Satu RSL bagi setiap satu Standard Pembelajaran
(contoh: Modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik mengandungi 13 Standard Pembelajaran, maka sediakan 13 RSL – seterusnya jika mampu bolehlah disediakan seberapa banyak RSL diperlukan bagi setiap satu modul. RSL yang terlalu banyak adalah tidak digalakkan.
RP pula adalah rancangan pengajaran yang digunakan oleh guru untuk merancang sesi latihan secara teoritikal dan praktikal bercorak hands-on. RP disediakan setiap hari dan guru boleh memilih untuk menyediakan RP seperti berikut:
Sebagai contoh, jika pada hari tersebut ada satu kumpulan murid yang membuat tugasan latihan (kesemua 20 orang murid membuat amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA), maka guru perlu menyediakan satu RP untuk modul tersebut sahaja.
Tetapi jika;
Pada hari tersebut ada dua kumpulan murid (10 orang membuat amali Standard Kandungan 2: MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA), dan (10 orang murid lagi membuat amali Standard Kandungan3: MENDAWAI LITAR SATU SUIS SATU HALA MENGAWAL SATU LAMPU), maka guru perlu menyediakan dua RP iaitu untuk kedua-dua Standard Kandungan yang di ajar. Begitulah seterusnya jika terdapat banyak kumpulan murid, maka banyaklah RP yang perlu disediakan.
Guru akan mengajar lebih dari satu kumpulan murid kerana CBTA membenarkan murid mengulang standard sehingga kompeten setiap Kriteria Pencapaian. Sebagai contoh, murid yang tidak kompeten semalam akan mengulang semula kompetensi yang mereka belum kompeten pada hari berikutnya sehingga kompeten. Walaubagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan guru untuk merancang bilangan kumpulan yang perlu dibentuk dalam satu-satu masa PdP.
RSL dan RP disediakan dalam bentuk softcopy sekali sahaja pada awal penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan akan dikemaskini apabila terdapat DSK baru. Semua guru boleh berkongsi RSL dan RP. RP perlu dicetak setiap kali sebelum PdP bermula dan ruangan refleksi ditulis tangan selepas proses P&P selesai.
-
Refleksi merupakan satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan.
Refleksi amat penting untuk melihat perkembangan pengajaran dan hasil pengajaran termasuk pencapaian pelajar di dalam menyiapkan tugasan amali dan pentaksiran. Oleh sebab itu, guru diwajibkan menulis refleksi di dalam RP untuk tujuan penambahbaikan proses pengajaran disamping menilai penerimaan pelajar terhadap proses pengajaran. Guru dibenarkan menulis pengalaman pengajaran mereka pada setiap hari pada ruangan refleksi dan sebaik-baiknya ditulis tangan selepas proses P&P.
-
Penggunaan ring-file.
Penggunaan ring-file juga diperkenalkan sebagai pakej di dalam Transformasi Pendidikan Vokasional. Guru adalah digalakkan menggunakan ring-file bagi menyimpan RSL dan RP supaya lebih kemas dan mudah dikemaskini bagi menggantikan buku rekod pengajaran. Ahli Jawatankuasa Kurikulum peringkat sekolah boleh bertindak sebagai penguatkuasa dan penyelaras kepada perubahan ini.Semua RSL dan RP disusun mengikut nombor Standard Kandungan.Standard Kandungan yang diajar dahulu diletak di sebelah bawah dan Standard Kandungan diajar kemudian diletak sebelah atas.
Adalah diingatkan bahawa isi kandungan ring-file perlu lengkap sebagaimana buku rekod pengajaran seperti biodata guru, pekeliling berkaitan, jadual waktu, RSL, RP, senarai murid, aktiviti guru, prestasi murid (markah dan TOV) dan lain-lain lagi yang disesuaikan dari semasa kesemasa oleh pentadbir sekolah. Pemastian standard perlulah dipatuhi berdasarkan panduan dan pekeliling dari pihak pengauditan PdP.
-
Komponen RSL dan RP
Persediaan RSL dan RP merujuk kepada satu perancangan yang terdiri daripada langkah-langkah pengajaran yang akan dilaksanakan oleh guru dalam kelas, bengkel dan makmal.
-
Penulisan RSL
RSL disediakan pada awal tahun pengajaran. Sebagai permulaan, sila perhatikan format RSL berikut.
-
KOMPONEN
|
KETERANGAN
|
Panitia
|
|
Tarikh
|
|
Lokasi latihan
|
|
Nama Guru
|
|
Bilangan Murid
|
|
Tajuk
|
Modul/Mata Pelajaran:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:
|
Objektif latihan
|
Kriteria Pencapaian:
|
Pengenalan:
-
Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar
-
Langkah pengajaran seterusnya
-
Contoh produk yang akan dihasilkan
-
Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini
|
Gambaran latihan:
|
Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid
|
Guru membuat demontrasi kepada murid iaitu:
|
Pentaksiran:
|
|
Kaedah Latihan
|
Kaedah latihan:
-
Tugas Guru :
-
Tugas Murid :
|
Kesimpulan
|
|
Bahan Sumber
|
|
Kemudian, bagi memberi gambaran susunan penulisan RSL, berikut disertakan contoh RSL sebagai panduan guru.
Langkah Pertama: Sila rujuk Dokumen Standard Kurikulum (DSK) modul/mata pelajaran Pendawaian Elektrik dari Standard Kandungan 2 bertajuk MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA seperti berikut yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian.
STANDARD KANDUNGAN
|
STANDARD PEMBELAJARAN
|
KRITERIA PENCAPAIAN
|
2. MENDAWAI LITAR UNIT KAWALAN PENGGUNA SATU FASA
|
2.1 Mengenal pasti alat kawalan pengguna satu fasa.
|
2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (STM).
2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki ( PLAB ) dan pemutus litar miniatur (PLM) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.
|
2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.
|
2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur
(PLM ) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB ) dan Pemutus Litar Miniatur
( PLM ) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.
2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.
2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.
|
2.3 Mengganggar kos pemasangan.
|
2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.
2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan perkhidmatan.
2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan jumlah kos.
|
Langkah Kedua: Sila baca dengan teliti jadual dibawah yang menerangkan maksud komponen format RSL beserta contoh penulisan RSL. Petak di sebelah kiri adalah komponen RSL dan di sebelah kanan ialah keterangan bagi setiap komponen RSL. DSK hendaklah dibaca bersama bagi menerangkan maksud jadual di bawah. Lihat bagaimana RSL ditulis.
KOMPONEN
|
KETERANGAN
|
Panitia
|
Nyatakan nama khas bagi panitia.
|
Tarikh
|
Nyatakan tarikh mula proses pengajaran dilaksanakan.
|
Lokasi latihan
|
Nyatakan lokasi spesifik proses pengajaran dilaksanakan.
|
Nama Guru
|
Nyatakan nama guru
|
Bilangan Murid
|
Nyatakan bilangan murid yang melaksanakan modul tersebut pada tarikh mula di atas.
|
Tingkatan
|
Nyatakan tingkatan murid terlibat proses pengajaran ini
|
Tajuk
| -
Nyatakan nama modul/mata pelajaran
-
Nyatakan Standard Kandungan
-
Nyatakan Standard Pembelajaran
|
Objektif latihan
|
Nyatakan Kriteria Pencapaian dari DSK.
|
Pengenalan:
-
Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar
-
Langkah pengajaran seterusnya
-
Contoh produk yang akan dihasilkan
-
Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini
|
Nyatakan susunan penyampaian pengajaran setiap kompetensi yang hendak ditunjukkan kepada murid dari mula hingga ke akhir sesi pengajaran berdasarkan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian di dalam DSK.
Nyatakan langkah pengajaran selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcara kepada murid. Lazimnya guru akan terus mengarahkan murid melaksanakan tugasan berdasarkan buku Modul Pembelajaran dan Modul Pentaksiran.
Nyatakan contoh produk yang akan dihasilkan oleh murid.
Nyatakan pengetahuan sedia ada murid yang berkaitan dengan Kriteria Pencapaian modul ini.
|
Isi:
Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid
|
Senaraikan bentuk kemahiran yang ingin ditunjukcara kepada murid mengikut susunan yang betul.
|
Pentaksiran:
|
Nyatakan bentuk pentaksiran yang ingin digunakan oleh guru berdasarkan Kriteria Pencapaian modul ini.
|
Kaedah Latihan
|
Nyatakan isi penting pengajaran dengan menyatakan tugas utama pada sesi pengajaran berkenaan.
|
Kesimpulan
|
Nyatakan kesimpulan untuk sesi latihan modul ini dengan menyatakan harapan dan komitmen terhadap sesi pengajaran ini seterusnya hasrat terhadap kompetensi yang ingin dikuasai.
|
Bahan Sumber
|
Nyatakan bahan sumber pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran sesi latihan ini.
|
Berikut adalah contoh RSL bagi satu Standard Kandungan .
KOMPONEN
|
KETERANGAN
|
Panitia
|
Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Pendawaian Elektrik
|
Tarikh
|
5 Januari 2016
|
Lokasi latihan
|
Ruang Pendawaian, Bengkel Pendawaian Elektrik, SMK Belaga
|
Nama Guru
|
Anuar bin Mohamad Som
|
Bilangan Murid
|
30 orang murid
|
Tingkatan
|
Tingkatan 4 PVMA PE
|
Tajuk
|
Modul/Mata Pelajaran:
Pendawaian Elektrik
Standard Kandungan:
-
Mendawai Litar Unit Kawalan Pengguna Satu Fasa
Standard Pembelajaran:
2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.
2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.
2.3 Mengganggar kos pemasangan.
|
Objektif latihan
|
Murid dapat:
2.1.1 Menyenarai alat kawalan pengguna berdasarkan piawaian The Institution of Electrical Engineers (IEE) atau Suruhanjaya TenaganMalaysia (STM).
2.1.2 Melukis simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur ( PLM ) berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.3 Melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna
berdasarkan piawaian lukisan elektrik.
2.1.4 Melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.1 Memasang Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna berdasarkan litar skematik.
2.2.2 Mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama berdasarkan litar pendawaian.
2.2.3 Menyimpan lebihan kabel di tempat khas berdasarkan prosedur kerja.
2.2.4 Mengamalkan keselamatan berdasarkan prosedur kerja.
2.3.1 Merekod kos bahan mengikut harga pasaran.
2.3.2 Merekod kos upah dan kos sampingan berdasarkan
perkhidmatan.
2.3.3 Mencatat anggaran kadar keuntungan berdasarkan jumlah kos.
|
Pengenalan:
-
Pengenalan gambaran latihan yang ingin di ajar
-
Langkah pengajaran seterusnya
-
Contoh produk yang akan dihasilkan
-
Pengetahuan sedia murid tentang tugasan ini
|
2.1 Mengenal pasti alatkawalan penggunasatu fasa.
2.1.1 Guru menyenaraikan alat kawalan pengguna
2.1.2 Guru menunjukkan simbol suis utama, pemutus litar arus baki (PLAB) dan pemutus litar miniatur (PLM )
2.1.3 Gurumenunjukkan kaedah melukis gambarajah skematik alat kawalan pengguna
2.1.4 Guru menunjukkan kaedah melukis gambarajah pendawaian alat kawalan pengguna
2.2 Memasang dan mendawai alat kawalan pengguna satu fasa.
2.2.1 Gurumemuat simulasi pemasangan Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam kotak unit pengguna.
2.2.2 Guru mendemontrasi tatacara mendawai Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM) dalam Kotak Kawalan Utama.
2.2.3 Guru menunjukkan kaedah menyimpan lebihan kabel di tempat khas.
2.2.4 Guru memberi penekanan tentang amalan keselamatan yang betul.
2.3 Mengganggar kos pemasangan.
2.3.1 Guru menunjukcara kaedah merekod kos bahan.
2.3.2 Guru menunjukcara kaedah merekod kos upah dan kos sampingan
2.3.3 Guru menunjukkan kiraan kaedah mencatat anggaran kadar keuntungan
Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcaraini, murid akan menyenaraikan bahan, melukis gambarajah skematik & pendawaian, memasang pendawaian dan serta sentiasa mengamalkan langkah keselamatan seterusnya membuat kiraan.
Produk yang dihasilkan ialah lukisan gambarajah skematik, gambarajah pendawaian dan alat kawalan pengguna satu fasa yang telahsiap dipasang.
Murid telah mengenal nama alat tangan dan nama peralatan pengujian asas yang pernah digunakan sebelum mempelajari modul ini.
|
Isi:
Kemahiran yang ditunjukkan kepada murid
|
Guru membuat demontrasi kepada muriddengan:
-
Melukis gambarajah skematik dan pendawaian alat kawalan pengguna
-
Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa
-
Mengamalkan langkah-langkah keselamatan
|
Pentaksiran:
|
Guru meminta murid menyenaraikan alat kawalan pengguna, melukis gambarajah skematik dan pendawaianserta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan seterusnya akur dan mematuhi kehendak pentaksiran LP. Selain menunjukkan eviden proses dan eviden produk, murid akan diuji secara ujian kecekapan, lisan dan bertulis.
|
Kaedah Latihan
|
Kaedah latihan:
-
Tugas Guru: Membuat penerangan dan demontrasi kepada murid
-
Tugas Murid:Membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa dan mengamalkan langkah keselamatan
|
Kesimpulan
|
Murid diharapkan berjaya menunjukkan dengan jelas langkah-langkah untuk melukismelukis gambarajah skematik dan pendawaian serta membuat pemasangan alat kawalan pengguna satu fasa serta dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan
|
Bahan Sumber
|
Bahan sebenar:
-
Peralatan melukis ( pensil, pemadam, pembaris dan sesiku)
-
Bahan dan aksesori major pendawaian (Suis Utama, Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) dan Pemutus Litar Miniatur (PLM), kotak unit pengguna dan lain-lain mengikut keperluan)
-
Bahan dan aksesori minor pendawaian (skru, paku, klip dan lain-lain mengikut keperluan)
-
Bahan dan aksesori meter pengujian (meter megger ohm, meter pelbagai dan lain-lain mengikut keperluan)
-
Kalkulator untuk bantuan pengiraan
|
-
Penulisan RP
Berikut adalah format RP. RP perlu disediakan sebelum pengajaran dilaksanakan menggunakan komputer dan semua guru boleh berkongsi RP yang sama jika mengajar Kriteria Pencapaian yang sama. Namun begitu ruangan Nama Guru dan Refleksi perlu ditulis berasingan/tidak boleh berkongsi/setiap guru satu RP.
Panitia
|
|
Nama Guru
|
|
Tarikh
|
|
Hari
|
|
Masa
|
|
Tajuk
|
Modul/Mata Pelajaran:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:
|
Anggaran Masa Pengajaran
|
Kriteria Pencapaian
|
Tugas utama/Proses
|
Bahan sumber pembelajaran
|
|
|
|
|
Refleksi
(ditulis tangan)
|
|
Dostları ilə paylaş: |