Mohamad Noor Syauqi b. Mohammad Shafiee


“Keluarga berbahasa, keluarga bahagia”



Yüklə 0,5 Mb.
səhifə2/6
tarix07.04.2018
ölçüsü0,5 Mb.
#47419
1   2   3   4   5   6

“Keluarga berbahasa, keluarga bahagia”

Dewasa ini, gejala anak lari dari rumah, alkisah Tanggang moden, dan episod perbalahan sesama keluarga semakin merangkul takhta. Mengapakah hal ini berlaku? Apakah puncanya?

Tidak dapat dinafikan bahawa faktor kekurangan didikan agama dan kurangnya belaian kasih dan sayang merupakan kunci utama bagi kotak permasalahan ini.

Namun, bahasa juga memainkan peranan yang penting. Hal ini dapat dilihat melalui peranan ahli keluarga berbahasa. Jika baik bahasa yang digunakan, maka teguhlah institusi kekeluargaan dan begitulah jika sebaliknya.

Oleh itu, berbahasalah seindah mawar supaya keluarga, bangsa, dan negara akan terus maju ke arah yang positif.

Sidang hadirin pengibar panji ilmu sekalian,

Menelusuri isi saya yang ketiga,

“Sepakat berbahasa menjana masyarakat muafakat”

Pepatah melayu ada mengatakan ‘sepakat membawa berkat’. Namun, sejauh manakah kita memandang kata-kata ini? Adakah sekadar coretan pena di atas lembaran bisu? Fikirkanlah...

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa. Jika kata sepakat tidak ditemui, nescaya punahlah negara ini.

Keadaan ini memperlihatkan kepada kita peri pentingnya bahasa dalam menjana masyarakat majmuk yang bakal menuai hasil permuafakatan.

Meninjau buah fikiran saya yang keempat,

“Bangsa berbahasa, pencetus institusi maju”

Institut pengajian tinggi pada era ini sememangnya menekankan penyampaian dan pembentangan dalam bahasa Inggeris. Hal ini sememangnya tidaklah menjadi kesalahan, namun sebagai bangsa Melayu, tidak wajar bagi kita melupakan bahasa ibunda.

Apabila kita meninjau situasi di luar pula, hal yang sama turut terjadi. Sebagai contohnya, penyampai radio semestinya menghiburkan para pendengar. Namun, kaedah dan sistem bahasa yang digunakan amatlah mendukacitakan.

Mengapakah hal ini terjadi? Mungkinkah kerana kealpaaan kita terhadap bahasa? Ataupun disebabkan sikap sesetengah pihak yang memandang remeh soal ini? Renung-renungkanlah...

Intihanya, kemajuan sesebuah institusi juga bersandar kepada pasak bahasa yang dipraktikkan.

Sidang pendengar penggagah wacana fikrah sekalian,

Meniti skop saya yang kelima,

“Budaya berbahasa pemangkin arus nasional”

Dalam melayari jeladari sosial ini, pelbagai bentuk bahasa yang membawa imej negatif bangsa semakin bermaharajalela. Contohnya seperti bahasa SMS, bahasa rojak, bahasa pasar, bahasa kasar dan sebagainya.

Sudah terang lagi bersuluh, dengan berbahasa seindah prasasti, pasti hubungan di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa semakin utuh.

Kempen Bahasa, malah Bulan Bahasa Kebangsaan contohnya, merupakan penyubur ke arah perhubungan berbilang budaya di peringkat nasional.

Secara totalnya, bahasa yang digunakan secara meluas mampu menggagahi ranting budaya di pohon nasional yang kian lebat lebat merimbun.

Mengakhiri bicara ialah wacana saya yang keenam,

“Kemodenan bahasa aset agama sejahtera”

Menyingkap lembaran sirah Islam, baginda Rasulullah(S.A.W) sendiri menyeru umatnya untuk berbahasa sebaiknya dalam menjalankan usaha dakwah.

Dengan berbahasa secara hikmah dan bijaksana, pasti usaha dakwah berjaya menemui arena perubahan yang holistik. Buktinya, jika bahasa yang indah digunakan, pastinya masyarakat mudah menerima ajaran yang disampaikan.

Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa melayu. Justeru, dengan menguasai bidang bahasa melayu, sudah tentu syiar Islam dapat diluaskan. Begitulah juga yang akan terjadi kepada agama-agama lain di Malaysia dan seterusnya di serata dunia, Insya Allah....

Secara tuntasnya, kesan terhadap budaya bangsa pasti akan lebih dominan sekiranya bahasa yang baik dikuasai oleh individu, keluarga, masyarakat, institusi, nasional serta para penyampai dalam bidang agama.

Oleh itu, saya menyeru, marilah kita memartabatkan budaya bangsa melalui penggunaan bahasa yang tepat. Sekian dahulu saya akhiri syarahan saya dengan ucapan salam.


TEKS SYARAHAN SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN SMKPA 2010
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu ‘alaikum, warahmatullahi wabarakatuh. Salam perpisahan, sayonara.

TEKS SYARAHAN AGAMA: PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MENJANA INSAN KAMIL

Terima kasih saudari pengerusi majlis, barisan panel hakim yang berada di atas neraca keadilan, saudari penjaga masa berpanjikan kepekaan, barisan guru aspirasi negara, rakan-rakan seperjuangan serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

penghayatann hari pembalasan menjana insan kamil”.

Begitulah tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang penuh barakah ini. Sebelum layar saya labuhkan, sebelum bahtera melayari samudera, sebelum kata saya lanjutkan, definisi tajuk saya utarakan.

Kalimah penghayatan bermaksud merasai dan mengalami dalam jiwa atau batin.

Hari pembalasan iaitu suatu hari di mana segala amalan manusia di dunia akan dihisab dan disediakan ganjaran baik di syurga atau azab yang pedih di neraka. Manakala menjana insan kamil bermaksud melahirkan atau membina umat nabi Muhammad yang mencapai tahap kesempurnaan yang tinggi meliputi kehidupan yang aman, tenteram, tinggi nilai spiritual dan seterusnya menggapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sidang hadirin yang dihormati,

Melangkah kata kunci pertama,



PENGHAYATAN HARI PREMBALASAN MENGHINDAR AMALAN SYIRIK

Sesungguhnya, penghayatan hari pembalasan merupakan titik tolak utama menghalang syirik daripada menular dalam kalangan umat Islam. Syirik merupakan satu-satunya dosa besar yang tidak diampuni Allah S.W.T.

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13 yang bermaksud:

(dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, pada waktu dia memberi pelajaran kepadanya, “hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya memepersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”)

Majlis Agama Islam Malaysia telah menyenaraikan sebanyak 52 kumpulan ajaran yang diwartakan sebagai ajaran sesat di Malaysia. Antaranya ialah:



  1. Ajaran Ahmadiah / Qadiani

  2. Ajaran Mohd Nor Seman

  3. Ajaran Ayah Pin

Justeru, kesedaran tentang adanya azab menanti pada hari pembalasan seharusnya, menjadi nadi penggerak memelihara aqidah seterusnya menjauhi amalan syirik.

Menyingkap kata kunci kedua,



PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MELAHIRKAN SIFAT AL-KHAUF

Kekuatan, iltizam dan istiqamah dalam diri untuk melaksana ibadat mampu menangkis bisikan-bisikan syaitan yang menyesatkan. Janji Allah terhadap hamba-Nya yang bertaqwa adalah sebagai dorongan paling kuat untuk sentiasa berada pada landasan syariat yang betul.

Firman Allah dalam surah Al-mu’minun ayat 1 dan 2 yang bermaksud:

(Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya.)

Natijahnya, pembentukan insan kamil tidak mungkin akan dicapai jika umat islam kini ramai yang tergelincir ke lembah kemaksiatan dan semakin alpa tentang janji Allah pada hari pembalasan. Contohnya, saban hari kiita disajikan dengan berita kebejatan akhlak umat Islam dengan bertambahnya kes-kes jenayah dalam kalangan umat Islam seperti pembuangan bayi di mana sejak 2005, negeri Selangor merupakan negeri tertinggi iaitu mencatatkan sebanyak 105 kes. Fikirkanlah..........

Sidang hadirin yang dirahmati,

Menyusul kata kunci ketiga,



PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MELAHIRKAN SIFAT MALU

Sirah nabi Lut menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam dan sewajarnya ia menjadi benteng teguh daripada melakukan perbuatan terlarang dalam Islam. Hilangnya kaum Sadum dari muka bumi disebabkan perbuatan homoseks sepatutnya menjadi amaran paling menakutkan dan ini semua dapat dielakkan jika dismai rasa malu dalam jiwa individu muslim. Malaysia juga dikejutkan dengan kisah perkahwinan sejenis antara pelajar lelaki tajaan PETRONAS dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris.

HADIS RIWAYAT AL-HAKIM ada menyatakan: (rasa malu dan iman sebenarnya berpadu menjadi satu, maka apabila hilang salah satunya, maka hilanglah yang lainnya)

Jelaslah di sini bahawa hanya rasa malu mampu mengekang perbuatan tidak bermaruah dalam kalangan umat Islam.

Meneliti kata kunci keempat,

PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MENZAHIRKAN KETAQWAAN

Sesungguhnya taqwa memberi makna takut akan azab Allah. Ertinya, setiap muslim hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Maka, al-Quran menjelaskan bahawa tiada seorang pun akan terlepas daripada menerima pembalasan pada hari kebangkitan nanti melainkan mereka yang bertaqwa.

Berfirman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 21 yang bermaksud:

(Wahai sekalian manusia, sembahlah oleh kamu akan Tuhan yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang daripada sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa)

Sidang hadirin sekalian,

Meninjau kata kunci kelima,

MUAMALAT HALAL HASIL PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN

Sesungguhnya, dalam Islam setiap perkara yang dilakukan hendaklah bertunjangkan syariat Islam sehinggalah dalam urusan mencari rezeki dan pendapatan. Menyedari hakikat hari pembalasan, umat Islam sewajarnya mengambil berat dalam urusan muamalat seharian. Oleh itu, pengiktirafan logo ‘halal’ JAKIM Malaysia pada 1 Januari 2012 menunjukkan bahawa Malaysia adalah lubuk produk halal yang diiktiraf dunia.

Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bereerti:

(hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.)

Justeru itu, HALALAN TOYYIBAN sewajarnya menjadi landasan umat Islam dalam menjalani hidup di dunia ini.

Menelusuri kata kunci saya yang keenam,

PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MENJANA KEIKHLASAN BERIBADAT

Sesungguhnya, keikhlasan adalah kunci utama dalam penerimaan amalan setiap individu muslim. Allah menjanjikan ganjaran berganda bagi individu muslim yang melakukan ibadat dengan ikhlas. Firman Allah dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud:



(walhal tidak mereka telah diperintahkan melainkan untuk menyembah Allah berkeadaan ikhlas bagi agama yang lurus itu...)

Maka, izharlah bahawa individu yang mengikhlaskan diri bagi agama Allah adalah mereka yang meyakini kewujudan hari pembalasan kelak.

Sidang hadirin yang dihormati,

Mengakhiri bicara ialah fikrah saya yang ketujuh,



PENGHAYATAN HARI PEMBALASAN MENJANA INSAN BERTAWAKKAL

Kalimah ‘tawakkal’ bermaksud berserah diri kepada Allah setelah berusaha. Tawakkal kepada Allah akan menjadi benteng daripada rasa kecewa yang terlampau, putus asa dan dendam. Firman-Nya dalam surah Ali ‘Imran ayat 159:



(maka apabila telah berazam engkau, maka bertawakkallah ke atas Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal.)

Kita imbas sirah Islam, dalam perang Badar, bilangan tentera Islam hanya seramai 313 orang, manakala tentera kafir seramai 1000 lebih. Apa yang menakjubkan adalah walaupun dengan bilangan tentera yang sedikit, kemenangan telah berpihak kepada tentera Islam. Inilah hasil penghayatan adanya hari pembalasan di mana setiap tentera Islam dahagakan ganjaran syahid pada hari akhirat.




JOHAN PERTANDINGAN SYARAHAN AGAMA MTQ, DAERAH KUALA SELANGOR, TEMPAT KETIGA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012.
Konklusinya, bertunjangkan ketujuh-tujuh fakta yang telah saya utarakan, ingin saya menegaskan bahawa dengan adanya hari pembalasan, setiap individu pasti akan memperbanyak amal ibadat demi mencapai matlamat menjadi insan kamil di dunia dan di akhirat.

Penulisan Ilmiah


HOMEOPATHI DAN MASALAH-MASALAH KESIHATAN

FOKUS: MASALAH SISTEM SARAF

(HOMEOPATHY AND HEALTH PROBLEMS

FOCUSING IN NERVOUS SYSTEM DISEASES)



OLEH:

MOHAMAD NOOR SYAUQI BIN MOHAMMAD SHAFIEE

(NRIC: 951006-10-5457 )

MALAYSIA


PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang kerana dengan cucuran rahmat dan limpahan barkah-Nya dapat juga akhirnya saya menyiapkan tugasan ini dengan izin-Nya setelah mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan. Setinggi-tinggi penghargaan didedikasikan buat Ph.D Dr.(H) Abu Naim Kassan, selaku guru yang telah banyak menyampaikan ilmu perubatan homeopati kepada saya daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. Juga sebahtera ucapan penghargaan buat rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan dari pelbagai aspek dalam pada saya hendak menyiapkan tugasan ini. Serta buat semua yang terbabit secara langsung ataupun tidak, selautan ucapan terima kasih yang tidak berpenghujung saya ucapkan.

ACKNOWLEDGEMENT

Praise be to Allah, The Most Gracious and The Most Merciful that with His miry of blessing, finally I could done finishing this assignment after had bear many circumstances and pass through many obstacles in the matter of doing this. An array of appreciations for Ph.D. Dr, (H) Abu Naim Kassan, my teacher who have taught me a lot about homeopathic medical knowledge from as easy as ABC-things until about to be the tough or the core one. Also a large appreciation for my fellow friends whomever help me a lot in giving me support in emotion, time, knowledge sharing and many other things that have been shared with me for the sake of finishing this task. Also a great acknowledgement to anybody whoever included in the making of this assignment in purpose or not.




BAB 1

PENGENALAN DAN FALSAFAH

PERUBATAN HOMEOPATI


    1. PENGENALAN

1.1.1 PENGENALAN UMUM

Secara dasarnya, bidang perubatan homeopati merujuk kepada sistem perubatan yang berlindung di bawah lembayung prinsip undang-undang sejenis dan sumber remedinya datang daripada 6 sumber utama iaitu tumbuhan, galian, haiwan, nosod, sarkod dan imponderabilia. Telah terkenal sejak lebih 200 tahun lalu, homeopati yang merupakan perubatan alternatif dan komplementari muncul sebagai sistem perubatan yang sebenarnya setanding dengan sistem perubatan moden seperti allopati.

Pelbagai penyakit telah berjaya dihapuskan, ramai pesakit telah disembuhkan, pelbagai kajian terhadap remedi-remedi homeopati telah dijalankan dengan izin kekuasaan Allah setelah dikaji oleh pengasas homeopati, Dr. Samuel Hahnemann suatu masa dahulu dan telah pergi meninggalkan kita dengan ilmu perubatan homeopati yang sememangnya sesuai untuk setiap peringkat umur, jantina, jenis kaum serta pelbagai lagi aspek yang dilihat dari sudut pandang yang berbeza.

Ramai yang telah berminat untuk mendalami bidang perubatan yang beseni ini, sebagai contohnya, saya sendiri. Oleh itu, saya telah mendalami bidang perubatan homeopati yang telah berjaya meredakan penyakit astma dan eksema yang pernah saya hidapi semenjak lahir sebelum ini. Antara prakarsa yang saya jalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang homeopati ialah dengan menyiapkan tesis yang bertajuk HOMEOPATI DAN MASALAH KESIHATAN yang memberi fokus utama terhadap PENYAKIT SARAF ini. Kertas kerja yang mengandungi 4 bab ini telah disusun secara rapi demi memberi manfaat kepada semua pihak.

Dalam BAB 1 akan diterangkan tentang pengenalan dan falsafah perubatan homeopati supaya kita dapat mengenali homeopati secara lebih mendalam sehingga ke akar umbinya, kerana kata orang, ‘tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, pemupukan cinta serta minat yang mendalam terhadap homeopati dapat terlaksana melalui kajian saya dalam bab 1. Seterusnya, dalam BAB 2 pula akan diterangkan tentang penyakit kronik menurut homeopati serta dos dan potensi dalam perubatan homeopati merujuk kepada organon aphorisms 204 - 209 serta aphorisms 236 – 252. Dalam bab ini diterangkan secara terperinci akan apa yang diperkatakan tentang penyakit kronik dari sudut pandang homeopati agar pengamal perubatan homeopati tidak keliru akan perbezaannya dengan penyakit akut. Juga diterangkan secara menyeluruh tentang dos dan potensi dalam metod perubatan homeopati yang sememangnya tidak ada duanya jika dibandingkan dengan kaedah perubatan moden, allopati dan lain-lain.

Penerusannya, dalam BAB 3 pula diterangkan secara lanjut tentang masalah penyakit saraf secara umum serta masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengan penyakit saraf yang kronik seperti hemiplegia, paraplegia, epilepsi dan tetanus serta penerangan menyeluruh dan remedi-remedi homeopati yang tepat demi menyembuhkan pesakit-pesakit yang berkaitan dengan masalah fungsi sistem saraf. Semoga penjelasan dalam bab ini mampu menyelesaikan kekusutan dan tanda tanya tentang masalah kesihatan yang berkait rapat dengan fungsi sistem saraf, serta membantu pihak-pihak yang sengsara mengalaminya.




Oleh: MOHAMAD NOOR SYAUQI BIN MOHAMMAD SHAFIEE
Seterusnya, kita akan mengorak langkah pula ke dalam BAB 4 sebagai penutup ekspedisi ilmu bagi tesis homeopati pada kali ini. Namun, berakhirnya kajian penyakit pada tesis pada kali ini tidak bermakna tamat sudah penjelajahan ataupun eksplorasi ilmu pengetahuan homeopati selama-lamanya, malah ilmu perlu sentiasa dicari di mana jua, pada bila-bila masa jua, daripada sesiapa jua, supaya semakin bertambah ilmu di dada kita, hendaknya.

      1. OBJEKTIF KAJIAN

Pepatah Inggeris yang berbunyi skills without vission is a daydream meletakkan bahawa sehebat mana pun seseorang itu, tanpa misi dan visi dalam hidupnya, maka tiada gunanya segala tindak tanduk yang dilakukan. Seperti itu juga dalam pada saya hendak menyiapkan tugasan pada kali ini, mestilah bertunjangkan lembayung matlamat yang jelas supaya setiap aksara dalam tesis ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berminat. Maka adapun hala tuju tersebut adalah seperti berikut:

# supaya dengan melengkapkan tesis ini, ilmu pengetahuan tentang ilmu perubatan homeopati saya serta semua pihak yang pernah terbabit akan bertambah sedikit sebanyak dari pelbagai aspek.

# semoga hasil kerja saya pada kali ini akan memberikan manfaat kepada diri saya, pihak-pihak terbabit serta generasi pencinta ilmu akan datang, dengan izin-Nya.

# untuk menyelesaikan permasalahan-permasalahan rumit ataupun tidak yang menghantui mana-mana pihak tentang masalah penyakit fungsi sistem saraf.

# untuk mengkaji lebih lanjut tentang kes-kes penyakit berkaitan masalah fungsi sistem saraf secara lebih mendalam.

# untuk memupuk sikap berdikari, mencintai ilmu, sensitif serta pelbagai lagi nilai-nilai positif yang diharapkan timbul hasil menjalankan kajian secara terperinci sebegini.



      1. KAEDAH KAJIAN

Setelah mengatur strategi, barulah langkah dedikasi mula diorak menuju taju misi dan visi seperti yang dinyatakan di atas. Sepanjang usaha hendak melengkapkan tesis ini, pelbagai metod, kaedah ataupun cara telah saya gunakan demi menimba, mengkaji, mendalami, mengamalkan, menyampaikan sekadar yang diketahui dan mungkin suatu hari nanti, menyampaikannya kepada umum, Insyaallah...

Berikut merupakan metodologi ataupu kaedah kajian yang dirujuk:

# metod yang menjadi tunjang utama melengkapkan kajian pada kali ini ialah melayari internet akan laman-laman web yang berkaitan, menggunakan sumber-sumber sedia ada seperti broadband,dan wi-fi.

# kaedah keperpustakaan dengan cara merujuk pelbagai sumber bahan berilmiah yang bercetak mahupun bertulis (nota) seperti materia medica, kamus jururawat dan sebagainya demi mencari sumber-sumber berfaedah yang berkaitan.

# kaedah perbincangan sesama rakan seperjuangan serta senior demi menghasilkan pelbagai buah fikiran serta pendapat yang pastinya berbeza.


    1. SEJARAH / LATAR BELAKANG HOMEOPATI

1.2.1 PRINSIP / FALSAFAH HOMEOPATI

Tidak seperti perubatan allopati, homeopati mempunyai falsafah sendiri dan prinsip-prinsip asas yang menjadikan ia unik dan serba boleh. Homeopati berdiri di atas tujuh falsafah asas, seperti berikut:



(A) KONSEP SIMILIMUM ATAU SAMA

Kedudukan homeopati yang benar pada satu prinsip undang-undang similimum, juga dikenali dalam bahasa yang lebih mudah, serupa. Satu konsep yang sama telah bekerja di sini bermakna, tiap-tiap penyakit di dunia dengan rahmat Tuhan, boleh disembuhkan jika pesakit mengambil ubat yang diberikan kepada orang yang sihat, akan menimbulkan gejala yang sama dengan gejala-gejala yang dialami oleh pesakit.

Untuk pemahaman yang lebih baik, saya memberikan contoh gejala (ciri-ciri dan gejala-gejala utama) bersama-sama dengan ubat homeopati yang sesuai. Sebagai contoh, seseorang yang sangat bangga diri dan merasakan bahawa dia sangat menonjol bahawa sesiapa sahaja boleh tertarik kepadanya. Jika kita memerhatikan pada sifatnya, ada sesuatu yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti orang ini, iaitu emas. Oleh itu, ubatnya adalah emas yang telah dipotentised, dinamakan aurum metallicum.

Sekali lagi, kita melihat orang-orang yang sangat lembut dan feminin sifatnya dan sedikit yang indah, hanya seperti pokok Pulsatilla. Oleh itu, ubat yang paling sesuai untuk menyembuhkan jenis orang seperti ini adalah pokok Pulsatilla yang telah dipotentised, dinamakan Pulsatilla.

Mari kita lihat dari segi gejala utama pula. Orang yang menderita di psorisis, satu keadaan di mana seseorang mengalami kulit yang gatal dan kadang-kadang boleh menyakitkan. Berdasarkan konsep similar, ubat yang betul ialah dari vesicle penyakit gatal itu sendiri, yang dinamakan psorinum.

Semua contoh yang diutarakan di atas telah membawa tafsiran yang terbaik tentang apa yang dimaksudkan dengan konsep similia similibus curentur.



(B) PRINSIP PEMBUKTIAN REMEDI.

Menurut penyelidikan awal, setiap sumber remedi homeopati telah dikaji keberkesanannya terlebih dahulu sebelum diberikan kepada pesakit sebagai ubat yang dapat menyembuhkan. Law of drug proving ini telah dijalankan kepada manusia dan tidak pada haiwan makmal (tikus, babi, dan lain-lain) seperti penyelidikan perubatan allopath, kerana manusia dan haiwan dipisahkan oleh jurang perbezaan yang sangat besar.

Kepentingan manusia sebagai bahan eksperimen sesuatu remedi ialah, remedi dari jenis yang sama akan mempunyai kesan yang berbeza ke atas haiwan dan manusia. Malah, haiwan yang tidak dikurniakan fikiran tidak mampu untuk melontarkan idea / gejala-gejala subjektif iaitu mental. Haiwan juga tidak dapat menyediakan satu bentuk usahasama yang lebih baik berbanding dengan manusia.

Penyelidik terawal menggariskan bahawa pembuktian remedi perlu dijalankan ke atas manusia yang sihat, mengapa? Ia adalah kerana penawar yang akan memberi kesan yang berbeza jika diberikan kepada orang yang sihat dan orang-orang yang sakit. Di samping itu, orang-orang yang sakit dan mengambil ubat-ubatan akan menyebabkan gejala-gejala penyakit yang dihidapi dan gejala-gejala ubat bercampur sekali.



(C) PRINSIP REMEDI TUNGGAL.

Berkait rapat dengan law of drug proving, prinsip ini menunjukkan bahawa remedi diberikan untuk menentukan sama ada ubat yang diberikan adalah berkesan atau sebaliknya. Di samping itu, bagi maksud falsafah ini juga adalah untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan, sebagai imej homeopati itu sendiri. Undang-undang dos tunggal bermakna bahawa semua ubat-ubatan homeopati yang diberikan adalah dalam dos yang tunggal, dalam satu-satu masa, banyak ubat-ubatan tidak boleh dimakan sekali gus, atau satu ubat homeopati yang tidak boleh diberikan dalam dos yang besar.



Yüklə 0,5 Mb.

Dostları ilə paylaş:
1   2   3   4   5   6




Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©muhaz.org 2024
rəhbərliyinə müraciət

gir | qeydiyyatdan keç
    Ana səhifə


yükləyin