Mohamad Noor Syauqi b. Mohammad Shafiee



Yüklə 0,5 Mb.
səhifə1/6
tarix07.04.2018
ölçüsü0,5 Mb.
#47419
  1   2   3   4   5   6



Mohamad Noor Syauqi bin Mohammad Shafiee

FOLIO CALON TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2012




Seorang Tokoh Nilam yang berwibawa, berktrampilan dan bersahsiah.














ISI KANDUNGAN




Biografi

ms. 3

Cita-cita

ms. 4

Hobi

ms. 5

Akademik

ms. 6

Keluarga

ms. 7

Idola

ms. 11

Anugerah

ms. 13

Senarai Jawatan

ms. 14

Hasil Karya

ms. 15

Tokoh Sastera yang Menulis Karya Besar

ms. 74

Gambar Kenangan

ms. 81

Pada tanggal 6 Oktober 1995, hilang kegusaran, berputiklah kemesraan, melimpah ruah kesyukuran pasangan bahagia, Encik Mohammad Shafiee bin Mohd Sanif dan isterinya tercinta, Roziah binti Haji Jamil kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Satu-satunya kumbang celahan tampukan bunga-bunga indah ini, saya Muhammad Noor Syauqi bin Mohammad Shafiee selamat dilahirkan di Hospital Tanjung Karang. Terus dibesarkan dengan masakan ibu yang enak, serta menjadi kegemaran saya, satu-satunya anak lelaki daripada 8 orang adik beradik ini dibesarkan di Kampung Seri Makmor, Raja Muda Musa, Meru, Klang dan seterusnya menjadi galapan permata di Puncak Alam, Selangor.

Berbekalkan moto hidup saya, “Be The Better of the Best among the Best”, saya terus mengukir kecemerlangan dalam pelbagai bidang, seperti Agama, Pendidikan, malah bijak menguruskan ekonomi sendiri walaupun serba kekurangan.



BIOGRAFI



CITA-CITA


Kita sedia maklum, profesyen abstrak tertua di dunia ialah berangan. Saya juga mempunyai angan-angan, justeru pelbagai prakarsa telah saya praktikkan sebagai wahana untuk menggapai cita-cita saya. Angan-angan positif wajar disemai dalam benak pemikiran manusia yang ingin berjaya

Selaku seorang pelajar aliran Sains Tulen , saya ingin menjadi seorang Doktor Pakar Paru-paru (pulmonologist). Berbekalkan tekad untuk mencapai 10A+ dalam SPM 2012, saya sedang mengatur langkah dominasi seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang juga merupakan penghidap penyakit masalah pernafasan, iaitu astma.
Ilmu merupakan penyuluh kehidupan, kesihatan pula asas kepada segala-galanya. Oleh itu, besarlah harapan saya untuk mampu berada di puncak dalam setiap bidang yang saya ceburi kelak, sebagai Doktor [H] Mohamad Noor Syauqi bin Shafiee.




HOBI

Pepatah Arab pernah menyatakan bahawa masa itu lebih tajam daripada pedang; ’Jika kita tidak memotongnya, nescaya kita yang akan dipotongnya’. Oleh itu, setiap individu mempunyai hobi dan kegiatan masa lapang tersendiri demi mengelakkan pembaziran masa.

Pada masa senggang, saya banyak menghabiskan masa dengan menghafaz ayat-ayat al-Quran, saya bercita-cita untuk khatam 30 juzuk al-Quran. Apa gunanya tanpa mengerti? Kerana itulah saya juga mengambil masa untuk mentadabbur al-Quran, memahami maknanya, menghayatinya mengamalkannya serta menyampaikannya . Selain al-Quran, hadith juga menjadi panduan.

Hobi saya yang seterusnya ialah membaca bahan-bahan bacaan berilmiah berbahasa a’jam seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , selain bahasa Arab sebagai panduan utama. Bahan-bahan bacaan seperti buku cerita, novel, majalah, akhbar, jurnal, ensiklopedia, dan lain-lain sebagai aset menambah ilmu merupakan santapan rohani dan intelek kepada penggemar ilmu.

’A sound mind comes from a sound body’, pepatah Inggeris mengingatkan kita untuk menjaga kesihatan fizikal. Demi menjana kesihatan diri, permainan badminton menjadi kegemaran.

“TIME IS PRECIOUS, DON’T WASTE IT”





AKADEMIK

Langkah dedikasi mula diatur di SK SUNGAI BINJAI dari tahun 2002 – 2004, sebagai pelajar tahun 1 – 3. Penghijrahan awal dari Meru ke Puncak Alam menempatkan saya di SK PUNCAK ALAM (2) sepanjang tahun 2005 – 2007. Pencapaian yang cemerlang berulit peluang keemasan dalam bidang ko-akademik mengorakkan langkah jaya apabila saya mula-mula menyertai pertandingan mendeklamasi sajak, bercerita, berbalas pantun, dan lain-lain.

Keputusan 4A1B dalam UPSR terus dicerlangkan dengan pencapaian cemerlang 8A dalam PMR. Seterusnya, saya juga telah dinobatkan sebagai penerima anugerah TOKOH SAHSIAH TERPUJI bagi tahun 2010. Pada tahun sebelumnya pula, saya pernah mendapat pengiktirafan sebagai Pelajar Harapan Ko-Akademik dalam kategori Kelab dan Persatuan.

Kini, saya berada di kelas aliran Sains Tulen dan menanam keazaman untuk mencapai keputusan cemerlang 10A+ dalam SPM tahun 2012 ini. Di samping mengecap keindahan duniawi, saya juga merupakan pelajar Ma’had Litahfidzil Quran Al-Madar Wal Mawaddah semenjak tingkatan 3 sehingga kini.





KELUARGA

Saya berasal daripada sebuah keluarga besar, terdiri daripada 8 orang adik beradik. Seorang bapa, seorang ibu, enam orang kakak, dan seorang adik perempuan menjadikan keluarga saya lengkap dan harmoni. Biarpun saya merupakan satu-satunya anak lelaki daripada sebuah keluarga besar ini, namun kekuatan tekad saya pantang dilunturkan.



Bapa, Mohammad Shafiee bin Mohd Sanif, 51, lahir pada 28 Mac 1961, bekerja sebagai seorang buruh kasar. Berulang alik dari kilang ke pelabuhan dan sebaliknya sudah menjadi rutin hidupnya. Cinta terindahnya, Roziah binti Jamil, 51, lahir pada 12 Disember 1961 merupakan seorang suri rumah. Di samping itu, ibu saya turut mengambil tempahan menjahit baju kurung bagi memenuhi permintaan rakan taulan, secara kecil-kecilan.

Kakak_sulung_saya_,_Siti_Saliza'>Kakak sulung saya
, Siti Saliza, 31, lahir pada 14 April 1981. Dia merupakan seorang suri rumah di samping pembantu jahitan sebuah butik milik emak saudara saya yang menyiapkan tugasannya di rumah. Dia telah bernikah dengan pasangan hidupnya, Muhd Subari bin Muhd Sa’eh, 32, dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Nur Syuhada Aliya, 6 tahun.

Kak Ngah, Siti Sarazila, 29, yang lahir pada 1 September 1983 pula merupakan seorang pembantu makmal di UiTM Kampus Puncak Alam. Telah bernikah dengan kekasihnya, Azhari bin Abu Bakar, 28, dan memperoleh seorang cahaya mata bernama Nur Arissa Qistina. Merupakan insan yang bermotivasi dan darah seniwati jahitan turut mengalir dalam dirinya.


Seterusnya, kakak yang lebih dikenali dengan nama Kak Nie, ataupun Siti Suriani, 27, telah dilahirkan pada 1 September 1985. Dia bekerja di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, (SPAD). Dahulunya, dia merupakan permata cemerlang UiTM Kampus Puncak Perdana dengan pencapaian cemerlangnya iaitu menerima anugerah DEKAN sepanjang 4 semester berturut-turut selama tempoh pengajiannya.



Siti Sulinda Lini, 25, merupakan kakak saya yang ke-4. Lahir pada 12 Ogos 1987, beliau kini merupakan seorang penuntut di Food Institute of Malaysia (FIM) di Kelana Jaya, dalam kursus pastry. Di antara kesemua kakak-kakak saya, dialah yang paling rajin membuat kek, membakar biskut, menghasilkan pizza atau roti yang enak dan rencam lagi sebagai aplikasi kepada ilmu yang ditimbanya. Tambahan pula, banyak biskut raya yang menjadi juadah buat para tetamu di rumah saya ialah hasil air tangannya dengan bantuan adik bongsu.

Kakak saya yang ke-5 pula ialah Siti Salwa Suhailah, 22. Gadis yang lahir pada 7 April 1990 ini merupakan seorang penuntut di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dalam jurusan Hotel and Catering. Dahulunya, dia merupakan pelajar aliran Sains Tulen di SMK Puncak Alam dan menerima beberapa anugerah, seperti Anugerah Matapelajaran Terbaik Pendidikan Islam bagi SPM tahun 2007.




Puteri ke-6 dalam keluarga bahagia ini ialah Siti Nur Syazwana, 19. Dia lahir pada 25 September 1993. Dia kini menuntut di INTEC, Shah Alam sebagai persiapan untuk melanjutkan pelajarannya ke Ireland dalam jangka masa 2 tahun lagi dalam jurusan perubatan. Merupakan Tokoh Akademik SMK Puncak Alam dalam SPM tahun 2010 dengan pencapaian cemerlangnya, 7A+, 2A, 1A-.

Tidak lain tidak bukan, anak ke-7 dalam keluarga ini ialah saya sendiri, Mohamad Noor Syauqi, 17. Pernah dinobatkan sebagai Tokoh Sahsiah Terpuji dan mencapai keputusan cemerlang 8A PMR pada tahun 2010. Kini saya ditempatkan di kelas aliran Sains Tulen, 5 Kreatif di SMK Puncak Alam dan berhasrat untuk mencapai keputusan cemerlang 10A+ dalam SPM nanti.

Citra bongsu pula ialah Siti Nur Shahida, 10 yang dilahirkan pada 2 Jun 2002. Dia merupakan seorang pelajar tahun 4 di SK Puncak Alam (2). Lumrahlah, tatangan bongsu pasti mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa, serta dimandikan dengan penuh kemanjaan dan kasih sayang.

Demikianlah rencamnya keluarga saya, ibarat jambakan bunga yang disusun berbeza jenis, kelopak dan warnanya.




Gambar bersama ayah, ibu,

sebahagian daripada adik beradik

dan anak saudara.




IDOLA

Siapa idola saya? Tidak lain dan tidak bukan, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah. Beliau merupakan seorang pakar motivasi yang mengutarakan Al-Quran & Al-hadith sebagai tulang belakang ucapannya. Beliau juga ialah seorang yang berdedikasi dalam karya-karyanya sehingga digemari oleh segenap lapisan masyarakat.


Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Sg. Pinang, Klang. Beliau adalah pengarah urusan Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd. dan ketua pengarah di ETC Communications Sdn. Bhd. Beliau pernah memegang jawatan timbalan pengarah di PPPL, UPM dari tahun 1993 hingga September 1993. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai pensyarah dan tutor di Jabatan Komunikasi Pembangunan, UPM.

Beliau memegang ijazah B.S Agric. Sciences (1st Class Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Wisconsin, USA mengambil M.S Agricultural Journalism pada tahun 1977. Beliau memiliki Ph.D Organisational Communication dari Wisconsin, USA pada tahun 1984.

Dalam bidang kejurulatihan, beliau pernah mengendalikan lebih 6,000 kursus dalam perkhidmatan untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam bidang motivasi, komunikasi, perhubungan awam, hubungan kemanusiaan, khidmat pelanggan, etika kerja, budaya korporat, kaunseling, kepemimpinan, pengurusan, penyeliaan, konflik dan stres, teknik kejurulatihan, pidato umum, keibubapaan, teknik belajar, metodologi dakwah, keusahawanan, pembinaan pasukan, penulisan laporan, etika sosial, minda dan pembangunan diri dan sebagainya.

Selain menjadi pakar motivasi beliau juga banyak menyandang jawatan di beberapa tempat. Antaranya:



  1. YDP, PIBG Sek. Keb. Bandar Baru Bangi (1993 hingga 1994).

  2. Pengerusi, AJK, Surau Al-Uum, Bandar Baru Bangi (1987 hingga 1992).

  3. Ahli Badan Perunding Islam Malaysia (1995 hingga 1997).

  4. Ahli Majlis Kementerian Belia dan Sukan (1995 hingga 1998).

  5. Pengarah Kehormat Yayasan UMMI.

  6. Ahli Panel Jawatan Kuasa Dekad Cemerlang Negeri Selangor.

  7. Ahli seumur hidup MCOBA.

  8. Pakar motivasi segmen Motivasi RTM 1 (1993 hingga sekarang).

  9. Pakar rujuk komunikasi rumah tangga segmen ‘Sekapur Sirih’ TV3 (1993 hingga 1994).

  10. Pakar motivasi segmen Tabiat Pagi, TV3 (Mac 1994 hingga 1997).

  11. Pakar motivasi segmen Cermin Diri, TV3 (Jun 1995 hingga 1999).

  12. Hos dan kaunselor program ‘Suara Hati’, TV3 (1997 hingga 1998).

  13. Pakar rujuk segmen Motivasi dan Kecemerlangan Rumah Tangga RTM3 –Seremban, Ipoh dan Shah Alam (1994 hingga 1995).

  14. Melatih ketua-ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam bidang ‘Pidato Politik (1989 hingga 1994).

  15. Ahli Institusi Perhubungan Raya Malaysia (IPRM).

  16. Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur (DPMM, KL).

  17. Ahli Malaysia Society Training Development (MSTD).

  18. Ahli Malaysia Institute Management (MIM).


ANUGERAH




Tahun 2009

Anugerah Khas Pelajar Harapan Ko-kurikulum Kelab dan Persatuan SMK Puncak Alam

Anugerah Peserta Terbaik Kem Waja Diri “Mencari Nur Ilahi” 2009
Tahun 2010

Anugerah Pelajar Cemerlang PMR 8A SMK Puncak Alam

Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji SMK Puncak Alam

Anugerah Peserta Terbaik Kem Waja Diri “Mencari Nur Ilahi” 2010


Tahun 2011

Anugerah Tokoh Nilam PKG Bukit Badong

Anugerah Tokoh Nilam Daerah Kuala Selangor

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Selangor (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar)

Anugerah Tokoh Nilam Negeri Selangor (Kategori Sekolah Menengah Keseluruhan)

Anugerah ALMAS Putera Kelab dan Persatuan SMK Puncak Alam







SENARAI JAWATAN




TINGKATAN 1 – TAHUN 2008

AJK Tingkatan 1 Kelab Bahasa Melayu

Ketua Kebersihan Kelas
TINGKATAN 2 – TAHUN 2009

Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Sesi Petang

Juruaudit Kadet Remaja Sekolah

AJK Matapelajaran Pendidikan Islam Kelas


TINGKATAN 3 – TAHUN 2010

Setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sesi Pagi

Pengawas SPBT

AJK Kelab Badminton

AJK Matapelajaran Pendidikan Islam Kelas
TINGKATAN 4 – TAHUN 2011

Penolong Setiausaha Kelab Bahasa Melayu Sesi Pagi

Bendahari Kelab Badminton Sesi Pagi

Pengawas SPBT

AJK Matapelajaran Pendidikan Islam Kelas
TINGKATAN 5 – TAHUN 2012

Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Sesi Pagi

Pengerusi Kelab Catur

Pengawas Pusat Sumber




Sajak:

Lanskap Jiwa


HASIL KARYA

Sebongkah jiwa padu remaja,

Bak selembar kertas bisu…


Tamparan sejuta soalan bisu

Kerap mengetuk pintu sukma

Jawapannya, Cuma satu...

Mereka sebenarnya hanyalah

Anak-anak muda yang kekosongan

Tanpa hiasan indah nurani,

Lorong cahaya agama,

Teratak berhiaskan ilmu,

dan kolam kasih sayang,

Tanpa bunga-bunga penyeri hidup

Inilah...lanskap jiwa.
PERTANDINGAN MENULIS SAJAK BULAN BAHASA,

4:15 PM, 22 MAC 2012, PUNCAK ALAM.



Yang kosong tanpa hala tuju,

Bak sebatang pena buta…

Yang petah mencoret bicara,

Bak sebuah lautan tuli…

Yang penuh dengan luahan rasa.

Adakah mereka hanyut dalam arus duniawi...

Yang terkadang deras mengalir?

Yang terkadang kuat berkocak?

Yang terkadang ganas memukul...

Kerikil-kerikil tajam kehidupan

Aku tertanya-tanya,

Adakah mereka tahu...

Akan potret dunia di luar sana?

Yang melakar rencam kisah manusia?

Soal menang kalahnya siasah?

Soal jatuh bangkitnya peniaga?

Soal tahu tidaknya manusia?


Baldu merah bernama atma

Yang dikambus kain comot itu

Yang tadinya masih putih kudus

Rupa-rupanya kehausan dogma

Kain yang tadinya putih itu

Belum pernah mencangkir

Madu keimanan dan ketakwaan

Kini sedang rakus menyantap nikmat duniawi.

Cinta terhadap dunia

Yang berganti terhadap pencipta

Ternyata, mengisi ruang dimensi

Laman nurani nan tidak berlandskap,

Sekadar bertatah intan permata.

Kini, dipayungi awan kesyahduan.

Puing kelam alam fana

Kini, berlembayung citra ukhrawi

Kain comot rencam palitan itu

Kini kembali kirana

Putih, dek kepolosan dogma

Inilah......

Selembar kain fitrah.
PERTANDINGAN MENULIS SAJAK ISLAMIK,

10:15 PM, 9 APRIL 2012, BUKIT BADONG.



Sajak: Kain Putih

Sehelai kain putih itu

Hasil lembaran benang-benang halus

Polos tanpa sebarang citra

Yang dipalit sejuta warna pelangi

Kain putih itu mendamba

Gusar, buntu tanpa hala tuju

Antara mahkota indah duniawi

Dengan serban kusam ukhrawi.

Mereka mencari titik mula

Tetapi...

Ketemu rapuhnya titian pertengahan

Namun...

Garisan penamat entah ke mana.

Kain putih itu

Pasrah dipalit jutaan warna

Yang meluah rencam citra

Namun, masih kekosongan...

Antara Yahudi, Nasrani dan agama fitrah

Mereka terus tertanya-tanya.

Jutaan tamparan soalan bisu

Mencuit halus kabus sukma.




EKONOMI

Tiong paksi mengusik raksi,

Riang menetal bebunga haruman;

Angkara inflasi membebat deflasi,

Ekonomi global sirnakah jaruman?
DADAH DURJANA

Pujangga bermadah mengarang puisi,

Berteman rakan di hujung daksina;

Empayar dadah menempah dominasi,

Suburkah tindakan menyingkir durjana?
MUZIK

Rimbunan serasa dibelai salju,

Subur cantik celahan pedada;

Sasaran perkasa kemuncak taju,

Iluminasi muzik kukuhkah persada?
MAHLIGAI

Terpaan halus semilir menggoda,

Tepian setanggi mengulit melati;

Mahligai mulus mainan minda,

Wujudkah strategi menggapai realiti?

PANTUN Bulan Bahasa

PERPADUAN

Laksana raksi mawar nan satu,

Celahan kelapa diterjah sang paksi;

Sigai dominasi berpancang nawaitu,

Siklon menerpa luluhkah visi?

Segak kelasi menanti nak dara,

Cinta berputik menjalin ikatan;

Tombak toleransi persis sahmura,

Dergama menyutik deranakah watan?

Mekar kelopak seroja kirana,

Diusik sang kunang diterpa, diterjah;

Prakarsa dicapak prasetia disirna,

Gendala dicanang mekarkah natijah?

FITNAH

Bungaan teluki memilin palma,



Diusik pekaka di hati tertambat;

Jeladari dengki bahtera dergama,

Cerlangkah neraka dek karma berbebat?


JOHAN PESTA PANTUN BULAN BAHASA,

SMK PUNCAK ALAM 2010



Pantun Karnival Bahasa


GAYA HIDUP SIHAT

Tatera berakit dirempuh pawana,

Jejaka hampa menambat rubah;

Angkara penyakit tubuh merana,

Usaha apa sihat dicambah?

SEMANGAT KEJIRANAN

Manisnya buah dahannya rapuh,

Kelapa buana seharum raksi;

Tetangga diluah tohmahan ampuh,

Apa wahana rencam toleransi?

AMALAN BERBUDI BAHASA

Gundah kedidi mendamba serasa,

Tingkah memanjat senduduk berduri;

Indah peribadi kerana bahasa,

Pincangkah darjat merunduk diri?

MALAYSIAKU GEMILANG

Jerkah tatera dek taju hiasan,

Rendang siantan ditimpa selendang;

Gemilangkah negara menuju wawasan,

Sedang watan alpa berdendang?

KECEMERLANGAN SUKAN NEGARA

Raksi Rokan berselang pedada,

Patera pelasari terkena longan;

Iluminasi sukan mencerlang persada,

Negara bestari mana sumbangan?

PERMAINAN TRADISIONAL

Renangan kerisi tepian kelasi,

Ditimpa siantan panorama berbebat;

Mainan tradisi saingan inovasi,

Di jiwa watan bagaimana ditambat?

CINTAILAH ALAM SEKITAR

Patera pedada celahan kesumba,

Rimbunan kelopak pedapa melati;

Buana dinoda tagihan laba,

Cetusan impak mana bukti?


KESELAMATAN JALAN RAYA

Disemat gaharu dek pelat nan antik,

Melian Penan menimpa serasa;

Selamat diburu, cermat dipraktik,




NAIB JOHAN PESTA PANTUN

DAERAH KUALA SELANGOR 2011


Golongan dominan apa prakarsa?

TEKS syarahan: BAHASA JIWA BANGSA

Terima kasih uan Pengerusi Majlis, yang berusaha, Pengetua Cemerlang SMKPA, Encik Rasul Maidin bin Haja Maidin, barisan pentadbir penggilap wawasan, barisan pendidik aspirasi negara, rakan-rakan seperjuangan harapan bangsa, serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

“BAHASA JIWA BANGSA”

Begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang cerlang ini. Sebelum aksara membuah kata, sebelum kata menggagah bicara, sebelum bicara bertatah makna, arena pendefinisian muncah bicara.

Menurut Kamus Pelajar cetakan ke-12 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi 1995, perkataan ‘bahasa’ bermaksud kata-kata yang disusun munurut tatabahasa dan digunakan dalam percakapan atau tulisan.

‘Jiwa Bangsa’ pula membawa makna semangat atau roh kepada kumpulan manusia yang serupa asal-usulnya serta sama sifat-sifatnya.

Klausa ini menginterpretasikan kepada kita bahawa dengan berbahasa sebaiknya, semangat sesuatu bangsa itu dapat ditingkatkan dan seterusnya megah di persada glokal mahupun global.

Sidang pendengar penongkah arus ilmu sekalian,

Melangkah idea saya yang pertama,

“Bahasa mencerminkan peribadi mulia”

Sememangnya pandangan manusia tidak mampu menjangkau hati dan peribadi seseorang. Namun, gaya bahasa yang dipraktikkan oleh individu akan memberikan tanggapan pertama kepada kita.

Saya berikan analogi mudah. Para pendengar akan menumpukan perhatian kepada penceramah yang baik pertuturannya, tetapi jika penceramah gagal berbahasa sebaik-baiknya, maka berlakulah hal yang sebaliknya.

Lembaran sejarah mengingatkan kita kepada kisah Munsyi bin Abdullah , seorang tokoh bahasa yang disegani kerana merupakan satu-satunya insan yang celik huruf dan menguasai bahasa dalam kalangan masyarakatnya suatu masa dahulu.

Maka jelaslah di sini bahawa bahasa yang baik mampu melahirkan peribadi individu, seterusnya bangsa yang mulia.

Menyingkap fokus saya yang kedua,


Yüklə 0,5 Mb.

Dostları ilə paylaş:
  1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin