BaitMuslim
BAIT MUSLIM
PENJANA GENARASI DU`AT
SIFAT BAIT MUSLIM
Menghormati fikrah (gerakan ) Islam
Memelihara adab-adab Islam dalam semua aktiviti rumah tangga
Bijak memilih bakal isteri/suami
Suami isteri menunaikan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing
Membesar dan mendidik anak-anak dengan adab dan prinsip-prinsip Islam
PEMBENTUKAN BAIT MUSLIM
Bila Perlu Berumah tangga
Tiada masa ditentukan, bergantung kepada keperluan peribadi
Rasulullah s.a.w. berumah tangga pada usia 25 tahun
Nasihat saya: jangan terikut-ikut orang lain, pastikan benar-benar keperluan diri
Berumah tangga semasa belajar terlalu banyak risikonya jika tidak bijak mengendalikannya
Persiapan Sebelum Kahwin.
Memilih bakal isteri/suami yang soleh
-
Islam telah kemukakan sifat-sifat yang diutamakan
-
perlu beri penilaian berkadar persoalan kufu’
Mengutamakan yang sama fikrah
Mengutamakan akhawat dari wanita lain
Memudahkan proses perkahwinan
-
tidak terlalu memilih
-
jangan terlalu cerewet,
-
buat penilaian dan pertimbangan yang sederhana
-
bertawakallah
Selepas Berkahwin Awal Perkahwinan
Membina kasih sayang
Mencari persefahaman
Memahami hati budi hakiki pasangan
Insafi hakikat tidak semua insan sempurna, termasuk diri kita
Terima hakikat kekurangan pasangan
Hargai keistimewaan yang lebih banyak dari kelemahan
Usaha baiki yang boleh diperbaiki
Belajar sesuaikan diri dengan hakikat yang ada, dialah pasangan kita
Tingkatkan sifat pemaaf
Pertengahan Perkahwinan
Pastikan rukun kebahagiaan rumah tangga ( sakinah, mawaddah, rahmah)
Semarakkan hubungan semua aspek
Sedari pasangan kita adalah manusia, bukan batu bukan kristal
Fahami hakikat pendakwah (suami/isteri) pun manusia
-
perasaannya perasaan manusia
-
keinginannya keinginan manusia
-
permintaannya permintaan manusia
-
semua pada dirinya adalah alam manusia
-
layani dia sebagai melayan manusia biasa
-
jangan berkomunikasi dengannya sebagai manusia super atau malaikat
Period Cabaran.
Peringkat usia 35 – 45 peringkat cabaran rumah tangga
Bilangan anak telah ramai
Julat usia anak sulung dan bongsu mungkin jauh
Anak-anak perlu perhatian yang berbagai mengikut perangai dan julat usia
Tumpuan isteri semakin banyak terarah kepada anak-anak
Perhatian banyak berpindah dari suami kepada anak-anak
Suami mungkin terasa semacam diabaikan
Penjagaan diri isteri secara tabi`e mungkin berkurangan
Daya tarik isteri juga mungkin semakin luntur, terutama isteri yang tidak ambil peduli penjagaan diri kerana merasa selamat sebagai isteri seorang da`ie
Suami pula sudah mendapat kedudukan kanan di tempat kerja
Mungkin dikelilingi setia usaha, kerani atau pembantu tadbir yang licin dahi
Interaksi, komunikasi dengan staf berlaku 9 jam setiap hari
Keadaan di rumah dan di tempat kerja boleh jadi pemangkin kepada kewujudan pihak ketiga dalam kehidupan rumah tangga
Di situ bermulalah keadaan yang menggerunkan
Kalau di atas mungkin suami yang membuat onar, tetapi pengalaman kita menunjukkan isteri pun tak kurang.
Cabaran ini hanya dapat diatasi dengan keinsafan dan usaha bersama
Usaha satu pihak sahaja tidak akan membawa hasil
Isteri, walau apa pun kerjaya dan bertanya tugas mendidik dan melayan anak-anak, suami tidak sepatutnya diabaikan
-
hiasi dan peliharalah rupa diri
-
bersolek dan berhiaslah untuk suami, jadikan ia amalan diri
-
kemaskan rumah, terutama tempat tidur, ceriakan, siapkan ia dengan aroma yang merangsang
Suami, walau apa pun kedudukan di tempat kerja, adab dan tata susila Islam dalam hubungan silang jantina perlu ditaati, jangan jadi hidung belang, mata keranjang
Kalau mahu isteri sentiasa menarik, melayan, sila ringankan beban isteri
-
bantu sendiri atau sediakan orang gaji
-
sediakan peralatan untuk isteri berhias diri, pakaian, kosmetik dan wangian diri
-
suami juga perlu menghias diri, supaya nampak tampan dan ceria diri
Rumah Tangga di Usia Tua
55 dan ke atas boleh dikira usia tua
Peringkat usia rumah tangga paling stabil
Hubungan suami isteri paling intim dalam semua aspek
Tiada gangguan anak-anak lagi, malah kadangkala anak-anak dapat membantu keintiman
Kerja dakwah semacam tiada halangan lagi, selain halangan kekurangan kudrat atau futur
Namun usia ini ada juga cabarannya
-
penurunan ketara dan mendadak jumlah pendapatan keluarga,
-
perlu membuat penyesuaian perbelanjaan keluarga yang mungkin terpaksa berdikit
-
jiwa tua yang selalu mudah jauh hati, mudah tersinggung
-
kadangkala merasa semacam diabaikan, seperti tidak diperlukan lagi
-
gangguan-gangguan kesihatan yang sifatnya memang sukar diatasi
-
selalu berhiba kerana sering mengingati mati, membayangkan perpisahan abadi dengan mereka yang disayangi, terutama yang telah melewati 60 tahun
Di peringkat ini perhatian pasangan dan anak-anak amat diperlukan.
PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Pendidikan anak berkait dengan
-
menjaga pemakanan seimbang dan halal
-
meletakkan benih ayah yang salih ke dalam rahim isteri yang salih dengan cara yang salih
-
penjagaan kesihatan isteri semasa mengandung dan
-
penjagaan kesihatan isteri dalam tempoh berpantang selepas bersalin
Proses pendidikan amali bermula dari anak dilahirkan sampai usia hujung remaja, setelah matang hanya perlu perbincangan dan nasihat.
Tempoh ini digunakan untuk membina konsep, nilai dan neraca dalam diri anak-anak melalui:
-
penerapan ajaran-ajaran Islam
-
membiasakan anak-anak mendengar Quran dan zikir
-
membina nilai-nilai maknawi kehidupan
-
baik dan buruk
-
mulia hina
-
kasih, sayang dan benci
-
sifat-sifat terpuji
-
menjauhi sifat-sifat keji
-
menghormati orang lain
-
membiasakan adab-adab Islam: pakaian, pergaulan dll
-
membiasakan ibadat-ibadat Islam
-
membentuk jati diri dan imuniti
-
membina nilai-nilai kebendaan yang sahih
-
keperluan wang
-
penggunaan wang
-
faedah sesuatu, kenapa diperlukan
-
jika mahal ada barangan gantian atau tidak
-
apa asas wang digunakan untuk membeli barangan
-
didikan berjimat cermat dan menyimpan
-
belajar mengekang kehendak naluri
-
ibu bapa menjadi qudwah dan teladan dalam semua konsep, nilai dan neraca
-
jadikan rumah dan aktiviti di dalamnya sebagai wasilah pembentukan konsep, nilai dan neraca anak (rumah itu sekolah pertama anak-anak)
-
daruriyat
-
hajiyat
-
kamaliyat
-
aulawiyat
-
thinaiyat
-
perhiasan
-
hiburan
-
tetamu dan handai taulan
-
jajarkan kehidupan rumah tangga dengan kehidupan perjuangan dakwah
-
doa ibu bapa untuk anak-anak
Semuanya berlaku dalam suasana yang tabi`e, tiada takalluf, ia menjadi amalan harian.
Konsep, nilai dan neraca akan terbentuk dalam diri anak-anak secara tidak disedari.
Konsep, nilai dan neraca ini akan membentuk jati diri dan imuniti anak-anak.
PENUTUP.
Perbincangan ini diharap dapat dijadikan panduan
Paling diharapkan ikhwah akan memilih akhawat sebagai teman hidup
Pada hakikatnya perjalanan kehidupan itu panjang, sepanjang usia kita
-
banyak cubaannya
-
banyak godaannya
-
namun, lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri
Pandai-pandailah mendayung bahtera ini hingga sampai ketepian
Sekian, mudah mudah-mudahan Allah memberi keberkatan.
DAG Dt.Keramat
16. 4. 03 : 9.48
Dostları ilə paylaş: |