“syawal: permulaan ihya fitrah insani”



Yüklə 18,99 Kb.
tarix17.01.2019
ölçüsü18,99 Kb.
#98166




SYAWAL: PERMULAAN IHYA FITRAH INSANI”


(30 Jun 2017 / 6 Syawal 1438)




SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam rahmat serta mendapat perlindungan Allah SWT demi mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Syawal: Permulaan Ihya Fitrah Insani.


SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Syawal telah kembali lagi dengan kita menyambut Idulfitri sejak beberapa hari yang lepas. Di mana-mana sahaja umat Islam masih segar lagi menyambutnya dengan pelbagai pengisian dan program antaranya amalan kunjung mengunjung, ziarah menziarahi ahli keluarga, sahabat handai dan taulan sambil bertanya khabar berita serta maaf-bermaafan antara sesama kita. Semoga segala amalan ini sentiasa berada di dalam batas-batas yang disyariatkan Islam dan dipayungi rahmat Ilahi insya Allah.

Namun begitu, dalam kegembiraan kita menyambut kehadiran Syawal, jangan kita lupa pertemuan kita dengan Ramadhan yang telah pun berlalu. Berdasarkan tarbiyah Ramadhan yang bermatlamatkan ketakwaaanlah, maka kita dapat kembali kepada fitrah yang suci lagi bersih serta dijauhkan daripada dosa dan maksiat. Kesan positif inilah yang kita harapkan agar dapat menjadi bekalan saat menjelma Syawal dan bulan-bulan berikutnya supaya jiwa kita sentiasa tenang dan berbahagia disisi Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah al Fajr ayat 27-30:

Maksudnya:Wahai orang yang mempunyai jiwa yang tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.”
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Kalimah fitri dari perkataan Idulfitri itu adalah membawa maksud fitrah. Fitrah iaitu sesuatu yang membawa manusia kembali pada keadaan asalnya yang bersih diri dari dosa dan noda. Ini diperjelaskan di dalam hadis Nabi SAW di dalam Musnad Imam Ahmad iaitu:



Mafhumnya: “Daripada Jabir bin Abdillah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Setiap anak dilahirkan di dalam fitrah (Islam), hingga lisannya menyatakannya (mengungkapkannya), jika lisannya telah mengungkapkannya, dia nyata menjadi orang yang bersyukur (muslim) atau boleh juga menjadi orang yang kufur”.
Apa yang jelas, Idulfitri atau 1 Syawal adalah satu titik permulaan bagi umat Islam untuk terus menjadi hamba Allah SWT yang kekal beriman dan bertakwa. Oleh yang demikian, sudah semestinya kesucian fitrah ini perlu dipelihara dengan sebaiknya dan bukan hanya terhad di bulan Ramadhan sahaja.

Persoalannya, adakah momentum ibadah dahulu masih terus subur di dalam diri kita? Masihkah al Quran ditatap, dibaca dan difahami isi kandungannya? Masihkah kita bersungguh-sungguh dan tidak jemu dalam melakukan pelbagai ibadah sunat dan kebajikan? Masihkah mulut kita basah dengan berzikir mengingati Allah SWT? Paling penting, masihkah ibadah yang difardhukan kita jaga dan tidak diabaikan. Ingatlah, Allah SWT berfirman dalam Surah ar-Rum ayat 30:



Maksudnya: “Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan; Fitrah Allah yang menciptakan manusia untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Kehadiran Syawal bukan bermaksud berakhirnya kemuncak untuk kita beramal dan mendekati Allah SWT, tetapi Syawal adalah titik permulaan untuk kita mengembalikan diri kita sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa mendahulu dan meletakkan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Apatah lagi kita telah memohon keampunan dan bertaubat nasuha kepada Allah di bulan Ramadhan yang lalu. Oleh itu, pelaksanaan taubat perlu diteruskan di setiap saat, waktu dan di mana jua.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk menjadikan diri kita kekal sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya dan bukan hanya sekadar hamba kepada Ramadhan yang beribadah dan memohon keampunan di dalamnya semata-mata tetapi menjadi jauh daripada Allah saat keluar daripadanya.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Menurut Dr. A’idh Al Qarni perumpamaan seorang mukmin dari segi ia dilahirkan terbahagi kepada dua keadaan iaitu pertamanya ketika mana ia di hidupkan sebagai Islam yang diterima taubatnya di sisi Allah SWT. Dan keduanya ketika ia dilahirkan oleh ibu yang membawanya ke dunia ini dalam keadaan fitrah.

Kedua-dua keadaan ini seolah-olah telah memberi suatu kelahiran baharu kepada seseorang mukmin dan beroleh rahmat daripada Allah SWT. Tuntasnya, kehidupan yang sebenar adalah di mana hati seseorang itu hanya menuju kepada Allah SWT semata-mata tidak kepada yang lain. Firman Allah SWT dalam Surah al An’am ayat 122:

Maksudnya: “Dan adakah orang yang mati, kemudian Kami hidupkan dia semula, dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi untuk ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah diperlihatkan pula pada pandangan orang kafir itu akan keelokkan apa yang mereka telah lakukan.”
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah kita menyelusuri kesimpulan daripada intipati khutbah yang disampaikan seperti berikut:




Pertama:

Idulfitri adalah lambang kemenangan umat Islam setelah berjaya mengharungi tarbiyah Ramadhan dalam mendidik keperibadian muslim yang hakiki.

Kedua:

Tuntutan kembali kepada fitrah adalah amanah setiap individu muslim demi mengharapkan redha dan rahmat Ilahi dalam segala aspek kehidupan.

Ketiga:

Ibadah semestinya berteraskan semata-mata kerana Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan tidak sekali-kali menyekutukanNya.
Maksudnya: “Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah al Ankabut:69)





KHUTBAH KEDUA







Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan. Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami. Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat sepanjang zaman.




Yüklə 18,99 Kb.

Dostları ilə paylaş:




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin