w. Lalu beliau bersabda: "Kumpulkanlah orang-orang Yahudi yang di sini!" Mereka lalu dikumpulkan. Beliau bersabda: "Saya hendak bertanya kepada mu tentang sesuatu hal! Adakah kamu mahu memberikan keterangan yang sebenarnya kepada saya!" Mereka menjawab: "Ya!" Nabi s.a.w. bertanya kepada mereka: "Siapa ayahmu?" Mereka itu menjawab: "Si Anu!" Lalu beliau bersabda: "Kamu dusta, akan tetapi ayah kamu si Anu". Mereka itu berkata: "Benar tuan!" Beliau bertanya: "Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?" Jawab mereka: "Ya, hai Abu Qasim! Sekiranya kami berdusta, tuan ketahui dusta kami sebagaimana tuan ketahui tentang ayah kami". Beliau menanyakan kepada mereka: "Siapa ahli neraka?" Mereka itu menjawab: "Kami berada di dalamnya dalam masa yang singkat, kemudian kamu gantikan kami di dalamnya". Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Kamu

akan tetap disiksa dalam neraka itu, demi Allah! Kami tidak akan pernah menggantikan kamu dalam neraka itu". Kemudian beliau bersabda lagi: "Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?" Jawab mereka:"Ya, hai Abu Qasim!" Beliau bertanya: "Adakah kamu isikan racun dalam daging kambing ini?" Jawab mereka:

"Ya!" Tanya beliau: "Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?" Jawab mereka: "Maksud kami ialah, kalau sekiranya tuan seorang pendusta, kami akan senang. Dan kalau sekiranya tuan seorang Nabi, racun itu tiada akan membahayakan tuan".

1413, Dari Sahl bin Abu Hatsmah r.a., katanya: Abdullah bin Sahl dan Muhaisah bin Mas'ud bin Zaid pergi ke Khaibar, dan Khaibar pada waktu itu dalam keadaan damai. Kemudian keduanya berpisahlah. Sesudah itu datanglah Muhaisah kepada Abdullah bin Sahl. Didapatinya ia bermandikan darah karena mati terbunuh, lalu dikuburkannya. Kemudian ia datang ke Madinah. Maka pergilah Abdur Rahman bin Sahl, Muhaisah dan Huwaisah, dua orang anak Mas'ud, menghadap Nabi s.a.w., lalu Abdur Rahman lebih dahulu bicara. Maka beliau bersabda: "Yang tua, yang tua berbicara dahulu!" Dan dia paling muda, lalu ia diam. Maka yang berdua lalu berbicara. Beliau bersabda: "Maukah kamu bersumpah dan menuntut orang yang membunuhmu atau kawanmu?" Kata mereka: "Bagaimana kami bersumpah (menuntut), pada hal kami tiada menghadiri dan tiada melihat pembunuhan itu?" Beliau bersabda: "Orang Yahudi akan berlepas diri dari kamu dengan sumpah sampai lima puluh kali. Mereka berkata: Bagaimana kami mengambil sumpah kafir'? Nabi s.a.w. sendiri membayarnya.1414, Dari 'Aisyah r.a.: Bahwa Nabi s.a.w. pernah kena sihir, sehingga beliau mengkhayalkan mengerjakan sesuatu, pada hal beliau tiada mengerjakannya. 1415, Dari Auf bin Malik r.a., katanya: Saya datang menghadap Nabi s.a.w. waktu peperangan Tabuk dan beliau dalam khemah dari kulit, lalu beliau bersabda: "Hitunglah enam tanda kiamat: Wafatku, menaklukkan Baitul Maqdis, banyak orang mati sebagai kambing diserang penyakit, banyak harta sehingga seseorang diberi seratus dinar, ia merasa jengkel (merasa sedikit) dan fitnah. Tiada satu rumah orang Arab pun yang tiada dimasukinya perdamaian yang ada antara kamu dan Bani Asfar (bangsa kulit kuning), mereka menipu lalu mereka datang kepada mu di bawah delapan puluh bendera; di bawah tiap-tiap bendera terdapat dua belas ribu tentera.".

1416, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Bagaimana keadaanmu kalau kamu tidak bisa memungut jizyah sedinar ataupun sedirham?" Ada orang menanyakan kepadanya: "Bagaimana engkau tahu yang demikian itu akan terjadi hai Abu Hurairah!", Jawabnya: "Ya, demi Tuhan yang diri' Abu Hurairah di tanganNya! Dari perkataan orang yang sebenarnya dipercaya!"

Orang banyak bertanya: "Apakah sebabnya kejadian yang demikian itu?" Jawabnya: "Dirosakkan janji Allah dan RasulNya s.a.w., lalu Tuhan mengeraskan hati, orang-orang zimmi, lalu mereka enggan memberikan apa yang di tangan mereka".1417, Dari Abdullah r.a., katanya: Ketika Rasulullah s.a.w. sedang sujud dan sekelilingnya ada orang-orang Quraisy yang musyrik. Tiba-tiba datanglah kepada beliau 'Uqbah bin Abi Mu'aith, membawa perut (tempat peranakan) unta, lalu dilemparkannya di atas punggung Nabi s.a.w. Beliau belum lagi mengangkat kepalanya, sehingga Fatimah datang, lalu diambilnya dari punggung beliau, dan Fatimah mendoakan kebinasaan orang yang melakukan yang demikian itu. Nabi s.a.w. berdoa: "Ya Tuhan! Terserah kepada Engkau membalasi pemuka Quraisy! Ya Tuhan! Terserah kepada Engkau memberi balasan kepada Abu Jahl bin Hisyam, 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabiah, 'Uqbah bin Abu Muaith, dan Umaiyah bin Khalaf atau Ubaiy bin Khalaf!" Saya lihat semua mereka itu dibunuh dalam peperangan Badr, lalu dilemparkan ke dalam telaga, selain Umaiyah atau Ubaiya karena ia seorang laki-laki yang besar (gemuk). Setelah mereka menghelanya putus persendiannya sebelum dilemparkan ke dalam telaga".1418, Dari Ibnu Umar r.a., katanya: Saya dengar Nabi s.a.w. bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda kekhianatannya pada hari kiamat".1419, Dari 'Imran bin Hushaill r.a., katanya: Saya masuk ke tempat Nabi s.a.w. dan saya tambatkan unta saya di pintu. Kemudian datang rombongan dari Bani Tamim mengadap beliau. Beliau lalu bersabda: "Terimalah khabar gembira, hai Bani Tamim!" Mereka berkata: "Tuan telah memberi khabar gembira pada kami, maka berilah kami harta dua kali lipat!" Sesudah itu masuk ke tempat beliau rombongan dari Yaman.

Beliau lalu bersabda: "Terimalah khabar gembira, yang tidak diterima oleh Bani Tamim, hai penduduk Yaman!" Mereka itu berkata: "Kami terima, hai Rasulullah" Mereka berkata lagi: "Kami datang kepada tuan hendak menanyakan hal ini (alam)". Beliau bersabda: "Tuhan telah ada, dan belum ada sesuatu selainNya dan 'ArsyNya di atas air. Tuhan menuliskan segala sesuatu selainNya di dalam buku peringatan, dan diciptakanNya langit dan bumi". Ada seseorang yang berteriak: "Unta engkau telah pergi, hai Ibnu Hushain!" Lalu saya berjalan kebetulan unta itu telah melampaui fatamorgana (telah jauh). Demi Allah! Saya ingin kalau unta itu saya biarkan saja pergi!1420, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Tuhan Yang Maha Tinggi berfirman, Anak Adam (manusia) mencaci Aku, pada hal tiada sepantasnya dia mencaci Aku. Dia mendustakan Aku, pada hal tiada sepantasnya begitu. Adapun caciannya, ia berkata, "Bahwa Aku

mempunyai anak. Adapun ia mendustakan Aku, katanya, Tuhan tidak akan mengembalikan (membangkitkan) saya sebagaimana Dia telah menjadikan saya".1421, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Tuhan memutuskan akan menciptakan (makhluk, ditulisNya dalam KitabNya yang ada di sisiNya di atas 'Arsy: "RahmatKu mengalahkan kemarahanKu!"1422, Dari Ibnu Abi 'Bakrah r.a., dari Abu Bakrah, dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: '"Masa itu beredar sebagaimana keadaannya pada hari Tuhan menciptakan langit dan bumi. Setahun itu dua belas bulan. Empat di antaranya bulan haram (damai); tiga berturut-turut: Zulqa'idah,



Zulhijjah dan Muharram. Dan lagi Rajab, kaum Mudhar terletak antara Jumadil Akhir dan Sya'ban". 1423, Dari Abu Zar r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda kepada saya waktu matahari terbenam: "Tahukah engkau ke mana ia pergi?" Kata saya: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu!" Beliau bersabda: "Matahari itu pergi sehingga ia sujud di bawah 'Arsy, lalu ia minta izin dan diberi izin. Dan hampir ia sujud, maka tiada diterima dan ia minta izin dan tiada diizinkan". Dikatakan kepadanya: "Kembalilah ke tempat dari mana engkau datang!" Lalu ia terbit lagi sesudah terbenam. Maka itulah ertinya firman Tuhan: "Dan matahari itu berjalan dipaksinya yang tertentu, demikian itu kehendak Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Tahu". (Surat Ya Sin, 38).

1424, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Matahari dan bulan itu dilipat (digulung) pada hari kiamat!"1425, Dari 'Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. kalau melihat awan gelap di langit, beliau menghadap, membelakang, masuk, dan ke luar, dan berubah wajah beliau. Dan kalau hujan turun dari langit, beliau gembira (tenang kembali). Aisyah berkata: Lalu saya tanyakan yang demikian itu kepada beliau. Nabi s.aw. bersabda: "Setelah mereka melihat awan terbentang di langit datang menuju ke lembah, mereka itu berkata: Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami! Bukan! Itulah (bahaya) yang kamu minta supaya datang dengan segera! Angin yang mengandung siksaan yang pedih!"1426, Dari Abdullah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada kami dan beliau seorang yang sangat benar lagi dipercayai. Beliau bersabda: "Masing-masing kamu diciptakan dalam perut ibunya empat puluh hari. Lalu menjadi segumpal darah selama itu pula, menjadi segumpal daging selama itu pula. Kemudian Tuhan mengutus malaikat dan diperintahkan menulis empat kalimat (perintah). Diperintahkan menulis amal, rezekinya, ajalnya, dan nasib celaka berbahagia. Kemudian ditiupkan ruh ke dalamnya. Ada di antara kamu yang beramal, sehingga antara dia dan surga hanya satu hasta, lalu nasibnya mengalahkannya, sehingga ia mengerjakan amal isi neraka. Dan ada pula orang yang beramal, sehingga antara dia dan neraka hanya satu hasta, lalu nasibnya, mengalahkannya, sehingga ia mengerjakan amal isi surga".1427, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Apabila Tuhan mengasihi hambaNya dipanggilNya malaikat Jibril dan Dia berfirman: "Sesungguhnya Tuhan mengasihi si Anu, maka kasihilah dia". Jibril lalu mengasihinya. Jibril pun menyerukan pada isi langit: "Sesungguhnya Tuhan mengasihi si Anu, maka hendaklah kamu kasih kepadanya!" Isi langit pun lalu mengasihinya. Kemudian ia diterima di bumi".1428, Dari 'Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w., ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malaikat-malaikat turun ke awan, lalu menyebutkan perintah yang diputuskan di langit. Setan-setan dapat mencuri pendengaran lalu didengarkannya dan ia terus membisikkan kepada pandai tenung, lalu mereka masukkan ke dalamnya seratus dusta atas kehendak mereka sendiri.1429, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila tiha hari Jumaat, malaikat-malaikat berada di tiap-tiap pintu mesjid. Mereka menuliskan satu demi satu, menurut urutan mana paling dahulu. Bila Imam telah duduk (akan berkhutbah), mereka menutup bukunya dan mereka ikut mendengarkan pengajaran (khutbah)"1430, Dari Bara' r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda kepada Hasan: "Seranglah atau balas serangan mereka, malaikat Jibril bersama kamu!"1431, Dari 'Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda kepadanya: "Hai Aisyah! Inilah malaikat Jibril mengucapkan salam kepadamu". Aisyah berkata: "Salam untuk beliau, serta rahmat dan berkatNya. Tuan lihat apa yang tiada saya lihat!" Yang dimaksudnya Nabi Muhammad.1432, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril: "Sudilah kiranya tuan mengunjungi kami lebih banyak dari yang sudah-sudah!" Kata Ibnu Abbas: Maka turunlah ayat yang artinya: "Dan kami hanya akan turun, dengan perintah Tuhan engkau. KepunyaanNya apa yang di hadapan kami, apa yang di belakang kami, dan apa yang di antara keduanya, dan bahwa Tuhan engkau itu tiada pelupa."1433, Dari Ibnu Abbas r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: "Jibril membacakan Quran pada saya dengan satu harf (dialek). Maka sentiasa saya minta tambah hingga sampai tujuh harf (dialek)".1434, Dari Abu Mas'ud r.a. katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jibril turun (datang), lalu ia jadi Imam saya, dan saya sembahyang bersama dia, saya sembahyang bersama dia, saya sembahyang bersama dia, saya sembahyang bersama dia, dan saya sembahyang bersama dia". Beliau hitung dengan jari beliau lima kali sembahyang.1435, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Malaikat-malaikat itu datang silih berganti, untuk malam dan untuk siang. Dan mereka berkumpul pada waktu sembahyang Fajar (Subuh) dan 'Asar. Kemudian malaikat-malaikat untuk malam hari naik kepada Tuhan. Tuhan lalu bertanya kepada mereka sedang Tuhan itu Maha Tahu. Tuhan berfirman: "Sedang mengapa hambaKu kamu tinggalkan?" Mereka menjawab: "Kami tinggalkan mereka sedang sembahyang, dan waktu kami datang kepada mereka, juga mereka sedang sembahyang".1436, Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., ia bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Pernahkah terjadi suatu hari yang lebih berbahaya daripada hari peperangan Uhud?" Beliau bersabda: "Sebenarnya saya telah menemui dari kaummu bermacam-macam keadaan. Dan keadaan yang lebih pahit saya temui dari mereka, ialah pada hari 'Aqabah. Ketika saya mengemukakan permintaan kepada Ibnu 'Abdi Yalil bin 'Abdi Kulal. Ia tiada memperkenankan permintaan saya. Lalu saya berjalan menuju satu jurusan dan saya tiada sadar melainkan waktu saya sampai di Qarnis Sa'alib, Saya angkat kepala saya, tiba-tiba awan telah menaungi saya, dan saya memandang, tiba-tiba Jibril berada di dalamnya. Ia pun memanggil saya, seraya katanya: "Tuhan telah mendengar perkataan kaum tuan dan tolakan mereka terhadap tuan. Tuhan mengutus malaikat gunung kepada tuan, supaya tuan suruh mereka memperbuat apa yang tuan kehendaki". Malaikat gunung itu lalu memanggil saya sambil memberi salam pada saya, kemudian ia berkata: "Hai Muhammad! Terserah kepada tuan, apa yang tuan kehendaki boleh saya jepit mereka dengan dua gunung. Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak! Saya hanya mengharapkan supaya Tuhan akan melahirkan keturunan mereka, orang yang menyembah Allah semata-mata tiadamempersekutukan Tuhan dengan sesuatu apa pun!"1437, Dari Ibnu Mas'ud r.a., berkenaan firman Tuhan yang artinya: "Maka Tuhan mewahyukan kepada hambaNya apa yang diwahyukanNya". (An Najm,10). Ibnu Mas'ud berkata: "Sesungguhnya Nabi melihat Jibril mempunyai enam ratus sayap".1438, Dari Aisyah r.a., katanya: "Barangsiapa mengira bahwa Muhammad melihat Tuhannya, sesungguhnya ia telah memasuki suatu kesalahan yang besar. Hanya beliau melihat Jibril dalam rupa dan bentuk kejadian yang sebenarnya, menutupi apa yang ada di tepi langit".1439, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seorang laki-laki mengajak isterinya tidur, sedang perempuan tidak mau, lalu laki-laki tadi semalam itu dalam keadaan marah, malaikat melaknati perempuan itu sampai pagi".1440, Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Pada malam Isra (Mi'raj), saya melihat Nabi Musa seorang laki-laki merah bercampur hitam warnanya, tinggi, lagi keriting rambutnya, seolah-olah dari orang suku bangsa Syanuah. Dan saya melihat Nabi Isa seorang laki-laki perawakannya besar tegap, merah bercampur putih warnanya, panjang (tidak keriting) rambutnya. Dan saya melihat malaikat penjaga neraka dan Dajjal dalam beberapa ayat (tanda-tanda kekuasaan Tuhan) yang kesemuanya itu diperlihatkan Tuhan kepada saya. Maka janganlah engkau dalam keadaan ragu tentang menemuiNya"1441, Dari Imran bin Hushain r.a. dari Nabi s.a.w.. beliau bersabda: "Saya melihat ke dalam syurga dan saya lihat kebanyakan isinya ialah orang-orang fakir. Saya melihat pula ke dalam neraka, saya lihat kebanyakan isinya orang-orang perempuan".1442, Dari Abu Hurairah r.a.: Ketika kami berada di dekat Rasulullah s.a.w beliau bersabda: "Ketika saya sedang tidur saya melihat diri saya dalam surga. Tiba-tiba ada seorang perempuan sedang mandi di sebelah sebuah istana. Lalu saya bertanya:"Kepunyaan siapakah istana ini?" Jawabnya: "Kepunyaan Umar bin Khattab". Saya ingat akan cemburunya, lalu saya pergi membelakang. Umar lalu menangis, sambil berkata: "Hai Rasulullah! Masakan terhadap tuan saya cemburu!"1443, Dari Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Golongan yang pertama-tama masuk surga, rupanya sebagai bulan pada malam purnama. Dan orang-orang yang masuk sesudah itu, sebagai bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu), tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dan belakang dagingnya karena sangat indahnya. Mereka memuji Tuhan pagi dan petang, tiada merasa demam, tiada selsema, dan tiada berdahak. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir dari emas, dan kayu bakar mereka dari uluwwah (kayu kemenyan)".

1444, Dari Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w. beliau bersabda: "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umat ku akan masuk surga dengan tidak dihisab, mereka masuk berturut-turut, sedang rupa mereka sebagai cahaya bulan pada malam purnama".


Yüklə 1,02 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   26   27   28   29   30   31   32   33   34




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin