Panduan pelaksanaan kurikulum komponen dalam pvma



Yüklə 221,88 Kb.
səhifə1/3
tarix03.11.2017
ölçüsü221,88 Kb.
#29692
  1   2   3

Garis Panduan PVMA

2015



PANDUAN PELAKSANAAN KURIKULUM

1. KOMPONEN DALAM PVMA

PVMA terdiri daripada dua (2) komponen iaitu Akademik dan Vokasional. Komponen tersebut boleh adalah seperti Jadual 1 di bawah.



Jadual 1: Mata Pelajaran dan Kursus dalam Komponen PVMA

Bil.

Komponen

Mata Pelajaran /Kursus

Bil. Waktu Seminggu

Peratus Akademik dan Peratus Vokasional

Ulasan

1

Akademik

Bahasa Melayu

6

47%

Mata Pelajaran Teras


2

Bahasa Inggeris

5

3

Sejarah

3

4

Pendidikan Islam / Moral

4

Menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)

5

Matematik

3

6

Vokasional

Kemahiran

24

53%

Menggunakan Kurikulum SKPK

JUMLAH WAKTU

45






Jadual di bawah menunjukkan perbandingan bilangan waktu seminggu antara mata pelajaran Aliran Perdana dan PVMA


Jadual 2: Perbandingan Struktur Aliran Perdana (MPV) dan PVMA


Bil.

Mata Pelajaran

Bil. Waktu Seminggu

Ulasan

Aliran Perdana

PVMA

1

Bahasa Melayu

6

6

Mata Pelajaran Teras

2

Bahasa Inggeris

5

5

3

Sejarah

3

3

4

Pendidikan Islam / Moral

5

4

PVMA menggunakan kurikulum Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)

5

Matematik

4

3

6

Sains

5

-

Elemen Sains digabungjalin dalam modul kemahiran (PVMA)

7

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan

2

-

Elemen PSK digabungjalin dalam modul Pendidikan Islam/Moral

8

PJPK

2

-

Elemen PJPK digabungjalin dalam modul kemahiran (PVMA)

9

Vokasional

8 – 12

24

Digantikan dengan modul kemahiran PVMA

JUMLAH WAKTU

40/44

45




2. PENGENALAN KEPADA DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

    1. Komponen DSK

DSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Definisi SK, SP dan KP adalah seperti berikut:


STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

Standard Kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Kandungan perlu mengandungi kompetensi standard industri.


Pencapaian pula bermaksud penyataan ringkas mengenai pencapaian (performance) yang diperlukan dalam unit. Setiap unit kompetensi adalah unik, selari dan sejajar dengan mata pelajaran atau pakej latihan dan tidak melebihi 100 aksara

Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yangboleh diukur bagi setiap standard kandungan.Standard Pembelajaran perlu mengandungi Pencapaian dan Syarat.


Secara khusus, pencapaian dan syarat (performance and condition) bermaksud sub-kompetensi yang lengkap dipelajari danunit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu modul.


Elemen mesti berbentuk perlakuan yang boleh diukur dan dicerap. Standard Pembelajaran juga merupakan set sub-kompetensi yang perlu dipelajari oleh murid bagi mencapai Standard Kandungan.

Kriteria pencapaian adalah penyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan. Kriteria Pencapaian perlu ditulis dengan mengandungi Pencapaian, Syarat dan Piawai.


Manakala pencapaian, syarat dan piawai (performance, condition and standard) merupakan pelengkap kepada sub-kompetensi yang mesti merujuk kepada standard yang bersesuaian dengan keperluan Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.


Kriteria Pencapaian juga merupakan set sub-kompetensi minima yang perlu dicapai oleh murid bagi mencapai Standard Pembelajaran dan Standard Kandungan.



    1. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pendekatan pedagogi PVMA berkonsep guru sebagai fasilitator iaitu “kurang mengajar” (teach less), dan murid “belajar lebih” (learn more) melalui pembelajaran secara pengalaman dan pengalamian (hands on). PVMA menggunakan konsep Competency-Based- Training and Assessment (CBTA) yang memberi peluang untuk menguasai kompetensi dengan membenarkan murid mengulangi semula kompetensi yang belum dikuasai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang diperlukan.


Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut :

  • Pendekatan modular berasaskan kompetensi

  • Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti

  • Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

  • Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

  • Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

  • Pembelajaran Masteri

  • Integrasi TMK merentas kurikulum

  • Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

  • Lawatan industri

  • Penekanan kepada pengurusan kewangan berhemah




    1. Penulisan Rancangan Sesi Latihan dan Rancangan Pembelajaran

Format penulisan rancangan sesi latihan dan rancangan pembelajaran bagi guru PVMA perlu disesuaikan dengan kaedah CBTA. Guru PVMA boleh memperolehi format RSL dan RP semasa menghadiri kursus b erkaitan kurikulum dari semasa ke semasa.

  1. BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WRITTEN INSTRUCTIONAL MATERIALS - WIM)



  1. WIM ialah dokumen utama yang disediakan untuk kegunaan guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.



  1. Bahan Pembelajaran dalam WIM terdiri daripada tiga (3) komponen bahan pembelajaran iaitu:



  1. Kertas Penerangan (Information Sheet)

        • Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.

        • Ianya bertujuan untuk menjelas dan menambah lagi pemahaman dan pengetahuan murid dengan menekankan “Mengapa” kemahiran itu perlu dilaksanakan dan bukan “Bagaimana” ianya dilaksanakan.

        • Kertas penerangan hendaklah mempunyai ciri berikut, iaitu:

  • Cukup cakup, tepat dan mudah difahami, keperluan DSK dipenuhi; dan

  • Sentiasa dikemaskini mengikut perubahan teknologi semasa.



  1. Kertas Tugasan (Assignment Sheet)

  • Helaian tugasan yang mengandungi pelbagai bentuk soalan sebagai latihan kepada murid untuk merangsang minda, menguji pemahaman dan mengaplikasikan pengetahuan murid berdasarkan teori yang telah dipelajari.

  • Kertas tugasan tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.

  • Kertas tugasan hendaklah mempunyai ciri berikut iaitu:

  • Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir;

  • soalan boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dengan merujuk kepada kertas penerangan yang berkaitan; dan

  • Kertas tugasan juga boleh disediakan dalam bentuk kajian kes, perbincangan kumpulan dan sebagainya.



  1. Kertas Kerja (Work Sheet)



  • Helaian yang menunjukkan langkah dan butiran kerja bagi membimbing murid untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan.

  • Sebagai latihan kendiri (self check) kepada murid sebelum menghadapi penilaian kerja kursus dan penilaian akhir.

  • Kertas kerja tidak diambil kira sebagai penilaian kerja kursus.

  • Mengandungi soalan pendek yang akan ditanya secara lisan sepanjang latihan amali dilaksanakan.

4. PENILAIAN MELALUI KAEDAH SISTEM PENTAULIAHAN

4.1 Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang murid semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk menentukan seorang murid telah mencapai tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia atau Penyata Pencapaian. Terdapat tiga (3) komponen penilaian SKM tahap 1 dan SKM tahap 2 yang dilaksanakan, iaitu:



  1. Kerja Kursus;

  2. Penilaian Akhir;

  3. Core Abilities” ;



  1. Pembahagian peratusan komponen pemarkahan bagi Sistem Pentauliahan untuk setiap unit kompetensi (CU) yang terdapat dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) adalah seperti di Jadual 3.

Jadual 3: Pembahagian Peratus Markah Komponen Penilaian SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Komponen Penilaian CU

Pembahagian Peratus Markah Penilaian SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Kerja Kursus



Pengetahuan

10

40


Prestasi

30

Penilaian Akhir



Pengetahuan

20

60


Prestasi

40

Markah Keseluruhan




100

5. KERJA KURSUS

  1. Kerja kursus adalah tugasan yang perlu dilakukan oleh murid dan akan dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan. Dokumen penilaian disediakan oleh guru untuk menguji dan menilai keterampilan murid.



  1. Terdapat dua (2) jenis penilaian bagi kerja kursus iaitu penilaian pengetahuan (KA) dan penilaian prestasi (PA).



    1. Penilaian Pengetahuan (KA)



  1. Penilaian pengetahuan adalah mekanisma atau kaedah yang digunakan bagi menilai pengetahuan dan pemahaman murid mengenai apa yang telah dipelajari.

  2. Penilaian pengetahuan bagi kerja kursus hendaklah memenuhi ciri berikut, iaitu:

  • Soalan yang disediakan hendaklah memenuhi assessment criteria dan related knowledge di dalam CoCU yang terdapat dalam SKPK;

  • Bilangan dan jenis soalan adalah tidak ditetapkan tetapi hendaklah mencapai tahap kesukaran (level of difficulty) yang ditentukan oleh setiap CU dalam SKPK berkenaan;

  • Soalan boleh merangkumi jenis soalan sama ada objektif, subjektif atau kedua-duanya; dan

  • Kaedah penilaian boleh terdiri daripada laporan teknikal, persembahan, lisan, ujian bertulis, kuiz, tugasan, kajian kes atau lain-lain yang berkaitan, mengikut kesesuaian tahap.



  1. Penilaian Prestasi (PA)



  1. Penilaian prestasi adalah mekanisma atau kaedah yang digunakan bagi menilai kemahiran, sikap dan keselamatan dalam melaksanakan tugas, praktikal atau kerja amali yang diarahkan.

  2. Pelbagai kaedah penilaian prestasi boleh dilaksanakan seperti ujian keterampilan, simulasi, projek dan sebagainya.

  3. Penilaian prestasi hendaklah memenuhi ciri berikut iaitu:

  • Memenuhi assessment criteria, related skills, attitude, safety and environmental yang ditetapkan di dalam CoCU SKPK;

  • Tempoh penilaian bergantung kepada keterampilan yang dinilai; dan

  • Penilaian core abilities dijalankan bersekali dengan penilaian prestasi.




  1. Peratusan komponen penilaian dalam kerja kursus adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.


Jadual 4: Pecahan Peratusan Pemarkahan Bagi Penilaian Kerja Kursus

Komponen Penilaian

Peratus Mengikut Tahap persijilan (%) SKM Tahap 1 dan SKM Tahap 2

Markah
Penuh

Markah
Minimum

Pengetahuan

10

6

Prestasi

30

18

Markah Keseluruhan

40

24

6. PANDUAN PENULISAN RSL DAN RP

6.1 Pengenalan
Perkembangan pendidikan di Malaysia telah melalui satu perubahan dikenali dengan Transformasi Pendidikan Vokasional bermula dari tahun 2012. Mulai tahun 2015 telah diperkenalkan Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) dari Tingkatan 4 hingga
Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bagi menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang dimansuhkan secara berperingkat. Sehubungan dengan pembaharuan tersebut, kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara Competency-Based-Training and Assessment (CBTA) juga diperkenalkan di SMK terpilih.
Secara amnya, kompetensi adalah kebolehan menunjukkan tugas spesifik (boleh buat) mengikut standard yang memenuhi kehendak industri, majikan, organisasi dan individu. Kompetensi mengandungi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang konsisten bagi setiap kemahiran, pengetahuan dan sikap yang merujuk kepada prestasi yang standard di bidang pekerjaan. Berbanding pembelajaran secara konvensional, kaedah P&P CBTA membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PVMA kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan.
Oleh kerana CBTA telah mengubah kaedah penyampaian kandungan kurikulum, maka kaedah penulisan dan pendokumentasian rancangan pengajaran perlu pengubahsuaian. Proses P&P CBTA yang lengkap mengandungi 3 (tiga) komponen utama iaitu Kurikulum, Pengajaran dan Pentaksiran (Curriculum, Instructional and Assessment). Dalam konteks PVMA, kurikulum yang dimaksudkan adalah standard kandungan yang murid perlu tahu dan lakukan, pengajaran adalah kaedah penyampaian standard kandungan dan pentaksiran adalah proses menilai tahap penguasaan murid. Ketiga-tiga komponen PdP CBTA tersebut disepadukan di dalam perubahan kaedah penulisan rancangan pengajaran.
Oleh itu Rancangan Sesi Latihan (RSL) diperkenalkan bagi menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) manakala Rancangan Pengajaran Harian digantikan dengan Rancangan Pembelajaran (RP). Format RSL dan RP juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional dan guru PVMA adalah dipohon menyediakan rancangan pengajaran mengikut format CBTA.
RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih spesifik dan jelas dalam rangka konsep pengajaran dan pembelajaran bercorak hands-on. RSL dapat menunjukkan bentuk perancangan dan menjelaskan kemahiran dan sub-kemahiran yang perlu dipamerkan oleh pelajar. RSL juga mampu membantu guru merancang bentuk eviden proses dan eviden produk yang ingin dihasilkan kerana ianya dirancang dengan jelas dan terbukti.
Manakala Rancangan Pembelajaran (RP) adalah rancangan guru ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal. RP juga merupakan rancangan yang spesifik dengan merujuk kepada kriteria yang perlu dicapai, susunan proses pembelajaran, bahan sumber pembelajaran dan catatan masa. RP akan membantu guru untuk mengendalikan sesi pembelajaran dengan tersusun dan terkawal. Guru tidak perlu menyatakan bentuk eviden di dalam RP kerana telah dinyatakan di dalam RSL. RSL dan RP saling berkaitan dan perlu disusun mengikut susunan standard kandungan. RSL akan disediakan dahulu kemudian diikuti oleh RP.
Pendekatan secara CBTA di sekolah bermula dengan penyediaan RSL dan pematuhannya semasa proses pengajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal.


    1. Panduan Umum Penulisan

Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar dan bahan sumber agar proses pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.


Objektif utama menulis RSL dan RP ialah menolong guru merancang pengajaran dengan lebih baik supaya lebih yakin dan bersedia untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, bengkel dan makmal. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu modul/mata pelajaran atau beberapa modul/mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.
RSL adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal. Guru boleh memilih untuk menyediakan RSL seperti berikut:
Sama ada:



  1. Satu RSL bagi setiap satu Standard Kandungan

(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik mengandungi 5 Standard Kandungan, maka sediakan 5 RSL),

atau,


  1. Yüklə 221,88 Kb.

    Dostları ilə paylaş:
  1   2   3




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin