Pemandu Para Pemuda Bagi Keselamatan Pada Hari Pembalasan



Yüklə 467,64 Kb.
səhifə14/14
tarix06.08.2018
ölçüsü467,64 Kb.
#67438
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   14

Kesimpulan:

Sesungguhnya penjaga khazanah rahmat Ilahi dan penyeru paling mulia kepadanya ialah Rasulullah saw. Manakala anak kunci paling mulia bagi khazanah tersebut ialah ‘bismillahir rahmanir rahim’. Manakala benda paling mudah membukanya ialah selawat kepada Rasulullah saw.

Ya Allah! Dengan rahsia-rahsia ‘bismillahir rahmanir rahim’, berselawatlah kepada orang yang Engkau utuskan sebagai rahmat buat sekalian alam, sebagaimana selayaknya dengan rahmat dan kehormatanMu. Juga berselawatlah kepada ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian.

Rahmatilah kami dengan kerahmatan yang menjadikan kami tidak memerlukan kerahmatan mana-mana makhlukMu seorangpun.. Amin.

سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Maksudnya: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”



1Lisan hal ialah sesuatu yang dilihat melalui tindakan yang dilakukan oleh seseorang atau sesuatu. Sementara lisan maqal pula ialah sesuatu yang diperolehi melalui perkataan seseorang.

2Antara dalil tersebut ialah Rasa’il al-Nur itu sendiri sebagaimana disaksikan oleh seluruh mereka. (al-Nursi)

3Ini adalah satu perbandingan yang halus, kerana pelajar-pelajar perempuan itu memang cantik dan menawan, cuma mereka mencampakkan diri mereka ke dalam neraka jahannam kerana mereka tidak berpegang teguh dengan perintah-perintah Allah swt. (Penterjemah - Ihsan Qasim al-Salihi)

4Ya! Dari sudut maknawi, sesungguhnya iman dapat memberikan rasa kelazatan dan kenikmatan syurga semasa kita berada di dunia ini lagi. Lihatlah salah satu faedah iman daripada ratusan faedah dan kelazatannya yang bercahaya:

Andaikan anda sekarang sedang berada di sisi seorang yang anda amat kasihi yang sedang menghadapi saat kematiannya. Betapa kegembiraan anda ketika anda melihat seorang doktor pakar seperti Luqman al-Hakim atau Khidr datang dan memeriksa orang tersebut. Setelah melakukan pemeriksaan, tiba-tiba si pesakit terselamat daripada genggaman kematian dan menjadi seorang yang sihat ceria. Ingatlah kedudukan anda ketika itu dan perhatikanlah betapa gembiranya anda ketika itu!

Begitu juga dengan iman. Ia membangkitkan kegembiraan pada diri anda sama dengan kegembiraan anda ketika melihat semua orang yang sudah meninggal dunia dan mempunyai hubungan dengan anda dihidup dan dibangkitkan kembali. Kerana jutaan orang yang telah meninggal dunia dan dikebumikan di perkuburan masa lampau itu adalah para kekasih anda. Cahaya iman membangkitkan mereka hidup kembali dan menyelamatkan mereka daripada kemusnahan, ketiadaan dan kematian abadi. Tiba-tiba mereka bangun dan berkata: “Kami tidaklah mati, dan kami tidak mati selama-lamanya.”

Dengan kelebihan iman dan pembangkitan semula mereka yang dikasihi itu, terjelmalah perasaan kegembiraan yang tidak berkesudahan menggantikan tempat kesakitan yang tidak terbatas hasil daripada perpisahan yang juga tidak terhad.



Ini adalah bandingan tentang kegembiraan dan kebahagiaan yang diberikan oleh iman di atas dunia ini. Ini menunjukkan bahawa biji benih keimanan yang hidup jika bertukar menjadi jasad dan bertangkai, ia pasti akan menyebabkan ahli iman merasai kelazatan dan keindahan syurga. (Penulis)

5Daripada Anas, katanya: “Saya akan menceritakan kepada kamu satu hadis yang tidak akan diceritakan oleh orang lain selepasku. Saya mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu menjadi berkurang, zina berleluasa, wanita menjadi ramai, lelaki menjadi sedikit hingga hanya seorang lelaki sahaja menjadi penjaga kepada 50 orang wanita.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari, kitab al-‘Ilm, bab ilmu diangkat dan kejahilan berleluasa.

6Terdapat banyak hadis dalam hal ini. Antaranya: Daripada Umm Salamah, isteri Nabi saw, katanya (di dalam sebuah hadis yang panjang): “Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning… hingga akhir hadis… Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Awsat dengan lafaz di atas. (Dari kitab al-Targhib wa al-Tarhib, karangan al-Munziri, jil. 4, hlm. 537)

7Beliau mengisyaratkan kepada pembelaan yang dilakukannya di mahkamah.

8Maksudnya ketika beliau berada di dalam Penjara Afyun yang dimasuki oleh beliau bersama murid-muridnya pada tahun 1948. (Penterjemah - al-Ustaz Ihsan Qasim al-Salihi)

9Semua sekolah agama di Turki diharamkan semenjak awal tahun 20an hingga tahun 1950. (Penterjemah)

10al-Ustaz Badi’ al-Zaman Sa’id al-Nursi menggelarkan dirinya sebagai Sa’id Lama sebelum beliau mula menulis Rasa’il al-Nur, manakala selepas itu beliau menggelarkan dirinya sebagai Sa’id Baru. (Penterjemah)

11Keadaan ruhani seperti ini telah berlaku dalam bentuk munajat kepada hati dalam bahasa Parsi, lalu saya menulisnya sebagaimana ia datang, kemudian ia dicetak bersama-sama dengan Risalah ‘Habab’ di Ankara. (Penulis)

12al-Hafiz al-Suyuti menisbahkan hadis ini di dalam al-Jami’ al-Saghir kepada al-Bayhaqi di dalam cabang-cabang iman daripada al-Hasan secara mursal. Manakala sesetengah mereka menganggapnya sebagai sebahagian daripada kata-kata Sayyidina Isa a.s. Demikianlah saya dapati di dalam kitab al-Zuhd karangan Imam Ahmad dinisbahkan kepadanya. Manakala sesetengah yang lain pula mengatakan ia adalah perkataan Ibn Mas’ud atau Jundub bin ‘Abdullah r.a. (Lihat Takhrij al-Ihya’, karangan al-‘Iraqi dan Hilyat al-Awliya’, jil. 6, hlm. 388, Kashf al-Khafa’, jil. 1, hlm. 344-345 nombor 1099, dan hadis-hadis berkenaan qisas nombor 7)

13“Petikan yang terdapat pada maqam kedua ini datang dalam keadaan yang menyerupai syair, namun ia bukanlah syair. Penyusunannya dalam bentuk demikian tidaklah disengajakan. Tetapi kesempurnaan penyusunan hakikat menjadikannya terbentuk dalam bentuk yang menyerupai nazam (syair).” (al-Nursi)

“Tetapi ketika menterjemahkannya (kepada bahasa Arab) saya hanya berpada menterjemahkan maknanya sahaja.” (Penterjemah - Ihsan Qasim al-Salihi)



14Seorang penyair berbangsa Turki (1825-1880). Merupakan salah seorang reformis. Memasuki pertubuhan ‘Uthmani Baru (New Ottoman) dan berhijrah ke Paris. Mempunyai koleksi ‘Zafar Namah’ dan ‘Kharabat’ di dalam 3 jilid. Di dalamnya dihimpunkan syair-syair terpilih. Beliau adalah seorang yang amat pintar, tetapi beliau kebingungan berhadapan dengan hikmat Ilahi yang berlaku di alam semesta. Lantaran kebingungannya itu, beliau mengalami penderitaan yang hebat. (Yeni Luğhat)

15Dikeluarkan oleh Abu Yacla dan al-Tabarani di dalam al-Mucjam al-Kabir daripada hadis Wathilah. al-cIraqi berkata di dalam Takhrij Ihya' 3/62 bahawa sanadnya dhacif. Dikeluarkan juga oleh al-Baihaqi di dalam Shucab al-Iman daripada hadis Anas dan daripada hadis Ibn cAbbas. Dikeluarkan juga oleh Ibn cAdi di dalam al-Kamil daripada hadis Ibn Mascud. Ibn al-Jawzi berkata: Tidak sahih. Lihat Faid al-Qadir 3/487. al-Suyuti pula mengisyaratkan kepada kesahihannya.

16Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, maka dia akan dikenakan musibah.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Malik.

17Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Zuhd dengan sanad yang dhaif tetapi mempunyai sokongan (shahid) daripada hadis Anas.. “Dan yang tersohor di kalangan orang ramai ialah: Musuh anda yang paling ketat ialah…” (Kashf al-Khafa’ 1/143). al-cIraqi berkata di dalam Takhrij al-Ihya’ (Kitab cAja’ib al-Qalb): “Hadis tersebut dikeluarkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab al-Zuhd daripada hadis Ibn cAbbas, dan padanya terdapat Muhammad ibn cAbdul Rahman ibn Ghazawan, salah seorang pereka hadis.” al-Zubaidi berkata di dalam Sharh al-Ihya’ 7/206 sebagai komentar terhadap kata-kata al-cIraqi: “Saya dapati dengan tulisan Ibn Hajar yang mengatakan: Hadis ini mempunyai beberapa jalan (turuq) lain selain daripada jalan ini, daripada hadis Anas.

18Mungkin al-Ustaz Badi’uzzaman Sa’id al-Nursi memaksudkan bait syair yang bermaksud: “Aku mengadu kepada Waki’ tentang kelemahan hafalanku, lalu beliau menunjukiku agar meninggalkan maksiat. Beliau berkata: “Ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.” (Penterjemah - al-Ustaz Ihsan Qasim al-Salihi)

19Kefahaman tersirat yang diperolehi di sebalik apa yang tersurat.

20“…Berkasih sayang kerana Allah dan marah kerana Allah adalah sebahagian daripada iman.” Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab al-Iman.

21Terdapat banyak hadis daripada Rasulullah s.a.w. berkenaan doa memohon kasih sayang Allah. Antaranya: Daripada Abdullah bin Yazid al-Khutami al-Ansari, daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda berkata di dalam doa baginda: “Ya Allah! Rezkikan kepada kami kecintaan kepada Engkau dan kecintaan kepada orang yang memberikan manfaat kepadaku oleh kecintaannya di sisi Engkau…” Hadis ini dikeluarkan oleh al-Tirmizi (al-Tuhfah: 3557) dan beliau berkata: “Hadis ini adalah hadis hasan gharib.”

22Pertemuan sesaat yang berlaku pada jalan Allah swt akan dikira sebagai setahun, manakala pertemuan setahun kerana dunia yang akan binasa ini tidak menyamai sesaatpun. (al-Nursi)

23Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam al-Adab 69, dan Muslim dengan nombor 2640 daripada Abu Musa al-Ash’ari, dikeluarkan oleh Imam Ahmad 4/392, 395, 398, 405, dan Ibn Hibban 577 – Penterjemah (Ihsan Qasim al-Salihi).

24Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa beberapa orang bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah kami boleh melihat tuhan kami pada hari kiamat?” Lalu Rasulullah saw menjawab: “Adakah kamu merasa sangsi pada melihat anak bulan pada malam bulan purnama?” Mereka berkata: “Tidak wahai Rasulullah.” Rasulullah berkata lagi: “Adakah kamu merasa sangsi pada melihat matahari pada hari yang tidak mempunyai awan?” Mereka menjawab: “Tidak wahai Rasulullah.” Rasulullah berkata lagi: “Sesungguhnya kamu akan melihatNya demikianlah.” Hadis keseluruhannya diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

25Terdapat di dalam hadis: “… Sabda Rasulullah saw: “Lalu Allah menyingkapkan hijab, dan Dia menjelma untuk mereka, lalu Dia meliputi mereka dengan nurNya. Jika tidak kerana sudah ditetapkan bahawa mereka tidak akan terbakar, nescaya mereka akan terbakar kerana cahaya yang meliputi mereka itu. Kemudian dikatakan kepada mereka: “Kembalilah kamu ke rumah-rumah kamu.” Lalu mereka kembali ke rumah-rumah mereka dalam keadaan isteri-isteri mereka tidak dapat melihat mereka dan mereka tidak dapat melihat isteri-isteri mereka kesan cahaya yang meliputi mereka (semasa melihat Allah swt). Setelah mereka berada di rumah-rumah mereka, dan cahaya tersebut hilang dan mereka kembali kepada keadaan asal mereka, para isteri mereka berkata: “Kenapa kamu keluar dari sisi kami dalam satu keadaan dan kamu kembali dalam keadaan yang lain?” Mereka menjawab: “Ia adalah kerana Allah swt telah menjelma bagi kami dan kami melihat kepadaNya. Itulah yang menjadikan kami tidak dapat dilihat oleh kamu…” (Diriwayatkan oleh al-Bazzar. Lihat al-Targhib wa al-Tarhib oleh al-Hafiz al-Munziri 4/556). Pengarang

26“Allah swt mencipta Adam dalam bentukNya…” Hadis Sahih dikeluarkan oleh al-Bukhari no. 6227, Muslim no. 2841, Ahmad 2/315, dan Ibn Khuzaimah di dalam al-Tauhid hlm. 29. Manakala hadis “Sesungguhnya Allah mencipta Adam dalam bentuk al-Rahman…” maka al-Hafiz menisbahkannya di dalam al-Fath (5/183) kepada Ibn Abi ‘Asim di dalam al-Sunnah dan al-Tabarani daripada hadis Ibn Umar r.a., dan al-Hafiz berkata “dengan beberapa sanad yang perawinya adalah thiqah.”


Yüklə 467,64 Kb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   14




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin