Jabatan pendidikan umum unit kemanusiaan kolej vokasional shas



Yüklə 44,72 Kb.
tarix06.03.2018
ölçüsü44,72 Kb.
#44612

NO KOD / CODE NO.

A05 100

Muka: Drp:






JABATAN PENDIDIKAN UMUM

UNIT KEMANUSIAAN

KOLEJ VOKASIONAL SHAS

KM 13 JALAN LIPIS- BENTA

27200 KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS PENERANGAN



KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

A05 100 SEJARAH

SEMESTER

1 /2015

NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE


MODUL 1 : ZAMAN KEAGUNGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
1.5. Kegemilangan Melaka Dalam Penyebaran Islam

- Perkembangan Islam

- Melaka sebagai pusat penyebaran Islam

- Kesan perkembangan agama Islam di Melaka


1.6 Kegemilangan Melaka Sebagai Pusat Kegiatan Intelektual

- Peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual

- Peranan pemerintah


OBJEKTIF MODUL /MODULE OBJECTIVES


1.5.1 Menjelaskan teori-teori kedatangan Islam ke Melaka

1.5.2 Menyenaraikan faktor-faktor perkembangan agama Islam di Melaka

1.5.3 Menceritakan peranan Melaka dalam proses penyebaran Islam di Asia Tenggara

1.5.4 Menyatakan kesan perkembangan agama Islam di Melaka

N.1.5.5 Menjelaskan kepentingan mematuhi ajaran agama

1.6.1 Menjelaskan peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual

1.6.2 Menerangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca

1.6.3 Menamakan hasil kesusasteraan Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

1.6.4 Menghuraikan peranan pemerintah dalam usaha memperkembangkan kegiatan intelektual

1.6.5 Menerangkan kepentingan bahasa Melayu pada masa kini

N.1.6.6 Menyatakan kepentingan ilmu untuk pembangunan negara



NAMA PELAJAR




KURSUS




NO. KAD PENGENALAN




ANGKA GILIRAN




NO KOD / CODE NO




Muka : 2 Drp:4


NAMA PENSYARAH





TARIKH :



MODUL 1: KESULTANAN MELAYU MELAKA
KEGEMILANGAN MELAKA
FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA



Pentadbiran

yang

sistematik

Pusat

perdagangan

Kematangan

Hubungan Luar

Pusat Pengembangan

Agama Islam

Perluasan Kuasa


Pusat Kegiatan Ilmu



Sistem

Pembesar Empat Lipatan



Kedudukan

geografi


Hubungan Serantau

Kedatangan agama Islam

ke Melaka



Peranan Istana

Cara-cara perluasan kuasa

Kebijaksanaan pemimpin

Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam

Hubungan Antarabangsa

Pemangkin kemajuan perdagangan di Melaka

Kegigihan Melaka menyebarkan agama Islam ke Asia Tenggara

Sinar Islam di Melaka


1.5 KEGEMILANGAN MELAKA DALAM PENYEBARAN ISLAM
-Kedah (penemuan batu nisan di Tanjung Inggeris) dan Trengganu (Batu Bersurat di Kuala Berang) adalah

kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu yang menerima agama Islam.

-Islam bertapak di Melaka pada abad ke-15 apabila Megat Iskandar Shah memeluk agama Islam.
i) Cara kedatangan Islam:

a)Perkahwinan – Sultan Megat Iskandar Shah berkahwin dengan puteri raja Pasai yang beragama Islam.

b)Peranan Pedagang – Pedagang Arab dan India membawa Islam ke Melaka dan ada yang berkahwin dengan gadis

tempatan.

c)Peranan Mubaligh – Menurut Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Sulatin,Islam disebarkan di Melaka oleh

mubaligh Arab (Sheikh Abdul Aziz) dari Makkah.Beliau mengislamkan Raja Seri Maharaja,

pembesar dan rakyat Melaka.

d)Sifat Agama Islam-toleransi,adil,meliputi seluruh aspek kehidupan menarik minat golongan istana memeluk Islam.

ii) Keunggulan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam:

-Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian agama Islam pada abad ke-15.

-Melaka menjadi tempat pertemuan ulama dan pendakwah.

-Ulama ajar ilmu Islam kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka.

-Pemerintah Melaka sediakan tempat tinggal kepada pendakwah.

-Sultan sambut baik kedatangan Islam (Sultan Mansor Shah hantar Tun Bija Wangsa ke Pasai untuk bertanyakan hal

agama)

-Sultan sokong dan terlibat dalam usaha mengembangkan Islam (Sultan Muzaffar Shah tubuhkan masjid,madrasah,



surau sebagai tempat belajar agama)

-Melaka sebagai pusat pengajian ilmu tasawuf (muncul ahli tasawuf terkenal – Abdul Karim al-Jili yang mengarang

kitab Insan al-Kamil)

-Istana menjadi tempat menterjemah,menyadur dan menyimpan kitab agama Islam (Hikayat Amir Hamzah).

-Sultan Melaka serapkan nilai Islam dalam pentadbiran (unsur musyawarah)

iii) Cara Melaka menyebarkan Islam:


CARA

HURAIAN

Perdagangan

-Melaka pusat perdagangan antarabangsa dan tumpuan pedagang asing.

-sambil berdagang, pedagang sebarkan Islam



Tentera upahan

-Melaka mempunyai ramai tentera upahan dari Jawa.

-Ada yang memeluk Islam semasa berkhidmat di Melaka dan sebarkan Islam apabila

kembali ke Jawa.


Penaklukan

-Melaka punya jajahan takluk yang luas.

-Semasa Sultan Mansor Shah-jajahan Melaka meliputi Pahang,Trengganu,Kelantan,Rokan

dan Inderagiri.

-Raja negeri taklukan memeluk Islam sebagai lambang taat setia kepada Melaka.



Pemerintahan

-Sultan Alauddin Riayat Shah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari

Pahang,Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.

-Pemerintah Melaka memberi galakan kepada pendakwah.


Perkahwinan

-Perkahwinan politik/siasah antara putera atau puteri sultan Melaka dengan putera puteri raja

kerajaan lain.(Puteri Sultan Mansor Shah berkahwin dengan Putera raja Siak)



Peranan mubaligh/

ulama/ahli sufi



-Pendakwah Melaka sebarkan Islam hingga ke Pulau Jawa, Kalimantan dan beberapa

bahagian di selatan Filipina




1.6 KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT INTELEKTUAL
-Istana sebagai pusat perkembangan ilmu,tempat terkumpul golongan ulama dan cerdik pandai serta tempat

menyimpan buku-buku tulisan penulis tempatan.

-Istana tempat perbincangan dan perdebatan mengenai hal agama (perbahasan tentang Kitab Darul Manzum).

-Wujud kegiatan menterjemah karya sastera dari Arab dan Parsi

-Terhasil Hikayat Melayu (Hikayat Hang Tuah, Hikayat Bayan Budiman)

-Terdapat karya undang-undang (Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka)

-Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan diguna sebagai persuratan dan bahasa perantaraan dalam

kegiatan dakwah.

-Penggunaan tulisan jawi berasaskan huruf Arab.


  • Pedagang Arab membawa hasil kesusasteraan mereka

  • Golongan cerdik pandai ( juru tulis, pengarang dan ulama ) akan menyalin, menterjemah dan menyadur karya ini

    • Jurutulis – mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, menjadi guru kepada anak-anak raja

    • Pengarang – mengarang sejarah, menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana

    • Ulama – menulis dan menterjemah kitab agama Islam

  • Istana sebagai pusat perkembangan ilmu,tempat terkumpul golongan cerdik pandai serta tempat menyimpan buku-buku tulisan penulis tempatan.

  • Istana tempat perbincangan dan perdebatan mengenai hal agama (perbahasan tentang Kitab Darul Manzum).

  • Wujud kegiatan menterjemah karya sastera dari Arab dan Parsi

  • Terhasil Hikayat Melayu (Hikayat Hang Tuah, Hikayat Bayan Budiman) yang member pengajaran dan digunakan sebagai perantara untuk menyebarkan Islam

  • Terdapat karya undang-undang (Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka)

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan diguna sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan dalam kegiatan dakwah.

  • Penggunaan tulisan jawi berasaskan huruf Arab.

Karya Sastera Terjemahan

Karya Sastera Saduran

Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Iskandar Zulkarnain



Hikayat Bulan Belah

Hikayat Nabi Bercukur

Hikayat Bakhtiar

Hikayat Nabi Wafat



Hikayat Nabi Yusof



Yüklə 44,72 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin