Berkata Imam Ali bin Abi Thalib, semoga Allah meridhoinya: Tidak ada kebaikan dalam ibadah tanpa pengetahuan dan tidak baik pula dalam pengetahuan tanpa memahaminya



Yüklə 3,73 Mb.
səhifə33/107
tarix18.04.2018
ölçüsü3,73 Mb.
#48892
1   ...   29   30   31   32   33   34   35   36   ...   107

1585. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Orang muslim tidak boleh mewarisi orang kafir, dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang muslim."

1586. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bagikan harta warisan kepada ahli waris (yang berhak, dzawil furuudh) sedang sisanya untuk keluarga lelaki yang terdekat ('ashabah)."

1587. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Bagikan harta warisan kepada ahli waris (ashhaabul furuudh) sesuai dengan ketetapan Kitabullah, sedang sisanya kepada keluarga lelaki yang terdekat ('ashabah)."

1588. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, aku jatuh sakit. Lalu Rasulullah saw. datang menjenguk ku bersama-sama dengan Abu Bakar, dengan berjalan kaki. Ketika itu aku sedang pengsan. Rasulullah saw. mengambil air wudhuk, kemudian dipercikkannya kepada ku sisa air wudhuknya sehingga aku sedar. Aku bertanya kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya aku harus mengatur hartaku?" Beliau tidak menjawab sedikit jua pun kepada ku, sehingga turun ayat warisan yang berbunyi: "Mereka minta fatwa kepada mu tentang kalalah. Katakanlah! Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalah.." (An-Nisa', 4: 176)

1589. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Nabi saw. dan Abu Bakar mengunjungi ku dengan berjalan kaki ketika aku sakit di kampung Bani Salamah. Beliau dapati aku sedang tidak sadar. Lalu beliau meminta air untuk berwudhuk, kemudian sisa air mukanya dipercikkannya kepada ku, sehingga aku sedar kerananya. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apa yang harus ku lakukan terhadap harta ku, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat yang berbunyi: "Allah menetapkan bagi mu tentang warisan untuk anak-anakmu, bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan "(An Nisa' 4: 11).

1590. Dari Al Bara' r.a., katanya: "Ayat Al-Qur'an yang terakhir sekali diturunkan, ialah ayat yang berbunyi: "Mereka minta fatwa kepada mu (tentang kalalah). Katakanlah! Allah memberi fatwa kepada mu tentang kalalah." (An Nisa', 4:176)

1591. Dari Al Bara' bin 'Azib r.a., katanya: "Ayat yang terakhir sekali turun, ialah ayat kalalah, dan surah yang terakhir sekali turun ialah surat Baraah."

1592. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Dibawa orang kepada Rasulullah saw. mayat seorang lelaki yang punya hutang. Lalu beliau bertanya, "Adakah dia mempunyai harta untuk

pembayar hutangnya?" Jika dijawab dia mempunyai harta, beliau solatkan jenazahnya, dan jika dijawab dia tidak mempunyai harta, maka beliau bersabda, solatkan lah sahabatmu ini. Setelah Allah swt. memberikan kemenangan demi kemenangan kepada beliau, beliau bersabda, "Akulah yang lebih bertanggung jawab terhadap kaum

muslimin daripada diri mereka sendiri. Maka siapa yang meninggal, sedangkan dia mempunyai hutang, maka kewajipan ku lah membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan harta warisan, harta itu untuk ahli warisnya."

1593. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Demi Allah, yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, tidak seorang jua pun orang mukmin di muka bumi, melainkan akulah orang yang lebih bertanggung jawab terhadapnya. Maka siapa-siapa di antara kamu sekalian yang mati meninggalkan hutang atau anak yang mungkin tersia-sia; akulah walinya. Dan siapa yang meninggalkan harta, bagi-bagikanlah kepada ahli waris yang ada."

1594. Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Siapa yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya; dan siapa yang meninggalkan keluarga yang tersia-sia, maka itu menjadi tanggungjawab kita."

1595. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya:"Aku pernah menghibahkan (menyumbangkan) seekor kuda bagus kepada seorang prajurit yang berjuang fi sabilillah, tetapi disia-siakan oleh prajurit itu. Aku menduga, mungkin dia mahu menjualnya kembali dengan harga murah. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Apakah aku boleh membelinya kembali?" Sabda beliau, "Jangan engkau beli, dan jangan engkau utik-utik kembali sedekah yang telah engkau berikan. Siapa yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya."

1596. Dari 'Umar r.a., katanya dia pernah menyumbangkan seekor kuda untuk perjuangan fi sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu tersia-sia oleh penunggangnya, kerana penunggang itu miskin. Kerana itu 'Umar berniat hendak membelinya kembali. Lalu ia datang kepada Rasulullah saw., maka dikatakannya kepada beliau niatnya itu. Beliau bersabda, "Jangan dibeli walaupun hanya satu dirham. Perumpamaan orang yang mengambil sedekahnya kembali, tak ubahnya seperti anjing yang menjilat muntahnya."1597. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Perumpamaan orang yang mengambil sedekah (pemberian)nya kembali, tak ubahnya seperti anjing muntah, kemudian di makannya kembali muntahnya itu."

1598. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Pada suatu hari bapaku membawa ku ke hadapan Rasulullah saw., lalu kata bapa kepada beliau, "Sesungguhnya aku telah memberi anakku ini seorang hamba kepunyaanku." Tanya Rasulullah saw., "Apakah setiap anakmu kamu beri seorang hamba seperti itu?" Jawab bapaku, "Tidak!" Maka bersabda Rasulullah saw., "Kalau begitu, mintalah kembali!"

1599. Dari Nu'man bin Basyir r.a., katanya: "Bapaku memberikan kepada ku sebagian dari hartanya. Lalu ibu ku, 'Amrah binti Rawahah, berkata kepada bapa, "Jangan, aku tidak rela

dengan pemberianmu itu sebelum disaksikan Rasulullah saw." Maka pergilah bapaku kepada Nabi saw. untuk mempersaksikan pemberiannya itu kepada ku. Rasulullah saw. bertanya kepada bapaku, "Apakah anda memberikan juga pemberian seperti ini kepada setiap anak anda?" Jawab bapaku, "Tidak!" Sabda beliau, "Takutlah kepada Allah sebenar-benar takut, dan berlaku adillah terhadap semua anak anda!" Bapaku pulang, lalu diambilnya kembali pemberiannya itu."

1600. Dari Asy Sya'bi r.a., katanya Nu'man bin Basyir bercerita kepadanya, bahwa Ibu Nu'man binti Rawahah, meminta kepada bapa Nu'man sebagian pemberian dari hartanya, untuk anaknya. Bapa menangguhkannya sampai setahun, sesudah itu barulah diberikannya. Kata ibu, "Aku tidak suka sebelum pemberian itu disaksikan Rasulullah saw. Lalu bapa membawa ku ke hadapan Rasulullah saw., sedangkan aku ketika itu masih anak-anak. Bapa berkata kepada beliau, "Ibu anak ini, iaitu binti Rawahah, memandang perlu untuk mempersaksikan kepada Anda pemberian yang kuberikan kepada anaknya." Rasulullah saw. bertanya, "Adakah engkau punya anak selain anakmu ini?" Jawab bapa, "Ya, ada!" Tanya beliau, "Adakah semua mereka engkau beri pemberian seperti ini?" Jawab bapa, "Tidak!" Sabda beliau, "Kalau begitu aku tidak mahu menjadi saksi suatu perbuatan zalim."

1601. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa memberi (hibah) Kepada seseorang dengan menegaskan ucapan untuk anda dan turunan anda selama kalian hidup, maka harta itu tidak dapat diminta kembali oleh si pemberi, kerana telah menjadi milik yang diberi beserta turunannya."

1602. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. membolehkan memberi (hibah) dengan ucapan, "Ini untuk anda dan turunan anda (maka pemberian itu tidak dapat diminta kembali untuk selama-lamanya). Apabila si pemberi berkata, ini untuk anda selama anda maSih hidup", maka buta pemberian itu kembali kepada si pemberi (bila orang diberi sudah wafat)." 1603. Dari Jabir r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Peliharalah harta mu baik-baik dan jangan dirosak. Kerana setiap orang yang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya, dan apabila dia meninggal menjadi milik turunannya."

1604. Dari Jabir r.a., katanya: "Seorang wanita yang tinggal di Madinah memberikan sebidang kebun kepada seorang anak lelaki. Kemudian anaknya itu wafat dan sesudah itu wafat pula ibunya. Sedangkan wanita itu meninggalkan pula anak-anaknya yang lain, iaitu saudara bagi anaknya yang meningal yang diberinya kebun. Berkata anak-anaknya yang masih hidup, "Sekarang kebun itu harus kembali kepada kami." Kata anak-anak dari anaknya yang diberinya kebun, tapi telah meninggal, "Tidak mungkin! Kebun itu adalah milik ayah kami semasa hidupnya dan kini menjadi harta warisan bagi kami setelah beliau meninggal." Maka terjadilah sengketa antara mereka, lalu mereka mengadu kepada Thariq, maula Utsman. Thariq memanggil Jabir r.a., untuk memberi kesaksian bagaimana putusan itu. Rasulullah saw. mengenai kasus yang sama, kerana Jabir pernah menyaksikan putusan itu. Kemudian Thariq memutuskan perkara itu sesuai dengan putusan Rasulullah saw. tersebut di atas. Sesudah itu Thariq menulis surat kepada Khalifah Abdul Malik mengabarkan putusannya itu, dan mengabarkan kesaksian Jabir. Jawab Abdul Malik, "Kesaksian Jabir, benar!" Kerana itu Thariq melaksanakan putusan tersebut, iaitu kebun yang dipersengketakan itu tetap menjadi milik anak-anak dari anak yang diberi wanita itu hingga sekarang."

1605. Dari Jabir r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Harta yang sudah diberikan (dihibahkan), menjadi harta warisan bagi ahli warisnya."

1606. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim yang mempunyai harta dan ingin diwasiatkannya, hendaklah wasiat itu telah selesai ditulisnya dua malam sesudah itu."

1607. Dari Salim r.a., dari bapanya (Abdullah bin 'Umar), katanya bapanya, pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seorang wanita yang mempunyai harta dan ingin diwasiatkannya, hendaklah wasiat itu telah selesai ditulisnya tiga malam sesudah itu. Kata 'Abdullah bin 'Umar, "Sejak aku mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut, tidak satu malam pun yang ku lalui, tetapi surat wasiatku telah ada pada ku."

1608. Dari 'Amir bin Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. mengunjungi ku ketika Haji Wada', kerana aku sakit keras hampir meninggal. Lalu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sebagaimana Anda lihat sendiri, kini aku sedang terbaring sakit keras. Sedangkan aku mempunyai harta, tetapi tidak ada yang akan mewarisinya selain hanya seorang anak perempuan ku. Bolehkah ku sedekahkan dua pertiga dari harta ku itu?" Jawab Rasulullah saw., "Jangan!" Tanya ku, "Bagaimana kalau ku sedekahkan seperduanya, bolehkah itu?" Jawab beliau, "Tidak!" "Sepertiga?" "Sepertiga pun terlalu banyak. Sesungguhnya, adalah lebih baik engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada mereka engkau tinggalkan dalam keadaan miskin, menadahkan tangan mereka meminta-minta kepada orang banyak. Dan apa yang engkau nafkahkan kerana Allah, maka engkau diberi pahala kerananya, hingga sesuap nasi sekalipun yang engkau berikan untuk makan isteri mu." Tanya ku, "Aku masih tertinggal di Makkah setelah kawan-kawan ku kembali ke Madinah, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Sesungguhnya engkau tidak tertinggal. Setiap amal yang engkau lakukan kerana Allah, selalu mengangkat darjatmu ke tingkat yang lebih mulia. Mudah-mudahan engkau panjang umur, sehingga bermanfaat bagi kaum muslimin, dan mencelakakan bagi kaum kafir. Wahai Allah! Lanjutkanlah hijrah sahabat-sahabat ku, dan janganlah engkau biarkan mereka mundur kembali. Tetapi sayang bagi Sa'ad bin Khaulah, dia wafat di Makkah, dan Rasulullah saw. menangisinya."

1609. Dari Mush'ab bin Sa'id, dari bapanya, katanya: "Nabi saw. mengunjungi ku (ketika aku sakit). Lalu aku bertanya kepada beliau, "Bolehkah aku berwasiat dengan seluruh harta ku?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Tanya ku, "Kalau seperdua?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Tanyaku selanjutnya, "Kalau sepertiga?" Jawab beliau, "Sepertiga boleh, itu masih terlalu banyak."

1610. Dari Humaid bin 'Abdurrahman al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad, yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka, bahwa Nabi saw. datang mengunjungi Sa'ad ke rumahnya di Makkah, lalu Sa'ad menangis. Nabi saw. bertanya, "Mengapa engkau menangis?" Jawab Sa'ad, "Aku khuatir

akan meningal di negeri (Makkah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi saw. mendoa, "Allahumma isyfi Sa'dan!" (3 X) Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku, "Kalau seperdua?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku lagi, "Kalau sepertiga?" Jawab beliau, "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk famili dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."

1611. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Kalaulah orang ramai mengurangi dari sepertiga harta yang diwasiatkan mereka menjadi seperempat alangkah baiknya, kerana Rasulullah saw. pernah bersabda. "Sepertiga itu sudah cukup banyak."1612. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi saW., "Ya, Rasulullah! Bapaku sudah meninggal, beliau meninggalkan harta tetapi tidak memberi wasiat mengenai harta peninggalan beliau itu. Dapatkah harta itu menghapus dosa-dosa beliau, jikalau kusedekahkan atas namanya?" Jawab Nabi saw., "Ya, dapat!"

1613. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi saw., katanya: "Ibuku mendadak meninggalnya. Aku menduga, kalaulah dia masih dapat bicara (masih hidup), tentu dia akan bersedekah. Dapatkah dia pahala sedekah, jikalau aku bersedekah atas namanya?" Jawab Nabi saw., "Dapat!"

1614. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seorang manusia telah meninggal, maka putuslah (terhenti) segala amalnya, kecuali tiga perkara: (1) Sedekah

jariyah. (2) Ilmu yang diambil orang manfaatnya, dan (3) Anak yang soleh yang selalu mendoakannya." 1615. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Umar bin Khaththab mendapat pembagian kebun di Khaibar. Lalu dia datang kepada Nabi saw. meminta saran beliau mengenai kebun pembagian itu. Katanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah! Aku mendapat pembagian kebun di Khaibar. Belum pernah aku mendapat harta yang sangat kubanggakan keindahannya seperti kebun itu. Apa perintah Anda kepada ku mengenai harta itu?" Jawab Rasulullah saw., "Jika engkau mau, peliharalah pohon-pohonnya (tanamilah), lalu sedekahkan hasilnya. Kata Ibnu 'Umar, "Memang Umar (bapaku) tidak pernah menjual pohon-pohonnya (hasil tanamannya) bahkan tidak pernah menawar-nawarkannya, tidak diwariskannya, dan tidak pula diubahkannya. Umar selalu menyedekahkan hasil tanamannya untuk membantu orang-orang fakir, membantu karib-kerabat, untuk memerdekakan budak, untuk membantu dana perjuangan fi sabilillah, untuk pejuang-pejuang dan untuk menyuguhi tamu. Dan beliau membolehkan orang yang mengolah (menggarap) kebun itu untuk memakan hasil tanamannya dengan sepantasnya, dan sekadarnya untuk dimakan para sahabat beliau."

1616. Dari Thalhah bin Musharrif r.a., katanya: "Aku bertanya kepada 'Abdullah bin Abi Aufa, "Adakah Rasulullah saw. berwasiat?" Jawabnya, "Tidak!" Tanya ku, "Kenapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat?" Jawab, "Beliau berwasiat dengan Kitabullah 'Azza wa Jalla (Al Qur'an)."

1617. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak meninggalkan harta warisan, walaupun agak sedinar, atau sedirham; tidak pula kambing, tidak pula unta, dan beliau tidak pula berwasiat sesuatu apa pun."

1618. Dari Aswad bin Yazid r.a., katanya: "Banyak orang berbicara dekat 'Aisyah r.a., bahwa 'Ali menerima wasiat dari Rasulullah saw. Lalu kata 'Aisyah, "Bilakah beliau berwasiat kepadanya? Padahal waktu sakit, beliau bersandar ke badanku. Pada suatu ketika (sewaktu beliau sakit itu), beliau minta sebuah bejana, sesudah itu beliau rebah, dan aku tidak sedar bahwa beliau telah tiada. Nah, kapan beliau berwasiat kepadanya?"1619. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Ketika sakit Nabi saw. bertambah keras sewaktu beliau akan meninggal, banyak orang berada di rumah beliau; di antaranya terdapat 'Umar

bin Khaththab. Nabi saw. bersabda, "Kemarilah, aku bacakan kepada kalian suatu wasiat, hendaklah kalian tulis agar kalian tidak sesat sepeninggal ku." Lalu kata 'Umar, "Tampaknya sakit beliau tambah keras. Bukankah kita telah mempunyai Al Qur'an? Cukuplah bagi kita Kitab Allah itu." Orang-orang yang berada sekitar beliau ketika itu berbeza pendapat, lalu mereka bertengkar. Ada yang mengatakan, "Mendekatlah kepada beliau, supaya dibacakan beliau wasiat yang harus kamu tulis." Dan ada pula yang sependapat dengan 'Umar, sehingga mereka menjadi ribut dekat Rasulullah saw. Lalu beliau bersabda, "Pergilah kalian dari sini" Kata 'Ubaidillah, Ibnu 'Abbas mengatakan bahwa: kerugian yang amat besar (bagi kaum muslimin), mereka gagal menuliskan pesan terakhir Rasulullah saw. tersebut, kerana mereka bertengkar dan ribut di dekat Nabi saw. yang sedang sakit keras."1620. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Sa'ad bin 'Ubadah pernah minta fatwa kepada Rasulullah saw. tentang nazar ibunya yang telah meninggal, tetapi belum sempat ditunaikannya. Maka bersabda Rasulullah saw., "Bayarlah olehmu atas namanya."

1621. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. pernah melarang kami bernazar. Kata beliau, "Nazar itu tidak dapat menolak bahaya. Hanya saja dengan nazar itu dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil."

1622. Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Nazar itu tidak dapat mempercepat datangnya suatu keuntungan, dan tidak dapat pula melambatkannya. Hanya saja dengan nazar itu dapat dipungut pembayaran dari orang-orang yang bakhil."1623. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak usahlah kamu bernazar, kerana nazar itu tidak akan dapat mengubah taqdir. Hanya saja dengan nazar itu dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil."

1624. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda "Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditaqdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar cocok dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang tadinya tidak bersedia membayar."

1625. Dari 'Imran bin Hushain r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak boleh melaksanakan nazar berupa maksiat, dan tidak boleh pula orang melaksanakannya." Dan menurut riwayat Ibnu Hujr, "Tidak boleh bernazar berupa maksiat kepada Allah."1626. Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. pernah melihat seorang orang tua berjalan dituntun oleh dua orang anaknya. Lalu beliau bertanya, "Bagaimana orang tua ini?" Jawab mereka, "Beliau bernazar akan melakukan (ibadah haji) dengan berjalan kaki." Sabda Rasulullah saw., "Sesungguhnya Allah swt. Maha Kaya untuk menyuruh seseorang menyiksa diri." Lalu orang tua itu diperintahkan beliau supaya naik kenderaan.

1627. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bertemu di jalan dengan seorang tua yang berjalan dengan menggelantung kepada dua orang anaknya. Maka bertanya beliau, "Bagaimana bapa tua ini?" Jawab kedua anaknya, "Ya, Rasulullah! Beliau memenuhi nazarnya." Lalu bersabda Nabi saw., "Hai Bapa Tua! Naik kenderaanlah! Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak butuh) akan nazar anda yang seperti itu." 1628. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya: "Saudaraku yang perempuan bernazar akan pergi ke Baitullah dengan berjalan kaki tanpa alas kaki. Lalu dia menyuruh ku minta fatwa kepada Rasulullah saw. perihal itu. Beliau bersabda, "Dia boleh berjalan kaki dan boleh pula berkenderaan."

1629. Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Denda nazar sama dengan denda sumpah."

1630. Dari 'Umar bin Khaththab r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah' Azza wa Jalla melarang kamu bersumpah dengan menyebut nama bapamu." Kata 'Umar, "Demi Allah, semenjak aku mendengar sabda Rasulullah saw. tersebut aku tidak pernah lagi bersumpah dengan menyebut nama bapa, baik untuk orang lain, maupun untuk diri sendiri."

1631. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu kali, Rasulullah saw. mendapati 'Umar bin Khaththab berkenderaan, dan 'Umar sedang bersumpah dengan menyebut nama bapanya. Lalu mereka dipanggil oleh beliau, seraya bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya Allah' Azza wa Jalla melarang kamu bersumpah dengan menyebut nama bapa kalian. Siapa yang bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan menyebut nama Allah, atau diam."1632. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang bersumpah, maka janganlah dia bersumpah melainkan dengan menyebut nama Allah. Orang-orang kafir Quraisy biasanya bersumpah dengan menyebut nama bapa-bapa mereka. Kerana itu, kamu sekalian (sebagai muslim), sekali-kali jangan bersumpah dengan menyebut nama bapa kalian."

1633. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa di antara kamu bersumpah dengan menyebut nama "Lata", maka hendaklah dia segera menyebut "Laa ilaaha illalah". Dan siapa yang mengajak temannya berjudi, "Hai, mari kita berjudi" hendaklah dia segera bersedekah."

1634. Dari Abdurrahman bin Samurah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kalian bersumpah dengan menyebut nama-nama Thaghuth (berhala), dan jangan pula dengan menyebut nama bapa kalian."

1635. Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya: "Aku datang kepada Nabi saw. serombongan dengan orang-orang suku Asy'ari, untuk memohon perbelanjaan perang kepada beliau. Maka bersabda beliau, "Wallah (demi Allah), aku tak sanggup membelanjai tuan-tuan kerana aku tidak punya apa-apa. Kerana itu aku tidak akan menanggung belanja tuan-tuan." Kata Abu Musa, "Setelah itu kami terdiam beberapa saat lamanya, iaitu selama dikehendaki Allah. Kemudian datang orang membawa unta kepada beliau, lalu beliau suruh berikan kepada kami tiga ekor unta berpunuk putih. Setelah kami pergi, kami berkata sesama kami, "Agaknya Allah tidak memberkati kita. Kita datang kepada Rasulullah saw. minta perbelanjaan perang. Lalu beliau bersumpah tidak akan menanggung perbelanjaan kita. Tetapi kemudian kita diberinya juga. Kerana itu mereka kembali kepada Rasulullah saw., lalu mereka ceritakan kepada beliau apa yang terfikir oleh mereka. Maka bersabda beliau, "Memang, sesungguhnya bukan aku yang menanggung belanja tuan-tuan, tetapi Allah swt. yang menanggungnya. Wallah (demi Allah)! Sesungguhnya aku, insya Allah, tidak akan mengucapkan suatu sumpah, bila kemudian aku melihat sesuatu yang lebih baik daripada sumpahku itu, melainkan kulanggar sumpahku, lalu kubayar denda, dan sesudah itu aku laksanakan yang lebih baik itu." 1636. Dari Abu Musa r.a., katanya : "Kawan-kawanku mengutus ku supaya menemui Rasulullah saw., memintakan kepada beliau kenderaan untuk mereka, kerana mereka ikut bersama-sama dengan beliau dalam pasukan tentara; yang sedang dalam kesulitan (iaitu menghadapi peperangan Tabuk). Aku berkata kepada beliau, "Ya, Nabi Allah! Kawan-kawanku mengutus ku menemui Anda untuk memohonkan bagi mereka, supaya Anda dapat menanggung perlengkapan perang mereka." Jawab beliau, "Wallah (demi Allah)! Aku tidak dapat menanggung apa-apa bagi kamu sekalian." Justru ketika itu beliau sedang dalam keadaan marah, dan aku tidak mengetahuinya. Kerana penolakan beliau itu aku kembali dengan perasaan sedih, sebab aku khuatir kalau-kalau beliau tidak senang kepada ku. Setelah aku bertemu dengan kawan-kawanku, lalu kuceritakan kepada mereka jawapan Rasulullah saw. kepada ku. Tetapi tidak lama kemudian, hanya seketika, tiba-tiba terdengar Bilal memanggil ku. "Hai, 'Abdullah bin Qaus!" Lalu ku sahuti

dia. Kata Bilal, "Datangilah Rasulullah saw., beliau memanggil anda!" Ketika aku sampai ke hadapan Rasulullah saW., beliau bersabda: "Ambillah ini yang dua sepasang, dua sepasang, dua sepasang (sambil beliau menunjuk kepada enam ekor unta yang baru beliau beli dari Sa'ad). Bawalah unta ini semuanya kepada kawan-kawanmu, dan katakan kepada mereka, "Sesungguhnya Allah jualah yang menanggung penyediaan kenderaan ini bagi kamu semua. Kendarailah mereka!" Kata Abu Musa, "Unta-unta itu kubawa semuanya kepada kawan-kawanku, seraya berkata kepada mereka, "Rasulullah saw. menyuruh bawa kenderaan ini semuanya untuk kamu sekalian. Tetapi, demi Allah, aku tidak

akan meninggalkan kamu sekalian sebelum beberapa orang di antara kalian pergi bersama-sama dengan ku menemui orang-orang yang mendengarkan ucapan jawaban Rasulullah saw. ketika aku meminta kenderaan ini untuk kalian dan penolakan beliau pada mulanya, tetapi kemudian beliau berikan juga kepada ku, supaya kalian jangan menyangka bahwa aku mengada-ada apa yang tidak pernah dikatakan beliau." Jawab mereka kepada ku, "Wallah (demi Allah)! Sesungguhnya engkau orang yang kami percayai. Kendatipun begitu, akan kami lakukan juga apa yang kau kehendaki." Lalu pergilah Abu Musa beserta beberapa orang kawan-kawannya itu, sehingga mereka bertemu dengan orang-orang yang mendengar ucapan dan penolakan Rasulullah saw. kepada mereka, tetapi kemudian beliau penuhi juga permintaan mereka. Orang-orang itu bercerita kepada mereka seperti cerita Abu Musa.


Yüklə 3,73 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   ...   29   30   31   32   33   34   35   36   ...   107




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin