MINGGU
|
BIDANG/TAJUK PEMBELAJARAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
CADANGAN AKTIVITI P&P
|
PENERAPAN NILAI
|
|
3
19/1 – 23/1
|
KEFAHAMAN AL-QURAN:
LAYANAN BAIK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM ; SURAH AT-TAUBAH AYAT 6
|
Aras 1
-
Menyatakan maksud ayat secara menyeluruh.
-
Menyatakan maksud kalimah Al-Musyrikin dan konsep perdamaian.
Aras 2
-
Menjelaskan tanggungjawab Muslim selepas perdamaian.
-
Menghuraikan strategi berdakwah.
Aras 3
-
Menjelaskan kepentingan dan kebaikan memberi layanan baik kepada bukan Islam.
-
Menjelaskan kesan peperangan dan kesan perdamaian.
-
Menjelaskan pengajaran-pengajaran ayat.
|
Bacaan Contoh:
Bacaan guru, alat rakaman atau CD.
Perbincangan:
Ciri-ciri pendakwah, strategi dan teknik berdakwah, sasaran dakwah, peranan badan-badan dakwah di Malaysia.
Kajian Perpustakaan:
Berkenaan mualaf terkenal.
Lawatan Sambil Belajar:
Pusat-pusat dakwah seperti Jabatan Agama Islam, PERKIM, JAKIM.
Menulis Semula Teks Berkaitan Dakwah Ke Dalam Tulisan Jawi.
|
Memberi maaf apabila diminta.
Gigih memahamkan Islam kepada rakan sebaya.
|
|
IBADAT: PERKAHWINAN DALAM ISLAM
|
Aras 1
-
Menyatakan konsep perkahwinan dalam Islam.
-
Menyatakan hukum-hukum perkahwinan.
-
Menyatakan hikmah perkahwinan mengikut hukum syarak dari aspek kesihatan(rohani atau jasmani), ekonomi dan sosial.
Aras 2
-
Menerangkan galakan berkahwin berdasarkan sunnah.
Aras 3
-
Menjelaskan implikasi perkahwinan yang tidak mengikut syariat Islam.
-
Menyenaraikan langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut syariat Islam.
|
Soal Jawab dan Penerangan:
Konsep perkahwinan dalam Islam dan adat perkahwinan masyarakat Malaysia.
Perbincangan:
Pengertian perkahwinan dari bahasa dan istilah, hikmah perkahwinan, keruntuhan rumahtangga masa kini dan langkah-langkah ke arah perkahwinan yang menepati dengan syariat Islam.
Perbincangan Dalam Kumpulan:
Langkah mengatasi dan pencegahan perzinaan dan AIDS/HIV
Menulis Rencana Ringkas Dalam Tulisan Jawi:
Berdasarkan pengalaman pelajar mengenai majlis walimatulurus.
|
Menjaga maruah dan kehormatan.
Bertindak secara rasional dan berfikiran waras.
|
|
4
26/1 – 30/1
|
IBADAT: KAIFIYAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM (PEMILIHAN CALON SUAMI DAN ISTERI & PEMINANGAN DAN BATAS PERGAULAN)
|
Aras 1
-
Menyatakan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang dituntut oleh ajaran Islam.
-
Menyatakan syarat-syarat bakal suami dan isteri.
-
Menyatakan tentang mahram kekal dan mahram sementara.
-
Menyatakan pengertian peminangan.
-
Menyatakan cara-cara peminangan mengikut syariat Islam.
-
Menyatakan hukum melihat dan batas-batas terhadap bakal suami dan isteri semasa meminang.
-
Menyatakan perempuan-perempuan yang boleh dipinang.
Aras 2
-
Menerangkan panduan memilih bakal suami dan isteri yang disarankan oleh Islam.
-
Menjelaskan hikmah-hikmah perlu adanya peminangan.
Aras 3
-
Menghuraikan akibat mengabaikan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang dituntut oleh Islam.
-
Menghuraikan tingkahlaku yang betul menurut hukum syarak semasa pertunangan yang telah disempurnakan.
-
Menerangkan tingkahlaku yang menyalahi peraturan hukum syarak sepanjang tempoh pertunangan.
|
Sumbang Saran:
‘Calon Suami Atau Isteri’ berdasarkan pengetahuan pelajar dan mengaitkan ciri-ciri bakal suami dan isteri yang dituntut oleh syarak.
Perbincangan Kump. 1:
Ciri-ciri bakal suami dan isteri yang diharamkan berkahwin kerana keturunan, susuan dan persemendaan.
Perbincangan Kump. 2;
Mahram kekal dan mahram sementara.
Perbincangan Kump. 3:
Akibat mengabaikan tanggungjawab rumahtangga, hukum pengharaman berkahwin dan alasan-alasan berdasarkan penyusuan, keturunan dan persemendaan.
Perbincangan Kump. 1:
Hikmah melihat pasangan semasa proses peminangan, adab-adab yang perlu dipatuhi dalam tempoh pertunangan.
Perbincangan Kump. 2;
Tingkahlaku yang betul dan menyalahi peraturan hukum, mencari jodoh melalui laman web(internet)
Perbincangan Kump. 3:
Mencari jodoh melalui laman web dan risikonya.
Menulis Senarai Semak:
Barangan yang sering dijadikan hadiah dalam majlis peminangan dengan tulisan jawi.
|
Sentiasa mementingkan nilai-nilai agama semasa memilih teman hidup.
Berani menghadapi risiko memilih bakal suami atau isteri.
Memelihara maruah diri daripada terjebak ke lembah perzinaan.
Bersangka baik antara satu sama lain.
Sentiasa menepati janji dalam urusan kehidupan harian.
|
|
AKIDAH: IMAN MUTIARA HIDUP
|
Aras 1
-
Menyatakan konsep martabat-martabat iman dan dalil martabat iman bertambah dan berkurang iaitu ayat 2, Surah Al-Anfal.
-
Menyatakan ciri-ciri orang yang bertambah imannya dan cara-cara melakukannya.
Aras 2
-
Menghuraikan setiap martabat iman.
-
Menyatakan sebab-sebab iman bertambah dan berkurangan.
-
Menjelaskan kebaikan iman bertambah dan keburukan iman berkurangan terhadap seseorang.
Aras 3
-
Menyenaraikan kesan-kesan iman yang bertambah dan iman yang berkurangan.
-
Menerangkan perkara-perkara yang membatalkan iman.
|
Perbincangan Berkumpulan:
Iman yang tetap: iman para malaikat, iman yang sentiasa bertambah: iman para nabi dan rasul, iman yang sentiasa berkurang: iman orang fasik, iman yang boleh jadi bertambah dan berkurang: iman orang mukmin yang melakukan perintah dan larangan Allah, iman yang ditolak(mardud): iman orang munafik.
Pembentangan Hasil Perbincangan Berkumpulan:
Sebab iman bertambah, sebab iman berkurang, kebaikan dan keburukan iman bertambah dan berkurang.
Aktiviti Penghayatan Islam:
Usrah
Tayangan Video;
Sesuai dengan tajuk dan diikuti dengan perbincangan dan rumusan.
|
Ikhlas berdoa memohon ditingkatkan iman kepada Allah.
Sentiasa memelihara tingkahlaku
|
|
5
2/2 – 6/2
|
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH: ADAB BERMUSAFIR
|
Aras 1
-
Menyatakan pengertian musafir.
-
Menyatakan keperluan terhadap musafir.
-
Menyatakan bahawa Islam menganjurkan adab-adab tertentu semasa di jalan dan perjalanan.
-
Menerangkan adab semasa di jalan dan perjalanan.
Aras 2
-
Menjelaskan sebab-sebab perlunya adab sebelum, semasa dan kembali dari perjalanan.
-
Memahami dalil nakli adab-adab perjalanan(musafir)
Aras 3
-
Menjelaskan kesan-kesan buruk apabila tidak mematuhi adab bermusafir.
-
Menghuraikan musafir yang diharuskan dan ditegah oleh syarak.
-
Menjelaskan musafir yang digalakkan iaitu haji dan umrah, menuntut ilmu dan menziarahi ibu bapa, keluarga, rakan dan seumpamanya.
|
Perbincangan:
Pengertian musafir, keperluan terhadap musafir, adab semasa di jalan dan perjalanan.
Tayangan Video:
Yang berkaitan musafir seperti Jejak Rasul.
Perbincangan Kumpulan:
Adab-adab semasa di jalan dan perjalanan, kesan-kesan buruk tidak mematuhi adab bermusafir, jauh perjalanan, luas pandangan, banyak pengalaman.
Membuat Catatan Perjalanan Dalam Tulisan Jawi.
Tunjuk Cara:
Solat Jamak dan Qasar melalui tayangan VCD.
Membuat Peta Minda:
Hukum dan dalil bermusafir.
Menghafaz Doa:
Doa keluar dari rumah, doa musafir, doa menaiki kenderaan.
|
Mengamalkan adab-adab semasa di jalan dan perjalanan.
Bersopan santun di jalan raya dan dalam perjalanan.
Sentiasa bersifat kasih sayang dan dapat mengekalkan silaturrahim.
Sentiasa membersihkan hati dari sifat-sifat keji.
|
|
6
9/2 – 13/2
|
SIRAH NABAWIYYAH DAN TAMADUN ISLAM: PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN BANI ABBASIYYAH.
|
Aras 1
-
Menyatakan latar belakang kerajaan Abbasiyyah dari aspek struktur organisasi dan khalifah terkenal.
-
Menyatakan faktor-faktor dalam dan luar penyebaran Islam di zaman Abbasiyyah iaitu permintaan daripada penduduk setempat, pembebasan dari penjajahan, hubungan diplomatik dan usaha-usaha pedagang Islam menyebarkan dakwah.
Aras 2
-
Menjelaskan khalifah Abbasiyyah yang terkenal iaitu Abu Abbas, Abu Ja’far, Harun Al-Rasyid dan Al-Ma’mun.
-
Menerangkan sumbangan dan jasa utama khalifah tersebut.
Aras 3
-
Merumuskan kesan-kesan positif penyebaran Islam dari aspek akidah, kebudayaan, pemikiran dan sistem kemasyarakatan.
-
Menjelaskan bagaimana semangat juang umat Islam pada zaman Abbasiyyah dapat diamalkan untuk memajukan diri, masyarakat dan negara.
|
Diskusi:
Penubuhan kerajaan Abbasiyyah berasaskan kepada buku rujukan, bahan edaran dan latar belakang kerajaan Abbasiyyah.
Menulis Rencana:
‘Islam Satu Cara Hidup’
Kajian Perpustakaan:
Tentang perkembangan Islam.
Kerja-Kerja Berkumpulan:
Menulis buku folio ‘Faktor kejayaan penyebaran Islam pada zaman Abbasiyyah’ dengan tulisan jawi.
Melukis Peta:
Peta kawasan penyebaran Islam di zaman Abbasiyah.
Tugasan Di Rumah:
Biodata empat khalifah Abbasiyyah yang terkenal dan sumbangannya.
|
Berusaha menuntut pelbagai ilmu pengetahuan.
Menghargai jasa dan sumbangan tokoh ilmuan.
Mengambil iktibar daripada cendekiawan Islam silam dalam penguasaan ilmu.
|
|
IBADAT: KAIFIYAH PERKAHWINAN DALAM ISLAM (RUKUN NIKAH, MAHAR DAN WALIMATULURUS)
|
Aras 1
-
Menyatakan tentang rukun nikah.
-
Menyatakan maksud, hukum dan jenis-jenis mahar.
-
Menyatakan maksud, hukum dan adab walimatulurus.
-
Menyatakan ciri-ciri nikah yang sah.
Aras 2
-
Menjelaskan syarat-syarat wali nikah.
-
Menjelaskan jenis-jenis wali nikah.
-
Menghuraikan tujuan mahar.
-
Menghuraikan tujuan walimatulurus.
Aras 3
-
Menghuraikan secara terperinci tujuan mahar mengikut syariat Islam.
-
Menghuraikan hukum perkahwinan yang berlainan agama.
-
Menerangkan tujuan walimatulurus dalam perkahwinan berdasarkan ajaran Islam.
|
Penerangan Guru;
Tentang rukun nikah.
Perbincangan:
Mahar dari aspek maksud, hukum dan jenis.
Membuat Catatan:
Tentang syarat-syarat wali nikah dalam tulisan jawi.
Perbincangan Berpandukan Gambar Mengenai Gerak Kerja Walimatulurus Seperti:
-
Perbincangan dengan gambar-gambar.
-
Membuat rumusan bertulis mengenai adab-adab walimatulurus dengan bantuan guru.
-
Membuat kerja lanjutan berdasarkan bahan rujukan yang khusus ditentukan oleh guru bagi menjawab persoalan hukum dan adab-adab walimatulurus.
Mengumpul Keratan Akbar:
Berkaitan dengan permasalahan perkahwinan.
|
Patuh dan taat kepada peraturan Allah sepanjang tempoh pertunangan.
Sentiasa berusaha membentuk keluarga bahagia.
Berusaha mengasihi keluarga sepanjang hayat.
|
|
MINGGU 7 (16/2 – 20/2) – CUTI TAHUN BARU CINA
|
|
8
23/2 – 27/2
|
KEFAHAMAN AL-QURAN: NABI MUHAMMAD UTUSAN ALLAH; SURAH AT-TAUBAH AYAT 128 DAN 129
|
Aras 1
-
Menyatakan maksud ayat secara menyeluruh.
-
Menyatakan sebab-sebab rasul diutuskan dari kalangan manusia.
-
Menjelaskan bukti kasih sayang rasul kepada manusia.
Aras 2
-
Menghuraikan sifat-sifat Rasulullah s.a.w.
-
Menjelaskan konsep tawakal sebagai ciri kejayaan dakwah
-
Menjelaskan bukti-bukti kasih sayang Rasulullah kepada umatnya.
Aras 3
-
Menjelaskan hikmah rasul dipilih dari kalangan manusia.
-
Menghuraikan kesan-kesan positif sifat tawakal.
-
Menjelaskan pengajaran-pengajaran ayat.
|
Bacaan Ayat
Bacaan ayat berdasarkan CD dan diikuti dengan pengertian ayat.
Perbincangan Berkumpulan:
Konsep tawakal, ciri-ciri kepimpinan Rasulullah sebagai ketua negara, contoh-contoh keprihatinan kepada umatnya, amalan-amalan sebagai bukti kecintaan kepada Rasulullah.
Perbincangan:
Hikmah rasul dipilih dari kalangan manusia, kesan-kesan positif sifat tawakal.
|
Mencintai Rasulullah dengan berselawat kepada baginda.
Sentiasa mengamalkan sifat kasih sayang di kalangan warga sekolah.
Bertawakal selepas berusaha.
|
|
IBADAT: TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI
|
Aras 1
-
Menyatakan tanggungjawab suami isteri terhadap rumahtangga.
-
Menyatakan tanggungjawab suami terhadap isteri.
-
Menyatakan tanggungjawab isteri terhadap suami.
Aras 2
-
Menjelaskan sebab-sebab perlunya suami isteri menunaikan tanggungjawab rumahtangga dan keluarga.
-
Menjelaskan ciri-ciri suami mithali dalam memelihara keharmonian rumahtangga.
Aras 3
-
Menjelaskan kesan-kesan pengabaian tanggungjawab suami isteri terhadap rumahtangga.
-
Menjelaskan kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat.
-
Menjelaskan persiapan ke arah pembinaan keluarga bahagia.
|
Perbincangan:
1. Tanggungjawab suami terhadap isteri; memberi nafkah, bermalam bersama isteri, suami digalakkan memberi izin untuk ziarah mahram yang sakit.
2. Tanggungjawab isteri terhadap suami; taat kepada suami, memelihara harta dan kehormatan, musafir bersama suami jika dikehendaki, menghiaskan diri dan minta izin apabila berpuasa sunat.
3. Tanggungjawab bersama; menyimpan rahsia, menerima kekurangan dan kecacatan, menikmati hubungan bersama suami, mendidik anak dan menjaga hubungan baik dengan keluarga kedua-dua belah pihak.
|
Sentiasa merancang dan berfikir sebelum bertindak.
Sentiasa memelihara rahsia isteri.
Sentiasa sabar melayani emosi isteri dan perintah suami.
|
|
9
2/3 – 6/3
|
SIRAH NABAWIYYAH DAN TAMADUN ISLAM: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYYAH
|
Aras 1
-
Menerangkan ilmu-ilmu yang telah diterokai pada zaman Bani Abbasiyyah.
-
Menghuraikan bidang-bidang ilmu dan tokoh-tokoh yang lahir pada zaman Bani Abbasiyyah.
-
Menyatakan faktor-faktor perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Bani Abbasiyyah.
-
Menghuraikan perkembangan pendidikan pada zaman Bani Abbasiyyah
Aras 2
-
Menjelaskan perkembangan institusi pendidikan pada zaman Bani Abbasiyyah.
-
Menjelaskan peranan Darul Hikmah dalam perkembangan Islam.
-
Menjelaskan peranan institusi pendidikan yg lain.
Aras 3
-
Merumuskan faktor-faktor yang mendorong perkembangan seimbang ilmu nakli dan akli pada zaman Bani Abbasiyyah.
-
Menerangkan kesan daripada kemajuan dan perkembangan ilmu terhadap tamadun manusia.
|
Membuat Folio:
1. Mengenai bidang ilmu dan tokoh-tokoh ilmu yang berkembang dengan cemerlang pada zaman Bani Abbasiyyah.
2. Tahap kemajuan yang dicapai pada zaman Bani Abbasiyyah.
3. Sumbangan tokoh-tokoh kepada pertumbuhan ilmu pengetahuan pada zaman Bani Abbasiyyah.
Kuiz;
Ilmu dan tokoh.
|
Berusaha menuntut pelbagai ilmu pengetahuan.
Menghargai jasa dan sumbangan tokoh ilmuan.
Mengambil iktibar daripada cendekiawan Islam silam dalam penguasaan ilmu.
|
|
MINGGU 10 (9/3 – 13/3) – UJIAN BULAN MAC
|
|
MINGGU 11 (16/3 – 20/3 ) – CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA
|
|
12
23/3 – 27/3
|
IBADAT: MASALAH RUMAHTANGGA DAN PENYELESAIANNYA (TALAK JALAN PENYELESAIAN TERAKHIR)
|
Aras 1
-
Menyatakan pengertian talak, hukum, rukun dan hikmah talak.
-
Menyatakan jenis-jenis talak.
-
Menyatakan maksud talak taklik dan contohnya.
Aras 2
-
Menerangkan alasan talak tidak digalakkan dalam Islam.
-
Menerangkan sebab-sebab yang membolehkan talak dilakukan kepada isteri.
Aras 3
-
Menghuraikan tentang hikmah-hikmah talak dalam Islam.
-
Menghuraikan kesan-kesan talak taklik terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
|
Perbincangan:
Pengertian talak dari aspek bahasa dan istilah serta hukum-hukum yang berkaitan, jenis-jenis talak.
Penerangan:
Rukun talak satu persatu.
Kajian Kes Tentang Isu Semasa:
Akibat perceraian, cerai taklik, ungkapan talak taklik.
|
Persepakatan ketika membuat keputusan.
Berhati-hati dengan lafaz talak.
Saling bermaafan antara suami dan isteri
|
|
ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH: ADAB BERNEGARA
|
Aras 1
-
Menyatakan pengertian negara.
-
Menyatakan kepentingan memelihara adab-adab bernegara.
Aras 2
-
Menghuraikan sebab-sebab perlunya beradab dalam bernegara.
-
Menerangkan faedah beradab dalam bernegara terhadap rakyat dan pemimpin.
Aras 3
-
Menjelaskan kesan-kesan positif jika mencintai negara.
-
Mengenalpasti kesan-kesan negatif jika tidak mencintai negara.
-
Merumuskan sifat-sifat warga negara yang baik.
|
Tayangan Dokumentari:
Tentang negara dan kepentingan memelihara adab-adab bernegara.
Perbincangan:
Adab-adab bernegara, sebab-sebab perlunya beradab dalam bernegara, faedah beradab dalam bernegara terhadap rakyat dan pemimpin.
Forum:
‘Sifat-sifat warganegara yang baik dan kesan-kesan jika mencintai negara’.
Pidato Umum:
‘Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara’
|
Sentiasa setia dan cinta kepada negara.
Sanggup mengorbankan harta, masa dan tenaga untuk negara.
Menginsafi kepentingan menjaga imej negara.
|
|